Tengahari semalam, duk sibuk mengadap internet, kedengaran org memberi salam. Rupanya orang nak periksa no. siri saluran getah tong gas tu. Masa tu pulak Alia duk cari perhatian saya. Malas tul saya nak bagi pekerja ni masuk. Saya tak keluar drp pintu rumah pun. Dia ajelah yg duk cakap kuat2 sebalik pagar rmh tu terangkan sebab dia datang. Punyalah dia minta izin nak masuk, tapi saya tak mau bagi. Saya bagi alasan nak uruskan anak. Tapi dia tetap nak masuk jugak, katanya dia bukan nak buat jahatlah bagai. Saya tetap tak bagi. Dia tetap nak masuk juga macam memaksa, sampai saya bagi isyarat dengan tangan tak mau benarkan dia masuk. Dia masih tak faham lagi rupanya. Geram saya. Nak aje cakap kasar ngan dia. Tapi tak sampai hati. Akhirnya, saya tarik aje langsir sliding door tu. Sesuatu yg saya tak pernah buat sebelum ni. Yang dia ni pulak, tak faham2 lagi orang tak benarkan masuk. Sibuk memanggil-manggil saya lagi dengan bagi salam banyak kali, sambil tu jelaskan sebab dia nak masuk tu. Eii..hangin dah saya satu badan. Tapi saya buat derk je, biarkan dia terjerit2 sorang kat luar pagar tu. Orang dah cakap tak nak, tak naklah. Ikutkan kesian gak, tapi saya dah tak mau bagi dia masuk. Faham-faham ajelah. Itu adalah hak tuan rumah utk benarkan org masuk atau tidak. Akhirnya, dah dia terpanggil2 tu saya tak layan, baru dia nak beredar.
Sebelum ni, bukannya tak ada pekerja wakil syarikat yg nak check tong gas datang, ada..siap bagitau lagi kononnya dia dapat report lagi drp rmh saya, ada masalah ngan saluran getah tong gas tu. Bila saya cakap tak de pun sapa2 call syarikat dia, barulah dia cakap dia dtg sbb nak check benda alah tu. Pandai tul menipu. Tapi, bila saya kata tak mau sekali, dia faham dan terus beredar. Tak macam budak atas tu.
Ada sekali dulu, masa saya duduk apartment mak, pekerja mcm ni dtg jugak, tapi perempuan. Saya pun tak tau camner saya boleh lembut hati benarkan dia masuk. Dia jelaskan panjang lebar, tapi saya bagitau dia saya tak mo tukar saluran getah tu. Dia kata tak pe tak pe. Tapi yang saya pelik tu, dia punya baik hati bersihkan dapur saya, bersihkan almari dapur tu sambil tu terang panjang lebar pasal keselamatan jaga tong gas ni. Saya cakap ngan dia lagi, saya tak mo beli. Dia kata ok. Yg buat saya terkejut berganda tu bila dia tiba2 nak bukak saluran getah tu dan nak gantikan dengan dia punya sambil cakap harganya berapa. Saya jadi hanginlah, terus saya cakap keras ngan dia yang saya tak mau beli dan tak mau bayar , sapa suruh dia pandai2 nak tukar. Dia boleh masam muka tiba2 macam merajuk. Lepas tu dia merapulah ngan nada merajuk. Saya mula tinggi suara, sapa suruh dia pandai2 nak tukar, saya dah kata awal2 tak mau beli. Siap dia sebut takut kena buang kerjalah kalau tak jual. Takut bos marahlah. Eii..rasa nak sepuk2 aje muka pompuan ni. Sampai keluar rmh, dia masih merapu2 lagi..eii geramnya saya. Sambil dia bebel tu, sambil tu saya balas balik. Tak pernah saya marah penjual macam tu sekali. Sampai la ni saya terfikir nape saya blh terlembut hati nak bagi dia masuk. Takkan bisnes camtu guna pukau kot. Walhal, saya bukan jenis suka sgt layan org jual2 ni.
Hmm..macam-macam tul pesen orang nak berniaga ni.
Sebelum ni, bukannya tak ada pekerja wakil syarikat yg nak check tong gas datang, ada..siap bagitau lagi kononnya dia dapat report lagi drp rmh saya, ada masalah ngan saluran getah tong gas tu. Bila saya cakap tak de pun sapa2 call syarikat dia, barulah dia cakap dia dtg sbb nak check benda alah tu. Pandai tul menipu. Tapi, bila saya kata tak mau sekali, dia faham dan terus beredar. Tak macam budak atas tu.
Ada sekali dulu, masa saya duduk apartment mak, pekerja mcm ni dtg jugak, tapi perempuan. Saya pun tak tau camner saya boleh lembut hati benarkan dia masuk. Dia jelaskan panjang lebar, tapi saya bagitau dia saya tak mo tukar saluran getah tu. Dia kata tak pe tak pe. Tapi yang saya pelik tu, dia punya baik hati bersihkan dapur saya, bersihkan almari dapur tu sambil tu terang panjang lebar pasal keselamatan jaga tong gas ni. Saya cakap ngan dia lagi, saya tak mo beli. Dia kata ok. Yg buat saya terkejut berganda tu bila dia tiba2 nak bukak saluran getah tu dan nak gantikan dengan dia punya sambil cakap harganya berapa. Saya jadi hanginlah, terus saya cakap keras ngan dia yang saya tak mau beli dan tak mau bayar , sapa suruh dia pandai2 nak tukar. Dia boleh masam muka tiba2 macam merajuk. Lepas tu dia merapulah ngan nada merajuk. Saya mula tinggi suara, sapa suruh dia pandai2 nak tukar, saya dah kata awal2 tak mau beli. Siap dia sebut takut kena buang kerjalah kalau tak jual. Takut bos marahlah. Eii..rasa nak sepuk2 aje muka pompuan ni. Sampai keluar rmh, dia masih merapu2 lagi..eii geramnya saya. Sambil dia bebel tu, sambil tu saya balas balik. Tak pernah saya marah penjual macam tu sekali. Sampai la ni saya terfikir nape saya blh terlembut hati nak bagi dia masuk. Takkan bisnes camtu guna pukau kot. Walhal, saya bukan jenis suka sgt layan org jual2 ni.
Hmm..macam-macam tul pesen orang nak berniaga ni.
33 comments:
geramnya dengar. salesperson mmg camtu. kdg2 bila saya terkenangkan mereka tu cari rezeki, kesian pulak rasa. tapi bila mereka start mendesak, and bak kata syikin "tak paham bahasa"... isykh, tu rasa nak tinggi suara jugak.
Assalamualaikum..
I baca N3 June,tak sangka you anak allahyarham H,I ofis mate dia tapi I join Shell HQ KL, masa tu sume ofis mate sedih sebab dapat tahu anak2 dia masih bersekolah semuanya.Sekarang Tiram Kimia pun dah tinggal kenangan,bukan under Shell lagi..nama pun dah tukar..Anyway,semoga Allah SWT cucuri rahmat keatas rohnya..amin..
Mama Sarah: itulah MS, jadikan iktibar pengalaman saya ni. fikir balik tak patut saya tinggi suara or buat kurang ajar, tp kalau tak bertegas, kita gak yang kena balik.
ANon: Ya Allah, kecilnya dunia ni. Saya tak tau sama ada anon ni Uncle or Aunt tapi tq sebab tinggalkan komen di sini. Bila kenang balik saat tu, mmg sedih dan perit. Tapi syukurlah, segalanya berlalu dengan baik. Kalau arwah ayah ada lagi, pasti dia bangga sebab dah ada 7 cucu (saya ada 4 anak, n kakngah ada 3). For ur info, kami 6 beradik semua alhamdulillah dpt lanjutkan pelajaran ke univ., ada yang k kolej n politeknik. Tolong sampaikan salam ingatan saya pada kawan2 arwah ayah ya.
