I feel so lonely...
My house is empty...empty...iiiiii...
(ok syikin, stop. Pitching out!!!)
Inilah yang saya rasa sekarang. Baru 1 hari 1 malam. Terasa rumah saya sunyi yang amat dan saya rasa kesepian. Waaaaaaaaa.Inilah rupenya kalau ada anak kecil ramai lepas tu depa tak de depan mata kita. Rumah yang dah biasa bising ngan suara depa, gelak tawa depa, jerit pekik depa campur ngan high volume ummi kalau kita cakap depa tak mo dengar. Semuanya tak de untuk minggu ni. Husna, Aiman & Huda tiada di rumah sekarang, depa duduk di rumah mil sempena cuti sekolah ni.
Suami yang cadangkan Husna & Aiman duduk kampung supaya depa dapat bermain sepuas hati dengan laman rumah mil yang luas dan besar dan jauh drp jalanraya besar, depa boleh main basikal, main kejar-kejar, boleh mandi sungai, dan off course rumah mbahnya akan jadi macam kedai runcit;macam-macam ada. Mil tu cukup rajin layan cucunya, apa yang depa nak makan..ha..sediakan, ais krim tu senang2 aje depa order, ngan kami?? hehe..ada sempadannya. Tapi, yang paling utama, suami nak Husna dan Aiman, selalu exercise mata depa supaya lihat pemandangan hijau kat kampung tu. Husna tu kemungkinan besar pun akan pakai cermin mata..oh tidakkkkkkkkk!!! Area rumah kami ni sungguh tak sesuai. Mereka tak boleh keluar pagar. Nama aje jalan perumahan, tp jalan ni mmg setiap hari lori besar keluar masuk sebab laluan depa nak ke kawasan pembinaan tak jauh drp rumah kami ni.
Sabtu malam lepas, kami sekeluarga balik ke rumah mil. Esoknya ada majlis pertunangan adik sepupu suami. Isnin tengahari, saya, suami dan Alia sahaja pulang ke rumah. Asalnya kami nak bawa Huda sekali, tapi punyalah dia terjerit pekik menangis tak mo ikut pulang. Pujuk punya pujuk tak jalan, akhirnya saya mengalah. Sebab dulu, saya pernah tinggalkan dia kat rumah mil masa exam coursework dulu, mil cerita waktu malam nak tidur dia akan menangis tersedu2 tapi tak melalak. Saya pun baru tau baru ni, mil tak mo cerita dulu sebab takut saya tak boleh tidur malam dan emosi terganggu nak exam nanti. Saya bab anak ni memang lemah betul. Yang kelakar tu, Aiman pulak tiba-tiba menangis nak ikut balik. Pujuk punya pujuk, dia nak jugak tinggal akhirnya.
Tengahari semalam, masuk aje ke dalam rumah. Sunyi sepi. Tak de suara berebut nak tengok channel 62 dan 63. Tak de suara mintak susu. Tak de suara bising ajak teman p toilet. Tak de suara kat tingkat atas berebut permainan atau bergaduh. Dan sebelum tu, kereta pula terasa kosong, yelah dah biasa penuh. Tapikan, namanya aje depa tak de depan mata, tapi suara mereka akan selalu saya dengar. Heehe..tepat jangkaan saya, start petang hingga ke malam, adalah 4 atau 5 kali dengar suara depa. Kalau tak Aiman, Husna yang called. Macam-macam citer depa adukan. Sampai saya suruh depa jgn call selalu, nanti mbah lanang kena bayar bil banyak. Hehe... Ok stop layan blues pasal anak-anak.
Alhamdulillah sebab Israel dah keluar dr Lubnan, tp yg tak semenggahnya depa p bedil salah satu tpt di Lubnan tu pulak. Memang depa ni spesis tak tepati janji. Tak heran ngan sikap depa ni yang dahagakan darah manusia. Jangan lupa, bangsa depa nilah yang selamba bunuh beberapa orang Nabi kita dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Itu depa bunuh Nabi daripada bangsa sendiri, inikan pulak orang-orang Islam.
