Monday, June 19, 2006

Corus Paradise Resort

Terima kasih kepada semua bloggers di atas ucapan2 selamat bercuti dan kejayaan tesis saya tu. Amat dihargai. Sebenarnya masih penat lagi ni. Tapi sebab dah taip entri ni sejak kat PD lagi, tu yang senang sikit kojo den nak masukkan entri ni. Cuma gambar nak buat slideshow aje lum sompek. Nantilah.Ok, kat bawah tu segala aktiviti percutian saya bermula dan berakhir.

Jumaat

3.18 ptg – Kami bertolak keluar drp rumah. Masa tu hujan tengah lebat di area rumah kami. Kami mengambil Aiman dan Husna terlebih dahulu di tadika dan sekolah kemudian meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Biasalah dah petang ni, sana sini ada sedikit kesesakan lalulintas tetapi kereta still bergerak perlahan. Selepas tol sungai besi, kereta dapat bergerak laju dan lancar. Kemudian hujan sangat lebat sehinggalah kami melepasi Nilai baru hujan berhenti tiba2. Masa kami melalui R&R Seremban, ada kemalangan teruk melibatkan 2 kereta. Kesian melihat seorang kanak2 dan seorang wanita mangsa kemalangan tu di tepi jalan, si anak saya kira nampak kelihatan bengkak pada bahagian bibir kanannya yang nampak masih terkejut tetapi tidak menangis, dan si ibu saya fikir sedang menangis bercakap melalui hp.

5 petang lbh - Kami tiba di Corus Paradise Resort (CPR) setelah singgah terlebih dahulu di Bandar Port Dickson. Syukur cuaca baik Port Dickson. Kami dapat bilik di tingkat 10 paling atas. Semua bilik menghadap Selat Melaka dan sudah semestinya menghadap lagoon buatan manusia yang cantik itu. Sayang tiada balkoni, bahkan cermin tingkap pun tak boleh dibuka, siap dikunci lagi tanpa boleh dibuka. Barangkali untuk mengelakkan kemalangan jiwa kerana cermin sliding tu mmg besar, orang dewasa pun senang2 boleh jatuh menjunam ke bawah, tetapi saya kira, kalau gril tingkap dipasang, bagus sangat, bolehlah pengunjung menikmati udara laut daripada bilik masing2. Betul kata angah, ada sepiring buah2an disediakan. Hanya ada satu saja lampu mentol putih di entrance, yang lain mentol kuning. Saya kurang gemar, sebab rasa malap jer seluruh bilik waktu malam terutama di tengah2 siling bilik tiada lampu, hanya bergantung pada lampu meja solek dan lampu katil. Oh ya, bangunan hotel CPR ni diapit kiri dan kanannya dengan apartment2 di bawah pengurusan CPR juga saya kira. So, siapa yang tak mo hotel,boleh sewa apartment di situ.

6 ptg lebih – Kami sekeluarga keluar untuk membeli makanan saya dan anak2 kerana famili staf ditanggung sepenuhnya oleh staff sendiri, walaupun mendapat diskaun juga, tetapi kos makanan masih mahal kerana untuk saya dan 4 anak selama 3 hari 2 malam sahaja lebih kurang RM 400. Mahalkan? Kalau majikan yang tanggung, no hal punya. Hantam sajalah makan.ahaks. Jadi, untuk saya dan anak2 kami membeli makanan luar yang sedap2 tetapi murah kosnya. Ingatkan kami aje yg beli makanan luar, rupanya hampir semua staff yang bawa keluarga dan anak yang ramai membuat demikian. Makanan melalui room service sangat mahal; mee mamak, meehon goreng Singapore, nasi goreng khoo phat, nasi lemak dan mee jawa adalah RM 21 sepinggan. Aneka minuman panas, macam the, horlick, milo antara RM 7 - RM 9. Hehe..better beli kat luar ya tak? Kecuali kalau terlebih mampu tu, no hal punya nak order room service.

Malam – Suami dah start berkursus. Saya hanya bawa anak2 round sekitar lobi dan survey kot2 ada tempat menarik untuk kanak2. Tiada. Waktu malam di hotel ni tiada aktiviti menarik kecuali tv screen besar diletakkan di ruang lobi untuk tetamu hotel menyaksikan world cup. Hanya jeritan gol riuh rendah merekalah yang menceriakan suasana. Lounge yang ada pun agak tersorok, dan yang bagusnya tiada ruang terbuka utk karaoke, kalau tidak..mmg bisinglah. Sebelum tidur, Husna buat sikit homework dia. Nak buat camner, cuti2 jugak..tapi homework kena siapkan.
Sabtu

Pagi – Suami keluar membelikan sarapan kami sebelum kursusnya disambung semula. Saya dan anak2 keluar bilik setelah bersarapan. Seronok mereka bila kami berjalan kaki ke lagoon buatan manusia, Memang cantiklah dengan air laut yang kehijauan....siap ditanam pokok2 kelapa lagi di atas tambak pasir tu.,cumanya bila air laut surut lagoon ni akan jadi kering.. Ada playground kanak2 yang sebenarnya hanya sesuai untuk kanak2 berusia 6 thn ke atas dan padang bola. Di lagoon ni juga boleh ber jet ski dan berkayak hingga ke luar lagoon. Bahkan ada yang berani dan pandai berenang turun berenang dalam lagoon. Ikutkan tak dalam mana pun. Saya biarkan anak2 bermain pasir pantai di lagoon tu…tak risau cacing or telur cacing masuk dalam tangan mereka..biarkan..sepuas hati mereka bermain. Ummi tukang tangkap gambor aje. Dalam pada tu saya dapat fon call drp adik saya, K. L,memberitahu yg dia, mak dan adik k 4, Ar. Sedang beratur utk memasuki kapal terbang untuk berlepas ke Sabah. Mak dan adik2 saya ni menziarahi adik k 2 saya, K.N. yang menetap di Tenom. Sedih pulak saya rasanya, nak nangis pun ada. Entahlah, sebab tak dpt hantar mak ke airport or x dpt bercuti dengan mak di sana.

2 ptg lebih – 5 ptg lbih – Anak2 saya berendam dalam swimming pool. Swimming pool memang best seperti kata angah, terutama untuk kanak2 sebab ada ruang untuk berteduh kalau hujan, bahkan di kolam kanak2 juga ada disediakan ruang jakuzi..ramai gak org dewasa yang berjakuzi di situ. Style kolam renang di sini, kolam dewasa dan kanak2 attached tetapi dipisahkan oleh dinding kolam dan kedalaman yang berbeza. Kolam untuk kanak2 pun ada banyak petak. Pilih jer nak mandi di petak mana. Tapi, bab pakaian renang memang strict, kanak2 yang pakai singlet pun kena bukak baju. Anak2 saya berendam hamper 4 jam dalam kolam renang. Husna dan Aimanlah tu, depa syok sebab mereka tidak tenggelam bila berjalan di dalam kolam tersebut. Depa mandi manda sampai tak hengat dunia, siap ngan pelampung bagai, naik turun gelongsor dalam kolam tu. Huda dan Alia hanya duduk di tangga kolam tersebut bermain air. Memang mula2 mereka berdua takut tengok air kolam tu, tapi lama2 mereka seronok pula.


Lepas maghrib – saya duk mengadap laptop. Menaip sikit. Sayang tak de wireless internet. Internet room ada, tapi mahallah..RM 10 sejam. Husna pulak menghabiskan homework dia. Kesian kat dia, lampu bilik tak de lampu kalimantang, or mentol putih, harapkan lampu meja solek dan lampu katil aje..malap gitu.


9 malam lebih – seperti biasa saya bawa anak2 turun bawah kejap jalan2 kat ruang lobi. Suami masih ngan kursusnya. Anak2 sibuk gak tanya nape ayah tak de bersama. Kenalah bagitau depa yang ummi jer boleh layan, ayah tak boleh sebab ayah datang situ untuk bekerja bukan bercuti. Balik ke bilik, layan cerekarama, Husna pulak mengadu sakit urat kaki, tak lama lepas tu dia menangis kesakitan sebab urat kakinya dah kejang. Agaknya sebab lama sangat berendam dalam swimming pool dan melompat sana sini. Syukurlah mmg saya standby bawak minyak urut dan stok ubat anak2. Lepas diurut dan makan ubat tahan sakit, barulah Husna ok.


Ahad

9.30 pagi – Husna dan Aiman masuk pertandingan mewarna kategori bawah 9 thn, anjuran pihak Hotel. Mmg depa selalu buat contest tu utk kanak2. Bahkan ada contest menebar roti canai utk para ibu dan teh tarik untuk para bapa pagi tu, tetapi saya tak masuk. Baguslah pihak hotel buat aktiviti2 macam tu utk para tetamu. Lupa pulak, awal pagi ahad tu ada senam aerobic kat lagoon, tapi saya tak pegi. Kojang urat kaki den, sapo lak nak nolong..hehe.

10.00 pagi lebih kurang – sementara menanti keputusan jam 11 pagi, saya bawa anak2 ke lagoon lagi utk buat sand castle. Petang sabtu semalamnya suami dah belikan mainan plastik utk sand castle. Macam biasalah budak2 seronok bermain pasir. Asyik tak jadik jer castlenya, akhirnya ummi pun main sama..heheh, seronok pulak main pasir ni. Tapi tak leh lama2 sebab kami nak dengar keputusan contest. Oh ya, sempat gak hantar sms kat suami wished dia selamat hari bapa. Saja wat surprise sms.

11 pagi lebih – semua peserta contest dapat saguhati sekotak colour pensil panjang. Dan secara tak disangka2 Aiman dpt tpt pertama bagi kategorinya…sebelum tu saya dah pesan awal2 pada Husna dan Aiman, bertanding tu saja suka2, kalau tak menang tak pelah. Saya buat begitu sebab nak elakkan depa frust sangat2 kalau kalah. So prepare before cry hehe.. Selepas tu, kami balik ke bilik untuk mengemas. Kena check out jam 12 tgh. Husna n Aiman little bit frust, n merajuk pun sbb tak dpt nak masuk swimming pool lagi. Tapi nak wat camner.

1 tgh – kami keluar bilik untuk daftar keluar. Yehaa…akhirnya dapat gak merasa makan tghari Hotel tu, sebab ramai balik awal, jadi pakej makanan yg dah dibayar tu, pas kat kamilah..rupanya ramai gak family lain yang dapat sama. Memang sedap makanan kat situ. Saya amik sikit2 nak rasa semua; nasi tomato, rendang daging, crab claw, sweet sour fish dan sayur pakchoy. Untuk pencuci mulut pula, macam biasa ada kek (siap tulisan hepi father’s day lagi), pudding, dan specialnya ada waffle, tp kami tak sempat nak makan. Kemudian kami serahkan kunci bilik. Hehe..kat atas kaunter pendaftaran tu ada notis check out sharp 12 noon.

2 ptg lbh kurang – secara rasminya kami keluar hotel. Kesian kat suami, sebab jadual kursus dia pack sangat hinggakan nak keluar bersiar sekitar hotel pun tak sempat. Memang dia tak sempat nak ronda2 kat area lagoon hotel tu. Ingatkan nak singgah mana2 pantai, tapi panas terik sangat, makanya kami terus balik ke Selangor. Terserempak ngan kemalangan keta lagi. 9 buah keta yg saya kira terbabit sama, sebab semuanya kemek2 dan ada yg tpt injin terjongkit ke atas… Mmg sblm tu ada hujan lebat sangat.

4 ptg – 10 mlm lbih – relax kat rumah mil di langat. Lepas tu baru bertolak balik ke Gombak.

Overall, memang holiday ni menggembirakan, tapi rasa kurengggggggggggg sikit sebab suami tak dpt join sama. Terima kasih bang sebab bawa kami ke sana untuk enjoy wlwpun abg kena kojo. Huhu…den tak dapek gak nak honeymoon ngan cik abe. Dan moga bertambah rezeki abang untuk bawa kami bercuti lagi. Hehe.

p.s. Hehe, dek atok ada bagitau aritu yang dengar2 citer Corus Hotel ni ada citer2 seram sikit, maka saya ni yg mmg sedia penakut telah buat langkah berjaga2. Ajar anak2 masuk bilik beri salam setiap kali nak masuk dengan lafaz" Assalamualaina wa 'ala 'ibadillahis solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba2Nya yang soleh)". So, setan n de gang tak termasuk dlm grup nilah. Malam2 sebelum tidur tu memang baca segala jenis ayat quran yg tahu. Alhamdulillah, saya n anak2 dpt tidur nyenyak tanpa 'gangguan'. Salam ni utk masuk ke dlm rumah atau bilik yg kosong tak de penghuni macam kita sekeluarga keluar rumah dan bila balik tu nak masuk rumah berilah salam ni. tpi kalau rumah tu memang dah ada org, beri salam macam biasa ajelah.
cuba gak upload gambar sekeping dua. tapi tak boleh.apasal entah.

25 comments:

Pandang Dengar Diam said...

Cuaca pernah kesana 1 ketika dahulu...lagi pun kampung arwah bapa cuaca memang dekat sana...so tahu lah jugak selok belok jejalan kat PD tu hehehehe....

Alinlai said...

wah seronoknya...oklah tu lain kali pi untuk bercuti saja, sure lagi seronok :) lepas ni sesi menyiapkan tesis kan? Good luck :)

simah said...

glad u have enjoyed the trip...sesekali bercuti mc ni memang best kan...sayang jugak suami tak boleh join the fun sangat..

ontahsapo said...

takder citer seram ek...alaaa tak best la...

Kaklong Syikin said...

cuaca: saya kecik2 dulu selalu gak ke PD sbb arwah ayah bawak kami p ziarah kawan2 lama dia

alinlai: mmg sonok..tpi nak ngadap tesislah ni..huhu. tq doakan saya :)

Kaklong Syikin said...

oS: tak molah kena.dah letih dah.

babydiana: alhamdulillah :).nanti blhlah ke sana juga

Anonymous said...

sonok baca cite akak...mmm biasalah UIA nie klu buat IEP jadual penuh memanjang...
nasib baik IEP kitaorg best jugaklah sbb ptg acara bebas sempat 2 hari turut2 mandi pantai dan mandi kolam sepuas2nya dan main buaian lg, geng2 bos siap berjogging dgn isteri dan partner masing2...lgpun kat Cherating pantai dia cantik...

NONIE AZIZ said...

wahwahwah....cuti2 m'sia ye....bila MR nak cuti2 M'sia plak ha??

Anonymous said...

tunggu syikin upload gambo jk nih...

Kaklong Syikin said...

Bie: hehe..rupanya ni bukan IEP tau (akak baru tau masa kat PD)..tp kursus khas utk staf yg pgg post. sept. nanti baru ada IEP, kat cherating dengar kabar gak.moga2 murahlah rezeki suami akak nak bawak kami anak beranak.

MR: cuti2 msia ni sbb ikut suami p kursus. eh..awak tiap2 minggu p cuti2 msia gak kan..p jenjalan sana sini..cuti2 lah tu. :)

oren: sabor ye..saya try tadi tak mo masuk pun..apsal entah

Mummy Rizq said...

Bestnya dapat bercuti cuti malaysia. This weekend MB akan menginap kat Holiday Villa Ampang, celebrate birthday hubby. Sambil bawa Rizq jenjalan coz dia selalu kena tinggal! Heee....

Unknown said...

Seronoknya bercuti..tapi sayang ek husband akak tak dapat join sama walaupun berada di sana. Yelah..kerja...tapi oklah, anak2 enjoy mandi swimming pool lagi.

Mama Sarah said...

bagus ada juga diselitkan doa masuk rumah kosong.

seronok bila penat bekerja, dapat "rest" sekali sekala kan?

Aku said...

Syikin pernah dengar nama BIDADARI?
Jika berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai BIDADARI jangan malu-malu silalah ke blog saya.Ada sedikit informasi ingin di kongsi bersama.

Salam Perkenalan dari saya Lynn

Kaklong Syikin said...

MB: wah..awak ni lagi rajin cuti2 msia. kiranya awak selalu tidur di hotelkan? eloklah bawa rizq selalu..:)

yus: mmg seronok..hai, betul yus..anak2 mandi tak hengat dunia.

mama_sarah:hehe..mmg rest, tak yah wat keje rmh..tp anak2 tetap kena layan gak :)

KAMATO said...

seronok gitu...sesekali dapat bercuti

maklang said...

Seronoknya jenjalan. Maklang tak pernah ke sana lagi.

Sherin de Souza said...

Wah..dah balik pun cik Syikin kita. Bagus la kalau dah bercuit tu boleh mulakan hari kerja yg baru dgn semangat. :)

I pun pernah pergi Corus dulu masa mengandungkan anak pertama.. Ok juga la tempat tu tapi tak tau pula ada cerita seram.. nasib baik ok je. :)

Shami said...

Dah balik, syok nyer cuti....aduish sekali berblog panjang citer...ni 3 hari sekali gus ker...he..he..he

Literature Sushi said...

Percutian di Malaysia memang best! Kat UK ni galmer jer lebih, tak best pon sebenarnya...

Ajzie said...

German lagi lorat..tak de laut. Tak leh nak mandi manda kat pantai...

Insyallah jika ada masa kami pun nak ke Corus bila balik MSia nanti...hihi Tq for the pic..ada angan2 sikit

Kaklong Syikin said...

kamato: mmg seronok, sbb saya ni suka berjalan

maklang: mehlah pergi sana..menarik tempatnya.

sherin: hehe..yelah, penyuntik semangat nak baiki tesis ni. itulah,syukur saya n anak2 tak kena 'ganggu' gak.

shami: heehe..yelah, 3 hari sekaligus punya citer

ajzie: nape tak leh mandi? bahaya ke?

ha..nanti bawaklah anak2 bercuti kat situ. swimming pool best. yg takbestnya ramai nao yg pakai swimsuit..mata kita pun berpinar.

Angah said...

angah pun arituh dok tingkat 10 gak.

ni rasa nak pi bercuti sekalik lagik nih... bilalah ada kursus lagik ek buleh bawak family ngeh ngeh ngeh

Kaklong Syikin said...

angah: la hai..samalah ya.bilik saya 1022. ha, bawaklah famili sekali, mesti anak teruna tu seronok sngt mandi kat swimming pool tu.

ummuhajar:mmg best ummuhajar !! relax? heheh..gunalah kuasa veto seorang emak..tp mmg ada masa tu anak2 buat perangai gak..

Nor said...

CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

FULLY RENOVATED APARTMENT..
Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

The space
Accommodates: 4+
Bathrooms: 1+1 ( water heater)
Bedrooms: 2
Beds: 2+1
Check In: Anytime after 3PM
Check Out: 12PM (Noon)
Property type: Apartment
Room type: Entire home/apt
Fully renovated apartment
Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
Extra bed : 4

No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

Rates per night :
Weekdays : rm200
Weekend : rm250
Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

Safety features
First aid kit

Availability
1 night minimum stay

*Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

*5S CONCEPT

Contact me:
Che Norijan Binti Jamil
019-2222777
Direct owner