Friday, July 28, 2006

Minggu sakit

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah, dapat juga saya berblog. Sejak Isnin lalu hingga ke pagi Jumaat ni saya kena demam panas + batuk berkahak yang kuat + selsema. Teruk sangat keadaan saya hingga tak mampu menguruskan rmhtangga dan anak2 hingga kena duduk rmh mak minta tolong beliau uruskan anak2 saya. Saya terjangkit dr Husna yang demam sejak Sabtu. Husna pun baru pagi ni dapat ke sekolah semula. Aiman pulak terjangkit demam sejak Rabu lalu. Huda pula, tengah malam tadi start demam panas. Kalau tak tu dia hanya batuk berkahak dan selsema saja bersama si Alia. Berjangkit2 kan? Oh ya, malam tadi, saya kembali semula ke rmh walaupun badan belum sihat sangat, masih demam lagi, tp yg penting saya rasa ok sikit utk uruskan rmhtangga n anak2. cuma tak leh lasak2. Lupa pula, terima kasih pada mama blogger, Shami (Disham) yang sms bertanyakan soalan yang tepat pada saya :). Maaflah saya tak balas sebab hp tertinggal kat rmh dan saya pula duduk rumah mak. Lewat malam tadi baru dapat baca sms tu :D.

Dan maaf ya sebab komen2 kat entri sblm ni banyak saya tak balas sebab masa tu dah teruk demam. Tadi saya baru dapat baca sekali lalu aje. Ternampak ada anon yang announced saya demam, terima kasih ya doakan saya cepat sembuh :).

Saya juga nak maklumkan yang saya terpaksa berhenti berblog seketika, tak tau sampai bila. InsyaAllah, saya akan kembali lagi untuk menulis. Oklah...sehingga ke entri akan datang. Kepada anda blogger tegar dan kurang tegar, rajin2lah buat entri ya :D . Wassalam.

Sunday, July 23, 2006

TERLAKNATLAH ZIONIS & AMERIKA

GERAMNYA SAYA..
MARAHNYA SAYA...
NYAWA MANUSIA TIADA HARGA...
SESUKA HATI DEPA NAK BUNUH ORANG TAK BERDAYA

RASA NAK CEKIK CEKIK SI BUSH DAN EHUD TU SEBAB
DEPA MENGHALALKAN PEPERANGAN INI
RASA NAK SEMBELIH2 DUA EKOR NI SEBAB DEPA BUAT DAJAL
EEIII....GERAM GERAM GERAM

APA PERANAN KITA ORANG MUSLIM AWAM NI?
APA PERANAN PEMIMPIN2 ISLAM DUNIA NI?

Bersyukur kita masih boleh tidur nyenyak siang dan malam
bersyukur kita masih boleh bawa anak berjalan-jalan di hujung minggu
bersyukur kita masih boleh makan dengan kenyang
bersyukur kita masih boleh menonton tv dengan senang hati
Bersyukur kita masih boleh shopping sesuka hati

Malang anak2 mangsa perang
mereka susah bermain sesuka hati macam anak2 kita
mereka susah nak bershopping macam anak2 kita
mereka susah nak makan dengan kenyang seperti anak2 kita
mereka susah nak tidur dengan nyenyak kerana bedilan bom dan bunyi mesingan
mereka menanti masa bila pula giliran mereka tiba
mereka kemudian berlari ketakutan kerana serangan
mereka kemudian terpaksa menjadi pelarian
tapi jika nasib mereka malang akhirnya mereka terbunuh
atau ibubapa mereka terbunuh dan mereka menjadi yatim piatu
mana mereka akan cari ganti ibubapa yang dah pergi???
mana mereka akan cari kehidupan aman sebelum ini???

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AKAN PERTOLONGAN ALLAH UNTUK MANGSA PERANG INI
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR ALLAH TURUNKAN BALA KE ATAS MEREKA YANG ZALIM DAN GANAS ITU
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR PEJUANG2 ISLAM ITU TIDAK LARI DARIPADA MEDAN PERANG


"Ya ALLAH..Kau tolonglah kami hamba-hambaMU yang lemah ini. Kami tahu doa kami ini tak layak diterima kerana terhijab dek dosa2 kami sendiri. Tapi ya ALLAH, Kau tolonglah anak2 kami di sana, wanita2 kami di sana, warga2 tua kami di sana kerana mereka golongan yang lemah ya ALLAh. Turunkanlah BANTUANMU YA ALLAH..TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH...TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH sepertimana KAU pernah menurunkan para MALAIKAT membantu RASULULLAH dalam peperangan, sepertimana KAU pernah menurunkan angin ribut pasir membantu RASULULLAH dalam peperangan, agar MUSUH-MUSUH ISLAM itu KALAH ya ALLAH. Dan berikanlah kekuatan jiwa yang kuat dan mantap pada pejuang2 perang ISLAM itu ya ALLAH agar mereka dapat berjuang habis-habisan hingga KEMENANGAN berpihak pada mereka ya ALLAH. Makbulkanlah doa hambaMU yang hina ini ya ALLAH. Amin ya Rabbal 'Alamin."

p.s. sila masuk blog Faisal Tehrani jika ingin melihat bayi yang mati dlm kandungan kerana ibunya ditembak. Si ibu syahid. Dan malang sekali bayi itu tidak dapat diselamatkan kerana peluru tersebut menembusi belakang badannya. Sedangkan bayi itu menanti hari untuk melihat dunia Allah ini. Dan blog P-nut juga untuk melihat kanak2 cedera parah hingga ternampak tulang2 jari tangan hinggakan melihatnya hati saya terdetik biarlah budak tu mati saja kerana parahnya cederanya itu, tak sanggup melihat dia menahan azab kesakitan nanti. Lihatlah mangsa kekejaman peperangan ini...

Friday, July 21, 2006

Perihal kelahiran Aiman

Pada awal bulan Julai 2000, kami telah berpindah semula ke Selangor kerana suami dpt bertukar kerja ke sini semula. Masa tu saya dah trimester akhir mengandungkan anak kedua, Aiman. Oleh kerana tmpt kerja suami cover kos perubatan di klinik swasta, makanya saya mengambil keputusan untuk bersalin di klinik swasta apatah lagi pengalaman melahirkan Husna di hospital kerajaan menyerikkan saya sebenarnya. Saya mendaftar di Klinik Kohilal, Taman Melawati. Ikut prosedur sebenar, kalau nak bersalin kat klinik swasta pilihan, at least 3 bln terakhir bersalin buat antenatal check up kat klinik tu, tp disebabkan saya baru berpindah, makanya baru sekali saya buat check up kat situ. Aiman dijangka bersalin pada 21 Julai 2000 tapi dia lahir seminggu awal. Kat bawah ni kisahnya;

13 Julai - Sebelah siang, saya mula terasa sengal2 semacam. Petang tu kalau tak salahnya, saya pun pergi ke klinik tersebut, baru bukak 3 cm aje. Doktor suruh saya balik dulu. Saya pun suka ajelah, sebab masa Husna saya dah alami 6 jam duduk dlm labour room, saya tak mau ulangi peristiwa yang sama. Saya tanyalah doktor jangkaan saya boleh bersalin. Doktor kata kalau cepat, tengah malam tu boleh bersalin dah. Wah, saya punyalah hepi ngan cakap doktor tu.

Saya balik tu, apalagi punyalah pulun buat kerja rmh, kononnya nak bagi cepat pintu rahim terbuka. Saya mengerjakan dapur rumah tu, siap mengemop bagai. Contraction pulak terhenti tanpa disedari. Habis kerja semua dalam jam 2 pagi. Tetapi, masa nak tidur tu, perut tu start balik rasa sengal2 semacam. Tapi tak sakit pun.

14 Julai – Sebelah pagi, saya ajak suami pergi ke klinik Kohilal semula sebab sengal2 tu berpanjangan. Husna saya tinggalkan dengan mak. Bila doctor check masih 3 cm. Alahai, punyalah pulun buat kerja, tak bergerak wlw 1 cm pun!!! Tapi, dek kerana dah ada turun darah sikit, makanya saya ditahan wad. Syukur saya tak alami contraction teruk mcm masa Husna dulu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya tu.

Hampir tengahari
saya dimasukkan drip air untuk mempercepatkan contraction. Masa nak cucuk jarum kat kulit saya ni..nurse yang in charged tu tak dpt cari urat darah saya. Punyalah mencuba kat dua2 belah tangan, tak berjaya kat sebelah, pindah kat tangan sebelah. Akhirnya berjaya gak. Yg dah tersalah cucuk tu, kulit tu jadi bengkak n lebam.

Dek kerana saya pakai drip air, makanya saya terpaksa ke hulu ke hilir menyeret tiang drip tu, hatta ke bilik air sekalipun. Masa nak solat zuhur pulak, kalau saya solat kat lantai, camner nak rukuk n sujud, tak pasal2 nanti tercabut drip tu. Sudahnya, saya solat sambil berdiri atas katil. Masa saya solat ni (saya tarik langsir keliling katil utk menghalang pandangan orang), sorang nurse masuk. Terkejut dia tgk saya solat berdiri, atas katil pulak tu. Abih solat, dia jumpa saya minta saya jgn solat berdiri atas katil lagi, buatnya terjatuh… naya jer. Waktu solat asar, saya solat duduk atas katil.Hmm..selesalah sikit. Tapi yang renyah tu, tiap kali waktu solat fardhu ni nak kena tukar tuala wanitalah sebab darah dah turun dulu. Saya kembar darah gak kali ni.

6 ptg lbh kurangpintu rahim saya diperiksa, dah bukak besar juga (tak ingatlah berapa cm). Tapi syukur tak de strong contraction..masih mild lagi. Tapi masa ni dah start sakit pinggang sikit. Nurse nak tahan saya masuk labour room. Ikutkan hati tak mau, tapi sebab depa dah nak check condition jantung baby gak, terpaksalah. Yang saya suka labour room klinik ni, lampunya jenis lampu kalimantang. Jadi terang benderang. Cumanya saya masih tak suka tengok segala peralatan bersalin tu. Menakutkan. Dan syukur kali ni suami saya dpt menemani sama dalam labour room.

Azan maghrib contraction makin kuat, tapi tak de tanda2 baby akan keluar lagi. Masa ni suami dan beberapa orang nurse keluar solat. Tinggal saya dan sorang nurse aje. Sempat suami pesan saya solat maghrib sebagai menghormati waktu solat. Dengan contraction + penutupan aurat tak sempurna, saya berjaya gak solat atas katil labour tu sambil baring. Tak pe, lepas pantang ni boleh qadha’ semula. Tapi, takdir saya meninggal time labour ni, terangkatlah kewajipan saya nak qadha’ semula.

Lepas solat maghrib, suami, nurse dan sorang bidan masuk semula. Masa ni sakit sangat2 dah. Air ketuban saya dipecahkan oleh nurse. Cepat pula kali ni air ketuban saya keluar. Kalau Husna dulu lepas dua jam dipecahkan baru mau keluar. Abih aje air ketuban keluar, terus sakit yang amat sangat. Saya tak mo baring, nak duduk pulak. Melayan contraction yg gila2 sakit ni. Sakit pinggang pun ya, tapi kurang berbanding Husna dulu. Bidan n nurse ikut ajelah kehendak saya. Tapi saya baring balik. Pas tu bangun balik. Aduh..rasa nak berlari aje masa sakit ni biarlah baby keluar masa saya tengah berlari tu takpe. Ada sekali tu, tengah sakit sambil duduk tu, saya memegang besi penghadang tepi katil, tiba2 ia tercabut dan jatuh ke lantai disebabkan kuat sangat saya pegang masa menahan sakit contraction tu. Sian pulak kat suami nak tolong betulkan balik. Tapi nurse suruh biarkan aje kat lantai.

Bidan check pintu rahim saya, dia terkejut sebab dah bukak 9 cm tapi tak de tanda2 baby akan turun lagi. Kalau ikutkan, masa ni baby dah boleh keluar dah sebab dah pernah bersalin dulukan. Kesian dia tengok saya yang sakit sangat, dia pun nak tolong. Dia bagitau saya dia akan masukkan dua jarinya ke dalam hingga pintu rahim saya dan dalam masa yang sama dia minta saya meneran. Adalah hampir setengah minit, tapi ya Allah sakitnya masa buat tu, hampir tertendang saya muka bidan tu yang kat hujung kaki saya. Tahan ajelah. Lepas tu baru dia kata ok dah, tak de lagi lendir2 menghalang apa entah istilahnya. Bidan or nurse kemudiannya keluar panggil doktor.

Kemudian doktor pun tiba. Lembut aje doktor ni dan soft spoken, suka saya. Asalnya suami saya berdiri sebelah doktor, tapi sebab nurse n bidan pun dah masuk semula labour room tu, suami beralih ke bahagian kepala saya. Doktor minta saya teran. Saya teran sekali tak mo turun gak. Kali kedua tak mo gak. Bila saya cuba teran lagi, alhamdulillah baby selamat keluar, tapi saya terdengar doktor mcm berkata2 sesuatu dan dia nampak terkejut. Rupanya tali pusat baby dah melilit leher dia!!! Mereka pun tak dpt kesan awal2 lagi keadaan tu. Syukurlah baru satu lilitan besar, kalau dah banyak belitannya, tak mustahil saya kena operate. Padanlah masa dah buka 9cm tu baby tak mo turun2 lagi. Agaknya bila dia nak turun, lilitan tali pusat menghalang pula.

Waktu kelahiran Aiman ni pada jam 8.43 malam. Berat dia 3.3 kg. Dan sebaik aje Aiman keluar, saya sempat melihat muka suami saya, rupanya air mata dia bergenang tengok saya bersalin. Sempat dia bisikkan ucapan terima kasih pada saya. Bila dah keluar klinik,saya pernah tanya dia nape tak berdiri sebelah doktor masa tu, dia kata tak sampai hati nak tengok berdepan. Syukurlah suami saya tahan ngan keadaan saya bersalin tu, kalau tak, mau dia pitam sama. Kebetulan mak, Husna dan andak (adik ke4) tunggu kat luar labour room masa bersalin tu, jadi lepas keluar baby tu, mak saya dpt masuk kejap dalam labour room tu, gembira dia saya selamat melahirkan. Dapat ciuman mak lagi yeye.

Dan macam Husna, masa meneran keluar tu mulut saya bising, tapi taklah keluar doa iftitah macam masa Husna tu, hanya zikrullah aje hehe. Tapi, zikrullah tu pun keluar jugaklah suara saya melepasi labour room tu sebab Andak yang menunggu kat luar labour room tu terdengar suara saya mengerang. Dia pun cakap kat mak lebih kurang ayatnya, apalah kaklong tu mulut bising masa beranak. hahaha. Mak pun cakap kat saya, saya pun cakap kat Andak kemudiannya, nanti ko bersalin ko taulah sakitnya camner. Entahlah, bila saya keluarkan suara tu rasanya keluar sekali tensyen2 sakit tu. Tapi saya memang tabik ada orang tak keluar langsung erangan sakitnya tu.

Syukur kelahiran kali ni lebih mudah tapi masih ada sakit pinggang sikit time bersalin. Patutnya saya doa minta jangan sakit pinggang langsung, ini saya minta kurangkan sakit pinggang tu, so Allah bagilah apa yang saya mintakan. Apapun memang kena banyak berdoa ngan Allah time hamil supaya mudah segala urusan kehamilan dan kelahiran.

Thursday, July 20, 2006

Waaa...handphone den tercicir

Salam. Saya tak berkesempatan untuk membuat entri baru. Sabtu dan Ahad saya balik rumah mil. Isnin ada di rumah tapi tak sempat buat entri baru. Selasa dan Rabu, saya pergi ke librari2 di UM untuk pengesahan semakan terakhir footnotes tesis saya sementara menanti tesis saya yg masih belum habis disemak tatabahasa Inggerisnya oleh pihak yang berkenaan.

Seperti hari Selasa, pagi semalam (Rabu), suami saya menghantar saya ke LRT Putra untuk saya ke UM. Sebelum naik train, saya beli majalah kat gerai di stesen tu, then saya naik dan turun train di Stesen Universiti. Saya naik feeder bas masuk UM dan turun di luar fakulti Undang2 UM. Saya singgah makan di café fakulti tersebut. Masa tu around 11 pagi lebih kalau tak salahnya. Sebelum saya masuk ke library tu, hati tu menggaru2 nak menelefon Oren, mama blogger kita, untuk menyampaikan salam bloggers pada beliau.

Saya pun seluk handbag silang saya, tapi seluk punya seluk, habih 3 compartments beg tu saya seluk, hp TAK DE!!!! Berdebor weh..tak pernah kena camni. Segera saya cari dalam beg buku pulak. Puas menyeluk sana sini, TAK DE gak!!! Alah..cicir mana pulak ni??? Segera saya called suami saya menggunakan public phone. Belum sempat saya cakap apa2 dia dah tanya kenapa saya tak jawab panggilan dia? Oh sudah..kiranya dah lamalah hp ni cicir. Terus saya bagitau hp cicir. Dia terkejut. Lepas tu, saya segera pergi semula ke café tu, tak de pulak. Takkan nak pergi balik ke stesen LRT nak cari hp tu, saya baru aje sampai ni. Penat berjalan pun abih lagi. Saya putuskan utk masuk jer dalam library. Syukur ada pc utk internet, terus saya email ke email grup saya maklumkan keciciran hp saya. Nak luahkan rasa hati yg sedih tu sbnrnya. At least release tensyen sikit. Nak call mengadu kat sorang sahabat baik, S, tak ingat pulak no. hp dia. Sabor jeklah.

Lepas email, saya cuba siapkan tugasan saya. Dah namanya kehilangan barang, saya jadi kurang fokus. Masa mencari buku, jurnal dan enakmen2 pun saya fikiran saya menerawang kat hp. Terpaksa saya stop kejap. Try focus balik kat rak2 buku tu. Then, bila mata menatap bahan rujukan, tp hati kat hp. Separuh hati saya buat kerja. Syukur tak banyak. Tak sampai sejam, saya keluar semula. Hajat di hati nak ke librari satu lagi..tapi hati tu dah tak de kat situ, maka saya putuskan untuk ke UIA dan ke library sana pula.

Sapa yang ex UM atau yang pernah ke sana taulah jauh tak jauhnya menapak dr fakulti law tu ke stesen Universiti. Sampai kat stesen tu, saya pergi jumpa ngan salah seorang driver feeder bas, tanya kot2 ada orang serahkan hp pada pihak mereka. TAK DE!!! Dengan izin mereka, saya check feeder bas yang saya naiki tadi. TAK DE. Kalau ada pun belum tentu selamat dipulangkan pada saya. SUSAH nak cari orang JUJUR sekarang ni.

Then, saya pergi ke kaunter stesen tu, tanyakan soalan yg sama. TAK DE juga. Dalam train, saya duk fikir2 kat mana hp tu tercicir. Last saya guna hp tu dlm keta masa on the way nak ke stesen LRT Putra pagi tu. Mengalir lesu air mata mengenangkan hp tu. Lantaklah org perasan ke idak. Yelah, hp tu suami belikan. Biarpun hp tu jenis biasa dan tak de kamera punya, tp dah org beri, mestilah sayangkan. Dlm hp tu pun segala no. tel ada, termasuk my supervisor punya. Suami sey lum sekayo Datuk K cik Siti kita tu, kalau hp jenis saya tu hilang, Datuk K boleh beli 10 jenis yang sama dlm tempoh sejam aje *sigh*.

Tiba di stesen Putra, saya ke kaunter bertanyakan soalan yg sama. TAK DE juga. Then saya ke gerai majalah pula, pun TAK DE juga. Tapi hati tu rasa macam ada bunga2 harapan lagi. Yelah, kot2 tercicir dalam kereta suami ke.

Sampai UIA ngan bas feeder LRT, saya ke librarI UIA dan ke Law Centre cari bahan rujukan yang dikehendaki. Saya try foKus dan syukur selesai juga. Ada gak saya try call hp tu, tapi tak de berjawab. Hampa. Kot2lah org yg jumpa tu blh jawabkan. Jam 3 ptg lebih, saya naik teksi ke sekolah Husna, senang tunggu suami kat situ sekali ngan Husna. Tak lama lepas tu, suami pun sampai. Saya ngan muka moyok tak de cakap apa2 dalam keta. Diam aje, sambil tu tangan meraba2 gak bawah tpt duduk kerusi depan tu.TAK DE. Sah-sahlah hilang ni. Suami pun diam aje. Duk fikir balik, ke sbnrnya hp tu jatuh kat tempat duduk dlm train LRT tu? Aduh..buntu buntu. Makin lagi teringat2 kat hp tu. Mengalir lagi air mata, tapi suami tak perasan.

Sampai kat rmh mak (Huda n Alia saya tinggalkan kat sana), saya keluar kereta dulu. Bukakan pintu utk Husna dan Aiman. Terdengar suami saya memanggil, saya menunduk dan memandang dlm keta,

Nah..ni hp tercicir dlm keta,

Mata saya bulat memandang tangan suami. Ya Allah..hp den! Hp den dah JUMPO!! Ye haaaa..syukur syukur. Tapi kita control ayukan kat parking keta tu. Saya ucap terima kasih perlahan kat suami. Wah..pandai suami den berlakon cam tak do apo2. Terus..mood hepi saya naik 100%. Dah nak tersenyum memanjang. Kojap2 tersonyum. Kojap2 tersonyum sampai ke malamlah. Alah..macam cik Siti kita tulah masa hari announcement kisah cinta dia ngan Datuk K tu. Kojap kojap tersonyum. Macam tulah… ;).



Saturday, July 15, 2006

Tahniah: New Baby

Salam. Nak share berita gembira ni. Mama blogger kita, Oren dah selamat bersalinkan baby boy pada jam 5.15 petang Sabtu ni di Hospital Selayang. Masa saya called dia lebih kurang 10.30 malam tadi (Sabtu), suara dia kedengaran sihat walafiat. Alhamdulillah. Nama baby dia...tunggu. Nanti dia announcekan. Ok.

(p.s. Sayang tak dapat berbual lama ngan dia sebab saya kalut nak balik rmh mil)

TAKZIAH:Al-Fatihah

Salam. Pagi Jumaat semalam saya tergerak menalifan seorang mama blogger, Disham.Rupanya dia berada di kampung kerana kepulangan nenek tercinta kepada Penciptanya pada hari Rabu lalu kalau tak salahnya. Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. ALFATIHAH.

Friday, July 14, 2006

Aiman Fathi : Selamat Hari Jadi Sayang




Happy birthday to you (3x) Happy birthday Aiman. Hari ni 14 Julai 2006 (Jumaat) genap 6 tahun usia Aiman. Tapi sian kat dia...kena demam campak pulak pada harijadi ni. Terjangkit dari Alia agaknya. Tergaru2 sana sini, mengaduh gatal aje. Ummi cuma boleh bagi makan ubat dan simpati. Aiman kena sabarlah sikit. Sekolah pun terpaksa ponteng hari ni.

Hmm...besar dah Aiman, tapi Aiman masih nak manja2 lagi ngan ummi. Ummi tak manjakan, tapi AIman yang suka meleser2 lagi ngan ummi. Dah ada adik pun masih kuat cebeng..senang merajuk..senang menangis..kuat menyakat adik2 dan kakak...tapi penyayang dan suka bermain ngan adik2 dan kakak jugak. Yang lawak tu, walaupun Aiman lelaki, tone suara Aimanlah paling lembut. Adik beradik perempuan Aiman tone suara jenis besar. Aiman yang pemalu. Itu yang boleh ummi katakan :). Sejak kecil Aiman memang susah nak dengan orang, ingatkan dah besar oklah. Rupanya still pemalu sampai sekarang, terutama ngan orang yang tak dikenali bila berjumpa kali pertama. Kalau orang bertanya, la hai..hampir tak dengar suara Aiman menjawab. Sampai kena suruh ulang jawab. Cumanya, kalau kat rumah tu, biasalah, Aimanlah hero terutama ngan adik beradik perempuan. Suara yang pemalu tu boleh jadi nyaring pulak tiba-tiba. Tak percaya Aiman ni pemalu ngan orang. Tapi satulah, kalau ummi dan ayah usik Aiman jugak, Aiman akan jadi malu tiba-tiba. Tersipu-sipu. Kekadang ummi ngan ayah pun tergelak tengok stail Aiman ni.

Oleh kerana jarak Aiman ngan kakak lebih kurang 1 thn seminggu aje lbh kurang, Aiman rapat ngan kakak. Terlalu bergantung dengan kakak. Mana ada kakak, situlah ada Aiman. Kakak pulak rajin layan Aiman masa tu. Kalau Aiman bangun pagi tengok kakak tak de, Aiman akan cepat2 tanya ummi mana kakak. Risau tul kakaknya tak de. Kalau pun Aiman suka sakat kakak, tapi bila ummi marah Aiman usik kakak, kakak akan defend Aiman balik. Hmm...ummi pulak yang kena balik. Itu sebabnya Aiman jadi seronok usik kakak.

Dan kerana Aiman terlalu bergantung dengan kakaklah, ummi dan ayah risau takut2 Aiman tak boleh berdikari kalau2 kakak tak de nanti, terutama bila kakak bersekolah dan bila Aiman masuk sekolah juga tetapi tahun berasingan dengan kakak. Maka, ummi dan ayah sepakat masukkan Aiman dan kakak ke tadika serentak tahun lepas (Kakak 6 thn n Aiman 5 thn masa tu) supaya Aiman boleh belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru terutama belajar berkawan. Syukur matlamat kami berjaya, sebab bila kakak tak sihat dan tak dapat ke tadika, Aiman ok bila kena ke tadika sorang. Dan masa kakak nak masuk darjah satu, ummi kerap kali pesan yg kakak dan Aiman akan berpisah juga. Syukurlah Aiman menerimanya dengan baik. Jadi, bila Aiman sambung tadika lagi untuk tahun k 2 ni, Aiman dah boleh berdikari. Cuma yang tak best tu, bila Aiman dan kakak dah bersekolah ni, pandai pulak nak bertekak..ada je benda yang nak ditekakkan..tapi lepas tu mesti geng balik. Hmm..macam-macam.

Lagi satu, Aiman lebih pentingkan kakak walaupun dah ada 2 adik. Ummi pun hairan kenapa. Adakah sebab jarak Aiman dan Huda hampir 3 thn membuatkan Aiman rasa kurang rapat atau bagaimana? Kalau belikan sesuatu, Aiman mesti fikirkan kakak dulu, bukan adik-adik. Hmm..moskil ummi moskil. Sampai sekarang keadaan ni berlarutan. Ummi tau, bukan Aiman tak sayang adik-adik, sayang, hatta kalau masa dapat adik huda dan Alia dulu, janganlah orang yg datang menziarah tu eksyen2 nak amik huda dan alia, mesti Aiman dah menangis. Tapi, mungkin sebab kalian berdua aje berkawan sebelum ada adik2 lagi.
Aiman suka mewarna, suka mencuba, kreatif, ada2 aje yg nak dibuatnya. Aiman juga minat game internet. Inilah ummi rasa antara penyumbang utama Aiman pakai specs. Tapi, dah terlambat nak baiki keadaan. Ummi harap power specs Aiman tak bertambah lagi. Aiman suka makanan pedas, suka buat air sendiri terutama air teh, oren dan sirap, tapi ummi tak galakkan sebab kecik lagi pada ummi. Aiman suka sediakan sendiri roti magerin, siap sediakan untuk adik2 dan untuk ummi jugak kekadang tu. Aiman pun suka tolong buat kerja rmh; basuh pinggan paling Aiman suka. Tapi ummi pun tak galakkan sangat, sebab Aiman kecil lagi. Kemas katil sendiri pun dah boleh ya Aiman. Tapi kekadang nak menyiapkan satu katil tu, siap bertekak dulu ngan kakak. adeii.. Ummi perasan lagi, Aiman pun suka tengok cara ummi memasak. Dua yang ummi tak berkenan, kalu dah bermain, lengah aje nak kemaskan permainan..kena volume suara ummi 4 or 5 baru cepat2 nak buatkan. Kalau mintak tolong tengah tak de mood, ha..punyalah alasannya. Sabor ajeklah. Tapi, kalau mood mengemas mainan n mak menolong ummi tu datang, laju jer jalannya. Kan sonang camtu?

Oh ya, ummi dan ayah perasan Aiman kurang minat membaca. Aiman cepat boring. Belajar tak sampai 5 minit dah resah semacam. Sian kat kakak, dia semangat nak ajar, tp Aiman main-main aje. Tapi, akhir2 ni ummi dan ayah nampak Aiman mula suka membaca walaupun terangkak-rangkak lagi. Tak mengapalah, ummi dan ayah pun tak mo pressure Aiman. Aiman tak sama macam kakak yang terlalu minat membaca tu. Cuma ummi harap, bila Aiman dah masuk darjah 1, Aiman betul2 boleh lancar membaca. Ini penting untuk kerja sekolah Aiman dan waktu exam nanti.

