Friday, June 30, 2006

Laporan

Salam. Hmm..akhirnya dpt jugak saya menaip entri ni. Banyak sangat halangannya dalam dua hari ni, paling utama kepenatan. Sebab saya penat? Dah abih baca citer kat bawah ni, baru tau nanti :) .

Khamis

3 pagi lebih - betul2 dpt lelapkan mata sebab Alia & Huda baru dpt tidur (mana energy depa dpt pun tak taulah). Sebelum tu pun buat correction tesis yang tak abih2.

6 pagi lbh - terjaga. Terdengar suara Aiman menangis kat bilik sebelah ( pintu bilik kami n anak2 memang tak tutup). Rupanya dia start demam & sakit perut katanya. Panas sungguh. Husna aje p sekolah, Aiman pulak saya pontengkan. Bagi dia ubat demam yang ada. Called cikgu tadika dia bagitau Aiman demam.

9 pagi - Lepas bersiap gitu gini, kami hantar Aiman, Huda & Alia k rumah mak di Selayang.

9. 30 pagi lbh kurang - saya tiba di kampus. suami yang tolong hantarkan. Masuk lib. untuk sambung wat correction, guna handwriting aje. Amat menyeksakan sebab tulisan tgn saya buruk sbnrnya, kena tulis satu-satu. Syukur dapat siapkan. Nape tak siapkan awal2? Entah nape, mood saya nak concentrate 100% tak de, nak buat ayat mcm tak keluar. adatlah dah last minit ni mmg laju jer mood tu keluar. Bukan banyak pun, sikit aje, cumanya kena bukak buku rujukan balik tu yg mempengaruhi mood agaknya.

11.30 - 12.30 tgh lbh kurang - sesi discussion ngan Dr. X. Alhamdulillah, Dr. X dah suruh taip semula semuanya n buat english editing pulak. Best tau discussion kami, siap blh share ilmu n idea lagi. Boleh gelak2 lagi. Tapi kalau Dr. X tu lelaki, tak delah blh friendly camtu sekali. Sempat dia tanya saya, samaada saya takut lagi ngan dia atau tidak. saya jawablah tidak, tak sabar lagi adalah, hahaha.

12. 30 ke atas - 1.20 tgh- lebh kurang - masuk lib. balik. Cari bahan rujukan utk pengesahan footnote. Then...masa yang ditunggu2 tiba. Saya nak berjumpa ngan sorang mama blogger kita, Puan Nik Ha (Nick Hakimie's - ada kat sidebar saya tu :).

Kami berjumpa di tngkt. 4 lib. sebab dia ada kursus kat situ. Berdebor weh. Akhirnya bertemu jugak kami. Kelakor rasanya. Alahai, soft spokennya dia...malu saya. Saya ni jenis bersuara besar dan style kasor pulak tu. Dia pulak lembut jer gayanya, pemalu tapi ramah. Tak rupa gaya mak orang, mcm student U jer lagi. padanlah pernah kena ngorat lagi..heheh, jgn marah ya Ha. berbual kami kejap. Tak leh lelama, frust gak sebab ingat nak ajak dia minum. Tapi wrong timing sebab masa tu pun dia tgh time rehat, makan pun tak sempat lagi. Lepas tu nak sambung kursus balik. Tak pelah, at least dah jumpa dia . Puas hati.

Tapi, saya keluar makan pulak ngan ditemani sorang lagi puan blogger kita, Cik Bie (Nuradawiah- baru saya masukkan nama dia dalam sidebar). Hehe..sian cik Bie layan saya makan, dia tak mo makan sebab dah makan awal2. Minum jus jer dia. Oh ya, masa kat cafe tu, terserempak ngan senior lama masa undergraduate dulu. Isteri dia ex roommate saya masa kat matriks. Baru blk abih buat phd kat oversea. Bestnya. Oh ya, masa ni dah terasa2 penat tak cukup tidur tu mula keluar.

2 ptg lbh kurang - 4 ptg lbh kurang - p solat zohor. Cik Bie dah masuk ofis balik. Kemudian saya p salon kat dlm kampus tu. Then, tunggu cik abe dtg amik. Masa ni ngantuk yang amat. Bila suami ambil, terus ke sekolah Husna.

5 ptg lebih kurang - tiba rumah mak. Rasa letih bertambah, nak tidur sangat. Tapi ditahan2 jugak.

7 ptg lbh kurang - 8 mlm - kami balik cepat sebab nak ke klinik. Demam Aiman tak kebah lagi. Cirit birit pulak tu. Sian dia mengadu sakit perut. Alia pun kena nebulizer gak. Sebab hari Rabu tak semena2 dia kena serentak batuk berkahak + selsema. Bagi ubat n madu, tak kurang pulak. Tak boleh buat apa dah. Dr. check, kena wat neb. sebab mula bunyi sikit.

8.15 mlm lbh kurang - 1 pagi lbh - Aduh..tengok rumah, penat bertambah. Ikutkan hati nak tidur terus lepas solat. Mimpilah kalau beranak ramai ni, pas tu tak de maid pulak. Masak bubur sebab dr. suruh aiman makan bubur. Kemas rumah. Sian kat suami kena keluar kerja balik, ada orang mintak tolong typesetting jawi. Cuba gak nak buat entri, tapi tak leh. Kepenatan mengatasi segalanyanya. Jawab komen orang jer. Jenguk gak satu dua blog, tapi rasanya takat tengok jer, tak tinggal komen. Loteh mak..


Jumaat

11 pagi lbh kurang - mak & maksu (adik bongsu saya) datang rmh, sebab maksu nak tumpang bertenet kejap. Rumah mak tak de line internet lagi, pc mak andak (adik k 4) pulak rosak. heh, budak kecik tu dah pandai blogging dah...tapi baru ajelah, tak sampai 3 minggu pun lagi :). Penat saya yang semalam pulak tak abih lagi. Pukul 10 pagi lebih tu try lelapkan mata kejap, tapi tak mo pulak. Yelah, sementara Huda & Alia tak bangun lagi. Oh ya, Aiman masih cuti lagi.

3 ptg lebih - saya, anak2, mak & maksu ambil Husna di sekolah. Suami tak sempat nak ambil, kebetulan mak ada, syukurlah dia boleh tolong. Maksu tak biasa bawak keta kat jalan2 besor lagi.Kalau mak tak dpt nak ambil tadi, rushing gak suami nak balik amik Husna. Belum campur jammed lagi tu. Lepas tu, kami singgah supermarket, anak2 sibuk nak nutrigenlah, laparlah. Kebetulan mak pun nak beli barang, kami masuklah kejap. Lepas mak hantar kami, terus dia & mak su balik, sebab nak singgah kedai peralatan jahitan pulak.

6 ptg - suami dah tiba rumah. Saya pulak yang daripada cuba tahan penat yg teramat sangat2 tu (Penat hari Khamis + Jumaat) akhirnya surrender. Saya bawak tidur. tak elok sebenarnya. Tapi badan n mata tu tak tahan dah.

Hampir 7 ptg - saya terjaga. Lepas solat maghrib, bermula semula kerja2 rumah mana yang tak sudah. Lega sikit badan sbb dpt berehat tanpa gangguan anak2 tadi, terutama Alia yg saya tidurkan dalam buaian. Oh ya, Husna pulak demam. Bagi dia makan ubat demam Aiman. Aiman pulak dah kebah sejak tengahari tadi. Suami keluar bekerja semula. Gitu gini, barulah saya dapat menaip entri ni. Tapi penuh dengan gangguan anak2, siapa yang ada anak2 tu fahamlah :). Dah hilang penat saya? Jawapannya BELUM lagi ;).

Monday, June 26, 2006

Husna Fathiyyah : Selamat Hari Jadi Sayang

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Husna
Happy birthday to you...

26 Jun 2006 yang baru lepas ni adalah hari jadi kakak yang ke 7. Maaflah ummi lambat buat entri birthday ni untuk kakak.

Doa ummi semoga kakak jadi anak yang solehah, contoh yang baik kepada adik2, pelajar yang cemerlang, murah rezeki, sihat sentiasa, berjaya dalam karier, mendapat jodoh yang blh memberi kebahagiaan kepada kakak dunia dan akhirat, dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sejak baby, kakak seorang yang berani.Tak takut dengan orang asing. Sesiapa pun boleh dukung kakak tanpa risau kakak akan menangis. Ummi ingat lagi, kakak diam aje bila kena dukung ngan salesgirl India semasa kita p shopping complex masa kakak tak sampai setahun lagi. Mata kakak yang bulat dan besar tu memang menarik perhatian ramai orang. First orang jumpa mesti cakap, eh..besarnya mata dia. Bab kakak berani ni memang menakutkan ummi sebab pantang orang depa tangan nak dukung, cepat2 kakak sambut. Ummi takut kakak kena culik, huhu.

Bila dah besar ni, memang terserlah keberanian kakak. Kakak confident jer bila berada depan public, bahkan berani bercakap dengan orang tak dikenali kalau mereka menegur kakak.

Kakak seorang kakak yang penyayang tapi tegas dan kadang2 garang. Ummi harap kakak akan jadi contoh ikutan yang baik pada adik2 ya, daripada semua segi. Memang itu tanggungjawab kakak sebagai seorang anak yang sulung.

Lagi satu, kakak juga suka tolong ummi, cumanya tak semua benda yang ummi boleh benarkan tolong, terutama buat minuman panas sebab takut kakak tak pandai handle bekas air panas dengan baik. Syukur sekarang ni bila dah ke tadika dan sekolah, kakak dah pandai kemas bilik sendiri, lipat kain baju, tolong adik2 apa yang patut terutama suapkan makan minum adik. Sekurang2nya kakak berdikari dalam banyak perkara. Ummi ingat lagi beberapa bulan lepas, ada sekali tu ummi demam, tak larat nak bangun. Ayah pulak tak de kat rumah. Bila ummi bangun tu, ummi terkejut sebab tengok kakak dan Aiman dah siap buatkan air teh satu teko..tapi menggunakan air sejuk, sebab takut nak gunakan air panas. Ummi memang tak boleh nak marah, sebab ummi tau korang nak minum air feveret korang, cumanya korang tak mahu kejutkan ummi yang tak sihat. Sebak ummi dibuatnya, tapi ummi bangga sebab korang tau berdikari dah, tak de terjerit terpekik nak itu ini masa ummi tak sihat. Terima kasih banyak2.

Bila kakak mula pandai membaca masa 4 thn lebih, ummi rasa syukur sangat sebab kakak suka dengan buku2, tetapi ummi dan ayah tak sangka yang kakak jadi obses dengan buku. Masa kakak mula minat membaca seawal 4 tahun tu, kakak suka paksa ummi ajar kakak, tapi ada masanya ummi tak dapat nak ajar sebab ummi tengah buat kerja rumah atau ummi penat sangat, tak de mood nak mengajar, kakak akan bising dan cakap "ummi tak mau kakak pandai ke?". Aduh..sabor jeklah. Bila kakak betul2 lancar membaca pula, jadi masalah besar pada ummi dah ayah sebab kakak akan membaca tak kira waktu hatta jam 2 pagi lebih pun kakak akan membaca, bila disuruh tidur kakak merajuk. Kalau kakak tak boleh tidur, kadang2 kakak curi membaca dalam gelap. Memang ummi dan ayah larang sebab takut nanti mata kakak cepat rabun. Lagi satu, cara kakak tekun membaca tu macam orang nak exam esoknya. Siapalah tak risau. Pernah ummi suruh kakak berhenti membaca sebab dah tengah malam, kakak boleh jawab kakak takut tak cukup ilmu nanti. adei...tak terjawab ummi.

Bila kakak dah pandai membaca, kakak suka baca paper, buku ensaiklopedia maksu, dan bahan2 bacaan berat. Yang best tu, masa 5 thn lebih kakak dah pandai membaca sarikata rancangan2 tv. Bila ummi tak tengok citer feveret ummi, nanti kakaklah yg citer kat ummi apa yang kakak tengok tu sebab kakak dah faham jalan cerita dengna membaca sarikata bahasa tu.. Kalau ummi tak mo tengok citer, tapi kakak paksa dan ummi tak mau jugak, kakak pandai warning ummi yg kakak tak mo citer kat ummi perjalanan citer tu..konon merajuklah. hehe. sabor jelah. Dek kerana kakak suka sangat baca ensaiklopedia, kakak akan citer balik ngan ummi dan ayah apa yang kakak baca, dan tanya apa yang kakak tak faham..biasanya ummi memang tak dpt jawab sebab itu semua fakta. hehe anak lebih pandai drp emak. Sejak tu, kalau kakak ceritakan sesuatu perkara pada ummi dan ayah, ummi tak boleh nak kata kakak tipu, tapi ummi kena tanya dulu, kakak tau drp mana?, bila kakak kata drp buku maksu (ensaiklopedia maksu), ummi tak boleh nak kata apalah. Itu belum lagi macam2 majalah kanak2 yang kakak baca, bahkan majalah2 utk wanita pun kakak suka baca. Apa lagi yang boleh ummi katakan? kakak dah jadi ulat buku!! ummi pun tak macam kakak. Kesannya juga pemikiran kakak nampak lebih matang.


Dek kerana kakak minat membacalah, ia mempengaruhi cita2 kakak. Kakak ingat tak antara buku ensaiklopedia yang kakak baca masa kakak 4 thn lebih tu, pasal angkasa lepas dan ia ceritakan pasal pekerjaan angkasawan. Dah kakak kata kakak nak jadi angkasawan, bila ummi kata kakak kena besar dan belajar dulu sampai universiti, kakak suka sangat, tapi lepas tu kakak menangis2 sebab kakak marah kenapa kakak tak besar2 sebab kakak nak jadi angkasawan. Sabor jelah, penat ummi pujuk kakak , tapi tak jalan..at last kakak diam sendiri. Yang kelakor tu, lepas seminggu, bila kakak tengok citer power rangers, kakak bagitau ummi nak keje jadi power rangers pulak. hehe..terpaksalah ummi bagitau yg citer power rangers tu tipu aje, mana ada keje power rangers sebenarnya. Awal tahun ni pulak, bila keluar pasal Malaysia akan ada bakal angkasawan, tiba2 kakak bagitau ummi kakak tak mo jadi angkasawanlah sebabnya jauh sangat, nanti macamana nak balik ke rumah..aduih, tersengih ummi dengar sebab kakak tu. Beberapa minggu lepas tu pulak, kakak bagitau kakak nak jadi saintis. Hmm..besornya semua cita2 anak ummi ni. Tak apa, ummi doakan ia makbul yang penting kakak mesti cemerlang dalam pelajaran.

Alhamdulillah, mid term exam baru2 ni kakak berjaya dngn cemerlang, bukan takat dalam kelas bahkan keseluruhan sekali. Memang ummi rasa gembira dan bangga sangat. Menitik air mata ummi dengan kejayaan kakak. Ummi ni tak berapa pandai, jadi bila kakak jd pelajar yang cemerlang, ummi rasa itu rezeki yang Allah bagi pada ummi dan ayah. Tapi kakak, ini masih awal lagi, perjalanan kakak masih jauh dalam bidang pelajaran. Doa ummi semoga kakak sentiasa konsisten dengan kecemerlangan kakak. Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Lagi satu, ummi nak kakak jangan berlagak dengan kawan2 terutama mereka yang kurang cemerlang, mesti merendah diri. kalau mereka tanya kakak apa yang mereka tak faham, kakak ajarlah, tapi kalau kakak tak tahu, kakak beritahu mereka yg kakak tak tahu. Cuma satu aje, ummi dan ayah tak mahu manjakan kakak dengan pelbagai hadiah mewah, sebabnya ummi takut nanti kakak belajar sebab nak dpt hadiah semata, bukan sebab ia tanggungjawab kakak sebagai pelajar. InsyaAllah, ada hadiah tapi tak mahal, cuma masanya tak tau bila. Jgn tensyen bila kakak tgk kawan kakak dpt hadiah mewah ya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ok.

Kakak, ummikan selalu pesan kakak dengan ayat2 ni " Kalau muka kita cantik sangat, kalau kita bijak sangat, tapi kalau perangai buruk, tiada gunanya". Ummi nak kakak ingat pesanan ummi ni sampai mati, jagalah akhlak kakak di mana saja kakak berada, sebab itu yang orang sanjung tinggi. Ummi tau kakak akan baca entri ni sebab kakak pembaca setia blog ummi biarpun kakak tak pernah tinggalkan komen, sebab ummi tak ajar...hehe. Nanti, tiba masanya ummi akan ajar kakak buat blog sendiri. Bila? akan tiba masanya juga. Tunggu...

Ummi nak kakak tau yang ummi sayang sangat dengan kakak. Kalau ummi ada marah dan tegur kakak or angkat tangan kat kakak bukan sebab ummi tak sayang, tapi sebab ummi nak kakak sedar akan kesilapan dan kesalahan kakak terutama kesilapan yang berulang kali kakak lakukan. Ummi mana yang tak sayangkan anak. Cumanya satu yang ummi ralat, kakak kecik2 dah ada adik ramai, jadi ummi tak boleh nak fokus pada kakak sorang, tapi itu tak bermakna ummi tak sayangkan kakak tau. Ummi selalu doakan yang terbaik untuk kakak. Kakak sendiri kena banyak berdoa untuk kebaikan diri kakak. Yang ummi minta, kakak kekal jadi hamba Allah yang solehah, anak yang baik, kakak yang baik, dan cemerlang dalam pelajaran, kerana itu tanggungjawab utama kakak sekarang.

p.s. Banyak kali saya cuba upload gambar2 Husna yang terkini, tapi tak boleh pula. Gambar2 di atas tu semasa Husna berusia lingkungan 4 tahun kalau tak salahnya.

Saturday, June 24, 2006

Jumpa Dr. X

Terima kasih di atas semua ucapan birthday dan doa untuk Huda. Amin...moga semuanya dimakbulkan. Begitu juga dengan doa untuk tesis saya, terima kasih sekali lagi. Tentang Huda nangis atas slide tu sebabnya dia nak naik ikut slide tu, bukannya panjat tangga :).
...............................................................................

Pagi Jumaat semalam, lebih kurang 10.35 pagi meeting pertama saya ngan DR. X berjalan lancar. Saya terlewat 5 minit sebenarnya, sebab berlaku adegan pujuk memujuk Huda yang menangis2 nak ikut saya ke kampus, terpaksa saya keraskan hati ngan tangisan dia. Yelah, dia jarang sangat kena tinggalkan, tu yang sekali sekala kena tinggal dia takut sangat agaknya. Yang terbalik tu, Alia cool aje masa pak udanya (adik saya) dukung. Kesian kat maksu (adik bongsu saya) kena pujuk dia. Mak saya tak de, masih berada di Sabah.

Alhamdulillah, discussion kami berjalan lancar. Tempoh 1 jam memang betul2 terisi dengan perbincangan kami. InsyaAllah, kami akan meeting lagi minggu hadapan. Seronok discuss ngan dia :).

Selepas discussion, tergerak nak contact maksu utk tau perkembangan Huda n Alia. Syukur Huda tak menangis lama, cuma yang buat saya kecut sikit tu, tali buaian Alia terputus masa dia tengah tidur, apalagi...jatuh ke lantai, syukur tak de apa2. Yang penting Alia tak muntah lepas tu. Kata maksu, tali buai pengikat tu dah reput rupanya. Aduh..camnerlah saya boleh tak perasan, sebab buaian tu memang saya bawak siap2 drp rumah. Yang saya pulak terlupa nak pesan pada maksu supaya letakkan bawah buaian tu tilam or kusyen bantal. Maksu pun terlupa jugak nak buat camtu, biasa dia memang letakkan kusyen bawah buaian tu.

Saya nak pergi library lepas tu, tapi pergi makan dulu kat cafe kulliyyah. Laparlah. Saya pekena nasi ayam yang sedap tu. Selesai makan, jam dah 12 suku lebih, baru teringat masa ni library dah tutup dan buka selepas waktu jumaat. Saya pun yang sedia menahan ngantuk dan letih disebabkan tidur lewat malam kelmarinnya dek kerana Huda dan Alia tidur jam 3 pagi lebih, bercadang nak pergi ke masjid kampus, lepak kat situ. Tapi, sebelum tu saya p ronda2 kat area cafe, stall dan mini market di area bawah masjid.. Dah lama tak window shopping kat situ. Beli apa yang patut, saya bergerak ke masjid. Punyalah letih rasa badan sampai terlelap hingga selesai waktu solat jumaat.

Terjaga tu, saya bersiap pulak nak ke library. Tapi tak terus cari bahan bacaan yang nak dicari, sebaliknya saya p cari sorang rakan blogger yang low profile (link dia pun tak de kat sidebar ni :) kat ofis library tu. Hehe...berdebar gak rasanya, sebab ni main terjah jer. Lagi satu, takut dia tak de kat situ. Tapi rezeki nak jumpa rupanya, dapatlah jumpa cik Bie kita. Tak sangka dia pun salah seorang officer rupanya..betuikan cik Bie ??? Punyalah dia terkejut sebab tak sangka saya mencari dia. yang saya pulak siap suruh dia meneka siapa saya..bila bagi clue sikit baru dia boleh agak siapa saya hehe. Cik Bie kita ni ramah orangnya..tengok rupa cam bukan isteri orang pun :), macam student jer lagi hehe (jgn kembang sangat cik bie, nanti patah kerusi tau. ihiks). Berborak kejap dalam 10 minit, kami berpisah. Saya nak cari bahan sikit, tapi taklah urgent mana pun. Duk baru belek2 buku kat rak, suami called, dia dah nak sampai rupanya. Saya pun baru teringat, rupanya Husna keluar jam 3.10 petang, masa tu dah nak jam 3. Terpaksalah saya lupakan buku tu dulu. Terus keluar tunggu suami kat tempat yg dijanjikan.

Kami ambil Husna dan kemudian Aiman di tadikanya. Terus kami pergi ke rumah mak saya untuk mengambil Alia dan Huda. Lepak kat sana, siap masak bagai, lewat petang baru balik rumah. Ponek eiyy. nak wat entri baru tak larat, tp jengah blog kengkawan dan belajar buat slide show (tu yg ada gambar slide kat bawah tu..asalnya try n error dah jadi pulak..bantai ajelah). Nak tidur cepat tak boleh sebab Alia jer masih berjaga, Huda dah hanyut dah. Dan jam 2 pagi lebih baru buleh tiduq..adeii.

I created a Slide Show! Check it out!

Wednesday, June 21, 2006

Huda Nasriyyah: Selamat Hari Jadi Sayang



Happy birthday Huda
Happy birthday Huda
Happy birthday to you, my love

Hari ni, 21 Jun 2006, genap usia Huda Nasriyyah 3 tahun. Anak ke 3 tetapi tarikh lahirnya yang terawal antara 4 beradik. Ummi doakan Huda menjadi anak yang bijak, solehah, murah rezeki, sihat sentiasa, mendapat jodoh yang boleh memberikan kebahagiaan pada Huda dunia dan akhirat, dan berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sorry ya, ummi tak sediakan kek untuk Huda. Next time ya, insyaAllah. Ummi kalut semacam jer ni (tesisla..apalagi hehe). Ummi nak Huda tau yang ummi bangga dengan Huda sekarang. Huda dah pandai bercakap penuh walaupun sesekali terkeluar pelat sana sini. Ummi tau Huda nak sangat pergi sekolah sampaikan Huda selalu berimaginasi Huda dah bersekolah; "Ummi..sekolah uda ada buku, pensil", ummi, cikgu uda ada", "ummi, sekolah uda ada masak-masak" dan macam2 lagi ayat Huda tentang sekolah. Tapi, Huda kecik lagi, tak sampai hati ummi nak hantar ke sekolah, lagipun ummi tak kerja. Nantilah ya, bila Huda dah 5 tahun nanti ummi hantar, insyaAllah.


Ummi suka sangat bukan semata2 Huda suka tengok kartun Astro (channel 63 feveretnya), tapi Huda betul2 jadikan ia sebagai guru bahasa inggeris Huda. Terkejut ummi bila dengar Huda cakap good night, no, yes, what dis (what is this), fish, pleash mommy (please mummy), mom, oklah mommy, dan lain2 lain yang ummi tak ingat, dan sekarang perkataan feveret Huda, naughty...naughty..naughty (siap berirama lagi bunyinya dan menggaya jari telunjuk sambil bercakap). Ummi gembira sebab Huda ambil inisiatif sendiri untuk bercakap bahasa inggeris dengan ummi biarpun ummi tak ajar Huda.

Ummi pun gembira sebab Huda makin bertambah berdikari, hatta pakai baju sendiri, makan tak mau bersuap, dan mahu menolong ummi. Sorrylah kalau ummi larang Huda basuh pinggan sebab Huda kecik lagi, dahlah terpaksa berdiri atas kerusi kat sinki tu. Ari tu sampai penuh sinki sebab Huda tak pandai nak bersihkan tapisan sinki tu. Kadang2 tu, ummi tersengih sendiri bila tengok Huda tolong buai adik Alia sambil berzikir La ilaha Illallah (2x) sambil duduk, macam orang tua gayanya. Itu belum lagi bila Huda tunjukkan aksi solat, sejuk hati ummi tengok Huda macam tu. Dah baligh nanti, jangan tinggal solat ya. Cuma yang tak best tu, time ummi solat, Huda suka kacau ummi..menyorok bawah telekung ummilah, peluk kaki ummilah, tepuk2 badan ummilah...tak concentrate I, you...