Alhamdulillah juga sebab kerajaan takkan pinda perlembagaan yang berkaitan ngan agama Islam. Cuma, yang sedihnya ada segelintir Melayu beragama Islam yang sokong kawan2 Melayunya untuk meninggalkan Islam. kalau mereka ni kenal Allah dan faham Islam, pasti mereka akan sedaya upaya berusaha menarik kembali kawan mereka itu ke jalan yang benar. Ini tidak, pegi disokongnya. Fikirkanlah apa nak jawab ngan Allah nanti kat akhirat. masa tu tak de sapa dapat tolong kita. Ingatlah, bukan senang nak terpilih antara billion manusia di dunia ni sejak zaman Nabi Adam hingga sekarang ni untuk beriman kepada Allah, Pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dia yang menguasai dunia dan hari akhirat. Bukan senang. Hidup kat dunia ni ada dua pilihan sahaja sebenarnya. Beriman kepada Allah atau tidak beriman. Kat akhirat nanti, syurga dan neraka pula bakal jadi tempat tinggal kita. Itu yang Allah sediahkan untuk manusia nanti. Pilihlah yang mana kita nak. Nak nikmat syurga atau sengsara di neraka.Untuk yang syirik pada Allah, nerakalah tempat kekal abadi. SELAMANYA. Nad'uzubillah. Tu sebab Allah bagi kita chance sejak kat dunia ni untuk buat pilihan tempat tinggal di akhirat nanti. Hargailah sebutir mutiara iman yang diberikan Allah. Dan bila dah dapat tu, jangan biarkan lusuh aje iman tu, kena gilap selalu agar ia bercahaya hingga ke akhir hayat kita. Kena usaha utk kekalkan iman kita ni kan. Moga-moga kita dan generasi kita mati dalam keadaan beriman. Amin.
Ok. Ramai pula yang kawin sempena cuti sekolah ni. Selamat pengantin baru pada semua mempelai. Hargailah cinta dan kasih sayang yang kita dapat. Gilaplah selalu cinta itu kerana ia boleh malap begitu sahaja. Cinta semata tidak cukup untuk menjadi akar mengukuhkan rumahtangga kita, tapi ia kena disokong oleh akar-akar yang lain; keimanan, bantu membantu, nasihat menasihati, faham memahami dan lain-lain lagi sifat positif untuk kerukunan rumahtangga kita. Sifat buruk dan kelemahan pasangan kena hadapi dengan kematangan dan berusaha utk dia memperbaiki diri. Dan setiap masalah yang dihadapi, biarpun sebesar zarah, selalulah mengadu pada ALLAH untuk memberikan petunjuk jalan penyelesaian. Dan jangan lupa, setiap kali solat berdoalah semoga Allah memaafkan dosa kita dan dosa pasangan kita, mohon keberkatan rumahtangga. Jangan tunggu pasangan kita aje yang mendoakan kita, tapi kitalah kena lakukan dahulu. Dan jangan suka fikir, asyik aku aje yang buat dulu..takut nanti hilang keikhlasannya. Sama-samalah kita semua menghidupkan cinta dan bahagia dalam rumahtangga kita. Andai tak berjaya juga walaupun kita dah berusaha, itu tanda ujian dariNYA. Bak pepatah, kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya.
25 comments:
betul kata-kata akak tue...semoga keihklasan kasih sayang, keringat, tenaga dan wang ringgit yg kita hulurkan akan membuatkan rumahtangga kita lebih diberkati Allah...Aaamin!!!
Syikin, sunyi sangat rasanya ye kalau takda anak-anak kat rumah. heehehehehe.. I pun sometimes tinggal mereka sekejap (a few hours) kat rumah MIL kalau nak berdating dgn hubby. Punya rasa sunyi & tak tahu nak buat apa. In the end call mereka a few times. Tu baru pergi a few hours, kalau a few days macam anak-anak Syikin, tak tahula.. hehehehehe... Biarla mereka have fun since cuti sekolah ni kan.You pun enjoy ur peace and quiet tu. Rehat & relax la Syikin! Take care.:)
Salam syikin... ella pun blh imagine camne klu anak2 tak de kat rumah... so betul tu blh ler syikin buat apa2 yg sesuai :)
semoga rumahtangga insan2 di muka bumi ni berjalan dengan sebaiknya...harap2 kurang lagi kes perceraian di kalangan umat islam skrg ni...amin, kerukunan rumahtangga terletak pada kesedaran diri masing2...kita yg membentuk rumahtangga kita sendiri..apepun pikirkan ape yg terbaik buat diri kita...
Saya pun cegitu. Duk teringat2 je kat anak tu. Mau nangis sorang2 tu. Kalau gi kusus 2,3 hr tu mmg amik cuti terus bila balik tu sbb rasa rindu sgt kat dia.
sabar jer la yea syikin... kalau rindu angkat tepon..jauh ker rumah MIL dng rumah syikin ni?
Marilah kita doakan Allah menetapkan iman kita sehingga ajal..saya takut sangAT kalau mati sebagai murtad..Allah korusun
bie: amin...
sherin: hehe..tak leh nak relax gak, kerja still melambak kat rmh ni. si kecik alia still need me 100%
kak PB: ala..tak de teruknya. kalau tak sanggup berpisah lama ngan depa, akak amiklah cuti n bawak anak2 balik kg semalam dua, at least atuk n nenek sebelah sana hilang gak rindu ngan anak2 akak.
ella: hehe..keje banyak gak..
RM: amin.. n betul pendapat RM tu.
nznm: itulah sebaiknya kan utk gantikan masa yang hilang tu.
simah: 45 minit aje kalau tak jamm. amin..moga kita meninggal dlm keadaan yang baik n beriman.
Dah lama tak balik kg kat muar, tapi kalau rumah MIL selalu sangat.
kalau balik kg kat muar, suka sgt anak main tanah....
anak-anak syikin balik rumah MIL, boleh le berbulan madu yea...
Assalamualaikum Kak Syikin...mesti tak cam kita ni..teka sapa?? Anyway, kalau takde anak2 mesti tak best kan...kalau saya ngan hubby kuar rumah tak bwk anak2, rasanya nak jer cepat2 balik rumah nak tgk anak2....selalu gak saya jengah blog akak ni, tapi tak tinggal jejak..hehe..agak2 sapa la ek? Biarlah Rahsia...muahaha...(psst..nak clue? tanya Bie ek...)
isk sunyi sepi la kan...macam tu le mak kita rasa lepas semua anak cucu balik ke rumah masing2 time lepas raya kan :(
itu la kan Syikin...anak2 yg paling bising bila depa tak de masa tu laaaa kita nak teringat nyer....hhehheehee....
tang Islam tu pulak, rasa sedih jugak kenapa org Islam sendiri tak leh nampak yg Islam ni cantik, indah...kenapa mesti rasa menyusahkan?
last sekali, mudah2an pasangan2 kat dunia ni dikurniakan mawaddah dan rahmah selalu....insyaAllah...
kejap syikin, aku konpius ni...! cadangan suami tu supaya saper yg dapat bermain sepuas hati ni...? anak anak ker atau.....?
Jamri: hehe..takleh nak honeymoon gak, yg kecik sekali, Alia ada sama ni. dia lagilah memanjakan dirinya.
nenas: hehe..kita akan cari awak gak.thanks tinggalkan jejak. itulah dia perasaan ibukan..tak leh anak tak de depan mata wlwpun kita ni garang or tegas ngan depa.akak lah tu hehe.
alinlai: betul tu..akak cakap ngan suami, tak sanggup rasanya nak bagi anak2 belajar kat obersea, takut rindu bayangan nanti
kak wan: betul tu kak.
hmm..sbb depa tak nampak Islam tu cantik tu yg depa rasa menyusahkan. nad'uzubillah.
amin atas doa akak tu.
OS: hehe..tak do makno eyy..anak yg paling kocik ado sekali ni haa, si Alia, ado ngan sey..
takpelah kak...boleh akak relax sikit dengan kerenah diorang tu. Tapi, memang sunyi bila semua takde kann..dah biasa riuh rendah. Diorang pun mesti rindu dgn akak jugak...
Syikin, kes perlembagaan tu keluar kat mana eh? saya cukup berdoa agar perlembagaan tu tak dipinda.
masa saya 1st year di UK, ada orang Algeria ni kata "I was born a Muslim" tapi tangan pegang minuman keras.
Jijik...
dan sedih. Harap sangat anak2 saya menerima pendidikan agama yang secukupnya dan kekal Islam sehingga ke akhir hayat.
takpe, sunyi kejap jer... nanti dorang balik, ilang ler sunyi tu... :-)
Syikin: Lor tertinggal entry awak, aikk anak2 tak der..oklah tu masa untuk ummi dan baba ..he..he...bila lagik...masa nilah ...asyik kalut ngan anak2 mana buleh, baba dia pun perlu jugak masa..gurau jer syikin...jangan marah
Kita umat islam akhir zaman ni perlulah sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain ...moga kita selamat dunia dan akhirat...
