Tuesday, November 21, 2006

Hujung minggu yang padat

Assalamualaikum..

Banyak citer nak citer sebenarnya tapi sebab dapat forward emails yang bermanfaat, sebaiknya masukkan dulu. Bukannya apa, dah masukkan dalam blog ni, yang dalam inbox tu bolehlah dibuang sebab nak elakkan inbox terlalu penuh.

Ok, kembali pada tajuk entri ni. Rasanya dah lama weekend saya tak sepadat minggu lepas, maklumlah kuarantin sebab Husna kena chicken pox dulu, tapi syukur dia dah sembuh, cuma yang peliknya sejak sembuh ni, badan dia macam sensitif sikit, mudah naik gatal2 badan, tergaru-garu. Entah kenapa.

Ikut kronologilah ya-

Jumaat petang - Balik rmh mil. Masa ni rumah mil dah sibuk ngan persiapan untuk hantar rombongan bil bertunang pagi Sabtu nanti. Masa saya sampai tu, adalah dua keluarga sedara suami dah sampai. Ada yang tolong menyempurnakan hantaran. Ada yang sibuk masak kat dapur. Juadah untuk pagi Sabtu tu mil sediakan pulut kuning, rendang daging+paru, laksa (feberet den ni), aneka jenis kuih yang ditempah mcm talam suji, talam keladi n sejenis lagi (lupa). Mil saya ni mmg suka sedia juadah banyak2 kalau buat apa2 jamuan terutama bab kuih muih tu.

Jumaat malam - Kami anak beranak pergi ke Hotel Flaminggo untuk ambil Husna yang terbabit sama dalam Majlis Anugerah Akademik. Masa dia pergi tu, kami tak hantar, dia pergi ngan cikgunya bertolak daripada sekolah sebelum jumaat. Kami tak beli meja, tapi datang masa waktu penyampaian anugerah aje. Alhamdulillah, rezeki dia dapat bersama kengkawan lain naik pentas tahun ni. Moga tiap2 tahun dia akan naik pentas. Amin. Yelah, itupun kalau ada rezeki diakan. Masa kami sampai rumah mil semula, sedara mara yang datang tu dah balik dah.

Jam 3 pagi lebih (Sabtu) - baru dapat tidur sebab Husna tak boleh nak tidur, teruk badan dia naik gatal2 dan pedih macam masa kena chicken pox ari tu, letak ubat calamine tak jalan, makan ubat pun lambat jalan. Menangis2 sebab tak tahan. sudahnya suruh dia mandi lagi sekali ngan air suam, siap bersyampu bagai..alhamdulillah lepas tu dia boleh tidur. Anak2 yang lain pun samalah naiknya tak mo tidur awal, terutama Alia dan Huda galak lagi bermain ngan jerit pekik macam waktu siang aje dibuatnya. Disuruh diam tak makan saman. Umminyalah yang pening kepala pagi tu sebab tak cukup tidur.

Sabtu pagi - Kami menghantar rombongan bertunang bil saya di Bangi. Lepas zohor baru balik rumah mil. Adik beradik mil pun sama berkumpul lagi kat rmh mil hingga lewat petang. Melepek rasanya.

Sabtu malam - kami balik gak ke Gombak malam tu (lepas isyak) sebabnya suami nak siapkan assingmentnya yang tak siap dan kebetulan Ahad pula ada jamuan raya ofis suami. On the way tu, kami singgah rumah Pak Uda saya di Cheras sebab adik sepupu saya yang bernikah 2 minggu lepas (saya tak hadir sebab Husna chicken pox) mengadakan majlis perkahwinannya hari tu. Dek kerana bertembung ngan bil yang nak bertunang, saya dahulukan program bil ni. tu sebab saya lambat hadir kenduri ni. Ikutkan nak terus aje ke kendurinya lepas majlis bil bertunang tapi memang tak dapat sebab nak hantar mil n fil balik n sedara2 mak ramai nak berkumpul semula kat rmh mil, takkan tuan rumah tak de pula, ya tak? Kiranya kamilah tetamu terakhir kenduri malam tu. Sempatlah taaruf sikit ngan suami adik sepupu saya tu. Tahniah ya Adah n suami. Moga kalian bahagia dunia dan akhirat.

Lepas tu, ke rmh tok su saya yang berdepan ngan rumah pak uda, menantu tok su ajak kami singgah jap, kebetulan lama dah tak jumpa. Raya ari tu pun tak sempat jumpa, kiranya ni beraya gaklah. Kemudian, hampir tengah malam baru sampai rumah. Penatnya mak datuk...

Ahad pagi - Lebih kurang jam 9 pagi lebih, kami p jamuan raya department ofis suami yang diadakan di satu restoran Arab kat Ampang, maklumlah, ramai tenaga pengajarnya orang Arab. Pengacara pun cakap arab, ada gaklah sesekali announcement dalam b. Melayu. Sebelum jamuan bermula, macam biasa ada pertandingan untuk anak2 staff. Husna dan Aiman pun join sama. Rezeki Husnalah dapat 3 hadiah untuk 3 acara berlainan, si Aiman tak dapat. Tapi syukurlah Husna bermurah hati bagi sikit hadiah kemenangannya pada Aiman. Dapat alat2 tulis aje, tapi kuantiti agak banyaklah. Bab makan tu yang best tu..makanan2nya memang sedap, nasinya adalah masakan Arab, tak tau apa namanya..ada dua jenis, satu nasi tu masak ngan ayam, satu lagi masak ngan daging kambing, macam nasi beriani, tapi bukan. Dua2 sedap. Daging kambing tu tak hamis langsung. Salad sayurnya yang dua macam tu memang best. Itu lum ayam bakar/panggangnya lagi. Roti arab lagi cicah ngan kacang dal dimasak style Arab. Pendek kata memang best la. Lewat tengahari kami bersurai.

Sepatutnya kami terus attend lagi satu jamuan raya khas utk pengedar2 Propolis Pureline kat Ampang gak, dah daftar pun sebelumnya, tapi disebabkan keletihan yang amat sangat dan kepala pulak start pening dek daging kambing yang sedap tu, anak2 pun dah letih, makanya kami cancel, terus balik rumah. Jemputan open house ex coursemate kat Subang pun memang awal2 dah terpaksa reject. Memang masing2 melepek sampai rumah. Semua tidur awal malam tu. Semangat suami yang berkobar2 nak siapkan sikit lagi assignmentnya sepanjang petang Ahad tu hilang entah kemana. Ponek bebonar. Sib baiklah petang Isnin semalam dpt submit gak akhirnya.

Oh ya, dah mula cuti sekolahkan? Ada yang bercuti kemana2 ke? Kami tak kemana kot, tak de perancangan lagi. Cumanya 23 Disember nanti insyaAllah balik kampung ada majlis tahlil. Saya nikan dah dua tiga kali terlupa yang sekarang ni weekdays, rasa macam weekend aje yelah sebab anak2 duduk rumah tak ke sekolah, jadinya ingatkan Sabtu atau Ahad aje.

Sunday, November 19, 2006

DR. NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Salam,

Saya ingin siarkan forward email ini, silalah baca:


"Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!tidak menunaikan sembahyang otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."



PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Komen saya: Apalagi kengkawan..jom kita jaga solat dan rajin solat!!! Selain daripada tanda kecintaan kita sebagai hambaNya, solat juga merupakan satu senaman untuk kesihatan badan kita.
p.s. Terima kasih pada Yus yang menyarankan saya supaya cuba melihat komen yang baru masuk melalui moderate komen dalam blog dan bukan melalui inbox email. Tepat saranannya!! Rupanya banyak komen kengkawan yang tak lepas masuk inbox email saya (pelik ni) seperti komen Nbk, mamasarah, mamasinga, am dll, sebaliknya hanya masuk dlm moderate komen blog aje. So, saya dah publishkan komen kengkawan yang tak lepas sebelum ni. Maaf ya atas kesilapan teknikal ni. TERIMA KASIH YUS...

Friday, November 17, 2006

Tazkirah: Antara 9 Siti yang patut dicontohi



Assalamualaikum..

Untuk berkongsi bersama dan mencetuskan semangat untuk menjadi seperti mereka;


1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



Note:

Saya dapat forward email ni dan pengirimnya menyatakan "9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. "

p.s. oh ya..ada ke sesiapa yang tinggalkan komen kat entries saya yang saya tak publishkan komennya? sbbnya mama blogger,Yus emailed saya bagitau dia dah 3x tinggalkan komen tapi tak de pun keluar..saya terkejut sebab komennya tak sampai dalam inbox email saya sebelum dipublishkan tu..so, kalau ada sesiapa yang tinggalkan komen tapi tak keluar, maaf sangat2, bukan sebab tak diapprove, tapi sebab komen anda tak sampai, kecuali yg blogger lucah n racist ni mmg tak leh approved lah..

Selamat berhujung minggu semua. Moga aktiviti kita itu di dalam keredhaan Allah hendaknya.