Aku: hehe...mmg nak kena org camtu
kesian pun ada..tapi kalau samapi dah memaksa mcm gitu memanglah kita hangin satu badan. Yus selalu buat diam jer kalaua ada salesperson dtg rumah. Tapi, mcm kat sini, kalau ada org ketuk, kita dok diam, Aqil lak nyebuk, "Ibu....who's that?" Siap nak tolong bukak pintu..kita ckp diamlah..dia tak faham bahasa, siap tgk kat tempat masuk surat tu. Geram betul kadang. Tu yg kadang dia asyik ketuk jer...
I tumpang geram juga dengar cerita syikin ni. kekadang mereka ni tak faham bukan kita ni saja-saja tak kasi masuk. Mmg kita tahu dia kena buat tugas dia but kita ni pun kena jaga hal dan rumah kita. Bukan boleh sebarangan beri kebenaran masuk, nanti kita boleh kena rompak etc. Kekadang tu kita tgh sibuk dgn hal yg tak boleh dielakkan so susah sikit nak layan mereka. hai... takpa la syikin, u dah buat apa yg boleh u buat buat masa tu...:)
Yus: ada sorang anak akak dulu pun stail camtu, pantang org bagi salam mulalah sibuk nak selak langsir or pergi kat grill rmh. akak mmg larang keras sungguh. syukurlah dia tak buat dah camtu.
sherin: betul tau, bukannya blh percaya depa ni wlwpun bawak kad pekerja..skrg ni bab menyamar mmg power. sblm jadi apa2 apatah lagi suami tak de, baik jgn bagi cankan.hmm..saya mmg rasakan itulah tindakan terbaik.
betul tu syikin, yg penting jangan layan dan jangan bagi masuk, kecuali memang kita nak beli, sekali dapat dia masuk susah kita nak tepis.
mcm2 pesen org berniaga skrg yea...mintak2 takde org sebegini dtg umah Bie...
bro. kamato: betullah..
kak PB: ha...mmg itulah penjelasan standard depa. tp yg tak larat tu part kena leter ngan husband..aduh.
bie: ha..bila org camni sampai n bagitau tujuan dtg, cepat2lah bagi alasan kat depa..
hikhik..sabar kak. tu yg malas nak bukak tingkap kalo dok umah tu...ramai sgt penjual nyer. jual paksa beli plak tu. kalo weekend tu kena pk 2-3kali kalo nak bukak tingkap ke,sliding door ke...pintu ke...
p/s;salam kembali. dah nak settle ek? akak buat tesis ape?nani konvo dis monday!
Syikin, baik2 zaman sekarang ni tak boleh percaya kat orang camtu. Maid lama maklang masa mula2 dia kerja dia bagi orang gas tu masuk rumah. Seriau (seram) rasa bila ingat balik sebab kalaulah dia apa2kan maid tu dan Dhirah, apo nak dikato!. Lepas tu terus dia tak mau layan orang2 camtu. Baik2 tinggal rumah sorang2 ni...
nani: betul tu nani.
tahniah nani. akak buat tesis master
maklang: btl cakap maklang tu. insyaAllah, saya akan jaga diri n anak2.
yang paling sakit hati, ada salesman yang berani bukak gate, masuk sendiri kawasan rumah. buat muka selamba badak jek. sakit hati betul. dah tahu gate tu tutup jangan la suka2 hati masuk. terpaksa la kunci gate sepanjang masa. geramnye lah.
itu la...kadang2 dorang amik kesempatan bila tengok husband kita tak de ke kan? mula la dia ingat kita ni kureng pandai, boleh kelentong....hmmmm...kekadang geram jgk ngan org2 cam gini...tapi nak wat camana....
uda: wah..itu mmg dah tahap kurang ajar tu.
kak wan:mmg geram kak.
jangan sesekali bagi masuk.. macam hal dia boleh buat nanti..
