Friday, June 30, 2006

Laporan

Salam. Hmm..akhirnya dpt jugak saya menaip entri ni. Banyak sangat halangannya dalam dua hari ni, paling utama kepenatan. Sebab saya penat? Dah abih baca citer kat bawah ni, baru tau nanti :) .

Khamis

3 pagi lebih - betul2 dpt lelapkan mata sebab Alia & Huda baru dpt tidur (mana energy depa dpt pun tak taulah). Sebelum tu pun buat correction tesis yang tak abih2.

6 pagi lbh - terjaga. Terdengar suara Aiman menangis kat bilik sebelah ( pintu bilik kami n anak2 memang tak tutup). Rupanya dia start demam & sakit perut katanya. Panas sungguh. Husna aje p sekolah, Aiman pulak saya pontengkan. Bagi dia ubat demam yang ada. Called cikgu tadika dia bagitau Aiman demam.

9 pagi - Lepas bersiap gitu gini, kami hantar Aiman, Huda & Alia k rumah mak di Selayang.

9. 30 pagi lbh kurang - saya tiba di kampus. suami yang tolong hantarkan. Masuk lib. untuk sambung wat correction, guna handwriting aje. Amat menyeksakan sebab tulisan tgn saya buruk sbnrnya, kena tulis satu-satu. Syukur dapat siapkan. Nape tak siapkan awal2? Entah nape, mood saya nak concentrate 100% tak de, nak buat ayat mcm tak keluar. adatlah dah last minit ni mmg laju jer mood tu keluar. Bukan banyak pun, sikit aje, cumanya kena bukak buku rujukan balik tu yg mempengaruhi mood agaknya.

11.30 - 12.30 tgh lbh kurang - sesi discussion ngan Dr. X. Alhamdulillah, Dr. X dah suruh taip semula semuanya n buat english editing pulak. Best tau discussion kami, siap blh share ilmu n idea lagi. Boleh gelak2 lagi. Tapi kalau Dr. X tu lelaki, tak delah blh friendly camtu sekali. Sempat dia tanya saya, samaada saya takut lagi ngan dia atau tidak. saya jawablah tidak, tak sabar lagi adalah, hahaha.

12. 30 ke atas - 1.20 tgh- lebh kurang - masuk lib. balik. Cari bahan rujukan utk pengesahan footnote. Then...masa yang ditunggu2 tiba. Saya nak berjumpa ngan sorang mama blogger kita, Puan Nik Ha (Nick Hakimie's - ada kat sidebar saya tu :).

Kami berjumpa di tngkt. 4 lib. sebab dia ada kursus kat situ. Berdebor weh. Akhirnya bertemu jugak kami. Kelakor rasanya. Alahai, soft spokennya dia...malu saya. Saya ni jenis bersuara besar dan style kasor pulak tu. Dia pulak lembut jer gayanya, pemalu tapi ramah. Tak rupa gaya mak orang, mcm student U jer lagi. padanlah pernah kena ngorat lagi..heheh, jgn marah ya Ha. berbual kami kejap. Tak leh lelama, frust gak sebab ingat nak ajak dia minum. Tapi wrong timing sebab masa tu pun dia tgh time rehat, makan pun tak sempat lagi. Lepas tu nak sambung kursus balik. Tak pelah, at least dah jumpa dia . Puas hati.

Tapi, saya keluar makan pulak ngan ditemani sorang lagi puan blogger kita, Cik Bie (Nuradawiah- baru saya masukkan nama dia dalam sidebar). Hehe..sian cik Bie layan saya makan, dia tak mo makan sebab dah makan awal2. Minum jus jer dia. Oh ya, masa kat cafe tu, terserempak ngan senior lama masa undergraduate dulu. Isteri dia ex roommate saya masa kat matriks. Baru blk abih buat phd kat oversea. Bestnya. Oh ya, masa ni dah terasa2 penat tak cukup tidur tu mula keluar.

2 ptg lbh kurang - 4 ptg lbh kurang - p solat zohor. Cik Bie dah masuk ofis balik. Kemudian saya p salon kat dlm kampus tu. Then, tunggu cik abe dtg amik. Masa ni ngantuk yang amat. Bila suami ambil, terus ke sekolah Husna.

5 ptg lebih kurang - tiba rumah mak. Rasa letih bertambah, nak tidur sangat. Tapi ditahan2 jugak.

7 ptg lbh kurang - 8 mlm - kami balik cepat sebab nak ke klinik. Demam Aiman tak kebah lagi. Cirit birit pulak tu. Sian dia mengadu sakit perut. Alia pun kena nebulizer gak. Sebab hari Rabu tak semena2 dia kena serentak batuk berkahak + selsema. Bagi ubat n madu, tak kurang pulak. Tak boleh buat apa dah. Dr. check, kena wat neb. sebab mula bunyi sikit.

8.15 mlm lbh kurang - 1 pagi lbh - Aduh..tengok rumah, penat bertambah. Ikutkan hati nak tidur terus lepas solat. Mimpilah kalau beranak ramai ni, pas tu tak de maid pulak. Masak bubur sebab dr. suruh aiman makan bubur. Kemas rumah. Sian kat suami kena keluar kerja balik, ada orang mintak tolong typesetting jawi. Cuba gak nak buat entri, tapi tak leh. Kepenatan mengatasi segalanyanya. Jawab komen orang jer. Jenguk gak satu dua blog, tapi rasanya takat tengok jer, tak tinggal komen. Loteh mak..


Jumaat

11 pagi lbh kurang - mak & maksu (adik bongsu saya) datang rmh, sebab maksu nak tumpang bertenet kejap. Rumah mak tak de line internet lagi, pc mak andak (adik k 4) pulak rosak. heh, budak kecik tu dah pandai blogging dah...tapi baru ajelah, tak sampai 3 minggu pun lagi :). Penat saya yang semalam pulak tak abih lagi. Pukul 10 pagi lebih tu try lelapkan mata kejap, tapi tak mo pulak. Yelah, sementara Huda & Alia tak bangun lagi. Oh ya, Aiman masih cuti lagi.

3 ptg lebih - saya, anak2, mak & maksu ambil Husna di sekolah. Suami tak sempat nak ambil, kebetulan mak ada, syukurlah dia boleh tolong. Maksu tak biasa bawak keta kat jalan2 besor lagi.Kalau mak tak dpt nak ambil tadi, rushing gak suami nak balik amik Husna. Belum campur jammed lagi tu. Lepas tu, kami singgah supermarket, anak2 sibuk nak nutrigenlah, laparlah. Kebetulan mak pun nak beli barang, kami masuklah kejap. Lepas mak hantar kami, terus dia & mak su balik, sebab nak singgah kedai peralatan jahitan pulak.

6 ptg - suami dah tiba rumah. Saya pulak yang daripada cuba tahan penat yg teramat sangat2 tu (Penat hari Khamis + Jumaat) akhirnya surrender. Saya bawak tidur. tak elok sebenarnya. Tapi badan n mata tu tak tahan dah.

Hampir 7 ptg - saya terjaga. Lepas solat maghrib, bermula semula kerja2 rumah mana yang tak sudah. Lega sikit badan sbb dpt berehat tanpa gangguan anak2 tadi, terutama Alia yg saya tidurkan dalam buaian. Oh ya, Husna pulak demam. Bagi dia makan ubat demam Aiman. Aiman pulak dah kebah sejak tengahari tadi. Suami keluar bekerja semula. Gitu gini, barulah saya dapat menaip entri ni. Tapi penuh dengan gangguan anak2, siapa yang ada anak2 tu fahamlah :). Dah hilang penat saya? Jawapannya BELUM lagi ;).

11 comments:

Pnut said...

saya yg baca pun penat..heheheh tambah le orang yang melaluinya...
saya kagum la syikin ni banyak idea menulis, pandai mengarang...

semua tulis denagn detail saya tak reti menulis macam tu...kemas pun penulisan awak...hehehe

Titicaca said...

sama dengan pnut..baca pun penat..tak pe, insyaAllah akan di reward oleh Allah..

simah said...

syikin..

pi tidorrrrrrrr :0)

Glad everything is going well.. :0)

Kaklong Syikin said...

pnut:mmg penat. eh, awak laig pandai menulis tau..saya tulis ni caca marba aje..cuma satu kelemahan saya, klau blh benda kecik pun nak story kat org..kawan2 pun pernah tegur gak..hehe..saya citer detail takut org tak paham hujung pangkal n sebab musabab nape sesuatu tu berlaku pada saya..hmmm, nak kena ubah style menulis gak ni..

titicaca: hehe..saya takut awak rasa penat sbb saya tulis panjang lebor. entah nape tak reti sangat nak tulis ringkas2.
amin..moga dpt reward dr Allah.

simah: hehe..dah tidur dah.

blackpurple @ jowopinter said...

Uiks... terperinci.... yang membaca pun dah boleh agak macamana penatnya... :D

Sastri said...

hmm... memang penat... rehat laa kak...

Kaklong Syikin said...

BP: terperinci? hehe..tak lengkap lagi tu.

sastri: ha, mmg rehat pun hari sabtu ni, petg ni tadi curi tidur jap.

Shami said...

Kalau penat, sangat..rehat dulu,..he..he, tapi kalau ada anak kecik ni tak dak pembantu, susah ..ler nak lelap mata...dulu saya kalau dah penat, masuk dalam bilik, tutup pintu, bawa mainan anak2 sekali, pas tu mata tak tahan tidur..ler...he..he tapi makesure..ler tak der benda merbahaya kat dalam bilik...kadang2 deper pun tertidur gak..he..he

Anonymous said...

tahniah dah siap kemaskini thesis tu, lepas ni sambung phd je lah ummi, sementara ada mood belajar lagi ni :) kesiannya... dahlah penat anak2 demam pulak tu sabaq sabaq :)

~alinlai~

Anonymous said...

Assallamualaikum.
Salam perkenalan buat Syikin. Bonda ni dah galak kali lalu singgah kat sini tapi tak nyempat2 nak tinggalkan salam.
By the way, i love the way you put your words in your entries.
Hebat Syikin sebagai ibu kepada 4 anak dgn studi lagi. Fuyoo...mantap bu! Bukan calang-calang wanita yang dapat melalui keadaan2 tu.
Oppsss nak bagi tau, ari tu saya dapat ilmu tentang slideshow dari blog u. Thanks.
Okey gtg. Nak g keje. Lain kali bonda singgah lagi. Nice reading ur entries. Adiousiii. Wsalam.

Kaklong Syikin said...

shami:hehe..kalau saya ngantuk sangat mmglah tidur aje.

alinlai: mmg nak sangat2 tu, tp letihlah...doakan semangat saya terus memuncak nanti ya.

bonda: salam kenal. tq dtg k blog saya :). eh..saya ni tak pandai menulis, luahkan aje apa yg terlintas.

oh..baguslah bab slideshow tu, nanti blh masuk blog bonda pulak.
:)