Friday, February 24, 2006

Syukur Huda dah kebah

Alhamdulillah...akhirnya Huda kebah betul drp demamnya yang on off. Kiranya start tengahari semalam, saya perhatikan dia nampak ok. Petang Rabu, saya teringat nak bagi dia minum air musoffa, siap berniat minta kebah demamnya. Lepas tu, teringat pulak air zam zam yang masih ada...bagi juga dia minum, siap berniat juga tu. Dan masa nak p sekolah Husna semalam, saya dapati dia nampak sihat...risau tul, takut masa kat sekolah Husna dia jadi lembik balik. Alhamdulillah, dia nampak gembira dan ok jer bermain kat sana. Asal teringat jer, saya letak tapak tangan kat dahi dia dan sekitarnya, nak tau demam datang balik or idak. Malam tadi, saya check, ok...alhamdulillah. Tapi ubat masih tak putus, esp. antibiotik, ubat batuk dan selsema.

Hari ni, saya masih pantau lagi dia..sesekali saya masukkan jari dalam mulut dia, nak tau bahang or idak dalam mulutnya..alhamdulillah sejuk jer. Hai...itulah namanya emak, risau tak sudah. Alia pun masih makan ubat, terutama ventolin (utk asma), ubat selsema dan batuk. Takut asma datang balik. Dia tu memang tak boleh selsema dan batuk, cepat jer asma datang. Jadi mak, bermakna kena belajar jadi doktor or jururawat..at least nama ubat dia kena ingat..koman2 warna ubat tu warna apa...

Dan saya harap, waktu tidur saya kembali normal...kalau tak, memang nak kena qada' siang hari. Nasiblah tak keje wat masa ni, kalau tak fening lalat lah ana sepanjang hari...tak pasal migrain datang pulak.

8 comments:

mama_fynn said...

anak syikin sama macam anak saya. pantang selsema lama sikit mesti kena semput,...sampai 2-3 kali kena ambil nebuliser tu. Dia pun diberi ventolin. Doktor kat Klini Famili TTDI tu ok gak. Dia ajar tepuk belakang anak kat paru-paru dia utk menggalakkan keluar kahak. Saya pun ade beri dia Madu campur ngan susu. Sikit je mcm secubit..byk-byk tak elok utk kanak-kanak bawah setahun.
D

Kaklong Syikin said...

saya pun diajar gak wat tepuk cam tu..saat tgk dia semput mmg tak sampai hati, bayangkan kita kalau susah nak bernafas..tersekat2..

madu pun saya ada beri..dan depa mmg suka madu, sampai minta2 banyak kali. tapi saya terfikir, ok tak kalau saya bagi depa susu formula yg campur ngan madu tu?

First time saya tgk muka mama_fynn..sekali pandang ada iras mak saudara pupu saya..terpaksa tenung lama2 nak confirmkan u are not my auntie :)

oh..tq jenguk blog saya.:)

ibuVouge said...

syikin IV buat kunjung balas.
alhamdullillah anak anak IV setakat ini xde asma.
hujung minggu ini mmg hectic, dr ayah hingga ke anak dmm, alhamdullilllah ibu diberi kesihatan untuk menjaga mereka ini.

Hot Mama said...

syikin, kesiannya huda. Dia pun demam. I pun demam. Nanti baru nak jumpa doktor

Anonymous said...

mmg kesian kat anak2 kalau depa tak sihat. cumanya, huda ni jenis kuat, dia susah nak merengek wlwpun suhu demam dia tinggi. dah lepas dia, saya lak yg demam,sejak ahad sampai hari ni...ni,baru larat nak masuk grup saya, blog...nantilah, saya citer dlm blog lagi.
awak dah sihat ke? saya pun tak sempat nak jenguk blog awak lagi...

Anonymous said...

iv..tq atas kunjungan balas..saya ni baru dpt masuk blog...demam panas.ni slowly kebah...

Along said...

Aduh, ni le kesan dah menjadi seorang ibu. Sentiasa nak kena pantau hal kesihatan anak2. Tiem diaorang sakit, kita pun takleh tido sama..risau, kesian. Kalau boleh, nak ambik penyakit diaorg biar kita je yg sakit.
Alhamdulillah Huda dah sihat. Memang tak seronok bile anak2 sakit ni.

Anonymous said...

tq along sbb kunjung blog saya yg amatur ni..

betui, mmg tak seronok anak2 sakit nih..kita tak senang hati terutama kalau lama dia demam or batuk n selsema. kita tidur pun tak lena, mudah terjaga..