Monday, June 26, 2006

Husna Fathiyyah : Selamat Hari Jadi Sayang

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Husna
Happy birthday to you...

26 Jun 2006 yang baru lepas ni adalah hari jadi kakak yang ke 7. Maaflah ummi lambat buat entri birthday ni untuk kakak.

Doa ummi semoga kakak jadi anak yang solehah, contoh yang baik kepada adik2, pelajar yang cemerlang, murah rezeki, sihat sentiasa, berjaya dalam karier, mendapat jodoh yang blh memberi kebahagiaan kepada kakak dunia dan akhirat, dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sejak baby, kakak seorang yang berani.Tak takut dengan orang asing. Sesiapa pun boleh dukung kakak tanpa risau kakak akan menangis. Ummi ingat lagi, kakak diam aje bila kena dukung ngan salesgirl India semasa kita p shopping complex masa kakak tak sampai setahun lagi. Mata kakak yang bulat dan besar tu memang menarik perhatian ramai orang. First orang jumpa mesti cakap, eh..besarnya mata dia. Bab kakak berani ni memang menakutkan ummi sebab pantang orang depa tangan nak dukung, cepat2 kakak sambut. Ummi takut kakak kena culik, huhu.

Bila dah besar ni, memang terserlah keberanian kakak. Kakak confident jer bila berada depan public, bahkan berani bercakap dengan orang tak dikenali kalau mereka menegur kakak.

Kakak seorang kakak yang penyayang tapi tegas dan kadang2 garang. Ummi harap kakak akan jadi contoh ikutan yang baik pada adik2 ya, daripada semua segi. Memang itu tanggungjawab kakak sebagai seorang anak yang sulung.

Lagi satu, kakak juga suka tolong ummi, cumanya tak semua benda yang ummi boleh benarkan tolong, terutama buat minuman panas sebab takut kakak tak pandai handle bekas air panas dengan baik. Syukur sekarang ni bila dah ke tadika dan sekolah, kakak dah pandai kemas bilik sendiri, lipat kain baju, tolong adik2 apa yang patut terutama suapkan makan minum adik. Sekurang2nya kakak berdikari dalam banyak perkara. Ummi ingat lagi beberapa bulan lepas, ada sekali tu ummi demam, tak larat nak bangun. Ayah pulak tak de kat rumah. Bila ummi bangun tu, ummi terkejut sebab tengok kakak dan Aiman dah siap buatkan air teh satu teko..tapi menggunakan air sejuk, sebab takut nak gunakan air panas. Ummi memang tak boleh nak marah, sebab ummi tau korang nak minum air feveret korang, cumanya korang tak mahu kejutkan ummi yang tak sihat. Sebak ummi dibuatnya, tapi ummi bangga sebab korang tau berdikari dah, tak de terjerit terpekik nak itu ini masa ummi tak sihat. Terima kasih banyak2.

Bila kakak mula pandai membaca masa 4 thn lebih, ummi rasa syukur sangat sebab kakak suka dengan buku2, tetapi ummi dan ayah tak sangka yang kakak jadi obses dengan buku. Masa kakak mula minat membaca seawal 4 tahun tu, kakak suka paksa ummi ajar kakak, tapi ada masanya ummi tak dapat nak ajar sebab ummi tengah buat kerja rumah atau ummi penat sangat, tak de mood nak mengajar, kakak akan bising dan cakap "ummi tak mau kakak pandai ke?". Aduh..sabor jeklah. Bila kakak betul2 lancar membaca pula, jadi masalah besar pada ummi dah ayah sebab kakak akan membaca tak kira waktu hatta jam 2 pagi lebih pun kakak akan membaca, bila disuruh tidur kakak merajuk. Kalau kakak tak boleh tidur, kadang2 kakak curi membaca dalam gelap. Memang ummi dan ayah larang sebab takut nanti mata kakak cepat rabun. Lagi satu, cara kakak tekun membaca tu macam orang nak exam esoknya. Siapalah tak risau. Pernah ummi suruh kakak berhenti membaca sebab dah tengah malam, kakak boleh jawab kakak takut tak cukup ilmu nanti. adei...tak terjawab ummi.

Bila kakak dah pandai membaca, kakak suka baca paper, buku ensaiklopedia maksu, dan bahan2 bacaan berat. Yang best tu, masa 5 thn lebih kakak dah pandai membaca sarikata rancangan2 tv. Bila ummi tak tengok citer feveret ummi, nanti kakaklah yg citer kat ummi apa yang kakak tengok tu sebab kakak dah faham jalan cerita dengna membaca sarikata bahasa tu.. Kalau ummi tak mo tengok citer, tapi kakak paksa dan ummi tak mau jugak, kakak pandai warning ummi yg kakak tak mo citer kat ummi perjalanan citer tu..konon merajuklah. hehe. sabor jelah. Dek kerana kakak suka sangat baca ensaiklopedia, kakak akan citer balik ngan ummi dan ayah apa yang kakak baca, dan tanya apa yang kakak tak faham..biasanya ummi memang tak dpt jawab sebab itu semua fakta. hehe anak lebih pandai drp emak. Sejak tu, kalau kakak ceritakan sesuatu perkara pada ummi dan ayah, ummi tak boleh nak kata kakak tipu, tapi ummi kena tanya dulu, kakak tau drp mana?, bila kakak kata drp buku maksu (ensaiklopedia maksu), ummi tak boleh nak kata apalah. Itu belum lagi macam2 majalah kanak2 yang kakak baca, bahkan majalah2 utk wanita pun kakak suka baca. Apa lagi yang boleh ummi katakan? kakak dah jadi ulat buku!! ummi pun tak macam kakak. Kesannya juga pemikiran kakak nampak lebih matang.


Dek kerana kakak minat membacalah, ia mempengaruhi cita2 kakak. Kakak ingat tak antara buku ensaiklopedia yang kakak baca masa kakak 4 thn lebih tu, pasal angkasa lepas dan ia ceritakan pasal pekerjaan angkasawan. Dah kakak kata kakak nak jadi angkasawan, bila ummi kata kakak kena besar dan belajar dulu sampai universiti, kakak suka sangat, tapi lepas tu kakak menangis2 sebab kakak marah kenapa kakak tak besar2 sebab kakak nak jadi angkasawan. Sabor jelah, penat ummi pujuk kakak , tapi tak jalan..at last kakak diam sendiri. Yang kelakor tu, lepas seminggu, bila kakak tengok citer power rangers, kakak bagitau ummi nak keje jadi power rangers pulak. hehe..terpaksalah ummi bagitau yg citer power rangers tu tipu aje, mana ada keje power rangers sebenarnya. Awal tahun ni pulak, bila keluar pasal Malaysia akan ada bakal angkasawan, tiba2 kakak bagitau ummi kakak tak mo jadi angkasawanlah sebabnya jauh sangat, nanti macamana nak balik ke rumah..aduih, tersengih ummi dengar sebab kakak tu. Beberapa minggu lepas tu pulak, kakak bagitau kakak nak jadi saintis. Hmm..besornya semua cita2 anak ummi ni. Tak apa, ummi doakan ia makbul yang penting kakak mesti cemerlang dalam pelajaran.

