Wednesday, February 08, 2006

Bila pakai baju 'bebek'

Hmmm..saya tak tahu orang lain panggil baju wanita yang tak bertali (dedah bahu) tu sebagai apa, tapi, saya gelarkannya baju 'bebek'. Bila saya terserempak dengan wanita yang berpakaian begini, saya selalu tertanya-tanya, tak risaukah mereka dengan pandangan orang lain atau pandangan mata-mata 'gatal' bila menengok mereka. Sering saya terfikir, macamanalah keadaannya jika ada orang tak bertanggungjawab secara tiba-tiba merentap baju mereka itu ke bawah di khalayak ramai..macamana mereka menghadapinya?

Persoalan yang sekian lama ini akhirnya terjawab apabila saya menerima forward email daripada seorang kawan baik semalam. Bila saya buka email ni, saya tergamam dan terkejut dengan apa yang saya lihat. Nak termuntah pun ada. Kisahnya, 2 orang (saya rasa) lelaki yang tidak bertanggungjawab telah memalukan beberapa orang wanita ( lebih kurang 10 orang) yang berpakaian begini di khalayak samaada di taman bunga atau di jalan raya. Seorang daripada lelaki ini bertindak memegang video kamera secara tertutup dan seorang lagi bertindak sebagai perentap baju wanita ini.

Si perentap pakaian ini, sama ada lalu di hadapan atau mengekori mangsa telah secara tiba-tiba merentap baju mangsa hingga ke bawah..apalagi..terpampang jelas aurat yang diharamkan melihatnya (langsung tidak di'blur'kan aurat tersebut!!!)..dan paling memeranjatkan mangsa langsung tidak memakai pakaian dalam, kecuali seorang yang berbaju dalam tapi turut direntap ke bawah!!!! Mangsa-mangsa ini, sama ada berjalan seorang atau berdua (dua2nya berbaju sama jenis juga direntap sepantas kilat) tergamam sebentar. Si perentap tadi terus berlari meninggalkan mangsa sambil rakan subahatnya merakamkan aksi mangsa yang dah separuh bogel ini terkial-kial menutup dadanya yang terdedah itu (wallahi, nak termuntah saya tengok). Dan mangsa-mangsa ini langsung tidak tahu keadaan separuh bogel mereka ini dirakamkan!!! Kasihan, wajah mereka pun tidak di'blur'kan, hanya wajah perentap sahaja di'blur'kan. Bayangkan perasaan mangsa-mangsa ini jika mereka tahu mereka telah menjadi tatapan seluruh dunia!!!!!! Mangsa-mangsa ini bukan wanita melayu, samaada berbangsa Cina or Korea or Jepun dan bukan berlaku di Malaysia (saya rasa).

Apa motif si pelaku dan rakan subahatnya melakukan demikian, tidak diketahui.Mungkin mereka ingin sampaikan mesej jangan berpakaian demikian di khalayak awam sebab hanya mengundang bahaya pada mereka sendiri.
Saya delete email tu, tak sampai hati nak forwardkan kepada orang lain. Cukuplah saya menyampaikan melalui mulut dan bukan melalui gambar or klip mereka sebab ia cukup memalukan. Kasihan mereka. Ini pengajaran buat kita kaum wanita.

Tak salah nak berpakaian seperti itu, tapi di rumahlah. Walaupun di rumah, pastikan ahli keluarga lelaki tiada..kerana nafsu syahwat tidak mengenal siapa. Bahkan Iblis pernah memberitahu Rasulullah di dalam dialog mereka bahawa wanita adalah senjata mereka. Fikir-fikirkanlah. Pakai seksi depan suami pahala berganda..pakai depan lelaki bukan muhrim neraka jawapannya.
Ingatlah, walau sehelai rambut pun terdedah dengan sengaja di hadapan lelaki ajnabi..maka azab neraka yang pedih menanti..apatah lagi anggota badan yang lain kecuali muka dan tapak tangan.
Ramai yang kata, ia adalah hak peribadi saya untuk mendedahkan aurat atau tidak. Tetapi, bila di dalam Al-Quran dah jelas perintah menutup aurat, maka ia adalah satu perintah yang tidak boleh diabaikan. Dan jika berhujah mengatakan tiada paksaan di dalam agama..jangan salah faham. Tiada paksaan itu bermakna tidak dipaksa memeluk Islam. Tapi, bila dah memeluk Islam, segala yang diwajibkan dalam ajaran Islam adalah paksaan sebenarnya. sebab kalau tak buat or tak ikut apa yang diwajibkan, maka berdosa pelakunya, kecuali jika ia perkara sunat or harus..barulah kalau tak buat tak berdosa..buat dapat pahala.Seperti wajib menunaikan solat, jika tak laksanakan, berdosa besar. Oleh itu, secara tidak langsung kita tahu bahawa setiap orang Islam itu dipaksa melakukan solat.
Sama-samalah kita berdoa semoga taufik dan hidayah Allah sentiasa datang di dalam hidup kita. amin...

1 comment:

Cenonit Manja SYG said...

Assalam...Video yg dimaksudkn tu sengaja di rakamkn ntk tatapan dunia..Kalau skang bersepah di fb n utube..