"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yg kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang2 yang sengsara lagi kafir"
Saturday, December 30, 2006
Salam Eidul Adha
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yg kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang2 yang sengsara lagi kafir"
Thursday, December 28, 2006
Siapa tetamu istimewa
Hmm..siapa ya tetamu istimewa saya tu? Memang teringin sangat nak berjumpa dia, bahkan dah beberapa kali called confirm untuk datang, tetapi, perancangan ALLAH tiada siapa yang tahukan? Itulah dia, kalau dah usaha juga, tapi ALLAH tak izinkan, takkan berlaku juga. Macam tu jugaklah dengan ketidak kehadiran tetamu istimewa saya ni, IV (Ibu Vogue) . Huhu...tak de rezeki kami nak berjumpa kali ni. Tak merasalah juadah bubur kacang durian, agar-agar milo dan karipap yang saya sediakan untuk IV sekeluarga.
Dah jam 9 malam, hati saya bertambah resah. Dia tak muncul lagi. Ya ALlah, mana dia ni. Saya mengadap pc sambil fikiran menerawang kat IV. risau dan risau dan risau. Dek keresahan menanti, saya called sorang best fren saya, X. Dia mmg saya bagi tau awal lagi akan kedatangan sorang mama blogger ke rumah saya. Saya pun mengadulah kat dia, manalah IV ni tak sampai2 lagi. Macam2 perkara buruk yang terkeluar kat fikiran saya, saya luah kat dia..sampai bab kemalanganlah, sesatlah. Ke situ pulak fikirnya..apa daaa..
Tuesday, December 26, 2006
Cerita Sabtu
Sejak Ahad ari tu semangat nak bercerita, tapikan ada aje halangannya, so malam nilah baru boleh menaip.
Ok, sepatutnya lepas saya update entri Jumaat lepas, saya balik rmh mil macam yang saya sebut dlm entri tu, tapi sebaliknya berlaku. Kami balik pagi Sabtu esoknya disebabkan suami kepenatan yang amat sangat.
Pagi Sabtu tu ( 9 pg lbh), kami balik ke rumah mil, dan bila sampai sana, terjadilah adegan ala2 drama swasta sikit antara alia n kakak2nya. Masa keta suami memasuki porch rmh mil, huda yang tengah duduk berbuai atas buaian kat luar rmh tu, matanya bulat memandang keta. Dia tersengih2 dan berlari masuk dalam rumah. Buat announcement lah tu kami dah sampai, dan dia keluar semula. Bila nampak aje saya dan alia keluar daripada keta, Huda pun jerit,
Alia, sambil mendepakan tangannya
Uda, jerit Alia pulak. Masa ni gak Husna keluar ke laman,
Alia, jerit Husna kesukaan
kakak, jerit Alia pulak. Punyalah excited dia dpt tengok kakak2nya.
Bila saya turunkan Alia drp dukungan mengadap Huda, huda pun memeluk alia sambil tersenyum. Kemudian baru Aiman jumpa Alia, cool aje abangnya tu, tapi tersengih2 suka. Apalagi, alia joinlah abang n kakak2nya bermain. Saya pun mengemas semua pakaian anak sebab nak bawak depa balik kampung saya pulak. Sempat makan sikit. Sedap mee goreng hailam mil.
Jam 11 pagi lebih, kami bertolak ke kampung saya di N9, ada kenduri tahlil kat rmh pusaka moyang. skrg ni makcik saya yg duduk sana –adik mak. Syukur jalan tak jammed (sesuatu yang menghairankan), cuma masa kat exit alor gajah – tampin, jalan jadi slow sikit.
Menu kenduri tengahari tu, nasi putih, gulai daging salai + pisang muda (Simah, rindu tak ngan masakan ni ?), asam pedas ikan parang, asam pedas ikan kembung (ni sorang mak sedara yang bawak), sayur goreng, ayam masak merah. Apa lagi ek? Tak ingat. Rasanya itu aje. Pas tu, pencuci mulutnya macam biasalah, agar2, buah tembikai kuning dan merah, kuih lapis, kuih seri muka dan most feveret, tapai pulut. Alia pun suka rupanya, terkejut tengok dia makan sebungkus tu sorang aje. Aiman pula sampai 2 bungkus dia tibai.
Memang seronok gather gathering ni, bukan senang nak berkumpul macam ni, daripada cicit sampailah ke moyang sedara. Yang kesiannya si Aiman ni, mana dia nak pergi, si Alia sibuk nak ikut, hatta akan menjerit menangis kalau dia tengok abangnya tak mo jalan ngan dia. Sampai Aiman merungut ngan saya “Asyik ikut Aiman aje, terpaksalah pujuk Aiman layan aje kerenah si Alia tu.
Kami bertolak balik jam 7 malam. Kesian Husna n Aiman, asalnya nak tidur rmh mak sedara tu dan ikut mak saya yang balik KL hari Ahad petang nanti. Jadinya, Huda dan Alia ajelah yang ikut kami balik. Malangnya, masa keta dah bergerak, tiba2 Huda menangis, “kakak, suami pun suruh Husna dan Aiman balik sama gak, yelah, dah seminggu depa bersama, tiba2 nak pisah pulak. Nak tinggalkan huda jugak, takut alia pulak buat hal macam ari tu. Nak suruh Huda tinggal dan Aiman ikut kami, tak boleh gak, sebab Aiman kamceng ngan kakaknya. Guana tu? Berantai2 jadinya, so, semua ikut balik. Sonang citer. Husna pun muncung ke depan ikut balik gak. Nak buat camner, tak pelah lain kali.
Kami balik tu tak keluar kat exit Alor Gajah- Tampin, sebaliknya ikut jalan dalam, lalulah pekan rembau dan kemudian keluar kat exit Senawang tak salahnya. Yang seram tu, masa sebelum atau selepas pekan rembau tak salahnya, suami tak sempat mengelak daripada menggilis seekor ular (tak tau jenis apa, yang pasti hitam kalernya) yang laju melintas jalan, dah dekat baru perasan, yelah, jalan gelap area tu, tak de lampu jalan. Terasa tayar keta tu menggilis badan ular tu. Yang risau tu, takut ular tu terus melekap kat keta dan cuba masuk ke dalam pula melalui bawah keta. Lepas tu cepat2 saya membaca ayat Qursi, suami pulak entah apa ayat yg dibacanya. Masa tu mmg meremang bulu roma dibuatnya. Eii..meremang balik bulu roma mengenangkan. Yang saya ni pulak, terlebih imaginasi , takut ular tu jelmaan jin, lain pulak citernya nanti..biasalahkan jin ni suka menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk.
Kmdn, kami berhenti kat hentian Nilai, untuk jamak takhir Isyak-Maghrib, tapi cancelled, sebab suraunya tu kurang mesra pengguna wanita, mana taknya, dahlah jenis cerminnya jarang betul dan tak berlangsir pulak tu, mmg jelas org luar boleh nampak esp. lelaki. Agaknya cleaner basuh kot langsir yang ada, tapi takkan tak boleh ganti yang lainkan? Yang pelik tu, tempat wudhu’nya elok pulak bertutup. Tinggi dindingnya dan terletak di sebelah tepi surau wanita.
Kami pun ke hentian Serdang, suami dan adik saya (oh ya, adik lelaki saya ikut kami balik gak) solat dulu. Saya pulak layan anak2 makan bekalan yang dibawa. Kemudian, giliran saya pulak solat. Kali ni terbalik pulak keadaannya. Suraunya mmg mesra pengguna wanita, tapi kedua2 tpt wudhu’nya adeh..open air sungguhlah. Tak berdinding tinggi (tak sampai paras pinggang pun) dan mengadap surau lelaki n perempuan pulak tu. Sib baiklah tak de pengguna lelaki, itupun terpaksa tutup kepala tu masa berwuduk’, takut tiba2 ada yang datang mengejut.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Selayang untuk menghantar adik balik rmh mak. Singgah makan sate dulu. Lepas tu, sampai rumah mak, suami suruh rehat dulu kat sana, sebab dia keletihan. Sudahnya, kami tidur rmh mak malam tu. Esok paginya baru balik Gombak.
Friday, December 22, 2006
Selamat Berhujung Minggu
Assalamualaikum,
Sempena hari ni adalah penghulu segala hari (Jumaat), saja nak share terjemahan surah Al-Takaathur dengan anda semua sebagai peringatan kita hidup di dunia ini;
** 'Ainul yaqiin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat. Selamat berhujung minggu semua.
Wednesday, December 20, 2006
Tanpa perancangan awal
Pagi ni, tanpa perancangan awal, saya dan suami ke kampus untuk mengambil fail berisi sijil2 original saya yang tertinggal di postgraduate unit kuliah saya. Boleh gitu? lalai sungguhkan. Saya pun tak tau ia tertinggal di situ sehinggalah dua minggu lepas, staff ofis tu telefon bagitau yang saya tertinggal fail tersebut semasa buat ctc ngan dekan postgraduate tersebut. Nak pergi segera tak boleh, tunggu suami free sikit, so pagi tadilah dia free nya. Padanlah masa lepas buat ctc ari tu, dlm perjalanan ke rumah saya rasa macam ada yang tak sempurna. Tapi tak tergerak pun nak check beg sandang yg dibawa tu. Rupanya fail tertinggal. Alhamdulillah, dah amik pagi tadi, siap bawak Alia sekali. Macam biasa dia bukannya mudah mesra dengan orang tidak dikenali berbanding dengan kakaknya, Husna. Orang tanya2 , puji2 dia pun, dia buat derk aje. Straight aje mukanya.
Monday, December 18, 2006
Alia yang kehilangan
Sampai rumah pulak, masa saya nak bukak pintu grill, tiba2 Alia menangis. Saya terdetik sesuatu.
Nape,
mana wai (wan), tanya alia pelat. dia selalu panggil mbahnya wan, walhal itu panggilan utk mak saya.
Ok, jom tepon mbah,
Saya call rmh mertua, rupanya Husna dah call beberapa kali, tp sebab kami menyinggah, tu yang lambat sampai. Saya bagitau mil yg Alia dah tanyakan dia, mil nak cakap, Alia tak mo. Pekap muka dia kat dada saya. Hiba benar hatinya. tak pelah, sempatlah saya berborak kejap ngan Huda n Husna. Aiman duk sibuk bergurau ngan achiknya (my bil).
Saya ingatkan ok dah bila dah letak telefon tu. Tapi, tiba2 dia cembeng masa duduk kat ruang tamu tu,
Ummi...mana abang...waaaaaaaaaaaa..terus dia kuat menangis
mana abang...
Hibanya saya tengok.
Abg kat rmh mbah
Dia tanya lagi soalan yang sama, menangis2. Suami pujuk alia tgk gambar abgnya yg ada dlm hp suami. punyalah dia suka. Berhenti nangis. Suami layan dia. saya dan suami berpandangan. kami tersenyum dalam sebak. tak sangka dia boleh terasa kehilangan camtu sekali. mmg petang tu pun dia galak main ngan abang dan kakak2nya, tapi ngan abangnya lebih lagi. siap bonceng basikal ngan abg dia. Bila suami nak tutup hp, dia tak bagi, teresak2 balik. Terpaksa biarkan kejap dia layan hp tu. sambil tu, saya keluarkan album gambar. satu kerja pulak nak buatkan dia betul2 berhenti menangis. Suami pun cakap, tu sebabnya dia nak Huda balik sama, sebab Alia sorang. Saya ada terdetik gak pasal ni, tapi fikirkan sebelum ni Alia ok aje, saya ingatkan oklah. Kali ni instinct saya tersilap.
