Monday, August 28, 2006

Benut

Assalamualaikum,

Apa2 hal, sebelum nak citer panjang, saya nak ucapkan TAHNIAH pada HotMama yang baru bergelar MAMA untuk pertama kalinya di atas kelahiran baby boynya pada Khamis lepas kalau tak salah saya. Sesiapa yang nak tau citer kelahiran babynya, sila masuk blog suami HM di http://hisyam-yusof.blogspot.com/

Ok, citer saya plak. Hari Sabtu lepas, saya balik ke rumah mil. Kami tiba jam 8 mlm lebih. Sukanya dapat jumpa anak2. Si Aiman, sejak pagi Sabtu tu rajin tul telefon tanya jam berapa saya nak sampai rmh mbahnya. Adalah lebih 5 kali sampai saya terpaksa bagitau dia nanti mbah kena bayar bil tinggi kalau asyik tepon. hehe..tak sabar anak2 nak jumpa kami, saya sendiri apatah lagi. Dahlah malam sebelum tu saya tak semena2 menangis dlm bilik air sebab rindukan anak2. Si Huda ( 3 thn) pula, cium pipi Alia bila nampak Alia..mcm dia tak puas pandang adiknya tu. Kejap2 dia pegang adiknya, pegang pipilah, panggil nama Alialah. Si Alia pulak, gelak besar bila dpat main2 ngan abang dan kakak2nya. Si Husna, sibuk nak peluk n cium saya dua tiga kali. Si Aiman nampak cool, tapi tersengih memanjang.

Jam 11 mlm lbih pulak, kami sekeluarga termasuk mil bertolak ke Benut, Pontian untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak kepada sepupu mil. Inilah first time saya n suami ke sana. Kami tiba jam 3 pg lbih. Sesat jugak sebab tak perasan simpang masuk nak ke rumh makcik tu. Esoknya, kami keluar awal lbih kurang jam 9 pagi lebih ke surau berdekatan utk berehat lebih lama, sebabnya kepenatan perjalanan malamnya tu masih terasa, terutama suami saya yg memandu sorang. Tak sedap pulak nak baring2 rehat kat rmh pengantin, dahlah depa start sibuk memasak bagai. Lbh kurang jam 11 pagi, kami ke rmh pengantin semula. Then kami bertolak balik ke KL lebih krg hampir jam 1 tgh.

Yang paling seronok mil, sebab masa ni dpt berkumpul ngan saudara maranya yg ramai tinggal di area Johor ni. Saya pun dapatlah kenal mereka yg tak pernah bertemu sebelum ni. Oh ya, kenduri kawin kat area kampung saudara kami ni, segala masakan kenduri dimasak oleh kaum lelaki, drp menyediakan bahan mentah hinggalah memasak, semuanya kaum lelaki yang lakukan. Itu yang mil saya tak reti nak buat apa, sebab kerja2 memasak dilakukan oleh lelaki. Rupanya kat sana, bukan nasi minyak yg jadi menu utama, tapi nasi jagung. Itu yg diberitahu mil saya. Padanlah masa saya makan nasi tu, tak ada rupa n rasa nasi minyak. Tapi sedaplah nasi jagung tu. Oleh kerana mereka adalah masyarakat Jawa, saya kira adalah lauk sambal goreng yang biasa dihidangkan dalam kenduri kahwinoleh masy. setempat area kg. mertua saya, rupanya tidak. Rupanya lain tempat lain masakannya wlwpun masyarakat jawa.

Ok, on the way balik, sepatutnya kami boleh sampai jam 5 ptg lebih, tp dek kesesakan highway start sebelum exit seremban-senawang hinggalah exit bandar seremban, kami terperangkap lbh kurang 1 jam lebih kat sana. masa tu suami dah tak larat. kami singgah R&R Seremban utk berehat seketika kemudian bertolak balik dan sampai hampir jam 8 malam. PENAT....Syukurlah anak2 tak meragam masa jalan jammed tu, kalau tak, lagi tak larat.

Masa kami nak balik ke Gombak, Huda meragam tak mahu balik, nak tinggal ngan mbahnya. Punyalah dia menangis terjerit2, meronta2 tak mau ikut balik. Sedih tul masa tu, kesian kat dia sebab dia mmg rapat ngan mbahnya. mulanya saya dpt tahan air mata, tapi bila tengok mbahnya memujuk sambil menangis, saya pun kalah. Puas mbahnya cakap, janganlah nangis, nanti mbah nangis sama. Masa tu pun air mata dia laju...tp akhirnya terpaksalah Huda mengikut kami, itupun terjerit pekik dalam kereta. Dia diam pun sebab terlelap. Bila tiba kat rmh, dia terjaga, terus jerit "mbah...". Syukur sekali tu dia jerit, tp mogok jap tak mo keluar kereta. Kenalah pujuk dia bagitau lain kali pergi rmh mbah lagi, dukung dia, puji dia good girl, oklah gak. tp perasanlah hati dia masih hiba lagi. Syukur lepas beberapa jam dia betul2 ok. Pandai plak dia cakap balik ngan kita, nanti kita pergi rmh mbah lagi? ya...Hmm...Huda, Huda.