Apapun, ummi harap Huda pandai mengalah dengan adik, abang dan kakak sebab ummi tak mahu Huda terbawak2 sifat keras hati tu sampai besar. Huda sayang ummikan...Huda tak mau ummi marahkan. Ummi harap juga Huda akan cepat2 berhenti suka nangis kuat2 dan terjerit2 bila tak puas hati, takut Huda sakit tekak nanti. Kurangkan suka berebut dengan adik Alia ya. Yang ummi ketawa tu, pandai pulak Huda kata nak pinjam kakak / abang / alia punya...

Ummi nak Huda tau yang ummi, ayah, kakak, abang dan adik sayangkan Huda. Kalau ummi atau ayah marah Huda bukan maknanya kami tak sayang, pasal kami sayanglah maka Huda kami tegur, bila ummi dan ayah tegur cara baik Huda tak mo dengar, tu yang kami marah. Huda satu jer kat dunia ni hak ummi dan ayah, tiada dua tiganya, tak boleh dibeli di mana2 kedai. Ummi harap Huda tau menjaga diri sendiri, tau menghormati diri sendiri dan tau menyayangi diri sendiri sebab Huda akan selamat insyaAllah, dunia dan akhirat. Ummi sayang Huda....muah...muah...


p.s. Kepada semua bloggers yang datang dan meninggalkan komen, terima kasih banyak2. Mohon maaf sangat2 tak dpt nak balas komen2 di bawah dan membalas ziarah blog anda. InsyaAllah, siap pembetulan tesis saya ni..saya akan datang ke blog anda, except saya lenguh sangat ngadap tesis, akan saya jenguk anda juga nak hilangkan tensen..hehe.

Tuesday, June 20, 2006

Part 2 : Sambungan

23 Jun 92 (Selasa)

Awal pagi - emak, dan ahli keluarga yang lain telah pergi ke hospital Klang untuk menuntut jenazah ayah. Saya dan adik2 menunggu di rumah pak ngah.

Tengahari - pakngah balik dan tergesa2 dia menyuruh kami bersedia untuk balik ke kampung masa tu juga sebab jenazah ayah dalam perjalanan pulang ke kampung N9. Emak dan suami bibik naik kereta jenazah. Yang lain2 ikut dengan kereta masing2. Masa pakngah suruh berkemas tulah saya rasa badan saya jadi lembik tak bermaya. Lutut ni rasa lemah nak bergerak. Masa tu saya faham makna lutut lemah longlai tak bermaya. Saya rasa macam mengheret jer kaki ni masa nak masuk ke dalam van pakngah. Tak percaya rasanya selepas ayah dikebumikan nanti, kami takkan jumpa ayah lagi dah.

Saya duduk di belakang tempat duduk pemandu, tak semena2 saya terpandang muka pakngah melalui cermin hadapan, pak ngah menangis rupanya. Dia menutup mulutnya cuba menahan tangis. Makngah genggam erat tangan pakngah. Agaknya pakngah sedih sebab dalam van tu anak2 saudara dia dah bergelar anak yatim terutama adik2 saya yg kecil2 lagi tu. Saya yang awalnya tak menangis, terus menangis sama bila tengok pakngah.. Ikutkan saya ni masih dalam suasana terkejut. jadi, tak delah nak menangis sepanjang masa. Bila saya teringat ayah jer, baru menangis.

Kami semua tiba di kampung sebelum azan asar kalau tak salah. Kesian melihat adik beradik ayah(mak-mak sedara) dan mak ayah (dah arwah dah) menangis melihat jenazah ayah. Jenazah ayah disolatkan sekali lagi di masjid kampung ayah sebelum dibawa ke kubur. Masa di kubur, saya berdiri tidak jauh drp kereta jenazah, tapi terhalang untuk menghampiri sebab ramai yang nak tengok jenazah ayah daripada dekat. Tak lama kemudian masing2 memanggil saya, untuk melihat jenazah kali terakhir yang kerandanya telah diturunkan ke atas jalan. Tapi apakan daya, kami hanya melihat sekujur tubuh yang berkapan dan dibungkus dengan plastik putih. Anak2 ayah tak berpeluang untuk mencium ayah buat kali terakhir. Kami tidak dibenarkan membuka kain kapan lagi. Bahkan masa di masjid tu pun tak dibenarkan buka. Untuk membuka plastik bag tu pun tidak dibenarkan melainkan di dalam liang lahad nanti. Cuma saya perasan jenazah ayah nampak besar, yelah, dua hari terapung di lautan, faham2 ajelah. Saya hanya memandang sedih jenazah ayah. anehnya, tanpa air mata..kering rasanya masa tu.

Semasa jenazah dikebumikan, secara kebetulan saya, adik k 2 iaitu K.N dan adik k 3, K.L, berdiri bersama2 memandang ke arah kubur melihat kerja2 pengkebumian. Tiba2 seorang lelaki datang menghampiri kami, dia bertanyakan samaada kami ni anak2 ayah ke..bila kami mengiyakan, dia memperkenalkan diri dia sbg salah seorang majikan ayah. Sempat dia berpesan pada kami, meminta kami mengingati ayah macamana yang kami kenal ayah masa hidup, macam tulah jasad ayah semasa dia mati. Saya tahu kata2 dia hanya untuk menyedapkan hati saja. tak mengapalah.

Selesai bacaan talkin, kami semua bersurai. Masa nilah saya melihat mak buat kali pertama menangis teresak2 di tepi kubur ayah, memang sebelum ni dia tahan sangat diri dia tak mahu menangis macam tu. Dah tiba masanya perpisahan abadi. Sedih sangat masa tu.Kesian saya tengok mak. Hinggakan seorang dua adik beradik lelaki mak memaut badan mak suruh bangun.

Malam tu, selesai tahlil utk ayah, saya terpaksa balik ke KL untuk menguruskan kemasukan ke pusat matrikulasi. Saya hanya ada masa seminggu lebih sahaja untuk menguruskan semuanya sebelum tarikh kemasukan. Mak dan semua adik tinggal di kampung dalam 2 atau 3 hari. Menangis saya memeluk mak masa nak ikut pakngah dan paklang balik ke KL, tapi mak tabah orangnya, dia suruh saya kuat dan balik jer KL uruskan apa yang patut. Di KL, saya terpaksa kuatkan semangat menguruskan penerimaan tawaran kemasukan di kampus induk terlebih dahulu. Terhutang budi saya dengan pakngah dan paklang sekeluarga di atas bantuan mereka membantu saya. Tapi yang pasti, saya mengalami trauma agaknya. Saya takut sangat nak masuk KL dalam masa sibuk berulang alik menguruskan pendaftaran saya, sebab bimbang akan berlaku letupan besar lagi seperti mana yang berlaku di tempat kerja ayah tu (Shell Port Klang ). Lagi satu, saya tak boleh tengok berita tentang kebakaran tu yang diulang siar di siaran berita tv sebab tak semena2 saya akan merasa sesak dada yang amat. Paklang saya (arwah dah) sempat berpesan supaya kuat semangat, kalau tak macamana adik2 saya nak kuat juga.

Semasa hari pendaftaran di pusat matrikulasi, mak, pakngah suami isteri dan paklang suami isteri menghantar saya, termasuk seorang sahabat baik yg menumpang sama utk pendaftaran. Masa mereka nak pulang, selesai bersalaman dengan mak dan yang lain2, tiba giliran pakngah, dia memeluk saya erat dan berbisik perlahan, syikin belajar sungguh2. ayah dah tak de. Saya tersentak. Sedih. Terlupa yang ayah dah meninggal sebenarnya. Sungguh saya masih tak dapat menerima hakikat yang saya dah tiada ayah lagi.

Syukur sepanjang minggu orientasi tu saya dapat menjalaninya dengan baik, biarpun kesedihan tu tak dapat dielakkan. Tapi, ada sekali tu saya tak boleh lupa semasa sesi perkenalan anak2 PERMAS di musolla asrama kami selepas tamat minggu orientasi. Hanya siswi aje masa tu. Masing2 memperkenalkan latar belakang, termasuk parents dan adik beradik. Tiba giliran saya, masa menyebut pasal ayah, saya tak boleh kawal emosi sedih yang saya pendam selama seminggu tu, hampir separuh menjerit bercampur tangisan saya memberitahu ayah meninggal dalam kemalangan tu. Semua yang kat dalam tu pun menangis sama. Sebenarnya mereka dah tahu awal lagi akan hal saya cumanya mereka tak berani bertanya bimbang emosi saya terusik. Yang pasti, lepas menangis sekuat hati tu hati saya rasa lega sangat sebab dapat meluahkan perasaan yang ditahan2.

Kami sekeluarga mengambil masa bertahun untuk belajar menerima ketiadaan ayah. Awal2 kematian ayah, saya tak terasa sangat akan kehilangan ayah lagi sebab sejak tingkatan 4 saya duduk di asrama dan hanya pulang sebulan sekali. Mak dan adik2 di rumah pun begitu, sebab ayah keluar awal pagi dan pulang malam. Jadi, sebulan dua tu tak terasa sangat kehilangannya. Tapi, perasaan kehilangan tu beransur2 datang bila kami rasa lama sangat tak berjumpa ayah, hinggakan sebut jer perkataan ayah, air mata dah mengalir. Rindu sangat. Macam saya sendiri, saya mengambil masa 2 thn untuk menerima hakikat saya dah kematian ayah. Sekarang ni, kami dah melalui kehidupan 14 tahun tanpa ayah. Dan yang pasti emak adalah tunggak kekuatan kami adik beradik dan kami juga adalah tunggak kekuatan emak untuk meneruskan kehidupannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahdan dia tergolong di kalangan mereka yang gembira di alam barzakh. Al-Fatihah.

Dia pergi tanpa ucapan selamat tinggal - pt. 1

Hari ni 20 Jun 2006, genap 14 tahun ayah kembali kepada Penciptanya. 20 Jun 1992 (Sabtu) adalah tarikh tragedi hitam dalam keluarga kami. Saya nak ceritakan apa yang berlaku nanti bukan untuk tarik simpati tetapi sebagai satu luahan rasa hati seorang anak dan saya mahu cucu2 ayah tahu nanti bagaimana datuk mereka meninggal dunia. Ikutkan ceritanya panjang, tapi saya cuba ringkaskan. Kejadian ni berlaku semasa saya di tingkatan 6 bawah dan tinggal di asrama salah sebuah sekolah agama di Klang sementara menunggu tawaran masuk ke mana2 univ. yang saya pohon. Ikutilah cerita saya di bawah ini;

18 Jun 92 (Khamis)

Saya called ayah di sebelah petang untuk meminta izinnya mengikuti kursus kepimpinan pelajar anjuran pelajar2 univ. di salah satu daerah di Klang. Masa ayah menjawab telefon tu, saya pelik sangat, sebabnya suara dia terlalu lembut walhal itu bukan style dia bercakap. "Ya kaklong...ada apa kaklong?" itu aje soalan dia, tapi membuatkan saya memandang gagang telefon, kenapalah suara ayah pelik semacam. Saya yang terkejut tu buat2 biasa aje, minta izin dia untuk ke kursus tersebut dan kami berbual sebentar. Ayah bagitau dia nak datang jumpa saya esoknya sebelum saya bertolak. Dan tiada siapa yang tahu, itulah kali kedua terakhir saya bercakap dengan arwah.


19 Jun (Jumaat)

Selepas solat jumaat, ayah datang menziarahi saya. Tiada apa2 perubahan ketara pada dia. Dan kami berbual seperti biasa. Kalaulah saya tahu itu adalah kali terakhir saya berjumpa dia, saya akan peluk dia erat2, saya akan cium kedua belah pipinya puas2 dan memohon ampun maaf atas segala kesalahan saya padanya. Tapi tiada siapa yang tahu perancangan Allah. Seperti biasa, saya hanya bersalam dan mencium tangannya sahaja sebelum dia pulang ke pejabat. Dan saya bertolak bersama kawan2 yang terpilih ke tempat kursus selepas asar.

20 Jun (Sabtu)

Program kursus cukup menarik bagi saya. Banyak input yang diperolehi. Tapi satu jer, saya berasa tak sedap hati terutama pada waktu malam tu. Gelisah semacam. Tapi saya diamkan aje tak berkongsi dengan sesiapa.

Rupanya, semasa di rumah mak, di sebelah siang kalau tak salah, ayah ada telefon mak dan bercakap2 sebentar. Mak terkejut sebab ayah banyak kali tanya ada tak saya telefon ke rumah, mak kata tak de dan bertanya kenapa. Ayah bagitau saya ikuti kursus tersebut.Kalau ayah tak bagitau tu, memang mak tak tau saya pergi kursus tu.

Maghrib, ayah menelefon mak bagitau dia lambat balik sebab kerja tak selesai lagi. Siapa sangka, itulah panggilan terakhir ayah pada mak.