Cool Slideshows |
Saturday, December 16, 2006
Info terkini: Sabtu
Sedikit info terkini:
- Petang ni (Sabtu) nak balik rumah mil, esok ada jemputan kenduri kahwin di sana
- Husna dah dua hari, 3 malam demam
- Dua tiga hari ni, tuan punya blog ni pun rasa on off tak sihat, terpeleot rasanya
- Alia (2 thn 1 bln lebih) makin banyak perbendaharaan katanya, tapi bunyinya masyaAllah jauh daripada sebutan perkataan asal, seperti;
- po po pe pe (sponge bob square pants- dengan penuh confident dia akan nyanyi sekuatnya jika melihat cerita kartun ni)
- pe pe (nescafe)
- kije (kerja)
- jojo icush (jojo circus)
- yoti (roti)
- oyen (oren)
- piput (siput)
- Lupa nak sebut pulak pasal bekam ni , kalau badan tak berpenyakit sangat, darah tak keluar banyak atau tak keluar langsung walaupun kulit tu dikelar sedikit, ada tak de pun, angin aje yang keluar. Alat bekam ni depa guna bekas plastik tu, bukan tanduk atau lintah. Untuk yang baru pertama kali berbekam ni, saya tak ingat berapa harganya sebab saya dulu start tahun 98. Tapi kalau dah selalu buat, lain harganya.
- Dan anda, selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Berhati-hati memandu ke mana jua. Jangan pecut, takkan lari gunung dikejar, kecuali kalau nak terbuang air sangat, maka bolehlah tekan pedal minyak kuat sedikit. Sedikit saja ya.
p.s. Dongan sodeh eyy den tak buleh nak guno smileys dah sobab dio mengganggu dalam sistem pc den ni, makonya den terpakso uninstall smileys ni huhuhu.
Wednesday, December 13, 2006
Bekam
sumber: http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1271Jabir bin AbdullahHadis
r.a: Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya
Hadis Ibnu Buhainah r.a: Nabi s.a.w pernah berbekam di bahagian tengah kepala ketika baginda berada di sebuah tempat untuk menuju ke Kota Mekah, baginda dalam keadaan berihram
sumber: http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=671
Berbekam terbukti dapat menyembuh lebih daripada 70 jenis penyakit seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit urat, bengkak-bengkak badan, lenguh badan, kebas-kebas atau sereban, sakit bahu, resdung, membersihkan darah, buang angin dalam badan, kembung, sebu, dan banyak lagi penyakit.
Monday, December 11, 2006
Kandungan Laman Web Segera
ha..ada apa ngan tajuk???
Hehe..saja nak share ngan kengkawan ..tak tau nak mula tang mana nih..macam formal plak rasanya..
http://snoringremedy.netinfo4all.com/
http://koifish.netinfo4all.com/
dan ada lagi artikel yang saya tak set upkan untuk buat blog lagi. Oklah.
Mehlah jenguk http://www.kandunganwebsegera.com/ahli/?free=37
Saturday, December 09, 2006
Wednesday, December 06, 2006
Kisah Alia
14 Nov (Raya 1): dalam keadaan sarat tu, saya buat kerja sungguh2. Turun naik tangga dalam rumah mil buat itu ini, naknya raya pertama mmg ramai orang datang. Sapa pun kalau dah nak due ni mmg nak sangat baby tu cepat keluor, tak larat dah nak menampung baby yang dah makin berat ke bawah, jalan tak berapa selesa. Yang best tukan, mil saya masak makanan feveret saya, LAKSA sebagai menu utama raya 1 selain drp menu2 tradisi yang biasa tu. Rupanya dia duk standby, kalau saya bersalin awal sblm raya, dia masak menu lain, tapi dia tengok saya tak bersalin lagi, maka dia on ngan laksa ni. Thanks mak.
15 Nov ( Raya k 2): Haa..hari ni saya mmg tak larat sungguh. Rasa kepenatan yang gila2. Lepas subuh, saya baring semula. Tak tau nak kata penatnya, yelah, semalamnya tetamu datang sampai lewat petang. Saya mmg tak manjakan diri duduk saja, sbb nak bagi pintu rahim cepat bukak.. Sedap tul badan dapat baring semula. Sedar semula bila mil datang kejutkan (bertuah punya menantu) dalam 11 pagi lebih, tapi masa ni saya rasa tak larat sangat2 nak bangun, badan sakit2. Lepas tu pulak terasa sengal2 dalam perut tu, tapi tak de contraction. Sengal berlanjutan lama gak, dan hati tu pun duk kuat bisik “pergilah hospital..pergilah hospital”. Suami pulak mmg standby aje tunggu ajakan saya nak ke hospital. Saya pun bagitau suami nak ke sana. Terus saya bersiap.
Yang best lak tu, saya pun siapkan bekal. Hui..duk sengal2 tu, makanan duk ingat lagi tuh.. Saya ingat lagi, saya tapau satu Tupperware kecil LAKSA, beberapa potongan kek coklat, bawak sikit udang besor goreng, dan paru goreng. Ni semuanya feberet sayalah. Ada lagi ??? tak ingat. Hehe. Suami pulak terkejut tgk saya beria2 siapkan bekal ni, adalah dpt satu plastic sederhana besar . Sampai dia tanya, “Ni nak pergi hospital ke..nak pergi berkelah?” hehe, saya tersengih. Sebab sementara lum bersalin nikan, makan2lah dulu, lum tentu saya sampai kang terus bersalin, sebab style pintu rahim saya lambat bukak. Ni pun baru rasa2 sengal aje.
Kami bertolak waktu tengahari ke Gombak sebab pusat perubatan Al-Ilaaj (sekarang Gombak Medical Cenre) tu dekat rumah saya. 5 minit boleh sampai insyaAllah kalau tak de halangan kat jalan. Anak tiga orang lak, saya tinggalkan ngan mil. Siap bergambor bagai lak tu ngan anak2 sebelum kami bertolak. Buat kenangan, mana tau, tup2 saya meninggal bersalin ke, adalah gambor kenangan akhir saya ngan anak2kan? Huda, yang masa tu 1 tahun 3 bulan tak salahnya, tak meragam. Alhamdulillah, dia mmg rapat ngan mbahnya. Taklah risau dia melalak time saya tak de. Kami tiba di Gombak masa dah masuk waktu Zuhur, putuskan utk balik rumah dulu n solat kat rumah. Lepas tu baru pergi ke Al-Ilaaj tu.
Saya dapat bilik untuk seorang. Lepas urusan itu ini, pintu rahim saya diperiksa, dah 4 cm, tapi tak bleeding pun. Dr. L ni duk suggest kat saya induced sbb saya tak rasa sakit pun lagi. Cuma sengal2 perut aje, tapi saya menolak takut disebabkan ramai cakap induced ni sakitnya lain macam. Saya ni jenis tak tahan sakit. Pas tu pulak, terfikirkan buatnya contraction aje lebih tapi pintu tak bukak gak..mau ended up ngan ceasar. Tak maulah. Kemudian, masa maghrib, saya panik kejap, sebabnya lepas aje buang air kecil, masa nak flush terkejut saya tgk dlm tandas mangkuk tu darah punyalah banyak, cepat2 saya tekan loceng kecemasan dlm tandas tu, nurse pun datang. Rupanya, saya dah start bleeding. Kenalah pakai tola wanita.
Sampai lewat tengah malam takde apa2. sebelum tu dalam jam 10 mlm lebih, ada sorang patient daftar masuk, tulah tengah malam tu dia bersalin. Terkejut saya dengar bunyi baby menangis sbb bilik saya berselang ngan kaunter dan sebelah kaunter tu labour room. Tak lama lps tu ( antara 12.30 – 2 pagi tu) nurse dtg beritau suruh ke bilik rawatan sbb dr L nak periksa pintu rahim saya. Masih 4 cm x bergerak. Yang patient tadi pulak, samalah dah 4 cm buka dan dah contraction kuat, tu yg dia cepat bersalin tu. Dr, duk tanya lagi kot2 saya nak induced, tapi saya tolak ngan baik.
Lena tul dapat tidur malam tu, suami adalah called beberapa kali tanya kondisi saya, (masa tu, suami tak leh bermalam sama wlwpun isteri dpt bilik sorang, sekarang tak tau polisi camner). Entah camner, sebelum saya tidur tu, tiba2 datang rasa takut sangat2 nak bersalin, yelah dah 3x bersalin sebelum ni, teringat2 sakit bersalin balik. pas tu semua episiotomi pun sakit wlwpun dibius. Menangis saya ketakutan. Tergerak nak buat solat hajat. Sungguh2 saya memohon bagilah saya sakit yang paling ringan yang saya boleh tanggung masa bersalin. Lepas solat n berdoa tu, barulah hati rasa lapang.
16 Nov (Raya k 3) - Esok paginya, Dr. L lawat saya, rupanya waktu dia dah tamat, nampaknya tak de rezeki saya nak dia sambut baby. Kemudian dr. yang lain pula datang, Dr. S pula. dia nak check pintu rahim saya.. So, saya ke bilik rawatan lagi. Yang doctor ni lagi best, kalau tak kerana bleeding, dia nak suruh saya balik dulu, sebab saya tak rasa contraction pun, wlwpun dah 4 cm bukak.. Dia bagi cadangan induced gak, tapi saya menolak atas sebab yang sama. saya bagitau doctor tu, saya lebih rela masukkan air drip drp induced tu sbb semua anak saya sebelum ni mmg masuk drip air. Duk discuss gitu gini, dia setuju untuk follow instinct saya yg kuat nak drip tu. Sblm tu siap dia tanya beberapa soalan berkaitan experience saya masukkan drip tu macam berapa jam lepas masukkan drip air tu akan bersalin dll. Dan saya citer gak ngan doctor yang saya paling takut episiotomi sbb sebelum ni semuanya sakit wlwpun dibius (tp saya bersalin kat tpt lain 3 kelahiran sblm ni) . Doktor ni mmg caring sangat2, dia take serius apa yg saya cakap.
Lebih kurang 10.15 pagi - Part nak masukkan drip ni pulak, dia cadangkan nak buat kat labour room yg bersebelahan ngan bilik rawatan ni. Tujuan doctor tu supaya tak berlaku kelam kabut kalau tiba2 sakit nak bersalin. Tapi saya menolak lagi, saya lebih suka kat bilik sebab rasa selesa. Selamba aje saya cakap kat doctor tu sambil sengih2, “saya tak suka labour room dan saya benci labour room”, tersengih doktor tu memandang nurse bila dengar kata2 saya ni. Saya kira semua mama blogger taukan camner suasana labour room tu, siap ngan kelengkapan bersalin bagai..very seriuslah surrounding diakan.. Dia pun ikutlah kehendak saya. (mengada2 ke? Idakkan..)..Kami balik ke bilik saya. Dan inilah pertama kali, doktor sendiri yang cucukkan jarum kat tangan saya.( dulu nurse aje yang buatkan) Saya punya urat/salur darah punyalah kecik (sejak dulu bab cari ni mmg payah). Jenuh mencari, baru jumpa. Dan doktor masukkan ubat yg tinggi dosnya supaya contraction saya cepat berlaku (sblm2 ni, lepas 3-4 jam baru bersalin dan biasanya masuk pain k 2 baru terasa sakitnya, sbb dos ubat rendah). Lepas tu, sorang nurse diarahkan menjaga dan menemani saya. Suami pun dah sedia menunggu sejak awal pagi kat bilik.
Rasanya lebih kurang 10.30 pagi, contraction saya bermula..wahh...terus menangkap. First time ever saya betul2 diajar cara kontrol contraction ngan pernafasan yang betul. Makin kuat contraction, makin kuat tahan nafas..then lepaskan perlahan. Sungguhla, first time saya rasa mcm boleh kawal sakit bersalin ni. contraction ni bukan slow2 dah, tapi selang 10 minit strong contraction, pas tu dalam 10 minit tu, ada selang 5 minit contraction…sambil tu duk zikir2 apa yg patut dlm hati. Bila tgk contraction makin kerap, nurse tanya beberapa kali gak kot2 saya nak ke labour room, tapi saya menolak hinggalah hampir jam 11 pagi rasanya, hati pun dah kuat suruh masuk labour room.
Kemudian, saya bagitau nak masuk labour room, nurse tu suruh naik wheel chair tapi saya menolak sbb masih mampu berjalan. Sampai kat labour room, saya disuruh baring sebelah kiri..ni lah yang paling saya tak mo, mmglah lagi mudah nak Bantu baby cepat turun tapi SAKITTTTTTTT + contractionnya tu..adeii..Terpaksa gak buat. Masa tu jam lbh kurang 11 suku pagi. Sambil tu saya minta nurse tu pasangkan ayat2 suci al Quran ( ni klinik bersalin pertama saya jumpa ada kaset bacaan ayat Quran dlm labour room). Oh ya, masa awal discussion ngan doctor pasal drip air tu, saya pun ada minta kalau boleh nak ubat penahan sakit masa bersalin tp bukan epidural, dan doktor bersetuju nak buat.
Entah camner, duk sakit2 tu, saya tiba2 terdengar bunyi ‘POP’, terkejut saya, first time dengor ni wlwpun dah 3x bersalin sblm ni. Bunyinya macam kuat sangat pulak. Cepat2 saya bagitau nurse ttg bunyi tu, nurse pun bagitau doktor, oh..rupanya itu bunyi kantung air ketuban pecah. Nurse yang bagitau saya ni. Sempat gak saya tanya suami yg berdiri kat sblh kepala saya ni, dia jwb tak dngr bunyi tu. Saya sorang aje yg dengar rupanya. Atas arahan doktor yang standby kat bilik sebelah, Nurse pun suntik cecair petadine kalau tak salahnya (betui ka namanya ni dr. Zackiyah??) sbg penahan sakit. Dia takmau suntik awal2 sbb ubat tu bertahan antara 3-4 jam aje utk patient merasa tak sakit. Buatnya lepas tu saya tak bersalin gak...kan dah rugi.
Tak sempat ubat tu berfungsi sepenuhnya, saya rasa nak meneran sangat2. Saya ni masih posisi mengiring ke kiri ni. Saya cepat2 cakap nak terb*r*k.. Nurse cepat2 bagitau doktor, dan doktor masuk, dia cakap lebih kurang,
Kalau awak rasa nak meneran, teranlah, kalau air besar, tak mengapa biar dia keluar,
Saya pun teranlah, tiba2 terasa benda besar sgt bergerak turun perlahan
Doktor, terasa baby turun...
Doktor terus suruh saya berhenti meneran, dan cepat2 dia pakai glove, dia tak sangka saya nak bersalin begitu cepat sbb pengalaman saya sblm ni lepas beberapa jam baru bersalin lps pakai drip air tu. Sambil tu gak, dngn pantas nurse menarik hujung katil labour tu menjadi panjang. Kmdn doktor suruh saya menelentang dan push.
Sekali push siap keluar sora tuh, hehe, ..alhamdulillah. yang lawak tu, masa ni saya dah start mamai, sbbnya ubat penahan sakit tu baru berfungsi sepenuhnya. Dan masa episiotomi, pun alhamdulillah, langsung tak rasa sakit. Terlelap2 saya dibuatnya. suami pun qamatkan alia slps dibersihkan. Kemudian suami saya keluar untuk biarkan saya berehat. Baby dibawa ke nursery. Saya masih kat dalam tu untuk berehat dalam sejam dua. Nurse tu siap pakaikan saya stokin lagi. Bacaan al Quran tu saya minta dipasang semula sbb masa nak bersalin tu nurse tutup kejap. Tenangnya rasa disamping rasa tak percaya saya bertarung utk bersalin dlm labour room kejap aje, sebab 11.37 pagi saya dah bersalin. Doktor tu pun happy sebab dia ikut naluri hati saya untuk guna drip aje (kalau induced, mungkin ia lebih lama lagi), darah yang keluar masa bersalin pun tak banyak keluar (kalau tak, blh jd kes tumpah darah).
Ini ajelah pengalaman saya buat masa ni. Yang kelima lum lagi..dan tak tau bila pulak wujudnya.
1. Kelahiran Husna:
2. Kelahiran Aiman:
Monday, December 04, 2006
Salam Isnin
Pekabor semua?
Tak tau nak citer apa, tapi nak update gak.
Oh ya..tima kasih ya IV sebab bagi akak tips memasak muffin supaya naik elok dan hasilnya muffin sedap dimakan. Siap tepon akak lagi tanya kabor muffin tu hehe, punyalah karing (caring). Psst..akak buat lagi tau pagi ni, guna resepi muffin iv tu pulak. Alhamdulillah jadi. ni bertambah semangat nak buat selalu ni. Nanti akak nak tepek resepi iv tu dlm blog masakan akak tau.