Monday, October 02, 2006

Bila anak-anak berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 9 hari kita berpuasa. Masa berlalu tanpa disedari, kecuali orang yg menghitung hari bilalah Ramadhan nak abih ni..hehe. Masuk blog mama bloggers yang dah ada anak2 ni, seronok baca entri depa pasal anak2 berpuasa. Anak-anak saya, Husna (7) dan Aiman (6), tahun ni adalah tahun kedua masing2 berpuasa. Setakat ni, Aiman dahului carta, 7 hari puasa, 1 hari half day. Kasihan kat Husna, demam on off, hanya dpt 3 hari full dan 5 hari half day. Tak pelah, yang penting depa ada semangat nak berpuasa. Hari pertama, masing2 melepek. Tu yang half day tu, kecuali Husna start demam. Masuk puasa ke tiga, ok dah memasing. Taklah lembik, siap boleh bertekak n bergaduh lagi kat rumah tu. Yang umminya pun, duklah selalu sound jangan gaduh2, jangan bagi ummi marah sebab ummi puasa...tapi kekadang bertanduk gak jadinya..tp masa tu dah lepas bukak puasa, hehe.

Setakat ni, alhamdulillah, depa berdua tak susah mana nak kejutkan sahur. Makan pun tak cerewet mana...minta nasi ngan telur campur kicap aje. tapi, kalau ada lauk feveret memasing...itulah yang dihadapnya. Cuma, si Aiman wajib ada air milo. Untuk berbuka pun sama, depa tak cerewet, tetapi mintak gaklah nak makan itu ini. Hari pertama puasa ari tu, Aiman mintak kek coklat..sib baik bahan ada, buat gaklah. Syukur jadi..sbb umminya bukan pakar pastri n kek, hehe..

Saya dan suami tak janji apa2 langsung kalau depa berjaya puasa penuh sebulan tahun ni. saja malas nak ajar. Tahun lepas ada gak ayahnya janji, tapi puasa tak penuh sebulan, makanya tak dptlah.

Dah siap beli pakaian raya anak2? Kami belum ready pun..biasanya last week puasalah baru keluar shopping. Itupun biasanya saya dan suami aje yang pergi ke Jln TAR tu, yang lain2 duduk kat rumah mak..tak sanggup nak bawa anak2 mengharungi umat yang ramai kat jalan TAR tu...takut terlepas pandangan, satu hal pulak nak mencari.

Hari ni apa menu berbuka anda? saya belum tau lagi, tapi macam nak masak kari bawal atau terung masak lemak cili api + ikan kembung goreng. Kuih...tak terfikir nak buat apa lagi.

Oppss..sebelum lupa, sesiapa yang mengikuti perkembangan kak A, alhamdulillah, dia dah sedar sekarang setelah minggu lepas doktor kurangkan dos pelali pada beliau, cumanya sekarang ni nak kena pulihkan ingatan dia, sebab dia ingat2 lupa jadinya, hatta dia ingatkan dia bersalin anak kedua. La ni, doktor galakkan baby kak A dibawa utk ziarah ibunya. Oh ya, Kak A masih ditempatkan di wad bersalin untuk doktor mudah memantau keadaannya. Sesamalah kita berdoa agar dia dapat beraya bersama keluarganya di rumah.

ok. Iklan..iklan..iklan..

1. sesapa yang berminat nak tempah gubahan bunga khas untuk raya ni. Sila contact Ayu. Macam-macam jenis ada. Harga berpatutan insyaAllah.

2. Mamarisya pun ada buat bisnes sampingan khas untuk raya macam maruku, gula-gula, dll. So bolehlah contact dia ya.

24 comments:

Azer Mantessa said...

semoga kak A cepat sembuh... amin

ibuVouge said...

salam kak syikin
kejap je kan dah 9 ari
bab recipe nak bukak meh iv bagi cadangan
semalam iv buat gulai ikan keli +keledek, pastu kacau tepung suji
iv bagi cadangan je
iv seniri tatau nak masak apa
tapi pagi tadi dah masukkan bahan dlm slow cooker untuk buat bubur.
alhamdullillah kak A dah ok.

Pnut said...

saya baju raya mmg siap dah beli sebelum puasa lagi. setelkan awal-awal, malas bersesak di bulan puasa...

beli time mega sales, so dpt le baju branded, diskaun hebat-hebat...heheheheh

Kaklong Syikin said...

Bro.Aer: Amin..

iv: wah..sedap tu resepi iv..mmg awak pandai masaklah..
yap..alhamdulillah..

P-nut: hehe..baguslah buat persiapan awal2.

NBK466 said...

Selamat berpose gak buat adik2 uncle 2 orang tuh yek...

Pernah ler sekali buat kerja gila sesaja gi jalan TAR nak tgk2 waktu malam 2,3 hari nak raya. Jgn kata jlnraya jem... jln kaki pun jem...Tapi seronot gak..terasa meriahnya nak raya...he..he..he...

blackpurple @ jowopinter said...

Budak2 kalau berpuasa mesti tak larat kan...tapi kalau berlapar larat pulak...Kesimpulannya jangan biarkan diaorang fokus tengah berpuasa tapi fokus pada lain kot... :)

Masing2 berniaga ekk...Alhamdulillah.... semoga melimpah ruah rezeki kawan-kawan...

ilsa said...

Salam to kak syikin :)
bagusnya anak2 kak syiking bersemangat nak puasa.. harap2 imaan nanti pun macam tu lah.

Anonymous said...

Isteri Am pula sebelum puasa dah siap beli pakaian raya anak Am, bukan apa dia malas nak mencari dibulan puasa.

Hari ini sakit perut, mungkin kerana makal sambal masa sahur tadi. Selera pun dah hilang ni, nampaknya berbuka dengan apa sahaja ada dirumah mak mertua nanti

Alinlai said...

selamat berbuka posa syikin...dan melayan kanak2 ribena tu berpuasa ke ke ke...sabaq ummi sabaq

Anonymous said...

Syikin oiii! kenapalah disebut ikan yang tak dek dijual kat UK ni?

dah lama betul tak makan ikan bawal lah...

Lan Rambai said...

anak sulung saya yg darjah 1 dapat posa 3 hari jer.. yg lain.. bila tengahari jer dia tak larat nak tahan haus bila balik dari sekolah.

Ummi said...

salam...

hi sykin! i'm jamri's wife. nice blog. actually ummi selalu dtg sini tgk recipe. banyak jugak ummi dah tried. belum ada rezeki syikin lagi nak merasa. mana tahu satu hari nanti bila umur panjang dapat kita bejumpa, dpt syikin merasa masakan ummi.

Anonymous said...

saya akan tiba jua detik itu (melihat anak-anak berpuasa) insyaallah

RaFFLeSiA MeRaH said...

budak2 biasalah, time nak belajar puasa, kan...ader anak member ni dgr citer smlm, mula2 puasa leh ngadu ngan bapak dia dlm badan dia dah x der air dah...muehehe, alasan nak bukak puasa la tuuu....

Bunga Rampai said...

Salam,

Masa berlalu tak disedari, masa yang datang pun tak disedari. Sedar-sedar, rambut dah beruban dan mata dah tak terang.

Selamat berbuka :)

Ella said...

sykin,

bagus aiman dah blh puasa penuh aliff merangkak lg :) hopefully by next year dia dah blh puasa betul2 ler...

bagus masuk blog syikin ada iklan... so nak pi tgk nie :)

Anonymous said...

alhamdulillah kak A dah makin sembuh..

saya ingat sok nak buat ikan goreng cicah sambal belacan jer

Kunci said...

dah. kami laki bini baju raya dah siap. saje suka prepare awal. nanti takut tailor jahit tak elok, pastu press harga+OT raya. dah terkena dulu..serik.

Syukurla Kak A dah sedar. Saya folo gak sesikit.

uDA said...

hai kak. selamat berpuasa. lama tak jenguk sini. *mmmg lama tak nyempat jenguk blog kawan2 hehe*. banyak dah entri tertinggal. nak raya kali tak tau la sempat ke tidak nak gi jalan TAR tu. tahun lepas siap tido lagi kat kl semata2 nak shopping situ ekeke. dengar2 orang s'pore ramai turun sana tahun ni eh.

Zareda Norman said...

salam syikin
zar pun dah prepare baju raya anak dara tu awai awai, asal ada sale zar beli.. lagipun bukannya ramai.. sorang tu jer.. la ni sibuk nak setelkan untuk mak ayah, mak ayah mertua dan diri sendiri plak

Ayu Mohamad said...

salams... akak tenkiu le pomot kan bunga2an saya tuh hehehee..
sy pon gi Jln TAR last week. tapi mmg letih le jenjalan bulan posa nih.. nak pengsan rasanya heeheh dgn org yg ramainyaaaaaaa

Ajzie said...

selamat berpuasa buat szikin dan keluarga. Ajzie baru pulang ke German..


Salam

Kaklong Syikin said...

Salam semua, sorry ya baru tghari ni ada mood n rasa segar nak balas2 komen..maaf sangat2..

nbk: time kasih on behalf of them :).ha ah, ada gak org bagitau, mlm2 akhir tu mmg meriah lagi satu, biskut raya murah2..lelong gitu

BP: saya mmg tak bagi anak2 main sangat, suruh lebihkan rehat. lagi satu, tak bagi depa asyik bukak peti ais, yg sorang tu mcm tulah, suka bukak peti ais, saja nak tgk ada apa kat dlm..


Ilsa: dah balik bercuti ya..insyaAllah, nanti imaan akan belajar juga

Am: bagus sbnrnya buat persiapan awal ni. tak pening kepala. harapnya sakit perut tu dah ok.

alinlai: ni duk jihad sabaq la ni hehe

Kaklong Syikin said...

Salam,

MS: alamak, jgn mare ye..eh, awak boleh orderlah esp. biskut n jajan2 tu..

kat sana susah ke nak cari bawal or regenya mahal?

LR; anak banyak tak minum air kosong masa sahur? cuba suruh dia baca selawat nabi sebelum minum air kosong tu..

Ummibatrisya: salam kenal. saya dah masuk blog UB, menarik..alamak, malunya saya, harap2 apa yg UB masak tu sesuailah ngan tekak UB...insyaAllah, ada rezeki saya dpt menjamu selera nanti.

GT: insyaAllah..seronok tgk telatah n gelagat mrk melayan posa depa. n kesian gak tgk depa menahan lapar n dahaga..

RM: hahah..bagus tul budak tu punya cerita..akhirnya dia bukak jugak ke?

BR: betul tu..tinggal kita hargai masa atau tidak aje

ella: alhamdulillah, aiman ok setakat ni. insyaAllah, anak Ella nanti pun sama juga..

dah buat order ke?

MS: ttg kak A tu, alhamdulillah.

simple aje awak ni..baguslah tu

kunci: bagus siap awal2 ni, cuma harapnya masa hari nak memakai tu nanti tak ketat pulak..mana tau sedap sangat menjamu selera time ramadhan ni :D

uda: ha..tahun ni tidurlah lagi kat KL..boleh shopping sakan :D

Zareda: salam...ha ah, anak zar sorang aje, senanglahkan. sempat gak ek shopping sambil buat biskut raya tu...


ayu: part letih tulah yg rasa tak sanggup nak harungi ramai org kat jalan TAR tukan..

Ajzie: la..ingatkan sempat beraya ngan famili kat sini..sedih plak kita..tak pelah, setahun dua ni ajekan berkorban sikit..tak pelah. selamat berpuasa juga..