Saturday, February 11, 2006

Angkasawan oh angkasawan

Aiman ( 4 thn lbh masa ni) dan Husna (5 thn lbh masa ni), hari pertama mereka ke integrated Islamic Pre-School (2005) . Belum ada pakaian seragam lagi masa ni.

Hmm..antara perkembangan terbaru di negara kita sekarang berkenaan dengan pemilihan bakal angkawasan Malaysia pertamakan...sebut pasal angkasawan ni, teringat saya pasal Husna, anak sulung den. Masa dia mula pandai membaca dulu, dalam 4 tahun lebih (selalu terlupa bila orang tanya bila dia pandai membaca, saya kata 5 tahun lebih, walhal 4 thn lbh), saya tak sangka dia begitu teruja membaca apatah lagi setelah dapat membaca dengan lancarnya..ensaiklopedia satu set kepunyaan adik saya, jadi bahan bacaan utamanya masa tu..naik lunyai dah ensaiklopedia2 tu. Salah satu daripada ensaiklopedia tu menceritakan mengenai angkasa lepas dan angkasawan.
Satu hari, saya tengah buat kerja di dapur, Husna datang menghampiri saya,
"Ummi, nanti kakak nak jadi angkawasan", sambil dia menunjukkan mukasurat ttg angkasa lepas dan angkasawan tu pada saya.Terkejut saya mendengarkannya. Gembira pun ada sebab besarnya lah cita2nya tu.
"Oo..ok, tapi kakak kena belajar bersungguh2 baru boleh nak jadi angkasawan"
"Tapi kakak kecik lagi. Ummi..kenapalah kakak tak besar2 ni..kakak nak nak besarlah.."tiba2 dia merungut dan tak semena2 dia menangis. Terkejut lagi saya..pulak dah.
"Eh..kenapa menangis..kakak kena sekolah rendah dulu, lepas tu sekolah menengah..lepas tu masuk universiti .."
"ala..kakak tak sabar nak sekolah.." aduh, pening saya dengan kerenah dia yang tiba2 tu..saya suruh dia berhenti menangis dia tak mau..bahkan dia menghentak2 kaki lagi..tak tau nak kata apa, saya tinggalkan dia yang menangis mengada-ngada tu...
Minggu depannya pula, satu petang Sabtu, dia tengok cerita Power Rangers. Habis cerita tu, dia dengan excitednya datang pada saya dan berkata, "Ummi, kakak nak jadi Power Rangerslah.." Pulak...Saya jawab, "Mana ada kerja power rangers..itu tipu jer tuh.."
Saya ingat isu dia nak jadi angkasawan tu dah terhenti masa tu..rupa-rupanya, masa heboh pemilihan bakal angkasawan negara ni, timbul balik isu tu daripada Husna. Saya tengah menyidai pakaian di luar masa tu, dia dengan tersengih-sengih datang kepada saya,
"Ummi..kakak tak naklah jadi angkasawan."
"Kenapa?"
"Sebab jauh sangatlah...mana nak nampak Malaysia daripada atas tu..macamana nak balik nanti? "(maksudnya balik ke rumahlah) Tersengih saya. Sebenarnya nak tergelak besar pun ada sebab jawapan spontannya tuh..
"Lagipun, kakak kena pergi ke Amerika sana..tak maulah.." hehe..entah mana dia tau dia kena ke Amerika pun saya tak taulah..tapi itulah Husna..isi kandung perbualannya tu kadang2 tak percaya dia baru tahun satu. Mungkin gak dia suka membaca, tu sebab perbendaharaan dan pengetahuannya sentiasa bertambah.

4 comments:

Hot Mama said...

Ala pandainya Husna... I think pasal tuu parents need to be more creative daripada anak.

Kaklong Syikin said...

Betul tu Hot Mama..bila anak dah pandai membaca dan suka membaca, memang macam-macam dia akan utarakan pada kita. Sekarang ni, kalau dia bagi satu view or knowledge pada kami, kami tak boleh nak kata "Husna tipu..mana ada.." sebaliknya kami terpaksa tanya balik " Kakak tau daripada mana?" Dia akan jawablah daripada buku sekian sekian.

HEhee..sekarang ni, kami dapat ilmu tambahan dari Husna, terutama bila dia membaca ensaiklopedia. Tak boleh nak malulah bila belajar daripada anak.Sebab itu perkara betulkan..

Oh ya..Hot Mama, saya dah dropped by blog awak masa hari pertama awak daftar as UKS member..tahniah. Tak lama lagi awak akan jadi emak juga.

Dan terima kasih kerana singgah di blog saya.

Hot Mama said...

Pandaikan budak-budak sekarang....
Anak saudara saya pun camtu. Dia dah dihantar ke skolah sejak umur satu tahun lebih. Suka tanya soalan sampai kita tak terjawab

Kaklong Syikin said...

heheh..memang budak2 sekarang advance. Tak perlah hot mama..nanti time awak ada anak, awak akan experience the same...Husna ni talkative, kekadang tu saya terpaksa suruh dia stop cakap. Tapi kata ayahnya, ikut sapa???? hehe