Friday, March 31, 2006

Lawak...lawak

Saya dapat forward email ni. Tengah tension, wajib baca :D


Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..



Citer 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap. saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????



Citer 3


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........



Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 5


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Ithappen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blockedfrom the police officer and asked for her driving license and so on butun fortunatelyat the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan
polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LERNGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
(Padan muka, minum lagi arak yang haram tu.... dah jadi bangang la tu)



Citer 6


Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan padajalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????



Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum"
Walaikumsalam "
Ni rumah encik Sameon ye?"
Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8


Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


kisah 1


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya.Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.



kisah 2


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan: Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...



kisah 3


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tongberwarna merah."Atok buat apa tu?"."Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



kisah 4


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untukmenyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilikberkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Wednesday, March 29, 2006

Masuk ICU

Hmm..sejak dua tiga hari ni badan letih semacam. tak cukup rehat. semuanya bermula awal pagi Isnin.


Isnin


Jam 1 pagi lebih baru dapat tidur. Alia dan Huda punyalah pulun main tak mau tidur. Masa tu, nampak tanda2 Alia semput. Asalnya tak de pun selsema dan batuk berkahak (dia mmg pantang ngan dua perkara ni). Cuma mungkin masa kenduri kawin hari Sabtu tu dia minum air sejuk banyak. Hari Ahad dah dengar suara batuk sikit. Jam 4 pagi lebih, pergi ke klinik panel 24 jam. Alia tak leh tidur nyenyak, menjerit2. Lemas agaknya tak leh bernafas ngan selesa. Syukurnya dia diam jer masa wat nebulizer tu, kalau tak, satu klinik bergema ngan jeritan dia.
Jam 5 pagi lbh sikit, sampai di rumah. Dah alang kepalang pagi ni, terus berjaga..cik abe pun sama. Siap2kan apa yg patut utk anak2 nak p sekolah n abe nak poey kojo. Jam 7 pagi lebih, mata dah mula berat. Alia masih tak mau tidur. Agaknya dia masih tak berapa selesa lagi. Bagi dia makan ubat dulu. Cik abe n anak2 dah keluar. Teringat nak semak keje tesis, kena masukkan muka surat baru (abstract in arabic)..adeii renyah tul. Sambil duk membetulkan semula mukasurat yg dah berubah dan printed it out, sambil tu tersengguk sengguk depan pc..ngantuknya Ya Allah.Nak kena siapkan jugak..tak leh tangguh. Selasa nak antor. Sempat gak posted entri pasal pencuri wang hantaran tu. Masukkan Alia dalam buaian. Selesai sidai baju, baru letakkan kepala. punyalah nyenyak tidur hinggalah suami called drp ofis mintak tolong sikit. Lepas tu, terus jaga n sambung wat keje rmh, blogging n emailing. Tapi badan tu penat sangat rasanya. Malas nak curi tidur dah.
Selasa
Jam 1 pagi lebih, pegi lagi ke klinik. Alia kena lelah lagi. wat lagi nebulizer. syukur dia tak menangis. tapi, masa masuk bilik rawatan kedua tu, dia merengek, mcm dah kenal tempat tu, yelah, wat neb. kat bilik ni. Ngantuk tok sah kira. Balik tu, jam 2 pagi lebih baru dpt tidur. Bangun pagi utk siapkan anak2..letih dan sakit badan tak leh nak cakap. Bersambung2 penat sejak pagi Isnin semalam. Tapi tak leh nak tidur gak. Cik abe antor anak2 p sekolah dulu, pas tu dia balik semula amik saya dan 2 sengkenit ni pg ke kampus. Saya nak antor soft copy thesis ni. Cik abe ada meeting lak, kenalah saya hangkut dua kecik ni p k sana sini, kalau tak tu mmg depa duduk kat bilik cik abe, dia tolong jaga sat.
Mula2 p ke kedai fotostat kat dlm kampus tu, minta depa bukak balik comb binding tu, keluarkan pages lama dan masukkan pages baru. Selesai semua tu, dukung si Alia ke kulliyyah dan pegang si Huda berjalan kaki. Beratnya beban..dukung Alia, sandang beg yg penuh ngan 3 salinan soft binding tu, sandang satu beg diaper anak2 n sandang satu sling hand bag saya. Adalah 3 beg bersandang di bahu ni. Plus dukung Alia. Rasa nak rebeh bahu. Sampai ke ofis kulliyyah tu, saya serahkan keje saya. Fuh...lega sangat. Kali ni rasa 'smooth' jer masa submit tesis tu. yelah, dah complete keje. berbanding masa antor kali pertama dulu, rasa tak sedap hati, nak nangis pun ada..entah kenapa. rupa2nya, keje tak siap lagi, sbb tak masukkan abstract dlm b.arab..sabor jelah. dah wajib rupanya. ingatkan cukup jer ngan dlm b.inggeris tu.dah kena amik balik utk dibaiki. Ringan dah satu beban beg. Dah sudah tu, saya bawak anak2 p k kafetaria, depa tak sempat makan lagi, sbb bangun tidur tu, terus mandi dan keluar ke kampus. Lepas tu, saya tunggu suami kat masjid, on the way ke masjid tu, mmg saya suruh Alia berjalan..sungguhlah letihnya melayan budak 1 thn lebih jalan terkedek2 nak ke masjid tu, bknnya jarak yg dekat bagi kanak2 ..tapi mmg nak suruh dia rajin berjalan, jgn nak dukung jer. Separuh jalan, baru teringat, dia baru wat neb. sbb lelah, kang kok penat, dtg balik lelah dia. Kenalah dukung semula. Dlm masjid, terlelap ngan Alia sekali. Huda leka bermain. Suami called ajak balik. Masa tu jam 11 pagi lbh.
Kami balik tu, terus ke Low Yat Plaza, suami nak dptkan quotation barang komputer bagi department dia. Suami tak hantar kami balik dulu, sbbnya nak kejar masa. Dlm keta, cuba sambung tidur. Tak mau pulak.Penatnya lagi.Kat sana, adalah dlm dua jam kami spent masa. Masa ni baru nampak karakter terbaru Alia, dia tak betah lama2 ..mudah bosan, siap lembikkan badan tak mau jalan, nak berdukung.sabor jelah. sesuka hati nak menangis kat public mcm huda. lepas tu, bila dilepaskan sesuka hati dia jer nak ke sana ke mari, mmg takleh nak stay still cam abg n kakak2nya.
Balik tu, terus ke sekolah Husna n sekolah Aiman. Dah nak sampai rmh, huda pulak buat hal..menangis2..geram tul..mmg berasap badan saya dibuatnya. kita marah, lagi dia jerit. At last, menitik air mata saya. tak tau nape, mungkin sebab terlalu penat, pas tu gastrik tiba2 dtg, campur ngan kerenah Huda lagi. Suami stop beli makanan. Saya pun keluar gak, Huda menangis lagi..saya panggil dia keluar kereta dan dukung sekali.tak de mood nak marah dah masa tu. Rupa2nya dia nak bergayut ngan saya, punyalah berat budak dua tahun lebih ni. Nasib baik masa tu Alia tak marah, biasanya dia jeles tengok kakak dia melekat ngan saya.
Sampai rmh, buat apa yang patut. Dah jam 5 lbh tu, suami keluar semula p kelas. Saya mandikan Alia n Huda dan tidurkan Alia. Huda pandai tidur sendiri. Saya pun bersihkan diri n tidur. Terjaga time maghrib. Sakit badan n penat tak tau nak kata. Mak telefon bagitau adik sepupu, Z masuk icu. Hah????
Rabu
Rabu pagi ni, tak kalut cam biasa. Tunggu mak call sbb saya nak teman mak p KL atas urusan rasmi (ikutkan penat badan tak abih ni, mau jer nak mintak mak tangguh hari khamis, tapi tak sampai hati pulak). Suami tak dapat nak antar. Cam biasa, mak datang k rmh naik teksi dan kami terus ke Terminal LRT Gombak. Masa ni jam 11 pagi lebih. Alia dan Huda mcm biasa jugak excited nak berjalan.Tpt urusan tu terletak slps 2 blok bangunan sebelah stesen LRT Putra Masjid Jamek. Lepas urusan rasmi tu, kami terus naik teksi p HKL, turun kat jabatan neourologi p k wad icu. mak dan saya bergilir naik, sbb tghari budak2 tak leh dibawa naik.
Bila turn saya masuk wad icu tu (inilah kalau blh saya nak elakkan, tpt pesakit2 kronik). Allah, sesak dada saya melihat keadaan Z. Bergantung pada oksigen, ada saluran wayar putih halus masuk ikut hidung utk laluan minumannya, dan kepala bercukur sebelah ditutup dengan kain putih.dua tangannya berikat di tepi katil. Dalam keadaan tidur tu, dia masih meronta perlahan. kesakitan. Punyalah sejuk aircond kat katil dia. camnerlah dia ngan sejuk dan sakit tu dpt bertahan.
Rupanya, ini kesan sampingan yg Z alami selepas kemalangan motor 2 thn lepas. KUat tak kuatnya accident dia tu sampai patah kaki dan helmet pecah. Jadi, kepala dia terhentak kuat. Masalahnya pada masa tu, pihak UH tak buat scan kepala dia. Dan dia sendiri rasa ok. Tapi, lately ni dia kuat mengadu pening dan sakit kepala. Mummy dia ingat dia kena darah tinggi. Hinggalah saya diberitahu 4 hari sebelumnya dia terlalu kerap sakit kepala dan kemuncak pagi kelmarin bila dia terjerit2 mengadu sakit. Isterinya bawa dia ke hospital, dan doktor terus tahan utk rawatan lanjut.
Doktor dapati ada darah beku kat dlm kepala dia, tak salahnya dlm tempurung kepala tapi di luar otak. Tapi, darah beku tu dah pecah (tak tau camner blh pecah) dan dah merebak ke dlm kepala. Apa yg doktor buat sekarang, doktor tebuk sikit kepala dia dan sedut darah tu keluar. Kena monitor dlm 3 hari ni. kalau tak de apa2 perubahan jugak, nampaknya major operation kena buat. Dek kerana Z terlalu sakit, masa sblm tebuk kepala tu, doktor terpaksa tidurkan dia dulu. Bayangkan, dia duk tidur tu pun masih meronta2 kesakitan. Kalua dia jaga, tak taulah macamana dia jerit kesakitan. Dah meronta tu, kenalah diikat dua belah tangannya. Kata Mummy Z, masa hari pertama tu, dia tak diikat.punyalah lasak. Tangan nak terjatuhlah, bdan tak luruslah. Bagi tau nurse, depa terpaksa ikat. Sian, nak wat camner. tak mustahil dia blh jatuh katil kalau tak diikat tu.Nampak lebam kat area lengan tu, campur pulak ngan asyik diamik darah jer.
Masa saya tiba tu, mmg dia masih tak sedarkan diri lagi..saya cuba tahan air mata drp tumpah walaupun dah sebak sangat tgk dia. Tapi bila tgk dia meronta2 mcm nak lepaskan diri, kejap usik sana usik sini kat anggota badan dia. Saya hampir menutup muka tak sampai hati melihat dia. Mengalir gak air mata saya akhirnya(mcm kepala pili rosak). Sempat saya bisik kat telinga dia zikir banyak2 dlm hati (taktaulah dia dengar atau tidak) Ya Shafi (Wahai yang Maha Menyembuh), Ya Qawwiyu (Yang Maha Kuat) dan istigfar banyak2. Terpikir gak,mcmanalah kalau suami saya kat tmpt yang sama. Na'uzubillah. Muda lagi dia ni, baru 30 thn. Saya lebih tua. Tapi... dah kena ujian camni, ngan kepala bertebuknya. Dlm masa yg sama dia ni ada penyakit kencing manis dan doktor baru bagitau, buah pinggang dia tak berfungsi elok (tak tau sebelah or both kidneys). Malam tadi, mak sedara saya p ziarah, dia kata keadaan Z masih sama, tak sedarkan diri tapi mula mengerang kesakitan dan macam nak pegang2 kepala dia. Agaknya kalau dia tak diikat, mau dia godek2 kepalanya yg bertebuk tu.
Isteri Z, M ? Ya ALlah..kagum saya tgk dia cool. Masih mampu tersenyum. Dalam hati?? sapa yang tahukan. Kalau saya, merah memanjang jerlah mata tu dek menangis. Tak tau camner nak tolong M tu, selain bagi moral support dengan kata2 perangsang. Dia masih tak dpt cuti lagi. Maybe Jumaat ni dia mula bercuti. Nak tidur kat dlm ICU tu tak leh, kena duduk kat luar kaki lima tulah..tak selesakan. tempat org lalu lalang. Anak2 Z? dua org, tak sampai 5 thn lagi umur masing2. Sian, anak2 kecik lagi dan M kena pikul tanggungjawab bekerja, jaga anak2 dan suami di hospital. Bak kata nenek Z, si M ni dah jadi macam lelaki kena wat itu ini. Saya berdoa agar Z blh sembuh segera memandangkan Doktor kata setakat ni tak de komplikasi lain selain dia kena demam panas tu. Oh ya, area katil dia terlalu sejuk tu sbb aircond. Doktor pasangkan aircond kuat supaya suhu badan dia cepat turun.
Situasi dlm icu tu, kecik aje biliknya, ada 6 katil tak salahnya. Bila saya tgk pesakit kecil sebelah Z, lagilah teruk. M bagitau budak tu kena ketumbuhan dalam kepala.Padanlah berbungkus kepala budak tu. Agaknya baru lepas operation. Masih tak sedarkan diri dengan kedua matanya di plasterkan drp terbuka. KEsian tgk mak budak tu, nampak keletihan sangat drp air muka dia..Matanya? mmg nampak baru lepas menangis dan nampak letih. Bila saya comparekan keadaan Z dan budak tu, rupanya Z tak seteruk mana. Saya bisik kat M, ada orang lebih teruk drp Z dan bersyukur sebab tak kena macam budak tu. M tersenyum dan mengangguk.
BEnda2 macam ni buat saya terfikir..hari2 kena ucap Alhamdulillah sebab kita diberi nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang murah, ahli keluarga yang sihat.

Tuesday, March 28, 2006

Kena TAG lah pulak

Hmm..seperti biasa, hari-hari saya suka ronda2 blog kengkawan ni, dan bila masuk blog hot mama, saya bacalah entri tagging dia..tup2 kat akhir entri tu, dia tag nama saya pulak :D. Alamak..kena wat pulak. Tak de yang menariknya tentang saya ni Hot Mama...tapi sebab saya dah janji ngan dia, ok saya cuba bagi jawapan atas setiap perkara di bawah ni;
1. 4 pekerjaan yg pernah saya lakukan;
-tolong kawan buat bisnes- menganjurkan seminar berkaitan guaman syarie.
-tolong kawan buat bisnes
-kerani di pejabat peguam
-surirumah sepenuh masa (aci tak ni? :)
2. 4 wayang gambar yang saya boleh ulang tonton
- narnia
-komedi P.Ramlee: 3 abdul, dll
-kartun disneyland: cinderella, beauty n the beast dll
-apa lagi yek..tak ingatlah
3. 4 tempat yang saya pernah tinggal
-Batu Pahat, Johor
-Kg. Manjoi, Ipoh
-Kg. Delek Kiri, Klang
-Selayang
4. 4 rancangan tv yang saya suka tonton
-Siri penyiasatan: Mc Bride, CSI's, Jane Doe, 3rd Watch dll
-Oshin
-Reality tv shows
-Komedi
5. 4 tempat percutian yang saya pernah pergi
-Mesir(Kaherah, Iskandariah, St. Catherine, & lain2 lagi tak ingat. Paling best daki Jabal Musa tgk matahari terbit)
-Selatan Thailand(Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla, selatan Haadyai)
- Sumatera (Medan n Aceh)
-Tempat2 menarik dlm negara (P.Langkawi, Cameron Highland dll)
6.4 jenis makanan kegemaran
-laksa (selagi ada laksa tu dlm rmh, selagi tu saya blh makan bahkan berhari2 pun tak per...)
-aneka sambal tumis, udang terutamanya.
-aneka masakan mee/meehon
-masak lemak cili api
7. 4 websites yang saya lawat hari2
-semestinya blog saya
-bloggers
-berita harian
-yahoo
8. 4 tempat yang saya ingin berada sekarang
-Mekah& Madinah (saya rindukan bayu lembut angin madinah dan masjid nabi, saya rindukan Masjidil Haram, kan seronok dpt settle down kat salah satu drp dua tmpt ni :D)
-Switzerland
-New Zealand
-Dan di mana sahaja bersama dengan suami, anak2 dan mak
9. 4 bloggers yang belum pernah di'tag'
-alamak, saya masih baru dlm blog ni, tak tau sapa yg pernah or belum kena tag selain drp iv, hotmama..
-any volunteers?
*****
update:
Ha...saya nak tag;
-Kak Wan (Alex Lacey)
-Blackpurple
-Zino
-Mama Risyia
- dan yang berminat tu..:D

Sunday, March 26, 2006

Pencuri wang hantaran

Sabtu (semalam), saya menghadiri kenduri kawin sedara. Kali ni, kami mmg berhati2 sangat dengan kehadiran tetamu yg masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik pengantin, sebab kenduri kawin sebelum ni pada tahun lepas telah menyebabkan sedikit wang hantaran telah dicuri oleh pencuri wang hantaran!!!!
Tahun lepas, tuan rumah, P.N dan M.N mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya, Fa, dengan meriahnya. Malam sebelum majlis kenduri, telah diadakan akad nikah dan wang hantarannya memang banyak, tetapi 2/10 drp wang tersebut telah digubah dlm bentuk masjid.Dan baki wang tu dibuat dlm bentuk cek berpalang. Antara barang hantaran tu, termasuklah set rantai dan gelang mutiara yg bernilai ribu riban gak. Selepas akad nikah malam tu, barang2 hantaran telah dimasukkan ke dalam bilik pengantin dan diletakkan di atas katil pengantin. Entah mcmana, malam tu beebrapa org sedara mara termasuk saya duk tergerak pesan supaya simpan duit hantaran tu. Saya pun rasa cuak semacam, tapi tak beritahu pada Fa.
Keesokannya, pada waktu tengahari, rombongan pengantin lelaki datang. Semasa majlis persandingan tu, saya rasa nak terbuang air kecil. Disebabkan bilik air bawah ada org, saya naik ke tingkat atas, tergerak hati saya nak meninjau ke dalam bilik pengantin dan saya tengok wang hantaran tu telah disimpan. Tapi, saya tak tau kat mana. Saya malas nak tumpang buang air di bilik pengantin. Cadangannya saya nak ke bilik tidur lagi satu yang ada tandas juga. Masa keluar bilik tu, Husna datang pada saya, sibuk dia nak amik satu lidi bunga manggar, saya pujuklah dia kena sabar dulu tunggu sampai majlis bersanding habis nanti, sambil tu, saya duduk kat atas kerusi berdepan dengan bilik pengantin. Sedang saya pujuk Husna, tiba2 seorang perempuan tidak dikenali naik ke bilik pengantin. Ingat lagi rupanya, kulit sawo matang, bentuk muka bulat, rambut panjang sampai ke bahu, rendah dan berisi, ditambah lagi dia sedang mengandung dan dah pakai uniform preggy mom dah tu selamba jer masuk ke bilik pengantin sambil senyum memandang saya. Saya mati2 ingatkan dia tu mak andam Fa, sebab sebelum tu saya mmg tak penah jumpa langsung dengan mak andam tu. Gaya dia masuk tu mcm dah kenal benar ngan keadaan rumah ni. Disusuli dengan kakak Fa, iaitu Mn..dia pun sama gak masuk ke dalam bilik tu, rupanya mereka mencari bunga rampai utk majlis renjis tu. Bila Mn nak turun, perempuan ni tak turun lagi, mcm terdengar dia bertanyakan Mn sesuatu dan lepas Mn balas tu, Mn terus turun dan perempuan ni sambil tersenyum memandang saya masuk k bilik pengantin balik dan saya terdengar juga dia mcm bukak laci meja solek. Ingatkan dia duk mencari barang lagi. saya pula langsung tak tergerak nak tinjau bilik pengantin tu. terus jer saya suruh husna turun dan saya masuk ke bilik air bilik sebelah.
Bila saya turun semula ke khemah makan, tak lama kemudian Mn called hp saya tanyakan samada saya nampak perempuan tadi tu atau tidak, saya kata saya tak nampak. Saya dah mula tak sedap hati, terfikir pasal duit hantaran. Mn tanya kalau2 perempuan tadi datang dengan ahli keluarga mak sedara kami yang lagi satu, Ma. Saya sempat bertanyakan Ma yg kebtulan berdiri berdekatan, dia kata dia tak kenal dengan perempuan yg dimaksudkan tu. Tergerak saya tanya Mn, ada masalah ngan duit hantaran ke..dia hanya jawab yes..yes. Dan Mn minta jgn heboh. Terus perbualan kami terhenti (masa tu Mn called saya drp dalam rmh). tak lama tu, nampak Mn terkocoh2 datang ke arah saya, dia cuba tak nampak cemas. Dia bagitau saya, masa dia nak naik semula amik baki bunga rampai, bila dia bukak meja solek tu, dia tengok gubahan wang hantaran tu dah tak de.tu yg dia cemas tu. saya bagitau, lepas jer dia turun turun dan perempuan tu masuk bilik pengantin semula sbb saya ingat dia mak andam fa, saya terus jer ke bilik air dan terus turun. Tak lama tu,suami Mn pun diberitahu.
Tapi, kami cuba tak buat kecoh, even fa n suami tak tau lagi masa tu, hatta parent pengantin pun, tak tau..kami cuba cari2 gak kat kwsn khemah, tapi tak nampak kelibat pompuan tu dan kami yakin dia dah berada jauh masa kami cari dia tu. logiknya, takkan pencuri nak stay lelama kat tpt kejadian. slowly berita kecurian ni tersebar among kami sedara mara yg terdekat (adik beradik parent pengantin n sepupu2 fa), tapi kami msih cuba cool. Perasaan saya masa tu? Bercampur baur..nak menangis, geram, marah, sedih pun ada sebab pencuri tu berada depan mata saya dan saya seolah2 biarkan ia berlaku, wlwpun mmg itu bukan salah saya sebab saya mati2 ingatkan dia mak andam or salah sorang kenalan Fa yang dtg. Mn menggunakan video camera merakam suasana dlm khemah makan utk mengenal pasti pencuri tu..tapi malangnya tak ada pun kelibat dia.
Tak lama lepas tu, masa saya masuk dlm rmh pengantin dan keluar semula, saya terserempak ngan adik saya, K.L, terkejut nampak mata dia kesan lepas menangis. saya tegur kenapa..dia bagitau, masa dia, Mn dan mak andam duk bercerita sesama mereka pasal insiden ni, K.L tergerak utk cadangkan check dlm bilik pengantin terutama bilik air kot2 ada bahan bukti, yelah, duit hantaran tu dlm bentuk gubahan masjid, takkan pencuri tu nak bawak keluar gubahan tu. Depa pun mausk bilik pengantin dan terus ke bilik air. Kata K.L mmg sedih sangat bila tgk rangka gubahan tu dah terburai...mmg pencuri tu bukak hantaran tu dlm bilik air dan kami syak dia masukkan duit tu dlm hand bag dia..tu yg K.L tak dpt tahan air matanya. Saya pun tergerak naik ke bilik air tu, mmg ya Allah, sedihnya..nak mengalir air mata tengok rangka gubahan tu dah terbarai dlm bath tub kosong. bersepah2..memang hantu tul pencuri tu..terus terbayang2 dia senyum memandang saya (tengah menaip ni, teringat lagi muka dia camner). Lagi saya rasa bersalah yg amat sangat pada Fa dan suaminya. Kalaulah saya tau itu pencuri, mmg sanggup jer saya bergelut ngan perempuan tu..
Rupa2nya, mak andam sebenar bercerita ngan Mn..masa bunga rampai yg dibawa Mn turun tu dah habis digunakan, mak andam tu bergegas naik ke atas bilik pengantin dan dapati bilik pengantin tu tertutup dan berkunci. Bila dia mengetuk, perempuan yg sama saya tengok tu yg bukak pintu bilik. Bila mak andam kata nak amik bunga rampai, cepat2 perempuan tu kata dah bawak turun bawah. Jd mak andam turun semula dan bagitau Mn..Masa Mn naik semula ke bilik tu, dah tak de sesiapa. Masa Mn bukak laci meja solek tu untuk mencari lagi baki bunga rampai, masa tu dia perasan dlm laci yg diletakkan gubahan tu dah kosong!!!puas dia cari lagi tapi tak de. Tu yang dia tergerak telefon saya pula lepas tu.
Kiranya, hot topik among kami sedara mara ialah kehilangan duit hantaran tu. Dan akhirnya Fa dan suaminya tahu, tak tahu sapa yg bagitau pengantin ni. Tapi yang bagusnya, Fa dan suaminya blh kawal emosi lagi. Parent pengantin pun tau akhirnya, dan mrk juga dpt kawal emosi..bahkan very cool.Masa kat khemah tu (kebetulan dah petang sekitar 4 petang lebih), saya jumpa mak dan bapa Fa, tak dpt tahan air mata saya, terus saya menangis mohon maaf sebab saya dah biarkan satu kecurian berlaku tanpa sengaja. Syukur depa tak menyalahkan saya, mak Fa kata dah tak de rezeki nak wat camner..siap dia lapkan air mata kat pipi saya lagi...
Sebelum tu, bila keadaan dah lengang, saya nampak kat sudut dlm rumah tu, Fa menangis sedih bila tau wang hantarannya dah dicuri. Tapi suami dia pandai pujuk..tergelak saya bila dpt tau suami Fa tanya dia, suami hilang tak? Fa jawab tak hilang... suami Fa bagitau, itu yang pentingnya, suami tak hilang. Sempat dia wat joke.
Bila dah lewat petang, majlis dah selesai dan kami semua dah kemas khemah. Entah camner, terbuka cerita ni pada salah sorang mak sedara pupu, Ms (muda dia ni, saya lebih tua..tapi sbb dia kawin ngan bapa sedara pupu saya yg juga muda, kena guna panggilan awal mak, sbb ikut pangkat ..heheh).Ms terkejut dengar cerita kami, terutama bila saya bagitau figure pencuri tu sekian sekian..dia pun bagitau kami satu perkara yg memang amat memeranjatkan semua bahawa dia nampak pencuri tu ngan sorang budak lelaki mmg duduk jer kat khemah tu sampai sebelum kami berkemas, lbh kurang jam 5 lbh!!! tapi sbb dia pun baru tau citer ni kat maghrib, dia pun tak leh nak menolonglah. saya lagilah marah, sbb mmg saya cam sangat muka pencuri nih. tak taulah dia guna pukau kot2 sapa yg nampak dia, mmg lepas tu terhijab dah tak nampak dia walaupun dia berada berdekatan ngan kami. Punyalah saya geram. Bila kami bercerita sesama kami pasal hal ni semula, barulah saya tau yg bapa pengantin mmg dah rasa tak sedap hati sejak lepas akad nikah tu, dia pun pelik knpa ada rasa tu sbb majlis akad dah settle semuanya, apalagi masalahnya..rupanya nak hilang duit hantaran. Mak saya sendiri rasa tak sedap hati, dan tergerak suruh simpan duit tu kat tempat yg org tak leh cari.
Rupanya, kisah mak pengantin pula, masa dia masuk dlm bilik air pengantin utk berwudu' (masa tu dia dah tau kehilangan wang hantaran tu), dia terpijak rantai mutiara hantaran Fa di lantai bilik air. Confirm pencuri ni tak tau menilai rantai mutiara tu, kalau tak mesti dia dah ambil. Bukan takat rantai, gelang mutiara tu pun dia tak ambil. tapi kalau rantai n gelang emas, confirm dia amik punya.
Laporan polis dibuat. Tapi tak de tangkapan dibuat. Masa sorang lagi sedara kami dtg ke majlis tu selepas waktu berlaku kecurian, dia diberitahu ttg kehilangan ni, dia kata, ikut figure perempuan tu, dah banyak kes berlaku melibatkan dia dan perempuan ni mmg bergerak aktif sekitar subang jaya n shah alam. dan dia masih terlepas drp tangkapan.
Saya mmg marah lagi dengan perempuan ni, hingga hari ni saya masih teringat mukanya dan figure dia yg mengandung tu, saya terfikir, tak rasa bersalah ke dia bagi anak dlm kandungan tu makan hasil wang curi? Tapi ada gak sedara mara kami syak dia tak mengandung, maybe dia taruk bantal dlm baju dia..tapi saya rasa tidak juga, sbb tak nampak kepalsuan di situ.mmg figure org mengandung betul.
Semalam, sorang lagi anak perempuan kawin, dan kali ni, masa pengantin turun bersanding, bilik pengantin dikunci. tak mau perkara yg sama berulang.Itupun, masa bersanding, rupanya ada sorang wanita tak dikneali, bertudung, naik ke bilik atas, dua org mak sedara saya perasan wanita ni terus minta sorang adik dua pupu saya ekori perempuan tu ke atas, rupanya perempuan ni mmg nak ke bilik pengantin, tapi bila dia tgk bilik pengantin tutup ,dia turun semula.
Memang pengajaran sungguh. Sampaikan mak saya siap pesan kat K.L lagi, nanti bila dia pula kawin, wang hantaran tak yah digubah2..bagi awal sblm majlis pun tak per.

