Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts

Wednesday, December 06, 2006

Kisah Alia

Hello Assalamualaikum.

Amaran: entri ni satu entri yang panjang. Saya malas nak buat part / bahagian.

Duk tertangguh2 daripada dulu nak buat entri ni, akhirnya hari ni nak buat gaklah. Kiranya nilah last citer kelahiran anak2 saya, sebab lum ada lagi yang baru. Hehe.Mengenai kelahiran Alia, saya dijangka bersalin pada 18 Nov 2004 (raya k 5), tapi dia keluar awal, 16 Nov (raya k 3). Ok, nak citer ikut kronologi tarikhnya:

14 Nov (Raya 1): dalam keadaan sarat tu, saya buat kerja sungguh2. Turun naik tangga dalam rumah mil buat itu ini, naknya raya pertama mmg ramai orang datang. Sapa pun kalau dah nak due ni mmg nak sangat baby tu cepat keluor, tak larat dah nak menampung baby yang dah makin berat ke bawah, jalan tak berapa selesa. Yang best tukan, mil saya masak makanan feveret saya, LAKSA sebagai menu utama raya 1 selain drp menu2 tradisi yang biasa tu. Rupanya dia duk standby, kalau saya bersalin awal sblm raya, dia masak menu lain, tapi dia tengok saya tak bersalin lagi, maka dia on ngan laksa ni. Thanks mak. Thank You

15 Nov ( Raya k 2): Haa..hari ni saya mmg tak larat sungguh. Rasa kepenatan yang gila2. Lepas subuh, saya baring semula. Tak tau nak kata penatnya, yelah, semalamnya tetamu datang sampai lewat petang. Saya mmg tak manjakan diri duduk saja, sbb nak bagi pintu rahim cepat bukak.. Sedap tul badan dapat baring semula. Sedar semula bila mil datang kejutkan (bertuah punya menantu) dalam 11 pagi lebih, tapi masa ni saya rasa tak larat sangat2 nak bangun, badan sakit2. Lepas tu pulak terasa sengal2 dalam perut tu, tapi tak de contraction. Sengal berlanjutan lama gak, dan hati tu pun duk kuat bisik “pergilah hospital..pergilah hospital”. Suami pulak mmg standby aje tunggu ajakan saya nak ke hospital. Saya pun bagitau suami nak ke sana. Terus saya bersiap.

Yang best lak tu, saya pun siapkan bekal. Hui..duk sengal2 tu, makanan duk ingat lagi tuh.. Saya ingat lagi, saya tapau satu Tupperware kecil LAKSA, beberapa potongan kek coklat, bawak sikit udang besor goreng, dan paru goreng. Ni semuanya feberet sayalah. Ada lagi ??? tak ingat. Hehe. Suami pulak terkejut tgk saya beria2 siapkan bekal ni, adalah dpt satu plastic sederhana besar . Sampai dia tanya, “Ni nak pergi hospital ke..nak pergi berkelah?” hehe, saya tersengih. Sebab sementara lum bersalin nikan, makan2lah dulu, lum tentu saya sampai kang terus bersalin, sebab style pintu rahim saya lambat bukak. Ni pun baru rasa2 sengal aje.

Kami bertolak waktu tengahari ke Gombak sebab pusat perubatan Al-Ilaaj (sekarang Gombak Medical Cenre) tu dekat rumah saya. 5 minit boleh sampai insyaAllah kalau tak de halangan kat jalan. Anak tiga orang lak, saya tinggalkan ngan mil. Siap bergambor bagai lak tu ngan anak2 sebelum kami bertolak. Buat kenangan, mana tau, tup2 saya meninggal bersalin ke, adalah gambor kenangan akhir saya ngan anak2kan? Huda, yang masa tu 1 tahun 3 bulan tak salahnya, tak meragam. Alhamdulillah, dia mmg rapat ngan mbahnya. Taklah risau dia melalak time saya tak de. Kami tiba di Gombak masa dah masuk waktu Zuhur, putuskan utk balik rumah dulu n solat kat rumah. Lepas tu baru pergi ke Al-Ilaaj tu.

Saya dapat bilik untuk seorang. Lepas urusan itu ini, pintu rahim saya diperiksa, dah 4 cm, tapi tak bleeding pun. Dr. L ni duk suggest kat saya induced sbb saya tak rasa sakit pun lagi. Cuma sengal2 perut aje, tapi saya menolak takut disebabkan ramai cakap induced ni sakitnya lain macam. Saya ni jenis tak tahan sakit. Pas tu pulak, terfikirkan buatnya contraction aje lebih tapi pintu tak bukak gak..mau ended up ngan ceasar. Tak maulah. Kemudian, masa maghrib, saya panik kejap, sebabnya lepas aje buang air kecil, masa nak flush terkejut saya tgk dlm tandas mangkuk tu darah punyalah banyak, cepat2 saya tekan loceng kecemasan dlm tandas tu, nurse pun datang. Rupanya, saya dah start bleeding. Kenalah pakai tola wanita.

Sampai lewat tengah malam takde apa2. sebelum tu dalam jam 10 mlm lebih, ada sorang patient daftar masuk, tulah tengah malam tu dia bersalin. Terkejut saya dengar bunyi baby menangis sbb bilik saya berselang ngan kaunter dan sebelah kaunter tu labour room. Tak lama lps tu ( antara 12.30 – 2 pagi tu) nurse dtg beritau suruh ke bilik rawatan sbb dr L nak periksa pintu rahim saya. Masih 4 cm x bergerak. Yang patient tadi pulak, samalah dah 4 cm buka dan dah contraction kuat, tu yg dia cepat bersalin tu. Dr, duk tanya lagi kot2 saya nak induced, tapi saya tolak ngan baik.

Lena tul dapat tidur malam tu, suami adalah called beberapa kali tanya kondisi saya, (masa tu, suami tak leh bermalam sama wlwpun isteri dpt bilik sorang, sekarang tak tau polisi camner). Entah camner, sebelum saya tidur tu, tiba2 datang rasa takut sangat2 nak bersalin, yelah dah 3x bersalin sebelum ni, teringat2 sakit bersalin balik. pas tu semua episiotomi pun sakit wlwpun dibius. Menangis saya ketakutan. Tergerak nak buat solat hajat. Sungguh2 saya memohon bagilah saya sakit yang paling ringan yang saya boleh tanggung masa bersalin. Lepas solat n berdoa tu, barulah hati rasa lapang.

16 Nov (Raya k 3) - Esok paginya, Dr. L lawat saya, rupanya waktu dia dah tamat, nampaknya tak de rezeki saya nak dia sambut baby. Kemudian dr. yang lain pula datang, Dr. S pula. dia nak check pintu rahim saya.. So, saya ke bilik rawatan lagi. Yang doctor ni lagi best, kalau tak kerana bleeding, dia nak suruh saya balik dulu, sebab saya tak rasa contraction pun, wlwpun dah 4 cm bukak.. Dia bagi cadangan induced gak, tapi saya menolak atas sebab yang sama. saya bagitau doctor tu, saya lebih rela masukkan air drip drp induced tu sbb semua anak saya sebelum ni mmg masuk drip air. Duk discuss gitu gini, dia setuju untuk follow instinct saya yg kuat nak drip tu. Sblm tu siap dia tanya beberapa soalan berkaitan experience saya masukkan drip tu macam berapa jam lepas masukkan drip air tu akan bersalin dll. Dan saya citer gak ngan doctor yang saya paling takut episiotomi sbb sebelum ni semuanya sakit wlwpun dibius (tp saya bersalin kat tpt lain 3 kelahiran sblm ni) . Doktor ni mmg caring sangat2, dia take serius apa yg saya cakap.

