Tuesday, June 20, 2006

Dia pergi tanpa ucapan selamat tinggal - pt. 1

Hari ni 20 Jun 2006, genap 14 tahun ayah kembali kepada Penciptanya. 20 Jun 1992 (Sabtu) adalah tarikh tragedi hitam dalam keluarga kami. Saya nak ceritakan apa yang berlaku nanti bukan untuk tarik simpati tetapi sebagai satu luahan rasa hati seorang anak dan saya mahu cucu2 ayah tahu nanti bagaimana datuk mereka meninggal dunia. Ikutkan ceritanya panjang, tapi saya cuba ringkaskan. Kejadian ni berlaku semasa saya di tingkatan 6 bawah dan tinggal di asrama salah sebuah sekolah agama di Klang sementara menunggu tawaran masuk ke mana2 univ. yang saya pohon. Ikutilah cerita saya di bawah ini;

18 Jun 92 (Khamis)

Saya called ayah di sebelah petang untuk meminta izinnya mengikuti kursus kepimpinan pelajar anjuran pelajar2 univ. di salah satu daerah di Klang. Masa ayah menjawab telefon tu, saya pelik sangat, sebabnya suara dia terlalu lembut walhal itu bukan style dia bercakap. "Ya kaklong...ada apa kaklong?" itu aje soalan dia, tapi membuatkan saya memandang gagang telefon, kenapalah suara ayah pelik semacam. Saya yang terkejut tu buat2 biasa aje, minta izin dia untuk ke kursus tersebut dan kami berbual sebentar. Ayah bagitau dia nak datang jumpa saya esoknya sebelum saya bertolak. Dan tiada siapa yang tahu, itulah kali kedua terakhir saya bercakap dengan arwah.


19 Jun (Jumaat)

Selepas solat jumaat, ayah datang menziarahi saya. Tiada apa2 perubahan ketara pada dia. Dan kami berbual seperti biasa. Kalaulah saya tahu itu adalah kali terakhir saya berjumpa dia, saya akan peluk dia erat2, saya akan cium kedua belah pipinya puas2 dan memohon ampun maaf atas segala kesalahan saya padanya. Tapi tiada siapa yang tahu perancangan Allah. Seperti biasa, saya hanya bersalam dan mencium tangannya sahaja sebelum dia pulang ke pejabat. Dan saya bertolak bersama kawan2 yang terpilih ke tempat kursus selepas asar.

20 Jun (Sabtu)

Program kursus cukup menarik bagi saya. Banyak input yang diperolehi. Tapi satu jer, saya berasa tak sedap hati terutama pada waktu malam tu. Gelisah semacam. Tapi saya diamkan aje tak berkongsi dengan sesiapa.

Rupanya, semasa di rumah mak, di sebelah siang kalau tak salah, ayah ada telefon mak dan bercakap2 sebentar. Mak terkejut sebab ayah banyak kali tanya ada tak saya telefon ke rumah, mak kata tak de dan bertanya kenapa. Ayah bagitau saya ikuti kursus tersebut.Kalau ayah tak bagitau tu, memang mak tak tau saya pergi kursus tu.

Maghrib, ayah menelefon mak bagitau dia lambat balik sebab kerja tak selesai lagi. Siapa sangka, itulah panggilan terakhir ayah pada mak.

Jam 8 malam lebih, sebuah kapal tangki minyak Choon Han dari Korea meletup kuat ketika sedang menyalurkan minyak ke depot minyak Tiram Kimia Sdn Bhd.

Mak mendapat panggilan telefon agak lewat malam daripada majikan ayah, En. X, dia bertanyakan ayah dan mak bagitau ayah belum balik. Akhirnya En. X beritahu yg ayah kemungkinan terbabit dalam kemalangan tu. Mak terkejut sangat sampai tak sedar yang gagang telefon terlepas ke lantai. Lepas tu, mak cepat2 telefon abangnya, pakngah dan adiknya, Acik beritahu kemalangan tu. Pakngah dan acik datang ke rumah dan membawa mak ke tempat kerja ayah.

21 Jun (Ahad)

Saya kembali drp kursus tu tanpa mengetahui apa2 langsung. Masuk dorm, saya mengambil akhbar2 yang ada, semua headlines pasal kebakaran tu. Hati saya cuma terdetik, eh, ni tempat kerja ayah ni. Itu saja.tak lebih daripada itu.

Tak lama kemudian, ketua blok asrama C & D, kak Z datang mencari saya. Terkejut juga. Apahalnya. Dia sampaikan pesan keluarga saya minta telefon ke rumah. Yang saya pelik tu, dia nak menemankan saya ke pondok telefon. Saya perasan riak muka dia macam ada sesuatu, tapi entahlah. Tapi, masa kami makin menghampiri pondok telefon, jantung saya berdegup kencang dan terdetik, ayah terbabit sama ke dalam kemalangan tu. Bila nampak queue adik2 junior kat pondok telefon, frust pulak rasanya. Tak semena2 kak Z terus potong Q dan minta adik junior yg sepatutnya mendapat giliran dia menyerahkan gagang kepada saya, terkejut saya. Saya pun called ke rumah. Suara adik k 3, K.L menyambut. Tanpa intro tanpa salam, terus dia tanya,

Kaklong..ko taukan ayah hilang dalam kemalangan tu?
Ha???

Airmata saya keluar laju, tapi saya cuba sembunyikan drp junior2 di belakang saya ni. Gagang telefon berpindah tangan, makcik saya yang saya panggil bibik pulak bercakap. Dia bagitau yang paklong (abg mak) ambil saya nanti. Sambil tu beria2 dia pesan saya jangan menangis walhal masa tu dia sendiri yang menangis2.


Lepas tu, saya balik ke bilik. Sebelum tu, saya sempat mengucapkan terima kasih pada kak Z sebab tolong saya dan saya bagitau keadaan ayah, dia menggangguk sedih, sebab dia dah tau dulu drp saya sebenarnya.

Di bilik, saya tak ceritakan pada dormmate walau seorang pun. saya tak mo kepoh dulu. Saya bersiap apa yang patut. Dan saya menunggu announcement nama saya jika paklong datang nanti. Lamanya menunggu bagi saya. Saya tak kisahkan riuh rendah dalam dorm. Saya cuba bertenang sebaik mungkin. Duduk diam2 kat katil. Bila teringat ayah, mengalir air mata saya. Akhirnya, jam 6 petang loceng dewan makan berbunyi. Saya turun ke bawah sambil membawa kad keluar/masuk pelajar asrama utk diserahkan pada warden. Tiba di rumah warden, dia tak de pulak. Saya serahkan kad tu pada anaknya dan tak tau nak bagi sebab apa sebenarnya, sebab tak tau keadaan ayah mcmana skrang, jd saya hanya beri alasan ayah saya sakit.

Saya keluar drp rumah warden, ternampak di seberang jalan van pakngah saya, oh, bukan paklong yang datang ambil. segera saya berjalan laju ke van pakngah. Makngah aje ada, dia bagitau mak dan pakngah dah menunggu saya di bangunan bawah tu (dewan makan sebenarnya). Laju langkah saya ke dewan makan. Bila saya nampak mak dan pakngah, air mata saya laju turun. Tapi mak sungguh tenang, mata dia nampak merah. Pakngah sambut saya dan kami berpelukan (saya mmg rapat ngan pakngah). Menangis semahu2nya saya, tak hiraukan kawan2 setingkatan yang sedang beratur utk mengambil hidangan dan memandang kehairanan ke arah saya. Kemudian pakngah dudukkan saya, bagitau yg ayah belum dijumpai lagi dan tanya samaada saya nak ikut balik atau tidak. Terus saya kata nak. Saya bergegas naik ke bilik tanpa menjelaskan langsung pada kawan2 setingkatan yang ada di situ. Tak ingat apa dah. Di bilik, saya mengambil beg pakaian. Dormmates terkejut. Saya pecahkan rahsia. Mereka menjerit terperanjat, tergamam pun ada. Sorang2 saya salami.

Saya tiba di rumah malam. Masa tu adik2 dan bibik sekeluarga ada bersama. Lain rasanya. Mak pula, berehat seketika, bersiap untuk ke hospital klang menanti berita. Saya nak ikut. tapi mak tak bagi sebab nak tengokkan adik2. Memang mak bertunggu bertangga di hospital klang tu. Dan tv adalah teman setia kami yang tinggal utk tahu perkembangan terkini pasal ayah. Berita tv3 lewat tengah malam announcekan list nama mangsa2 yang dijumpai. Kecoh kami sekejap samaada confirm ayah dah dijumpai atau belum. Macam ada kekeliruan di situ.

Sebelum tidur, lepas solat isyak, menangis saya memohon banyak2 dengan Allah supaya ayah saya dijumpai tidak kira dia hidup atau mati. yang penting dia ditemui. Tapi malam tu, susah sangat nak lelapkan mata.

22 Jun (Isnin)

Pagi - Awal subuh, saya called classmate yg duduk luar asrama, Y. Dia ni ketua tingkatan kami, dan saya beritahu hal sebenar dan saya ponteng kelas ari tu. Rupanya, di sekolah, bila Y beritahu guru kelas kami di bilik guru, menjerit menangis guru kelas saya dpt tau saya salah seorang anak mangsa. Memang kepoh kejap bilik guru. Di kelas saya, lagilah heboh keadaannya.

jiran sebelah rumah, kak Y datang offer nak belikan kami makanan. Sambil dia bercakap tu, mata dia dah bergenang ngan air mata memandang saya. Saya menolak dengan baik sebab mmg kami dah ada sarapan pagi masa tu.

Tak lama lepas tu bertalu2 panggilan telefon ke rumah, bertanyakan bila dan di mana ayah akan dikebumikan. Saya jadi tension sebab kami sendiri tak tau apa2 perkembangan lagi. Nasib saya tak temper. Saya tanya balik si pemanggil, ayah saya dah dijumpai ke? bila dengar soalan saya tu, mereka cepat2 memohon maaf.

Tengahari - jiran2 tetangga makin ramai datang menziarahi kami. semua nak tau perkembangan terkini.

Akhirnya, berita yang ditakuti tiba. kami dapat call, pengesahan ayah dah dijumpai. Pakngah yang membantu pengecaman ayah (mereka mmg kawan rapat sblm ayah kawin dengan mak) berdasarkan cincin bertanda H di jari dan bentuk cuping telinga ayah yang lain sedikit. Ayah dijumpai terapung beberapa kilometer drp tempat kejadian (tp saya tak ingat bila waktu sbenarnya ayah dijumpai tu.) Sedih sangat dengan berita tu. Tapi lega sebab dia dijumpai. Ikut jadual asal, kami nak tuntut ayah ari tu juga dan kebumikan malam nanti.

Saya telefon cikgu A yang agak rapat semasa di sek. men. yg lama (tingk. 6 ni di sekolah men. lain pula). Beberapa kali saya cuba nak bagi tau, tak terkeluar ayat sebab sebak sangat. Akhirnya berjaya juga, menjerit mengucap cikgu mengetahui berita ni. Saya tahu, berita tu mmg akan tersebar ke seluruh sekolah tu cepat, sebab saya memang rapat dengan majoriti cikgu di sana.

4 ptg lebih - saya di dalam bilik mandi dan azan asar pula berkumandang. Tiba2 pintu bilik mandi diketuk, adik menghulurkan satu sampul surat besar berwarna coklat. Tak tau nak kata masa tu. Saya dah dapat TAWARAN KE UNIVERSITI!!! Saya keluar drp bilik mandi, bibik sedia menanti di luar pintu. Dia ambil surat tu. Saya peluk bibik dan menangis, " syikin nak ayah hantar, tapi ayah dah tak de", tetamu yang ada kat ruang tamu tu semua menangis sama bila dengar kata2 saya tu.


Lepas maghrib - kami adik beradik bersiap2 sebab bapa saudara lagi sorang datang ambil kami nak bawa ke rumah pakngah di Subang Jaya. kami akan berkumpul semua di situ untuk bersama2 pulang ke kampung malam tu juga untuk urusan pengkebumian. Rumahnya di tengah2 antara Port Klang n jalan nak ke negeri Sembilan. Oh ya, arwah ayah akan dikebumikan di N9 sebab menghormati mak ayah (dah arwah dah) yang masih ada masa tu. Saya bawa bersama surat tawaran ke universiti tu. masa kami tiba tu, mak pun baru sampai drp hospital klang rasanya untuk berehat sebentar. Saya beritahu mak. mak gembira, tapi sedih. Di bilik bawah rumah pakngah tu, kami berkumpul dan berbual..tak lama kemudian, makngah, pakngah masuk ke bilik tu. makngah nak tengok surat tawaran tu. Bila dia tengok aje surat tawaran tu, tak semena2 dia peluk saya, menangis2 cakap " belajar syikin belajar, jangan risau, pakngah ada..makngah ada.." semua yang kat situ sama menangis (Entah berapa kali sbnrnya ada adegan hindustan masa dalam satu hari tu..menangis jer kerja saya).

Malang sekali, ayah tak dpt dibawa pulang malam tu. Kena post morterm. barangkali esoknya baru boleh dibawa keluar.
-akan bersambung-

24 comments:

Anonymous said...

airmata aku dah bergenang...sediihh...tak sabo nak baca sambungannya...

Anonymous said...

hmmm sedihnya...

~alinlai~

Izhal said...

Ya-Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah Syikin bersama roh orang2 yang salih dan baik di sisimu, AMIN, yarabbal-al-amin...

apa syikin, sedih betul la... tang surat tawaran masuk U tu... tapi Alhamdulillah jumpa juga jenazahnya... syukurlah arwah ayah syikin dapat anak yang bijak lagi solehah... take care neee...

Mummy Rizq said...

Semenjak tahun 2000 bapak MB dah 3 kali kena stroke. So u can imagine how worried I am at the moment.

Angah said...

Innalillai wa Inna Ilaihi rojiun..

sebak pulak baca entry ini, pemergian orang tersayang secara tiba-tiba akibat sesuatu yang tragis memang memberi kesan besar.

Kat ofis ni ada banyak gambar2 berkaitan tragedi tu. yang jugak antara salah satu tragedi selain highland towers yang mencetuskan idea untuk penyediaan SOP bencana yang malaysia gunakan sekarang..

Al- fatihah untuk arwah.

Kaklong Syikin said...

oren & alinlai: mmg begitulah keadaan kami..sedih..bertahun belajar menerima kehilangan org tersayang

Izhal: amin. tq for the doa. mmg part dpt offer univ. tu tak leh tahan. amin..tq doakan saya anak bijak n solehah,wlwpun saya bukan kategori tu..masih berusaha ni :)

MB: saya faham camner perasaan MB tu :)

KAMATO said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin

Kaklong Syikin said...

angah: saya sendiri alami trauma.

angah, kamato n ummuhajar:tq atas doa n al-fatihah tersebut

alahai ummuhajar, maaflah buat air mata awak mengalir.

Ayu Mohamad said...

Al fatihah untuk arwah ayah kak syikin.semoga rohnya diletakkan bersama2 org yg beriman..aminnnnn
saya sedey baca entry akak ni

Hot Mama said...

Syikin, sedihlaa.. HM tahu macam mana perasaan kehilangan seorg Ayah! Sedih jugak kan masa bila nak kawin, ayah takde nak jadi WALI. semoga Ayah syikin sekarang berada dikalangan org-org yang beriman.Al- Fatihah

ontahsapo said...

aku tak sanggup nak baca...

Anonymous said...

syikin, Am tahan sedih sambil baca kisah syikin ni, kalau kat rumah silap2 airmata Am boleh keluar

NONIE AZIZ said...

sedihnya....dah terkeluar air mata ni!!!Semoga arwah ayah shikin ditempatkan dikalangan org2 yg beriman!!

zino said...

utk arwah ayah syikin..
- al-fatihah

Kaklong Syikin said...

Ayu, HM & MR: tq atas doa n al-fatihah tersebut.

OS: kuatkanlah semangat nak baca.perkara dah lepas tu.

AM: maaflah buat am sedih

Literature Sushi said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. bersabarlah...

Kaklong Syikin said...

zino: tima kasih

raiedzall: tima kasih. alhamdulillah, kami dpt harungi kehidupan tanpa ayah selama 14 thn ni.

simah said...

Al-fatihah utk ur dad..mata saya pon tergenang bila baca cerita ni.. *hugs*

Shami said...

Al-fatihah untuk ayah syikin semoga roh dia dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman, ...amin

sedih saya baca, cepat ler sambung

Sherin de Souza said...

Syikin, Sherin faham sangat perasaan Syikin. Arwah Mama Sherin meninggal 7 tahun dahulu selepas 7 bulan Sherin berkahwin. Arwah pergi kerana barah.

Sherin mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Ayah Syikin. Al-Fatihah....

Sedihnye bila membaca entry ni, teringat perasaan kehilangan arwah mak Sherin sendiri.

kunci hilang said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia lebih mengetahui dan mengasihi hamba-Nya.

Kaklong Syikin said...

simah, shami, & sherin: thanks for the doa n al fatihah

kunci hilang: betul,mmg kami tahu ada banyak hikmahnya..

Kaklong Syikin said...

simah, shami, & sherin: thanks for the doa n al fatihah

kunci hilang: betul,mmg kami tahu ada banyak hikmahnya..

Sastri said...

Syikin.... salam kenal... baru sempat berjalan2 ke blog org ni, sibuk minggu ni..

sas ucapkan takziah di atas pemergiannya... bykkan bersabar k... Allah lebih menyayanginya...

Moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman... Al-Fatihah.