Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita keluar drp tajuk berkaitan Ramadhan kite. Saja nak citer hal kelahiran Huda, lepas Husna dan Aiman.
Masa hampir tarikh bersalin, saya baru register kelas utk semester k 3. Dan masuk minggu kedua, iaitu 18 jun 2003, segalanya bermula. Hari Rabu (18 Jun), saya mula rasa tak sedap badan, mild contraction. Kami ke klinik berdekatan rumah saja nak tau kalau2 servix dah buka. Mmg dah buka 3 cm dan dah bleeding sikit. Doktor suruh pulang dulu dan monitor keadaan. Saya tergerak nak ke kelas Master petang tu lbh krg jam 5 ptg tapi suami tak beri takut2 nanti tiba2 nak bersalin dlm kelas pula. Tapi hati saya kuat mengatakan takkan ada apa2, sebab mmg stail cervix saya bukak lambat sejak 2 kelahiran sebelumnya. Namun, saya ikut jer kata suami, kang buatnya betul ada apa2 berlaku, saya pulak kena tadah telinga dengar taklimat khas dia.ahaks. Sungguh bagai diduga, mmg tak de apa2 berlaku.
Khamis (19 Jun)-Kebetulan Khamis tu adalah routine antenatal check up saya kat klinik bersalin yg saya dah daftar tu. Saya beritahu doctor apa yg berlaku semalamnya dan bila doctor check cervix lagi , masih 3 cm…kan saya dah kata. Mmg lambat bukak. Doktor tak tahan masuk wad lagi, dia suruh pulang dulu dan dia pesan supaya saya banyak bergerak.
Jumaat (20 Jun), saya ada kelas Master jugak di sebelah petang (5 -7 ptg), dan suami tanya nak pergi ke sbb dia dah dengar sendiri doctor suruh banyak jalan. Saya kata naklah. So, dia hantar saya ke kelas. Beg baju mmg standby jer dlm bonet keta tu sejak beberapa hari yang lalu in case emergency.
Lepas jer suami turunkan saya kat kulliyah, dia pun balik ke ofis dia. Hehe..on the way ke pintu lif nak ke tingkat 4 tu, saya terasa lain tiba2..nyut..nyut..Mild contraction bermula!!!!!!! tapi saya selamba jer slow berjalan. Keluar drp lif, nak berjalan kaki jauh gak bagi ibu mengandung 9 bln ni, walhal, ikutkan tak sampai 5 minit sampailah. slow aje saya berjalan ngan rasa sengal dan nyut..nyut…Saya masuk kelas, rupanya baru nak mula. Kengkawan sekelas terkejut besar tengok saya..sebabnya depa ingatkan saya dah berpantang bersalin. Ahaks. Alkisahnya hari rabu yg suami tak bagi pergi kelas tu, saya called sorang kawan sekelas, bagi tau dia pesan kat pensyarah yg saya ni maybe nak bersalin. Lepas tu dia bagitau pensyarah yg saya on the way nak bersalin..hahaha. tu yg kengkawan ramai ingat saya dah bersalin. Selama dua jam tulah, saya dengar lecture pensyarah sambil melayan contraction ni. Habis kelas, saya slow berjalan dan menggunakan lif turun ke surau.. Saya called suami suruh dia solat maghrib siap2 kat ofis sebab saya nak ke klinik terus.

Lepas solat maghrib, saya tunggu suami kat luar kulliyah. Daripada situ kami terus pg klinik bersalin dan saya bagitau sekian sekian ttg mild contraction saya. Makanya saya terus ditahan wad.Tapikan, masa ni masih lagi cervix saya 3 cm!!!..sabor ajelah. Saya called bagitau emak yang saya kena tahan wad. Makanya Aiman dan Husna tidur rumah maklah malam tu. Tengah malam tu saya tak boleh nak tidur, bukannya sebab mild contraction..bahkan contraction tu hilang pulak. Tapi sebab nak biasakan diri tidur kat wad tu. Boring betul. Tgh malam suami telefon kot2 saya dah nak bersalin ke, saya bagitau nothing happened. Oh ya, doktor tak masukkan drip air utk segerakan bersalin sebab depa tak mau tanggung risiko kot2 apa2 berlaku tengah malam, tak pelah.
Sabtu (21 Jun)-Awal subuh, cervix saya diperiksa lagi, bidan kata baru 4 cm..bayangkan..lmabt tak lambatnya stail cervix saya. Contraction pun tak rasa sangat, very mild. Tapi saya mula dimasukkan air drip. Tp dos ubat tu tak tinggi so mmg gitu2 ajelah contraction saya…hinggalah krg jam 10 pag, barulah cervix saya jadi 6 cm…masa tu tak sakit sangat lagi. Tp saya dah kena tahan dlm labour room. Benci betul. Saya tak suka labour room, sebab banyak sangat perkakas besalin tu, rupa labour room yg serius jer.. Tp depa start tambah dos ubat drip tu, rasa contraction mula kuat. Ohh..sakitnya Allah yang tahu, air ketuban saya dipecahkan bidan. Tak lama lepas tu ia keluar, tapi bidan terkejut sebabnya air ketuban tu dah berubah warna disebabkan najis baby. Rupanya huda dah terberak kat dalam. Cepat2 depa bagi saya pakai oksigen utk elakkan huda lemas di dalam (hidung saya dimasukkan tiub kecil utk laluan oksigen tu.). Oh ya, masa ni suami mmg dah ada. Saya ni jenis panik n tak tahan sakit. So faham2 ajelah. Kejap bising sakit, sakit. Zikir pun zikir jugak. Masa tu 1 nurse dan 1 bidan jaga saya seblm doctor sampai. Depa dah maklumkan pada doktor kat bawah tp masa tu dia tengah buat dressing sorang pesakit kt tingkat bawah.
Contraction makin kuat, tp cervix msih lambat bukak, still 6 cm…depa nak bagi saya pakai oksigen besar pula, entah apa namanya, tujuannya supaya cervix dibukak lebih cepat. saya tolak sbb takut tngok penekup muka tu yg besar sangat lepas tu terasa bahang oksigennya.Punyalah depa pujuk, suami pujuk pun saya tak mau. at last depa ikut aje kehendak saya.
Entah mcmana saya terasa mcm nak terbuang air besar, saya mula meneran perlahan secara tak sengaja, saya bagitau bidan n nurse tu, tp bidan tu tak bagi teran, dia kata baru 6 cm, nak tunggu 10 cm.geram pulak saya. lepas tu dia keluar. Nurse yg tinggal tu ajar saya cara bernafas betul (ini sbnrnya pertama kali saya diajar bernafas nak tahan sakit contraction tu). Saya buat mcm yg disuruh. Mmg terasa lega sikit. Oh ya, saya tak rasa sakit pinggang langsung. Syukur Allah makbulkan doa saya selama pregnant ni. Tak lama lepas tu saya terasa macam ada sesuatu turun ikut tulang belakang dan saya terasa nak meneran sangat, saya bagi tau nurse tu, punyalah dia sporting. Dengan loghat utaranya dia cakap, ikut suka hati syikinlah lagu mana syikin nak buat.
Saya pun terteran, tiba2 saya terasa sesuatu. Saya bagitau nurse, nurse tengok. Eh syikin, rambut baby dah nampak. Ha…saya terkejut. Dengan tak baring straight betul, kaki tak bukak betul, dan kepala saya dah terperosok kat kepala katil, saya pun teran terus siap ngan suara sekali keluar.ahaks (Sabtu, 21 Jun, 11.04 a.m). Kiranya nurse tu pun tak sempat nak sambut betul. Kalau saya beranak sorang mmg confirm tak jatuh baby ke lantai sebabnya mmg banyak lagi ruang kat hujung kaki saya. Yang bidan kat luar tadi, cepat2 masuk labour room dan cepat2 amik Huda sebab takut2 dia dah tertelan air najis tu. Masa nilah baru doktor sempat naik..hehe operasi dah abih.

Apapun, syukur sangat sebab kali ni saya tak lama sangat dlm labour room, adalah dalam 2 jam. Cumanya kesian kat Huda sebab dia kena jaundice dan sudahnya saya kena amik maternity leave 1 sem dan bukan 2 minggu (peraturan universiti)mengikut perancangan asal dek kerana jaundice Huda berlarutan sebulan lamanya dan suami nak saya berehat betul.
32 comments:
akak bersalin kat hospital mana?
masa huda n aiman, kat pusat perubatan kohilal, tmn melawati, berdepan ngan medan selera tmn melawati..
Salam Ramadhan ke-5 Syikin.
Superwoman Syikin ni :)
Entri sebelum ini, saya senyum baca penerangan Syikin pada nyonya tu, ya moga-moga dia nampak.
Baju raya dah buat, tempah, beli? Hisy, baru puasa 5 dah fikir baju raya...
errrkkk....
Ngeri sungguh org p'puan bersalin nie yek....gulp....
Kohilal tuh ok tak kak? bayarannya mcm mana? maksud saya berpatutan ke idak? hehe dekat je dgn umah mak saya Kohilal tu
fuhh, terer tul, siap bole gi lecture lagi tu.. tabik spring cam ni kat syikin...:D
saya punya experience mengandung dan bersalin mmg menarik, sebulan duduk wad sebelum bersalin sbb darah tinggi, dari HUKM naik ambulan ke HKL, hehehe beranak kena operate, saya menggigil menggeletar katil, punya takutnya
Salam kak syikin,
dua entri akak saya tertinggal rupanya.
Hmmm..baca pengalaman bersalin ni, memang berbeza kan setiap anak. Yus berdoa sgt supaya kali ni mudah mcm masa Alia dulu. Tapi, kalau tak, semua tu 'Dia' yg tentukan kan kak, kena bertawakal ajerlah.
Amboi!! Siap promote bisnes kawan...bagus akak ni. Nyonya tu kelakarlah yer kak. Tapi, bagus dia nak gak bertanya, akak pulak mmg pandai jawab...memang kenalah..beri dia ilmu sikit pasal puasa ni.
Cayalah Syikin..pregnant masa belajar. HM masa ambil Syariah kat UIA separuh jalan pasal tak dpt concentrate blajar pasal dah nak kawin. Hmm nie lepas branak nie rasa macam nak continue baliklaa.. tapi busy ngan baby & work lak..
thanks for sharing kak syikin. takutnyerr....
kita pun selalu dengar, setiap pregnancy dan labour berbeza. sama juga ngan anak2, ada personality masing2 jugak. kan syikin kan?
dah tunggu time pun still pergi kelas... cayalah syikin.. memang menarik tu
eh eh..dolu2 masa zaman anak dara akak pun duk kat tmn melawati. situ ramai artis2 terkenal tinggal. biasalah terserempak ngan meka2 nih. family akak mmg duk sana...haha. bersalin anak pertama kat damai hosp...ada lagi ke hosp tu?
hishhh...rasa nak buang air kecik jer bila tgk org bersalin ni, nape tah...hehehehe...ngeri ader, takut pun ader...
wife saya bersalin 5 kali dan 5 kali saya sambut baby. byk gak saya belajar hal2 bersalin nih ... mang interesting. bagi depa yg belum dan akan bersalin, saya nak kasi tau satu perkara:
masa contraction 5 minit tuh, wife saya sakit sebanyak 130-200 sukatan ... sukatan apa saya tak tau laa ... tapi ada meter kat situ... meter tuh ukur kesakitan.
nak rasa sakit tu camna, camni... sakit gigi = 30 sukatan so bayangkanlah 130-200.
masa kepala baby dah mula nak nampak dan nak keluar, sukatan tu bergerak paling maksimum, saya tak penah check, maksimum tu berapa.
nasib baik aku org lelaki, tak perlu nak bersalin. aku tabik spring aaa ngan hampa org pompuan nih semua :-)
utk anak 2 dan 3, wife saya dok labour room lama tak bukak2 jugak.. last2 kena potong perot. Yg keempat nanti nak suruh doktor terus operate jelahh.
Syikin...melahirkan anak2 ni...kalau ade 4 orang...4 macamlah ragamnya...hehheeh...ade yang sukar...ade yang senang...macam2...yang penting masa sedang sakit tu kita rasa tak kesah apa yang perlu dibuat oleh Doktor...cuba kalau kita tak sakit...mau ke kita diperlakukan camtu...hehehhe
Apa-apa pun...yang penting ...kita dan anak yang dilahirkan selamat....
Alhamdulillah...semuanya ok..
Yang ke 5..?
baby slalu kene jaundis kan..jaundis tu sakit kuning kan..cam no nk elakkan erkk...
iskk....mengerikan dan menakutkan. macam nak terkencing lak rasa huhuhuhuhuhu
panjang nya cerita.. tak sempat nak baca lagi.. anyway selamat meneruskan ibadat puasa.
:)
setiap kali tgk isteri melahirkan anak..adess, setiap kali rasa mcm besarnya pengorbanan ibu!
idham
waaa caya la syikin boleh ingat semua tu..saya lupa semua..sebab kena C-boring section..labour
saya kat sini hari tu takde masuk air ape pun..epidural ker, gas ker pun takde. hasben terpikir cam tu agaknya mak dia bersalin kat kampong dulu..
Pengorbanan isteri melahirkan anak tak ternilai
hmm... takut2 gak bila baca nih... betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan? rindu lak kat mak... uwaaa....
BR: idaklah superwoman, ada yg lebih hebat drp saya..mcm yg bekerja+ ibu+ student..saya tak sanggup bab tu. tu sbb berhenti kerja.
insyaAllah, moga nyonya tu nampak apa hikmah puasa ni :D
persiapan raya kami last week posa..hehe.
TC: awat errk tu? :D
nbk: isteri bersalin dulu dpt temankan dia tak dlm labour room?
Ayu: oklah harganya. tp, akak lupalah cara pembayarannya camner, sbb dah lama dah...2003 dulu.
tee: yang saya pergi tu sbb mula2 tak de contraction..tu yg selamba derk je, hehe.
P-nut: ya Allah, tak sanggupnya berumahtangga kat hospt. sebulan lamanya..boleh tension.
Yus: mmg beza2 sangat Yus, tak boleh jangka kelahiran terbaru camner. InsyaAllah, akak doakan Yus mudah bersalin. jgn putus doa ya..
bab nyonya tu, dah dia tanyakan kita jawablah, yg mudah2..syukur masa tu terdetik idea jawapan.
HM: cubalh sambung belajar lagi, weekend ajekan. half day pulak tu. lagipun fee makin naik sekarang ni. yg penting HM dpt support hubby.
kunci: jgn takut..setiap org berbeza kelahiran bayinya. ni saja nak share ngan kengkawan :D
MS: betul cakap MS tu..
Zareda: ni kes nak suruh pintu cervix tu bukak cepatlah hehe
Kak Honey: kak, kalau tak salah saya ada lagilah..sbbnya saya ada nampak signboardnya..tp tak pernah pun ke sana.
RM: hehe..jgnlah camtu. camner awak sendiri nak bersalin nanti?
Bro. AzerM: ilmu baru ni..saya baru tau..tq bagitau.
ha..itulah sbbnya syurga bawah tapak kaki ibukan..
LR: la, jgn cepat2 suruh operate, mana tau kali ni dpt berslain normal pulak.
Kak Lady: hehe..betui cakap akak tu
BP: yang kelima tu nanti dululah..hehe.
ZZ: akak pun tak berapa ariflah, cuma org nasihatkan jangan suka sangat makan asam halia, dll yg berkaitan ngan kunyit..sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam.tnya doktor ya..
AP: heheh..tak pe, tunggu pengalaman sendiri nanti.
bro. Id: benar tu bro. Id..dpt anak2 soleh n solehah, rasa sejuk hati n perut yg mengandung tu.moga anak2 kita semua, soleh n solehah jadinya. amin...
Simah: eh..bila nak tambah yg k 3?
MS: oklah tu..tapi lama ke nak keluarkan baby tu?
Bro. Kamato: betul tu bro.Kamato
Sastri: dah call emak dah ke? x pe. nanti sas akan ada pengalaman sendiri gak
Post a Comment