Thursday, December 28, 2006

Siapa tetamu istimewa

Assalamualaikum,

Hmm..siapa ya tetamu istimewa saya tu? Memang teringin sangat nak berjumpa dia, bahkan dah beberapa kali called confirm untuk datang, tetapi, perancangan ALLAH tiada siapa yang tahukan? Itulah dia, kalau dah usaha juga, tapi ALLAH tak izinkan, takkan berlaku juga. Macam tu jugaklah dengan ketidak kehadiran tetamu istimewa saya ni,
IV (Ibu Vogue) . Huhu...tak de rezeki kami nak berjumpa kali ni. Tak merasalah juadah bubur kacang durian, agar-agar milo dan karipap yang saya sediakan untuk IV sekeluarga.

Sejak saya tau IV nak datang ke rumah. Dia smsed saya hari Ahad tak salahnya. Dia bagitau nak datang KL. Saya excited dan berdebar2 tak sabar nak menemuinya. Dan sepatutnya petang Rabu (semalam), IV tiba ke rumah saya, tetapi hingga jam 5 petang lebih tak salahnya, iv baru sampai di keramat untuk menziarahi bekas pengasuh anaknya. Jammed teruk khabarnya, tu yang sampai lambat kat rmh pengasuh tu. Dan saya ni kembali menanti dengan penuh debar sehinggalah azan Maghrib, tiada juga khabar daripadanya. Saya makin resah, anak2 pun dah sibuk dan kerap kali bertanya bila kawan ummi nak datang. Lepas solat Maghrib, hampir jam 8 malam masa tu, saya called, tidak berjawab. Nak tau dia kat mana masa tu. Mula resah balik ni.

Dek kerana dah 8 malam, saya pun sajalah tanak nasi lebih dan tambahkan lauk, takut2 IV sampai nanti, kesian kat dia, takkan nak bagi makan bubur kacang waktu makan malam. Kesian kat depa, terutama anak2nya (LA & LC). Tapi, saya terfikir gak, kot2 IV singgah makan luar dulu, takut menyusahkan saya pulak (takdelah nak menyusahkan, with pleasure lagi adalah :D). Kemudian saya smsed dia, tanyakan dia sesat ke. Tak berbalas juga. Tunggu dan tunggu. Saya makin gelisah. Asal kereta lalu depan rumah, cepat2 saya suruh anak meninjau. Saya called lagi, adalah 2 kali berturut2. tak juga berjawab. Aduh..resahnya. Saya terfikir gak, takkan kemalangan kot, kalau sesat, dia masih boleh telefon lagi. Oh, janganlah kemalangan pulak.

Dah jam 9 malam, hati saya bertambah resah. Dia tak muncul lagi. Ya ALlah, mana dia ni. Saya mengadap pc sambil fikiran menerawang kat IV. risau dan risau dan risau. Dek keresahan menanti, saya called sorang best fren saya, X. Dia mmg saya bagi tau awal lagi akan kedatangan sorang mama blogger ke rumah saya. Saya pun mengadulah kat dia, manalah IV ni tak sampai2 lagi. Macam2 perkara buruk yang terkeluar kat fikiran saya, saya luah kat dia..sampai bab kemalanganlah, sesatlah. Ke situ pulak fikirnya..apa daaa..

Duk bercakap ngan X, tiba2 hp saya berbunyi (masa ni 9 mlm lebih tak salahnya). Ha..tu dia nama IV tertera kat hp. Apalagi, cepat2 saya jawab n stop bercakap ngan X. La hai, ringkasnya, IV mmg nak ke rumah saya sebelum maghrib dan solat kat rumah saya sekali. Tapi, adik ipar IV yang ikut bersama tak sihat dan mengalami muntah2 yang teruk. Terus depa p ke klinik. Yang IV ni, punyalah kalut, sampai hp tertinggal dalam kereta. Kiranya, yang saya called dia lepas maghrib tu, dia dah masuk kliniklah. Memang sepanjang dalam klinik dia terlupa langsung pasal rumah saya ni. Dah habis rawatan adik iparnya kalau tak salah, baru dia teringatkan saya dan baru teringat hp dia tertinggal dalam keta. Hehe..berderet2 missed call saya n satu sms. Tu yang cepat2 dia called saya.

Dek kerana adik iparnya baru lega, saya kira tak mengapalah, kalau depa tak dpt datang ke rumah saya ni, biarlah bawa adik iparnya balik terus. Sian pulak kawan tu tengah lemah nak diusung berjalan lagi. Kata putus, iv tak jadi datang rumah saya (mmg sedih masa tu, tapi apa nak buat) dan saya akan ke rumah kakak iparnya untuk mengambil barang pesanan saya tu bila saya kelapangan nanti. tak pe, tak basi pun barang tu. Saya pulak hari ni (Khamis) sibuk ngan hal anak kat sekolah dan tak tau pukul berapa habisnya, jadi tak berani nak janji untuk terima dia sebagai tetamu. Takut terkejar2 dan kelam kabut. Saya nikan sampai dah imagine anak2 dia bermain ngan anak2 saya, bergambar bersama lagi. Tak pelah. Ada hikmahnya tukan. Lepas tu, saya called X bagitau yg telahan saya ternyata tak tepat. Sama2 kami gelak sebab jauh nao saya fikir. Tak mengapalah, yang penting IV selamat, tak de kemalangan atau sesat.

