Friday, September 01, 2006

Sambutan Kemerdekaan

Assalamualaikum wbth...

Dah 1 Sept. hari ni (Jumaat). Dan dah 5 Syaaban hari ni. Bulan depan Ramadhan. Kejap aje masa berlalukan...

"Meleka ! Meleka ! Meleka " Jerit Huda sambil mengibarkan bendera kecil semasa melihat sambutan detik 12 malam di tv, dengan diselangi suara Alia merengek sebab berebutkan bendera yang satu tu. Pujuk punya pujuk, barulah Alia dapat merasa memegang bendera tu. Wah...dia pun sama duk kibar2kan bendera tu. Yang si Huda tak senang duduk, bilalah dia nak dapat pegang balik bendera tu. . "Deka ! Deka !" Gitu pulak sebutan Alia akan perkataan Merdeka.hehehe.

Bila saya tukar2 saluran RTM 1 & Astro 4 menjelang 12 tgh malam, saya terfikir, selain drp nyanyian, tarian & bunga api, tiada idea lain ke yang boleh dimasukkan ke dalam acara pentas tu untuk menyedarkan masyarakat betapa kemerdekaan negara & diri itu perlu lebih dihargai? Tak taulah kot2 ada diselitkan dan saya terlepas melihatnya sbb saya tengok pun lompat-lompat, dan selebihnya melihat siaran lain. Saya terfikir, kan bagus kalau ditayangkan sedikit slot mangsa2 yang mengharungi suasana peperangan di negara2 luar terutama di Lubnan, Palestin..biar mereka melihat suasana kelam kabut dan hiruk pikuk keadaan perang, bedilan bom n senjata2 berat dan mayat2 bergelimpangan di sana sini...dan membandingkan dengan suasana yang ada di sini, supaya mereka lebih menginsafi dan bersyukur dengan suasana aman yang ada di negara kita. Dahlah dua tiga hari sebelum merdeka ni lebih dihighlightkan kisah2 artis, hingga rasa tenggelam suasana merdeka tu...hmm, tak dapek an nak nolong doo.

Paling membimbangkan saya, negara kita ni macam dah overload ngan dunia hiburan. Asyik hiburan memanjang..paling seronok budak2 dan remaja kitalah, orang tua pun apa kurangnya. Terlebih hiburan boleh menyebabkan hati kita mati apatah lagi kalau hiburan tu tidak ada unsur2 mengingati Allah. Tu yang hati kita susah nak terima jalan kebenaran, kalau orang tegur untuk kebaikan kita melenting. Na'udzubillah. Nampaknya kita yang bergelar ibu bapa ni kena berusaha lebih mendidik dan mengawal anak2 kita di akhir zaman ni. Tugas berat ni.
Semalam cuti, saya sekeluarga hanya ke rumah mak saya dari tengahari hingga ke malam. Keadaan Husna alhamdulillah, tak teruk mana benguknya setakat ni. Cuma bangun pagi aje dia terasa kuat denyut sakit tu. Doktor pun tak delah bagi suntikan sbb kelenjar yg bengkak tu tak bertambah besar dan antibiotik pun tak de. Demamnya pun tak de, cuma malam jer badan jadi dedar suhunya. Selebihnya, lasak macam biasa. Doktor awal2 bagi tahu kemungkinan anak2 yang lain akan terjangkit sama, sebab benguk ni ada viruskan..tu yang senang berjangkit.

Malam tadi tengok berita utama tv3, terkejut tgk rakaman budak perempuan n lelaki naik motor sambil melakukan aksi ala2 akrobatik gitu. Gadis ni dengan beraninya berdiri atas tpt pembonceng tanpa bertopi keledar sambil budak lelaki tu menaikkan sedikit handle motor tu sampai terangkat tinggi tayar. Adui..seriau menengoknya. Dahlah tak bertopi keledar. Buatnyalah tiba2 motor tu terbalik ke belakang or terjatuh tiba2 dan kepala budak perempuan tu terhentak ke jalan raya. tak ke lemau jadi kepalanya? Elok2 keras jadi lembik kepala tu. Elok2 sihat masuk icu. Tak ke menyusahkan orang tua namanya nak menjaga mereka terlantar kat hospital ? Buatnya koma...alahai... memang betul2 menyusahkan orang tua. Sebab sendiri cari bala. Nad'uzubillah. Maaflah kalau sedara mara mereka ni terbaca komen saya merasa kecil hati. Kesian parents mereka terutama keluarga si gadis tu, mesti malu ngan masyarakat setempat, yelah muka anak2 depa tu nampak kat tv, biarpun tak jelas 100%, tapi kalau figure anak sendiri takkan tak kenalkan? Kalau sayalah budak perempuan tu dan arwah ayah masih hidup, memang lunyailah badan saya kena belasah cukup2, sebab (i) buat kerja tak senonoh (ii) Memalukan orang tua.

Pendek kata, hebatnya cabaran menjadi ibu bapa hari ni. Menjadi anak2 zaman sekarang pun memang mencabar sebab persekitaran negatif tu terlalu kuat pengaruhnya dan bergantung pada keimanan dan kesedaran diri sendiri untuk menjadi manusia berguna. Itu sebabnya pentingkan kita melihat anak kita berkawan dengan siapa dan mengenali juga latar belakang keluarga mereka ?Moga anak2 kita semua ya mama dan papa bloggers menjadi anak2 yang berguna dan berjaya dunia akhirat. Doa kita untuk mereka pun jangan putus walaupun mereka dah kawin nanti, kiranya sampai akhir hayat merekalah. Kita sendiri kena sentiasa ingat bahawa anak2 kita adalah aset kita dan paling utama di akhirat nanti.

p.s: hari ni first time belajar masak lemak cili api daun maman + ayam. Buat ala-ala rendang gitu (keringkan kuahnya).Harap2nya jadilah...amin. Sebab silap aribulan, boleh rasa pahit lauk ni.

24 comments:

Anonymous said...

syikin,
memang tv kita dah overload ngan perkara yang tak berpekdah...tu haru nak control anak tengok tv..sebab tu saya tak kasik full freedom depa tengok TV, saya belikan anak2 buku jer banyak2..so depa leka sikit baca buku..

kalau faris dia sebut "mendeka, mendeka"..hehehe

maman tu kalau kat kelantan di jeruk...alahai sedapnya..tak tahu pulak boleh di masak lemak..

Kaklong Syikin said...

Onde: betul kata cikgu tu, kita kena kawal anak2 kita betul2 la ni.

ha ah, org negeri sembilan buat masak lemak cili api daun maman tu. kami tak pernah pun buat jeruk. tp la ni payah nak cari daun maman. ini pun mak saya beli 3 ikat masa balik kg ari tu, dia bagilah saya sikit.

RaFFLeSiA MeRaH said...

slurrrpp...bestnyer, mak kita suka buat jeruk, nak mkn + ikan bakar + cili padi, sedap tauuu....masa nak jeruk tu depa taruk nasi kat atas jeruk tu...sayur lemak pun sedap, yg ni kalau time nak rebus maman tu jgn sekali-kali usik dia tgh kat atas dapur, biar mcm tu sampai betul2 masak...kalau tak, sah maman tu jadi pahit kalau kita kacau dia...hehehe, petua tu arwah tok kita ajar...

Alinlai said...

wah sedapnya masak lemak tu :) payahkan budak-budak zaman sekrg ni... tak larang jadi pelik, kalau dilarang memberontak isk doa dan tawakal je agar generasi kita selamat dunia akhirat kan?

Lan Rambai said...

saya takut pikirkan 10 tahun lagi bagaimana keadaan anak2 saya.... kalau boleh tak nak bagi mereka jadi remaja kan senang...

Lan Rambai said...

ehh. lupa lak.. ari ni jumaat 1 september lah

Ella said...

salam syikin.... baca ur entry hari nie mmg byk betulnya... ella dok baca paper selama kat tmpt org nie mmg terasa cam lain beno msia skrg nie... jadik parents skrg mmg byk dugaannya.... :(

oldtown~Smell the Roses said...

hmm..nanipun isau. kadang2 takut ape anak kita akan jd,yelah..yg didiknyer kita. takut kelak kita menyesal tak didik betul2. blh kongsi tips2 utk jaga anak dak?hihi..almaklumlah, akak dah byk pengalaman, nani ni baru bertatih.

Mama Sarah said...

syikin, orang kata hujan mas negeri orang - hujan batu negeri sendiri. memang betul pun!

tu kdg liat rasa nak balik for good ke msia. saya rasa saya akan sedih tengok remaja berpeleseran di kompleks malaysia. apatah lagi yang muka melayu islam - tapi buat perangai tak senonoh. saya risau anak2 akan question - kenapa depa boleh buat sedemikian.

at least kat sini, saya boleh katakan: mereka tu bukan islam.

mmg payah jadi ibubapa zaman ler ni.

tapi kat UK ni, belum pernah saya lihat atau dengar orang beraksi atas motorsikal. memang pekerjaan tak senonoh.

Kiah Kardashian said...

saya pun takut gak tengok perkara berlaku sekarang nih. Apa yang kita buat hanyalah didikan asas agama yang kuat kat rumah dan juga doa tak putus putus untuk kesejahteraan anak anak. Insyallah semoga anak anak kita terlindung dengan ebdna benda cam gitu

Kaklong Syikin said...

RM: oh, baru tau petua tu.thanks. tp masa tau ni dah siap masak dah pun :D. alhamdulillah jadi..hehe.

alinlai: itulah, kita sekarang ni kena belajar jadi bestfren anak2 kita, so depa akan jdkan kita tempat rujukan mereka dlm segala hal..betul tak?


LR: eh, ha ah, silap harilah saya.tq betulkan. mmglah kalau boleh bior depa kecik aje n ngan kita aje..tp dah itu fitrah manusia. moga masa tu nanti anak2 kita mmg jadi manusia berguna biarpun baru bergelar remaja.


