Sunday, November 05, 2006

Nak kuketuk2 kepala ni...

Assalamualaikum,

Pertama2nya, ucapan takziah pada mama blogger kita, Dr. Faez Hussien yang kematian arwah ayahnya beberapa hari lepas. Al-Fatihah. Sudah selesai tugasnya kat dunia ni as a Muslim n seorang ayah dan bapa kepada anak2nya. InsyaALlah, beliau akan bahagia di alam barzakh. Sama2 kita doakan ya. Cuma saya pun terasa sedih sangat sebab Dr. kita ni baru balik ke Malaysia for good setelah lama di perantauan, tapi tak dapat lama2 untuk bermanja semula dengan arwah. Itulah ujian namanya. Saya yakin Dr. seorang yang tabah dan dngn ada keluarganya sendiri, sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan dalamannya.

Ok..kembali pada tujuan asal saya buat entri ni, mesti anda pelikkan napelah tajuk entri saya kat atas tu camtu..adalah kisahnya.

Pertama, silap saya sendiri tak check awal-awal sebelum publish satu komen blogger ni kat entri "Balik Mana". Kebetulan dia adalah komentor terakhir dalam entri tu. Nak jadikan citer...kan sekarang ni saya setkan semua komen masuk email saya dulu sebelum dibenarkan publish. So, komen blogger ni pun samalah. Oleh kerana saya tgk ayatnya sikit punya bagus "maaf zahir batin", saya pun teruslah publishkan tanpa prasangka dan tanpa klik dulu pada nama blogger tu walaupun dia ni first time tinggal komen. stlh tu, saya deletelah email komennya tu. Entah camner, hati kuat suruh buat lawatan balas ke blog dia, yelah nak kenal sapa tuannya yang baik hati ucap maaf zahir batinkan..orang berbudi,kita berbahasa. Bila klik aje, saya terkejut menengok blog tu..dan dan tu gak rasa nak ketuk2 kepala dan hantuk2 kat dinding..BLOG LUCAH!!! Rasa tertipu sungguhlah. Eiiii....tak tau saya nak hamburkan geram dan amarah saya pada sapa. Tertipu ngan nickname blogger ni yang langsung tak melambangkan kelucahan, kebetulan gambar profilenya pun tak de. sapalah nak sangka..Sedihnya dia mempermain2kan ayat "MAAF ZAHIR BATIN" semata2 nak promosikan blog lucahnya..BOLEH GITU???

Kedua, saya jadi gabra. Buatnyalah ada pembaca yang kebetulan baca entri tu n baca semua komen dan terklik kat nama blogger tu..ayooo...BERDOSANYA saya sebab menjadi RAKAN SUBAHAT SECARA TIDAK LANGSUNG mempromosi BLOG LUCAH. Cukuplah dosa2 saya sendiri saya tak larat nak tanggung, ni nak jadi rakan kongsi penyumbang dosa orang..pergh... Sendiri mau ingat ya SYIKIN...

Ketiga, dek gubra gitu, saya terus setkan semula entri Balik Mana tu sbg draft..fikirkan tak mo orang baca ruangan komen tu. Maka untuk satu malam, entri Balik Mana tu jadi draftlah..

Keempat, rasa ralat pulak entri tu dijadikan draft sebab penat saya menaip panjang lebor (sapa suruh huh?!)...tapi camner saya nak bolehkan ia publish semula tanpa komen blogger lucah tu appear sama??? Nak delete komennya, saya dah terdelete awal2 email komennya yang asal dan kat dlm trash email tu pun dah hilang automatik, so tak leh wat apa..ayoyo..ke ada sesapa yang tau?

Kelima, akhirnya timbul satu idea...saya publishkan semula entri tu tetapi TERPAKSA kuKORBANKAN semua komen kat entri tu dgn setkan hide all comments.nak buat camner, dek kesilapan saya sendiri n tak mau PUBLISHKAN nama blogger tu demi KEPENTINGAN AKHLAK UMMAH sebab blog camtu adalah PENYUMBANG KEPADA AKHLAK MASYARAKAT ROSAK; hati dan jasmani...So, kepada semua bloggers non lucah yang tinggalkan komen kat entri Balik Mana tu, MAAFKAN SAYA YA. Tak pe, tak kena buang, cuma tersembunyi aje..

Jadi, jangan terkejut kalau tengok kat entri Balik Mana tu tak de langsung komen, sbb saya dah sembunyikannya.

Mungkin ada yang fikir saya ni leceh sebab benda2 kecil camni ni pun nak kepoh..tapi ni kecil bukan sebarang kecil, macam saya kata, saya boleh jadi penyumbang dosa2 orang sebab membolehkan mereka akses kepada blog2 lucah.Tak de nak riya' saya ni bagus. Nasib badan saya sendiri tak tau camner kat akhirat nanti. Tapi saya harap ia boleh mencetuskan rasa tanggungjawab bersama utk halang blogger2 lucah ni berterusan mempromosikan blog mereka dalam blog2 kita yang tak mo buat camtu. Tapi saya tau, ramai blogger kat luar sana delete aje bila menerima kedatangan blogger lucah ni tanpa kepoh mcm saya ni. Cuma saya saja nak highlightkan aje isu ni yg nampak kecil tapi besar sebenarnya.

Saya doa sangat2 semoga blogger lucah ni dapat TAUFIK n HIDAYAH Allah untuk TIDAK MENERUSKAN aktiviti songsangnya itu. Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah ya dik atau akak atau abg tuan punya blog lucah , blog lucah anda itu nanti akan jadi bukti untuk menentang anda di akhirat kelak..bahkan jari jemari anda yang menekan keyboard n memasukkan gambar2 lucah itu akan menjadi saksi penentang anda sendiri. Paling menakutkan Malaikat di bahu kiri mencatitkan dengan TELUS tanpa kasihan akan perlakuan songsang tu. Seterusnya ALLAH MAHA MELIHAT DAN DIA MAHA MENYAKSIKAN. Semoga kita semua ya kawan2 blogger mengambil iktibar. Umur kita ni pendek, bila2 ALLAH akan ambil tanpa kita tahu waktu dan saatnya. Hargailah nyawa kita dengan segala amalan kebaikan, sebaik mungkin jauhi segala kejahatan. Dan semoga kita tergolong di dalam hamba2Nya yang sentiasa bertaubat..tp jangan taubat buat balikkan..tu namanya tau buat bukan taubat.

Pengajaran paling penting buat saya, kena check betul2 blog blogger yang first time dtg blog saya sebelum saya publish ia. Ok...hentikan bebelan.

Sian kat Husna, dia pulak kena chicken pox. Start malam jumaat dah keluar, kemudian baru keluar demamnya. Sudahnya, semalam (Sabtu) saya tak menghadiri majlis akad nikah adik sepupu (anak pak uda saya) kat Cheras. Tak pe, majlis kenduri lagi 2 minggu. Report Card Day sekolah Husna pun tak dpt datang, Isnin nantilah. Ayahnya pun bz nak exam Isnin pagi nanti. Yang kesiannya tgh malam tadi (Sabtu), Husna tiba2 mengelinjang gatal yang amat sangat, walhal dah makan ubat tahan gatal dan dah disapu calamine. Dahlah daun mambu (btulkan?) tak de..sudahnya saya terpaksa suruh dia mandi ngan air suam. syukur kurang sikit gatalnya. Dan hari ni (Ahad), saya terpaksa tolak jemputan 2 open house kawan. Itulah namanya tak de rezekikan.

29 comments:

Literature Sushi said...

Salam,
Tak boleh delete sahaja kah komen pelucah itu? Rasanya boleh kut...

Kaklong Syikin said...

salam,

raiedzall, kalau saya check awal2 blogger tu ngan klik kat nickname dia, mmg saya boleh reject komen dia..tp maslaahnya saya klik publish. then bila saya notice ia blog lucah, saya tak blh nak reject ia pulak, sbb komennya yg tiba kat email saya tu saya dah terdelete awal..tu le masalahnya. bolehlah tunjukkan kalau tau caranya..

kasutVINCCI said...

akak,tak boleh delete utk komen tu aje ker? Kesian akak.

Anonymous said...

blog lucah?mm..dia buat blog lucah tu untuk tatapan keluarga dia gamaknya.dan untuk waris2 dia yang akan datang.caaiitt..

Anonymous said...

Blog akak ni selalu pulak kena mcm ni ekk?? Kesian akak, takpelah kak, rasa semua pun faham, akak tak siarkan komen dari semua. Sebab yus pun tak tahu mcm mana nak delete kalau dah terpublish tu kan.

Kesian Husna...harap cepat sembuh.

Bunga Rampai said...

Salam,

Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah ayah Dr. Faez.

Ooh, sawang dah dibuang termasuk sawang si blogger yang tak bertanggungjawab tu. Penat juga ya Syikin, tak apa, itu 'warm up' paling berkesan untuk kembali giat berblogging selepas bermalas-malasan kerana sibuk beraya :)

Penat juga baca entri Syikin sebelum ini, seolah-olah saya pun ada bersama Syikin beraya sakan :)

Nasi jagung yang cadangnya saya nak cuba masak raya ketiga - alahai, tak cuba pun sebab sibuk beraya sana sini.

Petua orang tua, minum air kelapa untuk legakan panas badan kerana demam chicken pox, moga Husna beransur pulih.

Eh, oopss...panjangnya celoteh saya, mentang-mentanglah saya pun nak panaskan badan untuk berblogging...

Anonymous said...

mencemar duli betul blog2 lucah tu kan...
akak dtg tak UIA khamis tue? Bie ada jea kat opis....insyaAllah bertolak 27hb nie...
sorry bie br terbaca komen akak pg tadi...skrg susah betul nk bukak blog dan post entry kat pejabat...klu kat rumah tak terbukak plak internet sbb sibuk dgn aktiviti lain.

