Showing posts with label Perniagaan/Jualan Produk. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan/Jualan Produk. Show all posts

Monday, December 11, 2006

Kandungan Laman Web Segera

Assalamualaikum..

ha..ada apa ngan tajuk??? Thinking

Hehe..saja nak share ngan kengkawan ..tak tau nak mula tang mana nih..macam formal plak rasanya.. Hmm 2 Ummm

Ha, camni duduk citernya... terutama untuk mereka yang BERMINAT untuk ceburi secara sambilan bisnes melalui internet melalui google adsense atau affiliate program, tetapi mengalami masalah nak buat artikel dengan segera disebabkan ketiadaan masa, tak tau nak jual apa, dan sebagainya untuk web atau blog kaliankan..makanya website Kandungan Web Segera ni boleh membantu kalian untuk mendapatkan artikel segera secara PERCUMA setiap bulan. bukan satu artikel tapi sekurang-kurangnya 20 artikel segera setiap bulan.

Yang best tu, kita boleh buat apa saja yang kita suka ngan artikel ni macam kita boleh ubahsuai artikel dan buang maklumat asal penulis. Jadi, kalau kalian nak tau lebih lanjut camner kandungan web segera ni, sila klik http://www.kandunganwebsegera.com/ahli/?free=37 . Jenguklah sana, saja2 tengok dulu pun tak pe, yang paling penting baca dulu. Kemudian baru buat keputusan nak dapatkan kandungan web segera ni atau tidak.

Saya baru tergerak nak join lepas dah abih tesis saya nikan. Kata orang baru terbukak pintu hati..eh, sesuai ke guna ayat "baru dapat taufik dan hidayah nak buat bisnes melalui internet ni?"

Ok, kat bawah ni antara contoh blog yang baru saya buat hasil daripada KANDUNGAN LAMAN WEB SEGERA;

http://snoringremedy.netinfo4all.com/

http://koifish.netinfo4all.com/

dan ada lagi artikel yang saya tak set upkan untuk buat blog lagi. Oklah.

Mehlah jenguk http://www.kandunganwebsegera.com/ahli/?free=37






Thursday, November 30, 2006

Dapat hadiah kereta?

Assalamualaikum...

Nak story ni...lewat petang Selasa, mak saya telefon, dia minta saya tolong telefon satu nombor ni dan tanyakan pada orang tu (en. A) apa urusan yang dia nak settlekan dengan mak saya, sebabnya sblm dia tepon saya tu, dia dapat satu call dr wakil en. A ni. Yang mak saya terkejut tu sebab tak pasal2 wakil ni tanya mak saya nape tak datang ke ofis utk buat semakan namanya. Mak saya peliklah, surat pun tak de, tiba2 suruh kena datang pejabat en. A buat semakan nama.

Oklah, saya pun call en. A ni bertanyakan hal sebenarnya. Rupa2nya nama mak saya antara belasan orang terpilih oleh syarikatnya untuk menerima hasil pengurangan peruntukan cukai pendapatan syarikat. Sebuah keta u!!! A****a, kalau tak mo terima, boleh tukau ngan duit nilai keta tu lbih kurang 70K. Dia cuma minta mak saya dtg bawak sekian2 dokumen pada hari Rabu (semalamlah) untuk sahkan mak sayalah penerimanya dan nanti akan diberitahu bila keta tu boleh dikeluarkan. semua list penerima ni akan masuk paper. Dia cuma bagi semalam aje tempohnya. kalau tolak depa cari orang lain n hadiahkan keta tu atas nama mak saya.

Saya pun tepon mak balik bagitau semuanya. Terus aje mak saya MENOLAK. Bukannya apa takut tertipu, kan dah banyak terjadi, dikatakan memenangi hadiah mewah, tp sblm nak dpt tu, kena beli dulu barangan syarikat berkenaan. Mak saya cakap, kalau syarikat tu betul, tak pelah, rezeki orang lainlah dpt kereta atau duit tu. Suami saya pun masa tau hal ni, dia nampak ragu..yelah tak de surat hitam putih, tup tup kena dtg. Apa2 hal belakang hari kita yang susahkan. Saya pun call semula en. A beritahu penolakan mak saya tu. tima kasihlah banyak2. kalau boleh dia nak saya pulak pegi mewakili mak saya, saya tolak cara baik gak.

Rupanya, mak saya ni selalu sangat dah org call kata terpilih menerima hadiah itu ini. Sib baiklah mak saya ni jenis rajin baca paper, jd kes2 camni dia taulahkan..tu yang dia berhati2 sangat supaya tak terpedaya. Telefon yg sebelum2 ni lawak pun ada gak, sbbnya depa nak menipu tapi kantoi, dah siap dia bagitau itu ini, tup2 dia mintak no. tepon mak saya, apalagi, mak saya smash balik yg dia tepon tu camner blh dapat??? lagi sorang kena gak ngan mak saya, direct aje mak saya cakap dia penipu, tergelak2 org tu tak mengaku..terus aje mak saya letak tepon.

Hal ni pun saya pernah terkena gak, masa tu undergraduate, tahun 3 or 4, tak ingat, saya terima call kata menang hadiah. Seronoklah kata dpt hadiahkan, so dengan lurus bendulnya, saya pegilah ngan beraninya ke ofis sya. ni kat puchong, naik teksi lagi sbb tak tau tempat..soranglah pulak tu. berani tak beraninya masa tu. Mana nak tau stail penipuan camni. Sampai kat sana, dia tunjukkan hadiah kemenangan saya, TAPI...syaratnya saya kena beli barang itu ini yang ada dalam ofis tu, memanglah menarik hati terutama barangan elektriknya. tapi mahalnya!!! tak ingat ratusan or ribuan ringgit, tapi saya student, manalah nak afford. Saya terus kata tak mau apa2 langsung, even hadiah tu. Punyalah staff dia pujuk kalau boleh suruh parentlah beli. Suruh call parentlah. Saya dah cemas gak masa tu, sbb kalau boleh depa macam tak mo saya keluar drp ofis tu tau..saya duk bagi macam2 alasan dengan penuh ketegasan..akhirnya barulah saya dpt keluar drp situ..terus keluar n amik teksi. Masa tu rasa nak menangis pun ada. SIb baik tak keluar air mato den, buek abih boreh. TOBAT NASUHA saya, takkan terpedaya lagi kalau boleh. Na'udzubillah.

oh ya..tadi duk surf internet sat, jumpalah satu website ni http://www.halalcandyuk.com/. So, kengkawan yg duduk kat UK nun, kalau nak beli candy, chewing gums, lollipop, marshmellows, jeli halal untuk anak2 ..surflah website ni. Memang guna gelatin binatang tapi bukan khinzir. Dan penyembelihan lembu contohnya adalah menurut hukum syara'.

(yap...banyak gula/coklat kat msia ni ada tertulis gelatin or bahan drp lembu, tp masalahnya kita tak tau penyembelihannya ikut syara' atau tidak. kalau tak ikut syara', mmglah tak boleh)

Lagi satu, sekarang ni kat negara kita pun dah ada kemudahan untuk mendapatkan gelatin halal (http://www.halalgelatine.com/index.html), senanglah nak buat masakan terutama puding n kek yang menggunakan gelatin halal ni kan..Yelah, makanan kita ni boleh membentuk hati dan peribadi. Saya ni lum tahap warak lagi terhadap pemakanan, nak kena slow2 ni, banyak mujahadah.

Monday, October 02, 2006

Bila anak-anak berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 9 hari kita berpuasa. Masa berlalu tanpa disedari, kecuali orang yg menghitung hari bilalah Ramadhan nak abih ni..hehe. Masuk blog mama bloggers yang dah ada anak2 ni, seronok baca entri depa pasal anak2 berpuasa. Anak-anak saya, Husna (7) dan Aiman (6), tahun ni adalah tahun kedua masing2 berpuasa. Setakat ni, Aiman dahului carta, 7 hari puasa, 1 hari half day. Kasihan kat Husna, demam on off, hanya dpt 3 hari full dan 5 hari half day. Tak pelah, yang penting depa ada semangat nak berpuasa. Hari pertama, masing2 melepek. Tu yang half day tu, kecuali Husna start demam. Masuk puasa ke tiga, ok dah memasing. Taklah lembik, siap boleh bertekak n bergaduh lagi kat rumah tu. Yang umminya pun, duklah selalu sound jangan gaduh2, jangan bagi ummi marah sebab ummi puasa...tapi kekadang bertanduk gak jadinya..tp masa tu dah lepas bukak puasa, hehe.

Setakat ni, alhamdulillah, depa berdua tak susah mana nak kejutkan sahur. Makan pun tak cerewet mana...minta nasi ngan telur campur kicap aje. tapi, kalau ada lauk feveret memasing...itulah yang dihadapnya. Cuma, si Aiman wajib ada air milo. Untuk berbuka pun sama, depa tak cerewet, tetapi mintak gaklah nak makan itu ini. Hari pertama puasa ari tu, Aiman mintak kek coklat..sib baik bahan ada, buat gaklah. Syukur jadi..sbb umminya bukan pakar pastri n kek, hehe..

Saya dan suami tak janji apa2 langsung kalau depa berjaya puasa penuh sebulan tahun ni. saja malas nak ajar. Tahun lepas ada gak ayahnya janji, tapi puasa tak penuh sebulan, makanya tak dptlah.

Dah siap beli pakaian raya anak2? Kami belum ready pun..biasanya last week puasalah baru keluar shopping. Itupun biasanya saya dan suami aje yang pergi ke Jln TAR tu, yang lain2 duduk kat rumah mak..tak sanggup nak bawa anak2 mengharungi umat yang ramai kat jalan TAR tu...takut terlepas pandangan, satu hal pulak nak mencari.

Hari ni apa menu berbuka anda? saya belum tau lagi, tapi macam nak masak kari bawal atau terung masak lemak cili api + ikan kembung goreng. Kuih...tak terfikir nak buat apa lagi.

Oppss..sebelum lupa, sesiapa yang mengikuti perkembangan kak A, alhamdulillah, dia dah sedar sekarang setelah minggu lepas doktor kurangkan dos pelali pada beliau, cumanya sekarang ni nak kena pulihkan ingatan dia, sebab dia ingat2 lupa jadinya, hatta dia ingatkan dia bersalin anak kedua. La ni, doktor galakkan baby kak A dibawa utk ziarah ibunya. Oh ya, Kak A masih ditempatkan di wad bersalin untuk doktor mudah memantau keadaannya. Sesamalah kita berdoa agar dia dapat beraya bersama keluarganya di rumah.

ok. Iklan..iklan..iklan..

1. sesapa yang berminat nak tempah gubahan bunga khas untuk raya ni. Sila contact Ayu. Macam-macam jenis ada. Harga berpatutan insyaAllah.

2. Mamarisya pun ada buat bisnes sampingan khas untuk raya macam maruku, gula-gula, dll. So bolehlah contact dia ya.

Tuesday, September 26, 2006

Tak boleh ka..., Sahur & Iklan

Assalamualaikum...

Pagi semalam, saya beli sayur dan ikan kat penjual cina suami isteri tu. Nyonya tu turun aje daripada lori dia, saya saja usik,

awak puasa ke?

taklah...eh, saya baru tau, rupanya boleh masak pagi tapi tak makan. sebab jiran saya dia masak pagi untuk budak dia makan.

Yelah, memang bolehlah.

Hari ini baru saya tau. Eh, kalau saya saja2 tak mau puasa, tak boleh ka? (dia mengandaikan kalau dia Muslim)

Tak boleh, itu sudah kira berdosa...

Eh..saya tarak boleh puasa ooo, sakit perut nanti. Saya ada gastrik. Saya tak boleh tak makan satu hari.

Saya pun ada gastrik, tapi saya boleh puasa. Kecuali kalau awak sakit sangat, boleh buka. Atau kalau awak baru belajar puasa dan tak larat puasa satu hari, boleh buka. Nanti sudah kuat, lain kali awak kena gantilah. Orang pompuan, kalau period, tak boleh puasa, sebab kotor, tapi kalau sudah bersih, lain hari kena ganti. Atau kalau awak pergi jalan jauh, awak boleh tak puasa, tapi lain hari awak kena ganti.

kalau saya saja tak mau puasa tak boleh ka? (dia ulang lagi soalan ni)

Tak boleh. Ini suruhan Tuhan. Kalau awak banyak sayang sama Dia, awak akan ikutkan...
(Dia termenung mcm memikirkan sesuatu, kemudian dia menggangguk). Saya sambung lagi,

Alah..tak pelah, satu tahun satu kali saja puasa (saya maksudkan yang fardhu), satu bulan saja..cuci2 perut, bagi perut rehat.

Ha..yalahkan..bagus-bagus cuci perut..rehat2... (tergelak2 dia menggayakan cara cuci perutnya tu. Selesai membeli, kami beredar)

Moga-moga dia nampak kenapa kita kena berpuasa:

1. tanda sayang kita pada ALLAH, kerana kalau kita sayang ALLAH, kita akan ikut segala arahanNYA. Yelah, macam kita sayangkan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk buktikan cinta dan sayang kita tukan, hatta ada yang sanggup lakukan dosa2 besar semata2 takut orang yg disayang tu lari daripadanya. Cuma yang uniknya, kita ni sayang pada yang TAK NAMPAK dan janjiNya, kalau nak tengok DIA, masa kat syurga nanti. Masalahnya, bab tunjuk cinta pada yang TAK NAMPAK dek mata kita ni yang mencabar ni. Semuanya memerlukan kekuatan IMAN untuk buktikan cinta kita...

2. Puasa itu ada kelonggaran pada orang sakit, musafir dan wanita yg period (secara ringkasnyalah)

3. Puasa tu nak bersihkan peyut...(Si Huda ( 3thn) sebut perut tu peyut ) . Pendek kata untuk kesihatan.

Ok..citer bab lain. Camner ngan sahur anda? ada yang dah terkantoi ke? Saya ni, hampir2 nak terkantoi sahur masa hari pertama nak puasa tu. Terpaksa melayan kerenah Alia yang entah mana dia import sepasang mata dia tu, segar bugar tak mo tidur bila dia tersedar jam 2 pagi lebih tu. Dahlah saya baru aje dapat masuk tidur jam 1 pgi tu. Bila kena paksa, 3 pagi lbh baru dia nak tidur. Kunci jam 4.30 pagi, mmg takut sangat2 terlepas sahur bila tidur semula ni. Syukur mak saya called lbh krg 4.15 pagi. Kalau tak tu, rasanya sahur pagi tu bye bye ajelah dek ngantuk sangat.

OK..IKLAN..IKLAN... IKLAN..

1. Sesiapa yang ingin menempah kad raya ekslusif siap ngan cetakan gambar anda sefamili, kata2 ucapan khas anda sendiri dan tema yang disukai, sila hubungi UDA (sila klik sini). Dia pakai kertas glossy lagi, ada contohnya kat blog dia. Gambar dia sefamililah. sapa lagi...hehe. tapi mmg cantik pada mata saya. Kliklah sana, tengok2 dulu, kalau berkenan, bolehlah tempah, bila lagikan...

2. Sesiapa yang nak menempah biskut raya, homemade punya..sila hubungi Zareda (sila klik sini). Kat blog dia ni pun ada siap gambar-gambar contoh biskut2 yang dijual.

Jangan salah sangka ya, ni saja2 nak tolong promote utk depa. Tolong bisnes kawan kata orang..

Saturday, May 27, 2006

Ingin buat duit melalui internet?

Pernah dengar pasal Clickbank & Paypal? Kedua-dua syarikat ni menawarkan cara mudah dan murah untuk menjalankan perniagaan Internet. Malangnya sebagai rakyat Malaysia, kita tak dapat menggunakan khidmat Clikbank. Paypal pula mensyaratkan kita mempunyai akaun bank US kalau nak keluarkan duit.

Tapi sekarang tak ada masalah lagi. Seorang usahawan Internet Malaysia telah menjumpai cara bagaimana nak mendaftar dengan Clickbank, dan mengeluarkan duit PayPal. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sunday, January 29, 2006

Arabic keyboard sticker

Good news kepada sesiapa yang mencari arabic keyboard sticker. Saya ada menjualnya dengan harga RM 5 sekeping ( Warna biru tua untuk keyboard berwarna cerah dan warna putih untuk keyboard berwarna gelap).

Sila hubungi saya melalui email: widaad98@yahoo.com or 019-6153670.

Jika ada yang berminat untuk menjadi DEALER, boleh juga.. :)

Phyto Fiber

Beberapa bulan lepas, suami perkenalkan minuman berserat kat aku..mula2 minum tu..ya Allah, tak tertelan sbb rasanya masam sangat (lemon taste)..tapi, setelah seteguk dua tu, ok la..dah blh get used to it..

Dah lepas 8 jam tuh...bila aku buang air kecil, aku perasan..awat la lama nao membuang..bknnya besar..tapi air kecil jer..apa yang pasti..lepas tu rasa puas sangat..dah lama tak rasa camtu sbb selama ni aku alami masalah buang air kecil tak lawas.. pas tu lak bab buang air besar, terkejut sebab masa nak flush tu nampak mcm selut2 hijau kehitaman...teringat kata abg, minuman ni mencuci dinding usus sekali...ooo. tu yg nampak pelik semacam kat najis2 tuh..tapi, nasib baik minuman ni tak menyebabkan cirit birit, kata orang, tak la setiap setengah jam pergi tandas...sebab, sekali buang memang buang betul...

sampai la ni duk minum lagi, sbb puas hati pakai....abang pun sama puas hati... yg best tu, tak sedar berat badan turun..kalau tak minum dlm beberapa hari pun or seminggu tak minum, berat tu maintain jer...perut boyot pun slowly nampak turun..hehehe..

dek kerana puas hati..kami jadi mobile stokis...mmg la ni ada regular customer..sbb depa tu jenis sembelit...jadi, bila makan hari2 memang puas hati..

Oh ya..sesiapa yang terbaca ruangan ni dan berminat dengan produk ni..email la pada saya...:)

Pek percubaan hanya RM 20 sahaja ( 3 sachets+ shaker - utk 3 hari )

Or sesiapa yang dah jadi member( 1 kotak (15 sachets): RM 68) tapi tak tau nak beli kat mana...blh email pada saya or call saya: 019-6153670.