Satu yang buat ummi rasa terharu ngan Aiman ni, time beli apa2 makanan atau minuman, Aiman mesti nak suruh ummi makan or minum jugak walaupun sedikit. Kekadang tu, ummi baru nak kunci pintu rumah, Aiman dah standy tepi ummi sambil suakan makanan yg baru dibeli utk ummi makan. Kalau Aiman makan dulu, Aiman akan tinggalkan sedikit untuk ummi. Soalan standard Aiman, ummi dah makan ni? atau ummi dah rasa ni? Kalau Aiman tau ummi tak makan or minum lagi walaupun dah tinggal sedikit baki, Aiman akan paksa ummi rasa jugak. Takut ummi tak merasa nanti. Tu yang buat ummi rasa alahai Aiman..ingat kat ummi time makan dan minum.

Hehe..Aiman taukan ummi gelarkan Aiman "lelaki Melayu terakhir" sebabnya Aiman suka sangat pakai baju melayu, tak kira waktu. Kalau tergerak nak pakai, waktu tengahari pun boleh pakai. Waktu malam apatah lagi, dah jadi macam baju tidur pulak. Kiranya baju melayu raya tu taklah terperap menunggu dipakai semula raya tahun depannya atau time kenduri kendara.

Sekarang ni, Aiman masih sorang aje anak lelaki ummi (tapi ummi harap akan ada lagi anak lelaki). Andai takdir Aiman sajalah anak lelaki ummi, kebetulan ummi dan ayah pergi dulu, Aiman kena jaga adik beradik perempuan Aiman tau...sebab Aiman dah jadi wali mereka. Ini amanah besar ummi untuk Aiman.

Ok. Sempena birthday Aiman ni, ummi doakan aiman jadi anak yg soleh yang berjaya dunia dan akhirat, sihat sejahtera drp sebarang penyakit berat, murah rezeki, pelajar yg soleh dan berjaya, pekerja yang soleh dan berjaya, jodoh yang solehah dan rumahtangga yang bahagia, dan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat. Dan ummi doakan segala yang terbaik dalam hidup AIMAN. Amin.

(Ha..nanti ummi dah post entri ni, ummi nak suruh Aiman baca kat blog..biarlah merangkak2 pun membacanya :).

Thursday, July 13, 2006

Sambungan- Part 3

26 jun (Sabtu) –

jam 2 pagi lebih kurang - saya terjaga drp lelap tu. Rasa nak terbuang air sangat. Masa ni terasa contraction semula. Saya panggil nurse bagitau nak buang air, dia benarkan, tapi dia pesan jangan kunci pintu drp dalam. Syukurlah tak perlu menapak sampai 10 langkah. Terpaksalah heret sekali tiang drip air ke toilet. Dlm bilik air tu, jgn gelakkan saya tau..saya menangis puas2 siap imagine suami saya ada kat depan saya n saya cakap sorang2 kalau tak salahnya saya cakap, tak mo bersalin dah..tak mo bersalin dah.

Kemudian, saya baring semula atas katil. Tiba2 saya rasa nak terbuang air lagi, kebetulan ada nurse lain masuk sbb nak amik barang, saya bagitau saya nak buang air, dia benarkan, tapi tak sempat turun dah keluar jer…saya bagitau dah terkeluar. Nasib dia tak marah. Dia pun keluar drp bilik tu. Laa..rupanya2 itu air ketuban, sebabnya tak henti2 ia mengalir. Habih jer air tu keluar, tiba2 saya rasa sakit sangat2..segera saya panggil nurse. Masuklah sorang bidan ni, saya kata saya sakit sangat n rasa nak meneran, dia check, baru 8cm katanya, anak sulung kena tunggu 10cm. Dia masih nak keluar lagi tu. ya Allah, geramnya saya. Dia baru jerk sampai kat pintu bilik tu, saya rasa macam nak terbuang air besar sangat, saya pun jeritlah marah, nurse..saya rasa dah nak terber@k dah ni…!!! dia patah balik. Periksa balik pintu rahim saya. Ok, dah nak keluar dah. saya terkejut, Ha..??. Tapi sempat lah bidan tu panggil dua tiga nurse lagi..masa tu masuklah sorang sorang nurse. Leganya saya rasa nampak ramai nurse masuk..adalah kat 4 org nurse selain bidan tu rasanya. Rupanya, masa tu ramai nurse dah boleh relax sikit sbb banyak kes dah selesai, tinggal saya aje rasanya masa tu.

Sorang nurse tu datang kat kepala saya, cepat2 saya pegang tangan dia menangis mintak jangan tinggalkan saya. Dia pujuk saya kata takkan tinggalkan saya. Disebabkan saya tak tahan sakit, makanya masa nak meneran tu mulut saya sibuklah cakap sakit..sakit..berselang zikir. Marahlah bidan tu, dia kata semua orang sakit nak bersalin. Saya pun stop cakap sakit ..terus zikir Allah..Allah n apa yang ingatlah.


Bila teran nurse yg 3 4 org tu punyalah sibuk suruh push..push....tpi sebab nafas saya pendek sampai muka tu rasa macam kemek2 dah menahan nafas. Bidan suruh stop dulu n amik nafas panjang2...bila saya lepaskan tahan nafas tu, nurse2 tu pulak cakap alaaa dah masuk dah. Sbnrnya, dalam bidan tu duk marah2 saya meneran smbil bising sakit, sempat gak puji saya pandai teran. Cuma tak keluar jer lagi. Saya teran kali kedua pendek nafas gak, stop lagi. nurse2 tu pun cakap benda yg sama lagi. Saya sempat lagi tanya kenapa, bidan tu kata rambut baby dah keluar, tapi bila saya lepaskan nafas tu, rambut tu termasuk ke dalam balik. Ohh..gitu rupanya.

Kali k 3, bidan tu suruh saya gigit kain dan pegang kedua2 kaki saya betul2 dan teran kuat2..saya pun teranlah, sakitnya ya Allah hinggakan terlepas gigitan kain tu dan tak sengaja mulut saya terjerit Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira (alah doa iftitah dalam solat tu …sib baik tak sampai abih saya baca, hehe). Then, terdengar bidan tu kata dah keluar, saya terstop meneran. Rupanya baru kepala husna yang keluar. Lepas tu dia suruh teran lagi..saya pun teran buat kali terakhir, terasa badan Husna menggelongsor keluar tu macam agar2 terlepas daripada genggaman tangan kita. Licin aje.


Kuasa Allah, terus hilang sakit bersalin dan contraction tu. Dan masa ni saya dah terasa letih sangat, sebab menahan sakit contraction sejak pagi jumaat, lepas tu tak cukup lelap, baring dlm keadaan tak selesa. Masa ni kepala saya dah mamai. Ngantuk sangat. Dan masa bidan tunjukkan husna sebaik dia keluar tu, dia tanya baby boy or girl, saya ternampak jantinanya macam boy, saya cakap boy, dia tegur, eh..perempuanlah, saya besarkan mata betul2 , ha ah girl. Rupanya benda yg saya nampak tu darah ketul kecil melekat lagi. Terus bidan tu tanya sapa nama saya, saya jawab nama penuh saya, sebabnya malam tu 3 org syikin bersalin sama. Masa nak masuk dlm labour room kecil tu, saya tak sengaja ternampak syikin dua oang tu di kiri kanan bilik saya. dan Saya kenl mereka berdua sbb kami dalm wad yang sama. Risau saya tertukar anak aje.

Selesai semua; uri dikeluarkan, proses episiotomi yang menyakitkan oleh doktor pelatih , dan paling best, saat dpt menyusukan Husna semasa dalam labour room tu. Itupun selepas dia pun dibersihkan. Macam tak percaya jer dah ada anak sendiri. Dan Tak tau nak kata, terharu sangat. Syukur tak de apa2 masalah penyusuan. Oleh kerana saya masih mengantuk, nurse ambil semula anak saya takut Husna terjatuh pulak drp katil labour tu masa saya terlelap, dan biarkan saya berehat hingga hampir jam 7 pagi. Masa tu memang suasana tak kalut dah.

Ingat nurse k 4 yg muka serius tu? saya yang muka tebal ni banyak kali ucap terima kasih kat dia masa dia duk mengemas dan membersihkan bilik tu, sebab dia pun ada sama masa proses kelahiran tu biarpun dia beberapa kali marah kat saya. Saya minta maaf sebab kerap panggil dia time sakit tu. Entah agaknya dia terharu dengan ucapan terima kasih dan mohon maaf saya tu,nak pulak dia berbual elok aje ngan saya. heheh. Dia citerlah mmg teruk sangat shift malam tu sbb ramai sangat bersalin, hinggakan dia tak boleh nak duduk rehat sampai rasa kaki kejang. Dia kata, sbb utama tak leh nak entertain saya sebab ada kes emergency, nak selamatkan baby bangsa lain, yg akhirnya meninggal dunia semasa dilahirkan. Besor baby tu, 5 kg. Tu yg depa kalut semacam. Ok..saya pun dengar ajelah.

Hampir jam 7 pagi, saya ditolak keluar ke ruang dewan labour tu. betul sangkaan saya, husna diletak sederet ngan 2 babies lain yg both mothers tu sama ngan nama saya. Bayangkan kalau tertukar, dahlah muka depa ni lebih krg sama aje nampaknya. Kemudian, Husna diletakkan dicelah dua kaki saya. Masa ni, bidan yang menyambut saya tu berdiri kat tepi troli saya. Saya ucapkan terima kasih kat dia n dua tiga nurse lain masa kelahiran Husna. Sempat bidan tu bertanya,tadi awak baca doa apa? macam doa dalam sembahyang saja. saya tersengeh. yg bidan tu n nurse2 lain pun dah tersenyum sama.

Masa ni, 2 org syikin tu jugak menunggu masa nak keluar. Tak lama kemudian terdengar announcement nama kami disebut tanpa disebut nama bapa masing2, sebabnya suami dah menunggu di luar. Sorang syikin ni ditolak keluar, tapi tak lama dia ditolak masuk balik. Rupanya suami saya yang menunggu di luar. Saya terfikir mesti suami saya terkejut, agaknya dia terpikir awat muka isteri aku dah lain..haha. Dan nurse2 yg kat kaunter luar tu pun agaknya tak perasan kot 3 org syikin bersalin dlm masa yang sama. Bila saya ditolak keluar, berseri2 tgk muka suami. Banyak kali dia minta maaf sebab tak ada malam tu. Suami nak qamatkan Husna kat situ juga (di luar dewan labour), tapi nurse tak bagi, dia suruh buat kat bilik saya nanti.

Masa kat bilik, suami qamatkan Husna. Bila tengok suami dukung Husna, nampak hepi sangat dia. agaknya tak sangka dah jadi ayah. Syukur saya tak mengalami pitam or pening masa first time masuk toilet. Mungkin sebab lepas bersalin tu saya berehat lama dlm labour room lbh krg 4 jam. Lega pulak saya boleh buang air kecil mcm biasa. Waktu tengahari, mak, adik, arwah atuk n mak sedara sampai dari K.L. Punyalah mak saya heppi. Yeye..saya kena cium dek emak. Lama dah rasanya mak tak cium saya. Dah jadi wan dah mak. Bukan takat cucu sulung, bahkan Husna pun cicit sulung gak. Then sorang kawan kuliah lama yang menetap kat melaka pun dtg melawat. Jangan tak tau, tengahari tu saya dah berjalan2 dah sekitar dlm wad, melawat kawan2 yg bersalin sama tu. jalan style oshin lah apalagi. Kawan lama saya tu terkejut tengok saya dah berjalan2..wei..bentan ko nanti, itulah lebih kurang dia cakap. Sengih ajelah.Oleh kerana saya bersalin awal pagi, maka saya dibenarkan keluar sebelah petang. Itu pun setelah doktor puas hati saya sihat dan Husna dah buang air besar. Saya tak sempat pun tidur kat bilik tu, yelah sebab bertarung kesakitan di labour room. Malam tu saya tidur di rmh mak sedara pupu di Bukit Katil sebelum balik ke Selayang pagi Ahad tu.

Yang suami saya tak de malam saya masuk labour room tu, rupanya dia tak jadi relax kat Masjid tu, sebaliknya dia balik ke rumah kami untuk berehat kejap. Letih sangat sebab sejak awal pagi Jumaat hingga ke maghrib tu dia tak betul2 berehat. Ngantuk sangat. Kononnya nak lepak depan tv jap, at last tv tengok dia. Dia tersedar sebelum azan subuh tak salahnya, terus dia teringatkan saya. Apalagi, lepas subuh dia pun ke hospital, pergi ke wad saya utk tau latest info. Then dia dapat tau saya dah selamat bersalin dan masih belum keluar labour room lagi. Tu yang dia terus tunggu saya kat luar dewan menunggu labour room tu.


Apapun, syukur sangat segalanya selamat. Yang pasti, saya ni jenis pintu rahim lambat bukak, hingga waktu kelahirkan Alia pun sama keadaannya. Dan satu lagi, rupanya saya ni lepas bersalin tak boleh tgk perempuan sarat hamil terutama kalau nampak depa menunggu kat labour room, terasa ngilu semacam sebab teringat2 experience kat bilik bersalin, hinggalah sekarang ni dah ada anak 4 pun.

Kiranya, 2.45 pagi Sabtu, ikut catatan bidan tu, Husna selamat dilahirkan. hari Maulud Nabi pulak tu. Kecik aje, dia 2.78 kg. Ingatkan besar, sebab masa ngandungkan dia perut saya besar sangat hinggakan orang ingat saya mengandungkan kembar. Tapi, ada citer lepas 2 minggu Husna lahir, dia kena tahan wad icu kanak2 beberapa hari. Nantilah..saya citer lain kali pula. Sekarang ni, Husna Fathiyyah yang kami beri nama pada hari k 7, telah bersekolah darjah 1.

Pada bakal2 mama n bakal preggie mom jangan takut nak bersalin or hamil, sebab lain orang lain experience dia. Cerita saya takkan sama ngan pengalaman anda, insyaAllah. Banyak yang saya pelajari drp kehamilan pertama ni. Tapi yang pasti, nantikan perihal kelahiran Aiman pula ya :).

Wednesday, July 12, 2006

Sambungan - Part 2

6 pagi lebih kurangsampai hospital. Rupanya wad bersalin hospital tu dah ditukar ke bangunan hospital baru. Ya Allah..punyalah jauh bagi pompuan sakit nak bersalin berjalan ke dewan besar labour tu. syukur ada pak guard, cepat dia bantu kami tunjuk arah ke dewan besar tu. Dia pun laju semacam berjalan sebab tengok macam saya nak terber@n@k dah. Sian kat suami, lenguh agaknya dia sebab mmg saya berpaut sungguh ngan badan dia masa berjalan tu, tak larat nak berjalan dah, teruk sangat sakit contraction tu. Kiranya dia pun jalan menyenget sebelahlah nak menampung berat saya.

Bagusnya dalam dewan besar labour ni, ada ruang menunggu utk pasangan. Yang ruang menunggu kat luar pun ada jugak utk orang ramai. Saya di bawak masuk ke bilik rawatan biasa dulu dalam dewan tu. Terkejut saya bila nurse bagitau pintu rahim saya baru 2 cm..laaaa, ingatkan dah nak bersalin sangat (pintu rahim 10 cm baru baby blh keluar). Saya bagitau nurse tu, saya nak solat dulu. Tapi dia tak bagi, katanya dah keluar darah sikit. OOO..ok. Tapi, sempat gaklah teliga saya menadah leteran dia. Antaranya dia tanya saya minum air selusuh atau tidak. Saya bagitaulah tidak. Kenal air tu pun tidak & saya duduk ngan suami aje, tak de famili bersama, manalah saya nak tau rupa air selusuh tu camner. Dia tak percaya, sebab sakit saya teruk sangat tapi pintu rahim masih kecil. Dia cakap kalau minum air selusuh pun, tapi pintu rahim masih belum bukak, tak boleh gak, nanti budak kat dalam tu yg kuat geraknya. Emak yang teruk sakit. Malas saya layan panjang lebar khutbah dia, dengar ajelah ngan muka kerang tersengih tu. Masa tu, berhenti pulak rasa strong contraction tu.

Antara 6.30 - 7 pg tak salahnya-
saya keluar jumpa suami kat ruang menunggu dalam, dia suruh saya solat subuh dulu, tapi saya bagitau dia darah dah keluar. Suami ragu2, sebab itu bkn darah wiladah pun. Entah, saya pun ragu2 gak jadinya. Tapi still tak berani solat, kot2 betul itu darah wiladah.

Kemudian, saya dipanggil nurse utk masukkan ubat buang air besar. Apalagi, tak sampai 5 minit, memerutlah…Masa tu contraction sesekali terasa kembali. Suami pula menunggu di ruang menunggu dlm dewan. Oleh kerana pintu rahim masih kecil lagi, saya kena masuk wad (dewan maternity) dulu, tapi punyalah ramai makyung..katil penuh kat semua wad, I tell u. Inilah yang diberitahu oleh nurse pada saya. Menunggulah saya kat ruang menunggu dewan besar bersalin tu bersama2 ngan makyung lain yang belum dapat katil, sesekali layan contraction yg dah tak kuat mana, tapi adalah selang 15-20 minit. Dapat kenalan baru. Masing2 tunggu giliran nak bersalin. Best pulak tengok rakan2 seangkatan nak masuk labour room. Tengahari, baru saya diberi katil tapi kat kelas 3 dulu. Saya layak masuk 1st class ward, tapi penuh, kena tunggu patient discharge dulu. Masa ni hilang kejap rasa mild contraction tu. Rupanya kat bangunan baru ni, dewan materniti ni ada dua aje. Tapi besar. Dalam setiap dewan tu ada 3 bilik; 1st class ward, 2nd class, n 3rd class.

Lepas Jumaat- saya dapat katil kat 1st class bilik. 1 bilik 2 orang. Kebetulan tak lama lepas tu suami pun datang semula selepas solat jumaat. Sebelah petang, saya diperiksa lagi, masih 2 cm. La hai…lambatnya pintu ni bukak. Then ujian jantung baby dibuat. Menyampah tul, boring kena baring lama. Syukur jantung baby ok. Nurse no. 2 ni pun tanya gak samaada saya minum selusuh or idak. Saya jawablah tidak. Manalah nak kenal. Alasan nurse tu sama gak cam nurse no.1 tadi tu, pintu rahim bukak tak besar tapi teruk contraction.

6 ptg ke atas –
strong contraction dah bermula, tapi 15-20 minit setiap satu kalau tak salahnya. Paling teruk, kena sakit pinggang pulak, tu yang tak tahan tu. Sapa yang pernah kena tu taulah. Rasa nak patah pinggang dibuatnya. Berganda2 sakitnya. Masa ni suami dibenarkan teman saya lagi kat wad. Saya bawak jalan2 ke hulu ke hilir depan kaunter nurse di pintu masuk dewan materniti tu. Kononnya nak bagi pintu rahim cepat bukaklah. Nasib baik nurse tak marah saya mundar mandir depan depa hehe. Sebab ruang bilik saya tu tak sesuai, kecik nak mundar mandir.

Azan maghrib – suami diarah keluar, waktu dah tamat sebenarnya. Suami bagitau dia nak solat kat masjid al Azim (betulkan Kak Lady nama masjid negeri tu?) yg terletak bersebelahan hospital ni. Dia bagitau akan datang lagi lepas isyak insyaAllah. Saya pun masuk bilik, contraction masih ada lagi.

Azan isyakentah camner, hati tu tiba2 kuat nak solat Isya', wlwpun duk ragu2 betui ke salah saya solat ni. Sebab darah dah keluar sikit. ( Kata org, kembar darah ni lagi bisa dan lagi sakit drp kembar air). Ah, gasaklah. Saya solat juga, tapi cara duduk atas katil. Bayangkanlah, kita contraction + sakit pinggang + pergerakan solat. Kejap2 terganggu pergerakan sebab contraction datang. Sakit. waaaaaaaaaa..menyerang betul sakit tu.

