Assalamualaikum. Haa...terkejut jangan tak terkejut ya. Inilah dia kesan serangan anai-anai ke atas buku simpanan wang Husna dan Aiman. Sebenarnya kejadian ni berlaku dua bulan lepas, tapi baru hari ni dapat uploadkan gambar. Anai-anai menyerang laci meja solek saya!!! Daripada luar tak nampak apa-apa pun hatta sarangnya, tetapi bila satu hari saya buka laci tu, terkejut tengok depa duk bergotong royong mengerjakan segala dokumen dalam laci saya tu. Duit2 ni pula dalam anggaran 10 ringgit yang diselitkan dalam salah satu buku simpanan anak-anak. Ada yang terputus dua terus. Berlubang-lubang tu tok sah cakaplah. Punyalah geli mula2 tengok tu. Terukkan???
Rumah yang kami sewa ni dah berusia hampir 10 tahun, dah bertukar 3 penyewa termasuk kami yang ketigalah. Memang la ni kat dlm rumah ada ruang2 yang mula dimakan anai-anai, memang duk sibuk membuang sarangnyalah.
Saya terfikir, Alhamdulillah Allah tidak memberikan anai-anai ni kebolehan utk memakan daging manusia. Cuba depa diberi kebolehan tu??? Alamatnya setiap hari adalah mayat tinggal rangka aje hasil santapan anai-anai ni. ALLAHUAKBAR, Allah tu Maha Bijakkan...Dia hanya izinkan anai-anai ni makan kertas2 dan kayu kayan aje, itupun tengoklah hasilnya.
p.s. PC saya dah tenat sekarang. Tu yang tak boleh bertenet selalu dan laptop pula suami tengah sibuk menggunakannya sekarang.
27 comments:
uishh kak..sampai cam gitu anai2 tu kerjakan yer....bahaya juga kalau nak simpan dokumen penting ni...
ish ish ish...anai anai the silent killer...boleh?
tapi anai anai ni kena buat pest ctrl. Mungkin neighbour akak dah buat jadik depa serang rumah akak pulak.
ish.. sayang nyer duit2 itu... ;)
Cepat2 le pi tukar kat bank, laku lagi kot!
tu yg tak larat kalau perabut kayu ni..lawa tapi takut diserang anai-anai
ini barulah yang dikatakan 'makan duit' heheh...
Yus: itulah, kena hati2.
zakiah: hehe..sesuei gelaran tu. rasanya tidaklah zakiah, tak de plak nampak grup ni buat keje tu kat rmh jiran akak.
raiedzall: mmg sayang, dahlah duit anak tu.
maklang: dah berlubang2 tu, blh diterima lagi ke?
titicaca: sofa biasa tu depa confirm tak makan ke?
izhal: hehe..
uit... ngeri gak nengoknyer... dulu rumah kat kpg pun terkena serangan anai2 nih... tapi kat aa... panggil apa ek.. pintu nyer tepi tu... adeh, tak tau lak apa namanya... tapi sib baik tak merebak ke tempat lain... dia makan tepi tu dan meja yg berdekatan...
rasanya boleh..cuma la pegi bank
tips
1.pegi pagi..masa org tak banyak..senyum je masa pegi tu..then jgn la syikin pi bank semata mata nak tukar duit.buatlah hal lain sekali..eheh
ALLAH MAha besarkan syikin..
kene buat gencatan senjata neh kak..hehe..sayang pulak duit tuh..
saya dah balik syikin.. mintak maaf la buat awak risau..saya lesap ari tu..
eeeeee gelinya tengok hasil kerja anai anai ni.. tapi memang diaorang mesti berkerja keras gila utk jadikan semua kertas tu mcm tu..
eh dulu awak yg sakit...sekarang pc pulak sakit...mcm mcm awak ni hehe
takutnya klu dibuatnya anai-anai tu memakan daging manusia...
klu rumah diserang anai-anai kdg2 boleh sampai roboh kak...kena buat pest control tue...
Bila anai2 menyerang rumah pong bleh roboh...betoi tu Syikin...syukur lah Allah tak jadikan anai2 tu species pemakan daging. tak tau la pulak klu in the near future ada pulak saintis tak betul yang cipta mutasi anai2 yang makan daging...takuttt....
lorr...abih duit tu dikejekannyer ekk...bila pikir2 elok gak dulu diorg kuarkan duit singgit bentuk syiling...bila duit bentuk kertas camni lerr...kekdg aku dpt duit kertas yg takder cam duit lagi dah...
Am masa menyewa dulu kena juga, habis semua almari, katil, meja solek yang beli masa kahwin dulu. Cakap dengan tuan rumah dia boleh kata tak apa, nasib baik masa tu sudah nak pindah rumah baru Am, kalau tidak mau aja Am sewa rumah lain
bahaya tu, cuba check bumbung2 rumah lak, anai2 ni dlm diam jer...
bahaya le kak.. panggil le pest control suh dorang check.. free je.. mana tau.. mcm kata OS takut dia mkn bumbung dan dinding ke apa ker bahaya
waah...teruknya...kena buat scheduled maintenance atas rumah tu lah nampaknya kan?
mungkin pc akak tu pun kena serang dek anai-anai tak..itu yg sakit tenat dah ehehehehhehehe
kak, rumah uda mmg teruk sungguh dikerjakan dek anai2. sampai dah makan semua frame2 pintu. habis rompong semua kat dalam. mula2 sedar haritu, anai2 ni makan barang2 dalam stor. brg2 lepas pindah yg asik tangguh2 nak kemas. akhirnya habis la buku2 kesayangan yg uda simpan dari zaman student dulu. apa nak buat..sabar jelah. dah panggil pest control. diorang tanam ubat keliling dan dalam rumah.
mak aiiii berlubang2 duit tu... isk isk isk dah check tempat lain kot2 ada lagi sarang anai2?
silap silap, banyak benda lagi yang anai anai tu dah makan.. baik check bebetul..
syikin, sory, tak dapat berbual lagi ngan syikin, setakat sms jer.. nanti balik dari alor setar, kita calling calling ek..
jangan2 ada anai2 dalam PC kot? tu tenat tu.
Wah Syikin, hebatnya serangan anai-anai ni! Nasib baik meja solek u tak roboh diserang mereka semua! :) I think u better hantar PC u ni for medical checkup. Mungkin ada virus kot? ;)
sastri: oh..akak faham maksud sastri. ha,itu mmg antara tpt feveret depa tu.
iv: hhee..cadangan yg bijak.
betul iv, tp kita ni selalu aje lupa. sayalah tu.
ais putih: gencatan senjata? hehe..nampaknya nak kena pegi jumpa ketua anai2 nilah. :D
simah: itula, rindu saya kat awak tau..hehe, nak wat camner, itulah mcm2 kisah saya.
bie: tak tau lagi bila tu
azawa: eh..jgnlah sampai macam tu. tak pasal aje nanti.
rafflesia: loh..kenapa jadi cenggitu?
Am: aduh..lagi teruk drp kes saya ni
OS: hmm..bagus cadangan tu. tq.
ayu: thanks atas cdgn tu
kak wan: gitulah nampaknya
Applepie: eheh..lawaklah awak ni
UDa: wah..teruknya sampai camtu
alinlai: mmg ada, ni tgh sibuk k membuang sarang2nyalah ni
zareda: thanks for the cdgn.
ok..ada masa kita calling calling.
mama sarah: tak de, suami dah check :D
sherin: hehe..tak sempat lagi nak hantor woksyop..
salam sis,
mohon share yer post ni untuk makluman client-client saya
Post a Comment