Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, December 28, 2006

Siapa tetamu istimewa

Assalamualaikum,

Hmm..siapa ya tetamu istimewa saya tu? Memang teringin sangat nak berjumpa dia, bahkan dah beberapa kali called confirm untuk datang, tetapi, perancangan ALLAH tiada siapa yang tahukan? Itulah dia, kalau dah usaha juga, tapi ALLAH tak izinkan, takkan berlaku juga. Macam tu jugaklah dengan ketidak kehadiran tetamu istimewa saya ni,
IV (Ibu Vogue) . Huhu...tak de rezeki kami nak berjumpa kali ni. Tak merasalah juadah bubur kacang durian, agar-agar milo dan karipap yang saya sediakan untuk IV sekeluarga.

Sejak saya tau IV nak datang ke rumah. Dia smsed saya hari Ahad tak salahnya. Dia bagitau nak datang KL. Saya excited dan berdebar2 tak sabar nak menemuinya. Dan sepatutnya petang Rabu (semalam), IV tiba ke rumah saya, tetapi hingga jam 5 petang lebih tak salahnya, iv baru sampai di keramat untuk menziarahi bekas pengasuh anaknya. Jammed teruk khabarnya, tu yang sampai lambat kat rmh pengasuh tu. Dan saya ni kembali menanti dengan penuh debar sehinggalah azan Maghrib, tiada juga khabar daripadanya. Saya makin resah, anak2 pun dah sibuk dan kerap kali bertanya bila kawan ummi nak datang. Lepas solat Maghrib, hampir jam 8 malam masa tu, saya called, tidak berjawab. Nak tau dia kat mana masa tu. Mula resah balik ni.

Dek kerana dah 8 malam, saya pun sajalah tanak nasi lebih dan tambahkan lauk, takut2 IV sampai nanti, kesian kat dia, takkan nak bagi makan bubur kacang waktu makan malam. Kesian kat depa, terutama anak2nya (LA & LC). Tapi, saya terfikir gak, kot2 IV singgah makan luar dulu, takut menyusahkan saya pulak (takdelah nak menyusahkan, with pleasure lagi adalah :D). Kemudian saya smsed dia, tanyakan dia sesat ke. Tak berbalas juga. Tunggu dan tunggu. Saya makin gelisah. Asal kereta lalu depan rumah, cepat2 saya suruh anak meninjau. Saya called lagi, adalah 2 kali berturut2. tak juga berjawab. Aduh..resahnya. Saya terfikir gak, takkan kemalangan kot, kalau sesat, dia masih boleh telefon lagi. Oh, janganlah kemalangan pulak.

Dah jam 9 malam, hati saya bertambah resah. Dia tak muncul lagi. Ya ALlah, mana dia ni. Saya mengadap pc sambil fikiran menerawang kat IV. risau dan risau dan risau. Dek keresahan menanti, saya called sorang best fren saya, X. Dia mmg saya bagi tau awal lagi akan kedatangan sorang mama blogger ke rumah saya. Saya pun mengadulah kat dia, manalah IV ni tak sampai2 lagi. Macam2 perkara buruk yang terkeluar kat fikiran saya, saya luah kat dia..sampai bab kemalanganlah, sesatlah. Ke situ pulak fikirnya..apa daaa..

Duk bercakap ngan X, tiba2 hp saya berbunyi (masa ni 9 mlm lebih tak salahnya). Ha..tu dia nama IV tertera kat hp. Apalagi, cepat2 saya jawab n stop bercakap ngan X. La hai, ringkasnya, IV mmg nak ke rumah saya sebelum maghrib dan solat kat rumah saya sekali. Tapi, adik ipar IV yang ikut bersama tak sihat dan mengalami muntah2 yang teruk. Terus depa p ke klinik. Yang IV ni, punyalah kalut, sampai hp tertinggal dalam kereta. Kiranya, yang saya called dia lepas maghrib tu, dia dah masuk kliniklah. Memang sepanjang dalam klinik dia terlupa langsung pasal rumah saya ni. Dah habis rawatan adik iparnya kalau tak salah, baru dia teringatkan saya dan baru teringat hp dia tertinggal dalam keta. Hehe..berderet2 missed call saya n satu sms. Tu yang cepat2 dia called saya.

Dek kerana adik iparnya baru lega, saya kira tak mengapalah, kalau depa tak dpt datang ke rumah saya ni, biarlah bawa adik iparnya balik terus. Sian pulak kawan tu tengah lemah nak diusung berjalan lagi. Kata putus, iv tak jadi datang rumah saya (mmg sedih masa tu, tapi apa nak buat) dan saya akan ke rumah kakak iparnya untuk mengambil barang pesanan saya tu bila saya kelapangan nanti. tak pe, tak basi pun barang tu. Saya pulak hari ni (Khamis) sibuk ngan hal anak kat sekolah dan tak tau pukul berapa habisnya, jadi tak berani nak janji untuk terima dia sebagai tetamu. Takut terkejar2 dan kelam kabut. Saya nikan sampai dah imagine anak2 dia bermain ngan anak2 saya, bergambar bersama lagi. Tak pelah. Ada hikmahnya tukan. Lepas tu, saya called X bagitau yg telahan saya ternyata tak tepat. Sama2 kami gelak sebab jauh nao saya fikir. Tak mengapalah, yang penting IV selamat, tak de kemalangan atau sesat.

Hingga di lain waktu ya IV, kita jumpa lagi. Tapikan iv, lepas akak off hp tu, akak rasa nak nangis pun ada, sebab memang berharap sangat dapat jumpa IV sekeluarga. Allah lum izinkan kita berjumpa ni. Agaknya nak akak ke utaralah tu hehe.

So kengkawan, itulah dia, tak de rezeki nak jumpa mama blogger kita ni.

p.s. IV, maaf ya kot2 akak ada tersalah maklumat pasal kelewatan dan sebab musabab pembatalan kedatangan iv ni.

Tuesday, December 26, 2006

Cerita Sabtu

Assalamualaikum

Sejak Ahad ari tu semangat nak bercerita, tapikan ada aje halangannya, so malam nilah baru boleh menaip.

Ok, sepatutnya lepas saya update entri Jumaat lepas, saya balik rmh mil macam yang saya sebut dlm entri tu, tapi sebaliknya berlaku. Kami balik pagi Sabtu esoknya disebabkan suami kepenatan yang amat sangat.

Pagi Sabtu tu ( 9 pg lbh), kami balik ke rumah mil, dan bila sampai sana, terjadilah adegan ala2 drama swasta sikit antara alia n kakak2nya. Masa keta suami memasuki porch rmh mil, huda yang tengah duduk berbuai atas buaian kat luar rmh tu, matanya bulat memandang keta. Dia tersengih2 dan berlari masuk dalam rumah. Buat announcement lah tu kami dah sampai, dan dia keluar semula. Bila nampak aje saya dan alia keluar daripada keta, Huda pun jerit,
Alia, sambil mendepakan tangannya
Uda, jerit Alia pulak. Masa ni gak Husna keluar ke laman,
Alia, jerit Husna kesukaan
kakak, jerit Alia pulak. Punyalah excited dia dpt tengok kakak2nya.

Bila saya turunkan Alia drp dukungan mengadap Huda, huda pun memeluk alia sambil tersenyum. Kemudian baru Aiman jumpa Alia, cool aje abangnya tu, tapi tersengih2 suka. Apalagi, alia joinlah abang n kakak2nya bermain. Saya pun mengemas semua pakaian anak sebab nak bawak depa balik kampung saya pulak. Sempat makan sikit. Sedap mee goreng hailam mil.

Jam 11 pagi lebih, kami bertolak ke kampung saya di N9, ada kenduri tahlil kat rmh pusaka moyang. skrg ni makcik saya yg duduk sana –adik mak. Syukur jalan tak jammed (sesuatu yang menghairankan), cuma masa kat exit alor gajah – tampin, jalan jadi slow sikit.

Menu kenduri tengahari tu, nasi putih, gulai daging salai + pisang muda (Simah, rindu tak ngan masakan ni ?), asam pedas ikan parang, asam pedas ikan kembung (ni sorang mak sedara yang bawak), sayur goreng, ayam masak merah. Apa lagi ek? Tak ingat. Rasanya itu aje. Pas tu, pencuci mulutnya macam biasalah, agar2, buah tembikai kuning dan merah, kuih lapis, kuih seri muka dan most feveret, tapai pulut. Alia pun suka rupanya, terkejut tengok dia makan sebungkus tu sorang aje. Aiman pula sampai 2 bungkus dia tibai.

Memang seronok gather gathering ni, bukan senang nak berkumpul macam ni, daripada cicit sampailah ke moyang sedara. Yang kesiannya si Aiman ni, mana dia nak pergi, si Alia sibuk nak ikut, hatta akan menjerit menangis kalau dia tengok abangnya tak mo jalan ngan dia. Sampai Aiman merungut ngan saya “Asyik ikut Aiman aje, terpaksalah pujuk Aiman layan aje kerenah si Alia tu.

Kami bertolak balik jam 7 malam. Kesian Husna n Aiman, asalnya nak tidur rmh mak sedara tu dan ikut mak saya yang balik KL hari Ahad petang nanti. Jadinya, Huda dan Alia ajelah yang ikut kami balik. Malangnya, masa keta dah bergerak, tiba2 Huda menangis, “kakak, suami pun suruh Husna dan Aiman balik sama gak, yelah, dah seminggu depa bersama, tiba2 nak pisah pulak. Nak tinggalkan huda jugak, takut alia pulak buat hal macam ari tu. Nak suruh Huda tinggal dan Aiman ikut kami, tak boleh gak, sebab Aiman kamceng ngan kakaknya. Guana tu? Berantai2 jadinya, so, semua ikut balik. Sonang citer. Husna pun muncung ke depan ikut balik gak. Nak buat camner, tak pelah lain kali.

Kami balik tu tak keluar kat exit Alor Gajah- Tampin, sebaliknya ikut jalan dalam, lalulah pekan rembau dan kemudian keluar kat exit Senawang tak salahnya. Yang seram tu, masa sebelum atau selepas pekan rembau tak salahnya, suami tak sempat mengelak daripada menggilis seekor ular (tak tau jenis apa, yang pasti hitam kalernya) yang laju melintas jalan, dah dekat baru perasan, yelah, jalan gelap area tu, tak de lampu jalan. Terasa tayar keta tu menggilis badan ular tu. Yang risau tu, takut ular tu terus melekap kat keta dan cuba masuk ke dalam pula melalui bawah keta. Lepas tu cepat2 saya membaca ayat Qursi, suami pulak entah apa ayat yg dibacanya. Masa tu mmg meremang bulu roma dibuatnya. Eii..meremang balik bulu roma mengenangkan. Yang saya ni pulak, terlebih imaginasi , takut ular tu jelmaan jin, lain pulak citernya nanti..biasalahkan jin ni suka menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk.

Kmdn, kami berhenti kat hentian Nilai, untuk jamak takhir Isyak-Maghrib, tapi cancelled, sebab suraunya tu kurang mesra pengguna wanita, mana taknya, dahlah jenis cerminnya jarang betul dan tak berlangsir pulak tu, mmg jelas org luar boleh nampak esp. lelaki. Agaknya cleaner basuh kot langsir yang ada, tapi takkan tak boleh ganti yang lainkan? Yang pelik tu, tempat wudhu’nya elok pulak bertutup. Tinggi dindingnya dan terletak di sebelah tepi surau wanita.

Kami pun ke hentian Serdang, suami dan adik saya (oh ya, adik lelaki saya ikut kami balik gak) solat dulu. Saya pulak layan anak2 makan bekalan yang dibawa. Kemudian, giliran saya pulak solat. Kali ni terbalik pulak keadaannya. Suraunya mmg mesra pengguna wanita, tapi kedua2 tpt wudhu’nya adeh..open air sungguhlah. Tak berdinding tinggi (tak sampai paras pinggang pun) dan mengadap surau lelaki n perempuan pulak tu. Sib baiklah tak de pengguna lelaki, itupun terpaksa tutup kepala tu masa berwuduk’, takut tiba2 ada yang datang mengejut.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Selayang untuk menghantar adik balik rmh mak. Singgah makan sate dulu. Lepas tu, sampai rumah mak, suami suruh rehat dulu kat sana, sebab dia keletihan. Sudahnya, kami tidur rmh mak malam tu. Esok paginya baru balik Gombak.

Oh ya, saya ni tengah berdebar menunggu tetamu istimewa petang esok (Rabu). Harap2 dia jadi datang ke rumah saya ni. Siapa? Tunggu...


Friday, December 22, 2006

Selamat Berhujung Minggu




Assalamualaikum,


Saya balik rmh mil malam ni (Jumaat) . Dapatlah berjumpa anak2. Yang paling penting Alia dapat jumpa ngan abang dan kakak-kakaknya. Gambar di sebelah ni diambil sehari sebelum kami pulang ke Gombak minggu lepas.


Bunga Sarajevo, itulah citer lama kat tv3 petang tadi (lagi setengah jam nak abih baru tau ada citer ni hehe), mengisahkan dilema seorang isteri untuk memilih antara suami barunya atau suami lamanya yang kembali semula setelah dipercayai mati di lautan. Dua2 dia sayang, bahkan dianggap nyawanya. Akhir cerita ni, si isteri memilih suaminya yang lama dan terpaksa bercerai dengan suami barunya, walaupun dia menyayangi suami keduanya itu. Pilu pula melihat air mata suami kedua (lakonan Jalaluddin Hassan) mengeluarkan air mata mengucapkan selamat tinggal. Kalau anda, siapa yang anda pilih?

Sempena hari ni adalah penghulu segala hari (Jumaat), saja nak share terjemahan surah Al-Takaathur dengan anda semua sebagai peringatan kita hidup di dunia ini;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bermegah2an telah melalaikan kamu*sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar2 akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar2 akan melihatnya dengan 'ainul yaqiin**, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah2kan di dunia itu).
(Al-takaathur: 1-8)


* Maksudnya: bermegah2an dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

** 'Ainul yaqiin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat. Selamat berhujung minggu semua.

Wednesday, December 20, 2006

Tanpa perancangan awal

Assalamualaikum,

Pagi ni, tanpa perancangan awal, saya dan suami ke kampus untuk mengambil fail berisi sijil2 original saya yang tertinggal di postgraduate unit kuliah saya. Boleh gitu? lalai sungguhkan. Saya pun tak tau ia tertinggal di situ sehinggalah dua minggu lepas, staff ofis tu telefon bagitau yang saya tertinggal fail tersebut semasa buat ctc ngan dekan postgraduate tersebut. Nak pergi segera tak boleh, tunggu suami free sikit, so pagi tadilah dia free nya. Padanlah masa lepas buat ctc ari tu, dlm perjalanan ke rumah saya rasa macam ada yang tak sempurna. Tapi tak tergerak pun nak check beg sandang yg dibawa tu. Rupanya fail tertinggal. Alhamdulillah, dah amik pagi tadi, siap bawak Alia sekali. Macam biasa dia bukannya mudah mesra dengan orang tidak dikenali berbanding dengan kakaknya, Husna. Orang tanya2 , puji2 dia pun, dia buat derk aje. Straight aje mukanya.

Lepas tu, tanpa perancangan awal juga, saya dan suami pergi ke sekolah anak-anak membeli buku2 teks dan buku kerja mereka. Husna naik darjah 2 dan Aiman naik darjah 1. Sian pulak kat Aiman pakai buku teks 2nd hand (kakaknya punya), tapi tak mengapalah. Kalau beli baru pun membazir aje. Lega satu bahagian. Disebabkan depa masih di kampung, minggu depanlah jawabnya beli pakaian sekolah dan perkakas lain termasuk kasut sekolah. Untuk Aimanlah yang lebihnya, sebab dia baru nak naik darjah 1. Tapi, beg Husna wajib beli, beg dia sekarang dah jahanam..koyak dah, tak leh nak ditampal. Nak buat camner, murid2 darjah 1 sekolahnya belajar kat tingkat satu. Tu yang beg troli pun bila diheret turun naik tangga akan rosak. Sib baik tahun ni akan mula pakai loker. So, ringanlah beban depa nak bawak buku sekolah berat2 tu. Oh terserempak gak ngan kawan lama saya yang dah bergelar Datin tu, dia pun sibuk membeli nampaknya. Tak sempat berbual panjang. Masing2 nak rushing, sayalah terutamanya.

Kemudian, tanpa perancangan awal juga, kami singgah makan tengahari kat salah satu kedai makan di Greenwood. Tak sangka terserempak ngan ex coursemate masa undergraduate dulu. Sejak 1998 kami lost contact, ni baru berjumpa semula. Berbual kejap sebab masing2 nak lunch. Sempat bertukar no. tepon. Tumpang gembira dia tengah pregnant. Percaya tak, usia perkahwinan dia baru 4 tahun, anak nak masuk 3. Rezeki tukan. Biarpun dia kawin umur 28 tahun ari tu.

Hmm...pendek kata, hari ni banyak perkara berlaku tanpa perancangan awal dan segalanya berjalan dengan baik tanpa disangka. Alhamdulillah.

Petang tadi, Kaklang (adik k3) called, dia tanya camner nak balik kampung Sabtu ni sebab area N9 ada yang banjir, boleh ke kami nak lalu dan sampai selamat ke kampung. Pulak tu, kat salah satu area berbukit (Bukit putus orang panggil) tu, dengar cerita berlaku tanah runtuh. Tengoklah camner nanti, kalau area nak ke kampung pun kena banjir, jawabnya kami tak balik kampunglah. Sabtu ni ada kenduri tahlil kat sana, emak saya dah 2 minggu kat kampung. Kalau banjir, nampaknya tunggu banjir reda barulah boleh kaklang amik mak.

Camner Alia? Alhamdulillah, dia ok, biarpun hingga ke hari ini dia masih bertanyakan abangnya. Bukan takat abangnya dah, mbahnya pun dia tanya lagi, achiknya (my bil) dan kakak Husnanya pun ditanya sama. Sib baik dia tak menangis2 cam ari tu. kalau tak jenuh memujuknya.

Saturday, December 16, 2006

Info terkini: Sabtu

Assalamualaikum,

Sedikit info terkini:


  • Petang ni (Sabtu) nak balik rumah mil, esok ada jemputan kenduri kahwin di sana
  • Husna dah dua hari, 3 malam demam
  • Dua tiga hari ni, tuan punya blog ni pun rasa on off tak sihat, terpeleot rasanya
  • Alia (2 thn 1 bln lebih) makin banyak perbendaharaan katanya, tapi bunyinya masyaAllah jauh daripada sebutan perkataan asal, seperti;
  • po po pe pe (sponge bob square pants- dengan penuh confident dia akan nyanyi sekuatnya jika melihat cerita kartun ni)
  • pe pe (nescafe)
  • kije (kerja)
  • jojo icush (jojo circus)
  • yoti (roti)
  • oyen (oren)
  • piput (siput)
  • Lupa nak sebut pulak pasal bekam ni , kalau badan tak berpenyakit sangat, darah tak keluar banyak atau tak keluar langsung walaupun kulit tu dikelar sedikit, ada tak de pun, angin aje yang keluar. Alat bekam ni depa guna bekas plastik tu, bukan tanduk atau lintah. Untuk yang baru pertama kali berbekam ni, saya tak ingat berapa harganya sebab saya dulu start tahun 98. Tapi kalau dah selalu buat, lain harganya.
  • Dan anda, selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Berhati-hati memandu ke mana jua. Jangan pecut, takkan lari gunung dikejar, kecuali kalau nak terbuang air sangat, maka bolehlah tekan pedal minyak kuat sedikit. Sedikit saja ya.

p.s. Dongan sodeh eyy den tak buleh nak guno smileys dah sobab dio mengganggu dalam sistem pc den ni, makonya den terpakso uninstall smileys ni huhuhu.