Lebih kurang 10.15 pagi - Part nak masukkan drip ni pulak, dia cadangkan nak buat kat labour room yg bersebelahan ngan bilik rawatan ni. Tujuan doctor tu supaya tak berlaku kelam kabut kalau tiba2 sakit nak bersalin. Tapi saya menolak lagi, saya lebih suka kat bilik sebab rasa selesa. Selamba aje saya cakap kat doctor tu sambil sengih2, “saya tak suka labour room dan saya benci labour room”, tersengih doktor tu memandang nurse bila dengar kata2 saya ni. Saya kira semua mama blogger taukan camner suasana labour room tu, siap ngan kelengkapan bersalin bagai..very seriuslah surrounding diakan.. Dia pun ikutlah kehendak saya. (mengada2 ke? Idakkan..)..Kami balik ke bilik saya. Dan inilah pertama kali, doktor sendiri yang cucukkan jarum kat tangan saya.( dulu nurse aje yang buatkan) Saya punya urat/salur darah punyalah kecik (sejak dulu bab cari ni mmg payah). Jenuh mencari, baru jumpa. Dan doktor masukkan ubat yg tinggi dosnya supaya contraction saya cepat berlaku (sblm2 ni, lepas 3-4 jam baru bersalin dan biasanya masuk pain k 2 baru terasa sakitnya, sbb dos ubat rendah). Lepas tu, sorang nurse diarahkan menjaga dan menemani saya. Suami pun dah sedia menunggu sejak awal pagi kat bilik.

Rasanya lebih kurang 10.30 pagi, contraction saya bermula..wahh...terus menangkap. First time ever saya betul2 diajar cara kontrol contraction ngan pernafasan yang betul. Makin kuat contraction, makin kuat tahan nafas..then lepaskan perlahan. Sungguhla, first time saya rasa mcm boleh kawal sakit bersalin ni. contraction ni bukan slow2 dah, tapi selang 10 minit strong contraction, pas tu dalam 10 minit tu, ada selang 5 minit contraction…sambil tu duk zikir2 apa yg patut dlm hati. Bila tgk contraction makin kerap, nurse tanya beberapa kali gak kot2 saya nak ke labour room, tapi saya menolak hinggalah hampir jam 11 pagi rasanya, hati pun dah kuat suruh masuk labour room.

Kemudian, saya bagitau nak masuk labour room, nurse tu suruh naik wheel chair tapi saya menolak sbb masih mampu berjalan. Sampai kat labour room, saya disuruh baring sebelah kiri..ni lah yang paling saya tak mo, mmglah lagi mudah nak Bantu baby cepat turun tapi SAKITTTTTTTT + contractionnya tu..adeii..Terpaksa gak buat. Masa tu jam lbh kurang 11 suku pagi. Sambil tu saya minta nurse tu pasangkan ayat2 suci al Quran ( ni klinik bersalin pertama saya jumpa ada kaset bacaan ayat Quran dlm labour room). Oh ya, masa awal discussion ngan doctor pasal drip air tu, saya pun ada minta kalau boleh nak ubat penahan sakit masa bersalin tp bukan epidural, dan doktor bersetuju nak buat.

Entah camner, duk sakit2 tu, saya tiba2 terdengar bunyi ‘POP’, terkejut saya, first time dengor ni wlwpun dah 3x bersalin sblm ni. Bunyinya macam kuat sangat pulak. Cepat2 saya bagitau nurse ttg bunyi tu, nurse pun bagitau doktor, oh..rupanya itu bunyi kantung air ketuban pecah. Nurse yang bagitau saya ni. Sempat gak saya tanya suami yg berdiri kat sblh kepala saya ni, dia jwb tak dngr bunyi tu. Saya sorang aje yg dengar rupanya. Atas arahan doktor yang standby kat bilik sebelah, Nurse pun suntik cecair petadine kalau tak salahnya (betui ka namanya ni dr. Zackiyah??) sbg penahan sakit. Dia takmau suntik awal2 sbb ubat tu bertahan antara 3-4 jam aje utk patient merasa tak sakit. Buatnya lepas tu saya tak bersalin gak...kan dah rugi.

Tak sempat ubat tu berfungsi sepenuhnya, saya rasa nak meneran sangat2. Saya ni masih posisi mengiring ke kiri ni. Saya cepat2 cakap nak terb*r*k.. Nurse cepat2 bagitau doktor, dan doktor masuk, dia cakap lebih kurang,

Kalau awak rasa nak meneran, teranlah, kalau air besar, tak mengapa biar dia keluar,
lembut aje nada dia. Cara dia cakap tu mcm saya ni baru first time bersalin.
Saya pun teranlah, tiba2 terasa benda besar sgt bergerak turun perlahan
Doktor, terasa baby turun...
Doktor terus suruh saya berhenti meneran, dan cepat2 dia pakai glove, dia tak sangka saya nak bersalin begitu cepat sbb pengalaman saya sblm ni lepas beberapa jam baru bersalin lps pakai drip air tu. Sambil tu gak, dngn pantas nurse menarik hujung katil labour tu menjadi panjang. Kmdn doktor suruh saya menelentang dan push.

Sekali push siap keluar sora tuh, hehe, ..alhamdulillah. yang lawak tu, masa ni saya dah start mamai, sbbnya ubat penahan sakit tu baru berfungsi sepenuhnya. Dan masa episiotomi, pun alhamdulillah, langsung tak rasa sakit. Terlelap2 saya dibuatnya. Sleeping suami pun qamatkan alia slps dibersihkan. Kemudian suami saya keluar untuk biarkan saya berehat. Baby dibawa ke nursery. Saya masih kat dalam tu untuk berehat dalam sejam dua. Nurse tu siap pakaikan saya stokin lagi. Bacaan al Quran tu saya minta dipasang semula sbb masa nak bersalin tu nurse tutup kejap. Tenangnya rasa disamping rasa tak percaya saya bertarung utk bersalin dlm labour room kejap aje, sebab 11.37 pagi saya dah bersalin. Doktor tu pun happy sebab dia ikut naluri hati saya untuk guna drip aje (kalau induced, mungkin ia lebih lama lagi), darah yang keluar masa bersalin pun tak banyak keluar (kalau tak, blh jd kes tumpah darah).

Ini ajelah pengalaman saya buat masa ni. Yang kelima lum lagi..dan tak tau bila pulak wujudnya.

Ingin membaca:

1. Kelahiran Husna:
3. Kelahiran Huda:

Thursday, September 28, 2006

Kelahiran Huda.

Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita keluar drp tajuk berkaitan Ramadhan kite. Saja nak citer hal kelahiran Huda, lepas Husna dan Aiman.

Masa hampir tarikh bersalin, saya baru register kelas utk semester k 3. Dan masuk minggu kedua, iaitu 18 jun 2003, segalanya bermula. Hari Rabu (18 Jun), saya mula rasa tak sedap badan, mild contraction. Kami ke klinik berdekatan rumah saja nak tau kalau2 servix dah buka. Mmg dah buka 3 cm dan dah bleeding sikit. Doktor suruh pulang dulu dan monitor keadaan. Saya tergerak nak ke kelas Master petang tu lbh krg jam 5 ptg tapi suami tak beri takut2 nanti tiba2 nak bersalin dlm kelas pula. Tapi hati saya kuat mengatakan takkan ada apa2, sebab mmg stail cervix saya bukak lambat sejak 2 kelahiran sebelumnya. Namun, saya ikut jer kata suami, kang buatnya betul ada apa2 berlaku, saya pulak kena tadah telinga dengar taklimat khas dia.ahaks. Sungguh bagai diduga, mmg tak de apa2 berlaku.

Khamis (19 Jun)-Kebetulan Khamis tu adalah routine antenatal check up saya kat klinik bersalin yg saya dah daftar tu. Saya beritahu doctor apa yg berlaku semalamnya dan bila doctor check cervix lagi , masih 3 cm…kan saya dah kata. Mmg lambat bukak. Doktor tak tahan masuk wad lagi, dia suruh pulang dulu dan dia pesan supaya saya banyak bergerak.

Jumaat (20 Jun), saya ada kelas Master jugak di sebelah petang (5 -7 ptg), dan suami tanya nak pergi ke sbb dia dah dengar sendiri doctor suruh banyak jalan. Saya kata naklah. So, dia hantar saya ke kelas. Beg baju mmg standby jer dlm bonet keta tu sejak beberapa hari yang lalu in case emergency.

Lepas jer suami turunkan saya kat kulliyah, dia pun balik ke ofis dia. Hehe..on the way ke pintu lif nak ke tingkat 4 tu, saya terasa lain tiba2..nyut..nyut..Mild contraction bermula!!!!!!! tapi saya selamba jer slow berjalan. Keluar drp lif, nak berjalan kaki jauh gak bagi ibu mengandung 9 bln ni, walhal, ikutkan tak sampai 5 minit sampailah. slow aje saya berjalan ngan rasa sengal dan nyut..nyut…Saya masuk kelas, rupanya baru nak mula. Kengkawan sekelas terkejut besar tengok saya..sebabnya depa ingatkan saya dah berpantang bersalin. Ahaks. Alkisahnya hari rabu yg suami tak bagi pergi kelas tu, saya called sorang kawan sekelas, bagi tau dia pesan kat pensyarah yg saya ni maybe nak bersalin. Lepas tu dia bagitau pensyarah yg saya on the way nak bersalin..hahaha. tu yg kengkawan ramai ingat saya dah bersalin. Selama dua jam tulah, saya dengar lecture pensyarah sambil melayan contraction ni. Habis kelas, saya slow berjalan dan menggunakan lif turun ke surau.. Saya called suami suruh dia solat maghrib siap2 kat ofis sebab saya nak ke klinik terus.

Lepas solat maghrib, saya tunggu suami kat luar kulliyah. Daripada situ kami terus pg klinik bersalin dan saya bagitau sekian sekian ttg mild contraction saya. Makanya saya terus ditahan wad.Tapikan, masa ni masih lagi cervix saya 3 cm!!!..sabor ajelah. Saya called bagitau emak yang saya kena tahan wad. Makanya Aiman dan Husna tidur rumah maklah malam tu. Tengah malam tu saya tak boleh nak tidur, bukannya sebab mild contraction..bahkan contraction tu hilang pulak. Tapi sebab nak biasakan diri tidur kat wad tu. Boring betul. Tgh malam suami telefon kot2 saya dah nak bersalin ke, saya bagitau nothing happened. Oh ya, doktor tak masukkan drip air utk segerakan bersalin sebab depa tak mau tanggung risiko kot2 apa2 berlaku tengah malam, tak pelah.

Sabtu (21 Jun)-Awal subuh, cervix saya diperiksa lagi, bidan kata baru 4 cm..bayangkan..lmabt tak lambatnya stail cervix saya. Contraction pun tak rasa sangat, very mild. Tapi saya mula dimasukkan air drip. Tp dos ubat tu tak tinggi so mmg gitu2 ajelah contraction saya…hinggalah krg jam 10 pag, barulah cervix saya jadi 6 cm…masa tu tak sakit sangat lagi. Tp saya dah kena tahan dlm labour room. Benci betul. Saya tak suka labour room, sebab banyak sangat perkakas besalin tu, rupa labour room yg serius jer.. Tp depa start tambah dos ubat drip tu, rasa contraction mula kuat. Ohh..sakitnya Allah yang tahu, air ketuban saya dipecahkan bidan. Tak lama lepas tu ia keluar, tapi bidan terkejut sebabnya air ketuban tu dah berubah warna disebabkan najis baby. Rupanya huda dah terberak kat dalam. Cepat2 depa bagi saya pakai oksigen utk elakkan huda lemas di dalam (hidung saya dimasukkan tiub kecil utk laluan oksigen tu.). Oh ya, masa ni suami mmg dah ada. Saya ni jenis panik n tak tahan sakit. So faham2 ajelah. Kejap bising sakit, sakit. Zikir pun zikir jugak. Masa tu 1 nurse dan 1 bidan jaga saya seblm doctor sampai. Depa dah maklumkan pada doktor kat bawah tp masa tu dia tengah buat dressing sorang pesakit kt tingkat bawah.

Contraction makin kuat, tp cervix msih lambat bukak, still 6 cm…depa nak bagi saya pakai oksigen besar pula, entah apa namanya, tujuannya supaya cervix dibukak lebih cepat. saya tolak sbb takut tngok penekup muka tu yg besar sangat lepas tu terasa bahang oksigennya.Punyalah depa pujuk, suami pujuk pun saya tak mau. at last depa ikut aje kehendak saya.

Entah mcmana saya terasa mcm nak terbuang air besar, saya mula meneran perlahan secara tak sengaja, saya bagitau bidan n nurse tu, tp bidan tu tak bagi teran, dia kata baru 6 cm, nak tunggu 10 cm.geram pulak saya. lepas tu dia keluar. Nurse yg tinggal tu ajar saya cara bernafas betul (ini sbnrnya pertama kali saya diajar bernafas nak tahan sakit contraction tu). Saya buat mcm yg disuruh. Mmg terasa lega sikit. Oh ya, saya tak rasa sakit pinggang langsung. Syukur Allah makbulkan doa saya selama pregnant ni. Tak lama lepas tu saya terasa macam ada sesuatu turun ikut tulang belakang dan saya terasa nak meneran sangat, saya bagi tau nurse tu, punyalah dia sporting. Dengan loghat utaranya dia cakap,
ikut suka hati syikinlah lagu mana syikin nak buat.

Saya pun terteran, tiba2 saya terasa sesuatu. Saya bagitau nurse, nurse tengok. Eh syikin, rambut baby dah nampak. Ha…saya terkejut. Dengan tak baring straight betul, kaki tak bukak betul, dan kepala saya dah terperosok kat kepala katil, saya pun teran terus siap ngan suara sekali keluar.ahaks (Sabtu, 21 Jun, 11.04 a.m). Kiranya nurse tu pun tak sempat nak sambut betul. Kalau saya beranak sorang mmg confirm tak jatuh baby ke lantai sebabnya mmg banyak lagi ruang kat hujung kaki saya. Yang bidan kat luar tadi, cepat2 masuk labour room dan cepat2 amik Huda sebab takut2 dia dah tertelan air najis tu. Masa nilah baru doktor sempat naik..hehe operasi dah abih.

Apapun, syukur sangat sebab kali ni saya tak lama sangat dlm labour room, adalah dalam 2 jam. Cumanya kesian kat Huda sebab dia kena jaundice dan sudahnya saya kena amik maternity leave 1 sem dan bukan 2 minggu (peraturan universiti)mengikut perancangan asal dek kerana jaundice Huda berlarutan sebulan lamanya dan suami nak saya berehat betul.

Friday, July 21, 2006

Perihal kelahiran Aiman

Pada awal bulan Julai 2000, kami telah berpindah semula ke Selangor kerana suami dpt bertukar kerja ke sini semula. Masa tu saya dah trimester akhir mengandungkan anak kedua, Aiman. Oleh kerana tmpt kerja suami cover kos perubatan di klinik swasta, makanya saya mengambil keputusan untuk bersalin di klinik swasta apatah lagi pengalaman melahirkan Husna di hospital kerajaan menyerikkan saya sebenarnya. Saya mendaftar di Klinik Kohilal, Taman Melawati. Ikut prosedur sebenar, kalau nak bersalin kat klinik swasta pilihan, at least 3 bln terakhir bersalin buat antenatal check up kat klinik tu, tp disebabkan saya baru berpindah, makanya baru sekali saya buat check up kat situ. Aiman dijangka bersalin pada 21 Julai 2000 tapi dia lahir seminggu awal. Kat bawah ni kisahnya;

13 Julai - Sebelah siang, saya mula terasa sengal2 semacam. Petang tu kalau tak salahnya, saya pun pergi ke klinik tersebut, baru bukak 3 cm aje. Doktor suruh saya balik dulu. Saya pun suka ajelah, sebab masa Husna saya dah alami 6 jam duduk dlm labour room, saya tak mau ulangi peristiwa yang sama. Saya tanyalah doktor jangkaan saya boleh bersalin. Doktor kata kalau cepat, tengah malam tu boleh bersalin dah. Wah, saya punyalah hepi ngan cakap doktor tu.

Saya balik tu, apalagi punyalah pulun buat kerja rmh, kononnya nak bagi cepat pintu rahim terbuka. Saya mengerjakan dapur rumah tu, siap mengemop bagai. Contraction pulak terhenti tanpa disedari. Habis kerja semua dalam jam 2 pagi. Tetapi, masa nak tidur tu, perut tu start balik rasa sengal2 semacam. Tapi tak sakit pun.

14 Julai – Sebelah pagi, saya ajak suami pergi ke klinik Kohilal semula sebab sengal2 tu berpanjangan. Husna saya tinggalkan dengan mak. Bila doctor check masih 3 cm. Alahai, punyalah pulun buat kerja, tak bergerak wlw 1 cm pun!!! Tapi, dek kerana dah ada turun darah sikit, makanya saya ditahan wad. Syukur saya tak alami contraction teruk mcm masa Husna dulu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya tu.

Hampir tengahari
saya dimasukkan drip air untuk mempercepatkan contraction. Masa nak cucuk jarum kat kulit saya ni..nurse yang in charged tu tak dpt cari urat darah saya. Punyalah mencuba kat dua2 belah tangan, tak berjaya kat sebelah, pindah kat tangan sebelah. Akhirnya berjaya gak. Yg dah tersalah cucuk tu, kulit tu jadi bengkak n lebam.

Dek kerana saya pakai drip air, makanya saya terpaksa ke hulu ke hilir menyeret tiang drip tu, hatta ke bilik air sekalipun. Masa nak solat zuhur pulak, kalau saya solat kat lantai, camner nak rukuk n sujud, tak pasal2 nanti tercabut drip tu. Sudahnya, saya solat sambil berdiri atas katil. Masa saya solat ni (saya tarik langsir keliling katil utk menghalang pandangan orang), sorang nurse masuk. Terkejut dia tgk saya solat berdiri, atas katil pulak tu. Abih solat, dia jumpa saya minta saya jgn solat berdiri atas katil lagi, buatnya terjatuh… naya jer. Waktu solat asar, saya solat duduk atas katil.Hmm..selesalah sikit. Tapi yang renyah tu, tiap kali waktu solat fardhu ni nak kena tukar tuala wanitalah sebab darah dah turun dulu. Saya kembar darah gak kali ni.

6 ptg lbh kurang – pintu rahim saya diperiksa, dah bukak besar juga (tak ingatlah berapa cm). Tapi syukur tak de strong contraction..masih mild lagi. Tapi masa ni dah start sakit pinggang sikit. Nurse nak tahan saya masuk labour room. Ikutkan hati tak mau, tapi sebab depa dah nak check condition jantung baby gak, terpaksalah. Yang saya suka labour room klinik ni, lampunya jenis lampu kalimantang. Jadi terang benderang. Cumanya saya masih tak suka tengok segala peralatan bersalin tu. Menakutkan. Dan syukur kali ni suami saya dpt menemani sama dalam labour room.

Azan maghrib – contraction makin kuat, tapi tak de tanda2 baby akan keluar lagi. Masa ni suami dan beberapa orang nurse keluar solat. Tinggal saya dan sorang nurse aje. Sempat suami pesan saya solat maghrib sebagai menghormati waktu solat. Dengan contraction + penutupan aurat tak sempurna, saya berjaya gak solat atas katil labour tu sambil baring. Tak pe, lepas pantang ni boleh qadha’ semula. Tapi, takdir saya meninggal time labour ni, terangkatlah kewajipan saya nak qadha’ semula.

Lepas solat maghrib, suami, nurse dan sorang bidan masuk semula. Masa ni sakit sangat2 dah. Air ketuban saya dipecahkan oleh nurse. Cepat pula kali ni air ketuban saya keluar. Kalau Husna dulu lepas dua jam dipecahkan baru mau keluar. Abih aje air ketuban keluar, terus sakit yang amat sangat. Saya tak mo baring, nak duduk pulak. Melayan contraction yg gila2 sakit ni. Sakit pinggang pun ya, tapi kurang berbanding Husna dulu. Bidan n nurse ikut ajelah kehendak saya. Tapi saya baring balik. Pas tu bangun balik. Aduh..rasa nak berlari aje masa sakit ni biarlah baby keluar masa saya tengah berlari tu takpe. Ada sekali tu, tengah sakit sambil duduk tu, saya memegang besi penghadang tepi katil, tiba2 ia tercabut dan jatuh ke lantai disebabkan kuat sangat saya pegang masa menahan sakit contraction tu. Sian pulak kat suami nak tolong betulkan balik. Tapi nurse suruh biarkan aje kat lantai.

Bidan check pintu rahim saya, dia terkejut sebab dah bukak 9 cm tapi tak de tanda2 baby akan turun lagi. Kalau ikutkan, masa ni baby dah boleh keluar dah sebab dah pernah bersalin dulukan. Kesian dia tengok saya yang sakit sangat, dia pun nak tolong. Dia bagitau saya dia akan masukkan dua jarinya ke dalam hingga pintu rahim saya dan dalam masa yang sama dia minta saya meneran. Adalah hampir setengah minit, tapi ya Allah sakitnya masa buat tu, hampir tertendang saya muka bidan tu yang kat hujung kaki saya. Tahan ajelah. Lepas tu baru dia kata ok dah, tak de lagi lendir2 menghalang apa entah istilahnya. Bidan or nurse kemudiannya keluar panggil doktor.

Kemudian doktor pun tiba. Lembut aje doktor ni dan soft spoken, suka saya. Asalnya suami saya berdiri sebelah doktor, tapi sebab nurse n bidan pun dah masuk semula labour room tu, suami beralih ke bahagian kepala saya. Doktor minta saya teran. Saya teran sekali tak mo turun gak. Kali kedua tak mo gak. Bila saya cuba teran lagi, alhamdulillah baby selamat keluar, tapi saya terdengar doktor mcm berkata2 sesuatu dan dia nampak terkejut. Rupanya tali pusat baby dah melilit leher dia!!! Mereka pun tak dpt kesan awal2 lagi keadaan tu. Syukurlah baru satu lilitan besar, kalau dah banyak belitannya, tak mustahil saya kena operate. Padanlah masa dah buka 9cm tu baby tak mo turun2 lagi. Agaknya bila dia nak turun, lilitan tali pusat menghalang pula.

Waktu kelahiran Aiman ni pada jam 8.43 malam. Berat dia 3.3 kg. Dan sebaik aje Aiman keluar, saya sempat melihat muka suami saya, rupanya air mata dia bergenang tengok saya bersalin. Sempat dia bisikkan ucapan terima kasih pada saya. Bila dah keluar klinik,saya pernah tanya dia nape tak berdiri sebelah doktor masa tu, dia kata tak sampai hati nak tengok berdepan. Syukurlah suami saya tahan ngan keadaan saya bersalin tu, kalau tak, mau dia pitam sama. Kebetulan mak, Husna dan andak (adik ke4) tunggu kat luar labour room masa bersalin tu, jadi lepas keluar baby tu, mak saya dpt masuk kejap dalam labour room tu, gembira dia saya selamat melahirkan. Dapat ciuman mak lagi yeye.

Dan macam Husna, masa meneran keluar tu mulut saya bising, tapi taklah keluar doa iftitah macam masa Husna tu, hanya zikrullah aje hehe. Tapi, zikrullah tu pun keluar jugaklah suara saya melepasi labour room tu sebab Andak yang menunggu kat luar labour room tu terdengar suara saya mengerang. Dia pun cakap kat mak lebih kurang ayatnya, apalah kaklong tu mulut bising masa beranak. hahaha. Mak pun cakap kat saya, saya pun cakap kat Andak kemudiannya, nanti ko bersalin ko taulah sakitnya camner. Entahlah, bila saya keluarkan suara tu rasanya keluar sekali tensyen2 sakit tu. Tapi saya memang tabik ada orang tak keluar langsung erangan sakitnya tu.

Syukur kelahiran kali ni lebih mudah tapi masih ada sakit pinggang sikit time bersalin. Patutnya saya doa minta jangan sakit pinggang langsung, ini saya minta kurangkan sakit pinggang tu, so Allah bagilah apa yang saya mintakan. Apapun memang kena banyak berdoa ngan Allah time hamil supaya mudah segala urusan kehamilan dan kelahiran.

Thursday, July 13, 2006

Sambungan- Part 3

26 jun (Sabtu) –

jam 2 pagi lebih kurang - saya terjaga drp lelap tu. Rasa nak terbuang air sangat. Masa ni terasa contraction semula. Saya panggil nurse bagitau nak buang air, dia benarkan, tapi dia pesan jangan kunci pintu drp dalam. Syukurlah tak perlu menapak sampai 10 langkah. Terpaksalah heret sekali tiang drip air ke toilet. Dlm bilik air tu, jgn gelakkan saya tau..saya menangis puas2 siap imagine suami saya ada kat depan saya n saya cakap sorang2 kalau tak salahnya saya cakap, tak mo bersalin dah..tak mo bersalin dah.

Kemudian, saya baring semula atas katil. Tiba2 saya rasa nak terbuang air lagi, kebetulan ada nurse lain masuk sbb nak amik barang, saya bagitau saya nak buang air, dia benarkan, tapi tak sempat turun dah keluar jer…saya bagitau dah terkeluar. Nasib dia tak marah. Dia pun keluar drp bilik tu. Laa..rupanya2 itu air ketuban, sebabnya tak henti2 ia mengalir. Habih jer air tu keluar, tiba2 saya rasa sakit sangat2..segera saya panggil nurse. Masuklah sorang bidan ni, saya kata saya sakit sangat n rasa nak meneran, dia check, baru 8cm katanya, anak sulung kena tunggu 10cm. Dia masih nak keluar lagi tu. ya Allah, geramnya saya. Dia baru jerk sampai kat pintu bilik tu, saya rasa macam nak terbuang air besar sangat, saya pun jeritlah marah, nurse..saya rasa dah nak terber@k dah ni…!!! dia patah balik. Periksa balik pintu rahim saya. Ok, dah nak keluar dah. saya terkejut, Ha..??. Tapi sempat lah bidan tu panggil dua tiga nurse lagi..masa tu masuklah sorang sorang nurse. Leganya saya rasa nampak ramai nurse masuk..adalah kat 4 org nurse selain bidan tu rasanya. Rupanya, masa tu ramai nurse dah boleh relax sikit sbb banyak kes dah selesai, tinggal saya aje rasanya masa tu.

Sorang nurse tu datang kat kepala saya, cepat2 saya pegang tangan dia menangis mintak jangan tinggalkan saya. Dia pujuk saya kata takkan tinggalkan saya. Disebabkan saya tak tahan sakit, makanya masa nak meneran tu mulut saya sibuklah cakap sakit..sakit..berselang zikir. Marahlah bidan tu, dia kata semua orang sakit nak bersalin. Saya pun stop cakap sakit ..terus zikir Allah..Allah n apa yang ingatlah.


Bila teran nurse yg 3 4 org tu punyalah sibuk suruh push..push....tpi sebab nafas saya pendek sampai muka tu rasa macam kemek2 dah menahan nafas. Bidan suruh stop dulu n amik nafas panjang2...bila saya lepaskan tahan nafas tu, nurse2 tu pulak cakap alaaa dah masuk dah. Sbnrnya, dalam bidan tu duk marah2 saya meneran smbil bising sakit, sempat gak puji saya pandai teran. Cuma tak keluar jer lagi. Saya teran kali kedua pendek nafas gak, stop lagi. nurse2 tu pun cakap benda yg sama lagi. Saya sempat lagi tanya kenapa, bidan tu kata rambut baby dah keluar, tapi bila saya lepaskan nafas tu, rambut tu termasuk ke dalam balik. Ohh..gitu rupanya.

Kali k 3, bidan tu suruh saya gigit kain dan pegang kedua2 kaki saya betul2 dan teran kuat2..saya pun teranlah, sakitnya ya Allah hinggakan terlepas gigitan kain tu dan tak sengaja mulut saya terjerit Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira (alah doa iftitah dalam solat tu …sib baik tak sampai abih saya baca, hehe). Then, terdengar bidan tu kata dah keluar, saya terstop meneran. Rupanya baru kepala husna yang keluar. Lepas tu dia suruh teran lagi..saya pun teran buat kali terakhir, terasa badan Husna menggelongsor keluar tu macam agar2 terlepas daripada genggaman tangan kita. Licin aje.


Kuasa Allah, terus hilang sakit bersalin dan contraction tu. Dan masa ni saya dah terasa letih sangat, sebab menahan sakit contraction sejak pagi jumaat, lepas tu tak cukup lelap, baring dlm keadaan tak selesa. Masa ni kepala saya dah mamai. Ngantuk sangat. Dan masa bidan tunjukkan husna sebaik dia keluar tu, dia tanya baby boy or girl, saya ternampak jantinanya macam boy, saya cakap boy, dia tegur, eh..perempuanlah, saya besarkan mata betul2 , ha ah girl. Rupanya benda yg saya nampak tu darah ketul kecil melekat lagi. Terus bidan tu tanya sapa nama saya, saya jawab nama penuh saya, sebabnya malam tu 3 org syikin bersalin sama. Masa nak masuk dlm labour room kecil tu, saya tak sengaja ternampak syikin dua oang tu di kiri kanan bilik saya. dan Saya kenl mereka berdua sbb kami dalm wad yang sama. Risau saya tertukar anak aje.

Selesai semua; uri dikeluarkan, proses episiotomi yang menyakitkan oleh doktor pelatih , dan paling best, saat dpt menyusukan Husna semasa dalam labour room tu. Itupun selepas dia pun dibersihkan. Macam tak percaya jer dah ada anak sendiri. Dan Tak tau nak kata, terharu sangat. Syukur tak de apa2 masalah penyusuan. Oleh kerana saya masih mengantuk, nurse ambil semula anak saya takut Husna terjatuh pulak drp katil labour tu masa saya terlelap, dan biarkan saya berehat hingga hampir jam 7 pagi. Masa tu memang suasana tak kalut dah.

Ingat nurse k 4 yg muka serius tu? saya yang muka tebal ni banyak kali ucap terima kasih kat dia masa dia duk mengemas dan membersihkan bilik tu, sebab dia pun ada sama masa proses kelahiran tu biarpun dia beberapa kali marah kat saya. Saya minta maaf sebab kerap panggil dia time sakit tu. Entah agaknya dia terharu dengan ucapan terima kasih dan mohon maaf saya tu,nak pulak dia berbual elok aje ngan saya. heheh. Dia citerlah mmg teruk sangat shift malam tu sbb ramai sangat bersalin, hinggakan dia tak boleh nak duduk rehat sampai rasa kaki kejang. Dia kata, sbb utama tak leh nak entertain saya sebab ada kes emergency, nak selamatkan baby bangsa lain, yg akhirnya meninggal dunia semasa dilahirkan. Besor baby tu, 5 kg. Tu yg depa kalut semacam. Ok..saya pun dengar ajelah.

Hampir jam 7 pagi, saya ditolak keluar ke ruang dewan labour tu. betul sangkaan saya, husna diletak sederet ngan 2 babies lain yg both mothers tu sama ngan nama saya. Bayangkan kalau tertukar, dahlah muka depa ni lebih krg sama aje nampaknya. Kemudian, Husna diletakkan dicelah dua kaki saya. Masa ni, bidan yang menyambut saya tu berdiri kat tepi troli saya. Saya ucapkan terima kasih kat dia n dua tiga nurse lain masa kelahiran Husna. Sempat bidan tu bertanya,tadi awak baca doa apa? macam doa dalam sembahyang saja. saya tersengeh. yg bidan tu n nurse2 lain pun dah tersenyum sama.

Masa ni, 2 org syikin tu jugak menunggu masa nak keluar. Tak lama kemudian terdengar announcement nama kami disebut tanpa disebut nama bapa masing2, sebabnya suami dah menunggu di luar. Sorang syikin ni ditolak keluar, tapi tak lama dia ditolak masuk balik. Rupanya suami saya yang menunggu di luar. Saya terfikir mesti suami saya terkejut, agaknya dia terpikir awat muka isteri aku dah lain..haha. Dan nurse2 yg kat kaunter luar tu pun agaknya tak perasan kot 3 org syikin bersalin dlm masa yang sama. Bila saya ditolak keluar, berseri2 tgk muka suami. Banyak kali dia minta maaf sebab tak ada malam tu. Suami nak qamatkan Husna kat situ juga (di luar dewan labour), tapi nurse tak bagi, dia suruh buat kat bilik saya nanti.

Masa kat bilik, suami qamatkan Husna. Bila tengok suami dukung Husna, nampak hepi sangat dia. agaknya tak sangka dah jadi ayah. Syukur saya tak mengalami pitam or pening masa first time masuk toilet. Mungkin sebab lepas bersalin tu saya berehat lama dlm labour room lbh krg 4 jam. Lega pulak saya boleh buang air kecil mcm biasa. Waktu tengahari, mak, adik, arwah atuk n mak sedara sampai dari K.L. Punyalah mak saya heppi. Yeye..saya kena cium dek emak. Lama dah rasanya mak tak cium saya. Dah jadi wan dah mak. Bukan takat cucu sulung, bahkan Husna pun cicit sulung gak. Then sorang kawan kuliah lama yang menetap kat melaka pun dtg melawat. Jangan tak tau, tengahari tu saya dah berjalan2 dah sekitar dlm wad, melawat kawan2 yg bersalin sama tu. jalan style oshin lah apalagi. Kawan lama saya tu terkejut tengok saya dah berjalan2..wei..bentan ko nanti, itulah lebih kurang dia cakap. Sengih ajelah.Oleh kerana saya bersalin awal pagi, maka saya dibenarkan keluar sebelah petang. Itu pun setelah doktor puas hati saya sihat dan Husna dah buang air besar. Saya tak sempat pun tidur kat bilik tu, yelah sebab bertarung kesakitan di labour room. Malam tu saya tidur di rmh mak sedara pupu di Bukit Katil sebelum balik ke Selayang pagi Ahad tu.

Yang suami saya tak de malam saya masuk labour room tu, rupanya dia tak jadi relax kat Masjid tu, sebaliknya dia balik ke rumah kami untuk berehat kejap. Letih sangat sebab sejak awal pagi Jumaat hingga ke maghrib tu dia tak betul2 berehat. Ngantuk sangat. Kononnya nak lepak depan tv jap, at last tv tengok dia. Dia tersedar sebelum azan subuh tak salahnya, terus dia teringatkan saya. Apalagi, lepas subuh dia pun ke hospital, pergi ke wad saya utk tau latest info. Then dia dapat tau saya dah selamat bersalin dan masih belum keluar labour room lagi. Tu yang dia terus tunggu saya kat luar dewan menunggu labour room tu.


Apapun, syukur sangat segalanya selamat. Yang pasti, saya ni jenis pintu rahim lambat bukak, hingga waktu kelahirkan Alia pun sama keadaannya. Dan satu lagi, rupanya saya ni lepas bersalin tak boleh tgk perempuan sarat hamil terutama kalau nampak depa menunggu kat labour room, terasa ngilu semacam sebab teringat2 experience kat bilik bersalin, hinggalah sekarang ni dah ada anak 4 pun.

Kiranya, 2.45 pagi Sabtu, ikut catatan bidan tu, Husna selamat dilahirkan. hari Maulud Nabi pulak tu. Kecik aje, dia 2.78 kg. Ingatkan besar, sebab masa ngandungkan dia perut saya besar sangat hinggakan orang ingat saya mengandungkan kembar. Tapi, ada citer lepas 2 minggu Husna lahir, dia kena tahan wad icu kanak2 beberapa hari. Nantilah..saya citer lain kali pula. Sekarang ni, Husna Fathiyyah yang kami beri nama pada hari k 7, telah bersekolah darjah 1.

Pada bakal2 mama n bakal preggie mom jangan takut nak bersalin or hamil, sebab lain orang lain experience dia. Cerita saya takkan sama ngan pengalaman anda, insyaAllah. Banyak yang saya pelajari drp kehamilan pertama ni. Tapi yang pasti, nantikan perihal kelahiran Aiman pula ya :).

Wednesday, July 12, 2006

Sambungan - Part 2

6 pagi lebih kurang– sampai hospital. Rupanya wad bersalin hospital tu dah ditukar ke bangunan hospital baru. Ya Allah..punyalah jauh bagi pompuan sakit nak bersalin berjalan ke dewan besar labour tu. syukur ada pak guard, cepat dia bantu kami tunjuk arah ke dewan besar tu. Dia pun laju semacam berjalan sebab tengok macam saya nak terber@n@k dah. Sian kat suami, lenguh agaknya dia sebab mmg saya berpaut sungguh ngan badan dia masa berjalan tu, tak larat nak berjalan dah, teruk sangat sakit contraction tu. Kiranya dia pun jalan menyenget sebelahlah nak menampung berat saya.

Bagusnya dalam dewan besar labour ni, ada ruang menunggu utk pasangan. Yang ruang menunggu kat luar pun ada jugak utk orang ramai. Saya di bawak masuk ke bilik rawatan biasa dulu dalam dewan tu. Terkejut saya bila nurse bagitau pintu rahim saya baru 2 cm..laaaa, ingatkan dah nak bersalin sangat (pintu rahim 10 cm baru baby blh keluar). Saya bagitau nurse tu, saya nak solat dulu. Tapi dia tak bagi, katanya dah keluar darah sikit. OOO..ok. Tapi, sempat gaklah teliga saya menadah leteran dia. Antaranya dia tanya saya minum air selusuh atau tidak. Saya bagitaulah tidak. Kenal air tu pun tidak & saya duduk ngan suami aje, tak de famili bersama, manalah saya nak tau rupa air selusuh tu camner. Dia tak percaya, sebab sakit saya teruk sangat tapi pintu rahim masih kecil. Dia cakap kalau minum air selusuh pun, tapi pintu rahim masih belum bukak, tak boleh gak, nanti budak kat dalam tu yg kuat geraknya. Emak yang teruk sakit. Malas saya layan panjang lebar khutbah dia, dengar ajelah ngan muka kerang tersengih tu. Masa tu, berhenti pulak rasa strong contraction tu.

