Friday, November 17, 2006

Tazkirah: Antara 9 Siti yang patut dicontohi



Assalamualaikum..

Untuk berkongsi bersama dan mencetuskan semangat untuk menjadi seperti mereka;


1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



Note:

Saya dapat forward email ni dan pengirimnya menyatakan "9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. "

p.s. oh ya..ada ke sesiapa yang tinggalkan komen kat entries saya yang saya tak publishkan komennya? sbbnya mama blogger,Yus emailed saya bagitau dia dah 3x tinggalkan komen tapi tak de pun keluar..saya terkejut sebab komennya tak sampai dalam inbox email saya sebelum dipublishkan tu..so, kalau ada sesiapa yang tinggalkan komen tapi tak keluar, maaf sangat2, bukan sebab tak diapprove, tapi sebab komen anda tak sampai, kecuali yg blogger lucah n racist ni mmg tak leh approved lah..

Selamat berhujung minggu semua. Moga aktiviti kita itu di dalam keredhaan Allah hendaknya.

Thursday, November 16, 2006

Birthday girl : Alia Khairiyyah

Lebih kurang sebulan yang lalu

Lebih kurang sebulan yang lalu
Gambar 2004. Dah berusia sebulan masa ni rasanya.


Berusia seminggu.

Happy birthday Alia (3x)

Happy birthday to you.

Moga Alia jadi anak solehah yang berjaya dunia n akhirat. Amin.

Tarikh Lahir : 16 Nov. 2004 ( 3 Syawal)

Usia kini : 2 tahun

Perkembangannya: Lasak, dah banyak patah bercakap biarpun banyak pelat2, tapi akan jadi pendiam dengan orang yang tidak dikenali, tengah belajar pakai baju n seluar sendiri, kalau menangis boleh sampai berpeluh2 satu badan, suka makan sendiri, pandai bermain ngan abang n kakak2nya, akan mempertahankan dirinya sungguh2 dan akan membalas balik kalau orang buat dia, pandai bergurau, GARANG MAK DATUK, dah mula main aktiviti kanak2 kat internet (pandai berebut nak guna pc dah), suka bergambar, suka makan dodol, putik jagung, kuih muih dan paling feveret kicap, hatta makan apam pun bercicah kicap..boleh gitu? suka mencicip sos cili dan sos tomato, tapi lepas tu menjerit2 nangis kepedasan. Tak diberi, menangis..dah diberi melalak. suka hati, nak sangat..bagi ajelah. Ok..itulah antara perkembangannya yang terkini. Opps..lupa lak, dia boleh panggil umminya "Nor..". Memang cipta sejarah, dalam semua anak, dialah yang panggil umminya "Nor"..mula2 terkejut, kot2 salah dengar. tapi bila dengar betul2, sahlah dia panggil saya "Nor", tapi kalau menangis nak menyusu, dia akan jerit "mami", kalau mood baik, panggil "ummi"..mmg dialah sorang panggil saya ngan banyak gelaran, hehe. Tak pelah, yang penting satu makna "ibu" kan ?

Friday, November 10, 2006

Saya kena TAG (II)

Assalamualaikum,

Semasa saya bukak email utk approve comment bloggers beberapa hari yang lalu untuk entri sebelum ni, bulat mata saya bila membaca komen Bunga Rampai menTAG saya!!!
Cepat-cepat saya masuk blog dia ni..dia tag saya sebab dia kata saya WANITA HANDAL!!!Astaghfirullah (3x)..segannya saya..saya seorang wanita merangkap isteri dan ibu yang biasa sahaja lagi malas ni huhuhu..aduii..kalau suami saya baca Bunga Rampai kata saya wanita handal..mesti dia sengih2 kerang..adeiiii..
Ni saya jawab tag dia tu..dia akan tau saya ni bukan seorang yg handal!!!!
Apapun Bunga Rampai, tq sudi menTAG saya :D..

5 perkara yang saya ingin lakukan jika saya seorang jutawan (insyaAllah):

- mengerjakan haji bersama keluarga & amal jariah esp. terhadap keluarga sendiri, kemudian untuk orang yang memerlukan
-melancong satu dunia seisi keluarga (saya suka berjalan)
-membuat rumah idaman saya; ia lengkap dngn perpustakaan mini dan ruang belajar, bilik solat, bilik anak2 sorang satu, bilik saya, bilik tetamu, bilik maid (kalau ada), ruang tamu yang besar sesuai kalau ada kenduri kendara, ruang makan, dapur yang besar supaya saya boleh buat satu ruang khas di dapur tu untuk anak2 kecil saya membuat aktiviti di situ sekiranya saya memasak dan boleh memerhatikan mereka dalam masa yang sama, & laman luar rumah yang besar untuk aktiviti kami anak beranak terutama untuk anak2 bermain
- simpanan yang banyak untuk pendidikan anak2 dan masa depan mereka kot2 saya n suami meninggal dulu drp mereka.

5 perangai buruk:

-kalau marah, saya marah betul2 (err..ada ke orang marah main2?)
-tangguh keje kalau mood tak de
-suka study last minit masa belajor dulu
-suka berangan (sebab freekan..tapi bahaya sebab syaitan suka)
-saya mudah memaafkan orang tapi SUKAR melupakan kesalahan/kesilapannya pada saya. Saya akan ingat sampai mati.

5 perkara yang saya benci lakukannya:

- sikit-sikit nak merajuk (Pantang saya orang kuat merajuk, tak kira lelaki atau perempuan).
-lipat baju (kalau suami ada masa saya melipat baju, abih melipat semuanya saya suruh suami saya tepuk tangan tanda bravo hahaha. salah satu cara gurau senda gak tu :)
-gosok baju (tapi kena buat gak)
-basuh pinggan (tapi kena buat gak)
-mood tengah tak de tapi terpaksa melakukan sesuatu

5 perkara yang saya tidak akan lakukan (Na'udzubillah -minta dijauhkan):
- Menyintai lelaki lain selain daripada suami saya
- kalau babap anak tahap mendera, untuk mendidik tak pe
- Putuskan silaturrahim
- Mengapi2kan orang
-Menggunakan sihir ke atas orang lain.

5 perkara yang membuatkan saya menyesal:

- Tidak belajar bersungguh-sungguh masa undergraduate
- Hingga sekarang tidak berkesempatan ke tempat kerja berlakunya tragedi kebakaran yang mengakibatkan kematian arwah ayah
- Melakukan kesilapan dan kesalahan yang tidak sepatutnya saya lakukan walaupun ia tidak sengaja, apatah lagi yang sengaja
- apa lagi ya?

5 barang kegemaran:

- hand mixer
-kamera
-hp /telefon
-pc/laptop
- apa lagi ya?

5 orang yang saya tag pula:
-alamak, sapa ya...tak tau nak memilih siapa. Sebab takut kita pilih, rupanya dia dah buat dah.

Oklah...ini aje, harapnya BR puas hati :D.