Wednesday, May 31, 2006

Sucikah rumah kita?

Saya teringat lebih kurang setahun yang lalu, kami sekeluarga menziarahi X yang baru mendapat cahayamata. Kebetulan hari tu ramai yang menziarahi X, dan kanak-kanak tentulah paling ramai masa tu mengikut parents masing-masing. Dalam ramai kanak-kanak tu, sorang drp mereka secara tak sengaja telah terkencing di ruang tamu. Apalagi, bergegas X mencari kain lap dan secara tak sengaja, kaki dia terpijak sedikit air kencing tu. Saya yang hanya memerhati drp tadi bingkas bangun dan cuba membantu. Terus saya ke dapur mengambil segayung air utk menjirus tempat kesan kencing tu. Serba salah X bila saya membantu mencucinya, tapi saya tak kisah, sebab saya biasa ke rumah dia. Jadi saya tolong menjirus air dan mengelapnya. Saya buat 3 kali berturut2. Pastikan lantai tu bukan takat bersih tapi suci. Cuma yg saya perhatikan X tak terus mencuci kakinya yang terkena air kencing tu. Segera saya bagitahu dia. Dia hanya mengiakan tapi tak segera mencucinya. Saya fikir dia tak faham maksud saya. Sebab, kalau dia hanya mengelapnya sahaja tapi tak mencucinya, kakinya masih dikira bernajis dan mana2 tempat yang dia pijak tu turut bernajis.


Pernah juga saya menghadiri kenduri, saya kebetulan duduk di bilik belakang di bahagian dapur. Dan bilik tu bertentangan dengan bilik air. Tak lama kemudian, seorang saudara saya masuk bilik air utk membasuh be*ak anak dia dan seluar tu pun terkena sedikit najisnya..saya perhatikan aje dia membasuhnya. Selesai membasuh dia membilas dan memerah seluar tu, tapi saya dapati warna kekuningan najis tu masih tak hilang, kiranya ia masih belum bersih dan suci lagi. Dan saya dapati dia nak melangkah keluar bilik air, segera saya beritahu yang dia kena jirus lantai tu sebabnya air bilasan seluar yang diperah tadi tu masih tak suci sebabnya kesan warna najis tu masih ada. Jadi dia kena jirus lantai tu utk pastikan kaki dia suci keluar daripada bilik air. Dia tergelak tapi responnya macam nada marah juga. Dia kata dia dah basuh bersih, tapi saya kata kesan warna najis tu masih ada dan bila ia diperah, of course air perahan tu masih bernajis dan ia mengalir atas lantai bilik air. jadi, bila tak jirus lantai tu, kalau kita pijak jer tanpa menjirusnya dengan air mutlak, dah tapak kaki kita bernajis jadinya, dan kesannya mana2 tempat yg kita pijak dlam rumah tu jadi bernajis.

Hmm..dua situasi di atas membuat saya terfikir,sejauh mana kita prihatin akan kesucian rumah kita?Ia nampak remeh dan kecil, tapi impaknya besar pada ibadah kita, terutama solat. Bayangkan kalau rumah kita bersih tapi tak suci, dan kita solat atas tempat tak suci tu, adakah solat kita tu sah? Dan berapa ramai yang tahu kaedah sebenarnya mencuci najis2 ni ikut hukum syara'?Dan begitu juga air yg digunakan, adakah ia air mutlak atau tidak?


Sebab, kalau ikut hukum syara', jika membasuh najis mutawasitah (muntah,kencing, darah yang mengalir tapi bukan darah atas daging haiwan, nanah, tahi, air wadi, bangkai, air mazi,cecair yg memabukkan dan susu binatang yang haram dimakan dan air mani binatang) wajib menggunakan air mutlak sehingga menghilangkan 1) ain/zat/warna, 2) bau, 3) rasa. kalau dibasuh tapi masih ada kesan najis tu, ia nampak bersih tapi tak suci. Macam seluar anak terkena najis dan ada kesan warna najis, biasanya saya akan buang najis dan sebaiknya direndam dlm klorox utk hilangkan warna najis tu,tp kalau jenis kain luntur warna, rendam dulu dengan air sabun, dan lepas tu disental hingga hilang warna najis tu. Tp, kalau masih tak blh hilang, tak mengapa. Ia dimaafkan. Yang pasti, jgn dicuci sekali dengan pakaian lain sebab takut ber'najis' sama, terutama kalau basuh dalam mesin basuh.


Biasanya, kalau kencing atau najis terkena pada lantai, saya akan akan buang najis tu dulu, sampai tak de kesan atau calitan najis, dan air kencing tu saya akan lap kering dulu tak kiralah guna kain atau tisu. kemudian saya akan ambil air dan jirus atas kesan najis tu, an lap dengan kain buruk yg bersih atau saya basuh bersih kain lap kencing tadi dan guna semula utk lap yg ini pula. biasanya saya buat 3x berturut, dan antara 3x basuhan tu, satunya saya letak air sabun or letak sikit sabun pencuci lantai mcm Ajax ke sebab nak hilangkan bau. Jadi, kalau kita hanya lap jer bekas air kencing tu dengan kain basahan semata, tak boleh, ia tak memenuhi syarat, sebab tak guna air direct atas tpt tu. syaratnya kena jirus/lalukan air then baru memenuhi kehendak syarak.


Lagi satu air yg digunakan, biasanya orang guna air kolah utk buat mandi dan basuhankan..tp adakah air kolah tu cukup 2 kolah (10 tin minyak tanah) spt yg ditetapkan syara' utk memenuhi standard air mutlak ? dan adakah air kolah tu terpelihara drp percikan air drp badan kita or basuhan kain baju kita? mcm kita basuh baju di bilik air atau kita mandi, sedikit sebanyak air akan terpercik dlm kolah tu semula. Itu dah jadi air mustakmal dan bukan lagi air mutlak. Dan air mustakmal dah tak boleh digunakan utk menyucikan najis seperti kita buang air kecil dan besar (ini kira hadas kecilkan), kita mandi hadas besar, membersihkan najis lain. Kalau takat nak buat air mandi biasa takpelah, atau nak buat air utk masakan atau minuman, tak mengapa lagi.

Sebaiknya, gunalah air paip terus yg belum dimasukkan dlm takungan seperti kolah kat rumah kita tu kecil (kecuali kalau cukup dua kolah) dan 6 jenis lagi air mutlak, utk membasuh najis seperti membersihkan lantai yg terkena kencing dan najis anak, membersih selepas buang air kecil dan besar dan mandi hadas besar.


Kalau kita tak alert dengan perkara2 yang dianggap remeh ni, tak mustahil rmh kita ni nampak jer bersih tapi tak 'suci', ibadah spt solat hancur sebab perkara kecil ni. Ha, itu belum bab anak kencing tembus atas tilam, biasa org jemur aje supaya kering, tapi 'ain (najis) kencing tu masih ada lagi sebab ia kering macam tu dan tidak dibasuh. Bau hancing tok sah cakaplah. Tak cukup sekadar menyembur dengan febreez semata, sebab 'ain (najis) kencing tu belum dibuang wlwpun dah kering. Just imagine kita dah berwuduk kemudian kita pijak atas tilam atau tikar atau permaidani yg terkena kencing yg hanya berjemur tu, dan kesan kencing yg kering tu jadi basah semula sebab tapak kaki kita dan terus kita menunaikan solat..camner ngan solat kita? Atau kita berbaring atas kesan kencing yg tak dibersihkan tu dan menunaikan solat dengan baju kita yg terkena najis tu wlwpun dah kering..camner ngan solat kita? bab basuh tilam hancing ni memang meletihkan, tapi nak buat camner sebab ia penting agar ibadah kita diterima Allah. Tak cukup dengan hanya berkata, ah yang penting hati..hehe. Sebab kalau tak ikut rules n regulations nya, hati baik sekali pun tak leh nak diterima ibadah tu. Sama-samalah kita prihatin dengan kebersihan dan kesucian rumah kita, dan ibadah kita pun superb!!!
***************************

update: terima kasih di atas teguran ummuhajar pasal saya kata sekurang-kurangnya 3x basuhan air mutlak tu, yelah, takkan taik cicak atas karpet pun sampai 3x basuhan, ya tak?itu tak mengapalah sekali saja. Biasanya air kencing anak kuat baunya, kalau ikut pengalaman saya sendiri, bila anak terkencing atas lantai atau cicir atas lantai, lepas saya buang 'ain kencing tu dulu (lap kencing), saya akan siram air. saya lap semula. kemudian, saya siram sikit air sabun, sebab nak hilangkan baunya. saya lap semula. kemudian saya jirus sedikit air lagi. sebab saya nak buang kesan sabun tu & pastikan lantai tu dah tak berbau. Ini jika kuantiti kencing tu banyak. Tapi, biasanya sekali siraman air mutlak tu tak dpt nak hilangkan bau lagi terutama kalua ia dah lama n terbiar. ini pengalaman saya sendiri.

jika hanya setitis dua kencing tercicir atas lantai or karpet, saya hanya lap dulu, lepas tu saya jirus sedikit air dan air sabun sedikit. tapi kalau yakin tak de bau kencing, saya hanya buat sekali atau dua kali siraman air saja. sbb nak puaskan hati.

Mcm karpet atau tikar atau tilam, air kencing tu dah meresap, jadi biasanya saya akan jirus dgn air mutlak sekali, lepas tu saya akan basuh dngn air sabun sebab nak hilangkan bau yg dah meresap tu, then saya akan jirus lagi sekali utk membuang air sabun tu. kalau ia masih berbau lepas tu, saya siram lagi. hingga saya yakin bau tu dah hilang terutamanya. bahkan saya buat kekadang tu lebh drp 3x. biasanya kalau basuh karpet or tikar ringan or tilam ni, saya buat di bilik air, saya lalukan ngan air paip, sekali lalu. lps tu sabun. lps tu saya lalukan lagi air tu hingga saya puas hati kalau bau tak de dah.

itu belum lagi dengan muntah anak..itu kekadang basuh sampai lbh 3 x sebab baunya yg terlalu kuat. ini experience saya juga.

oh ya..terlupa saya, penggunaan air mutlak tu kenalah sesuai dengan dngn kuantiti najis tu. kalau cuma setitis dua jer air kencing atas lantai, makanya mungkin hanya sedikit air mcm tak sampai secawan air mutlak...kalau banyak, mungkin sampai bergayung2..ikut keperluan ketika itu. kaalu basuh tahi cicak, lepas lap tu, sekali jirus sedikit memadai dah, kan.

tapi, kalau air kencing or najis or muntah anak terlekat kat baju or seluar depa tu, kalua kita berus ngna sabun dan dah hilang atau kita dah rendam ngan klorox, basuh bersih ngan air mutlak sekali pun tak per terutama kita basuh straight drp air pilikan..air pili tu kan banyak.


lagi satu, yg penting keyakinan hati, kalau kita yakin basuh sekali tu dah memadai n bersih n suci, tak mengapa. tapi jgn sampai di timpa was-was tak tentu hala, itu bisikan syaitan. tak pasal2 kita membazir air pulak :).

anyway, tq sekali lagi ummuhajar sebab mengingatkan saya :) , amat dihargai.

Monday, May 29, 2006

Agenda utama...langsir

Saya kepenatan hari ni (Isnin). Baru sampai rumah sejam yang lalu. sepanjang hari tadi saya duk mengadap kain langsir sliding door yang dah lama terperap kat rumah mak lebih kurang sebulan yang lalu. Memang nak sudahkan segera, cepat siap cepat pasang. Kiranya dua malamlah saya tidur di rumah mak. Tapi saya start menjahit petang Ahad, sebabnya, saya tiba rumah mak lebih kurang 1 pagi Ahad. Tapi dapat tidur hampir jam 3 pagi lebih sebab Alia dan Huda bergurau senda tak mahu tidur walaupun dalam gelap. Jadi, pagi tu bangun dengan rasa fening-fening lalat. Jam 9 pagi tu, dapat call drp cousin yang nak beli phyto fiber, terpaksa saya pulang semula ke rumah dengan adik sebab saya tak bawa bersama phyto fiber dan suami ada urusan lain. Alia dan Huda ikut saya, tapi Husna dan Aiman tinggal sebab nak menonton kartun. Sonang gitu. Gitu gini di rumah saya sehingga cousin pulang, kami pulang ke rmh mak saya semula, tp sebelum tu singgah di pasar raya sebab nak beli sedikit bahan utk membuat puding karamel kat rmh mak. Huda punyalah happy sebab maklangnya (adik saya) belikan dia jigzaw puzzle alphabet. Sampai rumah mak, saya kena bersiap pula sebab anak jiran mak berkahwin ari tu. Depa guna khidmat katering hingga persediaan bunga telur pun pihak katering uruskan. Jadi, kami jiran tetangga hanya datang makan ajelah. Kami pergi pun lepas zuhur dan pengantin pun dah tiba masa tu sebab bapa saudara datang mengejut utk tumpang solat zuhur. Sebelum tu dia dan isteri drp majlis kahwin juga tak jauh daripada area perumahan rmh mak ni. Dan drp rmh mak pula mereka bergegas ke majlis kahwin yang lain. Adatlah cuti sekolah ni, kaya ngan jemputan majlis perkahwinan. Balik drp kenduri tu, saya betul2 terasa penat, hati teringat pada langsir, tapi mmg tak larat nak mula. Kebetulan Alia bising nak tidur, saya ajak dia tidur sekali. Lewat petang baru terjaga. Rasa bertenaga sedikit. tapi masih tak mula menjahit, walaupun semangat berkobar-kobar. Saya teringatkan puding karamel yang belum dibuat lagi. Oleh kerana adik bongsu ada (dia cuti sem.), saya ajak dia buat sekali. Jadi guru masakan kejap, hehe.

Oh ya, adik yg no. 4 pulak baru balik drp part time katering (dia ni dah abih belajar dan keja kat HSBC), dia bawaklah balik lebihan makanan jamuan katering tu. Tak lama lepas tu pulak, kami menerima bungkusan makanan drp jiran yang buat kenduri kawin tu. Ya Allah, punyalah banyak makanan hari tu, campur ngan masakan mak lagi. Lepas maghrib, adik no. 5 sampai pulak lepas wat part time katering gak tapi tak sama tempat ngan kakaknya (no. 4), dan dia bawa balik buah2an drp jamuan katering tu. Oh ya, adik no. 4 & 5 ni amik course dlm bidang perhotelan, jd depa berdua ni minat katering. tu yang asal ada cuti jer wat part time katering. Adik no. 5 ni tgh cuti sem juga. Sementara cuti sem. ni,weekdays dia keje kat part time kat tpt lain, dan weekend, dia join katering pulak. Saya start menjahit lepas maghrib tu sampai tengah malam, tak dan habih, saya called beritahu suami yang kat luar masa tu ajak tidur lagi rmh mak sebab tak abih menjahit. Dia pun ok jer.

Pagi Isnin ni, start 9 pagi lebih kurang, saya sambung menjahit. tapi nak tau dak? saya punyalah tension sebab saya ada buat kesilapan menjahit pada satu lapisan langsir, dah lah kena tetas benang balik satu persatu seperti yang mak suruh. Kiranya kena bukak semua balik. Adeii. Dan saya selesai menjahit semua sebelum maghrib, daripada jahit semula lapisan langsir yg salah tu, cantumkan ia dengan lapisan langsir kedua secara jahit jelujur dulu sebab saya belum mahir lagi, kemudian baru dijahit sekali atas kain keras putih utk menyangkutkan besi cangkuk nanti (nama pun tak tau apa dia) dan akhirnya saya jahit lipatan kaki langsir. Huh, rasa nak patah tengkuk. yelah, rehat hanya utk solat, makan, masuk toilet, layan kerenah anak2, tidur pun tak cukup juga malam kelmarin tu. Syukur adik bongsu dan mak ada, bolehlah tolong tengok2kan anak, kalau tak mmg tak jadi kerja saya. Selain tu, saya mengadap mesin jahit mak je.

Hehe..inilah dia kalau mmg tangan keras takde seni menjahit. saya tau jahit lurus jer. Saya tak warisi kepandaian menjahit drp mak, dua aje drp 5 anak perempuan mak yang minat menjahit, sampai sanggup p hadiri kelas menjahit. Seingat saya, first time saya menjahit masa tu nak buat alas dulang hantaran kahwin (herot berot jahitannya i tell u...:), kedua masa jahit langsir utk rmh mak dan rmh saya beberapa tahun lepas. Itu jerlah. Dan ketiga yang ini. Cuma saya tergerak setahun dua kebelakangan ni utk belajar menjahit, bukannya apa fikirkan anak2 dah ramai, perempuan pulak tu yg lebih (3 org), rasanya dah tiba masa saya tau sikit2 nak buat pakaian anak, teruama baju anak perempuan spt baju kurung. Bayangkan kalau time raya tu, at least sorang dpt 2 pasang, ni dah 3 org...aduh, koyak wallet suami sey. Harap2 sangat impian saya ni jadi.amin. Bahkan dah hint hint ngan cik abe, ada rezeki lebih nanti nak beli satu mesin jahit, at least selain drp langsir bau, boleh juga menampal kain baju yg rosak seperti terkoyak dan sebagainya. ya kan?

Jam 8 mlm lbh ni kami berangkat pulang. Seronok rasanya dpt bawak balik langsir baru. tapi tak leh pasang...sebab kena basuh dulu...sebab utama Alia secara tak sengaja tertumpahkan sos cili pencicah keropok lekor atas langsir ni. Sabor jelah. Hmm..masa hampir sampai rmh, kami singgah kejap kat pasar malam untuk beli lauk mentah, tp suami sakit kaki, makanya kami tak round mcm mcm biasa, sampaikan Aiman pun tanya nape cepat sangat balik. Sampai rmh, siap memasak dan bersihkan apa yang patut, baru saya mengadap BLOG ni dengan rasa keletihan mengantuk yang amat sangat. Berapa kali tersengguk dah ni :)

Saturday, May 27, 2006

Ingin buat duit melalui internet?

Pernah dengar pasal Clickbank & Paypal? Kedua-dua syarikat ni menawarkan cara mudah dan murah untuk menjalankan perniagaan Internet. Malangnya sebagai rakyat Malaysia, kita tak dapat menggunakan khidmat Clikbank. Paypal pula mensyaratkan kita mempunyai akaun bank US kalau nak keluarkan duit.

Tapi sekarang tak ada masalah lagi. Seorang usahawan Internet Malaysia telah menjumpai cara bagaimana nak mendaftar dengan Clickbank, dan mengeluarkan duit PayPal. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Friday, May 26, 2006

Minggu santan

Tengahari jumaat tadi, saya merebus seperiuk sederhana besar labu kuning. Nak masak lemak cili api labu kuning ni. Pas tu goreng ikan kembung. Hmm, mesti berselera makan. Sendiri perasan tak pelah. Tapi, bila saya tengok banyak pulak labu yang dah direbus ni. Saya putuskan separuh buat masak lemak cili api dan separuh lagi buat pengat. Terus saya jerang dua2 masakan ni atas dapur serentak. Hihi, tengahari2 dah masak pengat. Duk tengah menjerang dua2 masakan ni baru saya teringat...ayoyo...minggu ni berapa banyak dah masakan bersantan saya buat? Minggu ni aje saya masak lemak cili api kacang panjang campur udang kertas. Saya buat bubur durian. Ya puan2 dan tuan2, suami saya beli lagi durian dan syukur tak de terkena cam ari tu (entri dughiyan). Saya masak kari ikan bawal. Dan hari ni aje dua masakan bersantan saya buat. Adus..berapa banyak kolestrol daaa... Eh, tapi pada peket serbuk santan company X menyatakan ia bebas kolestrol. Hmm..tak pe, tapi kalau den kono heart attack tibo2, mau den saman company X tu, cakap tak serupa bikin. Ahaks. Mengada2lah tu, sapa suruh makan makanan bersantan kerap? sendiri cari pasalkan...tapikan lagi best sbnrnya masakan bersantan tu pior drp kelapa parut, bukan kilang mari dalam bentuk serbuk. Tapi dek kerana rumah sey ni agak jauh drp kodai dan selalu tiba2 keinginan nak masak lomak cili api dan buek bubur datang tibo2, mako eyy baiklah sey boli yang berpeket siap-siap. Buek stok kato orang. Haha..sey bab makan memang kalah, sobab sey ni suko makan, nak buek camno. Tapi sey pastikan sey bukan hidup untuk makan, tapi sey makan untuk mengonyangkan (mengenyangkan) porut.

Cuti sekolah ni dah ada 3 jemputan kawin. Dua di Selangor dan 1 di Terengganu. Rasanya yang jauh tu tak pergilah. Agenda lain? Jalan-jalan cari makan? Tiada lagi setakat ni. So, kepada yang bercuti dan berjalan, yang pergi umrah terutama Zar, moga perjalanan kalian diberkati Allah.

Bila anak tiada

Hari Ahad dua minggu lepas, semasa sarapan pagi saya bertanya pada Husna,

Kakak, cuti sekolah ni nanti nak duduk rumah mbah tak?

Dia terdiam dan lepas tu menggeleng.

Taknaklah. Nanti duduk lama-lama rumah mbah rasa macam takde mak dah ayah jer.

Suara dia dah mula sebak dan bergenang air mata. Alahai, saya turut sebak jadinya. Part macam takde mak dan ayah tu yang memilukan hati saya tu. Cepat-cepat saya tukar tajuk perbualan. Terus dia ceria semula.

Sebenarnya, semasa saya masih mengikuti coursework Master lebih kurang 3 tahun yang lalu dan menjalani minggu exam yang makan masa antara satu dan tiga minggu, saya akan hantar Husna dan Aiman tinggal di rumah mil dan bukannya di rumah mak saya yang menjaga mereka semasa saya pergi ke kelas Master. Tujuan utama supaya saya dapat concentrate belajar, dan menghantar mereka ke rumah mil bermakna saya tak akan berjumpa dengan mereka siang dan malam sebab jauh, berbanding jika saya hantar mereka ke rumah mak saya, makanya mereka tahu mereka akan pulang dan tidur bersama saya di waktu malam. Ketika mereka mula-mula start duduk di rumah mil, saya akan menelefon setiap hari. Mula-mula dulu, sehari sampai 3x saya called mereka, rindu tok sah katalah.Lagi satu ada satu perasaan takut yang bukan-bukan macam kot kot anak2 saya ada yang meninggal ke dan saya akan menyesal sebab tak bercakap banyak kali dalam sehari (apalah...). Masa ni masih ada Husna dan Aiman aje.

Tapi, satu jer masalah saya, kalau saya dah set dalam kepala otak tu tak jumpa anak seminggu. Maka hanya seminggu sahajalah mental saya boleh bertahan tidak berjumpa anak, kalau delay, saya dah tak keruan. Tapi, kalau saya set dalam kepala otak 3 minggu tak jumpa anak-anak, saya boleh juga jadi tak keruan. Dalam banyak-banyak tak jumpa anak2 ni, ada tiga insiden yang saya tak boleh lupa langsung. Pertama, masa ni Husna dan Aiman baru berdua jer. Saya ada exam week selama seminggu. Maka saya set dalam kepala, takkan jumpa mereka hingga seminggu. Hari terakhir exam tu, punyalah excited sebab dah tergambar akan jumpa anak2. Malangnya, suami sibuk dan dia kata tak dapat nak balik lagi. Saya pun oklah walaupun frust jugak mulanya. Hari kedua pun macam tu, saya masih ok lagi. Tapi hari ketiga dia minta delay, saya dah start k.o waktu siangnya. Tapi saya tak cakap apa2 pada suami. Saya ingat lagi, masa tu saya tengah tidur tiba-tiba terjaga hampir jam 3 pagi. Terus terbayang-bayang muka Husna dan Aiman silih berganti. Kat dalam bilik tu rasanya muka depa ni duk bertampal-tampal kat satu dinding bilik. Saya mula menangis rindu. Suami masa tu masih belum sudah kerjanya, dia duk sibuk menaip. Saya keluar bilik, suami pulak baru selesai kerja dan dia nak tidur kat ruang tamu sebab malam tu memang panas semacam. Masa suami nak baring tu, saya cakap lebih kurang, bang...esok ni kalau dah habis kerja kita balik ya...waaaa..terus saya sambung menangis kuat-kuat. Rindu banget ni gue. Suami pujuk suruh tidur dulu sambil tu dia memang dah pejamkan mata. Saya pujuk diri ni, terus berjalan ke dapur, tapi ya Allah....muka Husna dan Aiman merata-rata rasanya kat dinding dapur tu.lagi laju air mata saya sebab teringat-ingat kat depa. Sambil minum tu pun nampak lagi muka depa. Memang teruk sangat perasaan tu rasanya. Saya ke ruang tamu, duduk kat kusyen sambil teresak-esak. Suami duk pujuk lagi suruh tidur. Saya memang tak boleh nak tidur, kepala sesak dengan muka anak2. Tiba-tiba suami saya bangun, dah siap...katanya. Saya terkejut, tak perlah saya jawab. Siap...tegasnya. Jam 3 pagi kami meredah KL balik ke rumah mil. Masing-masing senyap. Saya pun tak tidur, kononnya nak menemankan suami yang sporting dan mengantuk tu. Syukur 45 minit jer perjalanan, dan masa tayar kereta suami menjejak laman rumah mil tu rasa macam tak percaya jer dah boleh jumpa anak2. Kami ada kunci rumah mil, jadi tak menyusahkan mil untuk bangun. Tapi, saya tak terus kacau mereka sebab depa tidur ngan mil dan bilik mil masa tu berkunci. Mil pun terkejut dengar bunyi pintu bilik kami dibuka dan hanya bertanya daripada dalam bilik kalau2 saya yang balik. Saya mengiakan aje. Tak kisahlah tak jumpa lagi, yang penting saya dah ada kat rumah mil. Esok paginya...anak2 saya menerpa peluk saya. Alahai..sukanya hati saya. Tapi kami kena balik hari tu juga sebab suami tak cuti, dan kalau anak2 tinggal dulu tak apelah, hujung minggu boleh balik lagi. Yang penting saya dah boleh tatap muka depa. Tapi suami suruh bawak depa balik, sempat dia usik saya yang dia tak larat nak balik 3 pagi hari-hari tengok anak sebab ada orang menangis. sabor jelah. Makanya saya pulang hari tu bersama anak-anak. Kiranya nilah first time saya tak jumpa anak lebih seminggu.