Hingga di lain waktu ya IV, kita jumpa lagi. Tapikan iv, lepas akak off hp tu, akak rasa nak nangis pun ada, sebab memang berharap sangat dapat jumpa IV sekeluarga. Allah lum izinkan kita berjumpa ni. Agaknya nak akak ke utaralah tu hehe.

So kengkawan, itulah dia, tak de rezeki nak jumpa mama blogger kita ni.

p.s. IV, maaf ya kot2 akak ada tersalah maklumat pasal kelewatan dan sebab musabab pembatalan kedatangan iv ni.

17 comments:

WRA said...

Hmmmm...tak de rezeki lagi ek nak jumpa IV...tak per, lenkali insyaAllah jumpa tu...hehehehe

Kaklong Syikin said...

salam,

betul tu kak..tp still sedihla huhu

Anonymous said...

Salam Syikin

InsyaAllah, nanti dpt la berjumpa dgn IV tu, mana tau kali ni X pun ada peluang nak kenal sbb X pun selalu gak masuk blog IV, dah blog IV yg pertama dlm blog Syikin. Apa2 pun, utk pengetahuan IV, Syikin memang mudah risau tambah lagi kalau berkaitan dgn org yg agak rapat dgn dia... tpi risau2 dia pun, dia memang istimewa, bertuah mengenali dia tau... hihihi... bkn bodek yer syikin, X ckp terus terang, tmbh lak 1st time bg komen ni...so, jgn marah...:D

ur fren: X

Anonymous said...

releks syikin. ada hikmah sebalik apa yg terjadi...tu yg penting.

akak pun pernah kena camni, ade org nak dtg rumah beraye siap dah masak best2 tapi tak jadi dtg last2 lauk pauk yg dah masak tu akak bagi kat jiran sebelah, rezeki deme.

tak lama pastu jiran sebelah akak pulak citer kata nasib baik akak bagi lauk pauk, member tu pulak baru balik dr mana ntah tak sempat nak masak atau beli lauk tetiba dpt rezeki terus suke sbb kebulor anak beranak. tu dianye...

pekan said...

best nyer dapat gathering personally dtg rumah macam nie.. lebih mesra..

Kaklong Syikin said...

salam,

X: ngeh..ngeh..wei, baru ko nampakkan muka ek.. nak cop aku istimewa plak, ko ni main silap mate ke..ok kengkawan, jgn termakan cakap2 X ni ya..
tak pe, next time iv dtg, ko bolehlah dtg gak berkenalan ngan dia

Kak Honey: ha, eloklah boleh pas kat jiran sblh, cam saya ni, jiran sblh mmg tak makan durian n segala menu berkaitan dgnnya,tu tak dpt bagi tu.
mmg ada hikmahnya tu. wallahu 'alam

Pisces: nak dtg rmh akak, dialu2kan..email akak ya; widaad98@yahoo.com

Anonymous said...

esok sy gi umah eh.. masak sedap2.. ekeke :p kiddin

Idham said...

syikin...selamat hari raya aidiladha.

:) perjumpaan blogger - kami sekarang berada di dublin dan tinggal bersama kd, seorang blogger friend yang tak pernah saya jumpa hingga lah bila ke sini.

di mana jua, sememangnya masih ada insan2 istimewa!

idham

Anonymous said...

tak pe, tak pe. panjang umur, murah rezeki nanti akan berjumpa lagi di masa hadapan insyaAllah.

Anonymous said...

salam,

Lindosh:

hehe..salam kenal, tq tinggal jejak. mehlah datang :D

Bro. Id: salam aidil adha juga utk bro n family. wah, beraya kat dublin ya. beruntungnya punya rakan blogger di serata duniakan.

MSarah: tq tolong pujuk saya hehe. insyaAllah,akan jumpa juga

Anonymous said...

yus pun kalau ada sesaper ckp nak dtg rumah, mmg resah gelisah selagi tetamu ni tak sampai..

Mungkin belum ada rezeki nak jumpa IV tu kak..InsyaAllah kalau ada jodoh bertemu juga. Salami Aidiladha dan Selamat Tahun Baru yer kak.

p/s: Pertanyaan akak pasal gambar kartun Assalamualaikum dlm blog yus tu, yus dapat dari photobucket.com.

Kaklong Syikin said...

salam,

yus: ada genglah akak. betul tu yus, tak de rezeki lagi.

salam aidil adha juga utk yus n keluarga

pasal gambar tu, ok.

Shami said...

malam tadi dah masuk komen tapi slow sangat blog last sekali hang terus laptop ni...

he..lain kali kalau ada rezeki jumpalah tu

Kaklong Syikin said...

salamm,

itulah, kesan gempa bumi kat luar negara, mmg kabel kat dasar laut tu mengganggu internet hampir seluruh duniakan?

insyaALlah, akan jumpa. :D

kasutVINCCI said...

salam kak syikin.
Kesian plk. Tp jgn sedih sedih naa. Ada rezeki mungkin boleh jumpa. Untuk menambah kesedihan kak syikin, kv sempat jumpa iv sefamily (tp LA tidur) kat rumah MIL IV raya haji ari tu. Hehehehe.. jgn marah naa, kv usik2 saja.;)

Kaklong Syikin said...

salam,

kv: heehe..akak dah tau kv dpt jumpa iv, sbb akak tepon dia aritu. itulah namanya rezeki nak jumpa. hehe

Izhal said...

selamat hari last day aidil adha...

lagi satu jangan~jangan memandu dalam kadaan mabuk. membahayakan pengguna jalan raya yang lain.