Hmm..sejak dua tiga hari ni badan letih semacam. tak cukup rehat. semuanya bermula awal pagi Isnin.
IsninJam 1 pagi lebih baru dapat tidur. Alia dan Huda punyalah pulun main tak mau tidur. Masa tu, nampak tanda2 Alia semput. Asalnya tak de pun selsema dan batuk berkahak (dia mmg pantang ngan dua perkara ni). Cuma mungkin masa kenduri kawin hari Sabtu tu dia minum air sejuk banyak. Hari Ahad dah dengar suara batuk sikit. Jam 4 pagi lebih, pergi ke klinik panel 24 jam. Alia tak leh tidur nyenyak, menjerit2. Lemas agaknya tak leh bernafas ngan selesa. Syukurnya dia diam jer masa wat nebulizer tu, kalau tak, satu klinik bergema ngan jeritan dia.
Jam 5 pagi lbh sikit, sampai di rumah. Dah alang kepalang pagi ni, terus berjaga..cik abe pun sama. Siap2kan apa yg patut utk anak2 nak p sekolah n abe nak poey kojo. Jam 7 pagi lebih, mata dah mula berat. Alia masih tak mau tidur. Agaknya dia masih tak berapa selesa lagi. Bagi dia makan ubat dulu. Cik abe n anak2 dah keluar. Teringat nak semak keje tesis, kena masukkan muka surat baru (abstract in arabic)..adeii renyah tul. Sambil duk membetulkan semula mukasurat yg dah berubah dan printed it out, sambil tu tersengguk sengguk depan pc..ngantuknya Ya Allah.Nak kena siapkan jugak..tak leh tangguh. Selasa nak antor. Sempat gak posted entri pasal pencuri wang hantaran tu. Masukkan Alia dalam buaian. Selesai sidai baju, baru letakkan kepala. punyalah nyenyak tidur hinggalah suami called drp ofis mintak tolong sikit. Lepas tu, terus jaga n sambung wat keje rmh, blogging n emailing. Tapi badan tu penat sangat rasanya. Malas nak curi tidur dah.
Selasa
Jam 1 pagi lebih, pegi lagi ke klinik. Alia kena lelah lagi. wat lagi nebulizer. syukur dia tak menangis. tapi, masa masuk bilik rawatan kedua tu, dia merengek, mcm dah kenal tempat tu, yelah, wat neb. kat bilik ni. Ngantuk tok sah kira. Balik tu, jam 2 pagi lebih baru dpt tidur. Bangun pagi utk siapkan anak2..letih dan sakit badan tak leh nak cakap. Bersambung2 penat sejak pagi Isnin semalam. Tapi tak leh nak tidur gak. Cik abe antor anak2 p sekolah dulu, pas tu dia balik semula amik saya dan 2 sengkenit ni pg ke kampus. Saya nak antor soft copy thesis ni. Cik abe ada meeting lak, kenalah saya hangkut dua kecik ni p k sana sini, kalau tak tu mmg depa duduk kat bilik cik abe, dia tolong jaga sat.
Mula2 p ke kedai fotostat kat dlm kampus tu, minta depa bukak balik comb binding tu, keluarkan pages lama dan masukkan pages baru. Selesai semua tu, dukung si Alia ke kulliyyah dan pegang si Huda berjalan kaki. Beratnya beban..dukung Alia, sandang beg yg penuh ngan 3 salinan soft binding tu, sandang satu beg diaper anak2 n sandang satu sling hand bag saya. Adalah 3 beg bersandang di bahu ni. Plus dukung Alia. Rasa nak rebeh bahu. Sampai ke ofis kulliyyah tu, saya serahkan keje saya. Fuh...lega sangat. Kali ni rasa 'smooth' jer masa submit tesis tu. yelah, dah complete keje. berbanding masa antor kali pertama dulu, rasa tak sedap hati, nak nangis pun ada..entah kenapa. rupa2nya, keje tak siap lagi, sbb tak masukkan abstract dlm b.arab..sabor jelah. dah wajib rupanya. ingatkan cukup jer ngan dlm b.inggeris tu.dah kena amik balik utk dibaiki. Ringan dah satu beban beg. Dah sudah tu, saya bawak anak2 p k kafetaria, depa tak sempat makan lagi, sbb bangun tidur tu, terus mandi dan keluar ke kampus. Lepas tu, saya tunggu suami kat masjid, on the way ke masjid tu, mmg saya suruh Alia berjalan..sungguhlah letihnya melayan budak 1 thn lebih jalan terkedek2 nak ke masjid tu, bknnya jarak yg dekat bagi kanak2 ..tapi mmg nak suruh dia rajin berjalan, jgn nak dukung jer. Separuh jalan, baru teringat, dia baru wat neb. sbb lelah, kang kok penat, dtg balik lelah dia. Kenalah dukung semula. Dlm masjid, terlelap ngan Alia sekali. Huda leka bermain. Suami called ajak balik. Masa tu jam 11 pagi lbh.
Kami balik tu, terus ke Low Yat Plaza, suami nak dptkan quotation barang komputer bagi department dia. Suami tak hantar kami balik dulu, sbbnya nak kejar masa. Dlm keta, cuba sambung tidur. Tak mau pulak.Penatnya lagi.Kat sana, adalah dlm dua jam kami spent masa. Masa ni baru nampak karakter terbaru Alia, dia tak betah lama2 ..mudah bosan, siap lembikkan badan tak mau jalan, nak berdukung.sabor jelah. sesuka hati nak menangis kat public mcm huda. lepas tu, bila dilepaskan sesuka hati dia jer nak ke sana ke mari, mmg takleh nak stay still cam abg n kakak2nya.
Balik tu, terus ke sekolah Husna n sekolah Aiman. Dah nak sampai rmh, huda pulak buat hal..menangis2..geram tul..mmg berasap badan saya dibuatnya. kita marah, lagi dia jerit. At last, menitik air mata saya. tak tau nape, mungkin sebab terlalu penat, pas tu gastrik tiba2 dtg, campur ngan kerenah Huda lagi. Suami stop beli makanan. Saya pun keluar gak, Huda menangis lagi..saya panggil dia keluar kereta dan dukung sekali.tak de mood nak marah dah masa tu. Rupa2nya dia nak bergayut ngan saya, punyalah berat budak dua tahun lebih ni. Nasib baik masa tu Alia tak marah, biasanya dia jeles tengok kakak dia melekat ngan saya.
Sampai rmh, buat apa yang patut. Dah jam 5 lbh tu, suami keluar semula p kelas. Saya mandikan Alia n Huda dan tidurkan Alia. Huda pandai tidur sendiri. Saya pun bersihkan diri n tidur. Terjaga time maghrib. Sakit badan n penat tak tau nak kata. Mak telefon bagitau adik sepupu, Z masuk icu. Hah????
Rabu
Rabu pagi ni, tak kalut cam biasa. Tunggu mak call sbb saya nak teman mak p KL atas urusan rasmi (ikutkan penat badan tak abih ni, mau jer nak mintak mak tangguh hari khamis, tapi tak sampai hati pulak). Suami tak dapat nak antar. Cam biasa, mak datang k rmh naik teksi dan kami terus ke Terminal LRT Gombak. Masa ni jam 11 pagi lebih. Alia dan Huda mcm biasa jugak excited nak berjalan.Tpt urusan tu terletak slps 2 blok bangunan sebelah stesen LRT Putra Masjid Jamek. Lepas urusan rasmi tu, kami terus naik teksi p HKL, turun kat jabatan neourologi p k wad icu. mak dan saya bergilir naik, sbb tghari budak2 tak leh dibawa naik.
Bila turn saya masuk wad icu tu (inilah kalau blh saya nak elakkan, tpt pesakit2 kronik). Allah, sesak dada saya melihat keadaan Z. Bergantung pada oksigen, ada saluran wayar putih halus masuk ikut hidung utk laluan minumannya, dan kepala bercukur sebelah ditutup dengan kain putih.dua tangannya berikat di tepi katil. Dalam keadaan tidur tu, dia masih meronta perlahan. kesakitan. Punyalah sejuk aircond kat katil dia. camnerlah dia ngan sejuk dan sakit tu dpt bertahan.
Rupanya, ini kesan sampingan yg Z alami selepas kemalangan motor 2 thn lepas. KUat tak kuatnya accident dia tu sampai patah kaki dan helmet pecah. Jadi, kepala dia terhentak kuat. Masalahnya pada masa tu, pihak UH tak buat scan kepala dia. Dan dia sendiri rasa ok. Tapi, lately ni dia kuat mengadu pening dan sakit kepala. Mummy dia ingat dia kena darah tinggi. Hinggalah saya diberitahu 4 hari sebelumnya dia terlalu kerap sakit kepala dan kemuncak pagi kelmarin bila dia terjerit2 mengadu sakit. Isterinya bawa dia ke hospital, dan doktor terus tahan utk rawatan lanjut.
