Friday, February 24, 2006

Di sekolah Husna

Semalam, masa saya sampai di sekolah Husna, dia belum habis kelas taekwando lagi. Sebelum tu risau gak sebab tengok beberapa pelajar lain yang berpakaian seragam taekwando berlegar2 di kawasan sekolah, saya ingatkan dah habis latihan. Memandang jugalah ke arah kantin, tempat yang dijanjikan utk berjumpa dengan Husna, tapi tak nampak pun kelibat dia. Saya bertanya dengan salah seorang pelajar yg berpakaian seragam taekwando tu, dia kata dah abih training dan budak tahun satu pun sama dewan dengan mereka. Ah sudah...mana pulak Husna nih...saya minta budak tu tunjukkan saya di mana dewan latihan. Masalahnya, pihak sekolah meletakkan had pergerakan parents di kwsn sekolah tu. So, saya tak dapatlah nak mencari jauh ke dalam. Tapi, saya terperasan kat satu ruang legar tu ada beg sekolah Husna antara berbelas-belas buah beg yang tersusun di tepi dinding. Lega saya, tau dia belum habis lagi latihan. Kalau tak, at least dia berkejaran bermain dengan kawan-kawannya. Saya ajak Aiman, Huda dan Alia untuk tunggu di situ(saya suka sekolah ni sebab banyak ruang legar yang berbumbung, senang nak berteduhdaripada panas dan hujan), supaya senang Husna nampak kami. Macam piknik pula bila saya belikan anak2 air kotak soya dan roti vanila 50 sen tu (singgah kejap di kedai runcit depan tadika Aiman masa mengambil dia tu), suruh depa makan sambil tunggu kakaknya. Si Alia pun minum sekotak, pandai dah nak pegang sendiri..baru 1 thn lebih tu.


Sambil menanti tu, saya terpandang cikgu kelas Husna, segera saya mendapatkannya dan bertanya dewan latihan...sempat gak saya berterima kasih pada dia sebab temankan Husna sampai ayahnya datang pada Khamis lepas. Tak lama lepas tu, Husna keluar dan ternampak saya, seronok dia berlari2 ke arah saya. Saya suruh dia join adik-adiknya makan dan minum. Lepas tu depa main bersama. Bahagia rasanya melihat keempat-empat anak bersama dengan saya di depan mata. Tengok depa berlari, bergurau dan bermain. Satu kepuasan.

Hmm..hari makin lewat petang, kami beralih ke ruang legar berdekatan dengan kantin, lagi senang suami nak nampak kami. Pukul 7 lbh baru ayahnya datang ambil. Sebelum tu hujan gerimis sekejap...si Alia punyalah seronok bila rasa angin kuat menampar2 pipinya..menjerit2 dia sampai nampaklah gigi 3 batang gigi depannya...tergelak saya. Ada sekali tu, duk saya memangku Alia sekejap, entah camner dia mengorek hidungnya, kemudian mengeluarkan jarinya tu. Dia tengok kejap jarinya dan dengan perlahan2 dia suakan jari kotornya tu ke arah kakak2 dan abangnya, apalagi menjeritlah abg dan kakaknya "eeiii...jijik", kami semua gelak, Alia lagilah tersengih-sengih..cuba lagi menyuakan jarinya tu. Cepat-cepat saya tarik jarinya dan mengelap. Sengih jer dia.

Nampaknya, setiap hari Khamis adalah hari saya bertunggu tangga di sekolah Husna. Tak tau lagi sampai bila.

2 comments:

Along said...

Seronoknya baca ada anak ramai, gembira dan bermain bersama. Walaupun anak2 along baru dua orang, pun dah terasa meriah jugak hidup.
Semoga sentiasa selamat dan bahagia anak2 kita yer. Insya'allah...

Anonymous said...

betui tu along..time depa bermain bersama riang gembira..rasanya, ada anak sedozen pun tak per.
tapi..time depa bergaduh tu..alamak..rasa cukuplah anak 4 ni jer..