Dah tak selamat lagikah Malaysia?
menakutkan...kalau saya pun tak mo bagi masuk..sekarang ni ramai sangat org 'gila'
trick macam ni depa suka guna kat orang tua dan sesapa yg ada kat rumah masa tu...mula2 explain itu ini, then tukar yang baru kalau org tak tau 'terpaksa' la membayar harga saluran tu, meniaga jenis apa ntah depa ni geram kan? satu lagi yg dok dtg fogging ... kita tak minta pun lepas fogging minta bayar...surat arahan Kementerian pun tak dak.
Amar: ni mmg stail depa berniaga..
titicaca: mmg menakutkan
alinlai: oh..kat area rmh saya ni fogging adalah free, kementerian kesihatan dtg menyembur sekali lalu depan rmh kita. tp jiran saya pernah gak org dtg nak masuk fogging, nasib baik dia tak mintak camtu kat rmh saya.
Dulu ada kawan Am beri petua, kalau salesman cakap jangan kita bersuara, kalau kita mula bersuara dia akan terus mendesak. Itu yg Am amalkan sekarang, kalau dia mula bersuara Am hanya geleng kepala sahaja
itu lah tindakan yang betul, jgn benarkan masuk. kalau nak berurusan pun biar di luar pagar. Kalau tak nak layan, baik jgn menyahut...
macam-macam pesen skrg.
Tapi kekadang risau jugak kalau mak/abah dtg, bila kita tak de org tua ni senang ajak masuk, baik ati plak tu....
skrg dah pesan kat mak/abah jgn layan
zino: alamak bro. zino, sorilah tertinggal nak jawab. mmg betul tu, blh jadi kes curi, kes rogol, kes fitnah, nad'uzubillah.
Am: bagus petua tu. tpkan ada gak yg tak paham bahasa wlwpun guna bahasa isyarat. camner nak buat ni?
jamri: itulah, org tua ingat suasana bandar sama cam kampung. takpelah, yg penting depa tak buat dah.
kau tak kasi dia masuk tu dah bagusss... jgn layan diorang ni, ni spam semua ni...
hati2 bila ada org tak dikenali nak masuk rumah.
anak jiran di kampung saya trauma bertahun2 kerana dirampok oleh org2 yang menyamar bekerja sebegini.
takut gak menda2 camnih! skang nih memacam leh jadik. org suka nyamar la.. pendek kata jgn layan.... wat cam xder kat umah jer kak
OS: hehe..lawaklah blh guna perkataan spam utk kes cam ni. tp tq.
cikgu OO: bagusnya dengar sampai 2 jam. Kalau saya dah suruh balik dah. itulah kan depa ni, kena hadapilah risiko org nak beli or idak, sapa suruh bercakpa sampai 2 jam
Zaidakhtar: insyaAllah. kesiannya kat budak tu.MOga semangatnya akan pulih akhirnya.
MM: betul saranan MM tu. tq.
Saya pernah jadik salesman. Salesman penipu macam yg jual getah gas ni lah yang buat kerja saya sukar dulu. bab desak beli... salesman tu tak pandai baca orang nak beli ke tak tu.. kalau dia pandai, dah lama dia belah gi carik customer lain lagi bagus.
lan rambai: kiranya nak kena ada ilmu jadi salesman lah ni..
tak guna punya penjual..memang tak ada etika langsung..
mfaizalzul: itulah..depa tak belajar kot ngan company depa.
JANGAN bagi masuk. Ibu saya pernah didatangi org sebegini. Dia nak check tong gas rumah kita. Bila pintu dibuka, dia terus meluru ke dapur dan rosakkan kita punya kepala tong gas dengan menggunakan playa. Lepas tu dia akan buat demo dengan menggunakan sabun dan memang akan nampak kebocoran. Lepas tu dia bg la ceramah skit bahawa kepala tong gas tu bahaya utk digunakan. lepas tu dia sunggest beli yang baru dengan dia dgn harga RM10. Berhati-hatilah dengan org yang macam ni.
Post a Comment