Ella: mau tak mau kita kena hadapi cabaran nikan..


Nani: hehe..akak ni bukan excellent mom, n anak2 akak masih kecil lagi, tp sejak depa faham apa yg akak cakap,mmg banyak kata2 nasihat akak n suami beritahu kat depa. mana yg depa tak faham, panjang leborlah mereka tanya


MS: segannya kalau kat sana tak de bab rempit merempit ni..ke sebab kat sana kurang pakai motor kalangan anak2 muda?


Zakih: setuju ngan pendapat zakiah tu. amin

Literature Sushi said...

Perbuatan budak perempuan tu kalau tak silap saya, dipanggil 'weikang' oleh bebudak zaman sekarang ni... zaman saya dulu dipanggil 'up'.. :)

simah said...

masak lemak cili padi..teringat masakan mak...dia orang negeri..memang piaw gila dia buat..
rajin betul syikin memasak..

entry ni saya suka sangat...memang anak ialah investment ibu bapa bila dah meninggal nanti.. kalau dia orang tak tolong doakan kat kita masa kat kubur nanti sapa lagi nak doakan yea?

saya pun sempat tangkat sikit sikit kat internet preview konsert konsert merdeka kat rtm 2.. nampak best gila..tapi tu la ya..terlampau banyak hiburan tak elok jugak...syaitan senyum meleret jer

Kaklong Syikin said...

Raiedzall: oh..baru tau ari ni mengenai gelaran tu.

SImah: Allah Simah, mana rajinnya..saya duduk sendiri tak duduk ngan mak, nak makan kena masak sendirilah hehe..

betul SImah, anak2 pelaburan kita kat alam barzakh n akhirat

simah, bukan takat senyum meleret aje Simah, siap berdangdut lagi..hehe.

NBK466 said...

Terbaca kat mana masa mlm Merdeka pasangan remaja yg ditangkap berkelakuan EHEM2...dibawa utk sessi konseling kat masjid..sampai nak penuh masjid tuh...MERDEKA sangat ler tuh..HUH!

Izhal said...

ya la saya sokong 100% la idea slot2 tv macam puan cadangkan tu... ni asik concert saja, lepas tu esok pagi syarahan kat dataran supaya belia muda jangan lalai... tapi yang depa lalai belia tua juga...

satu cadangan dari saya, kalau buat rancangan macam puan cadangkan tu biarlah maya karin...

Shami said...

syikin: Mimi sebut merdeka..dedeka..dedeka..sambil kibar bendera..he..he amboi masak per tu hanter ler kat rawang ni skit....he..he

Program kaunseling yer kat masjid klcc tu..hemmm buat itu ini untuk benteras, gelaja negatif ni tapi konsert bagai, buat juga, camner ler nak berkesan, kalau tak der acara bukan2 pasti tak jadik camni...macam curah air kat daun keladi yor..bala yang datang dia tak pilih saper yang patut kena, semua kena...itulah yang susah nak bagi orang faham...

Anonymous said...

Syikin,

Saya perlu minta maaf. Janji saya, akan saya poskan buku pada 28hb yang lalu. Buku tersebut masih berbungkus dalam envelop Pos Ekspress di dalam kereta saya. Tak sempat kerana masuk hospital dan balik kampung. InsyaAllah saya sempurnakan pada hari isnin nanti.

Cik Tat said...

Salam kak syikin..
walaupun anak dara saya kecik lg, saya dah risau mcm mana la diorang bila besar nanti..

Kaklong Syikin said...

nbk: ontahlah nbk, tak tahu nak kato apo laiy..

izhal: ya Allah, Maya Karin gak tu..hehe. tang mana cantiknya dia?

shami: itulah masalahnya, sbb sediakan program mcm tu, sapa tak mo amik peluangkan?

Prof. MKI: oh, saya faham. Tak mengapa. Harapnya Prof. dah sembuh.

MamaSinga (MS): salam kenal kembali :D. tq dtg blog akak yg tak secantik blog awak tu. Mmg sejak kecil kita kena didik anak2 kita betul2..doa tu jgn lupa ya.

KAMATO said...

Mat2 rempit tu bila dah jatuh baru dia sedar, tu pun ada gak yg dak banyak kali jatuh masih tak sedar lagi

ibuVouge said...

sedapnya resepi di bawah tu
betul la kata syikin..parent skang mengahadapi lebih cabaran untuk besarkan anak anak..

Kaklong Syikin said...

kamato: yg tak sedar tu agaknya depa cedera ringan kot..kalau dah sampai cacat kaki terutamanya, baru insaf kot.

IV: alhamdulillah iv, jadi saya buat :D.
mmg kuat cabarannya iv.

Angah said...

jeruk daun maman tuh biasa belikan untuk husband tapi angah tak makan. tak biasa.

part budak merempit tuh plak, kalu la adik angah dah lama kena sedas dua tuh. eeiiiii camna lah kat rumah ngan mak bapak agaknya ya, ke mak bapak jenis tak kisah perihal anak2?