Doktor dapati ada darah beku kat dlm kepala dia, tak salahnya dlm tempurung kepala tapi di luar otak. Tapi, darah beku tu dah pecah (tak tau camner blh pecah) dan dah merebak ke dlm kepala. Apa yg doktor buat sekarang, doktor tebuk sikit kepala dia dan sedut darah tu keluar. Kena monitor dlm 3 hari ni. kalau tak de apa2 perubahan jugak, nampaknya major operation kena buat. Dek kerana Z terlalu sakit, masa sblm tebuk kepala tu, doktor terpaksa tidurkan dia dulu. Bayangkan, dia duk tidur tu pun masih meronta2 kesakitan. Kalua dia jaga, tak taulah macamana dia jerit kesakitan. Dah meronta tu, kenalah diikat dua belah tangannya. Kata Mummy Z, masa hari pertama tu, dia tak diikat.punyalah lasak. Tangan nak terjatuhlah, bdan tak luruslah. Bagi tau nurse, depa terpaksa ikat. Sian, nak wat camner. tak mustahil dia blh jatuh katil kalau tak diikat tu.Nampak lebam kat area lengan tu, campur pulak ngan asyik diamik darah jer.
Masa saya tiba tu, mmg dia masih tak sedarkan diri lagi..saya cuba tahan air mata drp tumpah walaupun dah sebak sangat tgk dia. Tapi bila tgk dia meronta2 mcm nak lepaskan diri, kejap usik sana usik sini kat anggota badan dia. Saya hampir menutup muka tak sampai hati melihat dia. Mengalir gak air mata saya akhirnya(mcm kepala pili rosak). Sempat saya bisik kat telinga dia zikir banyak2 dlm hati (taktaulah dia dengar atau tidak) Ya Shafi (Wahai yang Maha Menyembuh), Ya Qawwiyu (Yang Maha Kuat) dan istigfar banyak2. Terpikir gak,mcmanalah kalau suami saya kat tmpt yang sama. Na'uzubillah. Muda lagi dia ni, baru 30 thn. Saya lebih tua. Tapi... dah kena ujian camni, ngan kepala bertebuknya. Dlm masa yg sama dia ni ada penyakit kencing manis dan doktor baru bagitau, buah pinggang dia tak berfungsi elok (tak tau sebelah or both kidneys). Malam tadi, mak sedara saya p ziarah, dia kata keadaan Z masih sama, tak sedarkan diri tapi mula mengerang kesakitan dan macam nak pegang2 kepala dia. Agaknya kalau dia tak diikat, mau dia godek2 kepalanya yg bertebuk tu.
Isteri Z, M ? Ya ALlah..kagum saya tgk dia cool. Masih mampu tersenyum. Dalam hati?? sapa yang tahukan. Kalau saya, merah memanjang jerlah mata tu dek menangis. Tak tau camner nak tolong M tu, selain bagi moral support dengan kata2 perangsang. Dia masih tak dpt cuti lagi. Maybe Jumaat ni dia mula bercuti. Nak tidur kat dlm ICU tu tak leh, kena duduk kat luar kaki lima tulah..tak selesakan. tempat org lalu lalang. Anak2 Z? dua org, tak sampai 5 thn lagi umur masing2. Sian, anak2 kecik lagi dan M kena pikul tanggungjawab bekerja, jaga anak2 dan suami di hospital. Bak kata nenek Z, si M ni dah jadi macam lelaki kena wat itu ini. Saya berdoa agar Z blh sembuh segera memandangkan Doktor kata setakat ni tak de komplikasi lain selain dia kena demam panas tu. Oh ya, area katil dia terlalu sejuk tu sbb aircond. Doktor pasangkan aircond kuat supaya suhu badan dia cepat turun.
Situasi dlm icu tu, kecik aje biliknya, ada 6 katil tak salahnya. Bila saya tgk pesakit kecil sebelah Z, lagilah teruk. M bagitau budak tu kena ketumbuhan dalam kepala.Padanlah berbungkus kepala budak tu. Agaknya baru lepas operation. Masih tak sedarkan diri dengan kedua matanya di plasterkan drp terbuka. KEsian tgk mak budak tu, nampak keletihan sangat drp air muka dia..Matanya? mmg nampak baru lepas menangis dan nampak letih. Bila saya comparekan keadaan Z dan budak tu, rupanya Z tak seteruk mana. Saya bisik kat M, ada orang lebih teruk drp Z dan bersyukur sebab tak kena macam budak tu. M tersenyum dan mengangguk.
BEnda2 macam ni buat saya terfikir..hari2 kena ucap Alhamdulillah sebab kita diberi nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang murah, ahli keluarga yang sihat.