Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Monday, November 27, 2006

SIHAT & SAKIT

Assalamualaikum,


Terima kasih pada semua yang mendoakan Alia cepat sihat. Alhamdulillah, dia beransur sihat walaupun masih ada sesekali kedengaran batuk berkahaknya, yang penting, tidurnya dah selesa tanpa rasa saluran hidung tersumbat dan dengkuran yang mengalahkan orang tua tu. Kalau sebelum ni, kita dengar dengkuran tu yang tak tahan tu sebab dpt rasa macam ada selsema yang tersekat kat area batang hidung dan tak mau turun2 keluar. Hinggakan kalau dia tidur tu, mulutnya mesti menganga, yelah bernafas melalui mulutkan..kesian tau menengoknya.

Sabtu malam, seperti yang dijanjikan, kami bawa dia jumpa doktor pakar ENT, dan hasil sesi soal jawab doktor tak boleh nak bagitau yang Alia ni ada RESDUNG, sebabnya dalam hidungnya yang berair tu adalah disebabkan selsema dan bukan alahan (sbb dia tanya samaada Alia ada alahan pada makanan tertentu atau tidak, dan jawapannya tidak), dan asmanya datang disebabkan dia kena selsema dan batuk berkahak serentak. Itu yang mmg saya pastikan sendiri. Kalau selsema sahaja tanpa batuk, asmanya takkan datang. Apapun doktor tu masih bagi Alia ubat untuk membantu selsema dan batuk berkahaknya sembuh. Sib baiklah masa doktor duk check keadaan dalam hidung dan dalam tekak Alia tu, Alia bagi kerjasama tanpa meronta2, kalau tak payah gak.

Setelah tu, kami bawa Alia jumpa dengan doktor biasa yang merawat Alia dan yang suspect Alia ada resdung tu (di klinik yg sama ni; ada rawatan biasa n pakar), untuk memeriksa samaada perlu atau tidak Alia kena nebulizer lagi. Alhamdulillah, dah tak de whizzing.

Kiranya start malam Ahad tu hinggalah ke pagi Isnin ni mmg tak de bunyi apa2 dah. Tapi still kesian kat dia sebabya kena makan 5 jenis ubat; ubat batuk, ubat cairkan kahak, ubat selsema, ubat lelah, dan antibiotik. Hari Ahad tu memang nampak dia letih sebab terlalu banyak makan ubat yang semuanya menyebabkan mengantuk.

Bak pesan Simah suruh saya jaga diri, sebenarnya saya pulak rasa badan tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam. Tapi, taklah sampai kena makan ubat. Letih tak cukup tidur sejak Khamis malam masih terasa sampai sekarang. Itulah dia tugas ibukan dan komen bro. Azeer dalam entri sebelum ni memang benar, itulah yang buat terasa kuat sikit tu.

Dan ada satu lagi yang merunsingkan saya, saya kena SAKIT GIGI lagi...ya ALlah, saya terfikir mungkin dah start nikmat gigi saya ditarik perlahan satu demi satu. Gigi sakit ni adalah gigi geraham gak, berjiran ngan gigi yang baru dicabut ari tu. Ke disebabkan saya bertangguh cabut gigi yang lama tu, makan kumannya telah merebak ke jiran sebelah? Wallahu a'lam. Nampaknya nak kena ke klinik gigi lagi. Saya ni sampai dah tahap steady aje, tak takut dah pegi klinik gigi lagi. Tapi, KALAU kena cabut lagi..memang sejarah betullah, SETAHUN 3X CABUT GIGI. Ada ke orang macam tu? kalau tak de, ni boleh masuk GUINNESS BOOK OF RECORD MALAYSIA nih..huhuhu

Oklah. Eh, saya nak share satu lawak yang saya dapat melalui fwd email. Pada saya mmg lawaklah...



Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have some fun, started talking loudly.
"My boss is sending me to Saudi Arabia", the one said, "But I don't want to go...too many Muslims there!"
The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable.
The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I refused...WAY too many Muslims!"
Smiling, the first man said, "One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!"
The couple fidgeted.
The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"
The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why you'll never see me in Indonesia... WAY too many Muslims!"
At this, the Muslim man turned around and responded politely, "Why don't you go to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim THERE!"
__._,_.___

Thursday, April 20, 2006

Pulut Beriani

Saja nak kongsi citer hal dalam famili saya yg mungkin buat bloggers tersenyum sedikit.

Pulut Beriani

Beberapa minggu lalu, saya masuk blogUda dia citer pasal kejayaan dia masak nasi tomato. Shami pulak share resepi nasi daging dia. Maklang pulak citer pasal nasi briani dia. jeles weh, kita ni tak reti nak masak nasi2 specel camtu (Ada sesapa yang berbesar hati nak share resepi nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani..dan segala jenis nasi spesel ni? Amat dialu2kan, terutama yg terbukti enak hingga menjilat jari or sampai cik abg bukak tutup periuk tiga 4 kali).

Teringat lak saya masa try wat nasi beriani ni. Satu hari tu, kami p shopping barang kering kat Giant, p bahagian rak jualan segala jenis paste masakan ni, termasuklah paste segera nasi beriani ni. Belilah sebungkus. Berkobar nak masak ni sbb baki beras basmathi tu ada sikit lagi.

Bila tiba harinya yg sesuai, kita pun nak masaklah nasi ni. Bukak laci tu, ada sepeket kecil beras tak de cop jenama, sbb ni yg jenis timbang kati kat kedai tu. Kita pun rendam dlm setengah jam, pas tu tos. Siaplah ngan segala bahan mak nenek utk menumis. Punyalah harum bau...confident jer masak. Lepas tu masukkanlah beras ni. Wah, dengan senang hatinya, kita pun masukkan ingredient tambahan terakhir. lepas tu tutup periuk.Bagi masak betul. Tak lama lepas tu, bila bukak tutup periuk. Eh, peliknya..awatlah nasi ni tak berderai ? melekat2 pulak. Kita biar kejap lagi. Tapi, tak berderai gak. Ah sudah, terlebih air ke ni? Tapi, sbb rasanya dah terlalu lama kecikkan api tu. At last, kita pun tutuplah api. Lauk tu kita wat lauk ayam masak merah lagi.

Time makan tu, suami tanya,
Nor, melekat2 ni..mcm pulut. Cuba tengok
(Yang kita ni mmg dah tengok tadi, maleh nak tengok. Alamak..ni mmg tak capai standard piawaian cik abelah ni)
Terlebih air kot. bla..bla..bla..
(jawab saya. cik abe makan sikit jer. padan muka tu!!!)

Memang sudahnya, nasi tu tak berapa laku. Huhu..sodeh den.Beberapa hari or beberapa minggu lepas tu, saya tergerak nak bersihkan ruang almari yg diletakkan kampit beras. Duk keluarkan kampit beras tu, tiba2 terkeluar satu pek kecil...ya ALlah, ni pek beras basmathi yg tinggal baki tu..siap bercop dan berjenama lagi. Jadi..yang saya masak ari tu???? Allah, baru teringat, mmg betul itu beras pulut...hehehe. Barulah teringat balik, peket kecik beras pulut tu saya letakkan dlm laci dan peket beras basmathi tu saya letakkan sama ngan dlm ruang kampit beras tu..Adeiii..sabor jelah. Kiranya ari tu mmg saya tanak PULUT BERIANI lah.

Bila cik abe balik rmh, saya pun bagitaulah dia,

bang..mmg hari tu pulutlah..
(tersengih2 saya bercakap. dia menjeling saya..aww)

ha tulah, beli lagi tak bagitau abang
(hehe..konon2nya nak tunjuk daulat suamilah tu..teringak lak entri Alex Lacey pasal daulat suami isteri ni)

bukan tak bagitau, beras beriani tu dah lama beli. beli ngan abg dulu, tapi tersalah letak..bla bla bla
(masih nak defend diri lagi tuh...heheh, mmg bkn sengaja pun.keterlupaan jer.)

So, moral of the story para mommy bloggers...kena kenal pasti jenis beras tu beras apa sblm masak..kalau tak kantoi mcm saya :D

**************************************

Tanda halal dalam syurga

Tahun lepas, Husna dan Aiman, saya masukkan ke tadika pre integrated islamic school di Taman Batu, Greenwood. Mmg banyaklah faedah yg mereka dpt terutama pasal basic islamic practice ni. Dek kerana sama tadika, depa ni suka bawak citer2 n ilmu yg dpt tu balik ke rmh, kekadang tu jadi topik perbualan depa berdua. Dan kami juga ajar anak2, kalau nak beli makanan or minuman, pastikan ada tanda halal JAKIM pada packaging tu.

Satu hari, saya tgh menggosok pakaian di bilik dan pintu bilik saya terbuka. Di bilik sebelah tu, Husna n Aiman tengah bermain sama dan pintu bilik mereka terbuka juga.Tiba2 telinga saya tertangkap perbualan mereka. Pasal hukum meminum arak. Antara isi perbualan mereka, minum arak di dunia tak blh. haram. tapi arak kat akhirat boleh. Allah bagi...bla..bla..ada atau tidak tanda halal bla, bla, bla..Tiba2 Aiman datang kat saya,

Ummi..arak kat syurga boleh minumkan sebab ada tanda halalkan?

tak semena2 tanda halal JAKIM tergantung2 dalam syurga tu terpampang kat mata saya.Tersengih saya tiba2. Mesti dia ingatkan tanda halal JAKIM tu ada dlm syurga gak.

Mana ada Aiman, tak de tanda halal tu..sebab mmg Allah jadikan arak di syurga tu halal diminum

Ohh, kakak...

Cepat2 dia berlari bagitau kakak dia yg arak di syurga tu tak de tanda halal tapi boleh diminum. Hai anak..anak...keletah dan pertanyaan mereka kekadang buat kita terkedu kejap.
=================================================================

Jus loya

(Amaran keras...anda dinasihatkan dalam keadaan tidak makan dan minum semasa membaca teks di bawah ini. Sekiranya anda sedang minum, habiskan segera, dan jika anda sedang mengunyah, telan segera!!! )
Satu tengahari. Di ruang makan duduk bersila sepasang suami isteri menikmati hidangan tengahari. Satu jag berwarna hijau kehitaman dan berpenutup separuh berisi air kosong sebagai minuman. Sambil enak menikmati makanan, si isteri bersulamkan air. Secawan pertama, habis diminumnya. Masuk cawan kedua, habis juga diminumnya. Elok aje menuangkan air ke dalam cawan untuk kali ketiga, tiba2 turun bersama air tu seekor cicak mati yang dah putih pucat warnanya dan kembang badannya. Apalagi, si isteri terus berlari ke sinki dan termuntah2 sambil teringat-ingat yang dia dah terminum dua cawan berisi jus cicak mati. Uwek...uwek..uwek..Si suami terkejut dan terpaku sekejap tetapi merasa bersyukur sebab dia memang langsung tidak minum walau setitis pun air itu.

Mau tau sapa isteri tersebut????? SAYALAH !!!!!!!!! Huhuhu..tobat nasuha saya, takkan sekali2 minum drp bekas yg berwarna gelap tanpa memeriksa kandungan dalamnya terlebih dahulu. Ya Allah, bila teringat balik, automatik geli geleman tekak ni dan terasa kembang jer.

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Aktuari vs Akuari

Adik bongsu saya, A sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Sains Aktuari (Mathematik). Sesapa yang aliran sains tu insyaAllah taulah bidang ni. Semua subjek adalah berkaitan dengan matematik, komputer, termasuk juga berkaitan insurans dan beberapa lagi yg saya tidak ingat. Jadi, bidang kerja dia nanti adalah berkait rapat dengan subjek2 yang dipelajarinya itu.

Satu hari, mak saya pergi ke kedai dan terserempak dengan jiran lama kami. Memang dah lama sungguh mak tak berjumpa dengan makcik ni. Sibuklah makcik ni bertanyakan perihal anak2 mak termasuk si A. Dan mak bagi taulah yang si A sedang belajar dlm bidang sains aktuari ni. Dan makcik ni dengan penuh konfidennya menjawab,

ha..nanti senanglah bila keje nanti dia boleh jaga AQUARIUM kat KLCC tu.

Mak saya terkedu tiba2. Apahal ke situ pulak kejenya? Yang saya pulak bila mak citer pasal ni naik keras perut tergelak. Ya Allah, mujur saya tak bersama mak masa tu, mesti saya sakit perut menahan gelak. Mungkin makcik tu ingat aktuari tu maknanya akuarium. Tak boleh nak salahkan dia juga. Mungkin juga sebutan mak saya tak jelas. Wallahu 'alam :)


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Busuk hati

Perkara ni berlaku masa tahun lepas. Satu petang, saya lepak di bilik tidur bersama Huda, Alia dan suami pula dalam bilik air untuk berwudhu'. Husna dan Aiman di bilik mereka, sedang bermain bersama. Tak lama lepas tu terdengar mereka bertengkar-tengkar (sejak masuk tadika, pandai tul nak bertekak-tekak..ada jer idea depa nak wat isu), lepas tu Aiman berlari masuk ke bilik saya. Masa tu suami baru nak hampar sejadah dengan membelakangkan kami. Husna pulak masuk kemudian dan Aiman pula tiba-tiba mengeluarkan ayat yg saya dah lupa isinya tetapi lebih kepada perasaan iri hati dan marah sangat pada Husna. Mendengarkan ayatnya tu, tiba-tiba saya sampuk

Tengok tu Aiman, busuknya hati dia cakap kat kakak camtu.

(saya tercakap kuat)


Eh..mana ada, Aiman dah mandilah...mana Aiman busuk

( dia balas dengan selamba sambil berguling2 atas katil saya)


Saya dah nak tergelak dengar jawapan Aiman tu, tapi tahan-tahan sebab takut suami yang masa tu nak angkat takbir terganggu, dah tersenyum senyum saya ni sambil mencuri2 pandang ke arah suami, rupanya dia pun dah start nak tergelak, tak jadi dia angkat takbir.Apa lagi, saya bantai gelak kuat-kuat sebab gelihati sangat, sambil tu mengelak2 drp suami yg konon-kononnya nak memukul saya sebab ganggu konsentrasi dia nak mula solat.

Apalah Nor ni, ada ke cakap busuk hati kat anak

(sambil tersengih2 suami tegur saya)

Yelah..dia cakap camtu

Lain kali gunalah ayat baik-baik sikit

(hehe..itulah cikgu bahasa. kalau bercakap mesti nak berlapik.)

Tuesday, April 04, 2006

Sorrylah kalau gugur rambut nak memahamkan

AMARAN KERAS: ANDA MUNGKIN TERPAKSA MEMBACA NOTA DI BAWAH INI UNTUK KALI KEDUA
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.I know i clap one hand only. Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!! You are really crocodile land.My Friend speak you play wood three .. Now i know you correct correct playwood three. so,i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you.I don't want banana to fruit two times ....Safe walk .....



*****************


Kah kah kah...saya tak dpt tahan diri drp terus ketawa dan ketawa baca ayat-ayat ni. Kalau mat saleh baca nota putus cinta ni mau botak kepala nak memahamkan maknanya. Kahkahkah lagi. Aduh..koreh porut den golak.

p.s. saya dpt ni drp forward email

Friday, March 31, 2006

Lawak...lawak

Saya dapat forward email ni. Tengah tension, wajib baca :D


Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..



Citer 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap. saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????



Citer 3


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........



Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 5


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Ithappen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blockedfrom the police officer and asked for her driving license and so on butun fortunatelyat the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan
polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LERNGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
(Padan muka, minum lagi arak yang haram tu.... dah jadi bangang la tu)



Citer 6


Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan padajalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????



Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum"
Walaikumsalam "
Ni rumah encik Sameon ye?"
Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8


Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


kisah 1


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya.Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.



kisah 2


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan: Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...



kisah 3


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tongberwarna merah."Atok buat apa tu?"."Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



kisah 4


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untukmenyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilikberkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Thursday, March 02, 2006

Minggu demam

Assalamualaikum..

