Friday, February 17, 2006

Hari Ahad lepas

Hmm..citer dah basi dah..tapi saja jer...nak lepas gian mencoret

Hari Ahad lepas pegi ziarah bapa saudara dan isterinya baru balik Haji. KEsian, sampai Malaysia ni, makngah demam panas yang teramat, siap batuk lagi..mukanya merah macam udang kena bakar. Pakngah pulak tekanan darah rendah.
Masa nak keluar ke highway jalan Kuching, kami lalu depan batu Caves, laluan kami lengang , tapi laluan sebelah masih jammed..masih ramai lagi yang menghabiskan saki baki perayaan Thaipusam rupanya. Kalau area Selayang, Gombak dan Batu Caves ni, dua hari sebelum perayaan Thaipusam memang dah start jammed hingga sehari selepas perayaan. Teringat masa coursework Master dulu..nak p kelas hari Sabtu, memang terpaksa patah balik dan ikut jalan jauh untuk sampai ke kampus.
Lepas tu, masa kat highway jalan kuching..terbaca lak pada notice board digital (betui idak istilah ni) yang beberapa jalan di KL tutup sebab Le Tour De Langkawi..hmm..sana sini jammed. Memang jalan slow jer kat highway tu, ingatkan sebab dek LTDL tu, rupanya ada construction jalan nak wat flyover..
Kami sampai rmh lewat malam, sebelum tu hantar mak balik rmh sebab dia sampai dulu rmh pakngah, adik saya yang bawa. Sampai rumah mak, kami rehat terutama suami sakit kepala. Balik tu, lalu depan Batu Caves, masih jamm, syukur keta masih boleh bergerak perlahan..Masih ramai manusia kat area ni yelah, ngan fun fair dan bazaarnya.

No comments: