Petang Rabu ni tadi, saya menerima surat rasmi dr pihak kulliyyah mengenai status comb binding tesis saya. Pihak kulliyyah telah melantik secara rasmi DR. X yg saya ceritakan tempohari selaku supervisor utk pembetulan tesis saya, sebab dia yang memeriksa tesis saya selain drp supervisor asal saya. Kiranya, tugas supervisor asal saya tamat secara rasminya di sini. Disertakan juga report Dr. X akan kekurangan yg terdapat di dalam tesis saya tu. Dan saya diberi masa selama sebulan sehingga 11 Julai nanti untuk menyerah tesis yang telah diperbaiki dan form2 yg berkaitan kepada pihak kulliyyah.
Perasaan saya bercampur baur sebenarnya. Pertama, gembira sangat sebab saya dah berada di penghujung penulisan tesis saya. Saya akan capai target sebulan ni untuk menyelesaikan semuanya, insyaAllah. Saya tak sabar menanti nikmat kepuasan 100% semasa menyerahkan hard copy binding nanti. Saya tak sabar untuk tersenyum sepanjang hari selepas itu :).
Kedua, saya mula berdebor ni weh...saya tak terbayang macamana urusan saya dengan Dr. X nanti. Ya, saya pernah beberapa kali bertembung dengan dia di kulliyyah, orangnya manis dan kecil molek, tapi khabarnya tegas terhadap student undergraduate. Macam2 bermain di kepala saya tentang dia; positif dan negatif. Aduh..jangan buruk sangka awal2 syikin ooiii. Saya harap saya yang postgraduate ni boleh bekerjasama baik dengan dia dan dapat memenuhi 100% pembetulan seperti yang beliau harapkan. Saya dah kena setkan appointment dengan dia secepat mungkin. Harap2nya minggu depan saya dah boleh meeting dengan dia. Tetapi, saya mesti buat persediaan awal dulu terutama membuat draf pembetulan yang dinyatakan, jadi taklah saya melenggang kangkung semasa berjumpa dia nanti. Sediakan payung sebelum hujan hehe. Tolong doakan segalanya berjalan lancar untuk saya ya...
25 comments:
saya selalu doakan syikin.. u r a sweet lady..mesti supervisor X akan lembut hatinya bila berdepan dengan syikin punya ..insyaAllah :0)
cepat gabra syikin hehehe
InsyaAllah kak..semuanya berjalan lancar. Saya doakan akak. Kak Syikin BOLEH!!
Jangan risau...doa banyak2 insyaallah berjaya....hati pun tenang....
simah:: hehe..tepat awak ni ttg saya..saya mmg cepat gabra
simah, Yus & Shami : amin. terima kasih :)
syikin-all the best of luck to you! insyaallah semuanya akan a OK!
insyaAllah, boleh tu..dia strict ngan budak undergrad sebab depa tak berapa matured kut...
harap2 everything ok...
insyaAllah...ok tu. biasalah tu kdg2 orang cakap itu ini pasal orang lain, bila kita jumpa sendiri OK je :) selawat banyak2 hembus sikit sblm masuk bilik dia ke ke ke...sure sejuk hati dia, nak bagi sejuk lagi bawa air sejuk kwang kwang kwang (lawak je ummi...)
InsyaAllah Syikin. Ramai yg sedang mendoakan Syikin ni. :) Boleh tu.
ok tu...buat jer....
Best Of LUCK lah yek.... President MASK...apa ada hal..he..he..he...
Semoga usaha Syikin akan berjaya dan mencapai kecemerlangan, InsyaAllah...
maaf bertanya, tesis peringkat apa tu? masters, phd? hehehehe....bravo Syikin. Azwa ada cita2 tapi nampaknya masa belum mengizinkan.
MB,Oren, Moon, Alinlai,sherin, OS,nbk,Azwa: terima kasih banyak2 atas doa kalian. amin. seronok sangat rasanya ni didoakan yg baik2.
oh ya Alinlai..hehee nantilah akan kubaca2 dan kuserapah2 nanti :)
nbk: lehh..apa pulak saya pres. MASK
Azwa: baru master aje.
insyaAllah, awak akan blh punya. cuma kalau awak bekerja, mmg cabaran tu kuatlah,kena kuat semangat jer n support family paling penting esp. husband. kalau tak, lingkup
insyaAllah kalu kita ikhlas, akan dipermudahkan urusan oleh Allah.
*good luck*
ummuhajar & tee: terima kasih.
ummuhajar : betul tu..itu belum lagi mandi ingat tesis, makan ingat tesis, tidur pun ingat tesis..
hehe..bersuami satu..ya betul!!
Wah dah nak siap Syikin. Cayalaa...
Dah tak lama tuu, nanti nak buat PHD pulak ker?
Dr. Syikin.. hehehe
Tahniah kepada anda.... Tak sia-sia usaha anda..
..tau macamana sakitnya buat tesis master ni...
All the best & gud luck k.syikin! Stay cool & sweet...eheh.
semoga akak berjaya..aminnnnnn
HM: insyaAllah nak abih dah ni. heheh..hajat hati mmg nak buat phd..nak kembangkan tajuk master sekarang ni. tp tgk dululah..mcm best jerk bunyi Dr. Syikin tu.hehe.tp bukan dr. perubatan, dr. buku..hahaha
BP: tima kasih. amin. BP buat master dlm bidang apa? tak mo further phd ke?
Ayu & nznm: tima kasih :).amin.
semuga syikin berjaya...tak usah fikir yg negetif.. buat berserabut kepala je..
inshaAllah segalanya akan berjalan lancar..
Syikin...best of luck....semoga syikin berjaya dan segalanya berjalan lancar...
Insyallah semua akan ok. Pastu leh wat PHD plak. Kat sini pun best gak.
Insyallah saya doakan...
Semoga beroleh kejayaan dan dipermudahkan oleh Nya jua
wacayalu Puan :)
Dr. X atau mana2 doktor suka kalau kita pi dah bersedia camana Puan dah bersedia... time serah tu kasik synopsis sikit apa yang bakal dia baca... senang kerja dia PUan pon senang... GOOD LUCK...
Ya-Allah ya Tuhanku, bagilah Puan Syikin selamat, AMIN ya rabbal-al-amin...
Post a Comment