Sunday, February 19, 2006

Aduh gigiku, aduh perutku

Memang ujian kesihatan betul untuk saya minggu ni; yelah, sejak malam Isnin lalu hingga malam Ahad ni saya terpaksa deal dengan sakit gigi geraham yang entah bila akan berakhir, begitu juga dengan sakit perut memanjang yang kerap berakhir di tandas. Tensyen??? Absolutely tension!!!! Bak kata, satu gigi sakit, satu anggota badan sakit, apatah lagi jika ditambah dengan kesakitan anggota badan yang lain. Jumaat malam lalu, saya pergi ke dua buah klinik. Satu klinik gigi, sebab nak dapatkan lagi antibiotik n pain killer yang dah habis, kerana selagi saya terasa gigi tu sakit (berdenyut lagi), selagi tu saya kena ambil ubat sehingga sakit hilang, baru boleh dicabut or tanam akar. Doktor bagi ubat untuk tiga hari lagi sampai Isnin nilah. Lepas tu, saya ke klinik biasa pula, ambil ubat cirit birit. Huda dan Alia pun sama juga. Dan sekarang saya kena telan 4 jenis ubat yang berlainan...betul2 menguji kesabaran. Bila dah kerap ke tandas dan membuang, kesannya badan jadi letih, ditambah dengan sakit kepala akibat sakit gigi tu..dah jadi macam demam..Ditambah makan ubat, membuatkan saya mengantuk yang amat.

Memang saya hilang mood nak buat kerja rumah, tapi terpaksa gagahkan juga mana yang larat...sempat suami mengusik "Itulah...orang nak amik maid tak mau..." heheh, memang saya belum ada hati nak amik maid. Dengan anak2, terutama dua yang besar tu, kalau nak wat hal sikit, awal-awal saya sound "umi tengah sakit ni, jangan buat umi marah". Syukur depa dengar kata..tapi, dah namanya budak, cepat lupa apa yang dipesan...meletup gak sesekali. Malam minggu ni memang tak ke mana. Makan malam pun dibeli saja. Tengoklah, mungkin minggu depan baru balik rmh mentua.

No comments: