Assalamualaikum. Pagi jumaat ni. Saya masih lagi tak habis membuat persiapan nak mengikut suami berkursus di Port Dickson selepas solat Jumaat ni nanti. Kami akan pulang pada Ahad petang insyaAllah. Oh ya, tempat kursus tu di Corus Hotel, PD. Tak pernah ke sana ni. Rasa excited jugak ni.
Hehe...pasal supervisor saya tukan, DR. X tu... semalam saya memberanikan diri menelefon dia untuk menetapkan tarikh meeting kami. Ya Allah, peramahnya dia...mudah ketawa lagi. Very soft spoken lady. Lega saya. Bila saya perkenalkan diri jer, dia terus cam, sebab dia dah dapat surat perlantikan rasminya sebagai supervisor utk pembetulan tesis saya. Kami dpat berbincang dengan mudah akan penetapan meeting kami pada minggu hadapan. Yang best tu, dia seorang yang boleh diajak berbincang dan tidak pulun sorang jer nak buat keputusan. Oh ya...sempat juga saya dengan beraninya memberitahu dia yang saya sbnrnya rasa takut nak berurusan dengan dia kerana khabar2 yg saya dengar , dia punyalah ketawa. Dia kata itu kata2 student yg kurang cemerlang tu. Student cemerlang biasanya akan mencari dia lagi untuk mengambil subjek dengan dia. hehe. Lepas dapat bercakap dengan dia, rasa lepas beban sedikit sebab dah tau sedikit sebanyak rentak dia macamana. So, senanglah lepas ni.
Ok...wassalam
26 comments:
k.shikin.....selamat berIEP...jgn lupa bwk baju anak2 secukupnya...nnt mesti diorg nk mandi kolam kat sane tue...
kan dah cakap :)
ha, kannnn......tu la, cepat sgt gabra...
selamat bercuti...
Wah, selamat bercuti.. Enjoy ur holiday. Alhamdulillah, setakat ni urusan dgn Dr. X sedang berjalan dengan lancar. :)
huhuhu.. corus hotel? haha.. dgr2 citer org ada sikit seram. ntah la. hihihihihihi....
corus paradise hotel kan, baru balik dari sana... oklah hotel tuh. Pool dia best, kalau nak harap pantai hampeh ler.. bilik pun ok ler.. yang angah suka, ada buah2an segar dalam bilik.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan akak. Moga dpt result cemerlang ;)
Slamat Bercuti. Nani pernah stay kat Corus Hotel tu. View dia memang cantik. And katil singlepun mcm queen. Besau giler.
Gud Luck nak submit hard cover nanti. PhD eh? Buat kat UIA kan? Selamat sumenya..
itu satu petanda yg baik tu syikin..moga tesis syikin akan dapat terbaik jugak
terima aksih atas entry doa tuh
IV cari aayt nabi ibrahim tu sbb mak kata kalau suhu panas sgt , baca doa tu..
selamat bercuti
Betullah kata orang tak kenal maka tak cinta. Satu permulaan yang baik bersama dr X tu, semoga semuanya dipermudahkan..InsyaAllah.
honeymoon la kat pd, apa lagi......
Corus Hotel cantik dan makanan nya sedap, enjoy ur holiday...
Haa bestlaa camtuu dapat supervisor yang frenly.. then baru motivated nak buat thesis betul betul.
Enjoy ur holiday kat PD!
Enjoy your weekend syikin....betul kata ontahsapo tu...honeymoon sekali lagi....
Syikin, ni nanti kat PD bawa tak laptop..hi..hi..hi kut nanti buleh berblog....hi..hi. selamat bercuti...
selamatlah semenya hendaknya...
Puan Syikin,
selalunya org yg nampak cengir (garang) ni, baik orgnya, contohnya saya...ceh wah, prasan sekejap.
happy berweekend.
syikin... selamat bercuti... dan alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujung with ur thesis... all d best!
Selamat bercuti dan bertesis, semoga selamat semuanya
bestnya bercuti..
tesis Masters ker?
selamat makan angin. Baik2 tau jgn kembung perut. kekekekekek.
Moga tesis akak lps ni dah tak payah diperbetulkan lagi.
ini sudah baik... betul cakap dr x... budak2 tak score ni suka salahkan dr x saja... heran, kalau salah dr x apsal masih ada student score macam Puan, ye dak??? good luck :)
belum jumpa dia ketawa lah.. tunggu hingga bersemuka nanti hehe
don't worry everything will be ok..
sure dah balik cuti eik.. Hotel Corus cantik kan. kalau ada pic ..letak ler dalam N3. leh tgk..
Corus paradise tuh tempat den cuci pinggan mangkuk tuh..he.he..he.. Sebagai duta N9 semoga enjay your stay kek nogori hambo.... Any complain habaq mai...
p/s : Dr X tuh rentak apa? Regge ker dangdut? he...he..he...
Post a Comment