Friday, March 24, 2006

Keindahan tangan ibu

Sekali lagi, saya ingin share forward email kepada kawan2, mungkin ada yang pernah membacanya, tak pelah, kita refresh memory balik ek;
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan .
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
****************
Syahdu cerita nikan. Semoga kita tergolong di kalangan anak2 yang menghargai ibunya yg tiada dua tiganya di dunia ni. Dialah yang melahirkan dan membesarkan kita tanpa mengharapkan balasan kemewahan melainkan kita sentiasa mengingati dan menyayanginya dalam apa jua keadaannya.
Masa sekolah rendah dan menengah, saya tak reti nak cium tangan mak disusuli dengan peluk dan mencium kedua2 pipinya, entahlah, bukan satu budaya yang ditanam di dalam keluarga saya masa tu. Hinggalah satu hari, masa saya di tingkatan 6 bawah sekejap, seorang guru (tak ingat guru lelaki atau perempuan) bertanya dlm kelas samaada kami pernah mencium ibu atau tidak bila dah besar. Ada yang jawab ya dan ada yang jawab tidak. Saya hanya diam sahaja sebab malu nak mengaku bila dah bersekolah tak pernah cium pipi mak. Cikgu tu antara lainnya bagitau kenapa nak malu cium mak sedangkan dia yang dah dewasa tu pun masih mencium pipi mak. Saya terkesan dengan kata2nya.
Oleh kerana saya tinggal di asrama masa tu, jadi ada satu kali tu, kami pulang bercuti sebab nak raya haji rasanya. Satu malam, kami adik beradik berkumpul kat ruang tamu ngan mak dan ayah. entah camner, ada sesi salam menyalam,( agaknya sebab malam tu malam raya kot, alamak tak ingatlah) dan masa tu tergerak nak praktikkan apa yang cikgu tu suruh. Rasa kekok pun ada, malu pun ada. Kebetulan saya yang pertama salam dulu, jadi...ngan rasa kekok, malu terkulat2 dan teragak2 tu, saya berjaya cium kedua2 pipi mak saya selepas cium tangannya. Fuhh...rasa lega sangat mcm baru lepas ujian bila dapat cium pipi2 mak tu. Yang buat saya terkejut tu, semua adik2 ikut sama. Hehe, sejak tu sampai la ni, cium tangan dan lepas tu cium kedua belah pipi mak dah jadi kelaziman saya. :D. Sekarang ni, kekok pulak kalau lepas cium tangan tak cium pipi2nya. Yelah, sementara dia masih ada nikan. Bila lagi nak buat.

Wednesday, March 22, 2006

Haru punya bapak...

Saya dpt forward email ni:


KEPUTUSAN SEORANG AYAH

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah.
Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."
****
Sakit..sakit kalau ada bapak macam ni dalam dunia. Bak kata kawan saya, bukan materialistik jer, tapi mentalistik..

Tuesday, March 21, 2006

Citer Hantu (ii)

Sambungan...

Sejak kecil, mak kata saya memang jenis lemah semangat. Pernah saya terdengar bunyi kapal terbang lalu, dah demam. Bab hantu2 or mahkluk halus ni mmg saya dah alami sejak sekolah rendah lagi hinggalah sekarang ni.

Sekolah Rendah (80 an)- Rumah di Kampung Manjoi, Ipoh
Situasi 1

Satu pagi, saya tengah nak bersiap ke sekolah. Saya seorang diri di tingkat atas. Ada dua bilik. Untuk ke bilik kedua, kena lalui bilik pertama. kiranya bilik pertama tu terbuka luas dan mak saya letak langsir panjang sebagai penghadang pandangan orang yang hendak ke bilik kedua. Ada satu almari baju bercermin yg diletak membelakangkan langsir. kalau berdiri mengadap cermin tu automatik kita boleh melihat org yg berjalan ke bilik kedua. Masa tu dalam 6 pagi lebih rasanya dan lampu bilik kedua pun bertutup lagi dan langsir tu mmg diselak luas. Sedang saya duk membelek baju dan sesekali memandang ke cermin almari, tak semena2 sekali tu ekor mata saya mcm ternampak seseorang berambut panjang sampai ke kaki dan berbaju putih labuh berjalan perlahan ke bilik ke dua. Saya tak nampak mukanya, hanya nampak bahagian rambutnya tu je. Saya terus pandang ke arah langsir tu. Tak de apa2 pun. Terus saya bangun dan melihat kat bilik kedua, tak de sapa pun. Gelap pulak tu. Ngan selambanya saya turun ke bawah cari mak, saya tanya ada sesapa ke naik ke atas, mak kata mana ada. kwang.kwang. kwang. Tapi, masa tu saya tak rasa takut langsung. Bila fikir2 balik, ya Allah, beraninya saya masa tu.
Situasi k 2

Masa tu saya, Z, dan K.L (adik k 3) tidur kat bilik kedua di atas tilam atas lantai. Arwah Maklong (kakak ayah) tidur atas katil. Masalahnya, masa tu mata saya tak mau lelap2. puas pusing ke kiri dan kanan, tapi tak mau gak lelap lelap. Yang lain tengah tidur nyenyak masa tu. At last, saya nak tidur atas katil. Tapi...sebaik saja saya bangun dan baring atas katil...hihihihi...hihihihi..punyalah kuat dan nyaring bunyi ngilaian tuh..mcm terbang betul2 kat luar rmh saya jer. Masa tu tak takut tau..dan saya tergerak nak bukak tingkap untuk meninjau ke luar, tapi sempat terfikir lagi tu, sebelum sempat tinjau dia..tup tup dia dah tinjau dulu..cancel nak tinjau. suara ngilaian tu terus jauh. akhirnya saya terus tertidur.
Kiranya, nilah 2 kejadian yg saya tak leh lupa sampai sekarang. Bukan setakat saya saja. si Z pun alami sama, tapi tak sama mcm saya, antaranya, dia pernah ternampak kain putih berkibar2 kat luar pintu bilik kedua yang berbalkoni tuh. Ada lubang atas pintu tu, tu yg dia blh nampak.
Sekolah Menengah (90 an) - Rumah di Kg. Delek Kiri, Klang
Situasi 1
Satu malam, saya tengah tidur. Saya bermimpi, saya tengok jam di dinding antara 12 - 2 pagi (tak ingat jelas waktu) saya menuju ke dapur nak minum air. Masa tu tingkap dapur terbuka dan secara tak sengaja saya terpandang ke luar tingkap dapur, ada makhluk berambut panjang menutupi muka dan berpakaian putih duduk atas dahan pokok belakang rmah. Masa tu bulan mengambang penuh. Saya ketakutan terus tutup tingkap. Terus saya berlari ke ruang tamu utk beritahu keluarga, tiba2 saya terdengar kucing mengiau dan suara "mana budak itu, aku nak bunuh dia" tiba2 saya terjaga, masa tu rupanya badan saya mmg tengah menggigil betul dan berpeluh2. saya terpandang dinding..ya Allah, betul sama waktunya dlm mimpi saya.
Selain drp itu, saya juga pernah merasa bawah katil mcam ditolak2 ke atas, sbb katil tu jenis katil berspring jadi kita pun bergerak2 semacam, saya juga pernah mendengar suara lelaki perempuan berborak di dalam bilik saya, walhal masa tu saya di luar pintu bilik dan ia bertutup. Dan tiada sorang pun di dalam. Arwah ayah saya pernah tercium bau masakan kari daripada dapur tgh malam buta. Kain selimut mak saudara saya pernah ditarik turun ke bawah.
Di asrama sekolah - tingkatan 5
Situasi 1
Dulu masa form 5, kat asrama, selepas balik study malam sebelum tidur, saya suka wat solat sunat.nak SPM katakan... Satu malam, saya mengantuk sangat. Jadi saya balik tu terus je tidur punyalah lena sampai pagi. Pagi tu, sorang roommate saya, M (katilnya sebelah katil saya, dia tingkat atas dan saya di tingkat bawah, jadi, mmg dia boleh nampaklah apa yang berlaku kat katil saya) citer, tengah malam tu, dia mimpi ada org masuk dalam bilik kami..jadi dia takut sangat dan terkejut terus terjaga. Masa tulah dia terpandang saya sedang memakai telekung dan memegang al QUran sedang duduk atas katil, tapi saya tak memandang k arahnya, tapi ke depan. Saya yang dengar punyalah terkejut. Bila masa pulak saya terjaga, walhal saya nyenyak tidur sampai ke pagi. Dia pun terkejut sama. kwang.kwang.kwang.
Situasi 2
Satu malam, blackout kat asrama kami. Jadi, kami satu dorm ambil keputusan nak tidur ramai2 berkumpul di tengah bilik. Oleh kerana katil saya antara yang di tengah, jadi saya benarkan sorang junior tidur sebelah saya...dan yg lain pun sama. Ada gak yang tidur atas lantai. Depa ni duk bising2..saya pun suruh senyap, saya cakap "shhhh". Entah masa bila senyap semuanya, tiba2 saya tergerak nak bertanya diaorang dah tidur atau belum, tiba2 saya terdengar satu suara "shhhh". Saya pun buat dek jer, terus tidur. Esoknya, saya tanya adik2 tu, sapa cakap shhh masa saya tanya, tak sorang pun CAKAP mcm tu, rupanya masing2 dah tidur masa tuh.
Ada kawan saya lagi gempak, ada orang tak bermuka selak kain kelambu dia..apalagi jeritannya mengejutkan semua orang. Sorang lagi kawan saya, dia ni biasa ke tandas tengah malam, sbb dorm kami paling atas kat tingkat 3, jadi kami boleh nampak kawasan ampaian pakaian drp atas. Dia pernah jer terserempak ngan orang tak berkepala di kawasan ampaian tuh.
Matrikulasi - (92-94) salah satu kampus matrikulasi di pantai timur
Masa di asrama inilah paling teruk saya kena kacau bahkan saya hampir kena histeria...(matrikulasi zmn saya masih dua tahun masa tu)
Tahun 1: Blok A
1. Dalam minggu pertama di asrama (kalau cuti semester mmg kosong). Saya dan kawan baik, K, lepak di bilik kawan baru kami D.A. Tengah duk kami bergelak ketawa tuh, tiba2 saya terasa semacam, pandangan saya berbalam...mcm terasa diri nak ditarik ke alam lain. Tapi saya sempat kawal diri, sempat teringat citer adik2 mangsa histeria kat sekolah dulu yg mereka terasa mcm yg saya rasa sebelum kena histeria. Terus saya minta D.A tolong azan kat telinga saya, dia dan K terkejut saya mintak macam tu, tapi saya paksa gak. D.A pun azan kat telinga saya, abih jer dia azan tu, saya terasa termengah2 macam orang baru lepas berlari. Tapi, tobat sepanjang minggu berikutnya saya tak berani gelak ketawa. takut datang balik. Mmg sungguh keadaan sama hampir berulang, bila satu malam, ada perjumpaan anak2 PERMAS...saya tengah dngr taklimat tiba2 saya alami pandangan berbalam..mcm nak masuk dah..tapi saya kuatkan hati baca segala surah yg saya ingat..punyalah takut kalau2 saya tak sedarkan diri tiba2. Alhamdulillah saya berjaya kawal diri.
2. Bilik tidur asrama tu, satu bilik utk 2 org. Satu tgh malam, masa tu saya baru nak tidur. Bila saya terdengar, mcm orang mengacau sudu dlm mug saya yg terletak di atas meja study. meja study tu tak jauh drp kepala katil. Dan mug tu memang kosong pun, tak de air. cuma ada sudu teh saja. Dalam kelam gelap tu, saya angkat kepala memandang kat mug tu. Bunyi tu berhenti. Saya pejam mata balik. Berbunyi balik. Dah tiga kali berbunyi, at last saya sound perlahan, eh..aku nak tidur. boleh jangan bunyi tak...lepas tu terus tak berbunyi dah. sah2lah aku bercakap ngan hantu..kehkehkeh..
3. Satu malam, roommate saya tidur bilik kawan. Saya keseorangan. katil masing2 tepi dinding. Tak leh tidur malam tu, entah kenapa. Dalam gelap tu, saya mengadap dinding, tak mau tidur. pas tu berpusing mengadap katil kawan. tak mau gak. lepas tu saya menelentang. Ha..masa nilah saya terdengar macam suara orang bertengkar. tak jelas buah butir.puas saya amati, tak leh tangkap. tak lama lepas tu, saya rasa tak leh gerakkan badan, mcm berat sangat. Ah sudah, dah kena (mmg sejak sekolah saya selalu kena mcm nih). Tak pernah saya rasa seberat nih. cuba baca ayat kursi, semput. sekerat jalan jer. ..tak leh nafas. tiba2 terasa mulut saya mcm dibuka lepas tu, terasa sebatang gigi atas saya mcm ditonyoh2 dan dipusingkan ya ALlah sakitnya..siap ngan bunyi 'ngong..ngong..ngong' rasa bergema satu bilik. masa tulah saya ternampak kelibat hitam bertopeng muka (sebijik mcm batman tuh..lawak pun ada gak) duk tekan saya. saya cuba ayat kursi lagi..makin sakit saya dibuatnya. tak tau kali keberapa, akhirnya saya dpt abihkan ayat kursi tu, terasa benda tu terjatuh dan kaki kiri saya pun terjatuh ke lantai, saya boleh rasa mcm pijak badan orang. Masa tu badan rasa ringan semula. Saya apalagi, bingkas bangun, bukak lampu, capai tudung, capai bantal berlari keluar ke bilik kawan sebelah, bilik D.A. esoknya baru bercerita panjang...
Tahun k 2 : Pindah ke bilik lain di blok B pulak.
1. Satu hari, balik kelas tengahari, saya rasa mengantuk.ingat nak tidur kejap. Tapi, D.A datang bilik nak berborak, lepas tu dia minta album gambar nak tengok. saya beri dan saya bagitau dia saya nak tidur jap. dalam berborak tu saya tak sedar bila sebenarnya saya tertidur, last ayat saya ingat saya cakap pada D.A...
D, aku dah tak de kena kacau dah...(mmg dah lama rasanya saya tak kena ganggu masa tuh)
masa berbaring tu, saya ingat lagi saya berbantalkan dua lengan saya dan tidur menelentang..masa mamai, tiba2 saya terdengar mcm ada orang tanya,
kau kata kau dah tak kena kacau ya..
ha ah.. (saya jawab perlahan)
(saya terasa mcm dua tangan saya kena tekan perlahan..biarlah)
kau kata kau dah tak kena kacau ya...
ha ah
(lagi kuat kena tekan)
kau kata kau dah tak kena kacau ya..
ha ah
(lagi kuat kena tekan sampai sakit kedua2 lengan saya. tiba2 saya syak sesuatu..benda tu kacau saya...)
setan!!! jerit saya dalam hati..masa tulah saya mcm ternampak kawan saya berkelubung penuh mukanya, tapi bukan D.A.. sebaliknya A yg tengah tergelakkan saya secara berdepan.berdekah dekah. Entah camner, Tiba2 saya tersedar..eh, tak de sorang pun kat bilik. Masa tu D.A dah lamaa tinggalkan saya lepas dia tengok saya terlelap, saya tau tu bila saya tanya dia waktu dia tinggalkan bilik saya. Bahkan A pun tak de dtg ke bilik saya tghari tuh. Terkena lagi saya.
2. Satu pagi jumaat, saya ingat lagi, asrama kami akan adakan program pertandingan sukan antara persatuan anak negeri. LEpas subuh, saya tidur balik. Tengah sedap tidur tu, telinga saya mcm terdengar suara baby menangis nyaring sangat..mmg mengganggu tidur saya. Dlm duk pejam mata tu, puas saya amati manalah bunyi budak nangis ni..mmg mustahil, sbb rmh org jauh drp kawasan asrama. Belakang pagar asrama, mcm tasik. tepi luar pagar asrama, padang permainan seluas2nya. Tiba2 saya syak sesuatu, ya Allah..setan rupanya. Saya terjaga. suara baby nangis pun tak de. sabor jelah. Masa tu jam 10 pagi lbh krg.
Hmm..itulah antara pengalaman saya ngan benda2 setan nih. Dah kawin pun masih ada gak kena ganggu..tapi letih dah nak bercerita..hehe. nantilah bila ada mood. Bila dah terbiasa sangatkan, saya sampai blh 'rasa' kalau something wrong especially kalau dlm bilik gelap. Kalau bilik tu gelap, tapi gelap dia lain mcm..pada saya sendirilah, adalah tu..tak mau dah terserempak ngan bukan2 mcm ni..na'uzubillah. Letih dah kena ganggu. Bila tengok "Seekers" tu, saya bebel sendiri "tak yah masuk la, aku ni terlebih tengok dah". tak masuk pun program tu pun tak per, bukan saya cari 'depa'.'depa' berkenan kat saya adalah.. :D
Yang suami saya lak, teringin sangat nak jumpa sebab dia tak pernah jumpa.Tapi agaknya benda tu pun tak berani ngan dia. terlebih berani kot.heheh. Kalau saya ngadu terasa something, dia mesti cakap, "cakap dia suruh jumpa abang.."
Dah ada anak2 ni, mmg saya ajar mereka berani, masalahnya...bila depa start tengok JU ON, citer hantu jepun or korea tuh..itu lum lagi citer hantu jepun lain yg depa tengok kat rmh wan depa (mak saya). ALlah, jadi penakut sungguh. pergi bilik air pun nak berteman..geram tul. Sampai hari ni, masing2 nak berteman ke bilik air, terutama Aiman, dia tu kalau nak cover takut, kejap kejap kang "umi..umi" terjerit2 panggil, walhal kita ada kat dapur (ada satu toilet kat dapur) or kat bilik (ada toilet gak kat bilik). Adakalanya saya or ayahnya paksa naik k toilet sorang2 (toilet bawah ni meragam sikit)..mmg merengeklah..tapi wat tak tau jer, siap tunjuk ngan hanger baju, pilih nak mana satu, terberak dlm seluar or nak kena hanger...saja acah. boleh pulak tu p tandas sorang2...agaknya takut ngan hanger kot heheh. bila dah sudah tu, saja suka tanya anak, ada hantu ke tadi? tersengih2 dia menggeleng.
*********************************
Hari ni Husna start test 1 selama 4 hari ...saya yang debar lebih. Tadi, sebelum ke sekolah, beria2 saya suruh dia hati2 baca arahan soalan, hati2 jawab soalan, suruh baca selawat sebelum jawab, baca bismillah. Yg dia tu saya tengok cool jer, mmg dia dah baca..tapi saya yang risau lebih, suami pun usik "ummilah pegi sekolah, amik periksa" bila kekadang saya duk bising suruh Husna baca buku kerap masa cuti sekolah ari. Tak putus ni berdoa agar dia blh jawab soalan periksa dengan mudah
*********
Yang ni nak marah ni, dah dua kali saya terima faks utk satu syarikat yg sama. terbaru, lbh krg 10 pagi lebih ni .No faks syarikat ni salah taip, betul2 no. tel/faks rmh saya. Dahlah saya kena telefon syarikat tu bagitau ada faks utk syarikat dia (nasib baik no. tepon syarikat tu tertera kat faks tu). Saya suruh dia bagitau kat syarikat yg antar faks tu betulkan no dan hantar semula faks ikut no. betul. nasib baik yg ni pasal minta derma, yg first time ari tu pasal quotation barang...yg tadi ni, receptionist tu kata nak antar despatch dtg rmh saya amik faks tu..saya jawab terus, kenapalah nak susahkan despatch tu dtg rmh saya, kan blh telefon jer syarikat yg antar faks tu dan bgi no. faks sebenar supaya dia faks lagi sekali. Saya tak kisah kalau despatch tu nak dtg, tapi rasanya lebih mudah call semula. tersipu2 dia saya cakap camtu (drp nada suara dialah saya cam tersipu2 tu)

