Assalamualaikum,
Hari ni 17 September 2006 (Ahad).
Genap satu tahun saya ber blogging.
Moga saya akan terus ber blogging.
Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog saya ini.
Terima kasih di atas segala komen anda di setiap entri saya.
Terima kasih kepada suami terchenta yang memperkenalkan dunia blog ini kepada saya. Walaupun pada asalnya saya ragu-ragu untuk mendaftar diri sebagai blogger, tetapi dia nampaknya berjaya 'menghasut' saya untuk berbuat demikian. Dia pun tak sangka saya akan rajin blogging hinggakan satu hari dia cakap dengan anak2, "ummi kamu asyik blogging aje". Saya pun tersengih-sengih kerang,"Itulah, sapa suruh abang ajar Nor blogging.." heheh.
Hari ni 17 September 2006 (Ahad).
Genap satu tahun saya ber blogging.
Moga saya akan terus ber blogging.
Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog saya ini.
Terima kasih di atas segala komen anda di setiap entri saya.
Terima kasih kepada suami terchenta yang memperkenalkan dunia blog ini kepada saya. Walaupun pada asalnya saya ragu-ragu untuk mendaftar diri sebagai blogger, tetapi dia nampaknya berjaya 'menghasut' saya untuk berbuat demikian. Dia pun tak sangka saya akan rajin blogging hinggakan satu hari dia cakap dengan anak2, "ummi kamu asyik blogging aje". Saya pun tersengih-sengih kerang,"Itulah, sapa suruh abang ajar Nor blogging.." heheh.
Tetapi, andai suatu hari anda dapati saya tiada di blogland ini secara tiba-tiba tanpa akhir kata, mungkin ketika itu saya telah ke rahmatullah, kerana kematian itu tidak akan lewat sesaat dan tidak akan cepat sesaat. Tiada lain yang saya pinta, sedekahkanlah al-Fatihah kepada saya dan maafkanlah saya di atas segala tulisan saya yang menyinggung hati anda ya.
>>>>>>
Al-fatihah kepada Allahyarhamha kak Haniza, adik kepada Prof. Madya MKI yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas. Beliau menderita sakit yang amat sangat. Saya langsung tidak mengenali beliau, tetapi melalui blog Prof. sahaja yang berkongsi pengalaman kesakitan Allahyarhamha ( 5 entries berasingan). Paling menyayukan hati saya kali ini apabila melihat gambar kenangan arwah bersama 4 anaknya yang masih kecil. Air mata tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kasihan dan terharu sungguh melihat wajah anak2 itu yang kehilangan ibu mereka di usia begitu muda. Terbayang saya, macamanalah kalau anak2 saya di tempat mereka, menyaksikan kematian ibu di hadapan mata mereka sendiri. Allah, berilah kekuatan dan ketabahan pada anak2 ini mengharungi rasa rindu dendam yang amat sangat pada arwah ibu mereka. Engkau Maha Mengasihani. Amin...
29 comments:
wah dah setahun menjadi blogger tegar. tahniah kak...teruskan menulis~
selamat menyambut ulangtahun berblooooooging hehehe...
apa kata kalau syikin 'post' kan semula entry yang pertama tu. :-)
walaupun baik bila selalu mengingati mati, tapi jangan la disebut, sayu je dengar :-(
selamat ulangtahun kak. Selagi bernafas dan terdaya, harap akak terus menulis.;)
uda: blogger tegar? belum lagilah hehe. tp tima kasih & insyaAllah.
Jamri: tima kasih. sorilah kalau buat Jamri sayu, tp kena sebut jugak, sbb saya ni jenis lalai orgnya :(
kv: tima kasih & InsyaAllah
Waahh..dah setahun yer kak. Semoga dapat terus berblogging. Suka baca cerita2 akak, banyak pengajarannya.
Syikin,
TQ atas ucapan takziah. Seluruh keluarga terharu dan terkesan dengan ucapan dan ingatan pada Haniza.
Yus:yelah, tak sedar masa berlalu.tq kerana suka isi tulisan akak :D
Prof.Madya MKI: sama2. sampai ke malam ini saya masih lagi teringatkan nasib anak2 arwah. sungguh mengharukan.
Selamat ulangtahun blog kak syikin. pertama kali saya baca blog ini, akak tulis tentang cerita seram. saspens sungguh.
tahniah kerana berjaya kekal blogging setahun!
Kunci: tima kasih. Oh ya ka? sbnrnya ada lagi citer seram, tp nantilah dulu.
lan rambai: tima kasih.
akak teruskan berblogging...cite akak byk pengajaran, byk kata2 nasihat, byk peringatan tak kurang jugak byk lwk jenaka...sesuai utk segenap lapisan usia...hehehe
selamat ulangtahun 1...semoga lebih rajin post entry dan berkongsi apa yang patut :) erk...tadak makan-makan ka? ke ke ke
bie: insyaAllah. tima kasih. cuma takut gak org fikir, mcmlah kita ni bagus sangat nak citer bab2 nasihat n peringatan. walhal akak pun insan biasa aje, banyak kelemahannya
alinlai: tq..insyaAllah. makan2? hehe..tarak, tp nak kongsi masakan masuklah blog masakan saya tu :D. ada kat sidebar alamatnya
Salam,
Wah, dah setahun berblogging? Tahniah dapat bertahan hingga kini. Selamat menyambut ulang tahun pertama blog dan berblogging.
Moga Syikin sentiasa sihat walafiat, ceria, damai dan tenang, moga selalu diberi petunjukNya. Amin.
Siapa sangka...hasutan suami itu membuatkan Syikin jadi president MASK tanda disedari..he..he..he..
Al-Fatihah...
happy 1st blogging anniversary!
terpanggil nak komen pasal tukang potong rumput kurengg ajar. saya pernah kena sekali. dengan budak jual barang. main masuk pagar kita. pastu ketuk grill (nasib baik berkunci) sekuat hati nak jual barang. saya kata tak minat dan memang tak ada duit time tu. dia boleh mintak derma pulak, berapa-berapa pun boleh. kalau dia tak kureng ajar sangat mungkin saya bagi. tapi sebab takde langsung sopannya, saya suruh dia keluar dan terus saya kuncikan pagar lepas tu.
terharu lak baca blog syikin kali ni, apepun ajal maut ketentuan tuhan, selagi kita bernafas di muka bumi tuhan ni, kehidupan mesti diterukan...tambahkan amal ibadat dan yg penting ingat pada kematian...
selamat ulang tahun blog yang pertama.
takziah kepada keluarga Prof Madya MKI. Saya baca juga tulisannya. syahdu dgn sokongan keluarganya yang tak putus2.
BR: tima kasih & amin atas doa itu :D
nbk:hehehe...den tak mintak gelaran tu, dah org boghi..
ummi: tq. oh..saya rasa apa yg ummi rasa tu..krg ajarkan?
RM: betul pdpt RM tu
MS: tq. yap..untung keluarga mrk penuh dgn kasih sayang..support each other
Happy 1st Blog Anniversary kak... Semoga terus tegar berblogging... :-)
Takziah pada Prof Madya MKI... Semoga beliau dapat bersabar dengan dugaan ini...
Tahniah kak syikin.. semoga terus berblogging lagi..:) and thank u juga sebab bukan sekadar menjadi rakan di alam cyber tapi di alam telefon juga hehehehe
takziah kepada Allahyarhamah.. semoga rohnya diletakkan ditempat org2 yang beriman.. aminnnn
Tahniah, dah sampai 1 tahun menulis di sini... macamana perasaan? apakah yang paling npuan suka dan perolehi dari berblogging??? (macam interviw la pulaaa)
alfatihah jugak untuk allahyarham haniza dan takziah kepada keluarga beliau.
waa... dah setahun yer! keep blogging syikin. walaupun kita tak pernah jumpa (rupa pun MB tak tawu) tapi bila dapat baca segala cerita2 syikin rasa macam dah kenal lama...
selamat ulang tahun ber-blog...
bila kaum ibu nak gather-gather dan berjumpa ni??
sastri: tima kasih & insyaAllah
Ayu : tima kasih & InsyaAllah..hehe, tq sudi tepon akak gak
Izhal: tima kasih
perasaan? mcm tak percaya blh kekal menulis hingga setahun lamanya hehe
KEsan blogging? blh kenal org, pesen n ragam, pelbagai cerita suka n duka bloggers.
MB: insyaAllah, saya terus blogging. sukanya kalau rasa cam dah kenal lama hehe.
pnut: tima kasih. eh..cubalah pnut jdi organizernya..
Selamat ulang tahun blog Syikin, sebenarnya seronok berblog ini, selain dapat mengisi masa lapang kita juga dapat berkongsi pandapatan kita dengan blogger lain.
Satu lagi kita dapat lihat balik perjalanan hidup kita bila baca entry2 lama-lama kita
Tahniah Syikin! Tahniah kerana masih berblogging lagi! InsyaAllah Syikin akan terus berblogging lagi ye?
AlFatihah untuk allahyarhamah Haniza dan takziah buat keluarga allahyarhamah. Mmg kesian tengokkan anak-anak yg kecil & muda kehilangan ibu yg tercinta......
Am: tima kasih..yap, betul pendapat2 AM tu ttg blogging n entri2 lama
sherin: thanks n insyaAllah :D.
harap sherin dah tgk gambar anak2 arwah dlm blog Prof. tu..kecil2 lagi..they still need their mom's love n attention.
syikin, tak sangka rupanya kita grad pada tahun yang sama dan dari universiti yang sama.. dah tu fakulti pun sebela menyebelah jer.. hehhehe keciknya dunia ni kan
Post a Comment