Showing posts with label Harijadi. Show all posts
Showing posts with label Harijadi. Show all posts

Thursday, November 16, 2006

Birthday girl : Alia Khairiyyah

Lebih kurang sebulan yang lalu

Lebih kurang sebulan yang lalu
Gambar 2004. Dah berusia sebulan masa ni rasanya.


Berusia seminggu.

Happy birthday Alia (3x)

Happy birthday to you.

Moga Alia jadi anak solehah yang berjaya dunia n akhirat. Amin.

Tarikh Lahir : 16 Nov. 2004 ( 3 Syawal)

Usia kini : 2 tahun

Perkembangannya: Lasak, dah banyak patah bercakap biarpun banyak pelat2, tapi akan jadi pendiam dengan orang yang tidak dikenali, tengah belajar pakai baju n seluar sendiri, kalau menangis boleh sampai berpeluh2 satu badan, suka makan sendiri, pandai bermain ngan abang n kakak2nya, akan mempertahankan dirinya sungguh2 dan akan membalas balik kalau orang buat dia, pandai bergurau, GARANG MAK DATUK, dah mula main aktiviti kanak2 kat internet (pandai berebut nak guna pc dah), suka bergambar, suka makan dodol, putik jagung, kuih muih dan paling feveret kicap, hatta makan apam pun bercicah kicap..boleh gitu? suka mencicip sos cili dan sos tomato, tapi lepas tu menjerit2 nangis kepedasan. Tak diberi, menangis..dah diberi melalak. suka hati, nak sangat..bagi ajelah. Ok..itulah antara perkembangannya yang terkini. Opps..lupa lak, dia boleh panggil umminya "Nor..". Memang cipta sejarah, dalam semua anak, dialah yang panggil umminya "Nor"..mula2 terkejut, kot2 salah dengar. tapi bila dengar betul2, sahlah dia panggil saya "Nor", tapi kalau menangis nak menyusu, dia akan jerit "mami", kalau mood baik, panggil "ummi"..mmg dialah sorang panggil saya ngan banyak gelaran, hehe. Tak pelah, yang penting satu makna "ibu" kan ?

Friday, July 14, 2006

Aiman Fathi : Selamat Hari Jadi Sayang




Happy birthday to you (3x) Happy birthday Aiman. Hari ni 14 Julai 2006 (Jumaat) genap 6 tahun usia Aiman. Tapi sian kat dia...kena demam campak pulak pada harijadi ni. Terjangkit dari Alia agaknya. Tergaru2 sana sini, mengaduh gatal aje. Ummi cuma boleh bagi makan ubat dan simpati. Aiman kena sabarlah sikit. Sekolah pun terpaksa ponteng hari ni.

Hmm...besar dah Aiman, tapi Aiman masih nak manja2 lagi ngan ummi. Ummi tak manjakan, tapi AIman yang suka meleser2 lagi ngan ummi. Dah ada adik pun masih kuat cebeng..senang merajuk..senang menangis..kuat menyakat adik2 dan kakak...tapi penyayang dan suka bermain ngan adik2 dan kakak jugak. Yang lawak tu, walaupun Aiman lelaki, tone suara Aimanlah paling lembut. Adik beradik perempuan Aiman tone suara jenis besar. Aiman yang pemalu. Itu yang boleh ummi katakan :). Sejak kecil Aiman memang susah nak dengan orang, ingatkan dah besar oklah. Rupanya still pemalu sampai sekarang, terutama ngan orang yang tak dikenali bila berjumpa kali pertama. Kalau orang bertanya, la hai..hampir tak dengar suara Aiman menjawab. Sampai kena suruh ulang jawab. Cumanya, kalau kat rumah tu, biasalah, Aimanlah hero terutama ngan adik beradik perempuan. Suara yang pemalu tu boleh jadi nyaring pulak tiba-tiba. Tak percaya Aiman ni pemalu ngan orang. Tapi satulah, kalau ummi dan ayah usik Aiman jugak, Aiman akan jadi malu tiba-tiba. Tersipu-sipu. Kekadang ummi ngan ayah pun tergelak tengok stail Aiman ni.

Oleh kerana jarak Aiman ngan kakak lebih kurang 1 thn seminggu aje lbh kurang, Aiman rapat ngan kakak. Terlalu bergantung dengan kakak. Mana ada kakak, situlah ada Aiman. Kakak pulak rajin layan Aiman masa tu. Kalau Aiman bangun pagi tengok kakak tak de, Aiman akan cepat2 tanya ummi mana kakak. Risau tul kakaknya tak de. Kalau pun Aiman suka sakat kakak, tapi bila ummi marah Aiman usik kakak, kakak akan defend Aiman balik. Hmm...ummi pulak yang kena balik. Itu sebabnya Aiman jadi seronok usik kakak.

Dan kerana Aiman terlalu bergantung dengan kakaklah, ummi dan ayah risau takut2 Aiman tak boleh berdikari kalau2 kakak tak de nanti, terutama bila kakak bersekolah dan bila Aiman masuk sekolah juga tetapi tahun berasingan dengan kakak. Maka, ummi dan ayah sepakat masukkan Aiman dan kakak ke tadika serentak tahun lepas (Kakak 6 thn n Aiman 5 thn masa tu) supaya Aiman boleh belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru terutama belajar berkawan. Syukur matlamat kami berjaya, sebab bila kakak tak sihat dan tak dapat ke tadika, Aiman ok bila kena ke tadika sorang. Dan masa kakak nak masuk darjah satu, ummi kerap kali pesan yg kakak dan Aiman akan berpisah juga. Syukurlah Aiman menerimanya dengan baik. Jadi, bila Aiman sambung tadika lagi untuk tahun k 2 ni, Aiman dah boleh berdikari. Cuma yang tak best tu, bila Aiman dan kakak dah bersekolah ni, pandai pulak nak bertekak..ada je benda yang nak ditekakkan..tapi lepas tu mesti geng balik. Hmm..macam-macam.

Lagi satu, Aiman lebih pentingkan kakak walaupun dah ada 2 adik. Ummi pun hairan kenapa. Adakah sebab jarak Aiman dan Huda hampir 3 thn membuatkan Aiman rasa kurang rapat atau bagaimana? Kalau belikan sesuatu, Aiman mesti fikirkan kakak dulu, bukan adik-adik. Hmm..moskil ummi moskil. Sampai sekarang keadaan ni berlarutan. Ummi tau, bukan Aiman tak sayang adik-adik, sayang, hatta kalau masa dapat adik huda dan Alia dulu, janganlah orang yg datang menziarah tu eksyen2 nak amik huda dan alia, mesti Aiman dah menangis. Tapi, mungkin sebab kalian berdua aje berkawan sebelum ada adik2 lagi.
Aiman suka mewarna, suka mencuba, kreatif, ada2 aje yg nak dibuatnya. Aiman juga minat game internet. Inilah ummi rasa antara penyumbang utama Aiman pakai specs. Tapi, dah terlambat nak baiki keadaan. Ummi harap power specs Aiman tak bertambah lagi. Aiman suka makanan pedas, suka buat air sendiri terutama air teh, oren dan sirap, tapi ummi tak galakkan sebab kecik lagi pada ummi. Aiman suka sediakan sendiri roti magerin, siap sediakan untuk adik2 dan untuk ummi jugak kekadang tu. Aiman pun suka tolong buat kerja rmh; basuh pinggan paling Aiman suka. Tapi ummi pun tak galakkan sangat, sebab Aiman kecil lagi. Kemas katil sendiri pun dah boleh ya Aiman. Tapi kekadang nak menyiapkan satu katil tu, siap bertekak dulu ngan kakak. adeii.. Ummi perasan lagi, Aiman pun suka tengok cara ummi memasak. Dua yang ummi tak berkenan, kalu dah bermain, lengah aje nak kemaskan permainan..kena volume suara ummi 4 or 5 baru cepat2 nak buatkan. Kalau mintak tolong tengah tak de mood, ha..punyalah alasannya. Sabor ajeklah. Tapi, kalau mood mengemas mainan n mak menolong ummi tu datang, laju jer jalannya. Kan sonang camtu?

Oh ya, ummi dan ayah perasan Aiman kurang minat membaca. Aiman cepat boring. Belajar tak sampai 5 minit dah resah semacam. Sian kat kakak, dia semangat nak ajar, tp Aiman main-main aje. Tapi, akhir2 ni ummi dan ayah nampak Aiman mula suka membaca walaupun terangkak-rangkak lagi. Tak mengapalah, ummi dan ayah pun tak mo pressure Aiman. Aiman tak sama macam kakak yang terlalu minat membaca tu. Cuma ummi harap, bila Aiman dah masuk darjah 1, Aiman betul2 boleh lancar membaca. Ini penting untuk kerja sekolah Aiman dan waktu exam nanti.

Satu yang buat ummi rasa terharu ngan Aiman ni, time beli apa2 makanan atau minuman, Aiman mesti nak suruh ummi makan or minum jugak walaupun sedikit. Kekadang tu, ummi baru nak kunci pintu rumah, Aiman dah standy tepi ummi sambil suakan makanan yg baru dibeli utk ummi makan. Kalau Aiman makan dulu, Aiman akan tinggalkan sedikit untuk ummi. Soalan standard Aiman, ummi dah makan ni? atau ummi dah rasa ni? Kalau Aiman tau ummi tak makan or minum lagi walaupun dah tinggal sedikit baki, Aiman akan paksa ummi rasa jugak. Takut ummi tak merasa nanti. Tu yang buat ummi rasa alahai Aiman..ingat kat ummi time makan dan minum.

Hehe..Aiman taukan ummi gelarkan Aiman "lelaki Melayu terakhir" sebabnya Aiman suka sangat pakai baju melayu, tak kira waktu. Kalau tergerak nak pakai, waktu tengahari pun boleh pakai. Waktu malam apatah lagi, dah jadi macam baju tidur pulak. Kiranya baju melayu raya tu taklah terperap menunggu dipakai semula raya tahun depannya atau time kenduri kendara.

Sekarang ni, Aiman masih sorang aje anak lelaki ummi (tapi ummi harap akan ada lagi anak lelaki). Andai takdir Aiman sajalah anak lelaki ummi, kebetulan ummi dan ayah pergi dulu, Aiman kena jaga adik beradik perempuan Aiman tau...sebab Aiman dah jadi wali mereka. Ini amanah besar ummi untuk Aiman.

Ok. Sempena birthday Aiman ni, ummi doakan aiman jadi anak yg soleh yang berjaya dunia dan akhirat, sihat sejahtera drp sebarang penyakit berat, murah rezeki, pelajar yg soleh dan berjaya, pekerja yang soleh dan berjaya, jodoh yang solehah dan rumahtangga yang bahagia, dan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat. Dan ummi doakan segala yang terbaik dalam hidup AIMAN. Amin.

(Ha..nanti ummi dah post entri ni, ummi nak suruh Aiman baca kat blog..biarlah merangkak2 pun membacanya :).

Monday, June 26, 2006

Husna Fathiyyah : Selamat Hari Jadi Sayang

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Husna
Happy birthday to you...

26 Jun 2006 yang baru lepas ni adalah hari jadi kakak yang ke 7. Maaflah ummi lambat buat entri birthday ni untuk kakak.

Doa ummi semoga kakak jadi anak yang solehah, contoh yang baik kepada adik2, pelajar yang cemerlang, murah rezeki, sihat sentiasa, berjaya dalam karier, mendapat jodoh yang blh memberi kebahagiaan kepada kakak dunia dan akhirat, dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sejak baby, kakak seorang yang berani.Tak takut dengan orang asing. Sesiapa pun boleh dukung kakak tanpa risau kakak akan menangis. Ummi ingat lagi, kakak diam aje bila kena dukung ngan salesgirl India semasa kita p shopping complex masa kakak tak sampai setahun lagi. Mata kakak yang bulat dan besar tu memang menarik perhatian ramai orang. First orang jumpa mesti cakap, eh..besarnya mata dia. Bab kakak berani ni memang menakutkan ummi sebab pantang orang depa tangan nak dukung, cepat2 kakak sambut. Ummi takut kakak kena culik, huhu.

Bila dah besar ni, memang terserlah keberanian kakak. Kakak confident jer bila berada depan public, bahkan berani bercakap dengan orang tak dikenali kalau mereka menegur kakak.

Kakak seorang kakak yang penyayang tapi tegas dan kadang2 garang. Ummi harap kakak akan jadi contoh ikutan yang baik pada adik2 ya, daripada semua segi. Memang itu tanggungjawab kakak sebagai seorang anak yang sulung.

Lagi satu, kakak juga suka tolong ummi, cumanya tak semua benda yang ummi boleh benarkan tolong, terutama buat minuman panas sebab takut kakak tak pandai handle bekas air panas dengan baik. Syukur sekarang ni bila dah ke tadika dan sekolah, kakak dah pandai kemas bilik sendiri, lipat kain baju, tolong adik2 apa yang patut terutama suapkan makan minum adik. Sekurang2nya kakak berdikari dalam banyak perkara. Ummi ingat lagi beberapa bulan lepas, ada sekali tu ummi demam, tak larat nak bangun. Ayah pulak tak de kat rumah. Bila ummi bangun tu, ummi terkejut sebab tengok kakak dan Aiman dah siap buatkan air teh satu teko..tapi menggunakan air sejuk, sebab takut nak gunakan air panas. Ummi memang tak boleh nak marah, sebab ummi tau korang nak minum air feveret korang, cumanya korang tak mahu kejutkan ummi yang tak sihat. Sebak ummi dibuatnya, tapi ummi bangga sebab korang tau berdikari dah, tak de terjerit terpekik nak itu ini masa ummi tak sihat. Terima kasih banyak2.

Bila kakak mula pandai membaca masa 4 thn lebih, ummi rasa syukur sangat sebab kakak suka dengan buku2, tetapi ummi dan ayah tak sangka yang kakak jadi obses dengan buku. Masa kakak mula minat membaca seawal 4 tahun tu, kakak suka paksa ummi ajar kakak, tapi ada masanya ummi tak dapat nak ajar sebab ummi tengah buat kerja rumah atau ummi penat sangat, tak de mood nak mengajar, kakak akan bising dan cakap "ummi tak mau kakak pandai ke?". Aduh..sabor jeklah. Bila kakak betul2 lancar membaca pula, jadi masalah besar pada ummi dah ayah sebab kakak akan membaca tak kira waktu hatta jam 2 pagi lebih pun kakak akan membaca, bila disuruh tidur kakak merajuk. Kalau kakak tak boleh tidur, kadang2 kakak curi membaca dalam gelap. Memang ummi dan ayah larang sebab takut nanti mata kakak cepat rabun. Lagi satu, cara kakak tekun membaca tu macam orang nak exam esoknya. Siapalah tak risau. Pernah ummi suruh kakak berhenti membaca sebab dah tengah malam, kakak boleh jawab kakak takut tak cukup ilmu nanti. adei...tak terjawab ummi.

Bila kakak dah pandai membaca, kakak suka baca paper, buku ensaiklopedia maksu, dan bahan2 bacaan berat. Yang best tu, masa 5 thn lebih kakak dah pandai membaca sarikata rancangan2 tv. Bila ummi tak tengok citer feveret ummi, nanti kakaklah yg citer kat ummi apa yang kakak tengok tu sebab kakak dah faham jalan cerita dengna membaca sarikata bahasa tu.. Kalau ummi tak mo tengok citer, tapi kakak paksa dan ummi tak mau jugak, kakak pandai warning ummi yg kakak tak mo citer kat ummi perjalanan citer tu..konon merajuklah. hehe. sabor jelah. Dek kerana kakak suka sangat baca ensaiklopedia, kakak akan citer balik ngan ummi dan ayah apa yang kakak baca, dan tanya apa yang kakak tak faham..biasanya ummi memang tak dpt jawab sebab itu semua fakta. hehe anak lebih pandai drp emak. Sejak tu, kalau kakak ceritakan sesuatu perkara pada ummi dan ayah, ummi tak boleh nak kata kakak tipu, tapi ummi kena tanya dulu, kakak tau drp mana?, bila kakak kata drp buku maksu (ensaiklopedia maksu), ummi tak boleh nak kata apalah. Itu belum lagi macam2 majalah kanak2 yang kakak baca, bahkan majalah2 utk wanita pun kakak suka baca. Apa lagi yang boleh ummi katakan? kakak dah jadi ulat buku!! ummi pun tak macam kakak. Kesannya juga pemikiran kakak nampak lebih matang.


Dek kerana kakak minat membacalah, ia mempengaruhi cita2 kakak. Kakak ingat tak antara buku ensaiklopedia yang kakak baca masa kakak 4 thn lebih tu, pasal angkasa lepas dan ia ceritakan pasal pekerjaan angkasawan. Dah kakak kata kakak nak jadi angkasawan, bila ummi kata kakak kena besar dan belajar dulu sampai universiti, kakak suka sangat, tapi lepas tu kakak menangis2 sebab kakak marah kenapa kakak tak besar2 sebab kakak nak jadi angkasawan. Sabor jelah, penat ummi pujuk kakak , tapi tak jalan..at last kakak diam sendiri. Yang kelakor tu, lepas seminggu, bila kakak tengok citer power rangers, kakak bagitau ummi nak keje jadi power rangers pulak. hehe..terpaksalah ummi bagitau yg citer power rangers tu tipu aje, mana ada keje power rangers sebenarnya. Awal tahun ni pulak, bila keluar pasal Malaysia akan ada bakal angkasawan, tiba2 kakak bagitau ummi kakak tak mo jadi angkasawanlah sebabnya jauh sangat, nanti macamana nak balik ke rumah..aduih, tersengih ummi dengar sebab kakak tu. Beberapa minggu lepas tu pulak, kakak bagitau kakak nak jadi saintis. Hmm..besornya semua cita2 anak ummi ni. Tak apa, ummi doakan ia makbul yang penting kakak mesti cemerlang dalam pelajaran.

Alhamdulillah, mid term exam baru2 ni kakak berjaya dngn cemerlang, bukan takat dalam kelas bahkan keseluruhan sekali. Memang ummi rasa gembira dan bangga sangat. Menitik air mata ummi dengan kejayaan kakak. Ummi ni tak berapa pandai, jadi bila kakak jd pelajar yang cemerlang, ummi rasa itu rezeki yang Allah bagi pada ummi dan ayah. Tapi kakak, ini masih awal lagi, perjalanan kakak masih jauh dalam bidang pelajaran. Doa ummi semoga kakak sentiasa konsisten dengan kecemerlangan kakak. Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Lagi satu, ummi nak kakak jangan berlagak dengan kawan2 terutama mereka yang kurang cemerlang, mesti merendah diri. kalau mereka tanya kakak apa yang mereka tak faham, kakak ajarlah, tapi kalau kakak tak tahu, kakak beritahu mereka yg kakak tak tahu. Cuma satu aje, ummi dan ayah tak mahu manjakan kakak dengan pelbagai hadiah mewah, sebabnya ummi takut nanti kakak belajar sebab nak dpt hadiah semata, bukan sebab ia tanggungjawab kakak sebagai pelajar. InsyaAllah, ada hadiah tapi tak mahal, cuma masanya tak tau bila. Jgn tensyen bila kakak tgk kawan kakak dpt hadiah mewah ya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ok.

Kakak, ummikan selalu pesan kakak dengan ayat2 ni " Kalau muka kita cantik sangat, kalau kita bijak sangat, tapi kalau perangai buruk, tiada gunanya". Ummi nak kakak ingat pesanan ummi ni sampai mati, jagalah akhlak kakak di mana saja kakak berada, sebab itu yang orang sanjung tinggi. Ummi tau kakak akan baca entri ni sebab kakak pembaca setia blog ummi biarpun kakak tak pernah tinggalkan komen, sebab ummi tak ajar...hehe. Nanti, tiba masanya ummi akan ajar kakak buat blog sendiri. Bila? akan tiba masanya juga. Tunggu...

Ummi nak kakak tau yang ummi sayang sangat dengan kakak. Kalau ummi ada marah dan tegur kakak or angkat tangan kat kakak bukan sebab ummi tak sayang, tapi sebab ummi nak kakak sedar akan kesilapan dan kesalahan kakak terutama kesilapan yang berulang kali kakak lakukan. Ummi mana yang tak sayangkan anak. Cumanya satu yang ummi ralat, kakak kecik2 dah ada adik ramai, jadi ummi tak boleh nak fokus pada kakak sorang, tapi itu tak bermakna ummi tak sayangkan kakak tau. Ummi selalu doakan yang terbaik untuk kakak. Kakak sendiri kena banyak berdoa untuk kebaikan diri kakak. Yang ummi minta, kakak kekal jadi hamba Allah yang solehah, anak yang baik, kakak yang baik, dan cemerlang dalam pelajaran, kerana itu tanggungjawab utama kakak sekarang.

p.s. Banyak kali saya cuba upload gambar2 Husna yang terkini, tapi tak boleh pula. Gambar2 di atas tu semasa Husna berusia lingkungan 4 tahun kalau tak salahnya.

Wednesday, June 21, 2006

Huda Nasriyyah: Selamat Hari Jadi Sayang



Happy birthday Huda
Happy birthday Huda
Happy birthday to you, my love

Hari ni, 21 Jun 2006, genap usia Huda Nasriyyah 3 tahun. Anak ke 3 tetapi tarikh lahirnya yang terawal antara 4 beradik. Ummi doakan Huda menjadi anak yang bijak, solehah, murah rezeki, sihat sentiasa, mendapat jodoh yang boleh memberikan kebahagiaan pada Huda dunia dan akhirat, dan berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sorry ya, ummi tak sediakan kek untuk Huda. Next time ya, insyaAllah. Ummi kalut semacam jer ni (tesisla..apalagi hehe). Ummi nak Huda tau yang ummi bangga dengan Huda sekarang. Huda dah pandai bercakap penuh walaupun sesekali terkeluar pelat sana sini. Ummi tau Huda nak sangat pergi sekolah sampaikan Huda selalu berimaginasi Huda dah bersekolah; "Ummi..sekolah uda ada buku, pensil", ummi, cikgu uda ada", "ummi, sekolah uda ada masak-masak" dan macam2 lagi ayat Huda tentang sekolah. Tapi, Huda kecik lagi, tak sampai hati ummi nak hantar ke sekolah, lagipun ummi tak kerja. Nantilah ya, bila Huda dah 5 tahun nanti ummi hantar, insyaAllah.


Ummi suka sangat bukan semata2 Huda suka tengok kartun Astro (channel 63 feveretnya), tapi Huda betul2 jadikan ia sebagai guru bahasa inggeris Huda. Terkejut ummi bila dengar Huda cakap good night, no, yes, what dis (what is this), fish, pleash mommy (please mummy), mom, oklah mommy, dan lain2 lain yang ummi tak ingat, dan sekarang perkataan feveret Huda, naughty...naughty..naughty (siap berirama lagi bunyinya dan menggaya jari telunjuk sambil bercakap). Ummi gembira sebab Huda ambil inisiatif sendiri untuk bercakap bahasa inggeris dengan ummi biarpun ummi tak ajar Huda.

Ummi pun gembira sebab Huda makin bertambah berdikari, hatta pakai baju sendiri, makan tak mau bersuap, dan mahu menolong ummi. Sorrylah kalau ummi larang Huda basuh pinggan sebab Huda kecik lagi, dahlah terpaksa berdiri atas kerusi kat sinki tu. Ari tu sampai penuh sinki sebab Huda tak pandai nak bersihkan tapisan sinki tu. Kadang2 tu, ummi tersengih sendiri bila tengok Huda tolong buai adik Alia sambil berzikir La ilaha Illallah (2x) sambil duduk, macam orang tua gayanya. Itu belum lagi bila Huda tunjukkan aksi solat, sejuk hati ummi tengok Huda macam tu. Dah baligh nanti, jangan tinggal solat ya. Cuma yang tak best tu, time ummi solat, Huda suka kacau ummi..menyorok bawah telekung ummilah, peluk kaki ummilah, tepuk2 badan ummilah...tak concentrate I, you...

Apapun, ummi harap Huda pandai mengalah dengan adik, abang dan kakak sebab ummi tak mahu Huda terbawak2 sifat keras hati tu sampai besar. Huda sayang ummikan...Huda tak mau ummi marahkan. Ummi harap juga Huda akan cepat2 berhenti suka nangis kuat2 dan terjerit2 bila tak puas hati, takut Huda sakit tekak nanti. Kurangkan suka berebut dengan adik Alia ya. Yang ummi ketawa tu, pandai pulak Huda kata nak pinjam kakak / abang / alia punya...

Ummi nak Huda tau yang ummi, ayah, kakak, abang dan adik sayangkan Huda. Kalau ummi atau ayah marah Huda bukan maknanya kami tak sayang, pasal kami sayanglah maka Huda kami tegur, bila ummi dan ayah tegur cara baik Huda tak mo dengar, tu yang kami marah. Huda satu jer kat dunia ni hak ummi dan ayah, tiada dua tiganya, tak boleh dibeli di mana2 kedai. Ummi harap Huda tau menjaga diri sendiri, tau menghormati diri sendiri dan tau menyayangi diri sendiri sebab Huda akan selamat insyaAllah, dunia dan akhirat. Ummi sayang Huda....muah...muah...


p.s. Kepada semua bloggers yang datang dan meninggalkan komen, terima kasih banyak2. Mohon maaf sangat2 tak dpt nak balas komen2 di bawah dan membalas ziarah blog anda. InsyaAllah, siap pembetulan tesis saya ni..saya akan datang ke blog anda, except saya lenguh sangat ngadap tesis, akan saya jenguk anda juga nak hilangkan tensen..hehe.

Friday, February 10, 2006

Birthday lady - 10 Feb. 2006

Birthday lady...sedapkan bunyinya..itulah birthday wishes yang saya dapat daripada seorang former classmate. Ohh..ada lagi satu, birthday woman...

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to me....Hari ni, Jumaat genaplah 32 tahun saya duduk kat dunia yang dah sedia tua nih...

Apa ya wishes saya? Itu yang ditanya kepada saya. So, saya berdoa dan berharap agar

1. Sihat sentiasa supaya blh jaga famili
2. Happy famili
3. Bahagia diri

4. Sentiasa disayangi (esp.suamilah) dan dihormati
4. Kena prepare utk mati
5.Dpt keje, tak kisah wlwpun keje drp rmh
6.Tesis cepat dpt wat hard cover..kehkehkeh
7.Sentiasa beribadat (tak semestinya di atas sejadah sahaja)
8.Hamba solehah (ujian2 di dunia ni banyak mencabar kewibawaan kita untuk menjadi hamba solehah), isteri solehah (susah oo mau capai title ni), ibu solehah (kerenah anak2 sungguh mencabar), anak solehah, kakak solehah, warga masy.solehah..
9.Mcm2 lagi yg membawa kebaikan pada saya dan famili saya


Untuk mereka, terutama yang sehari lebih awal wished me happy birthday terima kasih atas tanda ingatan kalian.