Monday, March 20, 2006

Citer hantu (i)

Malam semalam pegi rmh mak, sebab suami lum jumpa lagi ngan Z (adik saya- anak k 2) n family yang akan berlepas balik ke Sabah esok (Selasa). Duk berborak tu, mak bukak citer. Hari Rabu baru ni mak ikut Z sekeluarga balik ke kampung kami sebab Jumaat tu ada kenduri arwah utk arwah mak long (kakak sulung ayah) di rmh pusaka yang kini diwarisi oleh maksu, adik bongsu ayah. Biasalah, anak bongsu dan perempuan pulak tu akan warisi rmh pusaka. Sebelum arwah meninggal, memang dia yang tinggal rmh tu sebab maksu duduk di Selangor krn suami bekerja di sana. Nanti, bila pencen, barulah maksu sekeluarga balik duduk di rmh pusaka ni. Sejak arwah meninggal, mmg rmh tu jadi rmh tinggal. Maktam (kakak kepada maksu) yg tinggal di pekan sesekali balik untuk bersihkan rmh tu.


Nak dijadikan citer, pada khamis malam jumaat, anak2 maksu, iaitu S, N dan A sibuk bermain2 kat simen luar rumah, masa tu tingkap ruang tamu tingkat atas terbuka (tingkap rumah kampung jenis yang tak berpalang tu..lapang jer dan bawah tingkap tu ada ukiran kayu yang berlubang2). Masa tu mak, maksu, makcik (kakak kepada maktam) dan beberapa orang lain tengah berbual di dapur, bersebelahan dengan tempat mainan anak2 maksu tu. Tak semena2 S masuk ke dapur dan suruh maknya melihat N yang menangis tiba2. Bila ditanya, N bagitau dia takut. Esoknya, mak saya tanya sendiri pada N apa yang dia nampak sampai ketakutan. Cepat2 N cakap,

takut makngah,

Rupa2nya...masa N tengah main sapu2 lantai tu, tak semena2 dia terpandang kelibat berpakaian putih drp pinggang ke peha kat ruang tamu tingkap atas tu menerusi tingkap yg terbuka dan kelibat tu berjalan drp tingkap tu menuju ke hujung ruang tamu. Tiba2 dia merasa seram, tu sebab dia menangis ketakutan. Yelah, rumah tinggal, tak mustahil 'ada' yg berminat untuk lalu.

Bila dengar citer adik sepupu saya ni, teringat saya kecik2 dulu selalu gak ternampak n terdengar nih..tapi...

to be continued

Sunday, March 19, 2006

Kisah anak-anak & langsir baru

Huda

Hari jumaat baru ni, saja cuba ajar Huda tak pakai diaper...start tengahari sbb dia bangun lewat. Ya ya saya pesan dia, kalau nak kencing bagitau. Alamak..nampaknya dia kantoi 2 kali...pertama, saya terperasan bila nampak seluar dia basah semacam..tgk2 dia dah terkencing atas tikar kat ruang tamu..adeeiii..tapi tak delah nak marah sebab dah set in mind yg dia ari ni akan terkucil sana sini. Jadi prepare jelah..lepas bersihkan dia, bersihkan tikar tu..dah alang2 bersihkan kencing yg menembusi tikar tu , terus mop satu ruang tamu..

Kali kedua, waktu petang pulak. masa duk tgk blog orang lain...tiba2 saya tergerak nak memandang ke tepi..alamak..apa dua ketul besar tu atas tikar?? hampir sama warna ngan tikar tu pulak...la..huda terberak rupanya..bila dia terpandang kat saya, baru dia cakap.."umi, huda kencing.." Yang nak tergelak tu, si Alia, bila ternampak dua ketul tu punyalah body language dia menunjukkan ketakutan..dua tiga kali dia mengangkaat bahu menunjukkan rasa geli.
Bila suami balik masa tu, dia cemas dah..takut saya tak leh handle situasi..yelah dia rushing nak ke kelas lain pulak...saya kata tak per..tak de masalah. kebetulan huda nak tidur lepas tu, terus saya pakaikan dia diaper.
Aiman dan Husna
Pagi Sabtu. Suasana dan aura rumah tenang jer. Aiman tgh main internet game. Husna baru turun ke bawah lepas mandi...saya duk sibuk ngan keje2 rumah. Tiba2 saya terdengar Husna n Aiman bertengkar...apa sajalah budak berdua nih...ada je yg nak digaduhkan..
nape kakak menangis?
aimanlah, dia buat kakak menangis..
mana ada..
kan ummi dah cakap ummi tak suka korang gaduh...ok kakak, apa aiman buat kat kamu?
dia kata kakak tak boleh cakap dua kalimah shahadah...macam dia pandai sangat
La..pasal ni pun nak nangis ke?jgnlah sikit benda nak nangis...
Aiman, blh tak jaga mulut kamu, jgn nak asyik sakitkan hati org jer...
Macam-macam kerenah...Aiman mmg pakar buat org marah, dia cakap tu slow jer nada dia, tapi...memang nak mengapikan kemarahan orang..dia tu sorang jer hero setakat ni, tapi dia boleh conquer 3 saudara perempuannya...kekadang tu, saja dia nak usik marah org, Huda terutamanya;
ummi, huda nak pigi olah (huda nak pergi sekolah. memang selalu dia bagitau saya dia nak ke sekolah) - (ya ya kawan ni bagitau. Memang suka layan dia cakap. Sebab nak bagi dia pandai luah isi hati. tapi....................yg aiman mendengar cakap si Adik tiba2 menyampuk,
mana Huda ada sekolah...
Ada..(marah huda)
Mana ada..
Aiman, boleh tak biarkan Huda tu bercakap, kesianlah kat dia..walaupun tak betul, layan jer dia cakap...(saya menyampuk)
kekadang tu, saya tau antonasi dia tu nak menaikkan darah orang...awal2 saya sound; Aiman..mulut..mulut...( maknanya jangan nak cakap bukan2)..tersengih2 jer dia.
Yang Husna pulak, sensitif, terutama bila orang kata dia tak pandai sesuatu yg dia pandai buat...ha, menangislah jawabnya. Saya ni dahlah tak suka tgk org menangis tak tentu pasal. Sejak dua beradik ni bersekolah..ya Allah, lagi panjang idea utk bertekak..
Agenda petang Sabtu
Petang Sabtu, kami ke Carrefour kat wangsa maju...singgah makan dulu kat salah satu fast food restaurant. Suami n Aiman p order makanan. Saya dan anak2 lain p cop tpt duduk. Husna nak duduk bertentangan dengan saya, tapi lum sempat duduk lagi. Alia duduk dlm kerusi baby dan Huda duduk sebelah saya. Lepas saya basuh tangan dan kembali ke meja makan, terkejut tgk Aiman amik tpt kakaknya..beriya dia tak mau mengalah...Husna dah nak menangis masa tu..Depa berebut nak duduk berdepan ngan saya..huhuhu..syahdunya saya jadi rebutan..
Aiman, bagi kakak duduk situ...(aiman menggeleng2)
Aiman, kakak cop dulu...Aiman duduk sebelah sanalah (saya maksudkan kerusi kosong sebelah Husna) sebelah ayah (ada dua kosong sebenarnya)
tak mau, kakaklah duduk sebelah ayah..
Asyik kakak jer..(Husna dah menangis..pening lak tengok orang rajin menangis nih)
Aiman...mengalahlah...kakak dapat dulu..bla..bla...bla...
saya dah mula nak marah ni, tapi still cover lagi, kat public pulak tu. Ikutkan saya boleh suruh Husna mengalah sebab dia yang tua, tapi sebab Husna dulu yang minta, maka saya ikut sapa cepatlah, lagipun dia memang selalu mengalah sukarela dengan adik2, jadi tak salah saya suruh adik2 pulak mengalah ngan kakaknya. Akhirnya dengan muka masam, Aiman mengalah.
Sementara tunggu si ayah, Husna cakap,
Ummi..kakak nak beli yang ada mainan sekali tu,
(kesian gak ngan dia, minta beli set kanak2 yg siap ngan mainan tuh..anak den ompek..takkan nak boli untuk sorang yoo.. lagipun saya tak rajin ajar anak beli barang mainan..nanti, asal p jalan tagih mainan...parah...beli buku tak per)
tak per lah kakak, yang ni pun dah banyak dah ayah bayar,
alah..kakak nak yang ada mainan,
kakak...kakak patut syukur tau, ada budak, ayah dia jahat..tak mau langsung bawak dia ni pegi makan2 (saya maksudkan bapa yg abaikan tanggungjawab pada famili)...ada budak, bapak dia miskin, tak dapat nak bawak dia pegi makan2 kat luar. Kakak dapat makan ni dah syukur tau...
Akhirnya Husna mengangguk. Memang sian kat dia. tak perlah. Dia akan faham juga. Saja saya ajar mereka tak semestinya dapat apa yang mereka minta, takut kalau tak pernah hampakan permintaan mereka, nanti bila tak dapat sekali, depa memberontak..uhhh..tak sanggup dapat anak mcam citer Anakku Sazali..nanti kita yang mati...
Langsir baru
Sebelum masuk Carrefour tu, kami masuk ke kedai Nagoya kat sebelah. Cari langsir baru. Orang beli time nak raya, tapi saya beli lepas raya. Tahun lepas, mmg rmh saya tak macam rmh orng nak raya..no salin2 kusyen baru, no langsir2 baru. Even no kuih2 baru. Sibuk sangat ngan tesis, memang hilang mood nak beraya sakan.suami lak jenis tak kisah..apa yang ada jer..kalau dia jenis kisah, ha, mmg saya serah 100% kat dia nak hias rmh. Saya cari langsir sliding door sebenarnya..itupun sebab dah koyak..anak teruna saya punya bertuah, dia buat experiment gunting menggunting kat langsir tu..kalau kecil tak per..ni jelas tak yah bersuluh. Itupun tak perasan bila dia mengguntingnya. Apalagi..syarahan perdanalah saya beri. Punyalah rambang mata..cantik2 kain..saya ajak suami pilih sama, dia tak mau.dia suruh pilih sendiri. Akhirnya, belek punya belek, pilihlah warna merah hati or merah maroon dan saya beli langsir jarang bermotif corak merak utk lapisan belakang. Terima kasih bang..heheh, sebab dia yang sponsor.
Bila nak jahit??? Hehehe..satu persoalan yang saya sendiri tak tau jawapannya bila, sebab nak kena p rmh mak utk tumpang menjahit... saya tak de mesin jahit. Sebab tak minat menjahit. Takat jahit lurus utk langsir tu bolehlah.