Kali kedua, masa ni Huda pun dah ada. Mereka bertiga saya hantar ke rumah mil utk tempoh 3 minggu sebab semua paper saya berjarak jauh. Anak-anak dah pandai guna telefon dan rajin tepon saya. Masa tu kami sewa rumah dan tak de line tepon lagi. Apa lagi, melambung tinggi bil rumah atuknya sbb call hp saya. Asal bertekak aje, tepon saya mengadu itu ini. Nama jer saya tak de depan mata, tapi saya tak leh lari drp situasi mrk bergaduh sebab ada jer yang rajin mereport. hehe. Minggu pertama ok lagi. Masuk minggu kedua dah start k.o walaupun saya dah set dalam kepala tak jumpa anak2 tiga minggu. Satu malam dalam minggu kedua tu, saya rindu sangat dengan anak2 walaupun dah bercakap dengan depa dalam telefon. Saya keluarkan album gambar anak-anak dan saya tatap satu2 gambar tu, masa tu air mata menitik satu satu, hinggalah suami saya perasan saya tengok gambar tu dan dia tanya rindu ke? Saya hanya mengangguk dan terus air mata laju mengalir. Nak jumpa anak ke? dia tanya. Saya mengangguk. Suami bawa saya balik weekend minggu kedua tu bertemu anak2. Terubat rindu di hati. Nasib baik anak2 sporting untuk tinggal seminggu lagi sebab saya ada last paper minggu depannya.

Kali ketiga, Disember 2005, cuti sekolah akhir tahun. masa ni Alia dah ada. Husna dan Aiman pun dah bercuti tinggal nak masuk sekolah tahun depan. Aiman akan sambung lagi tadikanya. Saya ni nak hantar comb binding disertasi. Tapi saya kena pulun buat kerja ni di carrel room library kampus, sebab nak 100% fokus tanpa gangguan. Sebelum tu pernah buat di rmh, tak jalan sebab kanak2 ribena 4 orang ni distract saya. Tak jadi kerja terutama Alia masih baby lagi. Oleh kerana fikirkan anak2 dah 4 orang, takut mak saya tak larat nak jaga 4 kanak2 ribena ni waktu siang hari sorang-sorang, saya letakkan Husna dan Huda di rumah mil, Aiman dan Alia di rmh mak. Aiman tak mau tinggal rumah mil, tu sebab saya letakkan Huda supaya Husna ada kawan. Ikutkan Aiman tak bagi walau seorang pun tinggal kat rmh mil, tapi terpaksa. AIman ni jenis family boy, tak leh pisah adik beradik. hahaha. Ari tu pun dia salah faham ingatkan saya tak amik kakak dan adik dia dah. Menangis-nangis dia. Kita suruh tinggal situ tak mau. Terang banyak kali baru nak terima explaination kita. Saya pulak sepanjang tempoh ni kena berkampung di rumah mak sebab balik lewat malam dan keluar pagi, jd kesian nak berangkut Aiman dan Alia pagi dan tengah malam ulang alik antara rumah saya dan rmh mak. Plan saya, 1 bulan memang pulun ngadap disertasi habis habisan dan anak2 terpaksa jadi korban perpisahan sementara. Masa ni dah lama sebenarnya saya tak hantar anak2 tinggal lama rumah mil sebab saya dah habis coursework sejak pertengahan 2004 tak salahnya, dan tinggal menyiapkan disertasi aje. Masa nak tinggalkan tu sedih sangat tapi saya kena kontrol air mata buat-buat gelak dan happy, takut nanti Husna dan Huda tak jadi tinggal. masa bersalam tu pun nampak Husna macam sedih dan nak menangis,tapi saya terpaksa tahan hati tu. Huda tak faham lagi, tapi dia memang manja sangat dengan mil, hinggakan kalau kat rmh mil, saya ni macam bukan mak dia, semuanya mil kena buatkan untuk dia. tapi saya tak terasa hati pun, biarlah masa tu dia nak bermanja ngan mbahnya. Dan kali ni saya mmg kurang menalifon mereka sebab saya terperap jer dalam library. Waktu malam jer call mereka, itupun kat luar library guna public fon sementara tunggu suami ambil. guna hp, parahlah den...laju jer makan duit. masa ni saya ok dah boleh bertahan telefon sehari sekali berbanding mula2 dulu. Husna pun dah tak de nak kerap telefon saya, kalau tak tu, asal bergaduh sikit ngan adiknya cepat2 dia call saya mengadu itu ini. Saya kira saya boleh bertahan dengan tak jumpa Husna dan Huda dalam tempoh ni, rupanya tidak. Masuk minggu kedua, saya rasa semacam, ada yang tak kena. Pergi library pun ada satu perasaan yang tak terluah. saya tau saya perlukan Husna dan Huda utk trigger mood saya balik. Syukur suami tak sibuk. Weekend minggu kedua saya pulang ke rmh mil bawak Aiman dan Alia sekali. Rasa puas dapat jumpa Husna dan Huda. Tapi hanya 1 atau 2 malam jer saya kat sana. saya kena pulang semula. kojo den tak siap laiyy. kali ni, Husna berjaya pujuk Aiman tinggal dan Huda pula mengikut saya balik. Alia sudah tentu ikut balik sebab dia masih menyusu badan. Kiranya memang Husna soranglah duduk 1 bulan rumah mil. tulah agaknya dia memberikan reaksi kurang senang bila saya tanya nak tinggal rumah mbah atau tidak. Dan saya tak tahu samaada cuti dua minggu ni,dia hendak atau tidak kalau mbahnya pujuk tinggal sana barang seminggu lamanya.

Wednesday, May 24, 2006

Bila berjauhan

Kepada Alinlai, Kamato, Blackpurple dan Yus, watak 'dia' dalam entri lepas adalah saya sendiri. Ia bukan disebabkan oleh kehamilan tetapi sebab kesan ubat ponstan yang saya makan menyebabkan gastrik kuat, hehehe. Saya makan ponstan tu sebab gigi saya yang bertampal sementara tu telah sakit semula, jadi saya ke dentist dan diberikan ponstan dan antibiotik untuk 3 hari sementara menanti hari utk mencabut atau buat root canal. Masalahnya saya terlupa yg saya kena makan ponstan tu dengan ubat gastrik sekali utk mengurangkan risiko gastrik, dan kesannya seperti yang berlaku dalam entri tulah, muntah dan muntah. Dan Shami, hehehe.. perut saya masa makan ubat tu tak kosong, bahkan baru sarapan, cumanya ponstan tu terlalu kuat dan saya sendiri mmg dah sedia ada gastrik, tu yg berganda sakitnya. Ya Kak Wan, gastrik saya ni akan teruk jika makan ubat yang menyebabkan gastritis. Dan MR, saya dah terjangkit penyakit blogger tegar ni drp MR kot...hahaha.

*************************************************************************

Baru-baru ni saya baca dalam blog maklang tentang kerinduan seorang isteri pada suaminya yang kena outstation. Siap ada lagu Sudirman you...memang touching abih. Sabarlah maklang ya, insyaAllah suami maklang akan pulang dengan selamat. Bercakap pasal bila berjauhan ni, saya sendiri tak biasa berjauhan daripada suami. Paling lama berjauhan, seminggu jer boleh saya hadapi. Lebih daripada tu, tak boleh. Kenapa? Entahlah, rasa kosong jer hidup ni, agaknya sebab tak de kawan nak bercakap, bertekak, merajuk, bermasam muka bla..bla...bla... hahaha... Kalau suami ada, rasa 'berisi' rumah, kalau tak de, terasa kekurangan. Biasanya, 3 hari pertama suami tak de di rumah, ok lagi. Masuk hari keempat, saya dah mula susah hati, rasa macam hilang tempat bergantung.

Semasa 3 bulan pertama berkahwin, suami saya kena posting ke Melaka, saya yang baru bekerja 3 bulan ni terus antar notis untuk berhenti kerja. Kesian pulak kat sahabat saya sebab saya berhenti, dan dia bersama seorang kawan lagi meneruskan perniagaan. Syukurnya dia amat memahami saya. Ni kes tak leh berenggang ngan cik abelah ni. Hehehe. Dan sepatutnya saya biarkan suami ke sana dulu, cari rumah sewa siap2, tapi ini tidak, tahan saya ikut suami pergi dengan dengan rumah sewa belum dicari. Masih ingat lagi, kami pergi ke Melaka menaiki kereta dan sarat tempat duduk belakang dan bonet dengan beg pakaian, tilam toto, set pinggan mangkuk hadiah perkahwinan, dapur gas pemberian mil yang memang dia tak pernah guna sebelumnya, dan beberapa keperluan asas lagi. Kami bermalam satu malam di rumah emak saudara sepupu saya. Dan keesokannya saya mengikut suami mendaftar di tempat mengajar tersebut. Sesudah itu, hampir seharian kami mencari rumah sewa yang dikehendaki. Pada hari ketiga barulah kami masuk ke rumah sewa tersebut.

Pernah sekali tu, saya terpaksa pulang ke KL beberapa hari untuk menguruskan urusan konvokesyen saya (saya berkahwin sebulan selepas abih exam final year dan 4 or 5 bulan selepas tu baru konvo), suami tinggal di Melaka. Alahai...sedihnya. Masa balik ke Melaka semula, saya menaiki bas, mmg tak sabar nak jumpa cik abe, rasa nak terbang aje. Lega betul bila tengok dia sedia menunggu saya di hentian bas.

Ingat lagi, masa tu ada tempoh dua minggu lagi rasanya nak bersalinkan si Husna, kami pulang ke KL sebab adik saya nak bertunang dan ikutkan perancangan saya akan terus tinggal di rumah emak hingga bersalin. Tapi baik saya mahupun suami berat hati nak buat macam tu. Kami memang tak bersedia utk berpisah lama. Sudahnya, pada hari dia balik ke Melaka semula, saya ikut sekali. Syukur mak saya sporting habih biarpun saya ni nak bersalin anak sulung. Senang jer pada mak, saya ada suami, biarlah suami saya yang jaga saya, hehehe.

Kemudian, saya bersalinkan Husna di hospital Melaka. Suami dapat cuti 3 hari. Oleh kerana saya bersalin hari Sabtu, kami ingatkan hari cuti tak termasuk cuti 3 hari tu, so masa suami menghantar saya balik ke Selangor hari Ahad tu, kami fikir dia ada masa hingga hari Rabu untuk bercuti, rupa-rupanya tidak. Hari Isnin dia terpaksa balik ke Melaka semula sebab cutinya dikira bermula hari Sabtu lagi. Itupun dia tau masa dia called ofis tempat mengajar hari Isnin utk uruskan cutinya. Tapi dia terkejut bila diberitahu dia kena mengajar semula hari Selasa. Aduh...tension betul saya dibuatnya. Suami pun frust jugak. Hari dia pulang ke Melaka tu, memang saya tak bersedia mentally untuk berpisah lama dengan dia. Ikutkan hati nak ikut dia balik dan berpantang di sana. Memang menangislah masa tengok dia balik tu. Malam tu pun, ingat kat dia, menangis aje. Sampai mak saya perasan dan dia menegur jangan suka sedih2 time berpantang, boleh kena meroyan. Dan saya jadi seorang yang sensitif jadinya, mudah terusik hati (apalah kan...). Sudahnya, ikut janji suami saya akan balik 2 minggu sekali untuk jenguk saya, dah jadi seminggu sekali sebab kesiankan saya.hahaha. Jahat rasanya saya masa tu sebab buatkan suami menghabiskan duit tol n minyak setiap minggu berulang alik Melaka - KL. Nak buek camno...Dan yang paling best bila abih pantang saya dapat ikut suami balik ke Melaka...yabedabeduuu.

Masa saya mengandungkan Aiman pula, suami kena jadi pengiring pelajar utk lawatan sambil belajar di Kelantan 3 hari. Ikutkan hati saya nak ikut, tapi keadaan dan suasana tak mengizinkan sebab satu, semua pelajar lelaki saja yang pergi dan kedua, saya tengah sarat. Huh, tensen den tak dapek poiy..suami hantar saya balik k KL. Ingatkan den sorang rindu2an, rupanya dia pun sama. On the way balik daripada rombongan tu, tu dia called, rindu katanya..hahaha.

Masa kami dah pindah semula ke Selangor ni, ada sekali tu suami kena berkursus di Langkawi, seminggu pulak tu. Tension tul, tak leh dia nak bawak famili. Kebetulan masa tu saya bekerja dan masih belum sambung master lagi. tiga hari pertama ok, masuk hari ke 4 saya K.O. Cik abe tak terasa sangat, sebab dia sibuk. Kitalah yang terasa, biarpun ada anak2 bersama, tapi tak de dia, tak best. Rasa kurang.

Masa mengandungkan Alia pulak, suami kena kursus di Cameron Highland 3 hari. Suami sarankan saya balik rumah mak sebab risaukan saya tengah sarat dan 3 anak kecil pulak, tapi saya menolak. Biarlah duduk kat rumah aje. Pada hari dia pergi tu, waaa....menangis saya. Lawak tul, bukan pegi oversea tapi overstate aje. Dia pun sedih gak. Wah, hari dia balik tu seronok tul hati saya.

Hmm..terukkan saya ni? Dah kawin bertahun-tahun pun tak leh pisah lama ngan cik abe. Nak buek camno, dio tu bukan takat suami sey, tapi best fren, boyfren, and lover, kawan bergaduh pun ya. ahaks. Saya selalu cakap dengan suami, kalau boleh biar saya mati dulu, kalau dia mati dulu nanti saya tak de kawan dah. Tapi kalau saya mati dulu, saya suruh dia kawin lagi :), tapiiiiiiiii jgn masa saya idup ni dia berhajat kawin lagi..tak mo...tak mo. Takut keluar semua jenis silat nanti...hahaha.

Dan saya memang tabiklah pada mama bloggers yang berkorban duduk berjauhan daripada suami macam Kak Lady, Angah, Ayu (tapi la ni dah duduk serumah dahkan...) dan lain-lain yang mungkin saya terlupa, kerana tugas dan tanggungjawab. Memang sukar rasanya tiada suami bersama terutama menguruskan sakit pening anak-anak. Dan ini juga membuatkan saya tabik pada ibu-ibu tunggal yang bersendirian menguruskan anak-anak. Cayalah...

Uwek...uwek

Dia berlari ke bilik air. uwek...uwek...uwek. Dia kembali semula ke bilik. Terasa sakit perut pula, senak dek muntah. Lima belas minit kemudian...dia berlari ke bilik air semula. Uwek...uwek..uwek. Badan rasa lemah. Perut rasa kosong. Dia turun ke dapur cari ubat gastrik dan tahan muntah. Kemudian dia bawa berbaring. Tertidur. Lepas sejam dia terjaga semula. Berlari ke bilik air. Uwek...uwek...uwek.Badan betul-betul longlai. Dia turun ke bawah, masak air halia. Bawa berbaring di atas kerusi panjang pula. Sambil tu meneguk perlahan2 secawan air halia suam. Syukur dua anaknya sedang lena tidur. Hati teringin nak update blog..huh, teruk betul, saat-saat macam ni teringat kat blog lagi :(.

Nantikan entri terbaru saya: Bila berjauhan

Tuesday, May 23, 2006

Bismillah 5

Malam semalam, semasa Huda naik tangga entah macamana dia blh terjatuh dan terhentak dagunya atas anak tangga yang berparkir tu. Betul-betul berlaku depan mata saya yang masa tu berada dekat pintu bilik anak. Apalagi, satu rumah bergegar ngan tangisan dia. Cepat-cepat saya angkat dia. Syukur dagu tak apa, bibir tak berdarah dan gusi tak luka. Tapi sakitnya yang amat. Saya kira, saya pun akan menangis sebab hentakan kuat tu. Sambil menyentuh dagu yang sakit tu saya membaca Bismillah 5 beberapa kali. dan menghembusnya. Alhamdulillah, lepas tu Huda berhenti menangis. Saya kira, sakitnya masih ada, tapi dia dah boleh tahan. Memang ini amalan saya suami isteri kalau anak terhantuk, terjatuh, jatuh terlentang, kepala berlaga dan bahkan kalau luka sedikit tu kami cepat2 baca Bismillah 5. Paling ketara, anak cepat berhenti menangis, insyaAllah. Kalau ada benjol sana sini atau luka, kami sapukan ubat sekali. Kalau perlu, bawa kliniklah untuk rawatan lanjut. Yang pasti hentikan anak menangis dulu.

Bacaan BISMILLAH 5

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Antara fungsi Bismillah 5 ni:
  • penawar bisa diri
  • penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • penawar bisa-bisa badan
  • penawar bisa batu merian
  • boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 ni:

  1. letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
  2. kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

Kalau buat ikut cara kita boleh, dengan letak tangan jer atas tpt sakit tu dan baca terus bismillah 5 ni, mcm anak jatuh n takut tak sempat nak ikut cara di atas mcm nak amik air bagai...yang penting KEYAKINAN semasa membacanya dan khusyuk. InsyaAllah. Dan kalau kepala anak benjol sebab jatuh, sambil tuam air suam or ais batu kat tpt benjol tu, blh baca bismillah 5 ni sekali. Oh ya, kalau rasa nafas tu pendek tak boleh nak baca bismillah 5 ni ngan satu nafas sampai 7x or ikut berapa kita suka, tak mengapalah, blhlah satu bismillah tu satu nafas.


p.s. Rujukan mengenai Bismillah 5, fungsi dan cara menggunakannya adalah RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN & AS-SUNNAH oleh Dr. Amran Kasimin & Prof. Dr. Haron Din

Saturday, May 20, 2006

Di tadika

Dua or tiga hari lepas saya masuk blog MR di bawah entri Gigit. Sian kat Syasya kena gigit kat pipinya. Anak saya, Aiman pun pernah dua kali kena sebab kawan-kawan tadikanya bergurau jenis lasak. Terbaru, dia balik satu petang tu dengan kesan lengan baju sebelah kiri ada titik2 darah dan bibir atas bengkak sikit, terjuih ke depan. Rupanya ada sorang kawan dia main bersama dan tersepak muka dia. Rasa nak marah pun ada. Tapi dah budak, lelaki pulak tu, faham2 ajelah kalau mereka bergurau macamana. Sebelum tu, ada sorang kawan Aiman pergi tumbuk muka dia, dahlah balik tu lebam area mata kawan tu. Geram ada, marah pun ada. Aiman pulak, dengan kawan dia tak berani nak pukul balik (itu baguslahkan..kalau tak kang jadi kes masuk wad pulak). Dalam dua-dua kes Aiman ni, nak salahkan cikgu pun tak boleh juga, sebab mungkin cikgu tu tak nampak perbuatan tu, cumanya kena ada emergency kit kat sana, tak besar, kecil pun jadilah. Sebabnya bila kami tanya Aiman kalau-kalau cikgu dia sapu ubat atau tidak, dia kata tidak. Hmm..saya ni tengah mencari masa yang sesuai utk beritahu guru besar tadikanya untuk menyediakan emergency kit di sana.

Saya rasa, setiap tadika/taska berperanan bagitau parents kalau anak2 mereka tercedera di sekolah walaupun itu bukan salah pihak sekolah, tapi ia melibatkan budak2 di bawah jagaan merekakan. Kalau cedera sebab bergasak tu, kena letak ubat cepat biarpun tak de darah meleleh or terkeluar biji mata, at least rawatan awal. Jadi, bila parents nampak, rasa marah awal tu boleh kendur, sebab cikgu dah ambil tindakan segera. Sebab ada setengah2 taska atau tadika tu macam buat derk jer ngan kecederaan anak2 yang di bawah jagaan mereka. Tak bagitau parent pun yang anak tu tercedera masa bermain. Ini parent tau sendiri. Patutnya kena bagitau dan minta maaf bagi pihak sekolah sebab benda ni terjadi walaupun bukan salah mereka tapi di dalam kawasan jagaan mereka. Dan saya rasa, cikgu juga kena beritahu pada parents kanak2 yang melakukan kesilapan mencederakan kawannya samaada sengaja atau tidak, supaya parents tu berperanan sama menasihati anak2nya supaya bermain dengan berhati-hati dan tidak sampai mencederakan kawan. Yelah, ibu bapakan guru terdekat anak-anak. So, kat sini ada sifat kerjasama antara guru dan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak. Secara tak langsung juga ibu bapa boleh tahu karakter anak2 mereka di sekolah macamana. Mereka juga boleh fikir cara terbaik tunuk memastikan anak2 mereka terkawal di sekolah. Saya pun duk pesan memanjang pesan kat anak2 yang bersekolah supaya jangan cari gaduh, jangan sesuka hati nak pukul kawan, main elok-elok bla bla bla...harap2 mereka dengar nasihat saya, jangan depa yang jadi hero jahat kat sekolah sudah.na'uzubillah.

Ha..itu baru bab keselamatan diri, belum bab lain lagi. Antara masalah biasa, bekal minuman or makanan. Saya biasa bekalkan minuman untuk Aiman. Makanan dan minuman memang disediakan di tadikanya, cuma saya beri extra air sebab Aiman suka minum. Biasanya saya bekalkan air sirap atau oren atau teh atau bandung atau milo atau air kosong jer. Dan kawan-kawan dia agaknya ada yang tak bawa bekal air dan tak mahu minta dengan gurunya untuk minum air suka minta minuman Aiman. Itu tak kisahlah. Ini masalahnya sampai habis budak-budak tu minum dan Aiman langsung tak dapat. Ada juga yang selamba tak minta izin untuk minum, jadi, bila Aiman nak minum dah habis. Ha, balik tu bising-bisinglah dia kat kita sebab tak dapat minum langsung. Kita pulak yang kena. Saya terpaksa ajar Aiman, kalau kawan nak minum air dia boleh tapi Aiman mesti minum dulu, Kalau tak nanti dia tak merasa. Nasib baik perkara macam ni dah jarang berulang, kalau tak dulu..adui..berasap jer telinga kita dengar aduan dia. Terlalu kerap berlaku.

Lagi satu, dek kerana Aiman bawa bekal air hari-hari, ada kawan dia siap order suruh Aiman bawa air itu, air ini. Pernah sekali tu, saya bekalkan Aiman minuman A (tak ingat minuman apa dah), bila Aiman tengok tu, dia kata boleh tak buatkan air B, saya tanya kenapa, dia jawab kawan dia suruh bawa air B. Aiii..ini sudah lebihhh..saya cakap kat Aiman suruh kawan dia tu minta mak dia yang buat air B. Sengih-sengih jer Aiman dengar jawapan saya. Yang lawak tu, ada gak pandai komplen air yang kita buat tak sedap (Sebabnya ada sekali tu Aiman nak bawa minuman milo, masa nak buat tu serbuk milo dah tinggal sikit, jd bila dibuat air mmg rasa kurang kick sebab serbuk milo tu tak banyak). Saya cakap kat Aiman, bagitau kawan dia lain kali bawak air sendiri...hehehe. Nampaknya bekal air ni, walaupun nampak hal kecik jer, tapi silap hari bulan boleh bawak gaduh sesama mak bapak.

Thursday, May 18, 2006

Zakat barang permainan, istinja' & dughiyan

Malam kelmarin (Rabu malam), saya temankan Husna mengulangkaji subjek Feqah, sebab hari Khamis dia ada paper ni. Oh ya, Husna sekolah integrasi, jadi subjek agamanya memakai silibus subjek2 agama JAIS. Bila baca buku dia tu, terasa refresh memori balik. Antara topiknya rukun Islam. Sampai kat tajuk zakat, kat situ menerangkan ada dua jenis zakat; 1. harta & 2. fitrah. Tiba-tiba Husna cakap, kalau mcm tu barang permainan kanak-kanak kalau dah tak mahu diguna, blhlah dikeluarkan zakat. saya tergelak sebab first time seumur hidup dengar perkataan zakat barang permainan. saya bagitau dia tak de zakat barang permainan. Dia macam tak setuju sebab permainan tu pun kira harta juga. Saya jelaskan pada dia jenis2 zakat harta ni dah ditetapkan oleh fuqaha.

Lepas tu pulak, masuk tajuk istinja'. Erti istinja' ialah membersihkan qubul atau dubur selepas membuang air kecil atau air besar (ini yang dinyatakan dalam buku feqah tu). Antara alat2 istinja' tu air mutlak, tisu, daun2 kering, batu berbucu dll yang kesat. Jadi, saya bagitau Husna yang air teh tak blh dibuat istinja'. saya bagitau siap2 takut nanti keluar soalan exam samada air selain drp air mutlak blh dibuat istinja' atau tidak. Dia terkejut.

kenapa? (tak sempat saya menjawab dia menyambung)
oh..sebab takut bersemut? Yelah, kalau basuh ngan air teh karang semut datang pulak gigit(kahkahkah..saya bantai gelak. Yelah, drp segi logik betullahkan)
Mana adalah. Sebab air teh tu bukan air mutlak, kan air tu dah bercampur (maksudnya bercampur dengan teh dan gula)
Sabor jelah dengan anak bertuah ni

Ok. citer pasai dughiyan (durian) pulak. Kome makan dughiyan? Teman makan. Bukan teman aje makan. Suami dan semua anak teman ni makan, termasuk si Alia, kalau tak seulas tu memang tak cukup bagi dia. Tapi paling berhantu, si Aiman. Dia boleh melantak banyak sangat ulas dughiyan. Pelik pulak dia tak komplen panas lepas tu. Alkisahnya, petang semalam suami teman beli durian. Sebiji dan beberapa peket dughiyan (siap berbungkus tu). Tapikan, dlm banyak2 peket tu, teman terkena, masa makan seulas tu, teman tercium bau han*ing..terkejut teman. Bila teman cuba telan, sungguh rasa ken*ing..ya Allah, apa ni, takkan depa bubuh baja air ken*ing? teman bagitau suami, tapi dia kata takut dah masam dughiyan tu..teman terfikir gak,tp moskillah sbb bau n rasa ken*ing..yelah, kalau seluar anak tertembus ngan air ken*ing, dan kalau lambat dibasuh tu kan haring bau dia..mcm tulah sebijik. Teman cuba lagi seulas drp peket yang sama. pun sama jugak. suami teman tak rasa pun yang tu. kebetulan ia dua ulas besar aje. dua dua ulas tulah teman rasa. dia suruh buang jer kalau tak tahan. Syukur pulak yg lain tak de rasa dan bau camtu. tapi spoil jugaklah mood makan dughiyan tu kejap.

Teringat pulak teman, biasanya kalau isi dughiyan yg dah kurang sikit sedapnya, teman buat bubur kacang campur ngan dughiyan ni. Satu hari, teman buatlah bubur kacang dughiyan. Berkobar nak bagi jiran Melayu sebelah rumah. Disebabkan bau dughiyan ni kuat walaupun dah dicampur dalam bubur, jadi, kakak ni tanya bubur apa... teman jawab bubur kacang dughiyan. Terus dia minta maaf tak boleh terima sebab dia sefamili tak makan dughiyan, even bau pun kakak ni tak boleh sebab dulu dia memang makan, tapi sebab overdos agaknya, satu hari dia makan tu, darah dia terasa naik n dia pengsan. Admitted ward. Sejak tu, dia mmg tak makan langsung dughiyan termasuk suami n anak2 dia. Punyalah dia minta maaf sebab takut teman kecik hati. Dia memang tak mahu terima sebab kalau terima pun nanti dia buang juga. kan sayang tu. teman kata tak pelah, tak rasa kecil hati langsung. Takkan nak paksa. Tak pasal2 sebab kita kawan tu masuk hospital...tak mo...tak mo. Jadinya, teman sekeluargalah yang menghabiskan semua bubur kacang dughiyan tu.

Wednesday, May 17, 2006

Tetamu mengejut



Tengahari ni tadi, saya menerima panggilan telefon. Pemanggil bertanyakan produk phyto-fiber yang kami jual, sebab suami saya mobile stokis. Dia berminat nak membeli. Bila saya tanya dia di mana, dia kata ada di luar rumah. Terkejut jugak. Dahlah suami tak de di rumah. Bukannya apa, dia ni lelaki. Tak bolehlah saya nak jemput dia ke dalam. Awal-awal saya memohon maaf pada dia sebab urusan jual beli ni di luar sahaja sebab suami tak ada di rumah. Syukurlah dia faham. Saya kat dalam dan dia di luar pagar. Kesian juga kat dia, macam-macam soalan dia tanya nak tau pasal produk ni di bawah terik mentari. Tak pelah, kami sama-sama kepanasan sekejap, termasuklah si Alia yang tak mahu turun daripada dukungan saya. Sebelum tu saya sempat call suami saya beritahu ada bakal pembeli phyto-fiber datang. Dek kerana nak menjadi ahli, dia terpaksalah mengisi borang keahlian di bawah pokok tempat dia meletakkan motornya, sebab memang panas rasanya. Oh ya, dah dua hari tak hujan tengahari kat sini. Agak pelik juga. Sementara menunggu tu, saya pun masuk dalam rumah semula. Setelah selesai semua dan dia mendapat barang yang dikehendaki, dia beredar. Memang kesian sungguhlah kat dia, tapi nak wat camner. Suami den tak do kek rumah. Kalau isteri dia ada sekali (dalam borang tu ada butiran isteri dia), saya akan jemput dia masuk dengan keizinan suami saya dulu, insyaAllah. Hmm...itulah kisah tetamu mengejut saya hari ni.

Eh..ini bukan tetamu mengejut saya tu. Tapi seorang daripada ratu hati saya. Alia Khairiyyah. Dah setahun 5 bulan lebih dah. Tapi, masa ni usia dia tak sampai setahun lagi. Sekitar 4 or 5 bulan kot. Orang selalu ingat dia boy, hatta sampai sekarang. Kalau pakaikan dia gaun pun, ada yang bertanya, ini boy ke?

La ni dah bertambah lasak, dah pandai mengajuk orang cakap, pandai sepah2kan mainan, pandai main air, suka tumpah2kan air kat lantai, juara menangis, dah pandai debik kakak n abang dia. Pendek kata ramai sangat sifu dia, dia cepat belajar banyak benda. Yang best sangat tu, dia dah pandai tiru ummi & ayahnya solat, siap berdiri sambil dua tangan letak atas perut, dan kalau ruku' tu sampai dua tangannya cecah lantai sekali. Agaknya merangkap sujud sekali kot. ahaks. kalau tak tu, suka kacau ummi solat, duduk atas ummilah time duduk antara dua sujud or tahyat awal or tahyat akhir, tarik tali pengikat telekunglah kalau ummi sujud or duduk antara dua sujud. Hmm...agak-agaknya dia terus bongsu or akan ada adik lagi? ahaks...Allah saja yang Maha Mengetahui.

Monday, May 15, 2006

Fokus...fokus...

Saya ni, kalau tengah buat sesuatu terutama membaca, hanya boleh fokus kat membaca tu jer dan telinga saya takkan hirau perkara2 yang berlaku di sekeliling walaupun volume tv sedang kuat berkumandang atau orang keliling sedang sibuk berbual. Saya tak reti nak buat dua perkara tu; melakukan tugasan n mendengar serentak. Sesekali bolehlah. Tapi, ada orang reti. Dia boleh sambil membaca tu telinga fokus mendengar.

Dan juga, kalau minta tolong anak2 dan bila dia tak ingat apa yang disuruh tu, mulalah saya bebel, lain kali kena fokus apa yang ummi cakap. ini tak mau fokus.

Hari Sabtu, saya terkena dengan Husna bab fokus ni. Saya tengah ralit membaca. Lepas tu Husna datang kat saya dan menunjukkan muqaddam utk dia tasmi' ngan saya sebab minggu ni start mid term week. Dia ada ujian hafazan melibatkan surah al-Fatihah dan 3 Qul. Saya ni dok syok membaca, layan dia kejap. Lepas tu suruh dia sambung tasmi' ngan ayahnya sebab ayahnya lebih terror bab tajwid. Dan saya bagitau dia, saya ni tak reti nak fokus dua kerja dalam satu masa (saya pula tengah sedap membaca masa tu, apalah saya nikan). Dia pun macam2 lah soal jawab saya bab fokus ni. Budak darjah satu ni mmg curious all the time. Lepas dia puas hati dengan jawapan saya, dia pergi tasmi' kat ayahnya yang sedang buat kerja depan komputer n dia juga blh memasang telinga serentak. Dan saya, terus membaca. Punyalah ralit tu. Kemudian, saya meletakkan bahan bacaan kat atas meja kopi, ternampak Husna menyimpan muqaddamnya.

Kakak..dah abih baca ke?
dahlah
Quhuwallah dah?
dah
Surah lain dah?
dah *&%$@# ... ayah dah dengarlah. Ummi tak fokus ke?
???? (terkena dah saya) eh, kan ummi kata ummi tak reti nak fokus dua benda.

Cerita lain pula. Entah kenapa, saya yang berdebar pula Husna nak mid term. Barangkali takut dia tak dapat mengekalkan prestasi dia yang cemerlang dalam ujian bulanan lalu. Yang dulu tu, rupanya ujian bulanan bukan mid term, sebab cikgunya bagi kedudukan tempat dalam keseluruhan markah ujian. Tu yang saya ingat ia mid term. Tapi, saya tak mau pressure dia. Saya dulu pun tak kena pressure ngan parent saya. Saya nak dia enjoy belajar. Cumanya, Sabtu hari tu (ni sebelum kes di ataslah), sibuk saya menyemak buku komunikasi (cikgu2 mengisi maklumat pelajaran/homework/notis /jadual utk makluman parents) dia utk mengetahui tajuk2 setiap subjek yang akan dimasukkan dalam mid term nanti. Sambil2 menyemak tu, saya ajak dia duduk dekat dengan saya, mengulangkaji sepintas lalu. Macam main 'cikgu-cikgu' pula. Seronok rasanya. Sebelah malam pun begitu juga, kami main 'cikgu-cikgu' lagi sebelum dia masuk tidur. Pandai pula dia memaksa saya membaca dialog2 dlm buku pelajaran tuh. Saya terfikir, kalau saya bekerja nanti, boleh ke saya buat macam ni lagi dengan anak2? itu yang menakutkan saya kalau jawapannya tidak. Dan itu juga yang buat saya rasa lemah semangat nak bekerja. Mama bloggers boleh bagi saya tips macamana nak memantau persekolahan anak2 walaupun sibuk bekerja?

Teringat pula masa sekolah rendah, saya suka main 'cikgu-cikgu'. Saya jadi guru dan 2 adik saya serta seorang anak jiran jadi anak murid. Saya pun tak tau kuasa veto apa yang saya gunakan hingga saya berjaya menyuruh anak jiran tu bawak buku tulis dan alat tulis utk saya mengajar. Ahaks. Ia menjadi sebahagian lipatan kenangan manis hari-hari saya di sekolah rendah.

Sempena 16 Mei ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua bloggers yang bergelar guru mahupun pensyarah.
Segala ilmu bermanfaat yang anda berikan kepada anak-anak murid anda adalah satu amalan jariah yang mendapat pulangan pahala yang berganda-ganda.
Dan kita sebagai ibu bapa juga adalah GURU yang terdekat di dalam mendidik anak-anak kita. Oleh itu, selamat hari GURU juga kepada mama dan papa bloggers, serta semua mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Sunday, May 14, 2006

Hari ibu ke atau hari nenek?

Hehe..hari ni baru rasmi Hari Ibu kat Malaysiakan. Tadi Husna bertanya kat saya, Ummi kalau kakak nak ucap selamat hari ibu kat wan, kena ucap selamat hari neneklah ya? Hahaha…yelah agaknya. Apa pendapat anda? Ke perlu ada sambutan hari Nenek pula???
Si Aiman pula sibuk bertanya apa makna hari Ibu. Yelah, budak 5 thn lebih mana nak faham lagi. Saya bagitau hari untuk meraikan Ibu. Itupun dia tak faham lagi. Akhirnya dia tak bertanya lagi.

Ok…saya nak cerita pasal mak saya. Dia dah berusia 53 tahun. Tapi, muka dia pada saya tak macam 53 tahun. Kalau saya berjalan dengan mak, orang ingatkan saya ni adik mak. Sejak sekolah rendah orang ingat saya adik mak. Sabor jelah. Mak ni penyayang orangnya. Penyabar. Dia mudah ketawa. Hatinya mudah tercuit dengan cerita kelakar. Kalau dia ketawa, senang berjangkit kat orang lain pulak tu, walhal orang yang gelak sama tu tak tau hujung pangkal apa yang mak gelakkan. Biasanya kamilah anak2 mak yang terjangkit gelak tu. Nak tunggu dia abih gelak satu hal pulak. Sampai kami selalu suruh mak stop dulu gelak tu, sebab asal dia nak bercerita jer, gelak dia tak abih lagi, bersambung-sambung. Lagi satu, dia bukan jenis senang angkat tangan ngan anak2. Pantang dia kalau nampak saya nak naik tangan pukul anak2. Wajib dia tegur. Dia kata, kalau nak tegur anak tu tegur je, tapi jangan tangan naik. Sian kat anak.

