Saturday, October 14, 2006

2 TAJUK

Assalamualaikum...

Nak citer ringan sikit...

Gabra jap

Awal pagi Jumaat saya terkejut drp tidur bila terdengar suara Alia menangis dan bunyi 3 buah jam loceng kuat berbunyi di atas meja solek. Dalam kesamaran cahaya lampu balkoni, saya tengok jarum jam...alamak!!! Dah hampir 5.40 pagi???? Kelam kabut saya turun ke bawah sambil dukung Alia (kalau tak satu rumah suara dia menjerit pepagi tu) dan kejutkan suami yang tertidur kat ruang tamu. Sambil kejut suami bagitau dah terlambat nak sahur n suruh dia minum air kosong, saya pun minumlah seteguk dua buat syarat. Sedih plak, pecah rekod kali ni termiss sahur jawabnya. Confirm Husna dan Aiman tak puasa, kalau tak sian kat depa p sekolah tanpa bersahur, kecil dan belum baligh lagi tak pelah tak puasa. Tp saya tak mau tidur semula, nak terus berjaga buat apa yang patut, saya pujuk Alia suruh dia tengok kartun Astro. Itu antara cara mudah utk diamkan dia drp menangis kalau kena letak kat atas tikar nanti. Masa ni ruang tamu hanya diterangi dek cahaya lampu dapur yang bertentangan saja. Saya pun on plag tv dan recorder Astro tu..tiba2 mata saya terpaku pada JAM recorder Astro tu..4.40 PAGI.. saya blur kejap..pukul 4.40 pagi??? Mata yang mamai tadi CERAH tiba2. Terus saya bukak lampu ruang tamu dan pandang jam dinding..Laaaaaaaaaaaaaa...salah tengok jam rupanya saya masa kat bilik tu. Tapi mmg peliklah juga masa tu nape jam loceng terus berbunyi bila dah masuk jam 5 pagi lebih. Patutnya dah berhenti masa tu. Kero botul mato den ni..yehaaaa...apalagi saya cepat2 announce kat suami waktu sahur ada lagi dan terus menyiapkan hidangan sahur. Syukur tak pecah rekod lagi..

Kesian Aiman

Alahai..sian kat Aiman. Hari Khamis petang dia balik sekolah dalam keadaan demam. Memang panas badan dia. Masa tu dah jam 4 petang lebih rasanya. Saya offer dia buka puasa, tapi dia menolak. Puas saya suruh, dia menolak juga. Ya Allah, kuatnya semangat budak kurus n kecil ni (dia memang kurus orangnya, maknya yang gumuks huhuhu). Terharu jap rasanya. Saya tuamkan dia ngan tuala basah sebab pelekat cool fever dah habih. Dia pun tidur sampailah hampir waktu berbuka.

Pagi Jumaat tu saya tak benarkan dia ke sekolah dan tak benarkan dia berpuasa. Saja saya tak kejutkan dia sahur. Nak suruh dia minum banyak air supaya hangat demam tu cepat habis. Tapikan tengahari Jumaat tu, dia datang kat saya dan bagitau kat tepi pehanya ada bintik2. Saya tergerak nak tengok bintik2 tu..laaaa..dia kena demam cecair (chicken pox) rupanya..dan beberapa bintik lagi kat area badan yang lain. Siannya, dah nak dekat raya ni kena chicken pox pulak. Itu belum lagi bab berjangkit ngan adik beradik yang lain. Minggu depan ni dia ada final exam kat tadika dia pulak.

Dah namanya budak, memang selalu pesanlah kat dia supaya jangan usik2 bintik tu, jangan picit2, nanti jadi parut, kulit tak cantik. Saya buatlah perbandingan ngan diri saya yang tak de kesan parut chicken pox. Aiman pulak, asal rasa bintik kat tempat baru dia akan mengadu. Pada dia mcm dah banyak sangat dah. Walhal itu baru sikit aje, tak lebih 10 bintik pun. Saya cakap, nanti lagi banyak, satu badan. Pagi Sabtu ni, bintik2nya bertambah, kat area mulut bertambah ketara. Dia bagitau dah terpicit 2 bintik sebab gatal sangat. Hai..nak marah gak, tp fikirkan gatalnya tu, paham jugaklah. At last saya cakap kat dia, suka hati Aimanlah. Ayahnya dah bawa dia ke klinik, doktor dah siap pesan, lepas dua minggu ni kena bersiaplah kot2 adik ebradiknya yang lain berjangkit pula. Saya doa sangat2 janganlah ada yang kena esp. si kecil Alia tu..sian fikirkan gatal2 badan nanti. Terfikirkan raya nanti, Aiman ngan chicken poxnya satu badan..alahai, siannya Aiman. La ni dia duk galak mengira bintik2 chicken pox yang keluar..hai, sabor jeklah. hehe.

Teringat saya sendiri kena chicken pox masa form 4 dulu, 2 minggu cuti sekolah dan balik rumah (masa tu dah duduk hostel). Banyaknya bintik2 tu tok sah cakap, kat muka tu lagilah. Tapi syukur, saya jaga betul jari jemari ni jangan duk layan gatal chicken pox tu. Mmg jaga sungguh, pakai ubat sapu tu tebal2 tak tinggal. Saya banyakkan tidur dan rehat, jadi taklah fikir nak menggaru. Lepas dua minggu, saya pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. Balik ke hostel dan kembali ke sekolah. Nak tergelak saya bila sorang ex classmate tanya, ayatnya lebih kurang "eh..ko kata ko kena chicken pox, tak de pun kat muka.." hehe. Yang tanya tu classamte lelaki pulak tu. Memang susah nak percaya sebab bintik2 chicken pox tu hilang daripada muka saya, kecuali satu aje, itupun kecik sangat, sekali pandang memang tak nampak. Kat bahagian lain pun semua hilang. Kiranya saya beruntunglah. Inilah berkatnya jaga betul bintik2 chicken pox tu masa demam.

20 comments:

Anonymous said...

sib baik akak silap tgk jam...bie dh pecah rekod dah tak bersahur...hr khamis lps...mintak2 lps nie sentiasa terbangun utk bersahur...

psl chicken pox plak....2 minggu nk kawin bie kena chicken pox...kecuh satu family bila Bie kena serangan chicken pox...sib baik tk naik kat muka...klu tak taktahu laa nk ckp...

Kak Teapot said...

biaq kena chicken pox masa time budak jgn kena masa dah besaq...lagi sakit badan dibuatnya...

kasi taruk itu calamine lotion kat badan dia bnyk2...kurang sikit rasa nak menggaru.

sian..jgn sumer kantoi ngan chickenpox dah la, rayer tak lama lagi..hehe

ibuVouge said...

ala siannya aiman
cakap pasal offer buka puasa, ingat satu kes kat uah mak, orgny sihat walafiat. dtg kedai mak beli air kotak terus minum.. kak ciq terus sound' xnak puasa pun hormat la ramadhan +org berposa'terus kuar kedai tersipu sipu
aiman yg kecik pun tau syg nak bbuka.. mcm mcm org ni ..

Alinlai said...

kesian plak kat aiman...tak pi sekolah la dia minggu ni? wah lama dia cuti raya ke ke ke...

kasutVINCCI said...

kesian kat aiman. Tp plg lawak sampai saya gelak besar bab akak silap tgk jam tu. Huhuhu...seb baik tak miss sahur!;)

kasutVINCCI said...

siannya aiman. Harap dah ok sket. Plg lawak yg buat sy tergelak bab akak silap tgk jam tu. Huhuhuhu... haru btul, seb baik tak miss sahur. (awat kv dah publish komen td tapi kosong jek?)

zino said...

itu dah kira sahur dua kali tu hehe..

sama dengan anak kak lady kalau tak salah kena "gigit ayam" hehe semuga dia sempat sembuh sebelum raya ni..

cipthowiryawanchannel said...

naa kelam kabut di buat nya..sure laju sajo jantung berdegup..hehe..

Mummy Rizq said...

So syikin.. bila nak pecah rekod?? Hee.. hee.. MB pun setakat ni masih blom miss sahur. Hopefully jangan lah terbangun lambat..

So how's AIman? Masih memicit kerrr???

pB said...

PB jena chicken pox masa umur 17 tahun. Gatal memang gatal. Memang garu dan memang dikopek 'kuping'. Tapi PB kopek tempat yang tersembunyi dibadan jer (alasan tak pa sebab tak der org nampak). Kat muka memang jaga...

Kak PB harap aiman dah bertambah sihat..

Sastri said...

Sas penah terjaga kol 5.30... sudahnya minum milo jer...

Sas kena ciken pox masa Form 2... Ada satu parut kat bawah muka yg tak hilang nih... Harap2 Aiman tu cepat sembuh...

Kaklong Syikin said...

salam,

Bie: huhu sedihnya bie, akak pulak pagi ni termiss sahur. yg tak tahan tu sbb dah prepare semuanya, tinggal nak kejutkan suami n anak2, tiba2 terlena atas kerusi, sedar2 dah 5.45 pagi sabor jeklah..

sib baik tak naik kat muka biekan..kalau tak, tak tau camner nak cover muka tu.

Kak Honey: betul tu kak, cuma kesian duk dengar anak tu ngaduh gatal2..

nampaknya mmg tak berjalan rayalah kak.

IV: na'udzubillah, jgnlah kita n keturunan kita sampai tak malu camtu

Alinlai: mmg terus cuti sampai rayalah jawabnya Alin, ni tgh galak naik bintik2 tu kat badan dia. tak beraya mmg dah..

KV:huhu..kv, pagi ni baru betul akak termiss sahur. storynya kat jwpan akak utk komen Bie (atas sekali) . aiman tu pulak, tgh galak naik bintik2nya tu.

bro. zino: ha ah, dua kali sahur tu hehe.

harap2nya sembuh betullah bila raya nanti, cuma bintik2 tulah lmbt ilang.

ais_putih: dik, mmg dah time tu..

MB: huhu..dah pecah rekod. pagi ni. citernya kat saya jawab komen bie (atas sekali)

duk menggaru aje si Aiman tu, smlmlah teruk sangat gatalnya, taruk ubat sapu pun masih tak menghalang rasa gatal2 tu.sian plak.

Kak PB: demam dia dah ok kak, tp bintik2 dia tgh galak naik..

Zareda Norman said...

kesian aiman, kena chicken pox ler plak.. ingat lagi hubby ngan anak dara zar masa tu belum setahun lagi kena chicken pox masa nak raya haji.. eksian dia.. muka berbintik.. dah ler anak dara tu putih.

Tapi sekarang dah macam macam krim bleh hilangkan parut tu.. hubby pun tak berparut padahal kat muka dia dulu penuh dengan bintik

Anonymous said...

Jeles ngan org yg belum pecah rekod tak bangun sahur nie...den dah miss sekali & lagi skali makan cam lipas kudung..he..he.he..

Banyak sangat terdengar kisah anak kena CP dekat2 nak raya nie...

aNIe said...

Hehehe...seb baik tak jadi mcm kak lady ye...terlepas sahur...

Kesian kat aiman...Chicken pox anak kak lady dah berkurangan ...alhamdulillah...tapi nasib baik dia tak demam...

Syikin...chicken pox tu kalau nak cepat kecut kawan kak lady kata sapukan dengan soda bicarbonate...buat macam krim...campur sikit air...sapukan...insyaallah cepat kering & tak bertanda...

Kaklong Syikin said...

Salam,

Zareda: la hai..lagi kesian ika sbb lum setahun lagi tu..

Nbk & K.Lady: ala..kita dah serilah..sbb pagi ni mmg real terlepas sahur, bukan sbb terlewat, tp sbb dah siap semuanya, tinggal nak kejut suami n anak aje, p rehat jap kat kerusi, tiba2 terlelap..jaga2 dah 5.45 pagi..kan haru tu..

kak, tq ya bagi petua tu..
wah..boleh beraya sakanlah si fareez tu nanti..

Pnut said...

najmi pun demam, sian budak-budak ni kalau demam, seharian tak makan, minum pun sikit je...
penat melayan...

najmi dah kena chicken pox masa umur 4 tahun, harap lps ni tak der kena dah le..

RaFFLeSiA MeRaH said...

muehehehe...silap tgk jam ekk? bukanlah salah jam, salah mata la tu no...takperlaa, janji sempat lagi mkn...tapi gelabah tu rasa penat jer kan...hehehehe

chicken pox yer?? petua org tua jgn mkn kicap, nanti parut tu nampak itam jerk...

blackpurple @ jowopinter said...

Kesian kalau tengok budak-budak kena chic pox...tapi ok la juga kena masa budak2.... kalau kena masa dah tua lagi la haru....kan..

Anonymous said...

Yeyyy...berjaya SERI akhirnya..he..he.he..