Azer Mantessa said...

:-)

baca entry u kali nih ... sah u mang gabra :-) takpa laaa, kita belajark ngan pengalaman ... buat sempadan ... lain kali kita lebih hati2 :-)

Anonymous said...

Gituler cabaran jadi President persatuan besar2 cam MASK nie... comment2 sesat dari penyanggak2 bangsa laa...bloggers ngeri lah... diharapkan pn president tabah hadapi dugaan nie..

My BIL pun anak beranak kena cicken pox sebelum rayo...kelmarin bawak anaknya yg laping last kena..mem pun takut terjangkit kat dio ataupun Syira...gulp... harap2 idok ler...

Anonymous said...

kalau tak nanti syikin dapat saham free yea....

blog ni macam pisau, ada bahaya ada baik. kalau tangan tu gunakan pisau ke jalan baik makan baik la dia tapi kalau tujuan utk lain maka lainlah jadinya...

sib baik syikin cepat perasan. tapi sy tak sempat tgk :-)

sebelum ni pun syikin pernah dapat jugak kan?

blackpurple @ jowopinter said...

Takziah buat Dr Faez sekeluarga. AlFatihah.

Wah.. berwarna - warni entri ni. Teringat lecture note masa belajar kat U dulu... semua warna-warna highlighter ada..hehehe

Komen saya dulu letak verification sekarang dah buang dah...

Kesian.... Si cilik itu pulak kena chic pox ke..? kesian...

edyan7 said...

eiii...tak senunuh betul lah... betul tu kak syikin... secara x langsung kita ni tolong promote pulak... tak pasal2 je dapat dosa... hmmm... tahniah atas usaha akak buat entri pasal ni!

Mummy Rizq said...

apa lah derang ni. tak der keje lain nak mempromosi blog tak senonoh tu kat thru org lain punya blog kan! issshhh... jangan di layan benda cenggitu!

Anonymous said...

macam-macam perangai manusia nikan....

Titicaca said...

tu lah, apsal blog syikin selalu kena org yg maki hamun org melayu, promosi blog lucah..tu tandanya blog ni femes ...hehehe..

Takziah kepada Dr Faez. semoga tabah menghadapinya.insyaAllah ayahnya berada di tempat yg lebih baik.

WRA said...

tabik sama Syikin....
skang ni mmg musim chicken pox ek sbb anak kawan akak pun ada yg kena chicken pox tu....mudah2an cepat sembuh ye Husna ...

ummi said...

macam musim lak chicken pox ni sekarang yek. balik tgg raya ari tu, cousin si iman ngan kakak kena jugak. sehari sebelum diorang perasan tu, budak2 tu siap main sampai tergolek2 sama2. iman siap mandi sekali ngan cousin dia tu. and now, dia macam demam2 pulak. risau.. risau...

ontahsapo said...

aku juga pernah terkena....

RaFFLeSiA MeRaH said...

hampehnyer orang, kalau RM pun x suka gak bukak benda2 camtu, rasa cam berpinar lak mata nengok, geram kat org buat gambar2 camtu pun ader...apepun kak syikin x sengaja tuh...

Anonymous said...

Saya terbayang-bayang Syikin bahagia di akhirat esok.

simah said...

entry yg kat draft tu..syikin awak copy ja entry tu balik..lepas tu paste kat new entry..

kesian kat husna..moga dia cepat sembuh..

nasib baik Allah beratkan hati supaya syikin check balik blog tu..
moga orang tu dapat petunjuk dan hidayah dari Allah

Pandang Dengar Diam said...

Cuaca tak pernah terkena lucah2 nig tapi si dengki dan busuk hati ada lah suatu masa dahulu....

Suka ker N3 membodohkan diri tuh..hm..hm...

Pandang Dengar Diam said...

Cuaca xpernah lagi lah kena ngan si pelucah nih tapi dengan pedengki dan busuk hati pernah lah...

Pandang Dengar Diam said...

Cuaca xpernah lah kena dgn si pelucah nih tapi ngan si pedengki dan busuk hati pernah lah

Alinlai said...

sabo je la shikin...itu keja orang tadak keja :) Husna dah ok ke?

AppleB said...

takziah buat dr. faez.

kesian husna. moga cepat sembuh.

pemblog lucah tu takkan lama boleh berada di dunia cyber ni.

kesian kak syikin gabra akan hal ni.

Zareda Norman said...

syikin, macam macam ragam orang ek.. ada jer benda pelik dia nak buat

Pnut said...

jahatnya org macam tu, org buat blgo dia pun buat blog, tapi dia buat blog lucah..singkat akal betul

Anonymous said...

Ada eik mcm tuh..wahh atkut dengar...
Pastu rasa ajzie rasa mcm boleh delete aje comments yg syikin tak suka dan tak berkenan..

Salam
Ajzie