Ari ni Khamis. Baru larat nak mengadap blog betul2. Yang tiga topik sebelum ni tu saved as draft sebelumnya..masa suam-suam kuku nak demam. Lepas tu terus tak larat nak mencoret. Pendamkan dulu, ari ni baru post yg dah disaved tu.
Kiranya, sejak Ahad sampai hari ni, demam on off. Hmm..nilah cerita ceriti saya sepanjang demam ni

Isnin

Pagi isnin, condition saya masih tak kebah demam sepenuhnya.tekak tengah perit.terbaring jer lepas anak2 ke sekolah. Tapi gagahkan jugak sidai kain sebelum tu. duk tengah baring tu..dpt sms "ada rumah tak?blh datang x now?" itu sms drp r.a supervisor saya. saya tau dia nak serahkan tesis saya. saya alu2kan kedatangan dia. Dalam sepuluh minit kemudian, dia sampai. Saya memerhatikan plastik bag yang dia bawa..ya Allah, leganya saya tengok ada fail sekali (dalam tu borang2 berkenaan utk disubmitkan ke kulliyyah beserta tesis saya).Saya tau dah tak perlu wat any correction lagi. Terkejut dia tengok dahi saya bertepek bye bye fever. Saya bagitau yang saya demam. Duk berbual lebih kurang kat bawah matahari tu (dia kat luar pagar dan saya dalam pagar sebab dia tak mau masuk), dia beredar. Leganya, saya dah boleh submit tesis (comb binding lagi) utk diserahkan pada examiner pula (dilantik pihak kulliyyah). Tapi, masih tak larat nak printed out yang baru. Tunggu kebah dulu. Yang best tu, Dr. minta saya email ke dia soft copy tesis saya, sebab dia nak edit semula dan hantar ke journal (gabungan nama saya dan dia)..tak tau dia nak antar journal mana lagi..best nya..bukan senang nak letak nama bersama ngan salah sorang academic writer yang berpengalaman.
Tekak saya makin perit. Memang nak nangis rasanya, sebab saya memang jenis tak tahan sakit. Suami pulak mengajar kelas malam. Ingatkan nak tunggu esok ajak dia ke klinik. Saya sms dulu bagitau keadaan getting worse. Jam 11 malam lebih kami bertolak ke klinik panel 24 jam. On the way tu, ada jammed sikit dan bila saya perhati, la rupanya jammed kat stesen minyak petronas sampai ke tepi jalan. Saya terpikir, eh..minyak naik lagi ke..sebab saya tak tonton berita pun malam tu...anak2 sibuk tgk citer kartun astro. Saya minta depa kerjasama jangan buat bising, gaduh2 sebab saya tak larat. syukur depa dengar kata. wlwpun sesekali depa bertekak, cepat salah sorang ada yang ingatkan "eh..diamlah, ummi demam".
Sampai klinik tu, mak aiii..punyalah ramai org...mmg tengah musim. terserempak pula ngan rakan sekelas husna pun demam.siap mak dia pesan ngan husna kalau cikgu tanya kat sekolah esok, bagitau dia demam.
Jumpa doktor. Dia tak check mana pun..cuma tengok dalam tekak saya yang betul2 merah. dia pesan makan bubur or makanan lembut. dia tanya samaada saya allergic ubat atau tidak, saya kata tak penah. Bila ditanya, dia bagitau simptom allergic tu badan gatal2 dan muntah2..ikut oranglah.
Balik tu, singgah kedai beli 100+ dan cool fever. kat rmh, saya makan antibiotik dan ubat hisap utk sakit tekak. saya tak makan ponstan yg diberi sebab sebelum ke klinik, saya dah telan panadol dua biji. Malam tu..oklah saya boleh tidur.

Selasa

Seawal pagi saya sambung makan ubat yg diberikan doktor semalam. Lepas anak2 ke sekolah, saya sambung tidur. Huda dan alia masih tidur.Tapi, lebih kurang jam sebelas pagi lebih, saya terjaga..ya Allah, rasa mual nak muntah dan sakit perut memulas2 yang amat..rasa macam dicucuk benda tajam kat tengah2 pusat tu. Tak dapat tahan, apalagi..saya muntah...nasib baik sempat ke tandas.

