Buku ni berbentuk ala-ala perbualan di antara dua sahabat, Milah dan Suraya, yang disampaikan secara santai dan menarik. Bahasanya amat mudah difahami. Ada gak style2 lawak gitu.Menariknya pada saya, ia membuatkan kita nak menyelak sehelai demi sehelai lembaran buku ini. Husna, anak saya yang baru darjah satu suka membaca buku ini. Ada ilustrasi komik juga, siap dengan latar masa dan tempat. Pendek kata, enjoy baca buku ni. Tak keterlaluan saya katakan ia juga sesuai dijadikan hadiah kepada orang lain, hatta untuk diri sendiri.
Ia terbitan PTS Millennia Sdn.Bhd. Harganya cuma RM 13 sahaja.
p.s. Saya membeli kedua-dua buah buku ini di kedai buku di UIA Gombak. Saya kira ia juga ada di kedai-kedai buku di luar sana.
Ok. Inilah dia pokok betik belakang laman rumah yang dah tumbang dek anai-anai tersebut. Sebelah kanan gambar ni sepatutnya ada pagar berdawai, tetapi telah jatuh terjuntai ke bawah sebab dihempap oleh pokok betik ni. Kena hempaplah jugak pokok daun pandan saya tu. Sayang saya terlupa nak tangkap gambar bahagian hujung pokok ni yang terbaring atas tangga laman belakang ni dan berada elok2 di luar pintu pagar laman rumah kami dan jiran sebelah. Kalau tak, satu hal nak membetulkannya juga. Sila klik sini untuk membaca kisah pokok tumbang ni.
p.s. Jika anda adalah pengguna Propolis Gold sebelum ini dan ingin mendapatkan bekalan, sila hubungi saya di widaad98@yahoo.com .
26 comments:
pokok betik jatuh..cian,namapak nye akak tak leh la mkn betik skang..kene belila ni..huhu
emm..silat gayung pon best gak..adek sy yg paling kecik tu ade la blaja silat gayung..huhu...
akak...mcm best buku kamceng dgn solat tue...nak pegi belilah utk ank sedara...
buku tafsir al-fatihah tu br suami bie beli beberape bulan yg lps...best gak buku tu ..utk org dewasa yg br nk belajar tafsir pun sesuai...
Hai syikin, macam mana lepas borak hari tu..he..he...saya ni pun jenis kalut jugak..jangan tak tau...he..he kalau rasa nak beborak ngan saya tipon/sms lar waktu rehat, saya tak berani tipon awak, takut sibuk, ngan anak2..dah bagi lampu hijau,saya tipon awak balik.
Eh, buku tafsir quran utk anak2 tu beli kat mana...menarik..tu...harga pun ok...
Kak shikin beli buku tu kat mana?
mfz: mmg kesian sbb tak boleh makan dah, sbb isi dia mmg manis sedap. ini antara buah betik paling sedap akak pernah makan.
akak dulu sempat belajar kejap silat harimau...alamk, hujung tu ada perkataan lagi, lupa pulak. kejap sangat belajar masa kat kampus dolu2.
shami: ha..akhirnya awak muncul balik. eh, tak pe kalau awak nak call saya, saya ni taklah sibuk 24 jam..
saya beli kat kedai buku dlm uia gombak (dar al kutub), kedai buku tu atas bank islam kat area masjid uia tu.
rasanya kat luar pun ada jual gak. sbb PTS publisher ni terkenal juga.
bie: akak beli kat dar al-kutub dua2 buku ni tau..
kunci: alamak..awak tertinggal pulak..akak beli 2 buku ni kat dar al kutub iaitu kedai buku di uia gombak. kedai ni atas bank muamalat di area masjid uia. tp cubalah cari kat kedai2 buku lain juga kalau susah nak pergi uia tukan..
alamak shami, atas bank muamalatlah, bukan bank Islam..sori ya.
p.s. buku tafsir tu RM 10 SEBUAH.
Menarik kedua buku tu, rasan nak beli untuk anka dan diri sendiri.
Nak minta tolong beli boleh ke?
Salam,
Terima kasih ulasan kedua-dua buku itu. Menarik.
Salam Ramadhan Syikin :)
Syikin, bukan tak nak masuk komen, baca tapi, ada satu rasa....tak tau nak cakap...saya suka rupa blog awak yang lama sebab rasa luas, rasa damai.....rasa jauh, terang.....macam tu, maaf saya cakap kat sini, blog yang baru ni nampak, padat sangat, tulisan halus...ada sesuatu yang buat hati saya tak sampai untuk memberi komen, walaupun saya baca hari2..
tul2...kita pun satu pendapat ngan shami, rasa dulu nyer backround lagi cantik, tulisan pun besar skit, ni cam alat2 kenit gitu...tp hari2 kita bukak blog syikin ni tau, memang x penah mis...
akimanikki:
InsyaAllah.
Shami & RM: tq atas komen2 anda.:D. amat dihargai..nantilah, saya akan fikirkan samaada tukar template baru or besor2kan tulisan ya..n tq sbb tak putus baca entri saya.:D
BR: terima kasih dan salam Ramadhan kembali.
salam Ramadhan al-Mubarak :) nak mkn betik lepas ni kena beli la kan ...
Selamat Menyambut bulan Ramadhan yg mulia Syikin. Bagus juga buku-buku tu ye. Nanti boleh beli untuk Emir & Rissa. :)
Alinlai: Salam Ramadhan juga utk awak. Yap, kena beli, tp still tak sama ngan rasa betik tu..huhuhu
Sherin : salam Ramadhan utk awak sekeluarga juga. Eh, belilah..mmg bagus. untuk kita pun bagus juga.
nanti bila rizq dah pandai baca boleh lah beli buku buku yang macam nie. now kebanyakan buku bergambar... ayat satu satu.. itu pun kengkadang abis kena koyak.
itu bukan pokok betik.. dah ala ala pokok kelapa !! hehe
mohon ampun dan maaf di bulan ramadhan ni.. dan selamat mengerjakan ibadat puasa..
selamat myambut ramadhan al mubarakkk
waaa. nak kena beli ni.... tenkiu 4 the info.. salam ramadhan
ps- pasal word verification tu kan.. kalau dah lama memang ada.. maknanya orang yg antar komen racist ari tu memang purposely cari blog2 melayu dan copy paste ke ruang komen lah... takder kerja sangat le tu.. hampehhh
syikin, salam bulan ramadhan yang mulia ni.. semoga semua amal ibadah kita di permudahkan dan diterima olehNya..
MB: hehe..samalah ngan anak2 saya, dpt buku kat depa ..cepat lunyainya
zino: pokok kelapa? heehe.
samalah juga dngn saya, maaf di bulan ramaDHAN n slmt berpuasa
zz: salam Ramadhan juga utk zz
LR: belilah & salam Ramadhan juga.
saya dah masukkan sitecounter tu.
Zareda: amin...salam Ramadhan juga ya.
memang bagus tafsir ni... mak bapak budak pun boleh layan sekali... tambah2 untuk orang macam saya ni...
selamat berpuasa puan :)
Selamat berpuasa
Izhal & kamato: selamat berpuasa juga.
Post a Comment