Yus: hehe,betul blh relax sikit ngna kerenah depa.tp itupun duk rajin call tepon ngadu itu ini ehe. ya..akak rasa depa pun rindukan akak, tu sebab rajin call akak hehe.
mama sarah: keluar dlm berita tv3. tp u boleh surf website beritaharian. ada lagi satu website yg membela perkara ni, saya lupa. nanti saya bagitau ya..
mmg sedih tgk kawan2 yg mengaku Muslim tp selamba dek buat dosa besar.nad'uzubillah.
amin..moga keturunan kita terpelihara iman mereka.
sastri: hehe..betul tu sas
shami: mana leh nak honeymoon, ada si kecik Alia ngan kami ni, dia pulak pandai tarik perhatian kami terutama ngan tangisannya. sabor jeklah..hehe.
amin. moga iman kita semua terpelihara.
Syikin, at least alia ada kat rumah. Tak lah u sunyi sangat-sangat. :)
msa ni la time nak berdua-duaan ngan hubby... nak bersantai, refresh diri... tapi memang kalau anak2 tak de rasa incomplete jer.. pernah MIL offer nak jaga anak2 kat kampung, tapi masalahnya depa tu yang tak nak... mungkin sebab kecik lagi kot..
bercakap pasal hantar anak2 balik kampung ni - nak mintak tolong sikit. ummi plan nak tinggalkan anak-anak di kampung abt 2 weeks. reasonnya yang utama sbb nak ikut husband outstation dan supporting reason pulak sekarang KL jerebu. tapi biasalahkan, perasaan risau, teringat, selamat ke anak aku? okay ke diorang and all tetap ada. ada apa-apa doa yang boleh diamalkan supaya anak-anak sentiasa dalam lindungan Allah sepanjang kita tinggalkan dia (apart from doa-doa biasa tu - kot ada doa yang lebih spesifik).
tq.
sherin: ya, betul tu sherin. dia ni nak kita depan mata dia aje all the time, sib baik dia tak demand nak berdukung.
tee: mmg rasa kureng aje bila anak2 tak de kat rmh, rasa rindu plak ngan riuh rendah depa.nak gaduh ngan depa pun rindu haha..kalau anak2 tak mo, jgn paksa, takut2 nanti depa tak mo balik rmh atuk n nenek sbb fikirkan depa kena tinggalkan nanti, lg masalah besar. tp kalau depa makan pujuk, itu lain citer.
Ummi: saya tak tau pulak ada doa khusus. alah Ummi, doa biasa2 aje dlm B.M pun tak pe, Allah terima juga. Yg penting apa yg ummi nak akan keselamatan ummi terjamin.
InsyaAllah, atuk n nenek akan jaga lebih baik drp kita jaga heehe. cumanya, drp sekarang start bagitau depa yg depa akan kena tinggal ngn grandparents sbb2 yg ummi bagitau tu,supaya depa boleh slowly prepare fizikal n mental terutamanya yg depa akan berpisah sementara ngan awak berdua.
yg pasti, call them everyday terutama malam. kalau siang tu tak kisahlahkan sebab waktu siang biasanya depa kat taska/nurseri kan?
dan pesan kat yr parents, kalau anak menangis tiba2 rindukan awak berdua, cepat2 call awak supaya awak blh bercakap ngan depa n perhaps this could relief them.
tak salah kalau awak bagi sehelai baju awak utk anak2 pegang takut2 depa rindukan awak.sebaiknya baju yg belum berbasuh..tp jgn yg teruk sangat dah berbau tu..jemur sikit dulu nak hilangkan bau tak menyenangkan tu...ini petua org tua2, kata org bau badan tu boleh kurangkan rindu.
biasalah Ummi first time pisah lama ngan anak, saya dulu pun menangis gak.sbb rasa rindu sangat walhal baru satu malam.
ummi: alamak ummi silap ayat tu. spatutnya saya tulis "keselamatan anak2 ummi terjamin"
kak, sy yg takde anak pun terasa tau bila anak buah sy balik umah dia hehehe rendu seh.. inikan pulak anak2 sendiri ek :)
ayu: ha..itu baru anak sedara..lum darah daging sendiri..
Post a Comment