Ya Allah, hampir sepanjang tengahari tu, saya berulang alik ke tandas..muntah dan cirit birit. Lembik betul badan saya. Dengan demam lagi. Terpaksa pulak saya selongkar dalam peti ais kot2 ada ubat tahan muntah, cirit birit, sakit perut dan angin. Alhamdulillah ada.Sesekali Alia buat ragam..cepat2 saya berdoa minta dia tak ragam lama. Alhamdulillah, dia tak melalak.

Akhirnya, saya called klinik tu semula dan bagitau simptom saya alami. nurse yang menjawab tu suruh stop makan antibiotik tu..tapi yang lain boleh. Saya stop makan antibiotik tu..tapi saya pelik, kenapa perut saya masih terasa pedih. Saya gagahkan jugak uruskan Alia dan Huda. Syukur depa tak banyak ragam..pandai main sendiri, especially Alia..Suami pulak bawak balik 100+ yang dipesan dan bye bye fever.

Rabu

Keadaan saya ok sikit bila dah tak de muntah2 dan cirit birit.cuma pelik, kenapa sepanjang hari saya masih rasa sakit perut berpanjangan. memang tak selesa..tensyen tul. Dah tak makan antibiotik,tekak saya sakit semula...Allah. Takkan nak p klinik lagi. tapi saya dah maklumkan pada suami yg saya kena tukar antibiotik tu.

Nak pegi klinik siang, tak berkesempatan. Suami full house. Masa dia p kelas malam tu, Allah, sakit tekak saya bertambah.camner nak buat...at last, saya tawakal, makan satu pil antibiotik yang saya alah tu dan berdoa minta saya tak cirit birit. kalau ikutkan kena makan dua biji. Saya tak bagitau suami, tak mau dia bising. Memang legalah sakit tekak tu, tapi, perut saya pedih. Saya doa sangat2 supaya tak kena cirit birit. Alhamdulillah.

Abih kelas malam, suami called, tanya saya nak p ke klinik ke tidak malam tu. Saya tolak, tak perlah, kebetulan nak bawak Alia p suntik imunisasi MMR kat klinik lagi satu, jadi, saya rasa, saya amik antibiotik baru kat situ jer. Saya suruh dia p makan jer..sebab mmg saya tak masak pun, cuma goreng ayam jer untuk anak2 makan...itu yg saya larat buat utk makan malam. Dia tanya nak pesan apa2 ke..saya kata tak per. Saya pun masak bubur kosong jer utk diri sendiri...malas tul...

Hari ni (Khamis)

Segar bugar

Pagi ni saya bangun dengan rasa segar bugar..pelik, rasa dah kebah betul.Wah, punyalah semangat saya wat keje..basuh baju, sidai baju, masuk grup yahoo, ngadap blog. Lepas anak2 ke sekolah, suami balik ambil saya, Alia dan Huda utk ke klinik.

Antibiotik, MMR dan MMR 2


Saya terangkan pada doktor keadaan saya sebelum ni dan tunjukkan antibiotik yang saya dapat. Doktor tu kata, antibiotik tu mmg merangsangkan gastritis..la, saya kata, kenapa doktor klinik A tu bagi walhal dia tau saya ada gastrik sebab saya dah mentioned awal2 kat doktor tu..lepas tu, dia tanya, doktor sana bagi pcm tak? saya kata, bagi ponstan..lagi dia terkejut. Ponstan pun merangsangkan gastrik. la..padanlah sakit perut berpanjangan. Jadi dia bagi preskripsi baru.

Lepas tu, untuk Alia..saya kata nak wat imunisasi MMR...dah setahun lebih..lambat buat sebab dia pun on off tak sihat sejak genap setahun nov. lepas.Saya duk sedap bercakap pasal MMR tu, terbabas sebut MMR 2..cepat2 doktor tu betulkan, MMR 2 tu highway tu...ya Allah, malunya saya..tersilap sebut.

Apapun, saya rasa lega. Bila balik rumah, saya makan ubat2 baru..dah hilang sakit perut tu..doktor bagi ubat gastrik sekali. Petang nanti nak kena p sekolah Husna pulak..syukur rasa badan dah kebah.