Mak suka menjahit, membaca, dan menonton. Kalau ada rancangan tv yang menarik hati dia, dia akan segera menelefon saya bertanya kalau2 saya menonton sekian sekian rancangan..hahaha. Kalau saya tak menonton, siap dia bagi synopsis masa tu juga or sambil dia menonton tu dia blh elaborate citer yang sedang ditayangkan tu. Hehehe. Saya pun dah terikut macam dia juga, akan call dia kalau saya tengah menonton rancangan menarik dan menyuruh dia membuka saluran tersebut. Pernah satu hari, tiba2 mak saya called,

Kaklong, kamu tengok tak tv3 sekarang ni?
Kenapa?
Ni ha…WHI tunjuk rakaman wardina dah selamat bersalin.
Ohh…tak tengok. Sbb budak2 ni tengah tgk kartun.

Lepas letak telefon, suami bertanya, mak nak apa? Mak bagitau wardina dah selamat bersalin. Suami tersengih. Bila saya citer kat mak…punyalah dia gelak sebab menantunya tersengih bila tau sebab dia called saya. Macam biasalah, lambat nak berhenti gelak .heheh.

Mak saya surirumah tangga sepenuh masa. Tak sempat nak bekerja, dah kena berkahwin.
Teringat mak pernah cerita dengan kami, masa tu dia tengah basuh kain baju rasanya, tiba-tiba arwah wan bagitau mak yang dia dah ditunangkan. Kata mak, gelap kejap pandangan dia sebab masa tu tengah berkobar2 nak bekerja dan tak mahu bertunang atau berkahwin dulu. Lagipun arwah atuk dan wan orang susah. Jadi hati dia kuat sangat nk membantu mereka. Tapi nak buat camne. Terima ajelah. Oh ya, mak saya ni memang tak reti nak berboyfren boyfren. Lurus kata orang. Kalau pegi dan balik sekolah tu, laju jer mengayuh basikal hinggakan mak pernah terdengar orang mengusik di, hush…lajunya macam kapal terbang.ihiks.

Bila ayah meninggal akibat kemalangan trajik, mak mula belajar berdikari membesarkan kami 6 beradik. Masa tu saya tengah menunggu keputusan tawaran masuk univ. dan bersekolah di ting. 6 bwh sementara, dan adik yg bongsu 5 thn. Asalnya mak tak bekerja langsung, entah macamana selepas kematian ayah jiran tetangga yg mempunyai anak2 bersekolah sama dengan adik2 saya meminta mak menolong menghantar dan mengambil anak2 mereka sekali. Mereka membayar upah. Kiranya dah jadi satu pekerjaan pada mak. Bertahun juga mak buat kerja ni sehinggalah arwah wan (masa tu masih hidup) jatuh sakit dan perlukan perhatian lebih. Mak saya mengambil keputusan utk berhenti melakukan kerja tu. Lagipun, mak dapat bantuan SOCSO setiap bulan dan alhamdulillah kami tidak mempunyai masalah kewangan. Sebab ia termasuk sekali dengan perbelanjaan setiap anak2 yang masih belajar.

Mak juga seorang yang tabah. Mak ketepikan perasaan murung demi meneruskan kehidupan baru kami bila ayah tiada. Dengan bantuan sokongan moral daripada ahli keluarga yang lain, mak mengurus kami adik beradik dengan baik dan saya tahu mak banyak bermunajat dengan Allah mohon diberi kekuatan fizikal dan mental dan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak2nya.

Mak saya ni penggalak semangat anak-anak. Dia tak pernah jemu suruh anak-anaknya rajin2 belajar hingga peringkat tinggi, walaupun dulu dia belajar hingga tamat MCE sahaja. Apatah lagi 5 anak mak adalah perempuan. Mak juga berfikiran terbuka. Dia tak kisah kalau anak2 perempuannya yang belajar hingga menara gading tapi tidak bekerja setelah berumahtangga. Pada dia, tak bekerja tak mengapa, tapi ilmu yang ada tu boleh didik anak2 dan jika apa2 yang terjadi di kemudian hari, dengan ilmu yang ada tu boleh dipakai untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ni, 4 orang anak mak dah habis belajar (no. 1- 4). Saya dan yang no. 2 jadi surirumah tangga. Yang saya suka tu, mak saya jenis tak suka campurtangan hal rmhtangga anak-anak. 2 orang belum berkahwin dan telah bekerja. Tinggal 2 orang lagi masih belajar. Saya kira, bila adik yang bongsu tamat SPM nya lebih kurang 2 tahun yang lalu, maklah paling lega, kerana tugasnya menyekolahkan semua anak2 di peringkat asas dah terlaksana apatah lagi dia seorang balu. Dan kemasukan adik yang bongsu ni ke IPTA lebih menggembirakan hatinya sebab semua anak2nya telah berjaya ke menara gading.

Oleh kerana mak saya seorang balu, dia amat menjaga dirinya. Alhamdulillah, pembawaan dirinya itu membuatkan mak dihormati. Oleh kerana mak tidak bekerja, dia hanya keluar rumah bila perlu. Kalau nak kemana- mana, dia akan ditemani oleh anak2. Susah nak tengok dia keluar sendirian kecuali kalau terpaksa, terutama jika tiada anak2 yang dapat menemankan masa tu ataupun jika ke kedai berdekatan. Jiran2 tetangga perempuan tak takut nak berkawan dengan mak. Jiran tetangga lelaki menghormati mak. Kiranya mak saya bernasib baik di dalam perkara sebegini. Berbanding dengan seorang adik ipar mak yang kematian suami (adik lelaki mak) akibat barah hati, tak sampai beberapa bulan arwah pakcik saya ni dalam kubur, kawan2 mak sedara saya ni ada yang mula memboikot dia siap dengan sms lagi bagitau takut2 dia nak rampas suami mereka pula. Bayangkan, sedihnya dianggap begitu. Walhal dulu mereka berkawan rapat. Kalaulah mereka juga kematian suami, barulah mereka tahu rasanya dianggap begitu pula.Sudahnya, makcik saya ni ambil keputusan berpindah jauh daripada kawasan kejiranannya dan mulakan kehidupan baru di tempat lain.

Saya yakin mak saya gembira dengan kehidupannya kini. Hidup serba sederhana bersama-sama anak cucu. Pernah saya bertanya, tak mahu berkahwin lagi ke? Pantas dia menjawab tidak. Seronok sendirian begini. Nak pergi mana tak perlu nak minta izin sesiapa :). Selagi hayat dikandung badan, saya harap saya dan adik2 sentiasa menjadi anak2 yang menggembirakan hatinya. Mak, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik kak long dan adik-adik dengan baiknya walaupun ayah tidak bersama kita lagi. Halalkan setiap titis air susu badan mak sebagai makanan dan minuman kami semasa bayi dan kecil dulu. Kami doakan mak diberkati dan dilindungi Allah sentiasa. Moga mak sentiasa bahagia dan sihat selalu. Amin. SELAMAT HARI IBU, mak.
Dan kepada ibu mertua saya yang menyayangi dan melayan saya seperti anaknya sendiri. Terima kasih mak kerana menerima kak long dengan baik sebagai menantu dan terima kasih juga kerana mendidik anak lelaki mak menjadi suami yang baik kepada kak long dan anak-anak :)

Friday, May 12, 2006

Tampal gigi

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua bloggers yang meninggal komen ucapan selamat hari Ibu kepada saya. Rasa terharu mendapat ucapan tersebut. Terasa dihargai. Oh ya, berkenaan dengan tarikh Hari Ibu tu, memang mengelirukan sebab ia tak standard utk satu dunia. Saya ingatkan 10 Mei ialah Hari Ibu utk Malaysia. Dan ada negara2 di luar sana menyambutnya pada 14 or 15 Mei. Tak mengapalah, yang penting, hari-hari adalah hari ibu. Sebab kalau tiada ibu, pincang rasanya ahli keluarga, yelah..tukang masak tak de, tukang sapu tak de, tukang basuh pinggan mangkuk tak de, tukang mandikan anak tak de, tukang basuh be*ak dan k*nc*ng anak tak de, tukang mop tak de, tukang lipat dan gosok pakaian tak de..hehe serba serbi tukang kat rmh tu tak de (tapi ada gak bapa2 rajin buat kerja rmh bahkan ada yg lebih outstanding lagi, itu tak dinafikan sebab saya pernah bertemu dengan bapa yang begini :). kecuali yang ada maid tu, tak mengapalah. tapikan, kalau tak de emak kat rumah tu, rasa 'kosong' semacam jer. Macam ada yang tak lengkap. kan ? kan ? kan ?

Saya memohon maaf sebab tak dapat nak membalas satu persatu komen entri sebelum ni semalam (Khamis) sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan secara tiba-tiba. Semuanya kerana gigi nan sebatang...
Pagi semalam saya ke klinik gigi feveret saya sebab gigi geraham bawah pula sakit (entri sebulan lepas pasal gigi geraham atas). Gigi geraham bawah sebelah kiri di bahagian luarnya telah merekah sedikit dan pecah. Asalnya kecil lama2 jadi besar. Asalnya tak sakit, lama2 jadi sakit sebab ia dah merebak ke saraf gigi (pasal saraf ni dr.yg beritahu). Minggu lepasnya dah sakit sekejap dan saya masih boleh bertahan (entri"Mimpi & Muntah"). Sakit gigi tu hilang sehinggalah ia berulang semula pada malam Khamis baru ni.


Di klinik ni, kawasan gigi yang pecah ni dibersihkan dan ditampal sementara. Masa pembersihan yg tak larat tu, bunyi alat tu "zhiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"mengilukan pendengaran saya. Sesekali terasa ngilu bila terkena gusi tu. Doktor kata dia cuba selamatkan gigi ni dulu, tapi kalau saya masih rasa sakit lagi, nampaknya ia terpaksa dibuang. Bila dah ditampal tu, saya terasa sakit semula. Doktor terus bagi saya makan pain killer 2 biji. Habihlah RM 40m++ kat klinik ni. Sebelum balik ke rumah, kami singgah di rumah mak saya sebentar, bank, dan pasaraya. Tiba di rumah tengahari, saya masih bertahan dengan rasa ngilu + sakit kat bahagian tampalan tu. Larat lagi memasak dan sebagainya. Saya makan 2 biji panadol sebab pain killer tidak dibekalkan. Malangnya panadol tu seakan tidak berfungsi langsung. Petang makin lewat, saya hanya membaca komen2 dlm entri blog saya sahaja dan tak larat nak menjengah blog kawan2. Saya yang tak mau bagitau suami awal2 akhirnya mengalah dengan memberitahunya gigi saya masih sakit. Dia offer nak menghantar saya semula ke klinik tu. Saya menolak dan kalau boleh nak bertahan sampai hari ni, Jumaat. Kebetulan pulak klinik gigi tadi tu dah tutup jam 6 ptg lagi.

Menjelang maghrib, sakit makin menguasai diri saya. Kepala rasa terbeban dengan benda berat. Air mata mula mengalir. Saya menangis kat bilik anak. Tak mau suami tahu. Lepas maghrib, sakit makin bertambah. Suami pula sakit kepala dan berbaring lepas solat. Lagilah saya tak mau kacau dia. Saya masuk bilik air, dan tiba2 sakit yang amat2 sangat. Rasa ngilu makin menjadi-jadi.Confirm saya tak boleh tidur malam nanti jika sakit ni berterusan.Saya dah tak tahan. Keluar daripada bilik air, "Bang..sakit!!!" air mata saya berhamburan keluar banyak. Suami terkejut dan terus ajak saya ke klinik. Terus kami bersiap. On the way tu, tak tau nak cakap bengang tak bengangnya kepala otak saya ni sebab menahan sakit. Perasaan masa jalan tu macam kepala menunduk jer, walhal tak pun.

Kami pergi klinik gigi Melayu yang tak pernah saya pergi sebelum ni. Masih dibuka lagi (tutup jam 9 mlm). Menunggu tu lama juga. Sambil tu tengok WAKENABEB, sian pulak tengok si Farid Kamil tu kena perangkap, dahlah member nak exam esoknya. Hehe..lupa kejap sakit kepala ni. Selepas setengah jam menunggu barulah dapat jumpa doktor. Doktor kata tak guna dia bagi pain killer sebab ia tak akan membantu mengurangkan sakit kerana tampalan tu yang menyebabkan saya bertambah sakit kerana ia memberi tekanan pada nanah yang kat bahagian saraf gigi tu. Doktor terpaksa pecahkan tampalan tu.
  • Doktor terpaksa lakukan injection sebab saya merasa sakit sangat. Mula2 dikebaskan area mulut saya. Setelah tu pipi saya diinject. Very gentle the work done, tak rasa sakit pun kecuali terasa macam kena gigit semut sedikit.
  • Doktor pecahkan semula tampalan gigi tu kerana gigi tu wajib dibersihkan semula. Ada satu part tu, aduh...ngilu tok sah cakap, sebab betul2 dia bersihkan kat pin point sakit saya tu. Terasa macam pipi tu melebar ditarik ke tepi. Masa kat klinik gigi pertama tadi tak de pun sakit macam tu. hati saya terdetik,kat area situlah sebenarnya punca kesakitan. Dan saya sempat melihat (masa injection, pecah n bersihkan tu saya pejamkan mata. tak berani buka mata) rupanya ada lagi benda kotor yang tidak sempurna dibersihkan oleh doktor gigi pertama tadi.