25 comments:

Alinlai said...

erk..nasi jagung, macam sedap je :) jauhnya pi mkn kenduri... tapi kalau makan sedap kira berbaloi la kan? Dah ok Huda? Kalau kena tinggal lagi rasanya ummi dia yang meraung bila sampai rumah...ke ke ke sabaq syikin sabaq :)

Kaklong Syikin said...

alinlai: heeh..betullah nanti saya yg nangis lebih kalua dia tinggal sana. alhamdulillah, Huda ok dah..

simah said...

nasik jagung? nasik bubuk jagung ker tu syikin?

waaa la ni syikin happy la anak dah balik...mbah dia pulak rasa sunyi rumah dia sunyi tak der budak budak...cuti sekolah sekali lagi bila syikin?

Sherin de Souza said...

wah first time dengar kenduri kawin hidang nasi jagung. Sedap tak? La, syikin rindu anak sampai nangis dalam bilik air ye? :) Mesti anak-anak tu rindu mbah mereka pula sekarang.

Kaklong Syikin said...

simah: bukan, mmg nasi jagung, tp taklah penuh jagung, mcm rupa nasi minyak gak..

hehe..mmg happy dan mmglah rumah mbah depa sunyi..sian pun ya. nanti nov cuti sekolah semula


sherin: sedap. itulah, saya pun terkejut bila tau itu nasi jagung,mula2 saya ingatkan itu nasi minyak versi org sana hehe.

hehe..kalau saya dah rindu kat anak2, kat mana2 pun boleh nangis..
hudalah paling terasa agaknya sebab dia manja ngan mbahnya

Unknown said...

sy kalau balik johor, highway serembang linggi, tak sah kalau tak jem... balik siang jem, balik malam pun jem... balik tgh malam je tak jem...

zino said...

jamri
kalau tak nak jem.. ikut jalan lama..lepas senayang baru masuk hiway..hehe

nasi jagung tu macam mana.. nasi campur jagung ke?

Izhal said...

suka betul saya perenggan ke-2 warna ungu tu... mbahnya waras???

apa punya hi-way masih jam... macam ni kena mintak diskaun tol kat plus le...

tee said...

kat kpg hubby kalau kenduri pun lelaki yg masak lauk gulai kawah. kalau makcik2 tu buat yg simple2 jer...

memang tak larat jam kat PLUS hiway tu...

Mummy Rizq said...

jauh berjalan yer syikin... kat mana umah MIL tu?

Kunci said...

tak pernah sampai Benut lagi..

Kaklong Syikin said...

jamri: jdnya selalu balik sana tgh malamlah ya?

zino: ya..nasi tu ada campur ngan jagung n ada sayur campur sikit kalau tak salahnya.warna kuning.

tee: senanglah kaum pompuankan tak buat kerja2 berat tu..

MB: mmg jauhlah..penat sampai hari ni tak ilang lagi.rmh mil saya kat h.langat. adalah 45 minit drp rmh saya kalau tak jam jalan

Kunci: Benut tu pekan kecil aje. better p simpang renggam.

Kaklong Syikin said...

izhaL mbahnya alhamdulillah. waras.

nak bagi diskaun? hehe..makin naik rege lagi adalah.

kasutVINCCI said...

alahai...kesian huda. Lain kali boleh jumpa mbah lg/;-)

NBK466 said...

Org2 lelaki Johor mmg terra masak..he..he.he.. (den pun org Johor tau)..he..he..he..

Anonymous said...

terperangkap dlm jem? hehe... nasib baik kami bertlk pukul 9.30pm. tak jem sgt. lbh krg 20min je kat senawang-labu. sbb jln selorong. :)

Zareda Norman said...

salam syikin
zar baru masuk opis hari ni, hajat tu nak call syikin tapi nak makan pun miss.. heheh nanti kita calling calling ek

ontahsapo said...

wahh semua dah balik ek..? best best...

ibuVouge said...

terharu baca anak anak syikin bila jumpa memasing..biasa bersamakan..bila dah berjauhan rindu la
tapi bagus juga sbb, baru nampak kasih sayang
syikin jgn nangis lagi tau..anak anak dah balik tu

WRA said...

itu la....syiok gak bila rapat2 adik-beradik ni ek? bila dah besar sek-sok, tak lah jauuuuh rasanya....

Kaklong Syikin said...

kv: itulah, duk selalu cakap kat dia..dia pun nak aje balik tidur sana..


nbk: oh..org johor rupo eyy..isteri oghang nogoghi ko? untunglah isteri nbk dapek suami terer masak :D

atok: ye tok..start jam 4 lbh ke atas tu area kat situ dah jam teruk..jaln berhenti.jalan berhenti..siap ada keta berhenti tp jalan lagi..

zar: eheh..takpe, takpe, take yr time

OS: hehe..mmg semua dah ado ni ha..rumah sey ribut baliklah..

iv: anak2 saya mmg rapat antara satu sama lain, mungkin sbb depa tak de kawan lain kat area rmh ni. main pun sama2 gak.hehe..dak nangih dah..

kak wan: ha ah, mmg best..harap2nya bila depa dah besar kasih sayang depa kukuh n erat.

Kiah Kardashian said...

dah habis la honeymoon akak syikin yer...

yang kiutnyer si Huda tu...sayang betul dengan adiknyer...

Anonymous said...

memang pun selalu kalau balik muar memang malam, dari Ipoh pukul 10 mlm, insyallah sampai muar subuh...

jalan malam aman sikit syikin..

Bunga Rampai said...

Salam.

Pertama kali dengar nasi jagung untuk kenduri kahwin - ada resepi?

Kaklong Syikin said...

Jamri: betul tu, tambahan pula lebih nyaman sbb tak de panas mentari.

BR: alahai..tak delah BR. maaflah ya.