Lepas solat, segera saya berjalan ke kaunter, bagitau saya dah rasa sakit sangat, dah selang 10-15 minit contraction. Masa tu, ketua jabatan dewan bersalin tu turun. Lelaki tau. Dia ni garang orangnya sebab sejak tghari saya dah terdengar nurse2 duk sok sek sok sek pasal kegarangan dia ni. Ketua ni pulak, bila tau saya sakit ni, suruh saya masuk bilik rawatan kat dalam dewan materniti tu, dia nak check pintu rahim saya, kami ditemani sorang nurse. Dah bukak 4cm rupanya, terus dengan nada garang dia arahkan nurse bawak saya ke dewan bersalin besar tu. Kecut saya dengar nada dia tu. Kita yang sakit lagi sakit dibuatnya. Dahlah katil troli tu abih,sebab ramai sangat bersalin malam tu. Saya ditolak ngan wheel chair. Aduh..menggigil lutut saya menahan sakit. Dahlah jauh dewan maternity ngan dewan labour tu, siap turun naik lif lagi. Masa lalu kat ruang menunggu di sebelah luar dewan bersalin tu, saya sempat mengerling kiri kanan kot2 suami ada kat situ. Takde. Hampa gak.

Masuk dewan labour tu, saya ditolak masuk ke labour room kecil. Ada berbelas buah bilik labour yg kecil2 dalam dewan labour ni kalau tak salah n setiap bilik labour kecil ni ada bilik air sendiri. Itu pun saya terpaksa tunggu kejap kat luar salah satu bilik labour tu, sebab nurse nak bwak keluar patient sedia ada. Then, baru saya dapat masuk. Saya diminta salin pakaian tak salahnya. Kemudian, saya diarahkan berbaring. Sakit tu toksah cakaplah. Saya dahlah jenis tak tahan sakit dan mudah panik. Sorang doktor pelatih datang dan sarung ketuban saya ditebuk,tapi masa tu airnya tak keluar lagi. Sempat saya bertanya doktor tu bila boleh bersalin, dia jawab tak tau.

Kemudian, kena buat ctg lagi. Sabor jeklah. Tapi masa ctg ni mmg tak selesa betul, sebab contraction tengah kuat plus sakit pinggang ..eiii..rasa nak tanggal2 aje alat ctg kat perut ni. Masa ni, nurse k 3 pulak sempat tanya saya, samada saya minum selusuh or idak. Saya tergelak, saya bagitau dia, dia adalah nurse k 3 tanya soalan yg sama. Saya kena explain lagi. Sabor jelah. Dahlah kita tengah sakit ni.

Lepas tu saya ditinggalkan sorang2. Tak sukanya. Dahlah bilik tu kecil, lampu mentol kuning yg agaknya 40 watt aje, ngan kiri kanan dalam bilik tu macam2 peralatan bersalin. Tak mesra pesakit betul. Tensyen saya. Oh ya nurse k 4 yg kena jaga saya pula, mukanya straight aje. Senyum pun idak. waaaa..tensen tensen. Dia tu mmg tak teman saya langsung, keluar masuk bilik aje kelam kabut n laju semacam, sebab sibuk sangat. Penuh aje labour room sebelah kiri dan kanan labour room saya, silih brganti pesakit. Sakit saya bertambah. Contraction makin kuat ya Allah. Abih segala ayat yang saya ingat, saya baca. Siap tarik2 rambut lagi duk tahan sakit ni. Sakit pinggang berganda tu buatkan saya rasa macam nak tanggalkan kejap n letakkan kat tepi katil, dah bersalin barulah nak pasang balik. Kan bagus suami saya ada masa tu. Boleh dia bagi moral support. Saya pun heran napa dia tak de kat luar tu tadi. (Rupanya, wlwpun masa tu hospt. Melaka dah mulakan polisi membenarkan suami menemankan isteri di labour room, tp secara praktiknya depa tak benarkan, sebab takut ada bapa yg ambil kesempatan rambang mata. Sekarang ni tak tau dah boleh atau tidak bapa masuk bersama. )

Yang sedih tu, saya tak diajar langsung camner nak kawal sakit contraction tu. Yelah camner kawal pernafasankan. Mmg zero knowledge betul masa tu.Time contraction paling kuat, kejap2 saya panggil nurse. Nurse k 4 lah yang masuk. Bila checked pintu rahim, masih 4 cm lagi. Naik marah dia sebab saya kerap panggil. Yelah, kita manalah taukan. first experience pulak tu. At last, dia bagi suntikan pada saya, supaya saya boleh rilex kejap. Saya jadi mamai dan terlelap.

Ok. Bersambung lagi.

Tuesday, July 11, 2006

PERIHAL KELAHIRAN HUSNA – Part 1

Saya nak share perihal kelahiran pertama anak saya, Husna. Dah lama nak buat entri ni, tp tertangguh dan dalam masa yang sama terfikir, apa kata orang nanti, bab bers@lin pun nak cerita dengan orang. Tapi, dah namanya blog or yang saya faham diari internet, makanya saya nak tulis juga. Nak tulis tangan, sungguh…buruk sangat tulisan tangan saya. Sokmo suami suruh perbaiki tulisan tangan den ni ha. Tu sebab saya fikir blog adalah tempat sesuai untuk saya bercerita. Lagi satu, saya takmo memori melahirkan Husna akan luput begitu sahaja. Maklum ajelah, usia makin naik, sifat mudah lupa tu makin dekat. Paling penting, Husna tau camner dia dilahirkan. Moga dia lebih menghargai kehadirannya di dunia ini :). Sebab bukan senang nak keluarkan manusia kat dunia nikan? Husna ni kiranya anak Melakalah, sebab dia dilahirkan di Hospital Melaka tu. Tapi, kena buat 2 atau 3 parts pasal entri ni. Sebab panjang sangat. Oklah. Ini kronologi ceritanya;

2 minggu sebelum kelahiran –

Saya masuk wad sebab gara2 terlebih makan tapai pulut. Adalah suku bekas tupperware kecil saya melantak. sedap tul. Sebelum tu memang tahan2 sangat nak makan. Tapi dah nak dekat bersalin ni, terburai jugak iman tu. Tak sangka sakit kepala menjadi2, dicampur pula sakit perut memulas2 yang saya fikirkan contraction nak bersalin. Masa ni masih di bangunan lama Hospital Melaka tu. Malangnya, sebelum masuk wad tu, secara tak sengaja saya terlihat keadaan wanita lepas bersalin dengan darah yang masih menjejeh2 atas katil. Ketika tu saya menunggu di luar bilik rawatan biasa di dalam dewan bersalin, menanti giliran dipanggil. Pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit dan ada sorang ibu yg hendak dicheck servix nya. Bersamanya ada dua doctor pelatih, lelaki & perempuan serta beberapa orang nurse senior yang keluar masuk bilik tu. Tiba2 saya dengar ibu tu mengaduh nak bersalin, rupanya tak sempat ditolak ke labour room dia terbersalin di situ. Yang saya tau tu bila doktor pelatih pompuan tu tergesa2 mmbawa bayi tu masuk k labour room sebelah utk dibersihkan. Sambil tu dengar gaklah nurse2 senior bising doktor pelatih tu tak pakai glove, takut jangkitan kuman kot pada baby. Dr. tu pun mana sangka kakak tu nak bersalin, sebab ia bukan labour room pun. Labour room kat sebelah.

Disebabkan pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit, saya tergerak nak meninjau. Ya Allah..terkejut saya tengok punyalah banyak darah kat atas katil tu. Atas lantai pun ada. Rupanya camtu keadaan bersalin. Terus takut tak tau nak cakap. Rasa tak mo bersalin pulak, biarlah baby kat dalam aje. Masa tu suami masih di luar. Setelah giliran saya diperiksa selesai, saya kena tahan wad sebab tekanan darah tinggi. Kalau tak turun gak dlm beberapa hari, boleh kena operation u. Then, saya dapat katil, suami kena pulang sebab dah malam. Sempat saya citer kat suami apa yang saya dah lihat. Masa hantar suami kat lif, menangis saya tngk cik abe melangkah masuk lif, kalau blh tak mo dia balik, biar dia tidur kat situ gak, temankan saya yg masih ketakutan tu. hehe..sib baik tarak orng.kalau tak buat malu aje. Terpaksa dia keluar semula dan pujuk saya masuk ke wad. Saya bagitau dia yang saya takut sangat sebab terbayang2 keadaan pompuan tu tadi. Punyalah dia pujuk jgn takut. Akhirnya termakan gak pujukan dia. Lepas dua hari, saya discharge wad. Tekanan darah saya dah normal. Saya bagitau suami, org keluar wad bawak baby, kita keluar bawak beg baby aje. Hehhehe. Husna masih belum keluar lagi!!!

Sejak daripada itu, saya menghitung hari bersalin. Sebenarnya saya dijangka bersalin pada 23 Jun 1999, tapi Husna masih tak keluar. Dan segalanya bermula pada 24 Jun (Khamis) dan berakhir pada 26 Jun (Sabtu);

24 Jun (Khamis) –

6 ptg - mild contraction bermula. Selang sejam sampai tengah malam. Masa ni masih larat buat kerja2 rumah lagi. Get ready packing apa yang patut.


25 Jun (Jumaat) –

Start 12.45 a.m lbh kurang - Saya terkejut drp tidur bila rasa contraction. masa ni, contraction turun kepada setiap 45 minit sekali.

Hampir 3 pagi lbh kurang - contraction mula berselang setengah jam. Saya kejutkan suami, dia pun bersiap. Sementara menanti ajakan saya nak p k hospital, dia selesaikan tugasan kerjanya terlebih dahulu. Saya masih boleh bertahan dan nak pg ke hospital lepas solat subuh cadangnya.

