Wednesday, June 21, 2006

Huda Nasriyyah: Selamat Hari Jadi Sayang



Happy birthday Huda
Happy birthday Huda
Happy birthday to you, my love

Hari ni, 21 Jun 2006, genap usia Huda Nasriyyah 3 tahun. Anak ke 3 tetapi tarikh lahirnya yang terawal antara 4 beradik. Ummi doakan Huda menjadi anak yang bijak, solehah, murah rezeki, sihat sentiasa, mendapat jodoh yang boleh memberikan kebahagiaan pada Huda dunia dan akhirat, dan berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sorry ya, ummi tak sediakan kek untuk Huda. Next time ya, insyaAllah. Ummi kalut semacam jer ni (tesisla..apalagi hehe). Ummi nak Huda tau yang ummi bangga dengan Huda sekarang. Huda dah pandai bercakap penuh walaupun sesekali terkeluar pelat sana sini. Ummi tau Huda nak sangat pergi sekolah sampaikan Huda selalu berimaginasi Huda dah bersekolah; "Ummi..sekolah uda ada buku, pensil", ummi, cikgu uda ada", "ummi, sekolah uda ada masak-masak" dan macam2 lagi ayat Huda tentang sekolah. Tapi, Huda kecik lagi, tak sampai hati ummi nak hantar ke sekolah, lagipun ummi tak kerja. Nantilah ya, bila Huda dah 5 tahun nanti ummi hantar, insyaAllah.


Ummi suka sangat bukan semata2 Huda suka tengok kartun Astro (channel 63 feveretnya), tapi Huda betul2 jadikan ia sebagai guru bahasa inggeris Huda. Terkejut ummi bila dengar Huda cakap good night, no, yes, what dis (what is this), fish, pleash mommy (please mummy), mom, oklah mommy, dan lain2 lain yang ummi tak ingat, dan sekarang perkataan feveret Huda, naughty...naughty..naughty (siap berirama lagi bunyinya dan menggaya jari telunjuk sambil bercakap). Ummi gembira sebab Huda ambil inisiatif sendiri untuk bercakap bahasa inggeris dengan ummi biarpun ummi tak ajar Huda.

Ummi pun gembira sebab Huda makin bertambah berdikari, hatta pakai baju sendiri, makan tak mau bersuap, dan mahu menolong ummi. Sorrylah kalau ummi larang Huda basuh pinggan sebab Huda kecik lagi, dahlah terpaksa berdiri atas kerusi kat sinki tu. Ari tu sampai penuh sinki sebab Huda tak pandai nak bersihkan tapisan sinki tu. Kadang2 tu, ummi tersengih sendiri bila tengok Huda tolong buai adik Alia sambil berzikir La ilaha Illallah (2x) sambil duduk, macam orang tua gayanya. Itu belum lagi bila Huda tunjukkan aksi solat, sejuk hati ummi tengok Huda macam tu. Dah baligh nanti, jangan tinggal solat ya. Cuma yang tak best tu, time ummi solat, Huda suka kacau ummi..menyorok bawah telekung ummilah, peluk kaki ummilah, tepuk2 badan ummilah...tak concentrate I, you...

Apapun, ummi harap Huda pandai mengalah dengan adik, abang dan kakak sebab ummi tak mahu Huda terbawak2 sifat keras hati tu sampai besar. Huda sayang ummikan...Huda tak mau ummi marahkan. Ummi harap juga Huda akan cepat2 berhenti suka nangis kuat2 dan terjerit2 bila tak puas hati, takut Huda sakit tekak nanti. Kurangkan suka berebut dengan adik Alia ya. Yang ummi ketawa tu, pandai pulak Huda kata nak pinjam kakak / abang / alia punya...

Ummi nak Huda tau yang ummi, ayah, kakak, abang dan adik sayangkan Huda. Kalau ummi atau ayah marah Huda bukan maknanya kami tak sayang, pasal kami sayanglah maka Huda kami tegur, bila ummi dan ayah tegur cara baik Huda tak mo dengar, tu yang kami marah. Huda satu jer kat dunia ni hak ummi dan ayah, tiada dua tiganya, tak boleh dibeli di mana2 kedai. Ummi harap Huda tau menjaga diri sendiri, tau menghormati diri sendiri dan tau menyayangi diri sendiri sebab Huda akan selamat insyaAllah, dunia dan akhirat. Ummi sayang Huda....muah...muah...


p.s. Kepada semua bloggers yang datang dan meninggalkan komen, terima kasih banyak2. Mohon maaf sangat2 tak dpt nak balas komen2 di bawah dan membalas ziarah blog anda. InsyaAllah, siap pembetulan tesis saya ni..saya akan datang ke blog anda, except saya lenguh sangat ngadap tesis, akan saya jenguk anda juga nak hilangkan tensen..hehe.

23 comments:

Unknown said...

Orang pertama beri komen pulak kali ini...hehe.

Selamat Hari Jadi untuk Huda. Dengar cakap ummi selalu, semoga besar nanti jadi orang yang berguna, taat pada kedua orang tua dan sentiasa ingat pada Yang Maha Esa.

KAMATO said...

happy birthday utk huda, good luck for your thesis, i'm also just finised my colloquium and it was success

Anonymous said...

hepi besday to Huda...moga jd ank yg baik dan solehah...
utk akak...selamat menyiapkan tesis dgn jayanya

zino said...

selamat hari lahir utk HUDA.. semuga menjadi anak solehah dan menjadi kesayangan ayah bonda..

dan kepada ibu huda semuga thesis dapat di sediakan dengan jayanya..

Alinlai said...

wah bekerja keras ummi :) tak pe buat elok2 lepas ni merdeka .... hepi b'day Huda

ontahsapo said...

wahhh dah besar panjang budak nyer ha....isk lama tak jumpa....isk isk...
apa hadiah huda dapat?

Sherin de Souza said...

Happy Birthday Huda. Sebaya dgn anak Sherin yg sulung, Emir. Comelnya dan pandai Huda.

Ok, Auntie Sherin doakan Huda kehidupan yg penuh dgn kegembiraan, kejayaan & keistimewaan.

Nik Ha said...

Selamat hari lahir utk Huda. Moga dimakbulkan semua doa ummi tu ya ;)

Angah said...

Selamat ulangtahun kelahiran untuk huda.. semoga jadi anak yang membahagiakan ibu ayah.

Anonymous said...

ep birthday 2U little angel.

Moga jadi anak yg solehah, cerdik pandai dan berakhlak mulia, amiiinn.

Mummy Rizq said...

hepi birthday huda... dr auntie MB. semoga membesar untuk menjadi anak harapan ayah & ibu.

Anonymous said...

hepi birthday to Huda..sebaya ngan Mira la nampaknyaa...nanti sekolah pun tahun yg sama...

Ayu Mohamad said...

kak syikin,
besday anak akak sama dgn anak kak lady Huda jugak nama dia hehehe 21 jun.. anak akak dgn anak kak lady sehari lewat dr saya.. bintang kami sama..gemini :)
happy bday semoga jadi anak yg solehah aminnnnn

Pandang Dengar Diam said...

Focus on your tesis....
hepy befday huda...

Ella said...

selamat ulang tahun buat Huda... semoga membesar menjadi anak yg solehah dan boleh dibanggakan ummi...

Izhal said...

aii comeinya ini budak... happy birthday huda... awat nangis atas slide???

syikin, 'ganbatei kudasai ne' dalam buat tesis bak kata orang jepun... maksudnya buat bersungguh ye... dah submit kang nak layan naik slide ngan Huda pun ok gak... GOOD LUCK!!!

Ajzie said...

Happi Besday buat Huda Nasriyyah..(sedap nama)Moga jadi anak yg cemerlang dan terbilang dan good luck buat Syikin..All the best.

simah said...

selamat hari jadi huda..buah hati jantung permata ummi dia..

tee said...

hepi bezday huda... namapaknya anak tee yg no 2 sama umurnya ngan huda. sebabkan da masuk tadika, petahnya ngalahkan abangnya. :)

Zareda Norman said...

happy besday to huda and ibu huda.. selamat menyiapkan tesis...

NBK466 said...

happy besday to huda and ibu huda, naper CEMBENG jerk gamabr kat gelonsor tuh???

selamat menyiapkan tesis jugak...

Shami said...

Happy Birthday... Huda, moga panjang umur murah rezeki, dan jadi anak yang soleh utk umi dan ayah, ...amin

p/s: Syikin, moga berjaya dalam apa jua yang awak buat, bab tesis, relaks, cuba buat sehabis baik, ..insyaallah awak akn berjaya, semuanya ada pada awak, selebihnya tawakal kepada Allah ...
saya doakan awak berjaya...amin

aNIe said...

syikin...happy belated birthday buat Huda syikin...heheh sama harijadi dengan harijadi Huda akak...heheh

Moga huda akan membesar menjadi anak yang sihat & berjaya dlm hidup dunia dan akhirat...dan anak yang membanggakan keluarga