Friday, March 17, 2006

Ummi, liwat tu apa?

Semalam, saya baca entri Alex Lacey pasal kaunseling, termasuk kes anak2 yg dikongkong terlalu ketat hingga bila dpt kebebasan sedikit, kena culture shock dan akhirnya terjebak dengan seks bebas (saya masih simpati dengan budak tu, entah apa jadi agaknya dia..cukuplah dia diuji dengan penyakit kelamin, itu pun dah cukup memalukan dia..janganlah diuji lagi ngan HIV aids).
Pada saya, zaman anak2 sekarang ni tak leh setakat dilarang tanpa diberitahu sebabnya, tapi kena bagi alasan di sebalik larangan tu..terutama perkara yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan perempuan dan yang berkaitan dengan seks, tapi bab seks ni kena sesuai dengan peringkat umur anak tu sebab mereka terlalu senang terdedah dengan perkara2 begini, dengan program tvnya, dengan pengaruh kawannya.
Ada beberapa situasi berkaitan dengan 2 persoalan ni melibatkan anak2 saya dan saya kena memberikan jawapan sesuai mengikut umur mereka, dan saya harap mereka puas hati dengan jawapan saya;
Situasi 1
Ummi, liwat tu apa?
Satu hari saya masuk ke bilik tidur anak (Husna dan Aiman sebilik..buat masa nilah, sebab bilik tak cukup) utk meletakkan baju2 dalam almari mereka. Masa tu Husna tengah ralit membaca. Bila saya lalu depan dia, tiba2 dia tanya;
Ummi..liwat tu apa?
Ha?
(terkedu kejap saya. Manalah budak darjah satu ni tau hal liwat pulak. mmg teraba2 kejap rasanya nak bagi dia jawapan)
Mana kakak tahu?
Kakak baca dalam MASTIKA
(ini mmg antara majalah feveret dia..kalau balik rmh mil, dia mmg akan baca MASTIKA ni sampai 2 or 3 buah dlm sehari..terutama sekarang mcm2 kisah sosial yang teruk berlaku dibongkarkan. Memang bermaklumat sungguh MASTIKA nih)
Camner saya nak bagi jawapan kat dia..takkan nak cakap terus perlakuan seks antara dua lelaki dan berlaku kemasukan di bahagian punggung..tak sesuai utk umur dia...Lama jugaklah dia menunggu saya bagi jawapan...Husna punyalah sabar menunggu..jangan kutinggalkan dia tanpa jawapan, pasti aku dikejarinya kemana jua...adeii...at last, dpt gak bagi jawapan yg saya rasa oklah utk dia, lebih kurang begini;
aaa..ni pasal hubungan lelaki dengan lelaki...(pause kejap, berdebar nak teruskan jawapan)..aaa diaorang peluk2...cium2....(full stop. saya takkan bagitau pasal kemasukan tu dulu..tunggu dia dah besar..at least sekolah menengah nanti)...tak boleh buat macam tu....Allah marah. Berdosa besar. Ok.???
Husna menggangguk. Dia kalau dah dengar perkataan berdosa dan ALlah marah..puas hatilah.Tapi dia menambah lagi,
Ohh..macam lesbian tu? itu perempuan dengan perempuankan?
Ha? (ayyo ini budak mana dapat aaaa?susah tul...) ha, itu pompuan dengan pompuan...samalah berdosa dan Allah marah..
Situasi kedua
Saya kat bilik bawah masa tu, Husna yang baru lalu ke dapur, tiba2 singgah bertanya;
Ummi..kalau perempuan tu kawin, lepas tu dia muntah2 tandanya dia mengandung ya?
Saya terkejut...Allah, manalah dia tahu ni...ada 'terlepas' mana2 ke? susah hati dah saya. Advance nya anak dara aku nih..
Mana kakak tahu?
Tu...kakak tengok dalam tv
(maksudnya lepas kawin, tgk watak pompuan tu muntah lepas tu tau mengandung). leganya...
Ha 'ah...
Saya masih tak boleh nak bayangkan camner satu hari nanti tiba2 husna or aiman tanya, ummi, camner baby boleh ada dalam perut???? (any idea guys?)..Lainlah kalau soalan tu depa tanya masa sekolah menengah nanti...
Situasi ketiga
Tahun lepas, saya mula ajar Husna dan Aiman tidur bilik berasingan dengan saya. Sebab rumah sewa kami kali ni ada 3 bilik. Jadi sesuai benarlah kami ajar mereka tidur asing. Tapi diaorang still kena berkongsi sebab bilik lagi satu tu, standardnya jadi bilik serbaguna (stor). Asalnya, masing2 membantah ..takut la, nak tidur ngan ummi lagilah, kecik lagilah.
Yang kelakar tu, Aiman komplen,
kenapa ayah boleh tidur bilik ummi?
Allah bagi suami isteri tidur satu bilik..satu katil tak per, tak berdosa.. tapi kalau kawan2 lelaki perempuan berdosa satu bilik. ALlah marah.
Dia tak puas hati lagi tu. Bahkan dia cadangkan;
Ummi, lelaki tidur dengan lelaki (ayahnya tidur sebilik dengan dia) dan perempuan tidur dengan perempuan (saya tidur sebilik dengan kakaknya...)
Punyalah idea dia.Gelak dah saya masa tu. tak terkata..Tapi syukur, depa dah tidur di bilik sebelah.
Situasi 3
Masa tu saya tengah mengandungkan Alia. Sibuk menaip draft tesis kat pc. Masa tu ada citer bersiri Thailand. Tak ingat nama citer tu (kisah model bercinta ngan pemuda yg ajar kelas selaman tak salahnya, buat penggambaran kat oversea tu..alah, kat new zealand rasanya) Anak2 suka lak citer tu, terutama Husna, sebab dia dah pandai baca sarikata masa tu. Saya kejap pandang kejap tidak kat citer tu. Entah camner, masa sekali saya terpandang kat tv tu..masa tu tgh adegan pakwe n makwe ni berdating, tak semena2 depa yg berdating kat meja makan ni, berlaga lak kepala masing2..ah sudah..kantoi, anak2 dah ternampak. cepat2 saya distract diorang, lebih kurang begini;
ha..tak leh tau wat camtu ngan kawan2 lelaki perempuan. Berdosa, Allah marah. Suami isteri tak per, Allah tak marah.
ohh..kalau mcm tu, nanti Aiman kawin ngan kakak, boleh buat macam tu ke ummi? (kwang.kwang.kwang. punyalah jawapan dia...)
tak boleh..adik beradik tak boleh kawin.
Aiman masih tak faham cakap saya, dia ulang lagi soalan yang sama. dan saya bagi jawapan yg sama lagi...Husna dah bengang dah, adik dia tak faham2 apa maksud saya, dia menyampuk;
Mana bolehlah Aiman adik beradik kawin..tak faham ke? (marah sungguh nada dia)
baru Aiman faham cakap saya lepas kena tengking dengan Husna, tiba2 dia balas;
ohh..kalau macam tu, nanti aiman kawin dengan kawan perempuan aiman..baru boleh ke ummi?
kahkahakah..saya dah bantai tergelak masa tuh..tak sangka jawapan dia camtu..yg dia tu terkulat2 malu tgk saya tergelak. manalah saya jangka reaksi jawapan budak 5 thn tu.
***************************************************************
Itulah antara pengalaman saya dengan anak2...seingat saya, saya tak pernah tanya soalan2 camni ngan mak saya..budak2 sekarang cepat matang sungguh. Soalan2 depa buat kita terkedu, nak bagi jawapan sikit punya kena fikir...
Dan saya pastikan jawapan saya tu mesti relate dengan ALlah, supaya mereka tahu ada Kuasa Maha Besar yang memerhatikan mereka..mereka mesti tahu perkara yang ALlah marah dan yang Allah suka...
Beratnya tugas mendidik anak ni kan...ALlah, mudahkanlah urusan aku mendidik anak2 dan depa jadi anak2 yang 'menjadi'...amin.