Thursday, February 02, 2006

Liku-liku menyiapkan Master

Lega tul dah baiki semua pembetulan..supervisor kata dah leh antar ke kuliah untuk peringkat seterusnya (utk disemak oleh examiner pulak).Harap2 examiner tak 'simpan' lama thesis saya nih. Nanti tak leh nak konvo tahun ni...

Bila flashback balik masa struggle coursework n disertasi ni, rasa macam tak percaya boleh habih gak master ni dalam tempoh 6 semester nih ( 3 thn)..yelah, dengan dua kali maternity leave..masa coursework, sekali maternity leave (kelahiran Huda) dan masa tempoh penyiapan disertasi ni, sekali maternity leave (kelahiran Alia).

Masa mengandungkan Huda, mmg plan nak conceived masa tu (time coursework)..heheh. sebab rasa Aiman dah besar walhal dia baru 2 tahun lebih. Saya gagahkan diri hadiri kuliah masa sarat mengandung..hinggakan petang jumaat sebelum bersalikan Huda, saya masih gagah bergerak ke kelas. Bayangkan masa dalam kelas tu (medical law - 5 - 7 p.m) dah terasa mild contraction dan bahagian bawah perut dah terasa nyut nyut nyut..abih kelas, called suami supaya siap solat maghrib dan terus bawa saya ke klinik bersalin (masa tu dah standby beg bersalin dalam keta suami) yang terletak tak jauh drp. universiti. Rupanya dah bukak 3 cm!!! Alhamdulillah, esoknya saya bersalinkan Huda. Asalnya nak cuti bersalin 2 minggu jer, dah bertukar maternity leave (1 sem) sebab Huda teruk jaundice (4 hari dalam wad) hingga sebulan lamanya. Atas nasihat suami supaya rehat betul jaga diri dan anak..saya pun bercuti..kang den buek dogel, kok apo2 berlaku, den yang kono salahkan...baik tak payah...

Kehadiran Alia tak dijangka langsung...memang tak sedia fizikal dan mental..masa tu Huda baru 8 bulan, dah melekat balik (alamak!!!!!!!!!)..memang mula2 tu menangis..tension gak..sebab fikir rushing nak siapkan disertasi..cik abe no hal, sibuk dia pujuk..."kena redha, orang lain susah dapat anak..kita senang dapat anak, patut bersyukur" ..masalahnya bukan tak nak beranak dah..tapi ikut pertimbangan saya..wrong timing...

Macam2 fikir masa tu..dengan disertasi baru mula..dengan Huda masih baby lagi..dengan Husna dan Aiman yang tengah lasak..Syukurnya tak de alahan teruk..cuma jaga makan sebab teruk gastrik..Tapi..slowly terima keadaan mengandung..bahkan hari2 berdoa agar Dia beri rasa redha mengandung..sampai satu tahap tu saya berdoa "Ya ALlah..aku tak minta mengandung..tapi Kau yang bagi..aku minta mudahkan lah segala urusan aku mengandung dan bersalin ni" dan saya juga minta bagi semangat utk terus belajar..

Memang Allah tu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..tiba2 datang satu kekuatan baru untuk saya meneruskan disertasi saya..saya jadi bersemangat nak jumpa sentiasa supervisor saya..pergi ke library UM dan UIA dengan perut memboyot..hinggalah di saat2 akhir saya nak bersalin, alhamdulillah masih bertenaga nak ke sana ke mari..hinggakan ada yang bising risau tengok saya cergas lagi bergerak (usia kandungan 5 or 6 bulan dlm perut pun saya masih gagah berkemas pindah rmh dan masih boleh berlari turun naik tangga!!!!!Alhamdulillah)

Memang ALlah tu kasihan dengan saya, hinggakan saya dapat bersalin dengan mudah ... setengah jam saya dalam labour room, lahir Alia tanpa sebarang komplikasi, baik bagi pihak saya mahupun Alia..(Masa husna dulu, sakit bersalin berbelas jam. Lepas 2 minggu bersalin pula kena masuk wad neonat sebab disyaki masalah usus.Syukur tak ada apa2 sebenarnya. AIman pula terlilit tali pusat di leher. Syukur masih boleh bersalin normal. Huda pula terberak dalam perut.Syukur juga boleh bersalin normal, tapi duduk wad neonat 4 hari sebab jaundice kuat. )

Bila dah bersalin, cuti pantang...cik abe suruh rehat tul..amik maternity leave. Then, slowly build up balik mood menulis..hingga satu ketika, supervisor tak dapat nak attend saya hampir beberapa minggu kerana urusan lain..dan mood slowly menurun, hinggakan selak buku rujukan tak sampai seminit, tutup balik.Begitulah keadaannya sehingga dia selesai kerja2nya..baru kami sambung semula...dan saya slowly bina balik mood menulis yang memang teruk sangat masa tu hinggakan satu tahap nak tutup buku dah..malas nak tengok.

