Thursday, February 23, 2006

Rutin baru

Mulai petang Khamis ni, saya dah ada rutin baru. Tunggu Husna di sekolah sehingga ayahnya datang ambil kami di sana. Sepatutnya minggu lepas, tapi tak dapat nak mulakan lagi. Kan saya dah citer pasal Husna start kelas taekwandonya petang Khamis lepas. Masalahnya, kelas dia bermula 4.15 hingga 5.30 petang dan clash dengan waktu mengajar ayahnya yang mula lebih krg jam 5 hingga 7 ptg. Kesian pulak kat Husna kalau kami tak beri dia attend kelas tu sebab dia teruja sangat nak join. Awalnya, suami saya berat hati gak sebab fikirkan keselamatan Husna yang mungkin kena tunggu seorang diri di sekolah, sebab dah lewat petang sangat. Syukurlah, Khamis lepas, cikgu kelas dia yang temankan di kantin sampai suami saya datang ambil pada jam 6.30 petang. Rupanya dia dah keseorangan. Sebab saya telefon guru yang supervise kelas teakwando tu yang ayahnya akan ambil Husna waktu itu. Tiada pilihan lain lagi. Itulah keadaannya, jika Husna masuk kelas taekwando, dia kena tunggu ayahnya hingga jam 6.30 petang.
Jadi, saya cadangkan pada suami, kalau dia ada free time sebelum kelas 5 ptg dia tu, minta dia ambil saya di rumah, kami singgah di tadika dan ambil Aiman kemudian, saya dan anak-anak turun di sekolah Husna sementara dia habis kelas taekwando. Dan kami akan tunggu sehingga suami saya habis mengajar. Suami bersetuju. Patutnya start minggu lepas, tapi tak dapat pula. Tak perlah berkorban sikit, yang penting keselamatan Husna terjamin. Dialah satunya Husna saya, tiada dua tiganya..tak boleh beli dikedai atau dicuri daripada mana-mana maternity ward sebagai ganti.

6 comments:

Roving Soul said...

alahai... kasih sayang mak ni memang tak ternilai. terbayang2 plak muka Mak yang tengok je sayang kuar umah pagi tadi!

mesti husna pun will remember this sampai dah besar panjang nanti...

Along said...

Memang takutlah nak tinggalkan anak mana2 sorang diri. Nak2 le sekarang kat berita dengar macam2 berlaku. 10 kaki dari rumah pun, org boleh ambik anak kita bawak lari. Penat kita menjaga anak dari kecil.

I think it would be best if you get someone to stay with Husna until ur hubby mai ambik. Ur suggestion, pi tunggu Husna kat sekolah sesama bleh pakai. Harap semuanya selamat.

Hot Mama said...

I guess a mother would do anything untuk kebahagian anak. Hopefully nanti Husna dapat represent Malaysia in Taekwando. :-D

Kaklong Syikin said...

betui hot mama..nantilah, bila awak bergelar mama..awak akan buat sama ngan apa yang setiap ibu lain buat, bahkan lebih lagi rasanya.

Wow..tq 4 d pray...hehe.

Kaklong Syikin said...

Betui tu Along, sekarang ni mcm2 citer kes culik anak ni. Dahlah penat kita mengandung, beranak dan menjaganya. Na'uzubillah.

Memang start minggu ni saya p sek. Husna, asalnya nak wat minggu lepas lagi..tak dapat. memang syukur sebab cikgu kelas dia tolong temankan.

Kaklong Syikin said...

Nurelsa,
memang kasih sayang mak tu tak ternilai regenya.itulah sebabnya syurga tu bawah tapak kaki ibukan...

hopefully, husna akan ingat selamanya...amin