Antara 6.30 - 7 pg tak salahnya-
saya keluar jumpa suami kat ruang menunggu dalam, dia suruh saya solat subuh dulu, tapi saya bagitau dia darah dah keluar. Suami ragu2, sebab itu bkn darah wiladah pun. Entah, saya pun ragu2 gak jadinya. Tapi still tak berani solat, kot2 betul itu darah wiladah.

Kemudian, saya dipanggil nurse utk masukkan ubat buang air besar. Apalagi, tak sampai 5 minit, memerutlah…Masa tu contraction sesekali terasa kembali. Suami pula menunggu di ruang menunggu dlm dewan. Oleh kerana pintu rahim masih kecil lagi, saya kena masuk wad (dewan maternity) dulu, tapi punyalah ramai makyung..katil penuh kat semua wad, I tell u. Inilah yang diberitahu oleh nurse pada saya. Menunggulah saya kat ruang menunggu dewan besar bersalin tu bersama2 ngan makyung lain yang belum dapat katil, sesekali layan contraction yg dah tak kuat mana, tapi adalah selang 15-20 minit. Dapat kenalan baru. Masing2 tunggu giliran nak bersalin. Best pulak tengok rakan2 seangkatan nak masuk labour room. Tengahari, baru saya diberi katil tapi kat kelas 3 dulu. Saya layak masuk 1st class ward, tapi penuh, kena tunggu patient discharge dulu. Masa ni hilang kejap rasa mild contraction tu. Rupanya kat bangunan baru ni, dewan materniti ni ada dua aje. Tapi besar. Dalam setiap dewan tu ada 3 bilik; 1st class ward, 2nd class, n 3rd class.

Lepas Jumaat- saya dapat katil kat 1st class bilik. 1 bilik 2 orang. Kebetulan tak lama lepas tu suami pun datang semula selepas solat jumaat. Sebelah petang, saya diperiksa lagi, masih 2 cm. La hai…lambatnya pintu ni bukak. Then ujian jantung baby dibuat. Menyampah tul, boring kena baring lama. Syukur jantung baby ok. Nurse no. 2 ni pun tanya gak samaada saya minum selusuh or idak. Saya jawablah tidak. Manalah nak kenal. Alasan nurse tu sama gak cam nurse no.1 tadi tu, pintu rahim bukak tak besar tapi teruk contraction.

6 ptg ke atas –
strong contraction dah bermula, tapi 15-20 minit setiap satu kalau tak salahnya. Paling teruk, kena sakit pinggang pulak, tu yang tak tahan tu. Sapa yang pernah kena tu taulah. Rasa nak patah pinggang dibuatnya. Berganda2 sakitnya. Masa ni suami dibenarkan teman saya lagi kat wad. Saya bawak jalan2 ke hulu ke hilir depan kaunter nurse di pintu masuk dewan materniti tu. Kononnya nak bagi pintu rahim cepat bukaklah. Nasib baik nurse tak marah saya mundar mandir depan depa hehe. Sebab ruang bilik saya tu tak sesuai, kecik nak mundar mandir.

Azan maghrib – suami diarah keluar, waktu dah tamat sebenarnya. Suami bagitau dia nak solat kat masjid al Azim (betulkan Kak Lady nama masjid negeri tu?) yg terletak bersebelahan hospital ni. Dia bagitau akan datang lagi lepas isyak insyaAllah. Saya pun masuk bilik, contraction masih ada lagi.

Azan isyak – entah camner, hati tu tiba2 kuat nak solat Isya', wlwpun duk ragu2 betui ke salah saya solat ni. Sebab darah dah keluar sikit. ( Kata org, kembar darah ni lagi bisa dan lagi sakit drp kembar air). Ah, gasaklah. Saya solat juga, tapi cara duduk atas katil. Bayangkanlah, kita contraction + sakit pinggang + pergerakan solat. Kejap2 terganggu pergerakan sebab contraction datang. Sakit. waaaaaaaaaa..menyerang betul sakit tu.

Lepas solat, segera saya berjalan ke kaunter, bagitau saya dah rasa sakit sangat, dah selang 10-15 minit contraction. Masa tu, ketua jabatan dewan bersalin tu turun. Lelaki tau. Dia ni garang orangnya sebab sejak tghari saya dah terdengar nurse2 duk sok sek sok sek pasal kegarangan dia ni. Ketua ni pulak, bila tau saya sakit ni, suruh saya masuk bilik rawatan kat dalam dewan materniti tu, dia nak check pintu rahim saya, kami ditemani sorang nurse. Dah bukak 4cm rupanya, terus dengan nada garang dia arahkan nurse bawak saya ke dewan bersalin besar tu. Kecut saya dengar nada dia tu. Kita yang sakit lagi sakit dibuatnya. Dahlah katil troli tu abih,sebab ramai sangat bersalin malam tu. Saya ditolak ngan wheel chair. Aduh..menggigil lutut saya menahan sakit. Dahlah jauh dewan maternity ngan dewan labour tu, siap turun naik lif lagi. Masa lalu kat ruang menunggu di sebelah luar dewan bersalin tu, saya sempat mengerling kiri kanan kot2 suami ada kat situ. Takde. Hampa gak.

Masuk dewan labour tu, saya ditolak masuk ke labour room kecil. Ada berbelas buah bilik labour yg kecil2 dalam dewan labour ni kalau tak salah n setiap bilik labour kecil ni ada bilik air sendiri. Itu pun saya terpaksa tunggu kejap kat luar salah satu bilik labour tu, sebab nurse nak bwak keluar patient sedia ada. Then, baru saya dapat masuk. Saya diminta salin pakaian tak salahnya. Kemudian, saya diarahkan berbaring. Sakit tu toksah cakaplah. Saya dahlah jenis tak tahan sakit dan mudah panik. Sorang doktor pelatih datang dan sarung ketuban saya ditebuk,tapi masa tu airnya tak keluar lagi. Sempat saya bertanya doktor tu bila boleh bersalin, dia jawab tak tau.

Kemudian, kena buat ctg lagi. Sabor jeklah. Tapi masa ctg ni mmg tak selesa betul, sebab contraction tengah kuat plus sakit pinggang ..eiii..rasa nak tanggal2 aje alat ctg kat perut ni. Masa ni, nurse k 3 pulak sempat tanya saya, samada saya minum selusuh or idak. Saya tergelak, saya bagitau dia, dia adalah nurse k 3 tanya soalan yg sama. Saya kena explain lagi. Sabor jelah. Dahlah kita tengah sakit ni.

