Thursday, September 14, 2006

Depa buat lagi...

Assalamualaikum,

Diserang kemalasan untuk mengupdate entri adakah petanda awal seseorang blogger itu akan berhenti??? Kalau ya, hmm...

Ok. Saya teringat kata pepatah orang, sepakat membawa muafakat. Sepakat membawa berkat. (Betui ke ni? Sebab tak ingatlah ayat penuhnya). Rupanya, sepakat juga boleh membawa kerosakan dan kemusnahan!!! Sebabnya, pokok betik belakang rumah saya yang amat subur dan manis isinya telah tumbang!!! Pemangsanya adalah ahli muafakat anai-anai !!! yang saya kira mereka telah bekerja keras, siang dan malam untuk memusnahkan isi dalam batang pokok tersebut. Makanya ia menjawab persoalan saya selama ini mengapa pokok ini dah lama berhenti berbuah dan daunnya asyik gugur memanjang.

Alkisahnya, petang Isnin lepas, semasa hujan tengah turun lebat selebatnya, saya yang berada di dapur tengah bersemangat menyediakan adunan lempeng pisang, telah dikejutkan dengan bunyi berdebuk kat belakang rumah. Saya terfikir takkan ada benda jatuh disambar kilat kot, sebab tak de bunyi guruh dan kilat langsung. Saya tergerak meninjau ke luar tingkap dapur dan omakkkk...separuh pagar dawai jatuh dihempap pokok botik!!!. Tapi syukur pintu pagarnya tak apa2. Saya pun terus keluar ke belakang laman dan laa hai, pokok tu tumbang sekali akar2nya terkeluar. Bila saya tengok dekat2 kat area batang pokok tu, ya Allah, suku isi batang bermula daripada bawah batang pokok tu dah kosong!!!. Banyak sangat anai2 kat situ. Geli pun ada.

Kononnya nak tolak ajelah pokok yang dah tumbang tu ke bawah jalan belakang (laman belakang rumah ni kawasan tinggi), tolak-tolak pangkal pokok tu dengan kaki tak boleh pulak. Masih melekat kukuh dengan akarnya. Sib baik hujung pokok ni tak masuk ke pagar orang sebelah, hanya di atas tangga luar pagarnya sahaja, kalau tak, naya aje. Pokok ni tinggi, hampir menyamai bumbung rumah dua tingkat ni. Saya telefon memberitahu suami yang dalam perjalanan pulang tu. Hati tu pun dah berdebar gak, camnerlah nak baiki pagar dawai yang jatuh tu, kalau suami tak dapat baiki, alamat bo*el ajelah laman belakang tu tanpa pagar, seriau memikirkan bakal2 pencuri yang akan menerjah masuk. Na'udzubillah.

Bila suami balik, tak dan berehat, terus dia mulakan operasi membersihkan belakang rumah tu.Kesian kat dia kena meredah hujan. Syukur masa tu hujan bertukar gerimis pula. Suami terpaksa memotong pokok tu kepada 4 bahagian untuk senang menariknya turun tangga dan letakkan kat tepi jalan. Dan sedikit akar yang masih bersambung dengan pokok tu ditetak putus dan suami hanya menolak ia jatuh ke bawah. Bila saya tengok isi batang pokok bahagian atas, berwarna putih dan padat isinya berbanding dengan yang dah dimakan anai tu. Jauh beza betul.

Kemudian, operasi membetulkan pagar dawai bermula. Hujan pula lebat semula, siap dengan guruh. Tak putus2 baca ayat, untuk berlindung daripada kilat. Syukur hanya perlu memaku semula semula bahagian hujung pagar tu pada dinding luar dapur tu. Bila dah siap sempurna, alhamdulillah, tak risau dah dengan pencerobohan daripada luar kecuali depa panjat pagar ni. na'udzubillah.

Dan setelah itu, saya pun sambung semula operasi membuat lempeng pisang...

**********************************

1. Lupa nak war-warkan ucapan tahniah pada Kak Wan (Alex Lacey) kerana dapat baby boy. 4.5 kg you!!! Alhamdulillah, dapat bersalin normal. So far, dia n baby sihat walafiat. Alamak, lupe nak tanya nama. Dapatlah dengar suara kak Wan dah. Ramah orangnya.

2. Tima kasih pada Ayu sebab inform akak pasal Kak Wan & bagi no. fon kak PB.

3. Dah dapat cakap ngan kak PB...ramah orangnya. Esoknya rajin sms lagi tanya dah makan tengahari atau belum. Thanks kak.

4. Hari ni, Khamis, adalah hari ke 4 Huda pula kena benguk. Petang semalam, Aiman pun mula kena benguk. Minta sangat janganlah Alia pun kena, sebab kesian duk tengok kakak n abangnya menahan sakit bengkak benguk tu.

5. Kak A, dah ada progress. Walaupun belum sedar sebab doktor bagi dadah paling kuat, tapi bila dipanggil, mulutnya ada bergerak2 cuma suara tak keluar lagi. Yang bagusnya, suaminya memasangkan earphone kaset Al-Quran. Saya dpt salah maklumat mengenai 3x operation dlm masa 24 jam, sebenarnya dlm tempoh 48 jam. Maafkan saya ya.

27 comments:

Anonymous said...

akak...nnt anai2 tu menyerang pokok lain plak...
Semoga k.A cepat sembuh...

Zareda Norman said...

syikin, kena letak ubat anai anai tu kalau tak dengan rumah kita sekali dia serang. Kat rumah zar ada siput kekecik tu.. selalu problem pokok zar

kasutVINCCI said...

memoirs of pokok betik. Hik hik hik

NBK466 said...

i. Dilanda kemalasan pun panjang juo N3 yg ditulis..kalau tak malas den tak tau ler panjang mano.
ii. Kalau berhenti sapo lak nak pegang jawatan President MASK?
iii. Alhamdulillah buek Pn Wan & Kak A.

Kaklong Syikin said...

bie: rmh akak tak de pokok besar dah. itu aje satu. tp la ni dia pun serang pokok betik rumh sebelah, tu yg jiran sblh tgh kalut nak cari org potong pokok tu.

Zareda: oh..siput kecil tu pemusnah ya? padanlah pokok serai saya macam tak mo berkembang dah, sbb selalu saya nampak siput2 kecil kat situ.


kv: bagus punya tajuk hihihi

Aku: mmg ia berjangkit, sbb ia virus. tak de cara boleh halang. ini pun dr. dah bagitau awal2.

Kak PB: hahaa..pandai akak nyanyi. pokok ni bukan saya yg tanam, ni penyewa awal dulu. masa saya sewa ni, mmg dah elok keluar buah2nya..

pokok moktan? hehe..itu tuan rmhlah kena tanam.

Kaklong Syikin said...

nbk:

i. ni ado moodlah ni buek entri, kalau tak, sonyap yoolah..

ii.sapo2 pun buleh pogang jwtn tu

iii.alhamdulillah

AppleB said...

abislah reput segala benda kalau dah ada menatang tu kat area rumah.

besarnya baby kak wan 4.5kg. i saspek lah sama kak wan branak normal utk baby sebesar itew.

alhamdulillah buat kak A.

Kunci said...

waaa.. 4.5kg normal birth. Baby besar mesti lekas progres.

Alinlai said...

anai2 tu tunjuk perasaan kot? erk..kalau tengok anai2 banyak macam bleh rasa geli geleman...

Anonymous said...

1. tahniah Alex Lacey dan keluarga. respect betul melahirkan sebutir manusia dgn berat 4.5kg!!!

2. tahniah para doktor yang bertugas merawat Kak A. dan tahniah keluarga Kak A kerana terus tabah. Dan Tahniah Kak A kerana terus bertahan dgn ujian Allah.

3. Tahniah anai-anai. Eh! tahniah suami syikin kerana tidak mementingkan diri sendiri, lantas terus mengerjakan pokok betik yang telah tumbang itu. tahniah syikin kerana peka dgn keadaan sekeliling dan keadaan pagar.

Dan akhir sekali ucapan selamat sembuh kepada anak-anak syikin. Semoga redha. Doa orang2 yang sakit ni insyaAllah dan makbul Allah. Doalah banyak2 ya anak2?

Anonymous said...

presiden MASK?ade persatuan ke?

Kaklong Syikin said...

AP: itulah yang buatkan akak risau ni, takut2 satu hari nanti bumbung rumah runtuh pulak.

mmg rezekilah dpt bersalin normal utk baby sebesar tu

Kunci: anak2 saya pun tak lahir berat camtu..mmg semangat sungguh

alinlai: agaknyalah, sampaikan depa la ni tgh kemaruk ngan pokok betik jiran sblh.

Mamasarah: tq atas semua ucapan tahniah tu, kecuali utk anai2 huhu..suami saya terpaksa buat cepat sbb kalau tak org boleh masuk laman belakang rmh kami ni :D. InsyaALlah, saya akan doa selalu agar anak sembuh cpt.

Kaklong Syikin said...

kure-kure(KK): hehe..tak de persatuan pun KK. MASK tu maknanya Majlis Anti Sawang Kebangsaan. Nbk tu saja gelar akak presiden MASK tu sebab aku selalu tegur blog dia lambat update :D.

Ayu Mohamad said...

salams kak..

sy doakan semoga kak A cepat sembuh dan dipermudahkan segala2nya oleh Allah.. aminnnn

kak, saya tak tuko no tapi sy tmbah no lagi 1 jer.. kali ni kite sama provider hehehe nanti sy bg akak nombornya yer :)

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

np x halang depa spy jgn wek lagik

Izhal said...

hahaha... muafakat membawa bncana kali ni neee... sampai kena kerat empat tu maksudnya betik ni boleh diklasifikasikan sebagai balak di kalangan kaum2 betik neee... bagus juga kalau dapat jadi jiran puan ni, senang nak bermuafakat ngan suami puan neee...

tahniahlah kat Alex Lacey, 4.5kg tu first time saya dengar...

"Ya-Allah ya Tuhanku, kuatkanlah semula hambamu Kak A agar beliau dapat beribadat dengan sempurna kepada mu Ya-Allah,Amin"

Sherin de Souza said...

nak sikit lempeng pisang!!!!!!:)

Tahniah kapada Alex Lacey! Fantastic nye -4.5kg. Normal lagi!

La, beguk dah mula melanda warga rumah syikin..... :O

InsyaAllah mari sama-sama doakan Kak A.

Anonymous said...

lagi kan kayu pun depa makan ni kan pulak pokok betik ya!

nanti tanam yang lain tak pun panggil orang suruh buat treatment ke amende namanya tu kasik buang anai2...

kami pun byk pokok betik belakang rumah yang maid tanam dulu sayang tuan dia sempat rasa buah sulung jer..sekarang bukan main lebat lagik..

Lan Rambai said...

4.5 kg???? Anak kedua saya dulu 4.1kg pun tak nak kluar ikut pintu.. kena bukak tingkap...

Mummy Rizq said...

alahai.. pergola kat depan umah tu pun dah dijangkiti nai anai.. jgn lr tumbanh hendaknyaaa...

lempeng pisang? mai pos dua tiga keping kat MB!

zino said...

anai anai ni apa yg dia tak makan.. semua dia sapu bersih..

tak ilang lagi benguk tu.. kesian.. jangan sampai abah dia kena dah le.. bahaya tu..

MDM FARAH FAIZURA said...

ini masalah keluarga rupanya..x reti aku nak kasik pendapat

ehehe

Anonymous said...

kuat kak wan beranak normal..saya yg 3kg hari tu pun terasa mengah nak keluarkan..

blackpurple @ jowopinter said...

Kekuasaan Tuhan. Anai2 pun diberi 'kuasa'...

Baby Kak AL tu 4.5 kg..? Tentu sihat benor tu kan...

Sastri said...

kak, sedapnyer lempeng pisang... lama tak pekena tau... Sas selalu kalau tingin, guna pancake batter letak pisang lenyek kat dalam...

besarnya baby Kak Alex tu... tolong sampaikan salam tahniah sas pada dia yer kak...

maklang said...

Moga2 Kak A dibawah peliharaannya..

Tahniah jugak unutk kak Wan...

Kaklong Syikin said...

salam

ayu, akak tunggu no.nya hehe

zz: tak tau depa dah lama operasi kat situ.

Izhal: dia tak besar mana, cuma tinggilah.tu kena kerat 4 supaya senang pengangkut sampah nak angkat masuk lori sampah.
Amin..thanks doakan kak A.

SHerin: hehe..ada resepi lempeng tu kat dlm blog masakan saya.

OO: malas saya nak tanam, sementelah kami pun menyewa aje kat sini. tpkan saya perasan ada dua anak pokok betik dah tumbuh.

LR: alahai, siannya isteri kena ceaser

MB: better bunuh cepat2 kumpulan anai2 tu.

zino: mmg tak abih citer lagi. oh..harap2 sangat ayahnya tak kena. dr. dah bagitau bahaya benguk pada lelaki kalau teruk sangat tu.

dingin: terima kasih sudi dtang.

MS: boleh bersalin normal tu sbb jalan keluar mmg senangkan..kalau tak, mau operate gak tu.

BP: biasanya kalau 4.5kg tu, baby tu besornya lebih kurang macam budak dah sebulan usianya..

sas: buatlah sas, samalah, akak tiru resepi dlm buku. InsyaAllah, akak akan sampaikan

Maklang:Amin...