Masuk waktu subuh - masa saya dah siap ambil wuduk tu, aduh..sakitnya makin menjadi. Contraction makin kuat. Segera saya ajak suami ke hospital melaka yg jaraknya 30 minit kalau berkereta ke sana. Cadangnya solat subuh kat hospital aje kalau tak de apa2 lepas tu. Sebelum ni, ramai dah pesan kat saya, kalau hospital agak jauh, sebaiknya ½ jam selang contraction tu bolehlah p hospital dah atau lebih awal drp itu pun tak pe.

Dalam kereta, disebabkan jalan Merlimau – Hospital tu ada yang agak berselekoh dan suami pulak memandu agak laju seawal lebih kurang 5.30 pagi tu, saya terasa kepala baby dah nak keluar dah. Macam terasa-rasa kepala dia menolak2 pintu rahim tu.Tangan kanan saya bergayut pemegang pintu kat tingkap kereta tu. Sempat saya berangan sampai hospital nanti terus bersalin.


Ok. Bersambung lagi...

Monday, July 10, 2006

Mee bandung tak jadi & napelah sampai jam 5 pagi?

Weekend lepas ni tak de aktiviti menarik pun. Bahkan, saya tak pergi pun jemputan kahwin dua pupu di area Seremban sebabnya nak bagi Alia sembuh betul, biarpun dia dah sihat. Takut diasak ke sana ke mari, dia demam balik. Pagi tu, saya try buat mee bandung segera keluaran Adabi tu. Tapi camner entah, terbanyak air, pesnya tu tak cukup pulak. Rasanya kurenglah. Ayoyo..spoil betul, masa tu lah teringat napelah tak ikut resepi Hot Mama dulu. Kita yg tak expert masak ni, pandai2lah beger membeger. Akhirnya, sebelum tutup api, kita pun rasalah kuahnya. Oklah..asalkan ada rasa ala ala mee bandung. Masa hidangkan kat suami, dia nampak pelik gaya kuah tu, dia tanya;

mee apa ni?
mee bandung tak jadi (hehe, yelahkan, nak bagi nama apa lagi? sbb mmg tak jadi sangat)
Risau gak rejected. Tapi syukurlah dia kata ok jer rasanya, maka abihlah dia makan. Cuma dia kata ayam tu mcm kurang sempurna masaknya, saya kata lama dah tu bertenggek atas api dapur.
Sbenarnya sepanjang hari semalam kena penyakit MMMMM (malas). Rasa malas betul nak wat keje2 rumah. Dek kerana sarapan pagi dah berat (mee bandung tak jadi tu), siap ngan goreng chicken ball, roti bersalut mentega, n nugget untuk anak2. Saya masak lepas zohor. Kalau masak awal pun tarak sapa mau makan. Anak2 lagi bukanlah pemakan sangat. Kena paksa n kekadang tu kena sound baru nak makan. Saya masak kari ikan merah. Suami tak mo makan lagi, kenyang. Anak2 lagilah.

Petang tu, ummi rajin tul melayan tv. kali ni ummi yang conquer tv*tumbuh tanduk*, kalau tak tu, drp pagi sampai malam kartun aje, rasa kita pun dah jadi katun. Sambil2 tu lipat kain baju (keje rmh paling tak suka sekali. Oh ya..ada sapa nak cari part time kerja? blhlah tolong lipat kain baju kami, nanti bagi upah ;). Tiba2 tergerak pulak nak buat bubur pulut hitam. Laju pulak anak2 makan. cepat jer abihnya.

Si Aiman pulak, volunteered nak sediakan roti salut mentega sendiri. Mula2 dulu tak bagi sbb dia kecik lagi, tapi dia buat gak..at last ajarlah dia cara nak sapu mentega n tabur gula sekali atas roti. Sebab tak kosa nak bergaduh ngan dia yg ended up dia muncung mulut. Kiranya dia dah expertlah skrg ni, tapi bab tabur gula tu kena pantau gak, kalau dak kang toba (tebal) gula tu bukan main..siap tolong buat untuk adik2 lagi. Rajin plak melayan adik2nya tu. Entah apa yg best sangat aksi menyapu mentega atas roti tu pada dia, tak taulah.

Malam tu, sambil tgk berita tv3 tu, keluar pulak berita pasal sorang menteri beragama ISLAM bhgn pelancongan ni cadangkan supaya pusat hiburan n restoran beroperasi sampai 5 pagi!!! Adui...yg tutup jam 2 pagi (kalau tak salahnya) ni pun dah macam2 kes jenayah dan masalah sosial yangberlaku, inikan pulak nak sampai 5 pagi...janganlah duk kemaruk nak tarik pelancong sampai pusat hiburan tu nak dipanjangkan waktunya..malulah, dahlah PM melaungkan slogan Islam Hadhari. Takut benda2 ni semua fitnah pada kerajaan kita, kata pemerintahan ISlam hadhari. Kalau takat restoran sampai 5 pagi tu ok lagilah. Setau saya, dlm pusat hiburan ni sgala jenis maksiat ada..pengedaran pil2 haram (sapa yg hancur? anak2 muslim gak), gro berlambak2 (antaranya ibu2 tunggal muslim), arak tu tok sah cakaplah, tarian yg entah apa2 tu , itu belum lagi tarian separuh bogel or naked terus. Suami yg zalim tak ingat balik rumah, isteri2 yg diabai suami cari pengganti kat sini, anak2 yg terlalu dimanjakan or terlalu diabaikan pun masuk sini. Ini semua blh menghancurkan anak bangsa kita. nanti kang, kita jugaklah yg bising anak bangsa kita tak kuat jiwalah, tak kuat itu inilah, sebabnya kita yg sogokkan semua ini pada mereka. Boleh nak ebrhibur, tapi biarlah yg diredhai Allah.

Lagi satu, saya baca dlm blog siapa, tak ingat, nak dicadangkan jugak kos minuman arak dikurangkan demi tarikan pelancong. Kalau betullah cadangan ini dibentangkan, Ya Allah..ni lagi satu nak cari bala. yang sedia ada ni pun dah macam2 masalah terjadi. Kerana arak, org jadi mabuk. drp mabuk org boleh tinggal solat, org boleh bergaduh, org boleh berzina, suami boleh bantai sepak terajang isteri, org boleh berbunuhan, org boleh merogol hatta darah daging sendiri dll. Itu sebabnya arak ni termasuk jenayah hudud yg blh dikenakan hukuman hudud. sbb bnayk sangat malapetaka boleh berlaku. Kalau pun ada yg kata, alah, minum sikit aje. yelah, dah namanya air setan, sikit2 lama2 jadi bergelas2, naknya kita ni org Islam, lagilah banyak syaitan menghasut buat dosa2 besar ni, sbb depa nak cari geng duduk sama dlm neraka.Itu janji mereka ngan ALlah.

Janganlah duk sibuk cari keuntungan pelancongan tu, sampai REDHA ALLAH KITA TOLAK KE TEPI. Takut2 nanti, blh datang bala. Mungkin ada yang fikir, alah, benda kecik aje, itupun nak kepoh. Tapi, dlm Islam, benda2 kecik nilah boleh jadi masalah besar. Maaflah, kalau saya emosi sikit. dan maaflah kalau ada yang tak setuju ngan pendapat saya. Tapi yelah, ini pandangan peribadi saya nak share ngan semua. Saya ni pun bukan baik sangat, cuma ia rasa bimbang saya saja akan masalah2 sosial yang berlaku teruk sangat kat malaysia ni. Memang tak teruk jika dibandingkan dengan negara2 luar sana, tapi takkan nak jadi sampai mcm tukan?? Saya harap kabinet tak meluluskan cadangan2 ini.

Nabi pun dah cakap, jd pemimpin ni, satu kaki kat syurga n satu kaki kat neraka. jdi, kita pilihlah kita nak dua2 kaki kita masuk mana. Bukan senang jadi pemimpin hatta jadi pemimpin dlm rmhtangga sebab setiap org akan bertanggungjawab di akhirat kelak. bayangkan, kalau kita pemimpin yg galakkan org buat maksiat, di akhirat nanti, setiap org yg buat maksiat itu berpunca drp kita...kita bertanggungjawab sama. huish...mana nak lari masa tu. tak de dah nak putar2 masa utk balik ke dunia, nak beramal jariah. dah tak de dah dunia ni. nak hire peguambela pun tak de dah, depa pun kena adili sama. Apa yang jadi saksi kita? amal jariah, amalan fardhu ain, dan seluruh anggota badan kita. bahkan anggota badan kita juga akan jadi saksi pendakwa selain drp buku2 amalan kejahatan kita tu (huhuh..ingat balik dosa sendiri ni, tak tau mana nak mnyorok dah :( .masa kat akhirat tu, masa nak timbang segala amalan kita.
pemimpin ni bukan takat pemimpin negara, hatta saya ni surirumh pun adalah pemimpin gak. Bayangkan kalua saya tak didik anak ebtul2, hingga depa tak solat, puasa sebab saya tak ajar n akhirnya depa hidup atas nama islam, tapi tak de amalan sbg sorang Islam langsung..makanya saya adalah pemimpin yg gagal dan saya ebrtanggungjawab kat akhirat, kecualilah kita dah diidk merka yg terbaik, tp mereka sendiri pilih jln salah, n kita tak berhenti menasihat mereka, itu lain cerita.

Hmm..saya terfikir gak, betapa maju pun kita capai..kita masuk zmn millennium, masuk abad ke 22 dan seterusnya, sebenarnya kita menuju ke AKHIRAT. suka atau tidak, kita terpaksa hadapinya. Sama2lah kita didik diri kita jadi pemimpin yg diredhai Allah, kerana kita yg untung di akhirat nanti. Saya ingatkan perkara ni untuk diri saya sendiri. Saya pun banyak tak betulnya, tapi Kata Rasullullah, sesungguhnya agama itu adalah nasihat.Maka, selagi kita bergelar Muslim, selagi itulah kita belajar nasihat menasihati. Kita nasihat org, kita nasihat diri kita jugak maknanya tu. dan Rasulullah cakap lagi, sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Maka, kita boleh paham kat sini yg kita ni wlwpun agama tak tinggi mana, tapi, kalau tau sikit pun..sebarkanlah. Ada pahalanya tu. jom kawan2..kita tambah pahala amal jariah :).

Ok. stop syikin yg mak nenek ni. Hehe..nak taulah, sapa sebenarnya menang piala dunia ni? saya tolong kejutkan suami jam 2 pg tadi sebab dia kata nak tengok, then saya masuk tidur. Pagi tadi tanya dia sapa menang, dia kata tak tau..laaaa rupanya dia pun tertidur gak akhirnya. hehe..sesungguhnya kami berdua bukan penonton WC yg tegar. sekian terima kasih.

Friday, July 07, 2006

Demam lagi & ole-ole dari Sabah

Hmm..nak citer apa ya. Tak de mood pulak nak berblog :). Haa..syukur Huda dah baik demam sejak malam tadi, kecuali selsema masih ada. Tapi yang mendebarkan si Alia pulak. Lepas maghrib semalam (Khamis malam), Alia yang on off demam tu, saya tengok badan dia dah berbintik2 merah. Bukan kat situ aje, satu badan!!! Berdebar tiba2 takutkan denggi pulak. Tapi bila saya menghitung tempoh dia demam tu, baru tiga hari aje demamnya dah keluar tompok2 merah tu. Mustahil pula denggi. Baru terfikir, dia kena campak agaknya. Dan hari ni, demam Alia mmg dah kebah, dan bintik2 tu masih ada lagi. Hmm...nak kena cari air kelapa muda ni, kata orang tua2 biar bintik2 merah tu keluar habis.

Oh ya, petang semalam (Khamis), saya menerima tetamu yang belum dikenali, dia nak beli phyto fiber. Kali ni saya benarkan tetamu tu masuk, sebab dia membawa isterinya bersama. Itupun hari Rabu dia dah called bertanyakan blh atau tidak datang untuk membeli, saya pesan call dulu takut2 saya keluar pula. Tak sangka pula petang semalam isterinya telefon pula kata nak datang. Suami pulak tak balik lagi, tapi saya called dia siap2 bagitau dua tetamu ni nak dtg. Seronok kalua berbual ngan orang ramah ni, sebab kita tak kekok. Kalau orangnya pendiam, sukar gak nak berbual rancak.

Hari ni (Jumaat), saya rasa malasssssssssss...entah kenapa, mood nak blogging pun entah mana hilangnya. Tapi nasib baik ada mood nak edit benda2 teknikal tesis saya mcm baiki bibliography & footnotes. Nampak aje mudah, tapi boleh rasa nak muntah, sebab nak kena teliti satu persatu, apatah lagi kalau melibatkan bahan rujukan selain bahasa Inggeris, terutama bahasa arab. Ejaannya nak kena betul dan kena tukarkan ejaan drp b.arab tu kepada roman. Memang ada manual disediakan, tapi poning den dibuek eyyy.

Minggu ni anda ke mana? saya tak tau lagi. Sebenarnya ada jemputan kawin di area Seremban, dua pupu saya berkahwin, tapi tak pasti nak pergi atau tidak sebab fikirkan demam campak Alia tu tak hilang lagi bintik2nya. Kalau bawak nanti, takut pula berjangkit kat budak2 di sana. Hmm..tengok dululah.

Ok, sebelum berundur, lupa saya nak story, 18 Jun - 24 Jun lalu mak, kak lang & andak (2 adik saya) bercuti di Tenom, Sabah Mereka ziarah kak ngah (adik saya) yang menetap di sana. Adalah seminggu depa duduk kat sana. Masa balik tu, depa bawakan ole-ole untuk saya anak beranak. Terima kasih mak. Dan seperti biasa, saya kongsi gambor2 nya dalam slide lah, mana lagi :).




Wednesday, July 05, 2006

Rabu punya cerita

Alhamdulillah, tengah malam tadi (selasa) saya dah siap printed out semua content tesis saya sebanyak 6 bab untuk dihantar editing kat pusat bahasa kampus. Suami yang tolong hantarkan pagi tadi. Lega rasanya. Sekarang ni, saya fokus pada benda2 teknikal aje sebab manualnya ada dengan saya. Dan editor english tu tak terlibat langsung dengan teknikaliti ni, hanya dia check language tesis saya aje. Petang tadi saya ke klinik lagi membawa Huda, sebab ubat demamnya dah habis dan demam dia masih ada lagi. Yang habis cepat tu sebab berkongsi dengan Alia. Jadinya, Alia tadi pun ambil ubat sama. Doktor risau kalau demam panas Huda berlarutan, dia suruh datang lagi dua hari dan ambil darah utk test kalau2 kena denggi. na'uzubillah. Tak mengapa, harap2 Huda cepat sembuh.


Ok..nak sambung masukkan slide gambar lagi di CPR(jgn marah naa..tgh giler membuat slide :)



Tuesday, July 04, 2006

Ujian baiki tesis

Salam semua. Apa nak citer ya. Saya tengah kalut sbnrnya ni menyiapkan pembetulan tesis keseluruhannya sblm dihantar utk english editing. Lepaskan penat menaip, masuk blog pula ;). Oklah, hujung minggu baru2 ni tak de aktiviti menarik. Duduk rumah aje. Sabtu malam Ahad, kami menerima kedatangan tetamu mengejut. Dah nak sampai rumah baru kawan tu telefon yang dia nak datang. Alamak, nak sediakan apa ya. Dahlah malam tu kami malas nak keluar p pasar malam macam biasa. Duk fikir2 nak hidangkan apa, baru teringat saya ada rebus kacang hijau. Hati tu kuat sangat nak merebus, walhal bukannya nak makan segera pun. Kebetulan saya buat bubur pulut hitam juga. Dah tetamu ni datang, rezeki depalah. Saya masak bubur kacang. Ralat pulak tak dpt sediakan makanan lebih berat. Tak pelah, lain kali kami suruh mereka beritau awal kalau nak datang. Sepanjang hari tu pun saya mengadap tesis, baiki pembetulan.

Ahad pula tak kemana. Hajat hati nak ke rumah MR, tapi tak dapat juga sebab Aiman yang sejak Khamis on off demam panas masih lagi demam. Saya cuma called MR aje bagitau tak dapat datang. Sian gak kat dia sebab demam juga. Alahai...sedaplah suara MR kat tepon (bukan nak bodek tau MR). Segannya saya, ramai tul mama n puan blogger kita ni yang soft spoken gitu..saya gak yg kasor semacam. Kata orang jenis suara besor. Bak kata Nik Ha, sesuai jadi cikgu hehee. Malam tu pulak, Huda demam panas. Berjangkit pulak.

Isnin, Aiman dah p ke sekolah, tengok dia ok. Tapi saya bekalkan ubat demam, angin & sakit perut. Siap telefon cikgu dia lagi minta tolong pantau keadaan dia. Petang Isnin, suami hantar anak2 pulang, bawak pula Huda p klinik. Setengah jam lepas tu, Husna pulak mula demam. Saya bagi ubat demam yang sedia ada dalam stok. Malam tu, Husna menangis sebab dia rasa sejuk sangat. Kaki dia punyalah sejuk, tapi kepala panas ya Rabbi. Taulah saya suhu dia terlalu panas. Kesiankan dia kesejukan, saya benarkan dia berselimut dan memakai stokin. Lepas 2 jam baru hilang sejuk kat kaki dia tu. Sebenarnya dalam tempoh lepas maghrib - tengah malam, saya tak boleh nak concentrate langsung menyambung baiki tesis. Kejap duduk, si Husna merengek kesejukan. Suapkan dia makan. Duduk balik, si Huda pulak, sibuk sakit perutlah, mengadu penatlah sebab demam dia pun tak berapa kebah. Si Alia pulak, pantang saya menaip, sibuk dia menyelit diriba. Geram dibuatnya. Tapi kena riba gak, kalau tidak tak jadi kerja saya. Si Aiman pulak, sibuk mintak itu ini, terutama susunya. Rasa macam ujian sungguh masa tu. Sampai satu ketika tu saya buat announcement kat depa mintak jangan kacau saya dah kalau tak penting. Apalah ummi nikan. Tengah malam, ALia pula demam.

Hari ni, Husna tak ke sekolah. Ayahnya bawak p klinik. Suhunya 40 celcius. Panas tu..Dia dapat cuti 2 hari. Huda n ALia masih demam lagi on off. Tesis saya? Ni saya nak sambung menaip lagi ni. Ha, kalau nak tau, sambil saya menaip ni, sambil meriba si Alia. Jeles betul dia tengok saya mengadap pc. Oklah. Oh ya, slide kat bawah tu adalah antara aktiviti anak2 saya masa di Corus Paradise Resort.


Sunday, July 02, 2006

Swimming pool di Corus Paradise Resort



Pool kanak2 & dewasa dipisahkan oleh divider dlm pool tu. Yang ada slide tu pool kanak2. Maka, yang sebelahnya tu pool dewasa. Dan ada jakuzi kat pool kanak2 (lupa nak amik gambor). Yang best tu, ada restoran terbuka menghadap pool ni, tapi saya lupa nak amik gambarnya. Kiranya, parent boleh makan2 sambil memantau anak2 mandi.






Salam Ahad. Ini sebahagian lagi koleksi gambar2 di CPR yang kami pergi dulu - swimming pool.

Maaflah kedudukannya caca marba. Pueh dah den boto an (puas dah saya betulkan)..takmahu jugak ikut arahan den. Jangan marah naaa.

Dah buat slide show, tapi ada kesilapan teknikal. Kena belajar lagi ni.