Thursday, November 30, 2006

Dapat hadiah kereta?

Assalamualaikum...

Nak story ni...lewat petang Selasa, mak saya telefon, dia minta saya tolong telefon satu nombor ni dan tanyakan pada orang tu (en. A) apa urusan yang dia nak settlekan dengan mak saya, sebabnya sblm dia tepon saya tu, dia dapat satu call dr wakil en. A ni. Yang mak saya terkejut tu sebab tak pasal2 wakil ni tanya mak saya nape tak datang ke ofis utk buat semakan namanya. Mak saya peliklah, surat pun tak de, tiba2 suruh kena datang pejabat en. A buat semakan nama.

Oklah, saya pun call en. A ni bertanyakan hal sebenarnya. Rupa2nya nama mak saya antara belasan orang terpilih oleh syarikatnya untuk menerima hasil pengurangan peruntukan cukai pendapatan syarikat. Sebuah keta u!!! A****a, kalau tak mo terima, boleh tukau ngan duit nilai keta tu lbih kurang 70K. Dia cuma minta mak saya dtg bawak sekian2 dokumen pada hari Rabu (semalamlah) untuk sahkan mak sayalah penerimanya dan nanti akan diberitahu bila keta tu boleh dikeluarkan. semua list penerima ni akan masuk paper. Dia cuma bagi semalam aje tempohnya. kalau tolak depa cari orang lain n hadiahkan keta tu atas nama mak saya.

Saya pun tepon mak balik bagitau semuanya. Terus aje mak saya MENOLAK. Bukannya apa takut tertipu, kan dah banyak terjadi, dikatakan memenangi hadiah mewah, tp sblm nak dpt tu, kena beli dulu barangan syarikat berkenaan. Mak saya cakap, kalau syarikat tu betul, tak pelah, rezeki orang lainlah dpt kereta atau duit tu. Suami saya pun masa tau hal ni, dia nampak ragu..yelah tak de surat hitam putih, tup tup kena dtg. Apa2 hal belakang hari kita yang susahkan. Saya pun call semula en. A beritahu penolakan mak saya tu. tima kasihlah banyak2. kalau boleh dia nak saya pulak pegi mewakili mak saya, saya tolak cara baik gak.

Rupanya, mak saya ni selalu sangat dah org call kata terpilih menerima hadiah itu ini. Sib baiklah mak saya ni jenis rajin baca paper, jd kes2 camni dia taulahkan..tu yang dia berhati2 sangat supaya tak terpedaya. Telefon yg sebelum2 ni lawak pun ada gak, sbbnya depa nak menipu tapi kantoi, dah siap dia bagitau itu ini, tup2 dia mintak no. tepon mak saya, apalagi, mak saya smash balik yg dia tepon tu camner blh dapat??? lagi sorang kena gak ngan mak saya, direct aje mak saya cakap dia penipu, tergelak2 org tu tak mengaku..terus aje mak saya letak tepon.

Hal ni pun saya pernah terkena gak, masa tu undergraduate, tahun 3 or 4, tak ingat, saya terima call kata menang hadiah. Seronoklah kata dpt hadiahkan, so dengan lurus bendulnya, saya pegilah ngan beraninya ke ofis sya. ni kat puchong, naik teksi lagi sbb tak tau tempat..soranglah pulak tu. berani tak beraninya masa tu. Mana nak tau stail penipuan camni. Sampai kat sana, dia tunjukkan hadiah kemenangan saya, TAPI...syaratnya saya kena beli barang itu ini yang ada dalam ofis tu, memanglah menarik hati terutama barangan elektriknya. tapi mahalnya!!! tak ingat ratusan or ribuan ringgit, tapi saya student, manalah nak afford. Saya terus kata tak mau apa2 langsung, even hadiah tu. Punyalah staff dia pujuk kalau boleh suruh parentlah beli. Suruh call parentlah. Saya dah cemas gak masa tu, sbb kalau boleh depa macam tak mo saya keluar drp ofis tu tau..saya duk bagi macam2 alasan dengan penuh ketegasan..akhirnya barulah saya dpt keluar drp situ..terus keluar n amik teksi. Masa tu rasa nak menangis pun ada. SIb baik tak keluar air mato den, buek abih boreh. TOBAT NASUHA saya, takkan terpedaya lagi kalau boleh. Na'udzubillah.

oh ya..tadi duk surf internet sat, jumpalah satu website ni http://www.halalcandyuk.com/. So, kengkawan yg duduk kat UK nun, kalau nak beli candy, chewing gums, lollipop, marshmellows, jeli halal untuk anak2 ..surflah website ni. Memang guna gelatin binatang tapi bukan khinzir. Dan penyembelihan lembu contohnya adalah menurut hukum syara'.

(yap...banyak gula/coklat kat msia ni ada tertulis gelatin or bahan drp lembu, tp masalahnya kita tak tau penyembelihannya ikut syara' atau tidak. kalau tak ikut syara', mmglah tak boleh)

Lagi satu, sekarang ni kat negara kita pun dah ada kemudahan untuk mendapatkan gelatin halal (http://www.halalgelatine.com/index.html), senanglah nak buat masakan terutama puding n kek yang menggunakan gelatin halal ni kan..Yelah, makanan kita ni boleh membentuk hati dan peribadi. Saya ni lum tahap warak lagi terhadap pemakanan, nak kena slow2 ni, banyak mujahadah.

Wednesday, November 08, 2006

Sengat n sibuk

Assalamualaikum...

Petang Isnin, balik aje Aiman drp tadikanya tu, kat depan pintu rumah lagi dia dah tunjukkan cuping telinga kanannya yg merah n nampak sedikit bengkak, sambil berkerut menahan kesakitan dia cakap,

"ummi..aiman kena sengat lebah"

Terkejut saya. Tapi lega sebab tengok kat tangannya ada satu beg plastik ubat n seplastik air tebu. Tak lama lepas tu suami bagitau yang Aiman kena sengat masa kat gerai air tebu, duk ikut ayahnya membeli air tebu n air kelapa muda (untuk Husna khususnya..tapi kami yang lebih membedalnya, huhu). Kata suami, ada lebah duk berterbangan kat situ n tup2 sekor duk mengetip cuping telinganya..melekatlah kejap lebah tu. Kesian kat dia melompat2 kesakitan hatta dalam keta pun masih melompat2 sakit. Kat klinik, doktor terus bagi makan ubat gatal dan steroid, serta menyapu telinganya ngan krim antibiotik. Syukurlah bengkak tak naik kat badannya..cuma cuping telinganya tulah n sedikit gatal2.

Yang saya pulak, hari Selasa pagi pergilah ke klinik gigi untuk mencabut lagi gigi saya. Asalnya terasa sakit aje kat gigi sebelah atas tu masa minggu terakhir puasa, tapi saya tahankan aje, taklah kuat mana pun. Minggu lepas, sakit makin bertambah dan bila check kat cermin, la haii, dah naik bengkak n bernanah gusi tu. So, saya pergilah ke klinik gigi minggu lps (Rabu) untuk ambil pain killer n antibiotik sebelum mencabutnya. Dan pagi selasa baru ni, hilanglah sebatang lagi gigi saya. Itulahkan, gigi pun ALlah pinjam aje kat kita, anytime DIA boleh tarik balik sama ada dlm bentuk kerosakan atau kemalangankan??? Tak de yang kekal pada kita ni. Kiranya, tahun ni dua kali saya cabut gigi. Dua-dua geraham pulak tu. Satu atas n satu bawah. Risau pulak saya...janganlah by 40 nanti semua gigi geraham saya tak de...mau makan makanan blender aje, yelah..dah tak leh nak mengunyah!!! Waaa..tak mau tak mau..Ni rasanya Allah nak remind saya kena extra rajin gosok gigi n jgn lebih makan ceklat atau yg seangkatan manis, huhuhu. So kengkawan, amik iktibar kes saya ni ya.

Husna pulak, masih lagi ngan chicken poxnya..lagi teruk drp Aiman, kesian kat dia. La ni kami tengah bagi dia PROPOLIS..nak tengok boleh cepat tak dia kebah, sebab Aiman ari tu, 3-4 hari aje bintik2 chicken poxnya tumbuh, lepas tu stop dah..yang Husna pulak, lambat start PROPOLIS, ni masih tumbuh baru lagi chicken poxnya.

Kiranya, hari ni dan semalam saya sibuk kat luarlah, tu yang tak sempat jenguk blog kengkawan langsung. Hari ni ada urusan di kampus. Tak abih2 lagi benda alah kecik2 tu. Maaflah. Komen2 kat entri sebelum ni, saya akan balas satu persatu.

Oh ya, lupa lak, Khamis minggu lepas rasanya, saya dapat bercakap ngan Kak Lady, dan Isnin petang baru ni pulak dapat bercakap ngan Marlina Baharom. Kak Lady, suaranya muda n happening stylenya dan MB ni soft spoken n lembut gayanya, kesian kat dia masa tu tengah selsema. Tapi seronok dapat cakap ngan depa. Tima kasih ya sudi berbual jap ngan saya :D.

p.s. hari2 area Gombak ni hujan lebat, petang dan malam..kalau petang tu, berhenti kejap, kemudian malam sambung lagi..sejuk...

Tuesday, October 10, 2006

Hari Nuzul Quran & bacalah Bebelanku

Salam,

Hari ni tarikh nuzul Quran ya...Hari Rasulullah menerima wahyu pertama. Kali pertama Baginda bertemu Malaikat Jibrail di gua Hira'.

Anak2 saya bercuti sekolah. Tak kemana2 hari ni. Suami pun kena bekerja. Cuaca masih berjerebu.

Saya masih batuk hingga bertalu2 dan gatal tekak yang amat. Semalam (Isnin) pergi ke klinik, doktor sarankan buka puasa sebab keadaan tekak saya yang agak teruk. Merah. Memang pun teruk, hinggakan suara saya bertukar parau dan sesekali hampir tidak kedengaran suara saya bila bercakap. Sejak Ahad rasanya. Saya diberi antibiotik dan ubat batuk dua jenis. Alhamdulillah, hari suara hampir pulih 100%.

Semalam saya berbuka di rumah mak. Suami yang cadangkan supaya berbuka di sana, sebab kasihankan mak yang berbuka sorang2 sementelah 2 adik, kak lang n kak andak pulang lewat, terutama kak lang. Kebetulan hari ni cuti sekolah di Selangor, jadi kami terus tidur di sana malam tadi. Kalau hari persekolahan sukar nak berbuka di rumah mak.

Di rumah mak, saya sempat membelek2 akhbar dua tiga hari lepas. Tiba2 mata saya terpaku pada satu berita... ALLAHUAKBAR...Datuk Leo Michael Toyad (maaf kalau salah ejaan) telah menjadi MUSLIM...Beruntungnya dia terpilih menerima taufik dan hidayah Allah apatah lagi usia di kira telah berada di penghujung senja. Moga dia akan menjadi MUSLIM yang sebenar2 MUSLIM, bukan sekadar sebutan di bibir sahaja, tetapi mengaplikasikan segala rukun dan ibadah di dalam Islam.

Terbaca juga seimbas lalu, kontroversi kenyataan Mawi yg kalau berlakon filem tak mau pegang2 tangan n peluk (gitu ke isunya?), yang mendapat reaksi beberapa para pelakon. Terus terang, saya harapkan industri perfileman dan drama di negara ini dapat mencontohi negara Iran, bahkan lebih baik daripada sana. Selari dengan kerajaan ISLAM HADHARI Malaysia ni. Tak bestlah kalau kerajaan aje pentadbiran Islam Hadhari, tapi bab industri hiburan dan filem negara, kantoi...

Hehe..pernah imagine tak, kalau betul2 laksana industri hiburan n filem negara ikut tuntutan syara', susahlah nak tengok aurat artis2 pompuan..semuanya bertudung litup n baju pun cover betul2, tak ketat sana sini, tak dedah sana sini...berlakon tak delah pegang sana sini antara bukan pelakon bukan muhrim, peluk2 tu lagilah..yelah, nak dpt redha Ilahi..kalau buat konsert pun, pastikan waktu solat para artis ni dijaga betul, begitu juga aurat, dan adab pergaulan mereka.Samalah juga dengan krew filem dan drama...tak delah nak main qada' qada' solat..atau langsung tak solat (sbnrnya mmg tak de istilah qada' solat pun utk bab2 camni), bab2 dedah aurat dan bertepuk tampar, bab salam tu terutamanya.

Ini bukan takat tanggungjawab individu dah, bahkan ia tanggungjawab pihak penganjur. Ini semua akan disoal di akhirat kelak..bukan takat mematuhi kaedah fiqh "matlamat tak menghalalkan cara" sahaja di dalam pemerintahan negara seperti yang disebut oleh Pak Lah, bahkan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuklah dalam bab hiburan. ha..itu belum bab industri fesyen negara lagi, camner kita nak buat ia selari ngan tuntutan syara. Nak jual or buat baju2 seksi tu, boleh pada pandangan peribadi saya..tapi ada peraturan ketatnya menurut hukum syara'..hehe, nantilah, kalau saya ingat, saya nak buat entri pasal ni.

Mungkin ramai yang fikir atau terlupa atau tidak tahu, kat akhirat nanti, hanya bab2 solat, puasa saja yang akan disolat..oh tidak..lebih drp itu, sebenarnya seluruh aktiviti kehidupan kita biarpun sebesar zarah akan ditanya. Jadi, sementara kita ada nyawa ni, memang kena pulunlah buat aktiviti yang mendatangkan keuntungan kita di akhirat. Sebab kat sana musim menuai kata orang, kat dunia ni musim menanam.

Oklah, maaflah kalau catatan2 di atas ni ada yang menyinggung perasaan kawan2, tapi bukan apa, itulah hakikatnya yang kita tak dapat nak tolak. Ajaran Islam tu pahit pada sesetengah orang, tapi madu pada mereka yang menyintaiNYA. Yelah, macam bagus aje saya ni nak citer bab agama, walhal diri sendiri pun tak bagus. Saya akui 1000% tentang tu. Tapikan, nak sahut gak SERUAN RASULULLAH "BALLIGHU 'ANNI WALAU AYAT" (Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat). Sebab dapat pahala i tell you..cuma kena tahan cacian dan makian oranglahkan. Sedangkan RASULULLAH tu dikatakan GILA, kaum musyrikin nak BUNUH BAGINDA, inikan pula takat cacian tu..kena kuatlahkan..sedangkan ALLAH tu pun ada hamba2NYA selamba derk aje hina dan caci..tak payah jauh, ayat2 QURAN tu orang berani pertikai..inikan pulak kita hambaNYA yang tak kuat mana imannya.

Oh ya, saya terpaksa ketatkan ruangan meninggalkan komen, kena dptkan kelulusan saya baru boleh siarkan komen bloggers, sebab utama, blog saya kena SERANG lagi oleh puak2 RACIST ni. Entahlah depa ni, nak kata sakit, tak tau..tapi duk melalak lalak kat blog orang nape???Buatlah blog sendiri, buatlah entri tak puas hati ngan kerajaan atau orang Melayu tu sesuka hati, jgn melalak kat blog2 kita ni, kalau guna bahasa berlapik tu ok lagi..ni dah tahap kurang ajar, mencarut carut kat orang. Sian kat parents depa ni, penat didik anak jadi orang beradab, tapi 'terlebih' adab sampai tak tahu nak beradab. (eh..batai ka puasa cek duk melalut camni ??kena tanya ustaz2 ustazah2 ni).

Oklah..cek dah masak nasi ayam utk berbuka ni. Sbonar eyy den masih dalam try n error nak buat nasi ayam yang perghhhh sodap. tak pakar lagi ni. Tu tanak sikit aje. Malam nanti buat lauk lain utk sahur. kuih? smlm som som yang mak buat ada bawak balik sikit, cuma nak buat sirap dia ajelah. air? air teh dan mungkin air bandung atau air sunqkist atau air suri (sunkist+sirap..hehe, saya yg panggilnya begitu). Ok selamat berbuka ya.

Saturday, October 07, 2006

KENA TINDIH (2)

Assalamualaikum ,

Pertama2nya, TAKZIAH kepada AJZIE, mama blogger kita yang IBUnya tersayang dan RATU HATInya telah kembali ke Rahmatullah, hampir 3 minggu dah rasanya. Walaupun sedih, saya yakin AJZIE sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah IBUnya.

*************************************

Ok..saya tergerak nak respon semua komen entri KENA TINDIH yang saya simpulkan ada yang;

1. yakin ia 100% disebabkan sleep paralysis
2. dua sebab pun ada; sleep paralysis n gangguan syaitan
3. tak pernah experience & tak mau kena (betul tu, once kena ganggu, selalu kena mcm saya),
4. bab tindih menindih sesame manusia tu, hehe..TST. tak pe, lawak bulan RAMADHAN…

PENDAPAT SAYA SENDIRI? Saya menerima yang no. 2 tu..terutama bab gangguan syaitan. Kenapa ya? Sebabnya saya dah biasa kena. Dah kawin ni sesekali kena gak, Cuma tak sekerap masa belajar dulu. Antara yang saya masih ingat;

1. Pertama kali kena, tidur rmh makcik, temankan dia sebab pakcik tak de kat rmh. Saya, makcik n sorang lagi makcik tidur kat ruang tamu. Tempat pembaringan saya paling hampir dengan pintu nak ke dapur & tandas. Saya tak tidur lagi masa tu, yg lain dah masuk alam mimpi agaknya. Tak berapa bleh nak tidur, akhirnya masa saya rasa nak terlelap, saya terdengar bunyi orang berjalan di dapur, walhal 2 makcik saya ada bersama. Dan bila saya cuba mengiring ke sebelah pula, tiba2 badan saya terasa kena himpit..kelam kabutlah jugak, sbb first time kena.

2. Saya di lower six sementara, tinggal kat asrama. Masa tu tak boleh lelap langsung, entah kenapa, puaslah saya cuba lena, tak boleh. Tapi by the time nak rasa tidur betul tu, tiba2 badan saya kena himpit..puas juga cuba lepaskan diri. Akhirnya berjaya ngan bacaan ayat2 tertentu. Masalahnya, saya dpt rasa mcm nak kena tindih lagi, akhirnya saya bangun dan pergi ke katil kawan, tumpang kat katil dia, saya dah baring tu pun rasa nak kena tindih lagi..sabor jeklah. Tp tak berjaya ‘benda’ tu.

3. Masa di matrikulasi, ini paling dahsyat pada saya bab kena tindih,. Sila klik kat sini:
http://widaad98.blogspot.com/2006/03/citer-hantu-ii.html - citer di tahun 1: blok A, no. 3 (sebab saya boleh nampak dan lepas bergelut tu saya rasa saya terpijak badan benda tu) dan tahun 2 (saya berlawan cakap n kena tindih).

4. saya di tahun 1 di main campus, sama mcm kes no. 2. saya kena tindih, saya berjaya lepaskan diri, dan berpindah ke bilik kawan, masalahnya kat katil kawan tu pun saya macam nak kena tindih lagi.

5. dan dah kawin ni, bila saya rasa tak blh nak tidur, lepas tu cuba lelapkan mata, tak lama tu boleh terasa mcm benda tu dating n nak menghempap kita, yg best tu terasa dia melantun semula sebab tak boleh nak hempap..masa ni mmg strugglelah tak bagi dia dpt hempap betul2. Saya, kalau dah tutup lampu, tp gelapnya lain mcm, ha..siaplah..kalau org dah biasa kena ganggu dek setan, dia boleh tau gelap lain macam tu maksudnya mcmana. Saya pun tak tau, nape kena benda2 mcm ni, sbb sejak kecil dah kena. Ramai cakap, sbb saya ni lemah semangat. Tak taulah..

hehe..itu saya tak citer lagi,saya dah dua kali terkena dlm tidur saya rasa saya ketawa mengilai2..tapi bila terjaga, rupanya saya bermimpi. Sebabnya suami tak menegur pun saya ketawa dlm tidur. Yg peliknya, dua2 ni masa saya tgh hamil. Cuma masa mengilai tu, saya tau itu bukan saya, Cuma saya tak boleh kawal diri. Oh ya.. suami saya pun tak tau citer ni hehe.

**********************

Menu apa berbuka petang ni? kami ada jemputan, insyaAllah, akan pergi.

Tak shopping ke ari ni? Kami tak pergi.

Kalau tak bershopping, rehat2 kat rumah tu elok gak..tp, untuk suami isteri tu takleh dekat2 sangat, sebab "karan"nya double bulan posa ni...



Wednesday, October 04, 2006

KENA TINDIH

Assalamualaikum,


Saya ingin berkongsi dengan anda info yang saya dapat melalui fwd email ini;

Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..

Just to share...
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur
pernah

ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5

minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap
dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula
aku tau kebenaran dia....

ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical
nyer
'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ....

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS

ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....

tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh men trigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Sumber:internet

****************************
p.s. tengah tak de mood nak berblog; nak create ayat bagai...tu yg masukkan forward email ni :D

p.s. terima kasih pada HotMama yang sudi menefon saya semalam. Lama kami berbual, dan terpaksa stop sbb baby Aidan nak menyusu. HM, seronok bercakap ngan u, ramahlah...suka ketawa orangnya..happy go lucky person :D.

Tuesday, September 26, 2006

Tak boleh ka..., Sahur & Iklan

Assalamualaikum...

Pagi semalam, saya beli sayur dan ikan kat penjual cina suami isteri tu. Nyonya tu turun aje daripada lori dia, saya saja usik,

awak puasa ke?

taklah...eh, saya baru tau, rupanya boleh masak pagi tapi tak makan. sebab jiran saya dia masak pagi untuk budak dia makan.

Yelah, memang bolehlah.

Hari ini baru saya tau. Eh, kalau saya saja2 tak mau puasa, tak boleh ka? (dia mengandaikan kalau dia Muslim)

Tak boleh, itu sudah kira berdosa...

Eh..saya tarak boleh puasa ooo, sakit perut nanti. Saya ada gastrik. Saya tak boleh tak makan satu hari.

Saya pun ada gastrik, tapi saya boleh puasa. Kecuali kalau awak sakit sangat, boleh buka. Atau kalau awak baru belajar puasa dan tak larat puasa satu hari, boleh buka. Nanti sudah kuat, lain kali awak kena gantilah. Orang pompuan, kalau period, tak boleh puasa, sebab kotor, tapi kalau sudah bersih, lain hari kena ganti. Atau kalau awak pergi jalan jauh, awak boleh tak puasa, tapi lain hari awak kena ganti.

kalau saya saja tak mau puasa tak boleh ka? (dia ulang lagi soalan ni)

Tak boleh. Ini suruhan Tuhan. Kalau awak banyak sayang sama Dia, awak akan ikutkan...
(Dia termenung mcm memikirkan sesuatu, kemudian dia menggangguk). Saya sambung lagi,

Alah..tak pelah, satu tahun satu kali saja puasa (saya maksudkan yang fardhu), satu bulan saja..cuci2 perut, bagi perut rehat.

Ha..yalahkan..bagus-bagus cuci perut..rehat2... (tergelak2 dia menggayakan cara cuci perutnya tu. Selesai membeli, kami beredar)

Moga-moga dia nampak kenapa kita kena berpuasa:

1. tanda sayang kita pada ALLAH, kerana kalau kita sayang ALLAH, kita akan ikut segala arahanNYA. Yelah, macam kita sayangkan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk buktikan cinta dan sayang kita tukan, hatta ada yang sanggup lakukan dosa2 besar semata2 takut orang yg disayang tu lari daripadanya. Cuma yang uniknya, kita ni sayang pada yang TAK NAMPAK dan janjiNya, kalau nak tengok DIA, masa kat syurga nanti. Masalahnya, bab tunjuk cinta pada yang TAK NAMPAK dek mata kita ni yang mencabar ni. Semuanya memerlukan kekuatan IMAN untuk buktikan cinta kita...

2. Puasa itu ada kelonggaran pada orang sakit, musafir dan wanita yg period (secara ringkasnyalah)

3. Puasa tu nak bersihkan peyut...(Si Huda ( 3thn) sebut perut tu peyut ) . Pendek kata untuk kesihatan.

Ok..citer bab lain. Camner ngan sahur anda? ada yang dah terkantoi ke? Saya ni, hampir2 nak terkantoi sahur masa hari pertama nak puasa tu. Terpaksa melayan kerenah Alia yang entah mana dia import sepasang mata dia tu, segar bugar tak mo tidur bila dia tersedar jam 2 pagi lebih tu. Dahlah saya baru aje dapat masuk tidur jam 1 pgi tu. Bila kena paksa, 3 pagi lbh baru dia nak tidur. Kunci jam 4.30 pagi, mmg takut sangat2 terlepas sahur bila tidur semula ni. Syukur mak saya called lbh krg 4.15 pagi. Kalau tak tu, rasanya sahur pagi tu bye bye ajelah dek ngantuk sangat.

OK..IKLAN..IKLAN... IKLAN..

1. Sesiapa yang ingin menempah kad raya ekslusif siap ngan cetakan gambar anda sefamili, kata2 ucapan khas anda sendiri dan tema yang disukai, sila hubungi UDA (sila klik sini). Dia pakai kertas glossy lagi, ada contohnya kat blog dia. Gambar dia sefamililah. sapa lagi...hehe. tapi mmg cantik pada mata saya. Kliklah sana, tengok2 dulu, kalau berkenan, bolehlah tempah, bila lagikan...

2. Sesiapa yang nak menempah biskut raya, homemade punya..sila hubungi Zareda (sila klik sini). Kat blog dia ni pun ada siap gambar-gambar contoh biskut2 yang dijual.

Jangan salah sangka ya, ni saja2 nak tolong promote utk depa. Tolong bisnes kawan kata orang..

Friday, September 22, 2006

Selamat Datang wahai RAMADHAN...

Assalamualaikum,


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa -
al-Baqarah:183

Selamat datang wahai Ramadhan..kedatangan mu dinanti oleh mereka yang beriman, tetapi kamu dibenci oleh mereka yang engkar dengan suruhan Allah. Hmm...dua tiga hari ni mula terasa aura Ramadhan. Tak tahulah kot saya yang terasa, tapi bila menjelang Ramadhan ni, suasana tu terasa semacam, macam ada kesyahduan dan kerinduan pada yang dinanti. Angin bertiup pun terasa berlainan sekali. Damai gitu. Dahlah dua tiga hari ni asyik hujan aje kat area rumah saya. Tapi yang pasti, waktu solat pun dah makin cepat sekarang. Kiranya nanti, waktu berbuka pun cepatlah ya. Alamak, puasa pun belum, dah citer pasal berbuka, apa raaa...


Kepada preggy mom, selamat berpuasa juga. jangan takut2 nak puasa bimbangkan janin kat dalam. InsyaAllah, ia ok. Kecuali kalau doktor menasihatkan jangan berpuasa sebab masalah kesihatan janin, barulah tak perlu berpuasa. Atau sebab ibu sendiri tidak sihat , maka ikutlah nasihat doktor. Nanti, bila dah sihat dan/atau bila baby dah lahir, barulah qadha' puasa tu dan fidyah juga, tetapi dalam situasi tertentu, tak perlu bayar fidyah. cuma qadha' puasa saja. Tapi, nanti saya ceritakan kemudian bab ni.

Kepada para suami n isteri, kuatkan iman masing2, jangan sampai terlajak. Yang kesiannya kat suami, kena ganti puasa dua bulan berturut2. kalau termiss satu hari or terbatal, kena ulang daripada awal balik. Kan menganiaya diri namanya tu. Waktu malam ada.

Kepada yang bermusafir dan sakit, boleh berbuka, tapi kena qadha' pada hari lain dan jangan lupa fidyah ya.

AZAM dalam bulan RAMADHAN ni apa ya??? Untuk saya;

1. Jangan saja-saja tinggalkan SOLAT TARAWIH - tp. pompuan baligh ada excuse..ehemm.


2. Jangan malas-malas mengaji ; kena kuat semangat, tengok tv berejam, blogging berejam..takkan Quran tu 1 jam tak bolehkan??? 5 minit duduk baca Quran dah resah gelisah macam orang nak masuk toilet kena beratur. Hmm..ni nak kena kuat lawan nafsu, setan dah kena rantai..ni jihad rajin ni..go go chaiyyo Syikin..

3. Sabar mau banyak ; anak2 den tongah naik perangai memasing..huhuhu. Selalu kopalo den tumbuh tanduk...kulit bertukor ijau (incredible hulk). Jihad sabarlah ni.

4. Kurangkan tengok tv, kurangkan dengar radio; ayok..boleh ka ni? tak pe, tgk rancangan berilmu dan tukarlah lagu nasyid. Ni nak kena jihad mata dan telinga pulak ni..go go chaiyyo Syikin.

5. Zero mengumpat; kena bawak stepler sentiasa, agak2 nak mengumpat tu, stepler mulut siap-siap. Ni jihad tutup mulut.

6. Jangan dating dan mantik-mantik; opps..den dating ngan suami bulehlah. Tapi jari jemari jangan merayap-rayap. Nak kono??? Ni jihad nafsu.

7. Makan ala kadar; tapi kopalo den dah berpinar susun resepi ni..huhuhu. Ni jihad makan ni.

8. Biskut rayo; tergorak pulak nak cipta sejarah tahun ni buek biskut rayo. Sojak kawin ni, mmg tunjuk2 yoo. Maso zaman daro dulu mmg an rajin buek biskut rayo, dah kawin ni maleh bonar-bonar. Ni jihad...nak letak kategori mana ya?

9. Baju rayo; raso eyy cam nak cipto sejarah gak, tapi nantilah dulu.

Ok. MALAM NI DAH START TARAWIH...selamat BERTARAWIH, BERPUASA, dan BERJIHAD.











Thursday, September 21, 2006

Buku dan Gambar


Assalamualaikum wbth,


Buku Tafsir Quran untuk Kanak-kanak Bergambar ini ada 14 siri. Melibatkan juz 30 dalam Al-Quran. Yang saya beli ni Tafsir Surah al-Fatihah. Pada saya ia sangat menarik dan mudah difahami kerana ia menggunakan bahasa dan penjelasan mudah untuk kanak-kanak memahami tafsir setiap ayat dalam Surah ini dan dikaitkan sedikit dengan suasana semasa. Ada ilustrasi bentuk komik yang sesuai untuk kanak2, ada istilah tafsir untuk kanak2 memahami dengan lebih jelas lagi, ada belajar sedikit B. Arab dalam bentuk kotak bahasa. Buku ini sesuai untuk kanak2 usia 7-12 tahun. Tapi, saya yakin ia juga sesuai untuk remaja dan dewasa terutama yang baru hendak mendalami ilmu agama khususnya surah-surah pendek al-Quran.
Ia adalah terbitan PTS.ONE Sdn.Bhd. Harganya cuma RM 10 setiap sebuah.


Ok. Buku KAMCENG DENGAN SOLAT ini amat menarik. Sesuai untuk mereka yang ingin memahami mengapa kita perlu bersolat. Bahkan ia juga ilmu untuk kita jika orang bertanya dan ajak berhujah tentang kepentingan solat!!!

Buku ni berbentuk ala-ala perbualan di antara dua sahabat, Milah dan Suraya, yang disampaikan secara santai dan menarik. Bahasanya amat mudah difahami. Ada gak style2 lawak gitu.Menariknya pada saya, ia membuatkan kita nak menyelak sehelai demi sehelai lembaran buku ini. Husna, anak saya yang baru darjah satu suka membaca buku ini. Ada ilustrasi komik juga, siap dengan latar masa dan tempat. Pendek kata, enjoy baca buku ni. Tak keterlaluan saya katakan ia juga sesuai dijadikan hadiah kepada orang lain, hatta untuk diri sendiri.

Ia terbitan PTS Millennia Sdn.Bhd. Harganya cuma RM 13 sahaja.

p.s. Saya membeli kedua-dua buah buku ini di kedai buku di UIA Gombak. Saya kira ia juga ada di kedai-kedai buku di luar sana.




Ok. Inilah dia pokok betik belakang laman rumah yang dah tumbang dek anai-anai tersebut. Sebelah kanan gambar ni sepatutnya ada pagar berdawai, tetapi telah jatuh terjuntai ke bawah sebab dihempap oleh pokok betik ni. Kena hempaplah jugak pokok daun pandan saya tu. Sayang saya terlupa nak tangkap gambar bahagian hujung pokok ni yang terbaring atas tangga laman belakang ni dan berada elok2 di luar pintu pagar laman rumah kami dan jiran sebelah. Kalau tak, satu hal nak membetulkannya juga. Sila klik sini untuk membaca kisah pokok tumbang ni.

p.s. Jika anda adalah pengguna Propolis Gold sebelum ini dan ingin mendapatkan bekalan, sila hubungi saya di widaad98@yahoo.com .



Tuesday, September 19, 2006

Citer-citer mini

Assalamualaikum...

Tak tau nak citer apa, tapi ada citer-citer mini nak kongsi bersama;

Pope Benedict XVI - Inilah ucapan teks beliau yang menaikkan kemarahan umat Islam seluruh dunia "(The emperor) addresses his interlocutor with a startling brusqueness on the central question about the relationship between religion and violence ... saying, 'Show me just what Muhammad brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached."

Sila layari:
benedict_xvi_--_on_god_and_the_prophet

-terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata? No u-turn u-turn dah...

Purdah- "Walaupun berpurdah, saya mampu melakukan apa juga aktiviti sepanjang tiga bulan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). "Sokongan padu jurulatih dan rakan ternyata menguatkan semangat saya untuk mencuba latihan kawat, memanjat, menembak dan meredah halangan," kata Farzanah Abdul Halim, 18, peserta PLKN di Kem Semarak, Tanjung Gosong, dekat sini. - berita Harian Metro, 12 Sept. 06

Syabas dik, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sesungguhnya purdah dan tudung bukan halangan utk bergerak aktif selagi ia tidak melanggar hukum syarak.
(sayang, gambarnya tak berjaya dimasukkan di sini)

Petua - saya nak minta tolong, ada sesiapa tau petua nak menghalang tupai masuk rumah? yelah, selain drp tutup tingkap n pintu. Sebabnya, ada sekor tupai ni tersesat masuk rumah saya sekali, sejak tu, hari2 akan ada tupai masuk ikut tingkap dapur. Menyelongkar tong sampah. Ada gak dia pernah terberak kat bilik belakang tu. Sabor jeklah. La ni, dia rajin pulak bawak kawan sekor sekali masuk. Belerang ok tak untuk letakkan kat para tingkap tu? Atau ada cara lain? Nak tutup tingkap sepanjang siang, rasa lemas pula.

Calling-calling - Terima kasih Maklang waktu malam tadi dan Zareda waktu tengahari tadi kerana sudi menelefon saya. Masing-masing ramah orangnya. Lama kami bercerita. Best tul. Paling tak sangka, rupanya Zar sama batch dengan saya di kampus tapi kami berlainan fakulti aje hehe. Maaflah ya Maklang dan Zar kalau bil telefon tinggi. Saya ni tak boleh diajak berborak, susah nak stop, hehe.

Surat- Apa nak buat dengan surat2 bertimbun kat rumah saya ni ? Adalah dalam satu plastik. Ni semua surat penyewa-penyewa sebelum ni. Bukan sebarang surat, tapi surat2 cinta daripada intitusi2 kewanganlah, surat rasmilah dll. Saya terfikir, depa ni tak tukar alamat rumah baru ke masa pindah dulu? Ada yang cadangkan buang aje, tpi fikirkan takut2 tuan punya surat datang bertanya satu hari nanti, sapa nak jawab?

Sunday, September 17, 2006

Pengumuman & Cerita

Assalamualaikum,

Saya nak umumkan beberapa perkara;

1. Seminar Perundangan Keluarga PERCUMA akan diadakan pada;

Tarikh : 21 September 2006 (Khamis - sila ambil perhatian, ia hari bekerja)
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Tempat: Dewan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kampung Jawa Kelang (terletak selepas KISAS)
Anjuran: Jabatan Agama Islam & Persatuan Peguam Syari'e Malaysia

Yang berminat untuk hadir atau menghantar wakil, sila hubungi:
Sdr. Rushdan Sujak- 019 381 5535


Cepat...ia terhad untuk 100 peserta sahaja bagi yang mendaftar dengan Sdr. Rushdan.

2. Saya kira ramai yang mengetahui kontroversi mengenai jenama roti terkenal, High 5. Untuk mengetahui perkembangan mengenainya, sila lawati http://www.muslimconsumer.org.my/

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok. Saya nak cerita pasal pemotong rumput yang kurang adab saya kira. Pagi Sabtu, saya menyidai pakaian di luar dan suami pula keluar ada urusan. Tengahari tu, saya tengah memasak di dapur, terdengar orang memanggil daripada luar. Daripada balik langsir sliding door yang jarang ni, rupanya dia pemotong rumput. Kemudian saya menyelak langsir, baru perasan, rupa-rupanya si Pemotong rumput ni dah siap-siap bukak pintu pagar rumah saya!!! Sambil dia berdiri megah dengan mesin potong rumputnya. Baru saya teringat, saya terlupa kunci pintu pagar tu pagi tadi sebaik suami beredar. Rasa kulit saya ni bertukar hijau (incredible hulk) tiba-tiba sebab marah dengan sikap dia yang membuka pintu pagar tanpa izin walaupun tak berkunci. Siap dia tanya saya lagi,



Mana? (Amboi, dia tak tanya pun saya nak memotong rumput atau tidak, tiba2 tanya bahagian mana yang saya nak mesin)
Tak mau...sapa suruh bukak pagar? Ayokk... (tegas suara saya. Perkataan ayok tu spontan terkeluar)
Ayok (Terkejut dia dengan reaksi saya. Dia angkat tangan mohon maaf).


Geram betul saya. Kurang ajar rasanya. Bila dia beredar dengan motornya, baru saya keluar untuk mengunci pintu pagar tu. Dahlah dia tak tutup rapat pagar tu semula...Sib baik pintu grill rumah saya berkunci, kalau ternganga, agaknya kat muka pintu dia terjengul. Spoil kejap mood saya.


p.s. Huda dan Aiman masih belum sembuh lagi. Sebelah pipi lagi naik benguk pulak. Dah nampak mengembang aje muka masing-masing. Harap-harap dua2 nya cepat sembuh.
p.s.s. Saya nak tahu, adakah sidebar saya ni turun ke bawah di monitor anda? Sebab pada monitor saya ni, sidebar ini telah turun ke bawah. Harap boleh beritahu saya ya. Terima kasih.

Thursday, September 14, 2006

Depa buat lagi...

Assalamualaikum,

Diserang kemalasan untuk mengupdate entri adakah petanda awal seseorang blogger itu akan berhenti??? Kalau ya, hmm...

Ok. Saya teringat kata pepatah orang, sepakat membawa muafakat. Sepakat membawa berkat. (Betui ke ni? Sebab tak ingatlah ayat penuhnya). Rupanya, sepakat juga boleh membawa kerosakan dan kemusnahan!!! Sebabnya, pokok betik belakang rumah saya yang amat subur dan manis isinya telah tumbang!!! Pemangsanya adalah ahli muafakat anai-anai !!! yang saya kira mereka telah bekerja keras, siang dan malam untuk memusnahkan isi dalam batang pokok tersebut. Makanya ia menjawab persoalan saya selama ini mengapa pokok ini dah lama berhenti berbuah dan daunnya asyik gugur memanjang.

Alkisahnya, petang Isnin lepas, semasa hujan tengah turun lebat selebatnya, saya yang berada di dapur tengah bersemangat menyediakan adunan lempeng pisang, telah dikejutkan dengan bunyi berdebuk kat belakang rumah. Saya terfikir takkan ada benda jatuh disambar kilat kot, sebab tak de bunyi guruh dan kilat langsung. Saya tergerak meninjau ke luar tingkap dapur dan omakkkk...separuh pagar dawai jatuh dihempap pokok botik!!!. Tapi syukur pintu pagarnya tak apa2. Saya pun terus keluar ke belakang laman dan laa hai, pokok tu tumbang sekali akar2nya terkeluar. Bila saya tengok dekat2 kat area batang pokok tu, ya Allah, suku isi batang bermula daripada bawah batang pokok tu dah kosong!!!. Banyak sangat anai2 kat situ. Geli pun ada.

Kononnya nak tolak ajelah pokok yang dah tumbang tu ke bawah jalan belakang (laman belakang rumah ni kawasan tinggi), tolak-tolak pangkal pokok tu dengan kaki tak boleh pulak. Masih melekat kukuh dengan akarnya. Sib baik hujung pokok ni tak masuk ke pagar orang sebelah, hanya di atas tangga luar pagarnya sahaja, kalau tak, naya aje. Pokok ni tinggi, hampir menyamai bumbung rumah dua tingkat ni. Saya telefon memberitahu suami yang dalam perjalanan pulang tu. Hati tu pun dah berdebar gak, camnerlah nak baiki pagar dawai yang jatuh tu, kalau suami tak dapat baiki, alamat bo*el ajelah laman belakang tu tanpa pagar, seriau memikirkan bakal2 pencuri yang akan menerjah masuk. Na'udzubillah.

Bila suami balik, tak dan berehat, terus dia mulakan operasi membersihkan belakang rumah tu.Kesian kat dia kena meredah hujan. Syukur masa tu hujan bertukar gerimis pula. Suami terpaksa memotong pokok tu kepada 4 bahagian untuk senang menariknya turun tangga dan letakkan kat tepi jalan. Dan sedikit akar yang masih bersambung dengan pokok tu ditetak putus dan suami hanya menolak ia jatuh ke bawah. Bila saya tengok isi batang pokok bahagian atas, berwarna putih dan padat isinya berbanding dengan yang dah dimakan anai tu. Jauh beza betul.

Kemudian, operasi membetulkan pagar dawai bermula. Hujan pula lebat semula, siap dengan guruh. Tak putus2 baca ayat, untuk berlindung daripada kilat. Syukur hanya perlu memaku semula semula bahagian hujung pagar tu pada dinding luar dapur tu. Bila dah siap sempurna, alhamdulillah, tak risau dah dengan pencerobohan daripada luar kecuali depa panjat pagar ni. na'udzubillah.

Dan setelah itu, saya pun sambung semula operasi membuat lempeng pisang...

**********************************

1. Lupa nak war-warkan ucapan tahniah pada Kak Wan (Alex Lacey) kerana dapat baby boy. 4.5 kg you!!! Alhamdulillah, dapat bersalin normal. So far, dia n baby sihat walafiat. Alamak, lupe nak tanya nama. Dapatlah dengar suara kak Wan dah. Ramah orangnya.

2. Tima kasih pada Ayu sebab inform akak pasal Kak Wan & bagi no. fon kak PB.

3. Dah dapat cakap ngan kak PB...ramah orangnya. Esoknya rajin sms lagi tanya dah makan tengahari atau belum. Thanks kak.

4. Hari ni, Khamis, adalah hari ke 4 Huda pula kena benguk. Petang semalam, Aiman pun mula kena benguk. Minta sangat janganlah Alia pun kena, sebab kesian duk tengok kakak n abangnya menahan sakit bengkak benguk tu.

5. Kak A, dah ada progress. Walaupun belum sedar sebab doktor bagi dadah paling kuat, tapi bila dipanggil, mulutnya ada bergerak2 cuma suara tak keluar lagi. Yang bagusnya, suaminya memasangkan earphone kaset Al-Quran. Saya dpt salah maklumat mengenai 3x operation dlm masa 24 jam, sebenarnya dlm tempoh 48 jam. Maafkan saya ya.

Monday, September 11, 2006

Lebih Handsome & Kuasa Cinta

Assalamualaikum...

Nak cerita ni... Sesekali saya membeli lauk2 basah (kecuali ayam) dan sayur daripada penjual sayur yang lalu di depan rumah saya dengan lori kecil mereka jika barang-barang habis cepat tanpa dijangka (Biasanya suami yang beli barang kat kedai or pasar malam. Saya nak ke kedai berdekatan dengan berjalan kaki sambil membawa Alia dan Huda leceh, lambat jadinya). Mereka ni suami isteri berbangsa cina dan berusia lingkungan 40 an ke atas. Ramah orangnya dan suka bercerita, pandai bercakap B.M biarpun kedengaran slang cinanya sesekali, naknya pulak saya rajin layan mereka berborak, lagilah menjadi2. Cam member plak.

Satu pagi di minggu lepas, masa duk membeli tu, first time nyonya ni nampak suami saya. Sibuk dia tanya suami saya kerja kat mana, saya jawablah sekian sekian tempat. Rupanya ada sorang customer dia pun kerja kat tempat suami saya. Dia suruh saya tanyakan suami kalau kenal si fulan. Siap dia desribe si fulan ni lelaki Serani. Handsome pulak tu.
Yang saya nak tergelak tu, punyalah dia duk kerap menyebut handsomenya si Fulan tu. Yang suami dia tersengih2 aje mendengar. Saya pun tergerak nak usik, eh..suami awak lagi handsome tau..

saya tau...tapi dia banyak handsome

eh, suami saya handsome tau.." saya cakaplah camtu pulak

saya tau, suami kakak handsome (sabor jek dia panggil saya kakak..huhuhu), tapi dia lebih handsome drp suami kakak " masa ni sib baik saya tak gelak kuat2. selamba aje dia jawab camtu.punyalah dia pertahankan mamat tu.Suami dia duk sengih lagi.

eh, suami saya lagi handsomelah" lagi galak saya pertahankan suami sambil gelak2. Tiba-tiba dia tergelak,

haiyya, kakak banyak baguslah," sambil ketawa besar tu dia masuk ke dalam lori dan dia thumbs up kat saya. Agaknya dia kagum memikirkan saya mempertahankan kehandsoman suami saya hehe.Kemudian mereka pun berlalu pergi meninggalkan saya yang masih tersengih2 mengenangkan perbualan tadi.

Pendek kata, itulahkan KUASA CINTAkan? Siapa lagi nak puji atau mempertahankan pasangan kita lawa atau handsome kalau bukan kita? Begitu juga dengan dia. Kalau dalam hati ada cinta, walaupun orang nampak pasangan kita kureng/hodoh/buruk/cacat/gemuk, tapi pada kita, dialah paling lawa, paling handsome dalam dunia. Hati tu tak berpaling ke arah lain dah. Amin.

Tapi...bila cinta tu habis or mati, biarlah lawa macamana sekalipun, handsome macamana sekalipun, hatta cinta itu adalah cinta pandang pertama, boleh lenyap tiba-tiba, terutama kalau datang orang ketiga atau masalah2 lain yang wujud. Kalau yang buruk tu, lagilah berganda2 nampak buruknyakan? Na'udzubillah.

Apa pendapat anda ya?

.......................................................

p.s. keadaan Kak A dah stabil tetapi masih belum sedar. Dr. sedang memantau buah pinggangnya. Kalau proses buah pinggangnya ok, insyaAllah, dia boleh survive. Kata X, suami Kak A pun nampak cool berbanding sebelum ni yg macam lost. Kita terus doakan Kak A ya.

Wednesday, August 23, 2006

Honeymoon?

Assalamualaikum...

Honeymoon? hehe...ramai kawan bloggers ingat saya boleh honeymoon tanpa anak-anak di rumah. Mungkin juga ramai tak perasan bila saya tulis yang Alia, si kecil kami ( 1 thn 9 bln) ada bersama ngan kami. So, tak delah nak berbulan madu pun. Si kecil ni banyak gak demandnya, tak leh umminya hilang daripada pandangan. Tapi syukurnya dia tak minta dukung selalu, kalau tak..adeii sakit pinggang mak.

Oh ya, dah masuk http://www.myislamnetwork.net/portal ? Masuklah, jangan tak masuk. Kat situ banyak info terkini tentang ... hehe, masuklah, baca dan dapatkan maklumat2 yang masih tak jelas tentang...???? Pokoknya, masuklah.

Ok, sesiapa yang berminat nak tau perkembangan tentang suasana di Palestin & Lubnan yang berhadapan dengan karenah SI DRAKULA ZIONIS LAKNATULLAH, silalah masuk: http://palestinkini.info/ .

Saya gelar ZIONIS ni DRAKULA sebabnya keje depa nak serang orang aje..nak bunuh orang aje macam orang kemaruk tengok darah manusia berhamburan di sana sini. Bezanya depa ni ngan drakula, depa ni tak minum darah, cuma suka tengok darah tumpah.