Jam 8 malam lebih, sebuah kapal tangki minyak Choon Han dari Korea meletup kuat ketika sedang menyalurkan minyak ke depot minyak Tiram Kimia Sdn Bhd.

Mak mendapat panggilan telefon agak lewat malam daripada majikan ayah, En. X, dia bertanyakan ayah dan mak bagitau ayah belum balik. Akhirnya En. X beritahu yg ayah kemungkinan terbabit dalam kemalangan tu. Mak terkejut sangat sampai tak sedar yang gagang telefon terlepas ke lantai. Lepas tu, mak cepat2 telefon abangnya, pakngah dan adiknya, Acik beritahu kemalangan tu. Pakngah dan acik datang ke rumah dan membawa mak ke tempat kerja ayah.

21 Jun (Ahad)

Saya kembali drp kursus tu tanpa mengetahui apa2 langsung. Masuk dorm, saya mengambil akhbar2 yang ada, semua headlines pasal kebakaran tu. Hati saya cuma terdetik, eh, ni tempat kerja ayah ni. Itu saja.tak lebih daripada itu.

Tak lama kemudian, ketua blok asrama C & D, kak Z datang mencari saya. Terkejut juga. Apahalnya. Dia sampaikan pesan keluarga saya minta telefon ke rumah. Yang saya pelik tu, dia nak menemankan saya ke pondok telefon. Saya perasan riak muka dia macam ada sesuatu, tapi entahlah. Tapi, masa kami makin menghampiri pondok telefon, jantung saya berdegup kencang dan terdetik, ayah terbabit sama ke dalam kemalangan tu. Bila nampak queue adik2 junior kat pondok telefon, frust pulak rasanya. Tak semena2 kak Z terus potong Q dan minta adik junior yg sepatutnya mendapat giliran dia menyerahkan gagang kepada saya, terkejut saya. Saya pun called ke rumah. Suara adik k 3, K.L menyambut. Tanpa intro tanpa salam, terus dia tanya,

Kaklong..ko taukan ayah hilang dalam kemalangan tu?
Ha???

Airmata saya keluar laju, tapi saya cuba sembunyikan drp junior2 di belakang saya ni. Gagang telefon berpindah tangan, makcik saya yang saya panggil bibik pulak bercakap. Dia bagitau yang paklong (abg mak) ambil saya nanti. Sambil tu beria2 dia pesan saya jangan menangis walhal masa tu dia sendiri yang menangis2.


Lepas tu, saya balik ke bilik. Sebelum tu, saya sempat mengucapkan terima kasih pada kak Z sebab tolong saya dan saya bagitau keadaan ayah, dia menggangguk sedih, sebab dia dah tau dulu drp saya sebenarnya.

Di bilik, saya tak ceritakan pada dormmate walau seorang pun. saya tak mo kepoh dulu. Saya bersiap apa yang patut. Dan saya menunggu announcement nama saya jika paklong datang nanti. Lamanya menunggu bagi saya. Saya tak kisahkan riuh rendah dalam dorm. Saya cuba bertenang sebaik mungkin. Duduk diam2 kat katil. Bila teringat ayah, mengalir air mata saya. Akhirnya, jam 6 petang loceng dewan makan berbunyi. Saya turun ke bawah sambil membawa kad keluar/masuk pelajar asrama utk diserahkan pada warden. Tiba di rumah warden, dia tak de pulak. Saya serahkan kad tu pada anaknya dan tak tau nak bagi sebab apa sebenarnya, sebab tak tau keadaan ayah mcmana skrang, jd saya hanya beri alasan ayah saya sakit.

Saya keluar drp rumah warden, ternampak di seberang jalan van pakngah saya, oh, bukan paklong yang datang ambil. segera saya berjalan laju ke van pakngah. Makngah aje ada, dia bagitau mak dan pakngah dah menunggu saya di bangunan bawah tu (dewan makan sebenarnya). Laju langkah saya ke dewan makan. Bila saya nampak mak dan pakngah, air mata saya laju turun. Tapi mak sungguh tenang, mata dia nampak merah. Pakngah sambut saya dan kami berpelukan (saya mmg rapat ngan pakngah). Menangis semahu2nya saya, tak hiraukan kawan2 setingkatan yang sedang beratur utk mengambil hidangan dan memandang kehairanan ke arah saya. Kemudian pakngah dudukkan saya, bagitau yg ayah belum dijumpai lagi dan tanya samaada saya nak ikut balik atau tidak. Terus saya kata nak. Saya bergegas naik ke bilik tanpa menjelaskan langsung pada kawan2 setingkatan yang ada di situ. Tak ingat apa dah. Di bilik, saya mengambil beg pakaian. Dormmates terkejut. Saya pecahkan rahsia. Mereka menjerit terperanjat, tergamam pun ada. Sorang2 saya salami.

Saya tiba di rumah malam. Masa tu adik2 dan bibik sekeluarga ada bersama. Lain rasanya. Mak pula, berehat seketika, bersiap untuk ke hospital klang menanti berita. Saya nak ikut. tapi mak tak bagi sebab nak tengokkan adik2. Memang mak bertunggu bertangga di hospital klang tu. Dan tv adalah teman setia kami yang tinggal utk tahu perkembangan terkini pasal ayah. Berita tv3 lewat tengah malam announcekan list nama mangsa2 yang dijumpai. Kecoh kami sekejap samaada confirm ayah dah dijumpai atau belum. Macam ada kekeliruan di situ.

Sebelum tidur, lepas solat isyak, menangis saya memohon banyak2 dengan Allah supaya ayah saya dijumpai tidak kira dia hidup atau mati. yang penting dia ditemui. Tapi malam tu, susah sangat nak lelapkan mata.

22 Jun (Isnin)

Pagi - Awal subuh, saya called classmate yg duduk luar asrama, Y. Dia ni ketua tingkatan kami, dan saya beritahu hal sebenar dan saya ponteng kelas ari tu. Rupanya, di sekolah, bila Y beritahu guru kelas kami di bilik guru, menjerit menangis guru kelas saya dpt tau saya salah seorang anak mangsa. Memang kepoh kejap bilik guru. Di kelas saya, lagilah heboh keadaannya.

jiran sebelah rumah, kak Y datang offer nak belikan kami makanan. Sambil dia bercakap tu, mata dia dah bergenang ngan air mata memandang saya. Saya menolak dengan baik sebab mmg kami dah ada sarapan pagi masa tu.

Tak lama lepas tu bertalu2 panggilan telefon ke rumah, bertanyakan bila dan di mana ayah akan dikebumikan. Saya jadi tension sebab kami sendiri tak tau apa2 perkembangan lagi. Nasib saya tak temper. Saya tanya balik si pemanggil, ayah saya dah dijumpai ke? bila dengar soalan saya tu, mereka cepat2 memohon maaf.

Tengahari - jiran2 tetangga makin ramai datang menziarahi kami. semua nak tau perkembangan terkini.

Akhirnya, berita yang ditakuti tiba. kami dapat call, pengesahan ayah dah dijumpai. Pakngah yang membantu pengecaman ayah (mereka mmg kawan rapat sblm ayah kawin dengan mak) berdasarkan cincin bertanda H di jari dan bentuk cuping telinga ayah yang lain sedikit. Ayah dijumpai terapung beberapa kilometer drp tempat kejadian (tp saya tak ingat bila waktu sbenarnya ayah dijumpai tu.) Sedih sangat dengan berita tu. Tapi lega sebab dia dijumpai. Ikut jadual asal, kami nak tuntut ayah ari tu juga dan kebumikan malam nanti.

Saya telefon cikgu A yang agak rapat semasa di sek. men. yg lama (tingk. 6 ni di sekolah men. lain pula). Beberapa kali saya cuba nak bagi tau, tak terkeluar ayat sebab sebak sangat. Akhirnya berjaya juga, menjerit mengucap cikgu mengetahui berita ni. Saya tahu, berita tu mmg akan tersebar ke seluruh sekolah tu cepat, sebab saya memang rapat dengan majoriti cikgu di sana.

4 ptg lebih - saya di dalam bilik mandi dan azan asar pula berkumandang. Tiba2 pintu bilik mandi diketuk, adik menghulurkan satu sampul surat besar berwarna coklat. Tak tau nak kata masa tu. Saya dah dapat TAWARAN KE UNIVERSITI!!! Saya keluar drp bilik mandi, bibik sedia menanti di luar pintu. Dia ambil surat tu. Saya peluk bibik dan menangis, " syikin nak ayah hantar, tapi ayah dah tak de", tetamu yang ada kat ruang tamu tu semua menangis sama bila dengar kata2 saya tu.


Lepas maghrib - kami adik beradik bersiap2 sebab bapa saudara lagi sorang datang ambil kami nak bawa ke rumah pakngah di Subang Jaya. kami akan berkumpul semua di situ untuk bersama2 pulang ke kampung malam tu juga untuk urusan pengkebumian. Rumahnya di tengah2 antara Port Klang n jalan nak ke negeri Sembilan. Oh ya, arwah ayah akan dikebumikan di N9 sebab menghormati mak ayah (dah arwah dah) yang masih ada masa tu. Saya bawa bersama surat tawaran ke universiti tu. masa kami tiba tu, mak pun baru sampai drp hospital klang rasanya untuk berehat sebentar. Saya beritahu mak. mak gembira, tapi sedih. Di bilik bawah rumah pakngah tu, kami berkumpul dan berbual..tak lama kemudian, makngah, pakngah masuk ke bilik tu. makngah nak tengok surat tawaran tu. Bila dia tengok aje surat tawaran tu, tak semena2 dia peluk saya, menangis2 cakap " belajar syikin belajar, jangan risau, pakngah ada..makngah ada.." semua yang kat situ sama menangis (Entah berapa kali sbnrnya ada adegan hindustan masa dalam satu hari tu..menangis jer kerja saya).

Malang sekali, ayah tak dpt dibawa pulang malam tu. Kena post morterm. barangkali esoknya baru boleh dibawa keluar.
-akan bersambung-

Monday, June 19, 2006

Gambar2 Lagoon Corus Paradise Resort





Pemandangan lagoon daripada Apartment sebelah kanan Hotel.








Pemandangan Lagoon daripada lobi terbuka Hotel. Nampak jer kolam renang tu macam sebelah di lagoon, sebenarnya kena turun ke bawah untuk pergi ke lagoon tu.








Nampak dua buah basikal nun di sana? Kemudahan menyewa basikal ada di hotel ni


























Alia dan Aiman berjalan-jalan di Lagoon

Corus Paradise Resort

Terima kasih kepada semua bloggers di atas ucapan2 selamat bercuti dan kejayaan tesis saya tu. Amat dihargai. Sebenarnya masih penat lagi ni. Tapi sebab dah taip entri ni sejak kat PD lagi, tu yang senang sikit kojo den nak masukkan entri ni. Cuma gambar nak buat slideshow aje lum sompek. Nantilah.Ok, kat bawah tu segala aktiviti percutian saya bermula dan berakhir.

Jumaat

3.18 ptg – Kami bertolak keluar drp rumah. Masa tu hujan tengah lebat di area rumah kami. Kami mengambil Aiman dan Husna terlebih dahulu di tadika dan sekolah kemudian meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Biasalah dah petang ni, sana sini ada sedikit kesesakan lalulintas tetapi kereta still bergerak perlahan. Selepas tol sungai besi, kereta dapat bergerak laju dan lancar. Kemudian hujan sangat lebat sehinggalah kami melepasi Nilai baru hujan berhenti tiba2. Masa kami melalui R&R Seremban, ada kemalangan teruk melibatkan 2 kereta. Kesian melihat seorang kanak2 dan seorang wanita mangsa kemalangan tu di tepi jalan, si anak saya kira nampak kelihatan bengkak pada bahagian bibir kanannya yang nampak masih terkejut tetapi tidak menangis, dan si ibu saya fikir sedang menangis bercakap melalui hp.

5 petang lbh - Kami tiba di Corus Paradise Resort (CPR) setelah singgah terlebih dahulu di Bandar Port Dickson. Syukur cuaca baik Port Dickson. Kami dapat bilik di tingkat 10 paling atas. Semua bilik menghadap Selat Melaka dan sudah semestinya menghadap lagoon buatan manusia yang cantik itu. Sayang tiada balkoni, bahkan cermin tingkap pun tak boleh dibuka, siap dikunci lagi tanpa boleh dibuka. Barangkali untuk mengelakkan kemalangan jiwa kerana cermin sliding tu mmg besar, orang dewasa pun senang2 boleh jatuh menjunam ke bawah, tetapi saya kira, kalau gril tingkap dipasang, bagus sangat, bolehlah pengunjung menikmati udara laut daripada bilik masing2. Betul kata angah, ada sepiring buah2an disediakan. Hanya ada satu saja lampu mentol putih di entrance, yang lain mentol kuning. Saya kurang gemar, sebab rasa malap jer seluruh bilik waktu malam terutama di tengah2 siling bilik tiada lampu, hanya bergantung pada lampu meja solek dan lampu katil. Oh ya, bangunan hotel CPR ni diapit kiri dan kanannya dengan apartment2 di bawah pengurusan CPR juga saya kira. So, siapa yang tak mo hotel,boleh sewa apartment di situ.

6 ptg lebih – Kami sekeluarga keluar untuk membeli makanan saya dan anak2 kerana famili staf ditanggung sepenuhnya oleh staff sendiri, walaupun mendapat diskaun juga, tetapi kos makanan masih mahal kerana untuk saya dan 4 anak selama 3 hari 2 malam sahaja lebih kurang RM 400. Mahalkan? Kalau majikan yang tanggung, no hal punya. Hantam sajalah makan.ahaks. Jadi, untuk saya dan anak2 kami membeli makanan luar yang sedap2 tetapi murah kosnya. Ingatkan kami aje yg beli makanan luar, rupanya hampir semua staff yang bawa keluarga dan anak yang ramai membuat demikian. Makanan melalui room service sangat mahal; mee mamak, meehon goreng Singapore, nasi goreng khoo phat, nasi lemak dan mee jawa adalah RM 21 sepinggan. Aneka minuman panas, macam the, horlick, milo antara RM 7 - RM 9. Hehe..better beli kat luar ya tak? Kecuali kalau terlebih mampu tu, no hal punya nak order room service.

Malam – Suami dah start berkursus. Saya hanya bawa anak2 round sekitar lobi dan survey kot2 ada tempat menarik untuk kanak2. Tiada. Waktu malam di hotel ni tiada aktiviti menarik kecuali tv screen besar diletakkan di ruang lobi untuk tetamu hotel menyaksikan world cup. Hanya jeritan gol riuh rendah merekalah yang menceriakan suasana. Lounge yang ada pun agak tersorok, dan yang bagusnya tiada ruang terbuka utk karaoke, kalau tidak..mmg bisinglah. Sebelum tidur, Husna buat sikit homework dia. Nak buat camner, cuti2 jugak..tapi homework kena siapkan.
Sabtu

Pagi – Suami keluar membelikan sarapan kami sebelum kursusnya disambung semula. Saya dan anak2 keluar bilik setelah bersarapan. Seronok mereka bila kami berjalan kaki ke lagoon buatan manusia, Memang cantiklah dengan air laut yang kehijauan....siap ditanam pokok2 kelapa lagi di atas tambak pasir tu.,cumanya bila air laut surut lagoon ni akan jadi kering.. Ada playground kanak2 yang sebenarnya hanya sesuai untuk kanak2 berusia 6 thn ke atas dan padang bola. Di lagoon ni juga boleh ber jet ski dan berkayak hingga ke luar lagoon. Bahkan ada yang berani dan pandai berenang turun berenang dalam lagoon. Ikutkan tak dalam mana pun. Saya biarkan anak2 bermain pasir pantai di lagoon tu…tak risau cacing or telur cacing masuk dalam tangan mereka..biarkan..sepuas hati mereka bermain. Ummi tukang tangkap gambor aje. Dalam pada tu saya dapat fon call drp adik saya, K. L,memberitahu yg dia, mak dan adik k 4, Ar. Sedang beratur utk memasuki kapal terbang untuk berlepas ke Sabah. Mak dan adik2 saya ni menziarahi adik k 2 saya, K.N. yang menetap di Tenom. Sedih pulak saya rasanya, nak nangis pun ada. Entahlah, sebab tak dpt hantar mak ke airport or x dpt bercuti dengan mak di sana.

2 ptg lebih – 5 ptg lbih – Anak2 saya berendam dalam swimming pool. Swimming pool memang best seperti kata angah, terutama untuk kanak2 sebab ada ruang untuk berteduh kalau hujan, bahkan di kolam kanak2 juga ada disediakan ruang jakuzi..ramai gak org dewasa yang berjakuzi di situ. Style kolam renang di sini, kolam dewasa dan kanak2 attached tetapi dipisahkan oleh dinding kolam dan kedalaman yang berbeza. Kolam untuk kanak2 pun ada banyak petak. Pilih jer nak mandi di petak mana. Tapi, bab pakaian renang memang strict, kanak2 yang pakai singlet pun kena bukak baju. Anak2 saya berendam hamper 4 jam dalam kolam renang. Husna dan Aimanlah tu, depa syok sebab mereka tidak tenggelam bila berjalan di dalam kolam tersebut. Depa mandi manda sampai tak hengat dunia, siap ngan pelampung bagai, naik turun gelongsor dalam kolam tu. Huda dan Alia hanya duduk di tangga kolam tersebut bermain air. Memang mula2 mereka berdua takut tengok air kolam tu, tapi lama2 mereka seronok pula.


Lepas maghrib – saya duk mengadap laptop. Menaip sikit. Sayang tak de wireless internet. Internet room ada, tapi mahallah..RM 10 sejam. Husna pulak menghabiskan homework dia. Kesian kat dia, lampu bilik tak de lampu kalimantang, or mentol putih, harapkan lampu meja solek dan lampu katil aje..malap gitu.


9 malam lebih – seperti biasa saya bawa anak2 turun bawah kejap jalan2 kat ruang lobi. Suami masih ngan kursusnya. Anak2 sibuk gak tanya nape ayah tak de bersama. Kenalah bagitau depa yang ummi jer boleh layan, ayah tak boleh sebab ayah datang situ untuk bekerja bukan bercuti. Balik ke bilik, layan cerekarama, Husna pulak mengadu sakit urat kaki, tak lama lepas tu dia menangis kesakitan sebab urat kakinya dah kejang. Agaknya sebab lama sangat berendam dalam swimming pool dan melompat sana sini. Syukurlah mmg saya standby bawak minyak urut dan stok ubat anak2. Lepas diurut dan makan ubat tahan sakit, barulah Husna ok.


Ahad

9.30 pagi – Husna dan Aiman masuk pertandingan mewarna kategori bawah 9 thn, anjuran pihak Hotel. Mmg depa selalu buat contest tu utk kanak2. Bahkan ada contest menebar roti canai utk para ibu dan teh tarik untuk para bapa pagi tu, tetapi saya tak masuk. Baguslah pihak hotel buat aktiviti2 macam tu utk para tetamu. Lupa pulak, awal pagi ahad tu ada senam aerobic kat lagoon, tapi saya tak pegi. Kojang urat kaki den, sapo lak nak nolong..hehe.

10.00 pagi lebih kurang – sementara menanti keputusan jam 11 pagi, saya bawa anak2 ke lagoon lagi utk buat sand castle. Petang sabtu semalamnya suami dah belikan mainan plastik utk sand castle. Macam biasalah budak2 seronok bermain pasir. Asyik tak jadik jer castlenya, akhirnya ummi pun main sama..heheh, seronok pulak main pasir ni. Tapi tak leh lama2 sebab kami nak dengar keputusan contest. Oh ya, sempat gak hantar sms kat suami wished dia selamat hari bapa. Saja wat surprise sms.

11 pagi lebih – semua peserta contest dapat saguhati sekotak colour pensil panjang. Dan secara tak disangka2 Aiman dpt tpt pertama bagi kategorinya…sebelum tu saya dah pesan awal2 pada Husna dan Aiman, bertanding tu saja suka2, kalau tak menang tak pelah. Saya buat begitu sebab nak elakkan depa frust sangat2 kalau kalah. So prepare before cry hehe.. Selepas tu, kami balik ke bilik untuk mengemas. Kena check out jam 12 tgh. Husna n Aiman little bit frust, n merajuk pun sbb tak dpt nak masuk swimming pool lagi. Tapi nak wat camner.

1 tgh – kami keluar bilik untuk daftar keluar. Yehaa…akhirnya dapat gak merasa makan tghari Hotel tu, sebab ramai balik awal, jadi pakej makanan yg dah dibayar tu, pas kat kamilah..rupanya ramai gak family lain yang dapat sama. Memang sedap makanan kat situ. Saya amik sikit2 nak rasa semua; nasi tomato, rendang daging, crab claw, sweet sour fish dan sayur pakchoy. Untuk pencuci mulut pula, macam biasa ada kek (siap tulisan hepi father’s day lagi), pudding, dan specialnya ada waffle, tp kami tak sempat nak makan. Kemudian kami serahkan kunci bilik. Hehe..kat atas kaunter pendaftaran tu ada notis check out sharp 12 noon.

2 ptg lbh kurang – secara rasminya kami keluar hotel. Kesian kat suami, sebab jadual kursus dia pack sangat hinggakan nak keluar bersiar sekitar hotel pun tak sempat. Memang dia tak sempat nak ronda2 kat area lagoon hotel tu. Ingatkan nak singgah mana2 pantai, tapi panas terik sangat, makanya kami terus balik ke Selangor. Terserempak ngan kemalangan keta lagi. 9 buah keta yg saya kira terbabit sama, sebab semuanya kemek2 dan ada yg tpt injin terjongkit ke atas… Mmg sblm tu ada hujan lebat sangat.

4 ptg – 10 mlm lbih – relax kat rumah mil di langat. Lepas tu baru bertolak balik ke Gombak.

Overall, memang holiday ni menggembirakan, tapi rasa kurengggggggggggg sikit sebab suami tak dpt join sama. Terima kasih bang sebab bawa kami ke sana untuk enjoy wlwpun abg kena kojo. Huhu…den tak dapek gak nak honeymoon ngan cik abe. Dan moga bertambah rezeki abang untuk bawa kami bercuti lagi. Hehe.

p.s. Hehe, dek atok ada bagitau aritu yang dengar2 citer Corus Hotel ni ada citer2 seram sikit, maka saya ni yg mmg sedia penakut telah buat langkah berjaga2. Ajar anak2 masuk bilik beri salam setiap kali nak masuk dengan lafaz" Assalamualaina wa 'ala 'ibadillahis solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba2Nya yang soleh)". So, setan n de gang tak termasuk dlm grup nilah. Malam2 sebelum tidur tu memang baca segala jenis ayat quran yg tahu. Alhamdulillah, saya n anak2 dpt tidur nyenyak tanpa 'gangguan'. Salam ni utk masuk ke dlm rumah atau bilik yg kosong tak de penghuni macam kita sekeluarga keluar rumah dan bila balik tu nak masuk rumah berilah salam ni. tpi kalau rumah tu memang dah ada org, beri salam macam biasa ajelah.
cuba gak upload gambar sekeping dua. tapi tak boleh.apasal entah.

Friday, June 16, 2006

Berkemas & Dr. X

Assalamualaikum. Pagi jumaat ni. Saya masih lagi tak habis membuat persiapan nak mengikut suami berkursus di Port Dickson selepas solat Jumaat ni nanti. Kami akan pulang pada Ahad petang insyaAllah. Oh ya, tempat kursus tu di Corus Hotel, PD. Tak pernah ke sana ni. Rasa excited jugak ni.
Hehe...pasal supervisor saya tukan, DR. X tu... semalam saya memberanikan diri menelefon dia untuk menetapkan tarikh meeting kami. Ya Allah, peramahnya dia...mudah ketawa lagi. Very soft spoken lady. Lega saya. Bila saya perkenalkan diri jer, dia terus cam, sebab dia dah dapat surat perlantikan rasminya sebagai supervisor utk pembetulan tesis saya. Kami dpat berbincang dengan mudah akan penetapan meeting kami pada minggu hadapan. Yang best tu, dia seorang yang boleh diajak berbincang dan tidak pulun sorang jer nak buat keputusan. Oh ya...sempat juga saya dengan beraninya memberitahu dia yang saya sbnrnya rasa takut nak berurusan dengan dia kerana khabar2 yg saya dengar , dia punyalah ketawa. Dia kata itu kata2 student yg kurang cemerlang tu. Student cemerlang biasanya akan mencari dia lagi untuk mengambil subjek dengan dia. hehe. Lepas dapat bercakap dengan dia, rasa lepas beban sedikit sebab dah tau sedikit sebanyak rentak dia macamana. So, senanglah lepas ni.
Ok...wassalam

Thursday, June 15, 2006

Debor weh...

Petang Rabu ni tadi, saya menerima surat rasmi dr pihak kulliyyah mengenai status comb binding tesis saya. Pihak kulliyyah telah melantik secara rasmi DR. X yg saya ceritakan tempohari selaku supervisor utk pembetulan tesis saya, sebab dia yang memeriksa tesis saya selain drp supervisor asal saya. Kiranya, tugas supervisor asal saya tamat secara rasminya di sini. Disertakan juga report Dr. X akan kekurangan yg terdapat di dalam tesis saya tu. Dan saya diberi masa selama sebulan sehingga 11 Julai nanti untuk menyerah tesis yang telah diperbaiki dan form2 yg berkaitan kepada pihak kulliyyah.

Perasaan saya bercampur baur sebenarnya. Pertama, gembira sangat sebab saya dah berada di penghujung penulisan tesis saya. Saya akan capai target sebulan ni untuk menyelesaikan semuanya, insyaAllah. Saya tak sabar menanti nikmat kepuasan 100% semasa menyerahkan hard copy binding nanti. Saya tak sabar untuk tersenyum sepanjang hari selepas itu :).

Kedua, saya mula berdebor ni weh...saya tak terbayang macamana urusan saya dengan Dr. X nanti. Ya, saya pernah beberapa kali bertembung dengan dia di kulliyyah, orangnya manis dan kecil molek, tapi khabarnya tegas terhadap student undergraduate. Macam2 bermain di kepala saya tentang dia; positif dan negatif. Aduh..jangan buruk sangka awal2 syikin ooiii. Saya harap saya yang postgraduate ni boleh bekerjasama baik dengan dia dan dapat memenuhi 100% pembetulan seperti yang beliau harapkan. Saya dah kena setkan appointment dengan dia secepat mungkin. Harap2nya minggu depan saya dah boleh meeting dengan dia. Tetapi, saya mesti buat persediaan awal dulu terutama membuat draf pembetulan yang dinyatakan, jadi taklah saya melenggang kangkung semasa berjumpa dia nanti. Sediakan payung sebelum hujan hehe. Tolong doakan segalanya berjalan lancar untuk saya ya...

Bacaan Selawat ke atas Nabi Nuh

Assalamualaikum...


Kat sini saya nak share bacaan selawat ke atas Nabi Nuh. Bacaan ni elok dibaca semasa bertembung dengan binatang2 merbahaya dan berbisa. InsyaAllah, keselamatan kita terjamin di mana binatang2 tersebut tidak akan mengganggu kita. Saya tau ni pun daripada mak mertua saya :) .

Salaamun 'ala Nuhin fil 'alamin
(Sejahtera ke atas Nabi Nuh bagi sekelian alam)

p.s. kalau ada yang rasa saya silap terjemah, sila maklumkan ya.

Wednesday, June 14, 2006

Ular oh ular

Pagi ni, saya sempat menonton channel 52, rancangan Ultimate Snake, kisah pengkaji yg melakukan kajian terhadap aneka jenis ular2 macam anakonda dan ular sawa. Teringat saya kisah ular masuk ke dalam dapur rumah saya semasa kami duduk di Merlimau, Melaka pada tahun 1999 dulu. Masa duduk di Melaka ni, memang jadi rutin kami balik ke Selangor, sebulan sekali ziarah mak dan mil saya. Biasanya lewat tengah malam Ahad baru sampai Melaka. Satu pagi Isnin, suami keluar mengajar seperti biasa. Tinggallah saya dan Husna yang baru 2 atau 3 bulan masa tu. Biasanya, setiap pagi saya akan meletakkan Husna di atas tempat enjutan baby di tengah ruang tamu dan saya melakukan tugasan rumah yang lain sambil boleh melihat2 keadaan dia. Saya boleh melihatnya terus daripada dapur kerana ruang tamu, ruang makan dan dapur di dalam kedudukan lurus. Cumanya antara ruang makan dan dapur tu dipisahkan oleh dinding dan pintu.


Ok, kembali kepada cerita tadi. Pagi Isnin tu, saya tak bawa Husna keluar bilik lagi dan membiarkannya di dalam bilik tidur. Tak risau dia akan jatuh ke lantai sebab kami tidak menggunakan katil kelamin, hanya meletakkan tilam sahaja di atas lantai. Dan saya dua kali berulang alik ke dapur. Jarak masa antara keduanya agak jauh juga. Tetapi, semasa saya hendak melangkah masuk ke dapur kali ketiga, tiba2 ekor mata saya macam ternampak sesuatu yg hitam di bucu dinding dapur sebelah kiri sebelah pintu ruang makan. Bila saya memandang betul2..ya Allah, ular hitam sebesar lengan bayi dah melingkar kat bucu dinding tu. Dan sebelah bucu dinding tu pula pintu dapur untuk keluar ke halaman belakang. Saya kira dia masuk daripada bawah pintu dapur tersebut, sebab agak besar juga ruang bawah pintu tu. Tapi dia tak agresif, masih tercium2 bau dinding tu. Baru masuk agaknya. Saya dah panik. Sebelah kaki dah melangkah dalam dapur dan sebelah kaki masih di ruang makan. Syukur saya tak melompat ketakutan. Sepatutnya saya berundur perlahan ke belakang dan cepat2 menutup pintu ruang makan tu, tutup bawah pintu ruang makan tu dengan kain atau apa saja supaya ular tu tak masuk ke dalam ruang makan tu dan ia hanya berada di kawasan dapur sahaja. Ini tidak, dek terlalu panik dan takut sangat, saya terus melangkah masuk ke dalam dapur. Kali ni, ular tu seolah2 bersedia untuk menyusur masuk ke dalam ruang makan dan seterusnya ke ruang tamu atau menyusur ke mana2 bahagian dapur yang sekangkang kera tu.

Saya berdiri kaku di tengah2 ruang dapur. Nak bergerak tak berani. Tapi berdekatan dengan tingkap dan pintu dapur. Saya nak buka pintu dapur tak boleh, sebab pintu dapur tu tak de ensel, dan ia bukan jenis pintu bertombol, sebaliknya pemegang pintu tu jenis pemegang sahaja. Kiranya, nak bukak pintu tu mesti menggunakan kunci. Masalahnya, kunci tu pula tiada di dapur, ia berada sekali dengan kunci rumah yang saya letakkannya di ruang tamu. Nak melangkah ke dalam ruang tamu tak berani, sebab takut saya melangkah, ular tu tiba2 mematuk kaki saya pula. Memang kena lalu depan ular tu kalau nak melangkah masuk ke ruang makan. Duk panik tu pun saya sempat membaca kuat2 selawat kepada Nabi Nuh. Saya harap ia dpt melemahkan ular tu. Sempat gak terbayang ular tu akan menyusur menghala ke saya dan menggesel badannya kat kaki saya...eii gelinyaa..

Semasa melafazkan selawat tu, sambil mengadap ular tu, saya beranikan diri melangkah perlahan ke belakang utk membuka tingkap dapur. Hati2 takut ular tu rasa terganggu. Bukak saja tingkap, terus saya menjerit tolong..tolong 3 4 kali. Sebenarnya belakang rumah saya tu tengah dibina sekolah rendah agama, biasanya pekerja binaan ada di situ terutama sekumpulan pakcik2 orang melayu kita. Malangnya, pagi tu sorang pun tak de kat situ. Syukur maid indon jiran sebelah yg rupanya berada di dapur juga mendengar jeritan saya, dan segera dia keluar ke pagar laman belakang bertanyakan hal sebenarnya, saya bagitau ada ular dan dia cepat2 menjenguk ke area binaan tu dan menjerit minta tolong sama, tak lama kemudian pakcik2 ni sampai, rupanya mereka tengah berehat tak jauh drp situ.

Sorang pakcik ni minta saya buka pintu dapur, saya bagitau tak dpt sebab kunci kat ruang tamu. Pakcik tu suruh saya sabar dan jangan panik atau kelam kabut, sebab ular takkan agresif. lama jugalah kami menunggu ular tu nak menyusur ke mana sebenarnya. Cemas sungguh saya, fikirkan nyawa di hujung tanduk. Akhirnya ular tu mula bergerak...memang masa ni saya takut sangat kalau2 dia menghala ke arah saya. Saya perhatikan ular tu bergerak menyusur masuk ke ruang makan dan ruang tamu. Terus saya teringatkan Husna dalam bilik tidur, ya ALlah, jgnlah ular ni masuk bilik..kalau dia nampak Husna bergerak2 mau dipatuknya. Saya beranikan diri mengekori perlahan belakang ular ni dan tiba2 dia masuk menyelinap bawah troli buku kami bersebelahan dengan meja komputer di satu sudut di ruang tamu tak jauh daripada bilik tidur saya lebih kurang 3 atau 4 langkah. Lega ia tak masuk bilik.

Saya pulak terus mencari kunci. TAK JUMPA!!!. Ya Allah, satu hal pulak. Kunci rumah saya dalam kereta suami!!! Baru teringat, saya dan suami ada kunci rumah masing2. Tapi, malam kami pulang dr KL tu, suami yang buka pintu gate dan pintu rumah dengan kuncinya, dan saya pula terlupa nak bawa keluar kunci saya daripada kereta. Jadi, pagi tu, suami pergi kerja dan mengunci pintu grill menggunakan kunci dia. Dia tak tau kunci saya ada dalam kereta. Tak de spare keys dalam rumah pulak. Aduh..sabor jelah. Pakcik dan kawan2 dia yang dah standby kat pintu luar terpaksa menunggu lagi. Tapi depa ni cool aje, sempat pesan saya jangan panik. Saya duk risau ular tu masuk bilik saya pulak, dah lah tak bertutup pintu bilik tu. Saya teringat nak call suami di sekolah, tapi tak tau nombor pejabat sekolah. Masalah lagi. Tapi teringat kebetulan dia baru beli hp minggu lepas dan dia dah bagi nombornya pada saya, syukur saya boleh ingat masa tu sebab saya TAK MENCATITNYA LANGSUNG DALAM BUKU!!!. Masa tu time rehat di sekolah. Saya bagitau suami balik cepat hantar kunci ada ular dalam rumah. full stop.

Dalam masa 5 minit suami sampai rumah terus bukak pintu grill, saya pulak berlari ambil Husna. Ular tu masih menyorok bawah troli buku. Pakcik2 yg standby tadi terus masuk rumah, mereka suruh saya keluar. Saya sempat melihat aksi2 mereka drp luar; sorang pakcik ni meminta suami masak sedikit air kalau saya tak salah atau pakcik tu masak sendiri (tak ingat pulak dah). Sorang lagi duk mengalihkan troli tu..tu dia..ular tu duk angkat kepala, marah sebab diganggu. Lepas air tu masak, pakcik tadi ambil cerek panas tu, bawak ke tempat ular tu, dan simbah terus kepala ular tu. Baru saya tau, taktik tu nak melemahkan ular sebelum membunuhnya. Nak tau depa bunuh ular tu kat mana? KAT SITU JUGA!!! Terpercik darah ular tu kat dinding. Lepas tu mereka bawa keluar ular dah mati tu. Tak tau depa campak kat mana. Masa tu juga satu van bomba datang, tak tau siapa yang call depa. Mereka dah siap bawa alat utk menangkap ular. Tapi bila diberitahu semua dah settle, mereka beredar.

Tak terkira ucapan terima kasih saya dan suami pada pakcik2 tu. Sorang pakcik ni bagitau, ular tu ular mura. Saya kira bloggers org melaka macam Kak Lady n Kak Sya, Zino dll tau ular apa ni. Ular ni lebih kurang macam ular tedung or senduk. Kalau kena patuk, beberapa minit lepas tu boleh mati kalau tak dapat rawatan segera. Pakcik2 ni berani bunuh ular ni dalam rumah sebab species ular ni kalau ada pasangannya, pasangannya takkan datang mencari, tapi jangan ular tedung or senduk, saya tak ingat pula yang mana satu, ha..ular ni akan cari pasangannya yang hilang. Mendengarkan penjelasan pakcik tu, syukurnya saya masih hidup. Saya duk bayangkan kalau kena patuk dan suami hanya pulang beberapa jam selepas tu, dia hanya akan jumpa mayat saya dah jadi biru agaknya. Dan Husna pula saya pegang erat, syukur dia tak apa2. Yang nak tergelak tu pulak, rupanya salah sorang pakcik2 ni memang ada terdengar jeritan saya mintak tolong dua tiga kali tu. Dia ingatkan iklan radio yg datang drp arah rumah saya, tapi dia terfikir jugak tak pernah pulak mendengar bunyi rancangan radio drp rumah saya selama dia bertukang di situ. macamana boleh ada iklan tu, hinggalah maid indon tu sendiri menjerit memanggil mereka meminta tolong. Baru pakcik tu sedar saya betul2 mintak tolong.ahaks. Oh ya, saya juga terhutang budi pada maid tu, kalau tak lamalah saya menunggu bantuan tiba.

Huhuhu..suami pulak, lepas pakcik2 tu beredar, dia kena kembali ke sekolah. Ikutkan memang tak mo bagi dia pegi, sebab semangat saya belum pulih lagi dan masih takut, tapi bila fikirkan anak2 murid dia lebih penting masa tu, tak pelah, lagipun dia keluar emergency tak sempat beritahu pihak sekolah. Yang lawaknya, suami cerita, masa dia memandu pulang tu, dia tak ingat nak call bomba atau apa, yg dia ingat, camner dia nak berlawan ngan ular tu..sabor jeklah. Bila suami balik ke sekolah, saya masuk rumah. Duduk kat ruang tamu dengan Husna diam2. Terpaku memandang ke arah tempat ular tu mati. Kesan baunya yang hanyir tu tok sah cakaplah. Saya tak ingat, suami atau saya yang basuh kesan darah dan dinding tu. Yang pasti, seminggu dua tu saya jadi fobia sangat. Waktu malam nak tidur, saya akan tutup bawah pintu bilik tidur dengan kain. Dan sudah tentu, bawah pintu dapur, saya tutup dengan kayu panjang. Saya belajar drp kesilapan tu. Saya tak terfikir awalnya, yang ular boleh menyelinap masuk sebab fikirkan saiz ruang antara lantai dan pintu dapur tu tak besar mana. Saya tersilap. Ular tu pula saya fikir datang daripada kawasan pembinaan sekolah belakang rumah saya tu, sebabnya sebelum sekolah tu dibina, ia satu tanah kosong yang luas dan dipenuhi dengan semak samun dan hanya pagar dawai yang memisahkan laman belakang rumah saya dengan tanah tu. Jadi, bila tanah tu dibersihkan, maka segala binatang yang ada terpaksa beredarlah cari perlindungan, termasuk ular tu agaknya.

Rupanya, suami beritahu saya lepas kejadian ni, tengah malam yang kami sampai dari KL sebenarnya dia dah rasa tak sedap hati. Semasa dia menaip di komputer tengah malam tu, berulang kali dia menoleh ke belakang sebab dia rasa macam ada ular belakang dia, walhal kat tgh ruang tamu tu suami letakkan sementara penyidai baju bulat besi yg besar dan tinggi yang baru dipasang yang kami bawa pulang dr rumah mak saya. Pagi Isnin tu cadangnya nak letakkan di laman luar rumahlah. Dia rasa macam penyidai tu ular. Hmm..tak sangka itu instinct awal. Sehingga ke hari ini, saya masih fobia even lalu kat kawasan tanah lapang berumput atau kebun2, terbayang kehadiran sang ular. Masa saya menaip ni pun bulu roma meremang dah. Cukuplah sekali tu jer, saya tak mo terkena lagi.

Monday, June 12, 2006

Air halia vs. Madu putih

Update: Tadi ada kengkawan yang tanya camner pulak dengan minuman halia madu tu? Baru saya teringat ada dijual halia madu segera dlm peket. Saya pernah meminumnya juga, memang bagus dan kehangatan badan pun sedang elok saja. Lagi satu, saya fikir madu tu madu asli biasa dan bukan madu putih. Pendapat peribadi saya, madu putih lebih panas daripada madu asli biasa tu. Dan yang saya minum air halia '0' malam tu adalah satu mug. Kemudian, saya makan madu putih sesudu sahaja tanpa dicampur sebarang air. Setelah itu baru saya minum air. Yang saya rasa badan panas sangat tu sebab mungkin tak seimbang kuantiti halia dan madu putih tu. Ok..kepada yang baru membaca entri ni, di bawah adalah cerita asal.

Awas, jika anda minum air halia, jangan makan madu selepas itu terutama madu putih atau jika anda makan madu putih, jangan minum air halia selepas tu, kerana anda akan terasa badan 'terbakar'!!!! Ini pengalaman saya sendiri. Kisahnya lebih kurang sebulan dua yang lalu, asyik tertangguh jer nak dijadikan entri.

Satu malam Ahad, saya sekeluarga makan di luar. Seperti biasa, saya suka memesan air halia '0', sebab air halia ni elok utk membuang angin badan kerana ia 'panas'. Dan saya tak ingat pukul berapa, tapi tengah malam rasanya, saya mencuba pula sesudu besar madu putih yang dibeli oleh suami pada tengahari Sabtu tu. Penjual madu tu memberitahu suami yang madu putih tu drp royal jelly bee. Madu tu memang berwarna putih. Rasanya manis masyaAllah. Siapa yang jenis gigi sensitif, memang terasa ngilu sangat, macam sayalah. Lebih manis drp madu asli yang biasa tu. Suami pulak, dia cuba dua sudu besar. Tujuan utama kami membeli madu putih ni sebab seorang kawan saya beritahu ia baik untuk budak2 yang asma, tapi untuk budak kena dicampurkan dengan air, sebab sedia maklum yang madu ni 'panas'. Huda dan Alia ada lelah mendatang. Maksudnya, kalau kena selsema berwarna hijau dan batuk berkahak, alamatnya lelah datang dan kena nebulizer jawabnya di klinik. Kiranya, sebelum bagi anak2 makan, kami nak cuba dulu.

Balik kepada cerita saya tadi, selepas makan tu, saya masuk tidur. Tapi, lebih kurang jam 4 pagi lebih, saya terjaga. Entah kenapa saya merasa 'panas' yang amat sangat dalam badan saya. Puas lelapkan mata, tetapi bahangnya mengganggu saya. Saya kejutkan suami tanya dia ada rasa kepanasan tak, dia jawab tak de langsung. saya pun hairan sebab dia makan 2 sudu, orait jer. saya yg makan 1 sudu, k.o. Terus saya naik ke bilik, terasa nak mandi, kot2 memang awal dinihari tu bahang cuacanya. Saya pun mandi siap basuh rambut bagai. Sebenarnya masa ni saya dah panik. Memang mengalir gak air mata tu sebab tak tahan panas badan. Dan di dalam bilik, saya pasang kipas siling kuat2.. saya cuba bawa tidur. tapi memang tak boleh juga. Masih terasa bahangnya. Kenapa nih??? Saya sempat terfikir, eh banyak dosa saya ni sampaikan terasa bahang api neraka??? punyalah istighfar banyak2, bawak berzikir sebab nak hilangkan panik tu. Saya terfikir2 lagi, apa sebab utama, entah macamana saya terfikir, mungkin air halia yg saya minum sebelumnya dan madu putih yang saya makan tu 'bersatu' akhirnya seperti pertembungan dua angin monsun agaknya dan mengeluarkan haba yang membuatkan saya kepanasan sangat. Sampai subuh, saya masih tak boleh nak lelap. Panas...panas...panas.

Lepas solat subuh, saya turun ke bawah. Cuba tidur di ruang tamu, memang kebetulan malam tu kami anak beranak tidur di ruang tamu. Saya mengiring salah, menelentang salah, meniarap salah. Suami pulak ada urusan penting hari Ahad tu, dia serba salah jadinya tengok keadaan saya yang gelisah kepanasan. Saya suruh dia pergi jer. Sebelum dia pergi tu, lebih kurang jam 7 pagi, saya mengantuk sangat, tak boleh tahan, tapi tak boleh nak tidur juga, sebab bahang. Entah macamana, Allah beri ilham pada saya, saya cuba duduk antara dua sujud dan membongkokkan badan hingga kepala mencecah bantal. Kedua belah tangan saya letakkan bawah lutut. Tak sedar saya boleh terlelap. Rasa terlena sekejap, sehinggalah suami mengejutkan saya sebab dia nak keluar dah. Masa saya bangun tu, saya terasa badan tu dah tak de bahangnya. Rasa normal kembali. Alhamdulillah, panas tu dah hilang. tapi memang ia menjadi pengajaran sungguh pada saya; jangan minum air halia dan madu putih mahupun madu asli biasa dalam jarak jam yang berdekatan. Inilah akibatnya. Cukuplah pengalaman kepanasan giler selama 3 jam lebih kurang itu. Begitu juga jangan makan tembikai dan makan madu bersama. Ia boleh membunuh kata orang.

Mohon Maaf & citer weekend

Assalamualaikum semua. Moga-moga ada yang terlepas daripada Monday blues pagi ni. Tapi kalau dah kono tu, tak dapek den nak nolong dooo. Oh ya, saya nak mohon maaf sebab untuk jangkawaktu terdekat ni saya hanya membenarkan bloggers saja yang memberikan komen kerana tanpa dijangka entri saya sebelum ni telah menjadi medan perbincangan oleh mereka yang marahkan kaum melayu yg mendapat pelbagai keistimewaan di tanah air kita ni. Sedih juga ada yg siap caci maki kita, tapi itu pendapat mereka. Bak kata saudara Izhal, ada yang betul dan ada yang salah pendapat mereka tu. Kalau sesiapa yang nak tau apa yang mereka katakan, marahkan, caci maki, silalah baca komen2 di entri "Gula..gula di mana kau gula".

Ok..pindah citer lain. Weekend baru ni tak ke mana pun. Duduk rumah aje. Entah nape, my mood was very bad in these two days...tak tau angin kus kus mana datang dah meresap dalam badan. Oh, Aiman pulak start demam sejak malam Ahad. Hehe..duk tak mo layan bola, tertengok gak perlawanan pembukaan antara Jerman - Costa Rica, tapi tak sampai habis. Takat 3-2 aje, rupanya2 menang 4-2. Teringat arwah ayah, kalau musim piala dunia ni, dia akan tidur cepat2, lepas tu berjaga tengah malam nak layan bola. Nasib suamiku bukan begitu, hehehe. Dia biasa2 aje bab bola ni. Teringat pulak seorang guru lelaki masa di tingkatan 4, punyalah dia tak minat bola, antara yang saya faham maksud kata2 dia, buat apalah nak berebut bola yang satu tu. hehe. pendapat masing2 kan. Tapi, kalua saya sendiri, jika diberi pilihan antara hindustan dan bola, tp bola org putih la..baik saya layan bola. Tapi antara bola dan travel n living di Astro atau mana2 siaran Astro kecuali channel 6, saya pilih yang kedua. ahaks. Pagi ni pula, dah start musim persekolahan, Husna jer ke sekolah, Aiman masih cuti, demam tak kebah lagi. Janganlah berjangkit dengan yang lain pulak.

Friday, June 09, 2006

Gula..gula..di mana kau gula?

Masaelah betul...gara-gara harga minyak, harga barang dapur pun nak dinaikkan..tapi kalau tak dapat dinaikkan, inilah jadinya...sembunyikan barang, terutamanya gula!!! Ataupun p seludup gula kat luar negara mcm yang dilaporkan dalam berita dulu. Menyusahkan orang betullah. Masa saya bermalam di rumah mak untuk menjahit langsir dulu, mak bagitau area Selayang susah nak dapatkan bekalan gula. Banyak kedai ketiadaan gula. Weekend lepas, balik rmh mil pun macam tu juga, mil bagitau area kat langat susah nak dpt gula, hinggakan ada satu kedai tu tetapkan seorang blh beli sekilo jer. Dalam minggu ni pulak, suami nak beli gula, pun macam tu jugak, hinggakan dia p Giant Batu Caves pun tak de...terpaksalah beli gula kastor. Tapi tak taulah kat Giant tu dah ada stok gula atau tidak. Hari Rabu lepas, baru suami dpt beli sebungkus gula kat kedai itupun sebungkus (jadilah). Siap suami pesan jangan nak buat kuih itu ini bagai yg menggunakan banyak gula. Kena bersukatlah maknanya. Maka terbantutlah harapan ummi nak belajar buat apam gula hangus. Agaknya, kalau kerajaan benarkan naik harga barang..tup tup esok dah terjengul depan pintu kedai stok gula pasir setinggi pintu kedai.


Kalian tak de masalah ke nak dapatkan bekalan gula ?

Wednesday, June 07, 2006

Tiga sebab...

Minggu ni saya ada tiga sebab untuk merasa lega; (i) gigi telah dicabut, (ii) hp telah diganti, dan (iii) berita terkini tesis saya.


Hari Isnin baru ni saya telah cabut gigi geraham bawah pula (yang saya ceritakan dlm entri sudah mengenai tampal gigi dan bila berjauhan). Doktor memberi pilihan samaada saya mahu cabut terus atau buat root canal. Saya memilih cabut memandangkan kos root canal mahal untuk ekonomi kami buat masa ini. Dan mmg klinik Melayu ni murah betul, RM 40 sahaja berbanding dengan gigi geraham atas RM 80 di klinik cina.

Saya nak share tips dengan anda jika anda mahu mencabut gigi terutama gigi geraham akan datang;

1. Makan berat dulu sebelum pergi mencabut gigi
- kerana selepas dicabut tu, akan berlaku bleeding yang berjam2 dan 1 jam selepas itu belum tentu anda boleh makan. Ini terjadi pada saya sendiri hari tu, bayangkan saya tak makan tengahari lagi dan selepas cabut gigi lebih kurang jam 1 tghari lebih hinggalah jam 6 ptg lebih darah masih tak berhenti. Hinggakan kapas yang doktor bagi dah habis digunakan. Asalnya tak mo makan sebab nanti air liur tu bercampur darah, terpaksa makan juga sebab dah pedih, biarlah jadi raja bersiung pun lepas tu.ahaks. Suami sempat mengusik saya ajak pergi ke hospital untuk masukkan drip air selepas saya mengadu sakit perut dek kelaparan.

2. Beli kapas tambahan yg sesuai utk menahan bleeding gusi di farmasi
-ini kerana kapas yang doktor beri tu kemungkinan besar tak mencukupi disebabkan darah yang banyak.

3. Jangan berkumur2, minum boleh.
-saya dinasihatkan oleh dr. di klinik cina dahulu supaya jangan kerap berkumur2 selepas gigi dicabut sebab ini akan menggalakkan pendarahan lagi. tapi, nak minum boleh. Oh ya, 6 jam selepas itu boleh berkumur dengan air garam untuk membersihkan gusi yang luka itu. Kalau kita nak solat, blhlah sekadar masukkan air dlm mulut tanpa berkumur2. Dan pastikan setiap kali nak solat tu ganti kapas baru. Satu kapas utk satu waktu solat.

4. Pastikan doktor gigi memberi anda ubat penahan sakit selepas itu.
-sebab anda akan suffer at least 3-4 hari selepas ubat bius habis beberapa jam selepas itu sebab gusi tu masih belum sembuh sepenuhnya dan mengambil masa beberapa hari utk recover semula. Sakit itu boleh membuatkan anda sakit kepala sepanjang hari. Dan sekarang ni mmg saya tengah suffer (nak jugak memblog tu..huh). Biasanya ubat penahan sakit itu adalah ponstan. Bagi pesakit gastrik seperti saya WAJIB makannya bersama dengan ubat angin (jika anda ada stok di rumah). Kalau tak ada stok, bagitau dentist yang anda pesakit gastrik. Kalau dia tak de ubat gastrik, blh dapatkan di farmasi atau di klinik biasa. Sebab utama ialah ponstan ni merangsang gastrik, dan pesakit gastrik seperti saya lagilah teruk padahnya jika tak makan ubat angin bersama kerana akan berlaku muntah2 yang teruk hingga menyebabkan perut terasa pedih dan perit. Ini pengalaman saya sendiri. Lembik badan saya jadinya sampai berbaring aje. Keadaan begini boleh berlarutan setengah hari paling singkat, ini sayalah. Tapi, jika anda bukan pesakit gastrik, rasanya tak mengapa tak makan ubat angin bersama. Apapun consult dentist dulu, ok.

Hari Selasa pula suami secara mengejut membelikan saya hp baru. Sebab utama hp lama tu dah teruk sangat. Asal on aje, off semula. Kalau dapat on 5 - 10 minit tu kira bagus sangatlah tu. Sebelum ni, hp lama tu 3 kali masuk 'klinik' sebab masuk air. Bukan sebarang air, tapi air liur Alia. Dia ni suka pegang hp saya sambil menggigit2 or menghisap2 bucu hp yg kat bawah tempat charging tu. Mula2 tak perasan, tapi bila pertama kali tu hp tak blh on, saya check, basahnyalah bawah hp tu sampai kat tmpt sim card pun basah. Oh ya..Alia ni kuat ngences kata orang jawa(banyak air liur menjejeh). Itulah sejarah masuk 'klinik' kali pertama. Lepas baik tu, oklah, tapi terkena lagi 2x, sudahnya, jd 'semput' kawan ni wlwpun dah dibaiki sentiasa. Lepas tu pulak kerap terjatuh, sampaikan volume mode yg 5 tu bunyinya mcm mode 1. huhu..mmg keje Alia jugak. Dia duk suka pegang2 buat stail bercakap dlm telefon. Jangan tanya kenapa mesti bagi Alia main, tak mo bagi sbenarnya tapi dia punya jeritan tu tak tahan dengar, ganti yg lain tak mo..sudahnya hp tu jugak jadi mangsa. Jangan ikut jejak langkah saya ya puan2 dan tuan2. Hehe..Alia nampak hp baru saya tu, mengechek dia nak pegang, tapi saya tak bagi. Tegaslah kononnya. Saya bagi dia main hp dah teruk tu. wah..bukan main eksen lagi dia. tak kisahlah, janji dia tak pegang dah hp baru saya.

Hari Selasa petang juga saya telah menelefon ke postgraduate unit kulliyah saya dan bertanyakan dgn person in charge ttg tesis saya, dia bagitau dah dapat dan akan buat board meeting utk tentukan siapa akan handle correction saya. Leganya. Bila saya tanya samaada major or minor correction, dia kata nampak masalah grammar jer (saya buat dlm b.i dan b.i saya memang tak excellent, tapi itu pilihan yang ada, sebab saya tak blh buat dalam bahasa arab kerana b.arab saya lagi lemah) dan bab content nampak ok. Lega lagi. Saya tanya, secara keseluruhannya adakah saya lulus atau fail. Dia kata kalau nampak markah tu luluslah. Lega lagi. Apapun saya tak sabar tunggu 14 jun iaitu hari board meeting diadakan utk menerima semula tesis saya utk dibuat pembetulan. Tapikan, saya tak boleh nak lega 100% lagi sebab saya takut person in charge tu tersalah org sebenarnya, takut dia keliru saya yang mana satu. Cuma saya harap memang itu tesis saya.

Siapa jawab telefon?

I ada story nak tell you all. Dalam perjalanan pulang ke rumah Ahad lepas drp rmh mil lbh kurang jam 9 mlm lebih, kami singgah di rmh paklong saya di Cheras untuk mengambil barang yang kami pesan sejak beberapa minggu lepas. Kami hanya berbual di pagar, tak mau masuk sebab nak cepat. Sempat paklong beritahu yang wan long (pangkat mak sedara pada adik beradik mak saya dan nenek pada sayalah) di Jementah yang berusia 84 tahun tu tak sihat. Hanya terbaring dan tak berapa nak makan. Kiranya mereka pun baru sampai dr sanalah ni.

Saya sampai rmh hampir jam 11 malam. Dah gitu gini berkemas barang2 drp keta, saya tergerak telefon mak nak maklumkan pasal wan Long ni. Lama jugak saya menunggu telefon diangkat, sehinggalah kedengaran suara mak menyambut telefon. Biasanya waktu ni dia tak tidur lagi. Suara dia macam mamai bunyinya,

Mak dah tidur ke?

lolap kojap ha..

Mak tadi kak long pegi rmh paklong, dia baru balik Jementah tgk wan ulong..wan ulong tak sihat…bla..bla..bla..

Haa.. (lemah jer dia mengiyakan)

Oklah mak..


Sebenarnya hati saya pelik gak nape mak tak excited macam biasa kalau dengar citer2 terkini. Memang respon excited mak dah saya cam, “oh..ya ke, bila kamu jumpa dia..or bila kamu telefon dia” , ini tidak, macam antara malas dan tidak jer menjawab. Yelah, mak ngantuk agaknya.

Esoknya, saya tergerak telefon rmh mak, nak bercakap dgn adik bongsu asalnya, tapi mak yang menyambut dulu. Sebelum mak nak memanggil adik tu, tiba2 mak tanya,

Eh, kamu pergi tak rumah paklong? (saya jadi pelik)

La..kan kak long citer ngan mak malam tadi?

Bila? (nada dia sungguh2 terkejut, saya dpt imagined camner air muka dia kalau terkejut)

Ya Allah, kak long telefon mak lbh krg 11 mlm lebih, bila kak long tanya mak dah tidur ke belum, mak kata lolap kojap haa..

Tiba2 mak saya ketawa besar bila dengar jawapan saya tu sebab dia sebenarnya BETUL2 TAK SEDAR YANG DIA DAH MENJAWAB TELEFON DALAM TIDUR!!!.

Ya Allah, sikit pun mak tak sedar, kalau maksu yg telefon mak sebelum tu mak ingatlah. Pukul berapa kamu telefon ? Bla..bla..bla…

Mak ni..tu kak long cakap ngan sapa?
(saya pulak jadi suspens tiba2)

Saya pun ulang balik apa yg saya ceritakan dengan mak drp A-Z tentang isi perbualan kami malam tu berkenaan pertemuan saya dengan paklong dan hal keadaan kesihatan wan long. Memang mak gelak sungguh2 sbb tak sangka boleh menjawab telefon masa tengah tidur tu. Kami pun berborak panjang sambil gelak2 . Mak bagitau mmg kebetulan malam tu semua tidur cepat dan mak pulak rasa keletihan yang amat hingga mak rasa mak tak sedar langsung bunyi telefon.

Ha..lepas ni kena letak cctv kat dlm rumah tu supaya blh tau mak tidur buat apa..mana tau buek kojo kek dapur ko..saya usik mak. Lagilah mak bantai gelak. Punya gelihati sampai saya letak telefon terlupa nak bercakap dengan adik pulak. Dah kena call lagi. Sabor jelah.

Aduh…mmg jadi citer sungguh. Hehehe..dan dan tu sebenarnya masa berborak ngan mak, saya teringat nak jadikan entri blog ni..anak bertuah!!!!. Tapi, bila fikir2 semula, seram pulak, manalah tau cik han yg jawab tepon dan menyamar jadi mak saya..larikkkkkkkk.

Monday, June 05, 2006

Jidur, tapai, bunga telur, dan 'berkat'

Jidur ni dimainkan semasa kedatangan mempelai bagi masyarakat Jawa. Alatnya bulat dan besar, dan ia dipalu. Sekali palu memang menggetarkan jiwa sebab kuat sangat. Ia juga diiringi dengan paluan kompang yang mempunyai loceng atau kompang yang biasa. Bila jidur dan kompang berloceng ni dimainkan serentak, maka ia menghasilkan bunyi yg sedap dan gah pada saya. Pertama kali saya mengenali jidur semasa hari perkahwinan saya sendiri ketika bertandang di rumah suami. Terkejut bila dengar paluan jidur tu. Jidur tu besar dan terpaksa diletakkan di atas tempat duduk motor kapcai.ahaks. kadangkala pemain kompang berloceng dan jidur ni tak turut serta dalam perarakan pengantin tu, sebaliknya mereka duduk di tempat yang telah dikhaskan oleh keluarga pengantin. tak perlu risau kalau pengantin tak mendengar, sebab bunyinya mmg bergema kuat. tadi, saya menghadiri salah satu majlis perkahwinan, jidur ini dimainkan juga tpi saya dapati ia bukan alat jidur yang asal, sebaliknya sebuah tong drum kecil yang dipalu, but still mengeluarkan bunyi yang sama.


Pencuci mulut pula memang tak boleh dipisahkan dengan jemputan kenduri kahwin, sama ada dihidangkan agar2 atau pelbagai jenis kuih atau buah2an, atau kedua2nya sekali. Tadi, semasa menghadiri dua majlis perkahwinan, kedua2 tempat menyediakan tapai pulut sebagai pencuci mulut samada dibungkus dengan daun atau dalam bekas plastik bulat yg kecil. Dapat pulak pulut yang manis sesedap tekak, tak sedar cepat habisnya. Oleh kerana kami dapat bawa balik dalam beberapa bekas tapai pulut, saya dapat idea utk memakan tapai tu bercampur dengan aiskrim. Makkk...sedapnya. Tapai memang feveret saya.

Dan entah kenapa, kalau dapat bunga telur dan banyak biji pula tu, sedap sangat rasanya dikupas dua tiga biji, dihancur2kan dan dicampurkan dengan kicap..berselera betul makan. Terfikir pula, napa tak rajin buat telur rebus penuh sendiri ? walhal kita bleh rebus berbiji2 telur dan buat cara makan yang sama...tapi entahlah.

Saya dapati juga, tuan rumah majlis kahwin tidak lagi menjadikan bunga telur sebagai cenderamata wajib pada jemputan, sebaliknya dipelbagaikan jenis cenderamata tu mengikut kekreatifan tuan rumah. Yang saya perhatikan di kenduri masyarakat jawa kat kampung suami saya sekarang ni, jemputan akan diberikan sebungkus kecil beg yang berisi dua tiga bungkus kerepek yg berlainan dan sebungkus kek kecil atau muffin. Kata mil, ia pengganti berkat sekarang. Sebab kalau biasa adat masyarakat jawa, setiap jemputan pengantin yang datang akan dibekalkan dengan berkat (nasi minyak + lauk kenduri sebungkus dua) dan bunga telur. dan ia tidak terhad kepada saudara mara sahaja. Biasanya kos kenduri bagi masyarakat jawa (pendapat peribadi saya) mmg tinggi sebab mereka akan buat double kuantiti masakan, satu untuk hidangan dan satu lagi untuk jemputan bawa pulang. Tapi, ada juga tuan rumah yang beri buah2an sebagai pengganti bunga telur seperti epal dan oren. Ada tuan rumah yg lebih kreatif, memberi cenderamata berupa sapu tangan yg dibalut cantik atau kipas tangan yg comel. Untuk kanak2 pula, sekarang kotak bunga telur pastinya berisi beraneka jenis gula2.

Hmm..entah bila pula mak saya dan mil saya akan jadi tuan rumah kenduri kahwin lagi...lambat betui rasanya adik2 n adik ipar saya yg sorang tu nak berkahwin pula.