Setelah tu, rasa lega sangat kepala saya. Dan consultation kedua pula. Dia dpti kwsn saraf gigi saya terbuka sangat, lagi senang ngilu dan dia cadang utk tampal semula. Dan dia dapati gigi saya masih 50 -50 utk diselamatkan. Setelah ditampal, dia suruh monitor, jika masih sakit, nampaknya sama ada buat root canal atau cabut. kalau tak sakit, boleh buat tampalan kekal. Saya dan suami setuju dengan cadangan doktor tersebut. tapi terfikir gak dalam hati, kopak lagilah duit suami aku malam ni. Yelah, dengan consultation & 2 jenis rawatan (pecah & tampal semula). Agaknya mau 100 inggit lebih kena.

  • Doktor letakkan ubat atas pin point sakit saya tu sebab dia dapati dokt. gigi pertama tu tak letak pun ubat kat situ. Patutnya kena bubuh ubat dulu. Itu yang menyebabkan sakit sangat tu.
  • Dan gigi saya ditampal semula. Lepas ni rasa macam sakit balik, sebab masa dia tanggalkan tampalan pertama, rasa ringan jer balik kepala saya tu. Tapi, doktor bagitau, tak semestinya sakit tu akan berlarutan lama. Dia suruh bertahan dulu. Kalau masih sakit sangat, dia suruh datang lagi cepat.
  • Saya dibekal dengan pain killer tanpa antibiotik sebabnya Alia masih menyusu badan. Kandungan antibiotik tu blh menyebabkan antibodi Alia tak kuat kerana dia masih kecil,terutama masalah limpa or hati yang bakal dia hadapi. Ikutkan antibiotik lagi membantu mengurangkan rasa sakit tu.
  • Tahu bayarannya berapa????? RM 25 SAHAJA !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terkejut saya. Tapi gembira sebab tak 'koyak' wallet suami dibuatnya :). Alhamdulillah, balik tu slowly hilang rasa sakit tapi kebas masih terasa. Rasa macam besar sangat pipi kiri tu dengan bibir terasa bengkak. Walhal tak de pun. Makan pun boleh tapi mengunyah sebelah kanan. Tidur pun nyenyak sampai ke pagi. Oh ya, sebelum tidur tu sempat jenguk blog sendiri lagi...hehehe..tapi tak larat dah nak menjengah blog kawan2 semua kecuali sorang dua jer sebab mula terasa penat dan terasa mamai nak tidur.

Tengahari Jumaat, terasa ngilu semula kat gigi tu. Saya makan pain killer. Dah sahlah, saya tak boleh buat tampalan kekal. Samaada kena root canal atau cabut nanti. Hingga di saat saya menaip entri ni terasa nyut..nyut..nyut ngilu, tapi masih boleh bertahan. Kejap lagi nak makan pain killer semula.

Thursday, May 11, 2006

Terima kasih mak



SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA MAMA BLOGGERS & BAKAL2 IBU

(den nak copek ni...panjang laiy sbonar eiyy..balik nanti den citor panjang.wassalam)

Tuesday, May 09, 2006

Video klip Husna bersukan

Ni saya masukkan video klip Husna bersukan Ahad lalu.

Monday, May 08, 2006

Hari Sukan

Pagi Ahad, kami sekeluarga pergi ke stadium UIA Gombak menghadiri program Hari Sukan Husna. Pihak sekolah menganjurkan di sana. Husna masuk 2 acara, isi air dalam botol berkumpulan dan bawa air dalam belon berkumpulan. Dia ahli rumah hijau. Umminya dulu rumah biru. Umminya yang excited lebih tengok anak bersukan. Pedulikan orang lain dah. Siap melambai2 tangan suruh dia cepat2 isi air dalam botol dan berjalan laju mengepit belon dan membawa beban kecil di kepala. Yeha...grup dia menang dalam acara isi air dalam botol. Frust tul masa dia isi air tu, tak sempat nak rakam gambar dia. Ayahnya p toilet plak. Yang ummi pulak, harap reti pegang jer, tak reti nak on. Tulah sapa suruh tak belajor. Malangnya, grup dia kalah dalam acara kedua tu. Frust betul Husna. Cikgu dia salah beri instruction kat org terakhir. Patutnya blh menang dah. Tapi, kemenangan tu dibatalkan. Tak pelah, tahun depan ada lagi, kami pujuk Husna. At least, dapat satu medal.


Bukan takat saya hepi jer dapat melihat kemenangan Husna, tapi juga terserempak dengan seorang kawan lama masa di kampus dulu. Kak X, dia senior saya dan kami berlainan fakulti. tapi kami berjumpa semasa join projek2 student dalam kampus. Rupa2nya anak2 dia semua bersekolah sama dengan Husna. Dia yang menegur saya dahulu, itupun takut tersalah orang. Yelah hampir 6 atau 7 tahun kami tak bertemu.Last jumpa dulu masa melawat dia di wad bersalin HKL, bersalin anak kedua. Heheh..dah jumpa dia, saya terlupakan Husna sekejap. Biar ayahnya yang pantau lebih..apalah teruknya ummi ni.ahaks. Dalam berbual tu, rupanya dia dah bergelar Datin X. Alhamdulillah, rezeki anak2 kata dia. tapi tak rupa gaya datin...hahaa..sempoi, masih ramah macam dulu2 dan humble yang pastinya. Saya usik, tak pe ke panggil Kak X lagi instead of datin. Dia kata tak pelah..apa salahnya. Sebenarnya, masa kami mula2 berpelukan tu, saya nak menangis pun ada, rindu sangat. sebab dah lama saya cari dia, dan rupanya dia pun mencari saya. kami lost contact. Ha, speechless lah masa tu. Akhirnya kami berpisah lagi. Saya perlu balik awal selepas Husna dapat medal dia. Kemungkinan besar mak saya nak datang rumah sebab area rmh mak tak de air. Yang pasti, kami saling bertukar nombor telefon. Oh ya...hari ni dia dah terbang ke UK, honeymoon katanya. Rezekilah tu. Seronok tengok orang kaya dan ada gelaran ni still be a humble person.

Sabtu malam Ahad, kami ke rumah paklong di Cheras, ada majlis tahlil + makan2 sekali. Hampir saja suami tak dpt pergi sama sebab kereta wat hal pulak. Ada masalah alternator ke menda ntah (tak pakai keta..bute injinlah teman.ihiks). Kalau suami tak dpt pergi, saya dan anak2 akan tumpang kereta adik, AR, yang masih ada kekosongan. Alhamdulillah, sebelum maghrib suami dapat balik daripada bengkel. Saya suka p kenduri kendara sebab inilah peluang nak berkumpul semula. Sebab keluarga kami bukan jenis bertandang antara satu sama lain setiap minggu. So, time camnilah nak berjumpa mereka. Selain tu, time raya puasa, atau kematian atau melawat sedara sakit. Yang Husna dan Aiman tak mo ikutlah asalnya, nak tengok rancangan kartun astro. Budak dua orang tu,nama je kecik lagi, tapi pandai bercakap..tu yang perbualan kami ni sebenarnya stail perbualan orang dewasa. Antara yang saya masih ingat masa duk pujuk memujuk depa supaya pergi;

Ummi...nak tinggal rumahlah. Nak tengok kartun ni. #%$&^@*
Kena ikut, nanti masa kamu mati, bukan kartun2 ni yang datang melawat. Sedara mara tau...
@$%#&**&^$
eh, nantikan kalau ummi dan ayah yang mati dulu. Kamu tinggal dengan sedara mara tau...

Akhirnya mereka mengalah. Hehehe..ikutkan isi perbualan tu masih panjang lagi. tapi 2 ayat saya ni je yang saya masih ingat. saya nak didik mereka yang sedara mara tu penting. Apa2 kesusahan, merekalah yang akan membantu kita. Orang luar, takat mana sangat nak bantu.Mmg tak dinafikan ada sedara mara buat hal dan orang luar lebih appreciate kita. Tapi, selagi kita tak termsuk dalam kes macamni, selagi itu hub. kekeluargaan n sedara mara kena dijaga.


Petang Sabtu, kami panggil tukang baiki tandas datang. Dah berbulan tandas tingkat bawah tu tersumbat gara-gara salah seorang anak saya mandi dan berdiri di atas tandas cangkung tu. Masa tu dia tangan dia tengah licin sebab bersabun dan dia sedang memegang botol syampu badan. Entah macamana terlepas dan terus jatuh ke dalam lubang tandas tu. Style lubang tu pula bukan jenis melengkok, ni terus jauh ke dalam. Nak tarik dengan batang penyapu pun tak sampai. Mula-mula tu kami ingat oklah. Tapi lama2 ia start tersumbat. Kami guna asid utk mencairkan botol tu. Tapi dah lebih 5 botol besar rasanya selama berbulan tu cuba. Boleh bertahan sekejap jer ia tak tersumbat. Lama2 ia tersumbat semula. Kali ni, air langsung tak mo turun dah wlwpun n*j*s tu blh turun dengan mengambil masa sehari dua. Tu yang kami panggil tukang baiki tandas ni. Malangnya dia pun tak boleh nak baiki, katanya lubang kat dalam tu kecil sangat, jd dia tak boleh nak buat apa dah. Dia cadangkan buat semula dan melibatkan pecah memecah tandas tu dan cost around 2k tak salahnya. Suami tak mo terima dulu cadangan tu, nak panggil tukang lain pula. Mana tau orang tu boleh selesaikan masalah ni. Syukur rumah ni ada dua tandas, kalau tak, cari rumah sewa lain dah.

Saturday, May 06, 2006

Pinjam duit

Ummi, X dah bayar dah duit kakak
Yang 2 orang( Y & Z) lagi tu?

Belum
Nanti kakak minta balik dengan dia. Kalau dia tak mahu bayar, nanti cakap dengan dia ummi nak bagitau cikgu sekolah dan ummi nak datang jumpa dia

Ini perbualan kami pagi Sabtu sebelum Husna pergi ke sekolah utk rehearsal sportnya. Masalah utama Husna di sekolah, kawan-kawan dia suka pinjam duit. Dia dengan baik hatinya menolong. Nak menolong tak salah, tapi rasanya macam jadi supplier wang pula. Sebelum ni, setiap hari ayahnya beri RM 1 untuk buat belanja tambahan di sekolah sebab budak2 darjah 1 mmg diwajibkan mengambil pakej makanan (dibayar seawal sesi pendaftaran sekolah) utk sesi kudapan jam 10 pagi dan makan tengahari. Tujuan utama kami masih beri duit belanja;

1. Untuk berbelanja -

i) Husna kuat minum air. Jadi, bekal air yang dibawa cepat habis. Kesian pula kalau dia kehabisan air, takkan nak suruh minum air paip. Terutama jika suami saya datang lambat. Biasanya dia akan beli air kotak atau mineral water (harga makanan n minuman di kantin tu mcm kat luar juga, spt kuih 3 ketul RM 1 & mineral water RM 1. Tak de macam zaman saya sekolah rendah dulu boleh beli air sebungkus 50 sen).

ii) Membeli majalah kanak-kanak - Husna suka membeli majalah kanak2 di sekolah. Pihak sekolah ada jual majalah kanak2 seperti Asuh, Asuh kids yang dijual dgn harga RM 1. Majalah2 ni adalah keluaran edisi lama macam tahun2 sudah. Tu sebab harga murah. Kekadang tu dia beli pensil dsb.

2. Untuk menabung - kami pesan kalau dia tak beli sebarang makanan atau minuman, dia kena simpan duit tu. Dan nampaknya dia begitu seronok menabung bila tak berbelanja di sekolah.

Setakat ni dah 4 orang yang pinjam. Si W adalah kawan pertama yang pinjam duit. Mula2 saya tahu tu, terkejut tapi tak marah sebab W bayar semula. Yelah, bila Husna bagi kawan dia duit, dia sendiri dah tak berduit. Bila saya tanya, kawan yang pinjam dan beli makanan/minuman tu ajak tak Husna makan sekali? dia jawab tidak. Sedihnya saya. Sebab budak-budak ni pinjam bukan 10 sen dua, tapi RM 1 yang suami saya bekalkan setiap hari.