Lepas tu saya ditinggalkan sorang2. Tak sukanya. Dahlah bilik tu kecil, lampu mentol kuning yg agaknya 40 watt aje, ngan kiri kanan dalam bilik tu macam2 peralatan bersalin. Tak mesra pesakit betul. Tensyen saya. Oh ya nurse k 4 yg kena jaga saya pula, mukanya straight aje. Senyum pun idak. waaaa..tensen tensen. Dia tu mmg tak teman saya langsung, keluar masuk bilik aje kelam kabut n laju semacam, sebab sibuk sangat. Penuh aje labour room sebelah kiri dan kanan labour room saya, silih brganti pesakit. Sakit saya bertambah. Contraction makin kuat ya Allah. Abih segala ayat yang saya ingat, saya baca. Siap tarik2 rambut lagi duk tahan sakit ni. Sakit pinggang berganda tu buatkan saya rasa macam nak tanggalkan kejap n letakkan kat tepi katil, dah bersalin barulah nak pasang balik. Kan bagus suami saya ada masa tu. Boleh dia bagi moral support. Saya pun heran napa dia tak de kat luar tu tadi. (Rupanya, wlwpun masa tu hospt. Melaka dah mulakan polisi membenarkan suami menemankan isteri di labour room, tp secara praktiknya depa tak benarkan, sebab takut ada bapa yg ambil kesempatan rambang mata. Sekarang ni tak tau dah boleh atau tidak bapa masuk bersama. )

Yang sedih tu, saya tak diajar langsung camner nak kawal sakit contraction tu. Yelah camner kawal pernafasankan. Mmg zero knowledge betul masa tu.Time contraction paling kuat, kejap2 saya panggil nurse. Nurse k 4 lah yang masuk. Bila checked pintu rahim, masih 4 cm lagi. Naik marah dia sebab saya kerap panggil. Yelah, kita manalah taukan. first experience pulak tu. At last, dia bagi suntikan pada saya, supaya saya boleh rilex kejap. Saya jadi mamai dan terlelap.

Ok. Bersambung lagi.

Tuesday, July 11, 2006

PERIHAL KELAHIRAN HUSNA – Part 1

Saya nak share perihal kelahiran pertama anak saya, Husna. Dah lama nak buat entri ni, tp tertangguh dan dalam masa yang sama terfikir, apa kata orang nanti, bab bers@lin pun nak cerita dengan orang. Tapi, dah namanya blog or yang saya faham diari internet, makanya saya nak tulis juga. Nak tulis tangan, sungguh…buruk sangat tulisan tangan saya. Sokmo suami suruh perbaiki tulisan tangan den ni ha. Tu sebab saya fikir blog adalah tempat sesuai untuk saya bercerita. Lagi satu, saya takmo memori melahirkan Husna akan luput begitu sahaja. Maklum ajelah, usia makin naik, sifat mudah lupa tu makin dekat. Paling penting, Husna tau camner dia dilahirkan. Moga dia lebih menghargai kehadirannya di dunia ini :). Sebab bukan senang nak keluarkan manusia kat dunia nikan? Husna ni kiranya anak Melakalah, sebab dia dilahirkan di Hospital Melaka tu. Tapi, kena buat 2 atau 3 parts pasal entri ni. Sebab panjang sangat. Oklah. Ini kronologi ceritanya;

2 minggu sebelum kelahiran –

Saya masuk wad sebab gara2 terlebih makan tapai pulut. Adalah suku bekas tupperware kecil saya melantak. sedap tul. Sebelum tu memang tahan2 sangat nak makan. Tapi dah nak dekat bersalin ni, terburai jugak iman tu. Tak sangka sakit kepala menjadi2, dicampur pula sakit perut memulas2 yang saya fikirkan contraction nak bersalin. Masa ni masih di bangunan lama Hospital Melaka tu. Malangnya, sebelum masuk wad tu, secara tak sengaja saya terlihat keadaan wanita lepas bersalin dengan darah yang masih menjejeh2 atas katil. Ketika tu saya menunggu di luar bilik rawatan biasa di dalam dewan bersalin, menanti giliran dipanggil. Pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit dan ada sorang ibu yg hendak dicheck servix nya. Bersamanya ada dua doctor pelatih, lelaki & perempuan serta beberapa orang nurse senior yang keluar masuk bilik tu. Tiba2 saya dengar ibu tu mengaduh nak bersalin, rupanya tak sempat ditolak ke labour room dia terbersalin di situ. Yang saya tau tu bila doktor pelatih pompuan tu tergesa2 mmbawa bayi tu masuk k labour room sebelah utk dibersihkan. Sambil tu dengar gaklah nurse2 senior bising doktor pelatih tu tak pakai glove, takut jangkitan kuman kot pada baby. Dr. tu pun mana sangka kakak tu nak bersalin, sebab ia bukan labour room pun. Labour room kat sebelah.

Disebabkan pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit, saya tergerak nak meninjau. Ya Allah..terkejut saya tengok punyalah banyak darah kat atas katil tu. Atas lantai pun ada. Rupanya camtu keadaan bersalin. Terus takut tak tau nak cakap. Rasa tak mo bersalin pulak, biarlah baby kat dalam aje. Masa tu suami masih di luar. Setelah giliran saya diperiksa selesai, saya kena tahan wad sebab tekanan darah tinggi. Kalau tak turun gak dlm beberapa hari, boleh kena operation u. Then, saya dapat katil, suami kena pulang sebab dah malam. Sempat saya citer kat suami apa yang saya dah lihat. Masa hantar suami kat lif, menangis saya tngk cik abe melangkah masuk lif, kalau blh tak mo dia balik, biar dia tidur kat situ gak, temankan saya yg masih ketakutan tu. hehe..sib baik tarak orng.kalau tak buat malu aje. Terpaksa dia keluar semula dan pujuk saya masuk ke wad. Saya bagitau dia yang saya takut sangat sebab terbayang2 keadaan pompuan tu tadi. Punyalah dia pujuk jgn takut. Akhirnya termakan gak pujukan dia. Lepas dua hari, saya discharge wad. Tekanan darah saya dah normal. Saya bagitau suami, org keluar wad bawak baby, kita keluar bawak beg baby aje. Hehhehe. Husna masih belum keluar lagi!!!

Sejak daripada itu, saya menghitung hari bersalin. Sebenarnya saya dijangka bersalin pada 23 Jun 1999, tapi Husna masih tak keluar. Dan segalanya bermula pada 24 Jun (Khamis) dan berakhir pada 26 Jun (Sabtu);

24 Jun (Khamis) –

6 ptg - mild contraction bermula. Selang sejam sampai tengah malam. Masa ni masih larat buat kerja2 rumah lagi. Get ready packing apa yang patut.


25 Jun (Jumaat) –

Start 12.45 a.m lbh kurang - Saya terkejut drp tidur bila rasa contraction. masa ni, contraction turun kepada setiap 45 minit sekali.

Hampir 3 pagi lbh kurang - contraction mula berselang setengah jam. Saya kejutkan suami, dia pun bersiap. Sementara menanti ajakan saya nak p k hospital, dia selesaikan tugasan kerjanya terlebih dahulu. Saya masih boleh bertahan dan nak pg ke hospital lepas solat subuh cadangnya.

Masuk waktu subuh - masa saya dah siap ambil wuduk tu, aduh..sakitnya makin menjadi. Contraction makin kuat. Segera saya ajak suami ke hospital melaka yg jaraknya 30 minit kalau berkereta ke sana. Cadangnya solat subuh kat hospital aje kalau tak de apa2 lepas tu. Sebelum ni, ramai dah pesan kat saya, kalau hospital agak jauh, sebaiknya ½ jam selang contraction tu bolehlah p hospital dah atau lebih awal drp itu pun tak pe.

Dalam kereta, disebabkan jalan Merlimau – Hospital tu ada yang agak berselekoh dan suami pulak memandu agak laju seawal lebih kurang 5.30 pagi tu, saya terasa kepala baby dah nak keluar dah. Macam terasa-rasa kepala dia menolak2 pintu rahim tu.Tangan kanan saya bergayut pemegang pintu kat tingkap kereta tu. Sempat saya berangan sampai hospital nanti terus bersalin.


Ok. Bersambung lagi...