Cuma fikirkan, jasa suami bagi moral support, jasa supervisor yang sentiasa bantu nak improve writing and very motherly to me, MARA dah antar surat tuntut bayaran, jasa mak dan mertua jaga anak2, kawan2 bagi moral support dan diri sendiri yang tak mau kantoi tengah jalan menulis itulah yang kuat semangat nak abihkan.

Saat paling genting bila supervisor minta saya serahkan keseluruhan chapter dlm bentuk comb binding (selepas kami siapkan fasa chapter demi chapter) kalau tak salahnya sebelum raya dan saya hanya ada 2 minggu jer utk baiki dan siapkan keenam-enam chapters seperti yang diharapkan oleh supervisor. Ya ALlah..mmg terasa mencabar sungguh. Bayangkan bab 2 jer mengambil masa 3 minggu utk saya baiki..dengan urusan rumahtangga lagi..kalau anak2 perlukan perhatian mmg kena tinggalkan kerja. Memang duduk di rmh tak boleh fokus 100%.Akhirnya, saya minta kelonggaran waktu sehingga pembetulan keseluruhan chapters saya dapat dibaiki.Sekali lagi supervisor membenarkan. Alhamdulillah.
Sebaik lepas raya puasa, saya terus mendapatkan carrel room (sentiasa menjadi rebutan kalangan postgraduate students) di library universiti untuk meneruskan kerja-kerja saya. Kebetulan masa tu cuti sekolah. 2 anak saya volunteer nak tinggal terus dengan mbahnya selepas raya selama 2 minggu. 2 anak lagi saya bawa balik dan kami berkampung pula di rmh emak saya di Selayang, sebab memikirkan saya akan sehari suntuk berada di library dan pulang malam. Kiranya, demi kebajikan anak2 saya. Biarlah saya berkampung di rmh mak. Dan terpaksa menyusahkan dia. Syukur mak faham dan dia pun mahu saya habiskan disertasi ni secepat mungkin.
Bermulalah episod saya bertunggu bertangga di carrel room (bilik kecil privasi yang disediakan rak buku dan kemudahan pc n internet) dari pagi hinggalah waktu library ditutup. Saya hanya sampai rumah mak paling cepat hampir jam 11 malam. Suami bagi moral support dengan menghantar dan menjemput saya. Terima kasih bang.
Sampai rumah mak pula, saya take over tengokkan Alia (baru masuk setahun masa tu dan masih menyusu badan) pula. Aiman dah besar tak kisah. Pandai betul Alia, dia tau saya tak jumpa dia seharian...dia pegi bantai berjaga sampai 2 or 3 pagi..saya pun kenalah berjaga utk tempoh waktu tu..mmg tension sebab penat dan letih. Pagi dah nak kena keluar dah. Satu hal lagi, saya dah start rindukan Husna dan Huda di rmh mertua, walaupun kami berbual di telefon hari-hari..saya cakap dengan suami, nak balik ziarah mereka. Saya curi dua hari utk balik tengok anak2..puas. Tension pun hilang. Aiman dan Husna tinggal lagi di rmh mertua. Alia dan Huda balik ikut saya.
Hampir sebulan saya pulun mengadap disertasi. Rasa nak muntah, pening kepala tak usah cakaplah..sampaikan saya macam tak boleh nak tengok buku lagi dah..automatik pening kepala. Saya kena siapkan disertasi dalam tempoh sebulan, sebab setiap student hanya dibenarkan menduduki bilik tersebut untuk sebulan sahaja sebelum diganti dengan student lain. Saya langsung tak de mood nak tengok blog ni, hanya yahoo grup saya saja yang saya hadap, time tension of course...seronok dapat kawan2 yang bagi moral support, siap ada yang suruh kuatkan hati jangan jenguk grup..tapi saya tak leh, nak lepaskan tension masuk grup..adalah penawarnya di situ. Akhirnya..saya dapat siapkan satu disertasi dan serahkan pada supervisor. Lepas tu, saya rasa macam lain, sebab dah terlalu teruk mengadap disertasi ni..saya kena mulakan satu demi satu balik..nak dapatkan mood jadi surirmh sepenuh masa balik..rasa terkial2. Nak bersedia anak2 p sekolah semula. Lama gak la..rasanya, sampai hari ni masih nak adjust 2 or 3 benda lagi.
Biarpun kena lalui 2 peringkat lagi, at least..tapi yang penting..saya dah habis menulis...bab kena baiki lagi bila examiner semak nanti perkara kedua...

Cuma sekarang ni..saya hadapi dilema lain pula..SHOULD I GO TO WORK?

No comments: