Thursday, February 09, 2006

Selesai juga

Sekarang jam 1. 52 pagi. 5 minit lalu baru jer selesai keseluruhan membaris typesetting arabic untuk buku cerita bahasa arab. Saja jer tolong suami. Nak hilangkan boring sementara menunggu proses selanjutnya utk tesis master. At least, boleh polish balik bahasa arab yang dah lama ditinggalkan. Tapi yang pasti, saya masih tak pandai bab membariskan akhir perkataan kerana ia berkaitan dengan grammar..susah ooo, pada sayalah. Grammar bahasa arab ni terlalu banyak nak diingati berbanding grammar bahasa inggeris.
Semalam pun tidur lebih kurang waktu ni juga. Syukurlah leh bangun cepat, kalau tak terkocoh-kocoh siapkan anak sekolah. Alia baru jer tidur, menggantikan Huda yang baru jer bangun tidur!!!!!!! Tak taulah pukul berapa dia boleh tidur balik.
Oh ya..hari ni dah masuk khamis..nanti P.A supervisor nak singgah ambil tesis saya. Harapnya ini adalah pembetulan terakhir sebelum saya boleh serahkan pada kulliyyah. Dan baru saya teringat, hari ini juga adalah Hari Asyura. Oklah..selamat berpuasa sesiapa yang nak puasa hari ni.

No comments: