Friday, August 11, 2006

3 cerita

Assalamualaikum. Saya nak share 3 cerita ni yang berlaku semalam (Khamis)


Kereta kena ceroboh.

Saya tak taulah istilah ceroboh tu tepat atau tidak. tapi yang pasti, jam 3 pagi lebih hari khamis kereta suami saya kena ceroboh!! Tapi alarm kereta berbunyi, maka 2 budak melayu yg bermotor tu kelam kabut lari. Ini yang dilaporkan oleh jiran sebelah rumah saya yang terdengar bunyi alarm kereta, mereka on kan lampu beranda dan cepat2 keluar ke beranda rumahnya melihat apa yang berlaku. Saya dan suami? Kami langsung tak dengar sebabnya saya tidur jam 2 lbh kerana Huda dan Alia baru mahu tidur waktu tu. Suami pula balik lewat dan kepenatan yang amat sangat. Makanya sekitar 3 pagi itu adalah waktu lena kami sekeluarga. Oh ya, kereta suami di letakkan di luar pagar, sebab tak leh nak letak kat dlm porch. Padanlah saya pelik masa hantar anak ke kereta pagi mereka nak ke sekolah tu, mouse pc terjatuh atas jalan. Saya fikirkan suami tercicirkan ia drp kereta masa balik malam tu. Masa ni tak tau lagi keta kami dicerobohi. Suami saya pulak perasan, barang2 dalam kereta tu dah disepah2kan masa nak hantar anak tu. Masa suami dan anak2 dah pergi, kebetulan jiran tu keluar pula nak pergi kerja, mereka yang tanya saya dulu pasal pencerobohan ni, terkejut saya. Sebab mmg tak dengar apa2 pun. Sudahnya, petang semalam suami saya pergi tukar kunci pintu kereta. Harap2 sangat ia tak berlaku lagi.

Anak tekak bertuah.

Anak tekak saya bertuah sungguh. Dia jatuh sakit sampai saya kena makan 5 jenis ubat termasuk ubat demam kerana sakitnya mendemamkan saya. Awal pagi selasa, tanpa signal awal, tiba2 saya terasa tekak agak teruk. Saya cuma makan ubat hisap utk tekak. tak jalan juga. Hari Rabu hingga pagi Khamis ia semakin teruk. Kalau terbersin tu, saya akan menjerit kesakitan. Minum air terasa sakit. Telan nasi or makanan berat terasa sakit. Entah mana dtgnya seakan selsema yg bila turun ikut tekak tu terasa bisa jika saya terbatuk membuangnya. Hingga tahap area anak tekak tu terasa kebas, cakap pun rasa macam sengau aje. Bila check kat cermin..mak aii, mcm bosar eyy anak tokak den dan kaler area tekak tu merah yang amat. At last, pegi klinik tghari Khamis tu. Rupanya saya demam sekali. Memang dah agak dah sebab badan rasa semacam. Wah, kesan ubat2 tu mmg power hingga buatkan saya mengantuk sentiasa, tp yg pasti, ia beransur pulih hinggalah pagi jumaat ni.

Gegendang telinga: Jadikan pengajaran

Masa saya p klinik sebab anak tekak saya sakit. saya minta dr. check telinga Alia sekali untuk pastikan gegendang telinga dia dah ok. Syukurnya dr. bagitau gegendang dia ok, cuma ada kesan darah beku pada luar gegendang telinga tu. Tapi tk perlu risau, biarkan ia, nanti ia akan keluar sendiri. Dr. kata samaada gegendang dia tak terusik langsung, cuma dinding telinga aje luka atau mmg gegendangnya ada koyak sikit tapi dah repaired sendiri.

Alkisahnya, hampir 4 minggu lalu, suatu malam, Alia telah mengorek telinganya sendiri tanpa saya sedari,. Saya terdengar dia merengek sambil menutup telinga kanannya. Saya pulak ingat dia kepenatan terus masukkan dia dalam buaian sebab dia tak tidur petang langsung. suami pulak lum balik lagi. Selepas beberapa jam, dia bangun tidur tu, saya perasan telinga kanan dia ada darah kering. La, dalam telinga dia luka rupanya. Tapi tak tau kat bahagian mana yang luka. Cemas saya sekejap. saya cucikan guna tisu sbb cotton bud dah abih. Saya called suami minta dia belikan cotton bud on the way back nanti. Punyalah dia risau campur sedikit marah. Dia ingat nak bawak ke klinik malam tu, tp saya pulak kata tunggu dulu, sbb lepas cuci tu dah tak de darah mengalir keluar lagi. Dia pun nampak ok aje. Cuma tgh malam time tidur dia merengek2 bising, yang saya fikir dia nak menyusu badan.

pagi esoknya, saya terkejut, nape masih ada darah kering lagi. Saya bagitau suami, dia bimbang. Takut2 gegendang telinga anak luka. Saya pun tak tau nape saya masih boleh cool. Terbalik sungguh kali ni, biasanya dia yang cool, saya yang gabra lebih pasal kesihatan anak2. Dia hantar anak ke sekolah dan hadir mesyuarat. Saya pun bersihkan kesan darah kering tu. Kemudian Alia tidur semula selepas ayahnya ke pejabat. Dia bangun semula agak tengahari, dan suami pulak tergerak nak pulang ke rumah. Bila Alia bangun lagi, saya cemas, sebab masih ada darah kering lagi. Kali ni hati tu betul2 berdebar, awat sampai 3x darah masih ada. Then saya syak sth went wrong. Saya menangis, rasa bersalah yang amat, kalau betul gegendang dia pecah, mmg saya bertanggungjawablah.

Suami pulak puas tanya, Alia guna apa korek telinga dia...saya kata saya tak tau n tak pasti, sebabnya rmh kami ni ada dua jenis pengorek telinga, satu yg besi n satu yang cotton bud. tapi, masa saya menyapu lantai malam kejadian tu, saya ternampak pengorek telinga besi atas lantai. macamana blh ada kat situ, saya tak tau, samaada ia terjatuh or alia memanjat mengambilnya (budak setahun lebih ni dah pandai panjat memanjat). tapi hati saya kuat mengatakan mungkin dia guna pengorek telinga besi tu sbb cotton bud dah abih, or takkan dia guna pensil kot?

Kami bawak pergi klinik dan dr. sahkan gegendang telinga dia sedikit koyak. Aduh..pekaklah telinga anak saya sebelah. Nak menangis dan dan tu gak. Berkali2 saya cium muka dia sbb sendiri rasa bersalah. Tpi bila dr. jelaskan gegendang dia akan repair sendiri n kembali pulih dalam masa 2 minggu...ya Allah leganya mendengar. Dr. cuma bagi antibiotik n ubat tahan sakit. Balik tu, mmg saya betul2 perhatikan keadaan pendengaran dia...saya saja panggil perlahan drp belakang, alhamdulillah dia menoleh memandang saya. saya cakap perlahan dengan dia, dia jawab. Lega sikit perasaan tu. Tapi tak blh hilangkan rasa bersalah lagi. Kiranya sepanjang 2 minggu saya monitor pendengaran dia. Yang geram tu, dia macam tak serik lagi, pantang jumpa benda panjang esp. cotton bud. nak jugak korek telinga lagi tu. Maklum ajelah, kat rmh ni banyak tangan, karang pegang itu ini, dah bersepah2. Yang si kecik tukang kutip.

Lepas 2 minggu saya bawak di p klinik lagi, dia kata tak berapa jelas dlm telinga tu, sebab nampak darah tak berapa kering lagi. Hinggalah semalam saya pergi ke klinik sbb sakit tekak saya ni, tp ini klinik lain pulak dan dr. tu memberikan khabar gembira buat saya. Syukur sangat2. Hai, tak pernah jadi sebelum ni kat abang n kakak2nya, dialah yg cipta sejarah. Suami pulak, dengan kuasa veto seorang suami mengarahkan saya buang pengorek telinga besi tu. Apo nak dikato..buanglah. Jadikan pengajaran kes Alia ni. Pastikan letak benda2 yang nampak selamat tp boleh membahayakan anak2 kita di tempat tinggi.

33 comments:

Anonymous said...

huh nasib baik tak berlubang besar. budak kecik mmg yer boleh repair sbb masih berkembang. kalo org tuo, makno eh pokak la yo..

MOKCIK AZWA said...

Memang menyeramkan iye Syikin...nie ler bebudak suka sesangat nak tiru aksi orang tua2 mengorek telinga ngan pengorek besi...my mom ngan my late dad memang guna mende nie...sampai salah sorang adik azwa dah ketagih korek telinga guna pengorek telinga besi.

citer Syikin beri azwa idea untuk posting pasal gelagat anak2 nie...thanks.

Literature Sushi said...

Tips.. jangan tinggal barang dlm kereta (walaupun barang tak bernilai sangat) kalau nak tinggal jugak, letak dlm bonet..

Kecik2 dulu telinga penah masuk semut :)

Anonymous said...

siannnya lah Alia...
kesian jugak kat akak....rajin2 mkn ubat moga akak cepat sembuh...mmg perit klu sakit tekak tue...
nasib kete akak takde pape kan...
moga semuanya selamat nnt!!!

Kaklong Syikin said...

atok: oh..gitu ya.

azwa:hehe..adik beradik saya pun sama gak termasuk saya. itu pasal ada kat rmh ni, tp sejak kes Alia, makanya kena buang.

oh..ok, nanti saya msuk blog awak plak.

Raeidzall: InsyaAllah, tak tinggalkan melainkan terlupa nak dibawa keluar

bie: tima kasih. dan sakit tekak tu beransur kurang.

AppleB said...

kesian alia. mesti dia sakit. tapi tak reti nak mengadu kan.

kak, sakit tekak akak tu mcm saya. tonsil tu dah kena infection. kalau dia bengkak sure demam panas. kalau boleh jgn mkn benda pedas, coklat. dan tak boleh berada dibawah panas sgt. mmg cepat tonsil tu bengkak kalau badan dah overheated. make sure kat rumah sentiasa akak simpan ubat gargle. yg paling elok jenama bactidol. kalau dah rasa mcm perit sikit terus gargle. mmg cepat dia surut bengkak tu.

Bunga Rampai said...

Salam Syikin. Saya pun tengah sakit anak tekak ni ... biasanya saya minum air asam pagi malam dan banyakkan minum air suam, juga kumur-kumur dengan air garam. Mujarab. Tapi kalau dah demam, ke klinik juga ;)

Kaklong Syikin said...

applepie: ha ah, dia merengek malam tu. tp syukur esoknya dia tak meragam. oh...jenama bactidol ya..tq.

bunga rampai: salam kembali. ha, kalau demam tu tandanya dah bengkak anak tekak, kena amik antibiotik jawabnya.

Mama Sarah said...

syikin, bahayanya!!! takut saya dengar. wujud ke pengorek telinga besi? macam mana rupanya? baguslah dah dibuangkan pun!

(p/s: kedelai tu macam kacang soya. saya dah reply dlm blog saya)

Lan Rambai said...

ALhamdulillah.. semoga telinga anak puan ok. Saya pun selalu guna pengorek besi tu tapi tak pernah lagi terlepas kat budak2 tu... nak buang takut gian nak pakai pulak nanti hehehe.

Kaklong Syikin said...

Mama sarah: ada jual kat farmasi di malaysia ni, kat pasar malam pun ada. ia besi panjang dan penghujung mcm bentuk kepala senduk

ya Allah, tq mama sarah..wah, lepas ni buleh pulunla makan oreo banyak2..

lan rambai: mmg gian kalua tak dpt pakai huhuhu

cipthowiryawanchannel said...

kereta kena ceroboh..isk isk..baik nasib tak hilang ape..kalau keter di culik..serabut gak tu kak..hehe

ibuVouge said...

kalau IV di tempat syikin, first sekali pun IV akan rasa bersalah
....
tapi alhamdullillah dah ok
budak kecik recovery dia cepat.

Kaklong Syikin said...

ais_putih: tulah, alhamdulillah tak kena culik.

IV: betullah IV.

alhamdulillah, lega alia dah ok.

Sherin de Souza said...

Syikin, nasib baik penceroboh tu tak masuk rumah. hai.. mmg macam-macam jenis manusia ada kat dunia ni. Dulu pun kereta sherin pernah kena ceroboh masa sherin makan dinner kat Damansara Uptown. Depa pecah tingkap, buka boot dan ambil my notebook & projector. Masa tu sherin baru balik dari business trip ke Singapore so straight from the airport. Habis! Projector punya la mahal,kan? Harta ofis. Kena buat police report lepas tu.

Alhamdulillah Alia dah OK. Risau kan kalau apa-apa jadi kat anak kita. Nasib baik ok. MOga anak tekak Syikin pulih dgn cepat..:)

blackpurple @ jowopinter said...

Pecah masuk kereta ni dah perkara biasa walau dalam compound rumah sendiri...... biasanya 'mat gian' la punya kerja tu...

Yang pasal gegendang telinga tu...boleh buat pengajaran...memang sensitif gegendang tu apatah lagi budak kecik...

Izhal said...

Alhamdulillah ada alarm dan depa tak ceroboh rumah...

Sastri said...

Isk isk... risau kan sekarang nih... Hati2 lah kak... Make sure semua berkunci sebelum masuk rumah...

Glad to hear u're getting better...

Pasal Alia, Alhamdulillah pendengaran dia ok...

Kaklong Syikin said...

Sherin: kesiannya kat awak. kena bayar gantirugi projector tu tak?

Betul sherin, kalua gegendang dia rosak teruk, sayalah yg paling bersalah n menyesal :(. syukur tekak saya dah ok. tp husna pulak kena, sian kat dia.

BP: Hmm..sekarang tak selamat wlwpun dlm rmh sendiri.

nanti ada anak, ingatlah kes Alia ni, lebihkan tindakan berjaga2 ya.

Izhal: Alhamdulillah.Nad'uzubillah kena lagi.

Kaklong Syikin said...

Sastri: itulah,lately ni mmg akak jadi risua ngan keselamatan rmh akak.

alhamdulillah dah ok, tp Husna plak yg kena. alia pun ok, alhamdulillah.

lidah penghunus: terima kasih dtg n insyaAllah saya akan lawat kesemuanya.

Alinlai said...

insyaAllah ok tu, biasalah budak2 kadang2 kita dah simpan elok2 dia boleh cari juga benda tu :)

kasutVINCCI said...

akak ada masalah tonsil ker?

Unknown said...

Macam2 perkara boleh berlaku skrg ni yer kak. Kat negara sendiri pun dah rasa tak selamat, mcm2 yus dengar kat Malaysia skrg. Nasib jiran akak tu terdengar, kalau tak dah selamat agaknya kereta akak.

Alia akak dgn Alia saya ada persamaanlah. 2 bulan lepas, dia pun ada main korek telinga ni. Entah apa dia buat, telinga dia bernanah sikit, busuk. Dah jumpa doktor semua, laa ni dah ok. Tapi memang pantang nampak cotton but, sibuk suruh yus korek telinga dia.

Oh ye, link blog zz ada dlm blog yus tu. Akak cubalah tgk yer.

Pandang Dengar Diam said...

Bahaya lah....better berhati2 next time...

Anonymous said...

nasib baik tiada apa yang berjaya dikebas semasa kereta kena ceroboh tu syikin, org kaki ceroboh ni memang tak reti tido ker

seram baca cerita pasal telingga tu

Mummy Rizq said...

budak kecik ni suka sangat mengutip bnarang kan! rizq pun suka nak amek cotton bud korek telinga dia.. so now dah letak tinggi2 atas almari baju..

ontahsapo said...

bahaya tu, kdg2 kita terlepas pandang apa yg anak2 ni buat, selalunya diorang akan cuba mcm2 benda...

NONIE AZIZ said...

Sib baik tak serius sgt!!!sian si kecik tu!!!mak aih bahaya jugakkan kalau park kereta kat luar rumah!!

maklang said...

tekak bengkak dan demam tu memang le tonsil tu...maklang dah buang pun tonsil, baru lega....

Kiah Kardashian said...

harap kak syikin okay sekarang. Yerla bebudak nih suka menguitp. Jadik apa apa terjadi lepas tu kita mesti rasa bersalah amat sangat. Alhamdulillah semuanya okay. Rasanya lepas ni kalau nak korek telinga kena korek dalam bilik air jangan bagi budak nampak. Depa suka copy orang tua buat kan.

WRA said...

tekak dah ok?
korek telinga besi tu mmg akak takut nak guna...even utk diri sendiri pun akak takut...hehehe...putik kapas pun akak tak guna sangat sbb takut kapas tertanggal dan tertinggal kat dlm telinga anak2...akak selalu guna pin rambut hitam yg 50 sen satu peket tu....tupun tak kasik anak pegang....kekadang tu bila depa tengok, depa ingat utk rambut...heheheh so depa tak de la main sangat....

Kaklong Syikin said...

Alinlai: alhamdulillah dah ok.

KV: selama ni tak de pun. ari tulah first time kena

Yus: dah ketagih korek telingalah tu hehee..

ha, syukur keta akak selamat lagi

ok..nanti akak p blog dia.tq

Kaklong Syikin said...

cuaca: itulah..mmg doa sangat2 tak berlaku lagi.

Am: agaknya depa terlebih tidur, tu yg memalam buat keje redah rete oragn kot..

MB: hehe..mmg itulah antara ragam budak2.

OS: betul sangat2 tu

MR: mmg kesian MR, masalahnya sampai la ni tak serik lagi.nak buek camno?
itulah MR, skrg ni mmg mana2 pun susah nak selamt hatta kat rmh sendiri

maklang: apa rasanya bila dah buang tonsil tu? buang anak tekak tukan?

zakiah: alhamdulillah, dah ok.itulah zakiah, depa ni jenis memerhatikan.

kak wan: ok dah alhamdulillah.

alamak, tak puas tak guna korek telinga besi tu sbnrnya hehe.