Monday, February 27, 2006

Sup ayam lebur

Pagi Ahad semalam pegi ke MAKA (Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik) 2005 sek. Husna. Tapi, tak semangat betul nak pegi. Awalnya saya excited sangat nak pg, dah janji ngan Husna. Semangat tu hilang pagi semalamlah, bila Alia tak boleh tidur nyenyak malam tu, kejap2 dia nangis dan terjaga...entah apa yg tak kena tak taulah...setiap sejam saya terjaga. Hinggalah akhirnya saya dpt tidur nyenyak 2 jam jer rasanya. Itupun bila terjaga, pening kepala. Ni intro migrain sayalah. Rasa nak cancell jer, tapi kasihan pulak Husna. Patutnya sampai 8.15 pagi, tapi kami sampai lbh krg 9.15 pagi. Masa tu Pengerusi sek. tengah beri ucapan. Auditorium kecil, terpaksa berdiri kejap hinggalah ada tpt duduk kosong. Lepas tu persembahan bermula, dengan lagu sekolah, nasyid, sajak, dikir barat. Bila nak masuk pentomin, saya dah tak tahan, kepala pening sangat dan loya. Confirm migrain saya datang. Rasa nak cari bantal jer ni. Saya panggil Husna,
Husna, kepala umi pening dan nak muntah ni. Boleh tak kita balik? sorrylah...
Husna menggangguk. Syukur dia faham.
Pegi cakap kat ayah,
Husna beritahu ayahnya. Ikut saja suami saya. Dia pun sebenarnya malas nak attend, cuma fikirkan saya beria ajak. Awal2 dia bagitau saya, bukan Husna yg terima hadiah, baru darjah satu tahun ni.
Tu masa saya membelek isi kandung buku cenderamata, saya tengok senarai nama pelajar cemerlang bagi setiap darjah dan tingkatan, serta subjek terbaik. Mata saya tertangkap pada satu nama tu, banyak hadiah dia dapat. Segera saya tunjukkan pada Husna yg duduk sebelah saya,
Kakak, kalau kakak nak banyak dapat hadiah tahun depan, kakak kena belajar sungguh2.
dia menggangguk.
Masa kami nak keluar aditorium tu, saya tanya Husna lagi
Kakak, tak perkan? Kakak pun dah tengok latihan ni aritukan?
Husna menggangguk, sebab hari Jumaat ari tu dia bagitau semua pelajar kena pergi tgk rehearsal.
Kiranya, hanya sejam lebih saja kami berada di sana. On the way balik ke rumah, kami singgah makan. Saya ni paksakan diri bertahan sebab dah tak tahan sangat sakit kepala.
Sampai rumah, saya bawak Alia naik ke bilik dan tidur. Dalam 2 jam jugaklah saya tidur hinggalah saya terjaga..masa tu jam 12 lebih. Tapi, saya rasa badan lain macam dan panas. Ya Allah, demamlah pulak...

Saya pun panggil Husna, minta tolong dia ambilkan ubat demam dan air. Masa dia turun semula, terdengar dia cakap dengan suami.."umi demam"
Lepas tu terdengar suami saya pesan kat anak2 "jangan bising". sebab dia tau pantang saya kalau tengah sakit kepala anak2 bertekak.
Ingatkan nak landing lama lagi kat bilik, tapi sebab alia dah terjaga..perlahan saya bawak dia turun ke bawah. Ayahnya pun tengah baring tonton tv (mmg susah nak tgk suami saja2 nak menonton tv). Suami memandang ke arah saya,
Tulah..orang ajak rest kat rumah hari ni tak nak
sempat lagi dia usik saya. Diam jerlah..tak de mood nak balas.
Saya baring kat ruang tamu, biarkan anak2 main sendiri..Alia, alhamdulillah tak meragam. Mcm biasa, tak leh tgk saya baring dia mesti tagih hak dia.Risau gak nak bagi dia menyusu, takut berjangkit demam. Tak perlah, tawakal jer.
Bila dah rasa kebah sikit demam. Saya ke dapur. Terasa nak masak pulak. Sebelum tu suami dah pesan jangan masak apa2. Nasib baik masa kami balik drp restoran tu ada lah bawak balik bekal sikit. Kiranya anak2 dah makan ngan ayahnya lagi masa saya tengah tidur tu. Tapi, nak jugak hati ni memasak. Suami masa tu dah tertidur. At last saya wat sup ayam lebur (tak de tumis2..semua campak2..pas tu suami komen, mcm kurang kick jer sup ni..saya kata, sorry la..lebur2 je -ntah mana pktn ni muncul tak taula-, tak larat nak tumis2). Pas tu, sempat saya masukkan kain kotor dalam mesin basuh, basuh pinggan.
Lepas tu, rasa demam datang balik. Saya baring balik. Alia terberak, suami tolong basuh. Tak perlah beramal jariah ngan isteri sakit. Rasa nak tidur, tapi mata tu tak mau pejam. Pas tu, rasa kebah balik. Saya bangun ke dapur lagi..tergerak pulak nak wat bubur kacang ngan kuih kacang. Saya pun buatlah...lepas tu, saya baring balik. Suami tak leh nak kata apa..sebab dia tau saya nak buat, saya buat juga. Pas tu, saya baring balik.
Malam tu suami offer, nak p klinik atau tidak. saya kata tak yah. sebab ubat demam ada lagi. Malam tu, beli makanan luar jer.fast food. burger. anak2 pun tak kisah.
Awal pagi isnin, saya terjaga daripada tidur. rasa sejuk semacam.saya tau badan saya panas dalam. lepas tu tekak perit sangat..oh sudah, ni tandanya tekak dah merah ni..alamat, bertambah teruklah demam saya. cepat2 saya selongkar peti ais, kot kot jumpa ubat sakit tekak hisap. alhamdulillah jumpa. lega kejap. sambung tidur balik kejap sebelum terjaga nak siapkan anak2 ke sekolah. Alhamdulillah, saya bangun pagi tu, mmg terasa demam lagi..tapi ada kekuatan nak siapkan sarapan simple utk anak2. Lepas depa p sekolah, saya pun sambung tidur balik, demam lagi nih. Hai..siap bertepeklah kat dahi saya ngan bye bye fever anak. Alia dan Huda masih tidur lagi..siap saya masukkan dalam buaian masing2.

Sunday, February 26, 2006

Electro cardiogram

Petang Sabtu, saya balik k rumah mak. Minggu ni tak dpt balik rmh mertua sbb Ahad pagi - tgh Husna kena attend program sekolah dia. Masa duk menonton, saya terasa badan tu semacam, letih satu hal,pas tu berdebar dada dan berderau je. Lewat petang baru suami sampai semula rmh mak lepas balik drp bengkel. Siap dia beli mirinda oren dan pepsi. Saya pun minumlah secawan dua utk setiap perasa tu. nikmat betul rasa. Tapi, masa tgh makan malam,lbh krg jam 8 lbh, tiba2 saya rasa 'lemas'...dada 'ketat' semacam. Rasa susah nak bernafas. Saya ni jenis panik sikit. Cepat saya cakap kat suami yg tgh sedap makan tu
Rasa susah nak bernafas. Lemas.
saya cepat2 basuh tangan..badan dah rasa lain macam. Bernafas pun mcm kelam kabut.lemas rasanya. Suami tgk keadaan saya, dia terus bangun basuh tangan. saya tau dia nak bawa saya p klinik. Cepat saya bersiap. Anak2 tinggal dengan mak.
On the way ke kereta, saya rasa macam tak bermaya nak jalan. Dalam kereta, suami pasang aircond, saya rasa lemas...cepat2 dia suruh saya bukak tingkap. Saya makin mencungap..suami suruh baca al-falaq dan sambil drive dia tolong urut belakang saya. Entah kenapa, saya terfikir, eh...nak mati ke malam ni? Saya takut kot2 syaitan menyerupai ahli keluarga yg dah mati dtg menggoda iman saya, dah tak leh mengucap. na'uzubillah. boleh ke saya mengucap?tak putus zikir saya..takut2 mati tak sempat mengucap pulak.
masa menunggu nak jumpa doktor, saya terfikir lagi...buatnya saya mati malam ni, sian kat suami, saya tinggalkan dia beban 4 anak yg masih kecil.Hampir saya nak cakap ngan suami mohon ampun dan maaf kalau saya mati malam ni. tapi tak terkeluar pula. entah nape, laju jer air mata saya keluar. Tapi suami tak perasan.

Masuk jumpa doktor, dia check tekanan darah saya, ok. alhamdulillah. Pas tu, dia kata nak check keadaan jantung saya. Pulak. Debar gak. Masa baring tu atas katil tu, saya rasa tak blh bernafas..cepat2 doktor tinggikan sikit bhgian kepala katil. Dlm masa yang sama..saya uk ak uk ak (keluar angin)
Angin awak banyak ni
Tersengih saya. rasa mual pun ye. masa sblm keluar ke klinik tadi, sempat saya muntah sikit.
Masa nak baring atas katil tu, saya sempat tanya doktor,
kalau saya ada masalah jantung, lepas ni apa doktor?
kena ke hospitallahlah
(terus teringat anak2 kat rmh tu..ngan husna n aiman yg bersekolah, alia n huda yg masih kecik.. Sedih tiba2)
Apa nama dia doktor (maksud saya ujian jantung ni)
ETG.
CTG?
(dua kali saya tanya, sbb tak berapa jelas)
ETG...elektro cardiogram. Cardia tu maknanya jantung.
(pktn cardia tu buat saya tersengih tiba2 )
macam loghat kedah pulak doktor
apa dia?

yelah, cardiak tu..mcm org kedah panggil kadir, bunyinya kadiak (itu pendapat saya lah..hehehe)
(spontan doktor tu tergelak )
la..tak terpikir pulak saya
Doktor tu menyepit kat dua2 pergelangan kaki dan tangan saya dengan alat pengepit yg berpenebat..lps tu, setiap alat penebat tu ada wayar2 yg disambungkan dengan bebola getah yg dilekatkan di area dada saya. Hmm..merasalah berselirat wayar kat dada tu macam biasa tgk kat televisyen. Saya kena tanggalkan barang kemas yang ada. Sempat saya tanya doktor.
Kalau tak tanggal doktor, kena renjatan ke?
(tersengih doktor tu)
Lama tak doktor?
taklah..dalam sepuluh minit..nak pasang alat ni yang lama, nak ambil bacaannya kejap jer.
(saya tanya tu sbb risau kot makan berjam-jam lamanya)
Doktor pun mulakan ujian, keluarlah kertas panjang daripada satu alat perakam bacaan jantung (alah, mcm buat ujian ctg baby time nak bersalin tuh)..saya sempat mengerling kat kertas panjang tu..nampak cantik jer pattern dia yg keluar. Doktor pun nampak puas hati.
Lepas tu dia stop.
Tak de apa2
Allahu Akbar (itulah yg terkeluar drp mulut saya. Rasa cerah dunia tiba2).
Lepas tu Doktor check perut saya...apalagi..berbunyi2..
Ya Allah..banyaknya angin
(tersengih saya)
Saya memang banyak angin doktor.
Balik tu, saya hanya dibekalkan dengan ubat ANGIN sahaja.
Apapun, alhamdulillah kerana saya sihat walafiat, cuma kena jaga dengan masalah gastrik saya jer. Terfikir orang yang kena jalani rawatan jantung, duduk kat wad..tinggal anak2..ya Allah, tak sanggup saya hadapi ujian camtu. Apapun saya tau, ni warning daripada Allah gak ni, supaya makan tu berhati2..jgn ikut sedap jer..