Alhamdulillah, mid term exam baru2 ni kakak berjaya dngn cemerlang, bukan takat dalam kelas bahkan keseluruhan sekali. Memang ummi rasa gembira dan bangga sangat. Menitik air mata ummi dengan kejayaan kakak. Ummi ni tak berapa pandai, jadi bila kakak jd pelajar yang cemerlang, ummi rasa itu rezeki yang Allah bagi pada ummi dan ayah. Tapi kakak, ini masih awal lagi, perjalanan kakak masih jauh dalam bidang pelajaran. Doa ummi semoga kakak sentiasa konsisten dengan kecemerlangan kakak. Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Lagi satu, ummi nak kakak jangan berlagak dengan kawan2 terutama mereka yang kurang cemerlang, mesti merendah diri. kalau mereka tanya kakak apa yang mereka tak faham, kakak ajarlah, tapi kalau kakak tak tahu, kakak beritahu mereka yg kakak tak tahu. Cuma satu aje, ummi dan ayah tak mahu manjakan kakak dengan pelbagai hadiah mewah, sebabnya ummi takut nanti kakak belajar sebab nak dpt hadiah semata, bukan sebab ia tanggungjawab kakak sebagai pelajar. InsyaAllah, ada hadiah tapi tak mahal, cuma masanya tak tau bila. Jgn tensyen bila kakak tgk kawan kakak dpt hadiah mewah ya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ok.

Kakak, ummikan selalu pesan kakak dengan ayat2 ni " Kalau muka kita cantik sangat, kalau kita bijak sangat, tapi kalau perangai buruk, tiada gunanya". Ummi nak kakak ingat pesanan ummi ni sampai mati, jagalah akhlak kakak di mana saja kakak berada, sebab itu yang orang sanjung tinggi. Ummi tau kakak akan baca entri ni sebab kakak pembaca setia blog ummi biarpun kakak tak pernah tinggalkan komen, sebab ummi tak ajar...hehe. Nanti, tiba masanya ummi akan ajar kakak buat blog sendiri. Bila? akan tiba masanya juga. Tunggu...

Ummi nak kakak tau yang ummi sayang sangat dengan kakak. Kalau ummi ada marah dan tegur kakak or angkat tangan kat kakak bukan sebab ummi tak sayang, tapi sebab ummi nak kakak sedar akan kesilapan dan kesalahan kakak terutama kesilapan yang berulang kali kakak lakukan. Ummi mana yang tak sayangkan anak. Cumanya satu yang ummi ralat, kakak kecik2 dah ada adik ramai, jadi ummi tak boleh nak fokus pada kakak sorang, tapi itu tak bermakna ummi tak sayangkan kakak tau. Ummi selalu doakan yang terbaik untuk kakak. Kakak sendiri kena banyak berdoa untuk kebaikan diri kakak. Yang ummi minta, kakak kekal jadi hamba Allah yang solehah, anak yang baik, kakak yang baik, dan cemerlang dalam pelajaran, kerana itu tanggungjawab utama kakak sekarang.

p.s. Banyak kali saya cuba upload gambar2 Husna yang terkini, tapi tak boleh pula. Gambar2 di atas tu semasa Husna berusia lingkungan 4 tahun kalau tak salahnya.

40 comments:

Mama Sarah said...

air mataku menitik juga. happy birthday husna.

auntie doakan kejayaan husna dunia akhirat. semoga menjadi seorang yang berguna. Taat kepada Allah, ibu bapa dan orang tua!

Shami said...

Selamat ulang tahun husna, ....bangga dapat tahu citer husna, ada minat camtu, syikin tolong jangan abaikan minat dia ni, mungkin dia ...akan jadik seseorang ...ilmuan kemudian hari...siapa tau...
Semoga husna berjaya dunia dan akhirat...amin....

shami teringat kat angah anak shami, ....dia selalu bantu shami kat dapur...masa tak da maid, mimi pun belum ada, balik pasar, dia tolong kemas barang dapur, tolong hidang makanan bila ada tetamu, tolong tu, ni...patut nyer shami layan dia, tapi dia layan shami,..malam2 kaki shami lenguh dia tolong urut..masa akhir2 ngandung kat mimi, lepas solat terawih, dia akan ambik makanan kat shami, dia layan shami...hari tu cuti kat Teluk Batik masa makan ramai2 kat restoran dia layan shami...uwaaaaaaaaa...semua orang tengok..anak bujang sorang ni...bertuah ler bini dia esok...ringan tulang...he..he..he.. itulah anak2 kita syikin...

Kaklong Syikin said...

mama sarah: thanks for the doa. InsyaAllah anak2 mama pun begitu juga :)

Shami:eh..dah ada gambar bunga rupanya kat profile awak :). Ha..itulah saya harap sangat dia kekal jd ulat buku. amin..tima kasih atas doa awak. bagusnya angah awak camtu..insyaAllah dia akan layan awak camtu selagi hayat awak dikandung badan.amin.

Unknown said...

Selamat Hari jadi untuk Husna. Sejuk perut kak syikin mengandung, dapat anak mcm Husna. Semoga minatnya terus kekal. Aqil dah 4 tahun belum tahu baca lg...tapi dia dah kenal huruf, dan tahu beberapa perkataan. Masalahnya, sini semua buku dlm BI, jadi saya tak pandai nak ajar dia baca cara mcm kat mesia tu...'BA'...'CA'. Tapi dia pun minat buku, dan selalu suruh saya baca utk dia. Harap dapat jadi mcm Husna kan anak mak cik yus tu.

Unknown said...

kak syikin,
sorrylah..nak menambah..hehe. Saya rasa blogger skrg memang ada problem nak upload gambar. Saya pun mengalami masalah yg sama, baru upload 2 atau 3 keping, pas tu dah tak boleh. Tu yg asyik buat slide jer tu.

Kaklong Syikin said...

Yus: tima kasih. nanti husna baca entri n komen2 ni mesti dia pun gembira atas ucapan2 birthday n doa dia. insyaAllah yus, anak2 yus pun suka membaca. amin..moga doa yus utk husna tu makbul. tq.

ha..itulah, geram tul tak leh upload gambar. yg dua keping tu nasib baik blh upload

KAMATO said...

Happy birthday Husna, moga jadi anak yang solih

Sherin de Souza said...

Happy Birthday to Husna. Mmg syok baca pasal Husna ni. Pandai anak dara Syikin ni. Bagus kalau minat membaca, banyak ilmu yg boleh dipelajari. Tahniah kerana husna bejaya cemerlang dalam exam.

Syikin, terharu baca entry you ni. I oun tak sabarla nak tunggu anak besar so nak tgk their characters and interests. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Happy belated birthday to Husna Fathiyyah .. Wah nampak ayu dan feminin. Kalau nak b'day present meh jumpa uncle kat Melawati..... he he he...

Kaklong Syikin said...

kamato & aku: amin..terima kasih banyak2 atas doa tu.

sherin: awak doakan dia pandai, amin. tima kasih banyak2 :). insyaAllah, nanti awak akan tgk juga perkembangan mereka drp masa ke semasa. mmg excited.

uncle bp: tima kasih. Loh..duduk kat melawati rupanya :)

Mummy Rizq said...

epi birthday kakak. sama ngan auntie MB nyer hubby tu. dia pun tak takut org. MIL pernah ketakutan bila satu hari dia hilang. rupa rupanya ada india roti pinjam dia dukung bawak ke tepi pantai. mata dia pun macam kakak. bulat & besar!

Anonymous said...

Hepi b'day Husna :) **ummi pi siapkan thesis** he he he...

~alinlai~

tee said...

" Semoga panjang umur dan murah rezeki dan menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah dan ibubapa."

- dari auntie Tee-

ontahsapo said...

selamat hari jadi dari abang ontahsapo....

zino said...

selamat hari lahir (terkebelakang-belated) utk HUSNA.. semuga menjadi anak kebanggaan ayah bonda..

simah said...

happy belated birthday husna..
masyaAllah..bertuah syikin ada anak mcm husna..cerdik dan baik..syikin ni kira nanti bila tua nanti nampaknya tak payah risau la..mesti husna jaga syikin nanti.....

Idham said...

SelamAt Hari Jadi Husna Fathiyyah...

Doa pak cik...semoga Husna berjaya dunia akhirat...

Good happy family breeds healthy and successful children.

Congrats Syikin.

Idham

Ella said...

Happy belated birthday buat Husna... auntie ella doakan semoga terus di rahmati dan di berkati oleh ALLAH SWT... dan besar nanti makes ur ummi proud of U k... *kiss*

Anonymous said...

happy birthday Husna!!! Moga jadi hamba Allah dan anak yang solehah...

Literature Sushi said...

moga murah rezki dan sihat sejahtera...

Izhal said...

pesanan yang amat baik untuk kakak... happy birthday kakak bijak :) sama dengan tarikh lahir pak cik punya ibu la... juga seroang wanita bijak...

rasa2nyalah kakak ni pernah terdengar ayat 'Iqra', tu yang dia minat membaca tu :)

dah la cun, pandai pulak tu... cerah masa depan budak ni... harap2 dia dapat PhD sebelum umur 30 tahun :) AMIN...

WRA said...

Selamat Hari Jadi Husna....samala dia dengan auntie ni...berbintang Cancer hehehehehe

FaEzHussain said...

puan syikin,

selamat hari jadi untuk anakanda husna.
terrer nya husna, kecik2 dah pandai baca buku.bagus la gitu.
semuga husna jadi anak yg solehah.

Anonymous said...

happy birthday to Husna..

semoga menjadi contoh pada adik2..

aNIe said...

Syikin...Happy Belated Birthday buat Husna...moga Husna membesar menjadi anak yang soleh & membanggakan ummi & ayah...

Comelnya Husna...sejuk perut syikin mengandungkan dia...& kecerdikannya yang terserlah sejak kecil moga akan kekal sehingga dia membesar & menjadi anak yang cerdik...

Terharu bab cerita dia buat air teh sebab ummi dia sakit tu...:)

kasutVINCCI said...

harapnya bila akak dan suami dah berumur nanti husna mampu menjaga akak dan suami penuh tanggungjawab dan kasih sayang yg melimpah ruah.Amin.

Pandang Dengar Diam said...

tukar templete lagi?

NBK466 said...

Husna nie yg sulung ker Syikin? Ada ciri2 K.Long tuh...cute sangat dgn baju kurung & tudung tuh.. Semoga menjadi anak & insan yg solehah.

Sastri said...

alamak... sas terlambat laa... anyway, Happy Belated Birthday to Husna... Moga menjadi anak yg solehah dan berjaya di masa akan dtg...

Anonymous said...

MB: ha ah, samalah. yg saya tau tu, lepas saya p blog awaklah, masa tu tak tau awak dah tinggal komen kat sini. :)

alinlai: tima kasih auntie :).dah, ummi dah wat correction :)

tee, ontahsapo & dino : thanks & amin for the doa :)

simah : thanks. amin atas doa tu. hehe..dah dia kawin nanti dia kena utamakan suami dia, harap2nya dia tak lupa ziarah saya :)

bro. Idham: terima kasih dan amin for the doa. saya masih baru lagi dlm dunia pendidikan anak2 compared to bro.Id. doakan saya berjaya didik anak2 :)

Kaklong Syikin said...

ella, ummuhajar & raiedzall: thanks dan amin for the doa :).

izhaL: thanks. wah..harap2 dptlah dia buat phd b4 30. amin :)

kak wan: tima kasih.ohh..sama bintang rupanya .ada genglah.:)

Dr. Faez:thanks & amin for the doa. dah mmg minat dia membaca, kita sokong ajelah. :)


Oren & k. Lady: thanks & amin for all the doa.:) K.lady, anak2 saya tu suka buat sendiri semua, cuma kita yg risau. kita larang, senyap2 depa wat jugak.

kv: thanks for the doa. amin :)

cuaca: ada problem ngan layout lama tu kat pc saya sendiri, tu yg cik abe tolong tukar tu.

moon & sastri : thanks n amin for the doa :)

nbk: ha ah..dia anak sulung.thanks for the doa & amin :)

oldtown~Smell the Roses said...

hmm..sori lama tak jenguk.cantik blog skang.

maklang said...

Happy birthday Husna, Maklang doakan moga menjadi anak yang baik dunia akhirat...

Kaklong Syikin said...

oldtown~smell the roses: tak pe. hai akak tukar time kepala tgh pening ngan tesis

maklang: terima kasih dan amin utk doa tu.

Ajzie said...

Happi Besday Husna, moga jadi anak yg solehah.


P/s
Lambat sikit kali nih..hihi Sori eik Husna.

Kaklong Syikin said...

Azjie: thanks & amin for the doa :)

tak pe terlambat, yg penting dtgkan..:)

Ajzie said...

Td baca tp Ammar kejap datang, kejap tekan nih, tekan itu tak berapa faham sgt..Lah nih anak2 dah tido, baca lagi sekali..Best lah eik, Husna dah pandai baca masa 4tahun. Lah nih Ajzie masih mengajar Alaya mengeja lagi. Ada tips tak? Alya pun suka buku2 juga mcm Husna. Sini mmg teramat lah payah nya nak cari buku English apatah lagi mmg takde langsung buku Melayu. Yg ada buku German aje. So Ajzie byk ajar Alya based Germany books. Alamdulilah semua huruf dan no Alya dan kenal, Sekrang tgh ajar bunyi sukukata. etc Su Su. Ma Ma. dll. Syikin kalau ada tips ajarlah Ajzie eik.

Panjang lebar nih, sori yea.

Salam

Kaklong Syikin said...

hehe..ajzie, anak kacau tu adat. tau dak hampir 70% saya mengadap blog ni sambil memangku alia? very the busy body that little girl..tekan sana sini, pas tu kacau mouse..mmg kena marahlah :)..dan biasa saja saya menyusukan dia sambil mengadap blog tak kiralah menaip posting or mengomen kat blog orang, hehe.

ajzie, kalau ikut pengalaman kami. lepas anak2 tau huruf. kami ajar sukukata. kalau balik msia nanti, carilah kat kedai2 buku, buku2 yg mengajar sebutan sukukata tu. bila dah pandai baca sukukata tu, kat situ slow2 ajar dia membaca mengikut ejaan sukukata. lepas tu, ajar dia sebut perkataan rumah sbg contoh tanpa perlu mengeja mengikut sukukata ru mah, tapi terus sebut rumah. yg ini mmg amik masa lah sikit.

lagi satu, kalau p jalan mana2kan, mcm shopping complex, or kat jalan raya, nampak papan tanda or nama2 makanan pada packaging tu, suruh anak baca apa nama makanan or nama jalan tu..jd kita pelbagaikan cara mereka membaca, taklah guna buku jer utk merangsang mereka membaca.

boy n girl beza. mcm husna senang dpt sbb dia terlalu minat. tp aiman, dia kurang minat membaca, la ni dah tadika dia masih merangkak2 lagi mmbaca. tp kami tak push dia sangat..cuma kami selalu galakkan dia membaca. lately ni baru nampak dia mcm start suka membaca.

tapi, nak ajar anak kena sabar, kalau jenis kurang minat tu, tak sampai 5 minit dah stop..tp, pengalaman saya ngan husna 1/2 jam pun dia blh lagi..selalu saya kena paksa hehe.

nanti, bila dia dah pandai baca dlm b.m, secara tak langsung dia blh baca in b.i, tp pronounciation tu kena betul kanlah..

Along said...

Bestnya entry ni. Sebagai seorang ibu juga, saya pun berharap yg serupa dari anak2. Semoga anak2 Syikin berjaya semuanya. Insya'allah. Amin.

Kaklong Syikin said...

along: lama tak nampak along :). terima kasih atas doa along. amin. begitu juga untuk along :)