Dan lepas beberapa minggu saya terkejut bila Husna terbuka cerita yang W ada pinjam lagi sehingga berjumlah RM 3 dan tak bayar langsung. Saya marahlah sebab senang2 Husna boleh beri macam tu, tapi Husna bagitau W tu pernah grab duit drp tangan dia bila dia enggan beri. Memang hangin betul saya. Rasa hati nak pergi je ke sekolah dan bersemuka dengan W tu, tapi takdelah nak jerkah2. Nak cakap elok2. Suami pesan jgn masuk campur, itu urusan budak2, minta Husna jer yang settlekan. Akhirnya saya telefon cikgu kelas Husna, cikgu A. Saya bagitau cikgu tu drp A sampai Z. Cikgu A terkejut. Rupanya, kes Husna ni bkn benda baru, ia berlaku juga pada murid lain. Cikgu A berjanji akan buat sesuatu. Dan kepada Husna juga saya suruh sampaikan pesan pada W supaya pulangkan duit tu semula atau saya report cikgu dan jumpa dia. Dan alhamdulillah, W dah bayar semua duit tu. Suami pula dah menambah duit belanja kepada RM 2.

Saya ingatkan tak de dah masalah ni berulang. Kira2 3 minggu lepas, suami saja berseloroh dengan saya di hadapan Husna, lebih kurang ayat dia "Nanti ummi, kita tak payah bagi Husna duit belanja dah. Dia bagi duit kat kawan dia". Saya terkejut. saya pandang marah pada Husna. Baik betul budak nih...tapi dia sendiri tak berduit jadinya. Saya tanya dia betul2. Rupa2nya kali ni 3 orang yang lain pula; X, Y & Z. Masing2 baru pertama kali meminjam daripada Husna. Yang saya terkejut tu dua orang daripada mereka meminjam serentak dengan Husna. Habislah duit belanja dia RM 2 ari tu sebab bagi sorang seringgit. Bila saya tanya kenapa mesti beri ?, dia jawab takut cikgu marah kalau tak beri. Aduh...hangin saya. Saya beritahu dia cikgu mana boleh marah. Kawan2 sbnrnya yang akan kena marah. Kalau cikgu tu marah kakak, nanti ummi yang akan pergi jumpa cikgu tu. Nanti cikgu tu nanti kena marah dengan ummi.

Saya dah pesan Husna beritahu setiap kawannya yang meminjam wang tu supaya bayar kalau tak saya beritahu guru dan saya nak jumpa mereka. So, sekarang ni X dah bayar. Lega rasanya. Dan saya tak ingat, Y atau Z dah bayar sedikit iaitu 20 SEN. Dan salah seorang drp mereka sebenarnya dah bagitau Husna nak bayar dia RM 5, saya kata jangan ambil RM 4 tu. Dia hanya pinjam RM 1, jadi ambil RM 1 sahaja. Jangan lebih2.

Saya bimbang dengan budaya pinjam meminjam ni di kalangan budak2 sekolah rendah. Rupa2nya, bukan anak saya sahaja yg kena, ada juga budak2 lain yang kena. Ada seorang ibu tu bagitahu, pernah dia datang ke sekolah time rehat dan menemankan anaknya makan, tak semena2 datang seorang budak dan cakap, makcik, nak pinjam duit. Terkejut si ibu ni. Bayangkan dengan orang tak dikenali pun dia berani minta. Risau pulak saya lama2 Husna jadi supplier duit kat kengkawan dia. Lepas tu tak fikir nak bayar semula. Hanya bayar bila diminta dan itupun mengambil masa yang lama. Kalau pinjam dan bayar cepat tu boleh diterima juga. Dan risau pulak saya, budak2 yang suka meminjam ni lama2 suka main ugut pula bila tak dapat. Nampaknya, ibu bapa memang kena beri belanja sekolah pada anak2 biarpun ada pakej makanan diberikan, tapi... dah namanya budak, memanglah ada keinginan macam2 nak beli itu ini, naknya lagi bila nampak kengkawan mereka beli makanan tambahan. Saya harap anak2 saya tidak akan berbuat begitu dengan kawan mereka. Cumanya saya terfikir, adakah saya ibu yang terlalu concern dan over protective ke atas anak2 dan patutnya biarkan bab2 duit ni macam itu aje ?

Thursday, May 04, 2006

Hujan & Kerengga

Pagi tadi bangun dengan rasa kesejukan. Malam semalam hujan lebat. Sejak kebelakangan ni, area rumah saya ni hampir setiap hari hujan samaada malam atau pagi atau tengahari atau petang. Saya memang suka hujan. Masalahnya, kesihatan saya sefamili agak terganggu ngan cuaca tak menentu, terutama Alia dan Huda. Kalau dah selsema dan batuk tu, campur pulak ngan hujan memanjang, alamat lambat sembuh, terutama Alia, sampai boleh kena lelah. Kalau tak hujan pulak, matahari membahang hingga ke dalam rumah.

Tak de cerita menarik, cumanya memantau perkembangan Alia sekarang. Dia dah 1 thn 5 bln lebih. Dah banyak benda dan perkara yang dia tahu dan pandai buat. Terkini, zaman dia menyepahkan barang dapur bawak ke ruang tamu. Tahun lepas zaman Huda. tahun ni zaman dia. Suka bawa tupperware ke ruang tamu, kalau rajin dua tiga barang sekali hangkut. nasib baik sikit jer dia bawak ke depan. Dah namanya toddler, lepas main dia tinggalkan gitu aje. Umminya urut dada sajalah. Hangin satu badan pun ya. Selama ni dia perhati jer saya buka n tutup pintu almari tpt simpan plastik beras. Start minggu ni, dia bukak pintu almari tu, gaul2 tangan dlm plastik beras tu. Semalam, dia dapat idea baru. Dia ambil pot beras tu, isi dengan beras dan terkedek2 bawak ke ruang tamu, buat main. Lepas tu habis disepahkan beras tu atas tikar. Kalau ada ayam, habis dah dipatuk2nya tikar tu. Pantang nampak saya ke dapur, dia pun mengikut dan buka pintu almari beras tu. Tadi pun sama juga. Bila saya guna kuasa veto melarang, waaaaaaaaaaaa...satu rumah dia jerit. Distract dia ngan benda lain. Nasib baik dia terlupa beras tu. lagi satu, dia dah pandai pukul kakak dia, Huda (2 thn lbh). Kalau marah dengan Huda..sesuka hati aje dia ketuk kepala kawan tu or tonyoh2 mata kawan tu. Tapi, time berkawan baik tu, gelak ketawa mcm dia yang punya rmh tu. Time mood Huda baik, dia suapkan Alia makan. Time Alia ada mood, mulut saya dia sumbatkan segala jenis makanan yg dia pegang. pandai pulak memaksa kita nganga..aduh. La ni, semua benda dia nak buat sendiri, itu yang payah. Yang best tu, sejak 2 minggu lepas dia dah pandai panggil mak atau ummi. Ayah, dia belum pandai panggil. Kalau kita panggil, dia akan jawab "apa?". Perkataan pertama dia "Nak".

Ni kisah Aiman pulak. semalam, masa di tadika, dia letakkan bekas cermin matanya atas meja. Tapi kawannya ambil, lepas tu diletakkannya atas lantai. Tak pasal2 ada yang terpijak bingkai cermin matanya tu. Dah senget kawan tu. Terpaksalah suami saya tolong betulkan...frust jugak kami.yelah, dah larilah sikit kedudukan bingkai tu, blh buatkan kepala pening sbb dah tak betul. Saya telefon guru besarnya minta guru kelas Aiman tolong simpankan cermin matanya. Rupa2nya kat tadika tu mmg ada beg sekolah masing2 (Aiman tak perlu bawak balik rmh buku2 sekolah n segala peralatannya, tinggal di sekolah saja. kiranya dia melengganglah ke sekolah. Tahun lepas belum ada lagi disediakan beg sekolah ni, sebab Husna tak dapat pun) dan cikgunya dah pesan Aiman masukkan dalam beg sebab dia bawa jer bekas cermin mata tu ke hulu dan ke hilir, tapi Aiman tak mau, dia takut saya marah. Adus..saya pulak dpt nama. Yang saya pesan, jgn bagi kawan2 buat main sebab ia bkn barang permainan. Tp cikgu tu janji akan tolong tengok2kan hal Aiman ni.

Semalam, Husna mengadu dengan saya, ada kawan sekelasnya yang duduk di meja hadapan suka meletakkan bukunya atas meja Husna, tapi dia melarang Husna meletakkan bukunya di atas meja dia pula. Kadang2 , budak tu sengaja menolak kasar buku atas meja tu hingga terkena kuat pada dada Husna. Saya yang dengar pun angin jadinya. Kita hantar anak ke sekolah dengan harapan anak tu dapat belajar dengan baik dan mempunyai kawan2 yang bagus, tapi bila dengar cerita2 begini, hati jadi tak seronok. Saya pesan dengan Husna, tak usah rapat2 sangat dengan dia. Dan suruh Husna bagitau dengan budak tu, jgn lagi letak buku atas meja dia sesuka hati kalau dia tak suka orang letakkan barang atas mejanya. Sebenarnya, patutkah saya suruh Husna jangan rapat sangat dengan budak tu sebab ada kecenderungan budak tu suka menguasai orang lain hinggakan dia boleh berlaku kasar dengan sesuka hati? (Apa pendapat anda?, terutama yang dah ada anak2 yang bersekolah menengah tu)

Selain hal anak2, ada masalah baru pula timbul. Ini terjadi semalam juga. Kerengga dah mula masuk ke dalam rumah saya!!! Terkejut saya bila tengok banyak kerengga atas meja makan. Hampir dua tahun saya menyewa rumah ni, inilah kali pertama kerengga masuk ke dalam rumah saya. Aduh...kaget saya dibuatnya. Maklumlah, anak ramai dan gigitan kerengga ni bisa pulak. Risaukan kulit anak2 tu digigitnya. Dan lepas maghrib ni, Aiman berlari2 naik ke bilik bagitahu saya ada semut besar masuk rumah. Saya segera turun. Mak aiii..sesuka hatinya mak dan bapak kerengga lalu lalang atas simen rumah saya, macam itu sarang dia. Atas meja lagi...aduh...angin saya jadinya. Cepat-cepat saya sembur dengan racun serangga dan mop lantai. Boleh sesiapa share dengan saya apa faktor penyebab kerengga2 ni masuk ke rumah saya? adakah kerana kekerapan hujan menyebabkan ia mula naik sebab sarang2nya dah mula lembap dan sejuk sentiasa macam dipasang aircond? Apa yang perlu saya lakukan agar kumpulan kerengga ini berkecil hati dan merajuk dengan saya sehingga mereka tidak mahu lagi menjejakkan kaki atau menghantar sanak saudara mereka masuk ke rumah saya? Cukuplah semut2 api yang rajin masuk rumah saya sejak kebelakangan ni. Pernah satu malam, kami nak masuk pagar rumah. Anak2 saya semua berdiri di pagar tu, tanpa sedar semut api di situ. Tiba2 sorang sorang anak saya menjerit kesakitan dan menangis2. Melompat2 mereka jadinya. Aduh..rupanya terlalu banyak dan saya terpandang di atas jalan tu sebungkus makanan terbuang tak jauh daripada pagar saya. Hati saya mula marah. Sapa punya sampahlah ni. Lepas 20 minit lebih kurang, kesan gigitan membengkak dan Huda paling teruk sampai bengkak2 mukanya. Kenalah ke klinik mengambil ubat. Dan bila kerengga ni masuk pula, lagilah saya bimbang.

Dan petang ni, hujan lebat lagi. Sejuk lagi malam ni.

**************************************************************
Update:

Jam 12.53 tengah malam. Saya baru saja masuk ke rumah dalam 10 minit yang lalu. Bawa Alia ke klinik panel 24 jam. Buat nebulizer. Baru saja saya sebut dalam entri ni ttg bimbang lelah dia datang semula dek cuaca tak menentu ni. Lepas saja saya sent entri ni, saya dapati cara pernafasan Alia agak 'berat' dan mula keluarkan bunyi. Bila doktor checked, mmg tepat agakan saya, dah mula ada bunyi. Jadi kami setuju terus buat nebulizer. Alhamdulillah, dia tak melalak macam selalu. Cool aje. Siap ayahnya amik gambar lagi nak distract dia drp menangis. Terkejut gak bila doktor bagitau dia ada demam sikit. Tak nampak gaya demam pun. Lasak adalah. Balik tu adalah 5 jenis ubat Alia sahaja yang doktor bekalkan; ubat batuk, ubat alahan, ubat cegah lelah(dlmnya campur sekali dengan ubat selsema), ubat lelah & antibiotik. Sian, kecik2 dah macam2 jenis ubat kena telan. Oklah. Nak masuk beradu pulak. Hai mimpi apa pula saya malam ni???