Assalamualaikum,
Hmm..siapa ya tetamu istimewa saya tu? Memang teringin sangat nak berjumpa dia, bahkan dah beberapa kali called confirm untuk datang, tetapi, perancangan ALLAH tiada siapa yang tahukan? Itulah dia, kalau dah usaha juga, tapi ALLAH tak izinkan, takkan berlaku juga. Macam tu jugaklah dengan ketidak kehadiran tetamu istimewa saya ni, IV (Ibu Vogue) . Huhu...tak de rezeki kami nak berjumpa kali ni. Tak merasalah juadah bubur kacang durian, agar-agar milo dan karipap yang saya sediakan untuk IV sekeluarga. Sejak saya tau IV nak datang ke rumah. Dia smsed saya hari Ahad tak salahnya. Dia bagitau nak datang KL. Saya excited dan berdebar2 tak sabar nak menemuinya. Dan sepatutnya petang Rabu (semalam), IV tiba ke rumah saya, tetapi hingga jam 5 petang lebih tak salahnya, iv baru sampai di keramat untuk menziarahi bekas pengasuh anaknya. Jammed teruk khabarnya, tu yang sampai lambat kat rmh pengasuh tu. Dan saya ni kembali menanti dengan penuh debar sehinggalah azan Maghrib, tiada juga khabar daripadanya. Saya makin resah, anak2 pun dah sibuk dan kerap kali bertanya bila kawan ummi nak datang. Lepas solat Maghrib, hampir jam 8 malam masa tu, saya called, tidak berjawab. Nak tau dia kat mana masa tu. Mula resah balik ni.
Dek kerana dah 8 malam, saya pun sajalah tanak nasi lebih dan tambahkan lauk, takut2 IV sampai nanti, kesian kat dia, takkan nak bagi makan bubur kacang waktu makan malam. Kesian kat depa, terutama anak2nya (LA & LC). Tapi, saya terfikir gak, kot2 IV singgah makan luar dulu, takut menyusahkan saya pulak (takdelah nak menyusahkan, with pleasure lagi adalah :D). Kemudian saya smsed dia, tanyakan dia sesat ke. Tak berbalas juga. Tunggu dan tunggu. Saya makin gelisah. Asal kereta lalu depan rumah, cepat2 saya suruh anak meninjau. Saya called lagi, adalah 2 kali berturut2. tak juga berjawab. Aduh..resahnya. Saya terfikir gak, takkan kemalangan kot, kalau sesat, dia masih boleh telefon lagi. Oh, janganlah kemalangan pulak.
Dah jam 9 malam, hati saya bertambah resah. Dia tak muncul lagi. Ya ALlah, mana dia ni. Saya mengadap pc sambil fikiran menerawang kat IV. risau dan risau dan risau. Dek keresahan menanti, saya called sorang best fren saya, X. Dia mmg saya bagi tau awal lagi akan kedatangan sorang mama blogger ke rumah saya. Saya pun mengadulah kat dia, manalah IV ni tak sampai2 lagi. Macam2 perkara buruk yang terkeluar kat fikiran saya, saya luah kat dia..sampai bab kemalanganlah, sesatlah. Ke situ pulak fikirnya..apa daaa..
Duk bercakap ngan X, tiba2 hp saya berbunyi (masa ni 9 mlm lebih tak salahnya). Ha..tu dia nama IV tertera kat hp. Apalagi, cepat2 saya jawab n stop bercakap ngan X. La hai, ringkasnya, IV mmg nak ke rumah saya sebelum maghrib dan solat kat rumah saya sekali. Tapi, adik ipar IV yang ikut bersama tak sihat dan mengalami muntah2 yang teruk. Terus depa p ke klinik. Yang IV ni, punyalah kalut, sampai hp tertinggal dalam kereta. Kiranya, yang saya called dia lepas maghrib tu, dia dah masuk kliniklah. Memang sepanjang dalam klinik dia terlupa langsung pasal rumah saya ni. Dah habis rawatan adik iparnya kalau tak salah, baru dia teringatkan saya dan baru teringat hp dia tertinggal dalam keta. Hehe..berderet2 missed call saya n satu sms. Tu yang cepat2 dia called saya.
Dek kerana adik iparnya baru lega, saya kira tak mengapalah, kalau depa tak dpt datang ke rumah saya ni, biarlah bawa adik iparnya balik terus. Sian pulak kawan tu tengah lemah nak diusung berjalan lagi. Kata putus, iv tak jadi datang rumah saya (mmg sedih masa tu, tapi apa nak buat) dan saya akan ke rumah kakak iparnya untuk mengambil barang pesanan saya tu bila saya kelapangan nanti. tak pe, tak basi pun barang tu. Saya pulak hari ni (Khamis) sibuk ngan hal anak kat sekolah dan tak tau pukul berapa habisnya, jadi tak berani nak janji untuk terima dia sebagai tetamu. Takut terkejar2 dan kelam kabut. Saya nikan sampai dah imagine anak2 dia bermain ngan anak2 saya, bergambar bersama lagi. Tak pelah. Ada hikmahnya tukan. Lepas tu, saya called X bagitau yg telahan saya ternyata tak tepat. Sama2 kami gelak sebab jauh nao saya fikir. Tak mengapalah, yang penting IV selamat, tak de kemalangan atau sesat.
Hingga di lain waktu ya IV, kita jumpa lagi. Tapikan iv, lepas akak off hp tu, akak rasa nak nangis pun ada, sebab memang berharap sangat dapat jumpa IV sekeluarga. Allah lum izinkan kita berjumpa ni. Agaknya nak akak ke utaralah tu hehe.
So kengkawan, itulah dia, tak de rezeki nak jumpa mama blogger kita ni.
p.s. IV, maaf ya kot2 akak ada tersalah maklumat pasal kelewatan dan sebab musabab pembatalan kedatangan iv ni.