Oh ya, agaknya ramai tak tahu ramai wanita2 dan kanak2 Palestin telah ditangkap oleh si DRAKULA ni dan disumbatkan dalam penjara yang teruk keadaannya. Tahanan wanita Arab yang tertua, Samir Al-Qintar, telah dipenjarakan sejak 28 tahun yang lalu masih belum dibebaskan. Kalau nak tau lanjut tentang mereka ni masuklah ke website yang saya nyatakan di atas. Saya baca aje terasa sesak dada memikirkan penderitaan mereka terutama anak2 yang masih kecil ditangkap itu, sedangkan saya di sini masih boleh gelak ketawa. Apa yang mampu saya lakukan? Berdoa daripada kejauhan moga mereka segera dibebaskan dan dapat kembali bersatu dengan keluarga. Dan juga moga mereka mempunyai ketahanan mental yang kuat agar dapat bertahan di dalam penjara tersebut sementara menanti dibebaskan.

Kawan-kawan bloggers sekalian, saya ingin mengajak anda bersama2 agar jangan lupa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dalam doa2 kita selepas solat 5 waktu. InsyaAllah, doa2 kita antara yang makbul.

Tuesday, August 22, 2006

Lonely & macam-macam lagi

Lonely...
I feel so lonely...
My house is empty...empty...iiiiii...
(ok syikin, stop. Pitching out!!!)

Inilah yang saya rasa sekarang. Baru 1 hari 1 malam. Terasa rumah saya sunyi yang amat dan saya rasa kesepian. Waaaaaaaaa.Inilah rupenya kalau ada anak kecil ramai lepas tu depa tak de depan mata kita. Rumah yang dah biasa bising ngan suara depa, gelak tawa depa, jerit pekik depa campur ngan high volume ummi kalau kita cakap depa tak mo dengar. Semuanya tak de untuk minggu ni. Husna, Aiman & Huda tiada di rumah sekarang, depa duduk di rumah mil sempena cuti sekolah ni.

Suami yang cadangkan Husna & Aiman duduk kampung supaya depa dapat bermain sepuas hati dengan laman rumah mil yang luas dan besar dan jauh drp jalanraya besar, depa boleh main basikal, main kejar-kejar, boleh mandi sungai, dan off course rumah mbahnya akan jadi macam kedai runcit;macam-macam ada. Mil tu cukup rajin layan cucunya, apa yang depa nak makan..ha..sediakan, ais krim tu senang2 aje depa order, ngan kami?? hehe..ada sempadannya. Tapi, yang paling utama, suami nak Husna dan Aiman, selalu exercise mata depa supaya lihat pemandangan hijau kat kampung tu. Husna tu kemungkinan besar pun akan pakai cermin mata..oh tidakkkkkkkkk!!! Area rumah kami ni sungguh tak sesuai. Mereka tak boleh keluar pagar. Nama aje jalan perumahan, tp jalan ni mmg setiap hari lori besar keluar masuk sebab laluan depa nak ke kawasan pembinaan tak jauh drp rumah kami ni.

Sabtu malam lepas, kami sekeluarga balik ke rumah mil. Esoknya ada majlis pertunangan adik sepupu suami. Isnin tengahari, saya, suami dan Alia sahaja pulang ke rumah. Asalnya kami nak bawa Huda sekali, tapi punyalah dia terjerit pekik menangis tak mo ikut pulang. Pujuk punya pujuk tak jalan, akhirnya saya mengalah. Sebab dulu, saya pernah tinggalkan dia kat rumah mil masa exam coursework dulu, mil cerita waktu malam nak tidur dia akan menangis tersedu2 tapi tak melalak. Saya pun baru tau baru ni, mil tak mo cerita dulu sebab takut saya tak boleh tidur malam dan emosi terganggu nak exam nanti. Saya bab anak ni memang lemah betul. Yang kelakar tu, Aiman pulak tiba-tiba menangis nak ikut balik. Pujuk punya pujuk, dia nak jugak tinggal akhirnya.

Tengahari semalam, masuk aje ke dalam rumah. Sunyi sepi. Tak de suara berebut nak tengok channel 62 dan 63. Tak de suara mintak susu. Tak de suara bising ajak teman p toilet. Tak de suara kat tingkat atas berebut permainan atau bergaduh. Dan sebelum tu, kereta pula terasa kosong, yelah dah biasa penuh. Tapikan, namanya aje depa tak de depan mata, tapi suara mereka akan selalu saya dengar. Heehe..tepat jangkaan saya, start petang hingga ke malam, adalah 4 atau 5 kali dengar suara depa. Kalau tak Aiman, Husna yang called. Macam-macam citer depa adukan. Sampai saya suruh depa jgn call selalu, nanti mbah lanang kena bayar bil banyak. Hehe... Ok stop layan blues pasal anak-anak.

Alhamdulillah sebab Israel dah keluar dr Lubnan, tp yg tak semenggahnya depa p bedil salah satu tpt di Lubnan tu pulak. Memang depa ni spesis tak tepati janji. Tak heran ngan sikap depa ni yang dahagakan darah manusia. Jangan lupa, bangsa depa nilah yang selamba bunuh beberapa orang Nabi kita dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Itu depa bunuh Nabi daripada bangsa sendiri, inikan pulak orang-orang Islam.

Alhamdulillah juga sebab kerajaan takkan pinda perlembagaan yang berkaitan ngan agama Islam. Cuma, yang sedihnya ada segelintir Melayu beragama Islam yang sokong kawan2 Melayunya untuk meninggalkan Islam. kalau mereka ni kenal Allah dan faham Islam, pasti mereka akan sedaya upaya berusaha menarik kembali kawan mereka itu ke jalan yang benar. Ini tidak, pegi disokongnya. Fikirkanlah apa nak jawab ngan Allah nanti kat akhirat. masa tu tak de sapa dapat tolong kita. Ingatlah, bukan senang nak terpilih antara billion manusia di dunia ni sejak zaman Nabi Adam hingga sekarang ni untuk beriman kepada Allah, Pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dia yang menguasai dunia dan hari akhirat. Bukan senang. Hidup kat dunia ni ada dua pilihan sahaja sebenarnya. Beriman kepada Allah atau tidak beriman. Kat akhirat nanti, syurga dan neraka pula bakal jadi tempat tinggal kita. Itu yang Allah sediahkan untuk manusia nanti. Pilihlah yang mana kita nak. Nak nikmat syurga atau sengsara di neraka.Untuk yang syirik pada Allah, nerakalah tempat kekal abadi. SELAMANYA. Nad'uzubillah. Tu sebab Allah bagi kita chance sejak kat dunia ni untuk buat pilihan tempat tinggal di akhirat nanti. Hargailah sebutir mutiara iman yang diberikan Allah. Dan bila dah dapat tu, jangan biarkan lusuh aje iman tu, kena gilap selalu agar ia bercahaya hingga ke akhir hayat kita. Kena usaha utk kekalkan iman kita ni kan. Moga-moga kita dan generasi kita mati dalam keadaan beriman. Amin.

Ok. Ramai pula yang kawin sempena cuti sekolah ni. Selamat pengantin baru pada semua mempelai. Hargailah cinta dan kasih sayang yang kita dapat. Gilaplah selalu cinta itu kerana ia boleh malap begitu sahaja. Cinta semata tidak cukup untuk menjadi akar mengukuhkan rumahtangga kita, tapi ia kena disokong oleh akar-akar yang lain; keimanan, bantu membantu, nasihat menasihati, faham memahami dan lain-lain lagi sifat positif untuk kerukunan rumahtangga kita. Sifat buruk dan kelemahan pasangan kena hadapi dengan kematangan dan berusaha utk dia memperbaiki diri. Dan setiap masalah yang dihadapi, biarpun sebesar zarah, selalulah mengadu pada ALLAH untuk memberikan petunjuk jalan penyelesaian. Dan jangan lupa, setiap kali solat berdoalah semoga Allah memaafkan dosa kita dan dosa pasangan kita, mohon keberkatan rumahtangga. Jangan tunggu pasangan kita aje yang mendoakan kita, tapi kitalah kena lakukan dahulu. Dan jangan suka fikir, asyik aku aje yang buat dulu..takut nanti hilang keikhlasannya. Sama-samalah kita semua menghidupkan cinta dan bahagia dalam rumahtangga kita. Andai tak berjaya juga walaupun kita dah berusaha, itu tanda ujian dariNYA. Bak pepatah, kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya.

Friday, August 18, 2006

Serangan anai-anai!!!

















Assalamualaikum. Haa...terkejut jangan tak terkejut ya. Inilah dia kesan serangan anai-anai ke atas buku simpanan wang Husna dan Aiman. Sebenarnya kejadian ni berlaku dua bulan lepas, tapi baru hari ni dapat uploadkan gambar. Anai-anai menyerang laci meja solek saya!!! Daripada luar tak nampak apa-apa pun hatta sarangnya, tetapi bila satu hari saya buka laci tu, terkejut tengok depa duk bergotong royong mengerjakan segala dokumen dalam laci saya tu. Duit2 ni pula dalam anggaran 10 ringgit yang diselitkan dalam salah satu buku simpanan anak-anak. Ada yang terputus dua terus. Berlubang-lubang tu tok sah cakaplah. Punyalah geli mula2 tengok tu. Terukkan???

Rumah yang kami sewa ni dah berusia hampir 10 tahun, dah bertukar 3 penyewa termasuk kami yang ketigalah. Memang la ni kat dlm rumah ada ruang2 yang mula dimakan anai-anai, memang duk sibuk membuang sarangnyalah.

Saya terfikir, Alhamdulillah Allah tidak memberikan anai-anai ni kebolehan utk memakan daging manusia. Cuba depa diberi kebolehan tu??? Alamatnya setiap hari adalah mayat tinggal rangka aje hasil santapan anai-anai ni. ALLAHUAKBAR, Allah tu Maha Bijakkan...Dia hanya izinkan anai-anai ni makan kertas2 dan kayu kayan aje, itupun tengoklah hasilnya.

p.s. PC saya dah tenat sekarang. Tu yang tak boleh bertenet selalu dan laptop pula suami tengah sibuk menggunakannya sekarang.