Petang Isnin, balik aje Aiman drp tadikanya tu, kat depan pintu rumah lagi dia dah tunjukkan cuping telinga kanannya yg merah n nampak sedikit bengkak, sambil berkerut menahan kesakitan dia cakap,
"ummi..aiman kena sengat lebah"
Terkejut saya. Tapi lega sebab tengok kat tangannya ada satu beg plastik ubat n seplastik air tebu. Tak lama lepas tu suami bagitau yang Aiman kena sengat masa kat gerai air tebu, duk ikut ayahnya membeli air tebu n air kelapa muda (untuk Husna khususnya..tapi kami yang lebih membedalnya, huhu). Kata suami, ada lebah duk berterbangan kat situ n tup2 sekor duk mengetip cuping telinganya..melekatlah kejap lebah tu. Kesian kat dia melompat2 kesakitan hatta dalam keta pun masih melompat2 sakit. Kat klinik, doktor terus bagi makan ubat gatal dan steroid, serta menyapu telinganya ngan krim antibiotik. Syukurlah bengkak tak naik kat badannya..cuma cuping telinganya tulah n sedikit gatal2.
Yang saya pulak, hari Selasa pagi pergilah ke klinik gigi untuk mencabut lagi gigi saya. Asalnya terasa sakit aje kat gigi sebelah atas tu masa minggu terakhir puasa, tapi saya tahankan aje, taklah kuat mana pun. Minggu lepas, sakit makin bertambah dan bila check kat cermin, la haii, dah naik bengkak n bernanah gusi tu. So, saya pergilah ke klinik gigi minggu lps (Rabu) untuk ambil pain killer n antibiotik sebelum mencabutnya. Dan pagi selasa baru ni, hilanglah sebatang lagi gigi saya. Itulahkan, gigi pun ALlah pinjam aje kat kita, anytime DIA boleh tarik balik sama ada dlm bentuk kerosakan atau kemalangankan??? Tak de yang kekal pada kita ni. Kiranya, tahun ni dua kali saya cabut gigi. Dua-dua geraham pulak tu. Satu atas n satu bawah. Risau pulak saya...janganlah by 40 nanti semua gigi geraham saya tak de...mau makan makanan blender aje, yelah..dah tak leh nak mengunyah!!! Waaa..tak mau tak mau..Ni rasanya Allah nak remind saya kena extra rajin gosok gigi n jgn lebih makan ceklat atau yg seangkatan manis, huhuhu. So kengkawan, amik iktibar kes saya ni ya.
Husna pulak, masih lagi ngan chicken poxnya..lagi teruk drp Aiman, kesian kat dia. La ni kami tengah bagi dia PROPOLIS..nak tengok boleh cepat tak dia kebah, sebab Aiman ari tu, 3-4 hari aje bintik2 chicken poxnya tumbuh, lepas tu stop dah..yang Husna pulak, lambat start PROPOLIS, ni masih tumbuh baru lagi chicken poxnya.
Kiranya, hari ni dan semalam saya sibuk kat luarlah, tu yang tak sempat jenguk blog kengkawan langsung. Hari ni ada urusan di kampus. Tak abih2 lagi benda alah kecik2 tu. Maaflah. Komen2 kat entri sebelum ni, saya akan balas satu persatu.
Oh ya, lupa lak, Khamis minggu lepas rasanya, saya dapat bercakap ngan Kak Lady, dan Isnin petang baru ni pulak dapat bercakap ngan Marlina Baharom. Kak Lady, suaranya muda n happening stylenya dan MB ni soft spoken n lembut gayanya, kesian kat dia masa tu tengah selsema. Tapi seronok dapat cakap ngan depa. Tima kasih ya sudi berbual jap ngan saya :D.
p.s. hari2 area Gombak ni hujan lebat, petang dan malam..kalau petang tu, berhenti kejap, kemudian malam sambung lagi..sejuk...