Saturday, February 25, 2006

Kerenah anak-anak

Teringat masa Husna balik sekolah petang semalam, saya perasan muka dia tak ceria kat pintu pagar lagi. Aiman, macam biasa kat luar pagar dah jerit "umi..umi".
Saya tanya Husna masa di muka pintu,"Kakak kenapa?" dia menggeleng. Saya diam, tapi tau dia sembunyikan sesuatu. Kemudian suami pun masuk. Perlahan dia cakap dengan saya supaya pesan dengan Husna, time balik tunggu kat tmpt biasa dan jangan merayau-rayau. Taulah saya punca Husna tak ceria, mesti kena tegur ngan ayahnya dalam kereta.
Saya siapkan air dan goreng keropok. Huda n Alia tidur masa tu, ngantuk sangat lepas makan ubat masing-masing. Macam biasa, saya suruh anak2 basuh tangan sebelum makan. Masa Husna datang ke meja makan nak ambil air, saya tanya dia,
kakak tadi tunggu ayah kat mana?
kat kantin
kenapa tak tunggu tempat biasa? penat ayah cari...lain kali kakak jangan buat mcm tu. Kakak kena tunggu tempat biasa. Jangan menyusahkan orang,
Dia diam jer.
Saya terus ke dapur, tak lama kemudian Husna berlari2 datang kat saya
umi..gigi kakak berdarah. Allah, banyaknya darah. Gigi susu atasnya dah kuat bergoyang, tinggal nak tanggal jer. Saya suruh dia amik tisu..loya gak tekak tengok darah banyak tu.Saya suruh dia goyangkan perlahan2, tapi jangan dipaksa cabut.
Lepas tu Husna ke depan semula, tiba2 terdengar Husna dan aiman bertekak, mcm biasa nak tgk channel kartun masing2...alahai, mulalah nak menguji kesabaran saya ni. Aiman datang pada saya,
Umi,Aiman nak tengok Dexter...kakak nak tgk Bananas in Pyjamas..asyik tengok dia punya jer.
saya cuba slow talk. Husna datang,
kartun tu ulangan malam tadi. kakak tak tengok, kakak dah tidur malam tadi (betul pun dia tidur cepat, sebab merajuk!!!)
Aiman, bila ulangan dexter?
ala..lambat lagi..
kakak nak tengok ulangan tu. malam tadi dia tak tengok. aiman mengalahlah(sbb akan ada ulangannya). senyap. Aiman masih dengan Dexter nya tu.
Tak lama lepas tu, dengar suara Husna menangis kuat sambil terbatuk2 daripada bilik atas..datang dah angin kus-kus dia tuh...tapi saya tengah tak de mood nak layan kerenah dia, biarkan jer. kalau tak tu, mmg vol. saya naiklah kalau 1st time tegur tak nak dengar.
kenapa dengan husna tu,sampai terbatuk2? Pegilah tengok"tanya suami tiba2.Dia tengah siapkan keje dpn pc.
Tak de apa, mmg dia biasa buat camtu. mengada2 (mmg itu trademark dia, saya dah biasa mengadap style dia tu, malas nak layan. Ayahnya first time dengar, terkejutlah)
Aiman, naik atas cakap dengan kakak,jgn nangis camtu, nanti ayah marah, pesan saya pd aiman. dengan malas, dia naik ke atas sampaikan pesan saya. sebutir sebutir dengar. Suara dia jenis halus nyaring.
Aiman, tengah iklan ni, tukarlah pada kartun kakak, suruh saya masa nampak iklan tv tu. Aiman pun tukar. Husna masih lagi menangis di atas. Tengok Husna tak turun-turun, saya suruh aiman tukar ke kartunnya semula. Saya naik ke bilik Husna, tengok dia tengah teresak.
Berapa kali umi cakap, jgn suka menangis mcm ni, nanti luka tekak tu, kakak yang sakit,umi tak sakit.
tak menjawab.
Kan umi selalu cakap, kalau cantik dan pandai, tapi perangai tak senonoh, tak de gunanya, itulah pesanan saya kalau dia buat perangai. Senyap, tak menjawab.
kenapa tak turun? aiman dah tukar dah.
kakak tak dengar.
Dah panggil.
Senyap. Dia tau itu salah dia. Memang saya tak de mood nak marah dia (heheh..marah pun ada mood), slow talk jer.
Lepas tu dia tunjuk gigi susu atas, bahagian depan dah bergoyang. Sebelum tu dah berdarah. Saya suruh dia slowly goyang2kan..memang saya ngilu tgk mcm tu.
Malam tu, sedang menonton tv..tiba2 husna datang pada saya, sambil tunjukkan giginya yang dah patah. Saya suruh dia tunjukkan pada ayahnya. Lega saya akhirnya gigi tu patah, sebab kesian berbulan dia menanggung gigi goyang tu, saya nak tolong cabut tak sampai hati. Pernah tunjuk kat doktor gigi...doktor preferred ia tanggal sendiri. Time sakit gigi tu datang tiba2..saya hanya mampu simpati dan suruh dia kuat jerlah.

Friday, February 24, 2006

Syukur Huda dah kebah

Alhamdulillah...akhirnya Huda kebah betul drp demamnya yang on off. Kiranya start tengahari semalam, saya perhatikan dia nampak ok. Petang Rabu, saya teringat nak bagi dia minum air musoffa, siap berniat minta kebah demamnya. Lepas tu, teringat pulak air zam zam yang masih ada...bagi juga dia minum, siap berniat juga tu. Dan masa nak p sekolah Husna semalam, saya dapati dia nampak sihat...risau tul, takut masa kat sekolah Husna dia jadi lembik balik. Alhamdulillah, dia nampak gembira dan ok jer bermain kat sana. Asal teringat jer, saya letak tapak tangan kat dahi dia dan sekitarnya, nak tau demam datang balik or idak. Malam tadi, saya check, ok...alhamdulillah. Tapi ubat masih tak putus, esp. antibiotik, ubat batuk dan selsema.

Hari ni, saya masih pantau lagi dia..sesekali saya masukkan jari dalam mulut dia, nak tau bahang or idak dalam mulutnya..alhamdulillah sejuk jer. Hai...itulah namanya emak, risau tak sudah. Alia pun masih makan ubat, terutama ventolin (utk asma), ubat selsema dan batuk. Takut asma datang balik. Dia tu memang tak boleh selsema dan batuk, cepat jer asma datang. Jadi mak, bermakna kena belajar jadi doktor or jururawat..at least nama ubat dia kena ingat..koman2 warna ubat tu warna apa...

Dan saya harap, waktu tidur saya kembali normal...kalau tak, memang nak kena qada' siang hari. Nasiblah tak keje wat masa ni, kalau tak fening lalat lah ana sepanjang hari...tak pasal migrain datang pulak.

Di sekolah Husna

Semalam, masa saya sampai di sekolah Husna, dia belum habis kelas taekwando lagi. Sebelum tu risau gak sebab tengok beberapa pelajar lain yang berpakaian seragam taekwando berlegar2 di kawasan sekolah, saya ingatkan dah habis latihan. Memandang jugalah ke arah kantin, tempat yang dijanjikan utk berjumpa dengan Husna, tapi tak nampak pun kelibat dia. Saya bertanya dengan salah seorang pelajar yg berpakaian seragam taekwando tu, dia kata dah abih training dan budak tahun satu pun sama dewan dengan mereka. Ah sudah...mana pulak Husna nih...saya minta budak tu tunjukkan saya di mana dewan latihan. Masalahnya, pihak sekolah meletakkan had pergerakan parents di kwsn sekolah tu. So, saya tak dapatlah nak mencari jauh ke dalam. Tapi, saya terperasan kat satu ruang legar tu ada beg sekolah Husna antara berbelas-belas buah beg yang tersusun di tepi dinding. Lega saya, tau dia belum habis lagi latihan. Kalau tak, at least dia berkejaran bermain dengan kawan-kawannya. Saya ajak Aiman, Huda dan Alia untuk tunggu di situ(saya suka sekolah ni sebab banyak ruang legar yang berbumbung, senang nak berteduhdaripada panas dan hujan), supaya senang Husna nampak kami. Macam piknik pula bila saya belikan anak2 air kotak soya dan roti vanila 50 sen tu (singgah kejap di kedai runcit depan tadika Aiman masa mengambil dia tu), suruh depa makan sambil tunggu kakaknya. Si Alia pun minum sekotak, pandai dah nak pegang sendiri..baru 1 thn lebih tu.


Sambil menanti tu, saya terpandang cikgu kelas Husna, segera saya mendapatkannya dan bertanya dewan latihan...sempat gak saya berterima kasih pada dia sebab temankan Husna sampai ayahnya datang pada Khamis lepas. Tak lama lepas tu, Husna keluar dan ternampak saya, seronok dia berlari2 ke arah saya. Saya suruh dia join adik-adiknya makan dan minum. Lepas tu depa main bersama. Bahagia rasanya melihat keempat-empat anak bersama dengan saya di depan mata. Tengok depa berlari, bergurau dan bermain. Satu kepuasan.

Hmm..hari makin lewat petang, kami beralih ke ruang legar berdekatan dengan kantin, lagi senang suami nak nampak kami. Pukul 7 lbh baru ayahnya datang ambil. Sebelum tu hujan gerimis sekejap...si Alia punyalah seronok bila rasa angin kuat menampar2 pipinya..menjerit2 dia sampai nampaklah gigi 3 batang gigi depannya...tergelak saya. Ada sekali tu, duk saya memangku Alia sekejap, entah camner dia mengorek hidungnya, kemudian mengeluarkan jarinya tu. Dia tengok kejap jarinya dan dengan perlahan2 dia suakan jari kotornya tu ke arah kakak2 dan abangnya, apalagi menjeritlah abg dan kakaknya "eeiii...jijik", kami semua gelak, Alia lagilah tersengih-sengih..cuba lagi menyuakan jarinya tu. Cepat-cepat saya tarik jarinya dan mengelap. Sengih jer dia.

Nampaknya, setiap hari Khamis adalah hari saya bertunggu tangga di sekolah Husna. Tak tau lagi sampai bila.

Thursday, February 23, 2006

E numbers - berhati-hati dengannya

Kalau kita beli makanan dalam tin or bungkusan plastik, kertas pembalut, pernah baca tak ingredients of the food? Kalau baca, perasan tak E numbers yang tercatat pada bahan tersebut? macam E471, E472...ha, kalau perasan...kena hati-hati sebab food addditives ni berkemungkinan daripada animal origin esp. lemak babi dan binatang lain macam lembu dsb.

Sebab lately ni heboh pasal e numbers yang sumbernya diragui halal, syubhah or haram dan ia patut menjadi sensitiviti oleh umat Islam tentang produk yang jadi makanan kita. Yelah, bab makanan ni, kalau tak jaga...payah, sebab ia jadi darah daging kita dan bila dah jadi sebahagian daripada kita,ia membentuk karakter kita sedikit sebanyak. Dalam bab doa pula, kekadang doa kita susah nak makbul sebab pemakanan kita tak jaga daripada syubhah apatah lagi yang haramkan...
Ok..saya dah surf internet mengenai E numbers ni, jadi antara E numbers yang confirm animal origin: E 120, E441,E542,E901,E904,E910,E920,E921,E966
Yang possibly of animal origin : E153, E161g, E252,E270,E322,E325,E326,E327,E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E442,
E470a,E470b,E472a,E472b,E472c,E472d,E472e,E472f,E473,E474,E475,E476,E477,
E478,E479b,E481,E482,E483,E491,E492,E493,E494,E495,E570,E572,E585,E631,E635,
E640,
Food additives ni antaranya sbg sweetener, emulsifier,anti caking-agent,antioxidant, preservative, colouring, flavour enhancer, glazing agent, improving agent.
Jadi, yang E numbers yang possible of animal origin ni, nak tau ia animal origin atau tidak, kena tengok pada packaging makanan tu, kalau ia tertulis selain animal origin, blh dimakan.
Masalah ngan animal origin ni, kalau ia drp lemak khinzir, confirm tak leh makan. Tapi kalau ia drp haiwan lain mcm lembu, oklah. masalahnya, cara penyembelihan binatang ni mcm mana? itu jadi keraguan (syubhah) tu.
Ok...sama2lah kita berusaha menjaga pemakanan kita.

Rutin baru

Mulai petang Khamis ni, saya dah ada rutin baru. Tunggu Husna di sekolah sehingga ayahnya datang ambil kami di sana. Sepatutnya minggu lepas, tapi tak dapat nak mulakan lagi. Kan saya dah citer pasal Husna start kelas taekwandonya petang Khamis lepas. Masalahnya, kelas dia bermula 4.15 hingga 5.30 petang dan clash dengan waktu mengajar ayahnya yang mula lebih krg jam 5 hingga 7 ptg. Kesian pulak kat Husna kalau kami tak beri dia attend kelas tu sebab dia teruja sangat nak join. Awalnya, suami saya berat hati gak sebab fikirkan keselamatan Husna yang mungkin kena tunggu seorang diri di sekolah, sebab dah lewat petang sangat. Syukurlah, Khamis lepas, cikgu kelas dia yang temankan di kantin sampai suami saya datang ambil pada jam 6.30 petang. Rupanya dia dah keseorangan. Sebab saya telefon guru yang supervise kelas teakwando tu yang ayahnya akan ambil Husna waktu itu. Tiada pilihan lain lagi. Itulah keadaannya, jika Husna masuk kelas taekwando, dia kena tunggu ayahnya hingga jam 6.30 petang.
Jadi, saya cadangkan pada suami, kalau dia ada free time sebelum kelas 5 ptg dia tu, minta dia ambil saya di rumah, kami singgah di tadika dan ambil Aiman kemudian, saya dan anak-anak turun di sekolah Husna sementara dia habis kelas taekwando. Dan kami akan tunggu sehingga suami saya habis mengajar. Suami bersetuju. Patutnya start minggu lepas, tapi tak dapat pula. Tak perlah berkorban sikit, yang penting keselamatan Husna terjamin. Dialah satunya Husna saya, tiada dua tiganya..tak boleh beli dikedai atau dicuri daripada mana-mana maternity ward sebagai ganti.

Bahayanya email virus

Hmm...virus... virus. Lately ni, yahoo grup saya dah kena serang dengan email virus...asalnya tak de sorang pun kami yang perasan ia adalah virus. Email virus ni menghantar semula email2 yang dah lama kami sent dalam grup. Mula-mula, email ni atas nama email saya as sender yang keluar..terkejut saya, awat camtu...kawan2 lain duk mengusik sebab saya antar attachement email yg tak leh dilihat gambarnya (foto). Ingatkan sikit, rupanya menjadi2...dah kami gelarkan ada pontianak dlm grup yang menyamar jadi saya. Lama-lama, kawan-kawan lain pun terkena sama. Saya tanya suami keadaan ni, suami kata itu virus, email dia pun penah kena camtu gak..tak tau camner nak buat. Memang teruk yahoo grup kami jadinya, satu hari takat berbelas email virus tu dah jadi biasa, hinggakan ada yang effect satu pc. Parah. Yang kami perasan, email virus ni, sender tu bukan nama pengirim tapi alamat email as the sender dan ada attachment ngan file 184KB.
Ingatkan, gitu2 jelah peranan email virus ni, merosakkan pc orang or mengkondemkan dokumen2 dlm hard disk..rupanya lebih teruk daripada itu..salah satu bahan fitnah!!! Saya baru dapat tau, salah sorang ahli grup kami ni kena email warning oleh husb. former girlfriendnya supaya jangan email or sms isterinya lagi. Terkejut kawan saya, sebab dah lama tak contact. Kawan saya reply tanyakan alasan pertuduhan, si suami tu jawab kononnya kawan saya ni menghantar email pada isterinya tu dan ada attachment gambar yang tak boleh dibuka. Syukurlah kami semua dah experienced email virus ni, jadi kawan saya ni terangkan keadaan sebenarnya, bezakan ikut nama sender tu...sama ada naik nama dia or alamat emel...kalau naik alamat emel, itu virus....Tak taulah si suami tu boleh terima alasan or idak. Harap2 dia berpuas hati. Kesian kat kawan ni, tak pasai2 kena fitnah oleh makhluk yang tak nampak (virus). Kalaulah boleh dipegang virus tu, akan kucekik cekik dikau sang mahkluk perosak!!!.

Klinik lagi & disertasi

Pagi Rabu ni ke klinik lagi (untuk kali ke dua dalam minggu ni) sebab Alia kena semput awal pagi tadi (dia tak boleh selsema sikit dua tiga hari, lepas tu batuk berkahak dalam dua hari dan akhirnya kena semput), wat nebulizer. Sian gak kat dia menangis menjerit2 tak selesa dengan wap ubat tu..nak wat camner, sian dengar pernafasan dia...'ketat' bunyinya. Dada pun berombak kuat nak bernafas. Alhamdulillah, bila dah selesai, doktor check semula, dah tak de bunyi whizzing kat parut2 dia. Huda pulak, masih on off demam dia..saya suruh doktor check dia juga, concern sebab ni dah hari k 4 dia demam on off, terutama tengah malam, suhu naik tinggi. Saya takut denggi, tapi kata doktor bukan..sebab kulit dia tak nampak merah. Doktor bagi antibiotik kali ni. Ubat batuk berkahak dan selsema pun dia bagi juga. Letih sebenarnya berulang alik k klinik ni..saya dah jadi tak lalu nak suapkan anak2 makan ubat..sian kat depa, tapi syukurlah Huda tu senang makan ubat. Alia pulak, nampak perubahan...sejak semalam (Selasa) mula nganga mulut volunterarily bila syringe ubat masuk dlm mulut dia...agaknya dah penat kena kepit tangan dan badannya tiap kali nak makan ubat sebelum ni.
Hmm..saya tertunggu2 kawan, Kak M nak dtg rmh, sepatutnya semalam (Selasa) dia janji nak datang, tapi terpaksa cancel, ada hal lain pulak. Tak de pulak dia call saya tadi. Saya memang nak pgi jumpa dia nak serahkan barang crony...tapi, anak on off tak sihat, tak leh nak p. So, dia setuju nak dtg k rmh. Tak dapat pulak datang lagi. Tak pelah. Dan semalam juga saya tak dpt nak serahkan tesis saya pada supervisor lagi sebab suami tak sempat nak p binding tesis (comb binding).
Tadi, daripada klinik terus singgah kedai buku untuk binding..tak puas hati betul dengan comb binding tu..pekerja baru buat (masa dia binding tu saya tinggalkan kejap utk ke kampus, suami antar barang). Bosnya tak de, biasanya bos dia watkan. Saya tak leh nak suruh dia buka dan pilih comb baru sebab saya nak cepat, suami nak rushing p mengajar pula. Cuma saya terus terang bagitau, ia terlalu besar utk tesis saya..harap adik tu cepat belajar untuk serve yang terbaik pada customer. Saya called kak L bagitau dah siap, dan dia janji nak dtg amik petang ni.
Petang tadi, alhamdulillah kak L datang, itu pun saya tengah tidur (qada' tidur yg tak cukup sebab ALia meragam tak leh tidur sebab semput, 3 jam jer dapat tidur mlm tu)..pening bangun terkejut bila Aiman dtg kejut, "Umi..kawan umi datang.." Tunggulah lepas ni bila dia nak serahkan balik..harap sangat tak de baiki lagi...tak sabor nak submit pulak k kulliyyah utk diperiksa examiner.
Huda masih lagi on off panas dia..puas saya fikir, awatlah susah sangat kali ni nak sembuh demam..tapi bila saya perhatikan dia selsema kuat dan batuk berkahak..itulah yg buatkan demam dia on off...sebab doktor penah bagitau saya, kalau selsema dan batuk teruk mmg effect kita jadi sakit kepala, tak mustahil boleh demam. Saya cuba bagi dia minum air musoffa gak dan usapkan kat kepala dia sikit sambil berniat demam dia cepat sembuh. Dan alhamdulillah, utk pertama kalinya sejak demam, tgh malam ni suhu badan dia normal mcm biasa.Cuma nampak tidur dia terganggu jugak sebab hidung dia tersumbat..saya berdoa dan terus berdoa agar my Huda will recover quickly.

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim.

Saya dapat fwd email ni...

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi
pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Tuesday, February 21, 2006

Disertasi oh disertasi

Macam-macam cabaran utk saya baiki draft disertasi kali k 3 ni..hai Syikin, awatlah blh terlepas pandang benda2 remeh ni ..misspelling, terlupa tukar apa yg sepatutnya ditukar..entah, tiba2 saya jadi hilang mood..tapi saya gagahkan juga nak baiki malam ni..mcm yang saya kata tadi, mcm2 cabaran pulak yg datang. Saya started baiki disertasi saya dlm 10 mlm..sblm tu..no mood man..sakit kepala masih ada sebab tak cukup tidur malam sblmnya (4 jam jer drp 2 - 6.30 a.m) ditambah ngan tidur sblm maghrib (tak elok sbnrnya, jgn buat). Masa saya terjaga drp tidur, terkejut bila tgk jam dinding, dah masuk maghrib..ya Allah, mmg letih..sedap tidur. Tapi, bukan lega, sebaliknya pening kepala sbb wrong timing waktu tidur tu. Rupanya Huda tidur di sebelah saya, entah masa bila dia naik ke atas, saya tak sedar. Huda panas balik..saya kejutkan dia..risau tul. suruh dia buka baju dan salin diaper dia..Alia ada di bawah ngan abg dan kakak dia..saya harap dia masih tidur dlm buaian. Saya turun bawah, Alia dah jaga dan duduk berhenjut dalam buaian.
Jam 8 mlm lbh, saya keluar angkat kain di ampaian (baguih tak baguih punya home maker), sambil tu Alia on off merengek nak keluar sama..marah dia saya tutup sliding grill sbb dia nak amik kasut kakak dia. Hobi dia main selipar abg n kakak dia dan dia suka cuba dan suka peluk kat baju..kotorlah...Lepas tu, saya pun panaskan lauk..hmm, cik abe tak de lum balik..so, tak rushing nak masak baru, mmg confirm dia terus keluar makan ngan kawan. Sedang angkat kain, Huda yang baring atas tilam baby kat tgh ruang tamu menangis "Umi..Huda sakit perut"..Allah, siannya dia. Saya suruh dia tunggu sebentar hingga selesai angkat kain. Lepas tu, saya beri dia makan ubat sakit perut..sebelum tu ubat tahan muntah sebab dia dah nausea. Badan dia still panas. Tak lama lepas tu, dia tercirit pulak. Mcm biasa, Alia mengamuk nak ikut ke tandas..saya biarkan saja..kalau layan kerenah cik mek molek tu, mmg tak jadi keje..oohh bukan saya nak bertunggu tangga melayan kerenah anak mcm tuh..


Lepas tu, saya nak masukkan Alia ke dalam buaian (ada mesin elektrik untuk menghenjutkan spring buaian tu) bila tiba2 Huda menjerit nak buaian yang sama ..aduh..pening saya, geram dan marah pun ada...2 org kanak2 ribena ni mmg suka berebut buaian yg satu ni. At last saya masukkan alia buaian lagi satu (manual spring).

Saya ke dapur, ambilkan nasi campur sup ayam. Awalnya Huda tak mau makan, sbb dia takut buaiannya diambil Alia. Saya suruh dia duduk dlm buaian tu. Alia dah standby duduk dlm buaian lagi satu tu. Masing2 saya suapkan makan..alahai, sikitnyalah makan..dah tak mau..Aiman, saya suruh dia makan sendiri.

Husna pula dah naik atas tidur ( sblm jam 9 mlm ni)..pelik sungguh, sbb dia mmg payah nak tidur cepat..dia tak mau makan, dah makan petang tadi katanya..Aiman, masa saya suruh mandi tadi..punyalah susah nak suruh brother sorang ni mandi..nak kena marah baru nak mandi..kalau mandi pun..ala-ala p.ramlee..tu yg selalu kena sound tu. Tapi kalau mood dia nak mandi lama, jenuh lak nak menunggu dia keluar..

Dah selesai uruskan anak2..saya mengadap email kejap guna laptop. Masa tu lbh krg jam 10 mlm lbh. saya nak mula guna pc. Semua file tesis saya dalam pc..malas nak pindah dlm laptop. Bila Aiman berhenti guna pc, Huda pulak sibuk nak main internet game..demam demam tuh..terus dia duduk mengadap pc. Masa tu suhu panas dia dah turun semula. Saya cakap "umi nak guna, nanti cikgu umi marah" sambil tunjukkan tesis saya, dia mengalah. Kalau tak, sorrylah. Tapi dia tak mau turun drp kerusi, saya guna kerusi lagi satu..mmg kacau sungguhlah..sibuk nak menekan keyboard sama. Adasekali tu, dia pegi taip huruf dlm chapter ..spontan saya tertepis tangan dia..sian pulak..tapi, nak wat camner..tak pasal jer karang tertambah perkataan..slowly saya baiki mana yg diarahkan. Siap satu bab saya printed out.. dlm masa yang sama, Alia yang dah turun semula drp buaian mengamuk nak berdukung..ya Allah, mmg marah saya jadinya diganggu..saya riba dia sambil menaip..dia senyap kejap, lepas tu menangis tak mau diam, dia nak saya mengadap dia pulak..time2 camni mmg betullah wat hal..akhirnya, saya masukkan dia dlm buaian..menangis2 dia tak mau..at last saya tinggikan suara suruh tidur. Saya on suis spring elektrik tu..biarkan dia sampai tertidur..sesekali dia terkejut dan merengek.


Huda pulak, penat menunggu keje saya tak siap..dia beransur dan minta saya masukkan dlm buaian. Masa suami balik lbh kurang jam 12 mlm..saya tergerak nak tahu suhu badan Huda..alamak..naik tinggi balik..saya kejutkan dia dan beri ubat demam (syukur dia jenis senang makan ubat..nganga jer mulut)..saya pakaikan bye bye fever yang baru. Suami tanya nak p klinik lagi ke..sbb saya terlupa nak minta ubat demam masuk melalui dubur (cepat sikit kebahnya) masa pergi klinik pagi tadi. saya kata tak perlu..dan saya basahkan dua helai tuala kecil utk diselitkan di celah2 ketiaknya. masa ni tinggal sikit jer lagi baki bab yg nak dibaiki..semuanya benda teknikal...lepas tu, saya sambung balik keje..(ikutkan hati, nak menangis pun ada rasanya ngan ujian2 kecik ni)

At last, jam 1 pagi lebih baru saya siapkan semua dan printed out. itu pun ada kena dua tiga kali printed out sbb tersilap...adei..mmg renyah, ditambah anak2 meragam..bertambah tambah renyah..mmg mood pun mendung kelabu jer..saya harap saya blh hantar hari ni (masa ni awal pagi selasa) seperti yang Dr. harapkan.

Letih? mmg letih tapi sebab nak siapkan cepat..saya kuatkan semangat. Cumanya itulah cabaran ibu yg belajar, sebab anak2 still priority, tak leh tolak tepi, terutama mereka kecil lagi..apatah lagi saya tiada maid..insyaAllah, dah nak abih ni..go go chaiyyo syikin...semua cabaran ni nanti akan jadi sebahagian kenangan saya dlm menyiapkan disertasi dan blog ni menjadi saksi.

Monday, February 20, 2006

Isnin yang tiba-tiba kelam kabut jadinya

Pagi Isnin, saya bawa Huda ke klinik lagi selepas hari Sabtu baru ni, sebab asyik mual nak muntah jer walaupun dah tiada cirit birit.Lebih kurang sejam lepas tu, saya dapat panggilan telefon daripada p.a supervisor saya, Kak L. Dia bertanyakan samaada saya dah baiki disertasi saya dan boleh dihantar segera atau tidak.Saya bagitau tak sempat nak ambil daripada Kak W lagi sebab suami tak sempat nak dropped by kat ofis Kak W hari Jumaat tu..kedengaran terkejut reaksi Kak L. Yelah, kalau amik hari Jumaat, confirm hari tu saya boleh serah semula pembetulan saya. K. L bagitau supervisor saya nak fly dlm jangkamasa terdekat nih, saya rasa bersalah pula dan dalam masa yang sama saya jadi buntu camner nak wat pulak. Saya tak dpt janji nak bagi cepat pembetulan tu sebab bendanya pun tak de kat tangan saya lagi..saya kata saya akan usahakan secepat mungkin. Rasa kelam kabut tiba-tiba.
Suami pula mmg tak dapat nak amik tesis tu ari tu juga sebab tight schedule..saya dah pening kepala. Tiba-tiba dpt idea dan saya utarakan pada suami saya, dia setuju. Masa tu lunch hour, saya cadangkan utk ikut dia ke kampus dan amik tesis tu drpd Kak W. Yang kesiannya Hudalah, sebab dia baru nak kebah demam dah saya seret dia sekali ke kampus...nak wat camner, itu jer caranya nak cepat. Nak menghantar mereka ke rmh mak dan berpatah balik ke kampus memang memakan masa ngan suami rushing nak masuk kerja semula waktu tengahari tu. Rushing bersiap, saya tak dan nak angkat kain di ampaian..banyak pula tu. Saya berdoa minta Allah tak turunkan hujan..kalau tak, monangih omak, sebab area Gombak kerap turun hujan lebat lepas zuhur lately.
Dengan dahi Huda yang bertekap bye bye fever saya bawa dia dan Alia sekali ke kampus mengikut suami. Sampai kampus, terus saya ke ofis Kak W utk amik tesis tu. Tepat agakan saya, dia bertanya tentang Huda bila tengok dahinya bertampal bye bye fever tu "Demam ke?" Saya mengangguk jerlah. Berbual lebih kurang, kemudiannya saya bawa Huda dan Alia ke mini shop berdekatan utk membeli roti buat alas perut mereka sementara menunggu suami saya abih mengajar. Kesian dengan Huda, saya tak dapat nak dukung dia sebab Alia saya dukung. Stroller pulak tak de..kena curi!!!(lama dah). Tapi syukur, she is a tough girl. Tak merengek pun. Slowly dia mengekor saya daripada belakang..tak suka dipegang tangan lama2...sesekali saya toleh ke belakang utk pastikan dia tak hilang daripada pandangan. Terserempak dengan beberapa kenalan, masing2 bertanyakan Huda demam ke, yelah dengan dahi bertampal..jelas tanpa bersuluh. Lepas membeli, saya bawa mereka ke masjid kampus, lepak kat situ (sempat saya membelek kesilapan2 teknikal dalam tesis) sampai suami sms suruh datang ke kereta. Kami terus ke tadika Aiman dan sekolah Husna. Balik tu memang terasa letih yang amat sangat. Dan syukur kerana matahari terik sampai ke petang, tapi nak angkat tak de mood...memandang ajelah, walhal elok sangat nak mengangkatnya dah alang-alang berada di halaman rumah. Malas. Fikir nak rehat dulu sebab nak cepat-cepat baiki tesis tu balik. Nak dapatkan mood tu yang penting. Kalau tak, memang tak bersentuh tesis tu nanti.

Ahad yang serba tak menjadi tiba-tiba

Pernah tak dalam satu hari, dek kerana satu hal kecil saja tiba-tiba hari kita jadi serba tak kena?Begitulah halnya dengan saya, gara-gara hos air mesin basuh buat hal, hari Ahad saya tak ceria seketika apatah lagi dengan huda yg demam panas semula sejak awal pagi dan saya yang tak cukup tidur.
Mesin basuh
Mesin basuh ni dah masuk kali k 3 berubah tempat. Kali ni terpaksa dipindahkan daripada luar depan rumah (tepi sliding door..can you imagine!!!) kerana air paip luar dah tak keluar dek tekanan terlalu rendah. Kami pindahkan ia di luar belakang rumah, asalnya nak letak kat luar bilik air seperti kali pertama dulu, tapi bila fikirkan ruangnya sempit dan menghalang keselesaan laluan ke bilik air, kami putuskan untuk letaknya di luar belakang dapur pula. Untuk laluan air masuk ke dalam mesin basuh, kami pasangkan paip yang mempunyai dua kepala di sinki dapur. Senanglah, satu untuk kegunaan sinki dan satu lagi untuk mesin basuh. Oleh kerana hos air mesin basuh tu pendek untuk sampai ke sinki melalui tingkap dapur, maka kami guna hos air biasa disambungkan di kepala sinki dan antara hos air tu dengan hos air asal mesin basuh ni kami sambungkan dengan alat penyambung (macam kepala paip juga).
Masalah timbul, bila hos air di sinki tu tak berfungsi dengan baik, mudah tertanggal daripada alat penyambung tu...on jer mesin, hos tu tercabut sebab tak tahan tekanan air laju...saya tak sedar perkara ni berlaku hinggalah saya tergerak nak meninjau samaada pakaian sedang dibasuh atau telah selesai. Terkejut saya tgk hos air sinki tu tercabut daripada alat penyambung dan air mengalir laju ke dalam longkang. Tiada air langsung di dalam mesin. Saya sambung balik (dahlah ketat nak buatnya) dan tinggalkan..tapi, saya pelik..awat la tak de dengar putaran mesin nih..saya pegi tinjau semula. Ya Allah, tercabut lagi..saya sambungkan balik..macam tu juga..terpaksa minta tolong suami pula..perkara yang sama berlaku. Adalah tiga empat kali keadaan ni berlaku dan slowly mood membasuh hilang (entahlah nak masuk bulan mengambang kot), hampir sejam dah, tak juga air dapat masuk ke dalam mesin basuh. Matahari tengah panas cantik pula tu. Sayang betul. Dalam masa yang sama, anak2 saya ada yang bertekak dan merajuk, Huda pula, syukur tak meragam walaupun demam panas..Alia pula merengek lebih..saya yang hilang mood ni lagilah moody (gamaknya intro nak bulan mengambang)..sorang sorang kena sound ngan saya..nasib baik ayahnya terkecuali..hehee.
Akhirnya suami saya beri cadangan supaya guna cara manual basuh baju ni (masukkan hos air yang lebih panjang terus ke dalam mesin basuh dan bila dah berputar mesin, matikan air dan keluarkan hos tu, berulang kali sampai selesai..adeii..renyah pulak, kena monitor selalu) sementara tunggu dia beli hos air baru yang sesuai. Oklah...dan lepas zuhur baru saya dapat sidai kain dengan sempurna. Hai..macam-macam hal.
Roti jala
Petang Ahad tu memang kami tak ke mana, Huda still on off demamnya. Boring lak tak buat apa2, tiba2 hati tu menggaruk garuk nak wat roti jala. Kebetulan masak kari ayam masa tengahari tu, ada baki, tergerak nak wat cicah ngan roti jala. Ni dah kali k 3 saya wat roti jala.Kali pertama 'kantoi' rupa roti jala tu. Kali kedua, bolehlah ada rupa 'jala' walau tak cantik. Ni, kali ke 3, alahai.. tak reti2 lagi nak 'menjala' perfect. Rasanya rasa roti jalalah..tapi ghupanya tak serupa roti jala org lain..tulah, masa p pasar malam or pasar ramadhan tak menelek penjual roti jala tu 'menjala', ye dak..nak cantik macam beli kat orang tu jauh lagi...putus putus...kena praktis selalu. Geram gak..tapi, nak makan sendirikan, tibai ajerlah, asalkan ada rupa 'jala' walaupun tak perfect. Better than never kan...
Oh ya, saya amik resepi ni dalam buku masakan Betty Yew, antara tukang masak fofular Malaysia...
Bahan-bahan:
2 biji telur, dipukul
2 cwn tepung gandum, diayak
1/2 camcateh garam
2 1/2 cwn santan kelapa dari 1/2 biji kelapa parut
sedikit serbuk kunyit utk nampak kuning (ni saya tambh sendiri tak de dlm buku tu)
cara: campurkan semua bahan ni dan gaul sampai hilang gentel2 tepung tu...biar elok cairnya..kalau bergentel, tapislah..
panaskan kuali leper dan griskan minyak atasnya...gunakan acuan roti jala tu dan 'menjala'lah atas kuali tu sampai ia masak. Gulung or lipat bila ia sejuk...
Bye-bye Fever & 100+
Sejarah betul...tak pernah sebelum ni beli pelekat Bye-bye Fever (untuk melegakan suhu demam panas) sampai 3 kotak dalam masa seminggu lebih. Yelah, start Husna demam, lepas tu Huda, kemudian Alia..memang banyak pakai..dan habis pun digunakan. Anak-anak saya suka pakai pelekat di dahi tu sebab terasa sejuk..yelah dalam tu ada gel. Tahan sampai 10 jam, berbanding ngan jenama lain, Cool Fever yang hanya 6 jam saja. Keje saya pun senang, tak susah2 kejap nak menjaram ngan tuala kecil basah atas kepala dan sendi anak2 yang demam. Kiranya, berani la nak tidur malam tanpa perlu berjaga teruk sangat.Cuma yang sakit tu, regenya mahallah..sekotak RM 14.90 ada 6 keping jer.Tapi, demi anak, tak perlah.
Samalah ngan minuman 100 plus tu...berbotol beli as minuman sampingan utk segarkan badan dek cirit birit n demam2 tu..Masalahnya, air ni mmg kegemaran satu famili, daripada ayah sampailah si kecik Alia..cepat jer habihnya. At last, org sakit minum sikit..org sihat minum banyak. Ada ka patut? tak patut...tak patut...
The Apprentice
Akhirnya, si Clay tersingkir...dahsyat tul aura negatifnya kena kat ahli2 grup lain..cakap sikit nak bantah, tak setuju..at last, seperti selalu "Clay, you're fired"

Lesen memanduku

Alhamdulillah...akhirnya saya dapat buat semula lesen memandu saya, setelah setahun lebih saya tak renew lesen tu. Asalnya Julai 2004, dompet saya hilang. Kebetulan masa tu saya tengah sarat mengandung, sibuk ngan coursework Master dan tak drive pun biar ada lesen sebelum tu. Jadi saya buat polis report dan baharui kad pengenalan jer (teruk kena denda sbb ic dah 2x ilang sebelum nih..).Lepas bersalin tu, asyik tertangguh jer nak p JPJ Wangsa Maju. Hinggalah saya berkesempatan utk pergi ke JPJ baru-baru ni, lepas pergi klinik gigi kali pertama dulu. Masa tu dah jam 11 pagi lebih, suami kata pegi jelah, tengok boleh or idak lagi nak wat sbb takut no. giliran dah habis. Sampai sana, saya amik borang kat tingkat bawah dan naik k tingkat satu. Syukur saya ada bawa gambar (dah lama, tak ingat apa perlu dibawa). Suami tolong fotokopi ic baru saya. Kat tingkat atas tu, la...punyalah lengang, no. giliran pun masih ada lagi...no. saya 217 dan masa tu dah no. 200, dan punyalah laju no. giliran tu bergerak...hinggakan masa giliran no saya nak sampai, cemas seketika sbb suami belum sampai lagi bersama fotokopi ic saya (tak perasan kat hujung bilik tu rupanya ada mesin fotokopi n bilik gambar instant). Syukur dia sampai tepat masa giliran saya datang...saya ingatkan kena tunjukkan report polis, tak perlu rupanya sebab dah ada ic baru. Ingatkan kena tunggu lama lagi..rupanya, dalam 5 minit dah siap. Ya Allah, tak percaya langsung...dahlah awalnya saya ingat kena wat ujian memandu baru lagi sebab baru saya perasan dah setahun lebih (tgk tarikh report polis) dan dah expired pun tarikh lesen memandu. Tapi, kata staff tu, kalau lebih 3 tahun jer kena amik ujian baru. Riangnya hati saya, tak tau nak kata..sengih memanjang, macam dapat hadiah pula. Huda pun dapat gula-gula jugaklah daripada staff tu..upah tak bising kot...hehee.Kiranya, tak sampai setengah jam pun proses baharui ic saya ni...so, lain kali p time kat lunch hour...orang tak ramai dah.



Tapi, jangan tak tau...sebelum ni lesen tu lesen memandu pekasam...nama je ada lesen, tapi tak bawak keta. Pendek kata, membazir duit bayar pada kerajaan untuk renew tiap tahun, walhal tak bawak. Rugikan?Memang rugi besar...tapi ada puncanya jadi lesen pekasam. Sebabnya saya dua kali experienced kena hon daripada keta belakang masa nak bergerak daripada bukit. Bila nak bergerak, keta tu mengundur ke belakang hingga nak kena keta belakang. Kantoi. Kiranya kat jalan biasa, ok lagilah.
Saya ni mudah panik orangnya...kelam kabut tu satu hal. Kononnya traumalah takut bawak keta dah...saya akan cemas bila kereta saya berhenti di hadapan sekali kat traffic light, fikirkan time lampu hijau nanti, keta tak leh nak gerak dan keta belakang hon saya..entah apa2 kan..lagi satu, saya terfikir, kalau-kalau saya terlanggar orang itu, orang ini dah ended up dalam prison or terbabas masuk dalam longkang or kalau jalan perlahan time jamm takut terlanggar keta depan..mmg ridiculous kan..tapi itulah negative thinking saya..bukannya saya tak tau, tapi saya rasa payah nak bebaskan fikiran daripada berfikir bukan2...sebabnya juga saya ni lack of confident, tu satu hal pulak.
Saya tau saya kena semat rasa keyakinan dan boleh (syikin BOLEH!!!) dalam diri saya..memang saya mesti bawak keta, sebab anak2 dah mula bersekolah dan suami saya sentiasa sibuk. Saya memang tak harap nak bagi anak2 naik van or bas sekolah. Takut. Memang terasa sangat time saat genting, saya still kena depend pada suami saya nak antar ke sana ke mari...macam nak siapkan disertasi ni..saya tak leh on the spot nak suruh suami hantar ke library univ itu ke lib. univ. ini untuk cari bahan tesis, or nak hantar questionnaire kat respondents (at last by post jer), saya kena bagitau awal supaya dia blh adjust masa dia yg ketat tuh... or time barang dapur abih..tak leh nak ke kedai segera sebab nak bawak Alia n Huda berjalan kaki (stroller dah tak de) memakan masa lama dan sian kat depa, letih. Pendek kata kena 100% rely on asben. Pernah sekali kaki asben terseliuh sampai tak boleh memandu, nak menangis saya dan penuh rasa bersalah sbb fikirkan tak leh nak drive dia ke klinik on the spot, kena tunggu kawan dia datang keesokannya..kan dah menyusahkan..
Saya belum lagi bawak keta...suami pakai..payahlah..saya nak tunggu hari cuti sekolah, supaya saya blh start drive slowly p kedai berdekatan rmh saya ni. Hari buat lesen tu, suami saya tiba-tiba suruh drive...ha, menggeletar kepala lutut on the spot. Saya menolak, apalah kan..Suami saya mmg confident ngan saya, saya yang tak de keyakinan. Tak per..go go chaiyyo syikin.
Jeles saya ngan adik2 saya yang lewat dapat ic daripada saya, dah pakai keta masing2...jangan tak tau, saya dpt lesen memandu pertengahan tahun 1992 lagi!!! Tapi tulah, sebab saya dpt lesen keta masa cuti semester di matriks. Jadi, bila balik k kampus matrikulasi di pantai timur, tak terpikir lak saya nak sewa keta kat sana..jadi, kiranya ada can memandu bila time cuti semester dan mesti ada mak saya bersama. Dia mmg larang anak2 yg baru dpt lesen memandu, curi2 bawak. Yang kita ni, takut tak dengar cakap mak kang...kot apa2 jadi kat tgh jalan. Adik2 yang lain, berani jer..mak kata tak bagi..bawak senyap2..sampai rmh, serah kunci kat mak dan kata dah lepas ke situ ke sini...nak marah apa, dah selamat sampai...
Saya tanam azam nak bawak keta gak tahun ni...tapi dlm hati menggeletar lagi..nak kena hapuskan lack of confidence dan takut yang tak tentu pasal ni...doakan saya.

Naluri ibu

Kata orang naluri or gerak hati ibu ni betul..kalau dia rasa tak sedap hati, biasanya adalah yang tak kena berlaku..macam tulah berlaku awal pagi Ahad (1 pagi ke atas) lalu, masa saya lepas solat isyak, nak tidur dah...saya terdengar suara huda kat bawah macam nak muntah beberapa kali (Husna, Aiman dan Huda tidur bawah sebab malam minggu nak tengok tv sampai lewat malam), masa tu memang dia tengah teruk cirit birit pun, jadi mual nak muntah tu part of if. Hati saya jadi tak sedap, saya terus berlari turun ke bawah dan kejutkan dia, terkejut sebab badan dia panas sangat.Allah...demam rupanya.Datang balik demam dia. Alhamdulillah saya tergerak turun, kalau saya ignore je dia blh kena tarik sebab panas sangat suhunya. Cepat-cepat saya gerakkan dia (syukur dia senang terjaga) dan beri dia makan ubat demam. Voltaren (ubat demam dimasukkan ikut punggung) dah habis pulak. Saya lekatkanbye bye fever(alternatif membasahkan kepala dengan tuala basah) pada belakang badan dan dahi Huda. Masa tu pun saya dah mengantuk sangat, saya tidur je kat bawah, temankan Huda dan yang lain2. Alia dan suami kat bilik atas. Rasanya, tak lama saya terlelap, mcm terdengar2 suara budak menangis, puas saya fikir..suara siapalah tu..la, suara Alia rupanya..saya pun berlari naik ke bilik..sah dia menangis nak menyusu. Masa tu dah kat jam 5 pagi...Adeii..poning kepalo mak..hmm..tulah, dah ada anak ni, bab tidur mmg tak penah cukup. So, sesiapa yang belum kawin tu..tidurlah sepuas-puasnya sebelum bergelar ibu..

Sunday, February 19, 2006

Wayarless internet

Hmm petang tadi suami pasang wayarless internet. Seronoknya...bolehlah nak surf internet di atas katil..hehehe, guna laptoplah. Kalau tak tu, kena kena queue, daripada ayah, emak sampai ke anak-anak...berebut nak guna pc. Biasanya kalau suami ada di rumah, memang bagi laluan kat dia..keje melambak kat pc tuh..so, bila dah ada kemudahan baru ni, anytime boleh surf internet guna laptop. Tinggal nak tak nak jer...Sekarang ni pun, tengah menaip atas katil..lotih mak...tunggu masa nak tidur je. Anak-anak, setiap malam minggu sekarang memang bawa turun tilam ke ruang tamu, tidur depan tv. Asalnya tak bagi, sebab tilam tu boleh tahan berat gak walaupun span jer. Depa duk pujuk, ok..saya bagi, dengan syarat tarik dan luncurkan tilam tu ke bawah. Kalau diangkat, ngan depa sekali tergolek berguling daripada atas tangga ke bawah. Depa sanggup..tak perlah, bagi can...straight sangat tensyion lak depa.Tapi, pagi Ahad, umminya yang susah payah bawak naik atas. Sabau jer lah.

Aduh gigiku, aduh perutku

Memang ujian kesihatan betul untuk saya minggu ni; yelah, sejak malam Isnin lalu hingga malam Ahad ni saya terpaksa deal dengan sakit gigi geraham yang entah bila akan berakhir, begitu juga dengan sakit perut memanjang yang kerap berakhir di tandas. Tensyen??? Absolutely tension!!!! Bak kata, satu gigi sakit, satu anggota badan sakit, apatah lagi jika ditambah dengan kesakitan anggota badan yang lain. Jumaat malam lalu, saya pergi ke dua buah klinik. Satu klinik gigi, sebab nak dapatkan lagi antibiotik n pain killer yang dah habis, kerana selagi saya terasa gigi tu sakit (berdenyut lagi), selagi tu saya kena ambil ubat sehingga sakit hilang, baru boleh dicabut or tanam akar. Doktor bagi ubat untuk tiga hari lagi sampai Isnin nilah. Lepas tu, saya ke klinik biasa pula, ambil ubat cirit birit. Huda dan Alia pun sama juga. Dan sekarang saya kena telan 4 jenis ubat yang berlainan...betul2 menguji kesabaran. Bila dah kerap ke tandas dan membuang, kesannya badan jadi letih, ditambah dengan sakit kepala akibat sakit gigi tu..dah jadi macam demam..Ditambah makan ubat, membuatkan saya mengantuk yang amat.

Memang saya hilang mood nak buat kerja rumah, tapi terpaksa gagahkan juga mana yang larat...sempat suami mengusik "Itulah...orang nak amik maid tak mau..." heheh, memang saya belum ada hati nak amik maid. Dengan anak2, terutama dua yang besar tu, kalau nak wat hal sikit, awal-awal saya sound "umi tengah sakit ni, jangan buat umi marah". Syukur depa dengar kata..tapi, dah namanya budak, cepat lupa apa yang dipesan...meletup gak sesekali. Malam minggu ni memang tak ke mana. Makan malam pun dibeli saja. Tengoklah, mungkin minggu depan baru balik rmh mentua.

Friday, February 17, 2006

Taekwando girl

Husna mula kelas taekwandonya petang khamis semalam. Balik rmh, tak sempat2 nak bercerita, kat pagar rumah dah excited bercerita pasal kelasnya tuh..sayup jer dengar suara dia bercerita.
Sampai ke malam tadi, bila ingat jer pasal kelas taekwandonya tu, dia pun berceritalah...siap dengan step nya sekali.

Eloklah dia belajar, at least untuk bekalan diri. Dunia sekarang ni macam-macam citer kejahatan terutama bab rogol...risau betul. At least, dia boleh jadi bodyguard umminya bila keluar berjalan..hehehe.

Pagi ni, masa kejutkan dia pergi sekolah..punyalah liat nak bangun. Yelah dia kepenatan. Tidur lewat siapkan homework dia..dah namanya budak. nak concentrate 100% punyalah payah...buat sikit..main sikit..buat sikit..main sikit..kena ditegur selalu...masa kejutkan dia, saja usik.."cepat, kelas taekwando..nak pegi tak?" tau pulak dia menjawab, "kelas taekwando khamis jerlah ummi.."

Hari Ahad lepas

Hmm..citer dah basi dah..tapi saja jer...nak lepas gian mencoret

Hari Ahad lepas pegi ziarah bapa saudara dan isterinya baru balik Haji. KEsian, sampai Malaysia ni, makngah demam panas yang teramat, siap batuk lagi..mukanya merah macam udang kena bakar. Pakngah pulak tekanan darah rendah.
Masa nak keluar ke highway jalan Kuching, kami lalu depan batu Caves, laluan kami lengang , tapi laluan sebelah masih jammed..masih ramai lagi yang menghabiskan saki baki perayaan Thaipusam rupanya. Kalau area Selayang, Gombak dan Batu Caves ni, dua hari sebelum perayaan Thaipusam memang dah start jammed hingga sehari selepas perayaan. Teringat masa coursework Master dulu..nak p kelas hari Sabtu, memang terpaksa patah balik dan ikut jalan jauh untuk sampai ke kampus.
Lepas tu, masa kat highway jalan kuching..terbaca lak pada notice board digital (betui idak istilah ni) yang beberapa jalan di KL tutup sebab Le Tour De Langkawi..hmm..sana sini jammed. Memang jalan slow jer kat highway tu, ingatkan sebab dek LTDL tu, rupanya ada construction jalan nak wat flyover..
Kami sampai rmh lewat malam, sebelum tu hantar mak balik rmh sebab dia sampai dulu rmh pakngah, adik saya yang bawa. Sampai rumah mak, kami rehat terutama suami sakit kepala. Balik tu, lalu depan Batu Caves, masih jamm, syukur keta masih boleh bergerak perlahan..Masih ramai manusia kat area ni yelah, ngan fun fair dan bazaarnya.

Thursday, February 16, 2006

Tak de mood - tak sihat

Assalamualaikum..

Ya Allah..tak de moodnya nak menulis.Entah kenapa, walhal banyak benda berlaku sepanjang minggu ni dan banyak perkara nak dicoret...

Sebab utama agaknya semua anak tak sihat termasuk saya. Bermula tengah malam Isnin, tiba2 gigi geraham atas saya sakit berdenyut2 hingga ke kepala. Terlalu sakit...tak tau nak kata. Telan panadol 2 biji. Nak ke klinik gigi dah tutup pula. Saya cuba tenangkan diri dan berzikir Ya Shafi banyak kali..tak sedar bila hilang sakit tu.Pagi Selasa saya ke klinik gigi..dr. hanya bagi antibiotik dan pain killer, tak kena tunggu dulu sebelum rawatan selanjutnya; saya diberi pilihan antara cabut gigi atau tanam akar. Saya belum putuskan lagi yang mana satu.

Awal pagi Rabu, lbh krg 1 pagi lebih bila Husna tiba2 menangis kuat memanggil saya (bilik kami bersebelahan)..saya segera datang..dia mengadu sejuk. Saya periksa, rupanya dia demam panas. Segera saya suruh dia buang air kecil dan saya terus ke dapur mengambil ubat demam (mmg sentiasa kena ada dlm peti ais - itulah kalau dah ada anak2..ubat-ubatan dah jadi wajib dalam simpanan)dan suruh dia makan. Lepas tu, satu badan dia berselimut. Sebenarnya dia memang tak suka berselimut. Memang sejuk sangat dia rasa agaknya.Pagi tu, memang saya tak benarkan dia ke sekolah. Aiman pun sama cuti sekolah, sejak petang Ahad tu dia dah cirit birit sebenarnya..bagi dia makan ubat cirit dan masih bersekolah hari Isnin dan Selasa.Tapi, masih berterusan.

Lepas Husna, Alia pula panas badan..diikuti Huda. Akhirnya semua anak tak sihat. Syukur, Husna ke sekolah semula hari semalam (Khamis). Aiman pula masih berterusan sakit perut dan cirit biritnya. Alhamdulillah, semalam Alia dan Huda dah kebah demam. Poor Alia, asyik tak selesa jer sejak demam..mengamuk la..sampai umminya pun naik tensyen..dahlah sakit gigi lagi. Hmm..pagi jumaat ni, Aiman mula bersekolah. Saya nasihatkan dia kalau rasa nak terkentut, siap2 pergi ke bilik air, takut2 tercirit sekali. DOa saya, semoga dia tak tercirit dalam seluar.

Dan saya, masih struggle dengan sakit gigi ni..kejap on kejap off..alahai..takperlah, adalah tu sebagai kifarat dosa saya...

Saturday, February 11, 2006

Angkasawan oh angkasawan

Aiman ( 4 thn lbh masa ni) dan Husna (5 thn lbh masa ni), hari pertama mereka ke integrated Islamic Pre-School (2005) . Belum ada pakaian seragam lagi masa ni.

Hmm..antara perkembangan terbaru di negara kita sekarang berkenaan dengan pemilihan bakal angkawasan Malaysia pertamakan...sebut pasal angkasawan ni, teringat saya pasal Husna, anak sulung den. Masa dia mula pandai membaca dulu, dalam 4 tahun lebih (selalu terlupa bila orang tanya bila dia pandai membaca, saya kata 5 tahun lebih, walhal 4 thn lbh), saya tak sangka dia begitu teruja membaca apatah lagi setelah dapat membaca dengan lancarnya..ensaiklopedia satu set kepunyaan adik saya, jadi bahan bacaan utamanya masa tu..naik lunyai dah ensaiklopedia2 tu. Salah satu daripada ensaiklopedia tu menceritakan mengenai angkasa lepas dan angkasawan.
Satu hari, saya tengah buat kerja di dapur, Husna datang menghampiri saya,
"Ummi, nanti kakak nak jadi angkawasan", sambil dia menunjukkan mukasurat ttg angkasa lepas dan angkasawan tu pada saya.Terkejut saya mendengarkannya. Gembira pun ada sebab besarnya lah cita2nya tu.
"Oo..ok, tapi kakak kena belajar bersungguh2 baru boleh nak jadi angkasawan"
"Tapi kakak kecik lagi. Ummi..kenapalah kakak tak besar2 ni..kakak nak nak besarlah.."tiba2 dia merungut dan tak semena2 dia menangis. Terkejut lagi saya..pulak dah.
"Eh..kenapa menangis..kakak kena sekolah rendah dulu, lepas tu sekolah menengah..lepas tu masuk universiti .."
"ala..kakak tak sabar nak sekolah.." aduh, pening saya dengan kerenah dia yang tiba2 tu..saya suruh dia berhenti menangis dia tak mau..bahkan dia menghentak2 kaki lagi..tak tau nak kata apa, saya tinggalkan dia yang menangis mengada-ngada tu...
Minggu depannya pula, satu petang Sabtu, dia tengok cerita Power Rangers. Habis cerita tu, dia dengan excitednya datang pada saya dan berkata, "Ummi, kakak nak jadi Power Rangerslah.." Pulak...Saya jawab, "Mana ada kerja power rangers..itu tipu jer tuh.."
Saya ingat isu dia nak jadi angkasawan tu dah terhenti masa tu..rupa-rupanya, masa heboh pemilihan bakal angkasawan negara ni, timbul balik isu tu daripada Husna. Saya tengah menyidai pakaian di luar masa tu, dia dengan tersengih-sengih datang kepada saya,
"Ummi..kakak tak naklah jadi angkasawan."
"Kenapa?"
"Sebab jauh sangatlah...mana nak nampak Malaysia daripada atas tu..macamana nak balik nanti? "(maksudnya balik ke rumahlah) Tersengih saya. Sebenarnya nak tergelak besar pun ada sebab jawapan spontannya tuh..
"Lagipun, kakak kena pergi ke Amerika sana..tak maulah.." hehe..entah mana dia tau dia kena ke Amerika pun saya tak taulah..tapi itulah Husna..isi kandung perbualannya tu kadang2 tak percaya dia baru tahun satu. Mungkin gak dia suka membaca, tu sebab perbendaharaan dan pengetahuannya sentiasa bertambah.

Friday, February 10, 2006

Birthday lady - 10 Feb. 2006

Birthday lady...sedapkan bunyinya..itulah birthday wishes yang saya dapat daripada seorang former classmate. Ohh..ada lagi satu, birthday woman...

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to me....Hari ni, Jumaat genaplah 32 tahun saya duduk kat dunia yang dah sedia tua nih...

Apa ya wishes saya? Itu yang ditanya kepada saya. So, saya berdoa dan berharap agar

1. Sihat sentiasa supaya blh jaga famili
2. Happy famili
3. Bahagia diri

4. Sentiasa disayangi (esp.suamilah) dan dihormati
4. Kena prepare utk mati
5.Dpt keje, tak kisah wlwpun keje drp rmh
6.Tesis cepat dpt wat hard cover..kehkehkeh
7.Sentiasa beribadat (tak semestinya di atas sejadah sahaja)
8.Hamba solehah (ujian2 di dunia ni banyak mencabar kewibawaan kita untuk menjadi hamba solehah), isteri solehah (susah oo mau capai title ni), ibu solehah (kerenah anak2 sungguh mencabar), anak solehah, kakak solehah, warga masy.solehah..
9.Mcm2 lagi yg membawa kebaikan pada saya dan famili saya


Untuk mereka, terutama yang sehari lebih awal wished me happy birthday terima kasih atas tanda ingatan kalian.

Thursday, February 09, 2006

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita

Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman

LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.“Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko.”Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.“Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah ‘perut buncit.“Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja,” katanya.Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.Moy menambah: “Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

Sumber: Berita Harian, 9.2.2006

Hari Asyura

Dapat forward email daripada kawan tentang amalan sunat pada hari asyura nih.

Antara Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Khamis, 9 Februari 2006)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu, lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. PuasaNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Teringat pula masa di matrikulasi dulu, setiap kali hari Asyura, akan ada satu aktiviti masak memasak bubur asyura/kuih asyura mengikut stail negeri masing-masing. Seronok.....masak ramai-ramai dan makan berjemaah. Hai..alam kampus yang kurindui..

Selesai juga

Sekarang jam 1. 52 pagi. 5 minit lalu baru jer selesai keseluruhan membaris typesetting arabic untuk buku cerita bahasa arab. Saja jer tolong suami. Nak hilangkan boring sementara menunggu proses selanjutnya utk tesis master. At least, boleh polish balik bahasa arab yang dah lama ditinggalkan. Tapi yang pasti, saya masih tak pandai bab membariskan akhir perkataan kerana ia berkaitan dengan grammar..susah ooo, pada sayalah. Grammar bahasa arab ni terlalu banyak nak diingati berbanding grammar bahasa inggeris.
Semalam pun tidur lebih kurang waktu ni juga. Syukurlah leh bangun cepat, kalau tak terkocoh-kocoh siapkan anak sekolah. Alia baru jer tidur, menggantikan Huda yang baru jer bangun tidur!!!!!!! Tak taulah pukul berapa dia boleh tidur balik.
Oh ya..hari ni dah masuk khamis..nanti P.A supervisor nak singgah ambil tesis saya. Harapnya ini adalah pembetulan terakhir sebelum saya boleh serahkan pada kulliyyah. Dan baru saya teringat, hari ini juga adalah Hari Asyura. Oklah..selamat berpuasa sesiapa yang nak puasa hari ni.

Wednesday, February 08, 2006

Wasiat kematian

Ada sesiapa di luar sana dah buat wasiat sebelum dipanggil Allah ni?
Saya teringat seminggu lalu, masa tu kami anak beranak sedang berehat di ruang tamu. Saya menonton televisyen. Suami berbaring sambil Husna tolong memicit kepala ayahnya dan Aiman, berbaring sebelah ayahnya. Sambil menanti iklan tv habis, mata saya merayau memandang buku-buku di rak almari, tengah berkira-kira nak mengemas semula setelah habis menulis disertasi ni. Tiba-tiba saya terfikir, siapalah yang nak membaca buku-buku pengajian saya jika saya meninggal kelak dan tiada seorang pun anak-anak saya mengambil jurusan yang sama dengan saya. Terus hati saya tergerak sesuatu dan saya bersuara dengan suami;
"Bang..kalau Nor mati nanti, buku-buku Nor ni sedekah kat mana-mana Library lah, kalau tak de anak-anak yang amik Law nanti. "Sebab pada saya, buat apa simpan kalau tak diguna lagi. Baik beri orang lain baca..dan tempat paling sesuai ialah perpustakaan. Dapat gak saya pahala amal jariah..hmm.
"Mana?" tanya suami saya. Saya tunjukkan deretan buku di almari tu. Saya terus bercakap bab kematian, tanpa saya sedari berlaku satu adegan yang tidak dijangka. Husna menangis!!!!!!!!!!!!sambil menekup mukanya di bantal suami saya. Suami saya buat isyarat suruh diam dan tunjuk ke arah husna.
Nampak mulutnya kumat kamit "Husna menangis.." Saya terdiam. Saya dan suami berpandangan. Suami berkumat kamit lagi "Dia faham.." Husna dah tahu apa itu mati, sebab saya pernah terangkan padanya makna kematian. Saya masih diam. Secara tak sengaja saya memandang Aiman. Rupanya dia pun menangis juga, perlahan. Entah macamana suasana jadi hening dan syahdu. Saya memandang tepat pada suami. Mata dia pun merah dan air mata dia keluar juga. Tak semena-mena saya pulak yang keluar air mata. Dah berjangkit pulak. Alahai..jadi drama pulak dah. Ohh...secara tak langsung saya tahu, betapa saya disayangi oleh keluarga saya. :)

Bila pakai baju 'bebek'

Hmmm..saya tak tahu orang lain panggil baju wanita yang tak bertali (dedah bahu) tu sebagai apa, tapi, saya gelarkannya baju 'bebek'. Bila saya terserempak dengan wanita yang berpakaian begini, saya selalu tertanya-tanya, tak risaukah mereka dengan pandangan orang lain atau pandangan mata-mata 'gatal' bila menengok mereka. Sering saya terfikir, macamanalah keadaannya jika ada orang tak bertanggungjawab secara tiba-tiba merentap baju mereka itu ke bawah di khalayak ramai..macamana mereka menghadapinya?

Persoalan yang sekian lama ini akhirnya terjawab apabila saya menerima forward email daripada seorang kawan baik semalam. Bila saya buka email ni, saya tergamam dan terkejut dengan apa yang saya lihat. Nak termuntah pun ada. Kisahnya, 2 orang (saya rasa) lelaki yang tidak bertanggungjawab telah memalukan beberapa orang wanita ( lebih kurang 10 orang) yang berpakaian begini di khalayak samaada di taman bunga atau di jalan raya. Seorang daripada lelaki ini bertindak memegang video kamera secara tertutup dan seorang lagi bertindak sebagai perentap baju wanita ini.

Si perentap pakaian ini, sama ada lalu di hadapan atau mengekori mangsa telah secara tiba-tiba merentap baju mangsa hingga ke bawah..apalagi..terpampang jelas aurat yang diharamkan melihatnya (langsung tidak di'blur'kan aurat tersebut!!!)..dan paling memeranjatkan mangsa langsung tidak memakai pakaian dalam, kecuali seorang yang berbaju dalam tapi turut direntap ke bawah!!!! Mangsa-mangsa ini, sama ada berjalan seorang atau berdua (dua2nya berbaju sama jenis juga direntap sepantas kilat) tergamam sebentar. Si perentap tadi terus berlari meninggalkan mangsa sambil rakan subahatnya merakamkan aksi mangsa yang dah separuh bogel ini terkial-kial menutup dadanya yang terdedah itu (wallahi, nak termuntah saya tengok). Dan mangsa-mangsa ini langsung tidak tahu keadaan separuh bogel mereka ini dirakamkan!!! Kasihan, wajah mereka pun tidak di'blur'kan, hanya wajah perentap sahaja di'blur'kan. Bayangkan perasaan mangsa-mangsa ini jika mereka tahu mereka telah menjadi tatapan seluruh dunia!!!!!! Mangsa-mangsa ini bukan wanita melayu, samaada berbangsa Cina or Korea or Jepun dan bukan berlaku di Malaysia (saya rasa).

Apa motif si pelaku dan rakan subahatnya melakukan demikian, tidak diketahui.Mungkin mereka ingin sampaikan mesej jangan berpakaian demikian di khalayak awam sebab hanya mengundang bahaya pada mereka sendiri.
Saya delete email tu, tak sampai hati nak forwardkan kepada orang lain. Cukuplah saya menyampaikan melalui mulut dan bukan melalui gambar or klip mereka sebab ia cukup memalukan. Kasihan mereka. Ini pengajaran buat kita kaum wanita.

Tak salah nak berpakaian seperti itu, tapi di rumahlah. Walaupun di rumah, pastikan ahli keluarga lelaki tiada..kerana nafsu syahwat tidak mengenal siapa. Bahkan Iblis pernah memberitahu Rasulullah di dalam dialog mereka bahawa wanita adalah senjata mereka. Fikir-fikirkanlah. Pakai seksi depan suami pahala berganda..pakai depan lelaki bukan muhrim neraka jawapannya.
Ingatlah, walau sehelai rambut pun terdedah dengan sengaja di hadapan lelaki ajnabi..maka azab neraka yang pedih menanti..apatah lagi anggota badan yang lain kecuali muka dan tapak tangan.
Ramai yang kata, ia adalah hak peribadi saya untuk mendedahkan aurat atau tidak. Tetapi, bila di dalam Al-Quran dah jelas perintah menutup aurat, maka ia adalah satu perintah yang tidak boleh diabaikan. Dan jika berhujah mengatakan tiada paksaan di dalam agama..jangan salah faham. Tiada paksaan itu bermakna tidak dipaksa memeluk Islam. Tapi, bila dah memeluk Islam, segala yang diwajibkan dalam ajaran Islam adalah paksaan sebenarnya. sebab kalau tak buat or tak ikut apa yang diwajibkan, maka berdosa pelakunya, kecuali jika ia perkara sunat or harus..barulah kalau tak buat tak berdosa..buat dapat pahala.Seperti wajib menunaikan solat, jika tak laksanakan, berdosa besar. Oleh itu, secara tidak langsung kita tahu bahawa setiap orang Islam itu dipaksa melakukan solat.
Sama-samalah kita berdoa semoga taufik dan hidayah Allah sentiasa datang di dalam hidup kita. amin...

Tuesday, February 07, 2006

Air mogok

Air oh air kenapa engkau mogok????

Problem air pulak pagi nih...syukurlah dah basuh baju satu round.Nak basuh round ke dua..tengok air mengalir laju, lepas tu perlahan alirannya dan terus berhenti. Terfikir camner la kalau Alia dan Huda bangun nanti, nak mandikan diaorang, nak masak, nak buang air kecil dan besar...ayoyo...Minta-minta air datang balik. Kat sinki, slow pula alirannya.

Tadi tinjau grup yahoo kejap, bestnya Kak A dah masuk balik grup, baru abih pantang member. Girl..Khadeeja Maisarah namanya. Maniskan namanya. Yang lagi sorang pun baru jer bersalin minggu lepas, Am dpt girl juga.Amilea Maisarah..hujungnya sama. Laku nama Maisarah nih..

Cakap pasal grup yahoo, geram betul. Entah apa masalahnya, virus email berlambak2 dlm grup..pas tu, slow pulak email(s) masuk inbox..sent malam, masuk petang esoknya. Sent pagi, petang baru masuk.Baru pagi ni ok balik.

Sebenarnya, hati den tongah gumbira ni..pagi tadi supervisor call..dah lama orang tunggu dia call, baru ari ni dpt bercakap..finalized beberapa perkara ttg disertasi..insyaAllah. Minggu depan baru hantar ke kulliyyah.

Alamak..baru teringat, beberapa hari lagi ni Thaipusam.Confirm tak leh nak keluar arah keSelayang dari Gombak ni..confirm jamm teruk beberapa hari ni.

Ok..stop dulu, nak abihkan letak baris utk arabic typesetting..

Sunday, February 05, 2006

Petang Ahad

Hari Ahad..tak ke mana-mana pun.Duduk kat rumah jer. Boring gak...tapi malas pula nak keluar berjalan. Malam semalam balik kejap rmh mak..dah seminggu lebih wannya tak tengok cucu-cucunya.

Entah nape, tiba2 ada mood lak nak wat kek. Bukan terror pun, tapi saja nak makan..tak gebu tak per, asal jangan bantat dah.Tapi problem tul, oven wat hal..tgh semangat sediakan bahan..oven tengah panas tu tiba2 terhenti..dia wat hal pulak..jamm..punyalah putar dia punya jangka masa..beger sana..beger sini..mau la akhirnya..tapi rasanya dah sewel...masa masukkan bancuhan kek tu..baru 5 minit..dah berbunyi tanda masak..terpaksalah pusing balik jangka masanya...tak taulah jadi ke idak kek tu..hehee..yang bestnya, bolehlah mintak cik abe sponsor oven baru..dah bertahun pun...

Thursday, February 02, 2006

Liku-liku menyiapkan Master

Lega tul dah baiki semua pembetulan..supervisor kata dah leh antar ke kuliah untuk peringkat seterusnya (utk disemak oleh examiner pulak).Harap2 examiner tak 'simpan' lama thesis saya nih. Nanti tak leh nak konvo tahun ni...

Bila flashback balik masa struggle coursework n disertasi ni, rasa macam tak percaya boleh habih gak master ni dalam tempoh 6 semester nih ( 3 thn)..yelah, dengan dua kali maternity leave..masa coursework, sekali maternity leave (kelahiran Huda) dan masa tempoh penyiapan disertasi ni, sekali maternity leave (kelahiran Alia).

Masa mengandungkan Huda, mmg plan nak conceived masa tu (time coursework)..heheh. sebab rasa Aiman dah besar walhal dia baru 2 tahun lebih. Saya gagahkan diri hadiri kuliah masa sarat mengandung..hinggakan petang jumaat sebelum bersalikan Huda, saya masih gagah bergerak ke kelas. Bayangkan masa dalam kelas tu (medical law - 5 - 7 p.m) dah terasa mild contraction dan bahagian bawah perut dah terasa nyut nyut nyut..abih kelas, called suami supaya siap solat maghrib dan terus bawa saya ke klinik bersalin (masa tu dah standby beg bersalin dalam keta suami) yang terletak tak jauh drp. universiti. Rupanya dah bukak 3 cm!!! Alhamdulillah, esoknya saya bersalinkan Huda. Asalnya nak cuti bersalin 2 minggu jer, dah bertukar maternity leave (1 sem) sebab Huda teruk jaundice (4 hari dalam wad) hingga sebulan lamanya. Atas nasihat suami supaya rehat betul jaga diri dan anak..saya pun bercuti..kang den buek dogel, kok apo2 berlaku, den yang kono salahkan...baik tak payah...

Kehadiran Alia tak dijangka langsung...memang tak sedia fizikal dan mental..masa tu Huda baru 8 bulan, dah melekat balik (alamak!!!!!!!!!)..memang mula2 tu menangis..tension gak..sebab fikir rushing nak siapkan disertasi..cik abe no hal, sibuk dia pujuk..."kena redha, orang lain susah dapat anak..kita senang dapat anak, patut bersyukur" ..masalahnya bukan tak nak beranak dah..tapi ikut pertimbangan saya..wrong timing...

Macam2 fikir masa tu..dengan disertasi baru mula..dengan Huda masih baby lagi..dengan Husna dan Aiman yang tengah lasak..Syukurnya tak de alahan teruk..cuma jaga makan sebab teruk gastrik..Tapi..slowly terima keadaan mengandung..bahkan hari2 berdoa agar Dia beri rasa redha mengandung..sampai satu tahap tu saya berdoa "Ya ALlah..aku tak minta mengandung..tapi Kau yang bagi..aku minta mudahkan lah segala urusan aku mengandung dan bersalin ni" dan saya juga minta bagi semangat utk terus belajar..

Memang Allah tu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..tiba2 datang satu kekuatan baru untuk saya meneruskan disertasi saya..saya jadi bersemangat nak jumpa sentiasa supervisor saya..pergi ke library UM dan UIA dengan perut memboyot..hinggalah di saat2 akhir saya nak bersalin, alhamdulillah masih bertenaga nak ke sana ke mari..hinggakan ada yang bising risau tengok saya cergas lagi bergerak (usia kandungan 5 or 6 bulan dlm perut pun saya masih gagah berkemas pindah rmh dan masih boleh berlari turun naik tangga!!!!!Alhamdulillah)

Memang ALlah tu kasihan dengan saya, hinggakan saya dapat bersalin dengan mudah ... setengah jam saya dalam labour room, lahir Alia tanpa sebarang komplikasi, baik bagi pihak saya mahupun Alia..(Masa husna dulu, sakit bersalin berbelas jam. Lepas 2 minggu bersalin pula kena masuk wad neonat sebab disyaki masalah usus.Syukur tak ada apa2 sebenarnya. AIman pula terlilit tali pusat di leher. Syukur masih boleh bersalin normal. Huda pula terberak dalam perut.Syukur juga boleh bersalin normal, tapi duduk wad neonat 4 hari sebab jaundice kuat. )

Bila dah bersalin, cuti pantang...cik abe suruh rehat tul..amik maternity leave. Then, slowly build up balik mood menulis..hingga satu ketika, supervisor tak dapat nak attend saya hampir beberapa minggu kerana urusan lain..dan mood slowly menurun, hinggakan selak buku rujukan tak sampai seminit, tutup balik.Begitulah keadaannya sehingga dia selesai kerja2nya..baru kami sambung semula...dan saya slowly bina balik mood menulis yang memang teruk sangat masa tu hinggakan satu tahap nak tutup buku dah..malas nak tengok.

Cuma fikirkan, jasa suami bagi moral support, jasa supervisor yang sentiasa bantu nak improve writing and very motherly to me, MARA dah antar surat tuntut bayaran, jasa mak dan mertua jaga anak2, kawan2 bagi moral support dan diri sendiri yang tak mau kantoi tengah jalan menulis itulah yang kuat semangat nak abihkan.

Saat paling genting bila supervisor minta saya serahkan keseluruhan chapter dlm bentuk comb binding (selepas kami siapkan fasa chapter demi chapter) kalau tak salahnya sebelum raya dan saya hanya ada 2 minggu jer utk baiki dan siapkan keenam-enam chapters seperti yang diharapkan oleh supervisor. Ya ALlah..mmg terasa mencabar sungguh. Bayangkan bab 2 jer mengambil masa 3 minggu utk saya baiki..dengan urusan rumahtangga lagi..kalau anak2 perlukan perhatian mmg kena tinggalkan kerja. Memang duduk di rmh tak boleh fokus 100%.Akhirnya, saya minta kelonggaran waktu sehingga pembetulan keseluruhan chapters saya dapat dibaiki.Sekali lagi supervisor membenarkan. Alhamdulillah.
Sebaik lepas raya puasa, saya terus mendapatkan carrel room (sentiasa menjadi rebutan kalangan postgraduate students) di library universiti untuk meneruskan kerja-kerja saya. Kebetulan masa tu cuti sekolah. 2 anak saya volunteer nak tinggal terus dengan mbahnya selepas raya selama 2 minggu. 2 anak lagi saya bawa balik dan kami berkampung pula di rmh emak saya di Selayang, sebab memikirkan saya akan sehari suntuk berada di library dan pulang malam. Kiranya, demi kebajikan anak2 saya. Biarlah saya berkampung di rmh mak. Dan terpaksa menyusahkan dia. Syukur mak faham dan dia pun mahu saya habiskan disertasi ni secepat mungkin.
Bermulalah episod saya bertunggu bertangga di carrel room (bilik kecil privasi yang disediakan rak buku dan kemudahan pc n internet) dari pagi hinggalah waktu library ditutup. Saya hanya sampai rumah mak paling cepat hampir jam 11 malam. Suami bagi moral support dengan menghantar dan menjemput saya. Terima kasih bang.
Sampai rumah mak pula, saya take over tengokkan Alia (baru masuk setahun masa tu dan masih menyusu badan) pula. Aiman dah besar tak kisah. Pandai betul Alia, dia tau saya tak jumpa dia seharian...dia pegi bantai berjaga sampai 2 or 3 pagi..saya pun kenalah berjaga utk tempoh waktu tu..mmg tension sebab penat dan letih. Pagi dah nak kena keluar dah. Satu hal lagi, saya dah start rindukan Husna dan Huda di rmh mertua, walaupun kami berbual di telefon hari-hari..saya cakap dengan suami, nak balik ziarah mereka. Saya curi dua hari utk balik tengok anak2..puas. Tension pun hilang. Aiman dan Husna tinggal lagi di rmh mertua. Alia dan Huda balik ikut saya.
Hampir sebulan saya pulun mengadap disertasi. Rasa nak muntah, pening kepala tak usah cakaplah..sampaikan saya macam tak boleh nak tengok buku lagi dah..automatik pening kepala. Saya kena siapkan disertasi dalam tempoh sebulan, sebab setiap student hanya dibenarkan menduduki bilik tersebut untuk sebulan sahaja sebelum diganti dengan student lain. Saya langsung tak de mood nak tengok blog ni, hanya yahoo grup saya saja yang saya hadap, time tension of course...seronok dapat kawan2 yang bagi moral support, siap ada yang suruh kuatkan hati jangan jenguk grup..tapi saya tak leh, nak lepaskan tension masuk grup..adalah penawarnya di situ. Akhirnya..saya dapat siapkan satu disertasi dan serahkan pada supervisor. Lepas tu, saya rasa macam lain, sebab dah terlalu teruk mengadap disertasi ni..saya kena mulakan satu demi satu balik..nak dapatkan mood jadi surirmh sepenuh masa balik..rasa terkial2. Nak bersedia anak2 p sekolah semula. Lama gak la..rasanya, sampai hari ni masih nak adjust 2 or 3 benda lagi.
Biarpun kena lalui 2 peringkat lagi, at least..tapi yang penting..saya dah habis menulis...bab kena baiki lagi bila examiner semak nanti perkara kedua...

Cuma sekarang ni..saya hadapi dilema lain pula..SHOULD I GO TO WORK?

Risau

Aiman dah hampir seminggu demam..on off..risau. tgh malam tadi pg lagi ke klinik ambil ubat...ingatkan dr. nak wat ujian darah..tapi tak wat pula..dia fikir tak perlu kot, yelah, aiman kena cirit birit n muntah2..pas tu ok dah n demam pun ok..pas tu datang balik demam ngan batuk berkahak dan selsema...

Yang aku risau takut denggi menyerang...tapi, tak nampak pun bintik2 merah keluar..na'uzubillah..minta jauhlah daripada 'pembunuh' ni..sambung cuti sekolah lagi lah dia ni..esok pun tak pegi. Bagi dia rehat betul.