Jidur ni dimainkan semasa kedatangan mempelai bagi masyarakat Jawa. Alatnya bulat dan besar, dan ia dipalu. Sekali palu memang menggetarkan jiwa sebab kuat sangat. Ia juga diiringi dengan paluan kompang yang mempunyai loceng atau kompang yang biasa. Bila jidur dan kompang berloceng ni dimainkan serentak, maka ia menghasilkan bunyi yg sedap dan gah pada saya. Pertama kali saya mengenali jidur semasa hari perkahwinan saya sendiri ketika bertandang di rumah suami. Terkejut bila dengar paluan jidur tu. Jidur tu besar dan terpaksa diletakkan di atas tempat duduk motor kapcai.ahaks. kadangkala pemain kompang berloceng dan jidur ni tak turut serta dalam perarakan pengantin tu, sebaliknya mereka duduk di tempat yang telah dikhaskan oleh keluarga pengantin. tak perlu risau kalau pengantin tak mendengar, sebab bunyinya mmg bergema kuat. tadi, saya menghadiri salah satu majlis perkahwinan, jidur ini dimainkan juga tpi saya dapati ia bukan alat jidur yang asal, sebaliknya sebuah tong drum kecil yang dipalu, but still mengeluarkan bunyi yang sama.
Pencuci mulut pula memang tak boleh dipisahkan dengan jemputan kenduri kahwin, sama ada dihidangkan agar2 atau pelbagai jenis kuih atau buah2an, atau kedua2nya sekali. Tadi, semasa menghadiri dua majlis perkahwinan, kedua2 tempat menyediakan tapai pulut sebagai pencuci mulut samada dibungkus dengan daun atau dalam bekas plastik bulat yg kecil. Dapat pulak pulut yang manis sesedap tekak, tak sedar cepat habisnya. Oleh kerana kami dapat bawa balik dalam beberapa bekas tapai pulut, saya dapat idea utk memakan tapai tu bercampur dengan aiskrim. Makkk...sedapnya. Tapai memang feveret saya.
Dan entah kenapa, kalau dapat bunga telur dan banyak biji pula tu, sedap sangat rasanya dikupas dua tiga biji, dihancur2kan dan dicampurkan dengan kicap..berselera betul makan. Terfikir pula, napa tak rajin buat telur rebus penuh sendiri ? walhal kita bleh rebus berbiji2 telur dan buat cara makan yang sama...tapi entahlah.
Saya dapati juga, tuan rumah majlis kahwin tidak lagi menjadikan bunga telur sebagai cenderamata wajib pada jemputan, sebaliknya dipelbagaikan jenis cenderamata tu mengikut kekreatifan tuan rumah. Yang saya perhatikan di kenduri masyarakat jawa kat kampung suami saya sekarang ni, jemputan akan diberikan sebungkus kecil beg yang berisi dua tiga bungkus kerepek yg berlainan dan sebungkus kek kecil atau muffin. Kata mil, ia pengganti berkat sekarang. Sebab kalau biasa adat masyarakat jawa, setiap jemputan pengantin yang datang akan dibekalkan dengan berkat (nasi minyak + lauk kenduri sebungkus dua) dan bunga telur. dan ia tidak terhad kepada saudara mara sahaja. Biasanya kos kenduri bagi masyarakat jawa (pendapat peribadi saya) mmg tinggi sebab mereka akan buat double kuantiti masakan, satu untuk hidangan dan satu lagi untuk jemputan bawa pulang. Tapi, ada juga tuan rumah yang beri buah2an sebagai pengganti bunga telur seperti epal dan oren. Ada tuan rumah yg lebih kreatif, memberi cenderamata berupa sapu tangan yg dibalut cantik atau kipas tangan yg comel. Untuk kanak2 pula, sekarang kotak bunga telur pastinya berisi beraneka jenis gula2.
Hmm..entah bila pula mak saya dan mil saya akan jadi tuan rumah kenduri kahwin lagi...lambat betui rasanya adik2 n adik ipar saya yg sorang tu nak berkahwin pula.
34 comments:
bestnya... ala adik n adik ipar syikin tu..kalau jodoh ja..esok lusa pon bole kawin..bole la syikin menyebuk nanti :0)
simah, betui betui..:)
Kompang berloceng tu ada macam jenis, kompang 3, kompang 7 dan 9, yang paling susah nak main kompang 3...syikin dengar yang mana? kalau tengah malam dialunkan bersama bacaan berjanji memang cukup mengasyikkan
Puan Syikin,
Kreatifkan orang zaman sekarang ni.
Ada yg bg sabun yg kiut2 sebagai present.
Mama saya bercerita tempoh hari, yg kenduri sekarang, warna air minuman nya mengikut warna baju pengantin. Kalau pengantin pakai kaler biru, biru lah air nya. Puan pernah encounter ni?
Menarik....dan dah lama saya tak ke majlis walimatul urus ni. Anak2 saya pasti 'jakun' bila ke majlis ni... :D
wahhh... cantik layout baru nih.
bestnya makan kenduri...sedapnya tapai pulut...favorite saya juga tu...nyum nyum :)
hmmm ckp pasal kenduri.. mlm tadi mkn lauk kenduri hehehehe.. sib biak.. kalo idak mau etrliur tingatkan makanan kenduri.. :)
moga2 adik2 and adik ipo dipercepatkan jodoh..nanti bleh la kak syikin jd tuan umah hehehe dan jgn lupa jemput kami :P
Ha'ah..skg nie selalunya bunga telur cuma bagi kat org2 tertentu jerk...digantikan dgn macam2. Den cam Aiman ler...tak kisah... kanak2 mmg suka gula2.
Mungkin nak bagi ayam2 telur tuh rehat kot....lebih2 lagik selepas ramai yg terpaksa dikorbankan selepas dilanda wabak Selsema Burung..he..he..he..
dah lama tak pergi kenduri orang jawa ( saya pun jawa jugak... muaahhaaahaaa)
kamato: oh baru tau ia ada banyak jenis loceng. saya tak ingat berapa tp yg pasti bukan 3 loceng.
FH: oh..tak pernah pulak saya encounter baju pengantin = air minuman kenduri :), atau saya yg tak perasan..kiranya dah berapa lama ya FH duduk sheffield ni?
ummi: tq sukakan ia. sbnrnya ini template k 3 yg saya tukarkan dlm tempoh 1 hari. maybe tukar lagi kot..hehe
alinlai: apa beza kenduri kawin semenanjung n sabahan?
ayu: insyaAllah..akak jemput nanti.
nbk:hehe..logik gak dikaitkan ngan selsema burung tu
MB: Jawa mana MB ?
jawa sabak bernam.. muahaahaa....
Wow, bila Syikin tukar concept blog nie? Cantik and cutelaa.. Sorry dah lama tak drop by coz lately asyik MC jer..
aku suka tapai, dan paling sedap bila sejuk....
mmg seronok kenduri gini. Walau penat, tp ada kelebihannya. Lagi satu, telur kenduri dgn telur rebus sendiri, rasa dia cam tak sama, kan? Hik hik hik lebih syok makan telur kenduri!
waa, cantiknya rumah syikin ni.. meriah dan ceria gitu.. wa, kalau adik kawin bolela syikin jadi wedding plannernya kan, mesti best.. jangan lupa jemput ye..
suka tapai, rindu tapai, nak makan tapai, minat tapai..hihihi semua tapai. Kalau pergi kenduri kahwin kat Melaka ada tapai pulut..Emmmmm sedap. Cendol tapai/kacang merah pun sodap..Emmmm semua nya sodap lah..
Tak sabau nak balik Msia
MB: Ohh...org sabak rupanya.
HM: hehe..kalau HM nak tau, template ni adalah k 3 yg saya tukar dlm masa satu hari masa tu.mula2 berlatarkan kitten, masalah huruf pulak. lepas tu beach, tp colourful sangat sampai nak baca kena betul2 tengok.at last, quilt ni, baru senang sbb putih jer background dia...:). dah ok ke skrg? biasalah preggy mom, cepat letih
OH: dlm poti ais den ni ado laiyy tapai pulut..sojukkk..
lawa umah? musim org renovate plak sekarang nih yek???
aku pun suka kalau pi kenduri dpt cenderahati selain dari coklat dan telur rebus..la nih depa bagi mug, sabun, tuala kecik..kira berbaloi sebab benda2 nih boleh guna byk kali...
lebih kurang je...tapi kenduri kat sini mula awal...pukul 8.30am - 1.30pm, kalau pi lepas tu silap2 dah tak dak nasi dah...kira pi breakfast la kalau kenduri kat sini :)
Dulu2 memang ada join main kompang dan jidur ni..... kalau bawak lagu2 moden lagi best....
hehehe
waaa..kak syikin!dah berubah angin nampak..tukar template baru erk..tapai kat kedah mmg glemer abis..mak saye suke giler wat tapai..mmg sedia sedia la dlm freezer...asik kenduri je kan cuti sekolah nie..
oren: hehehe..saja jer nak tukau2..boring nampak template lama tu.
betui, dpt cenderahati yg blh dipakai banyak kali lagi bagus.
alinlai: wah..mmg breakfast betul tu. kiranya tak yah sarapan awal2lah p kenduri kawin kat sana.
BP: kiranya pakarlah ni...
shahlina: oh, mak amik tempahan ya...blh share resepi?
wah....blogger buat hal lagi ke...manyak susah nak komen ni...
Bagus juga PnSyikin buat entri nih.. esok-esok boleh anak-anak kita buat rujukan tentang tradisi perkahwinan org jawa dan yg sewaktu dgnnye :)
Puan syikin...
blog buat hal, tadi saya dah jawab dah soalan anda...
lama dah duduk negara org ni, nak balik huwaaaaaaaa, tapi tgh bersabar menemankan cik abg siapkan phd dia. 7 thn undergrad di downunder+ 4lebih di UK....sampai etika nak gi kenduri kawin pun dah tak ingat...
k.shikin....dah berwajah br blog akak skrg...br seminggu bie tk menjengah...
cuaca dulu pernah mengetuai sebuah kumpulan kompang di kampung....kalau ada orang kaein kita orang lah yang paling sibuk kalau boleh nk vouge dari pengantin...heheheh 1 rumah pengantin rm10 hehehe.....
Kak wan: mmg buat HAL!!!marah betul saya, semalam saya p blog kengkawan, samada tak leh bukak langsung atau blh bukak tp lembap atau blh bukak tp x leh tinggalkan komen atau blh tinggalkan komen tp tak sampai..nak kena babap pihak blogger dot com nih :(
Raeidzall:nanti anak2 anda dpt org jawa senanglah kan :)
FH: wah..lama sungguh...
bie: hehe..ini baru satu template jer bie tgk. sbnrnya hari yg akak tukar template ni, akak dah 3 kali tukar, sampaikan sapa yg dtg 3 kali berturut hari yg sama tu mmg perasanlah. Pertama, kitten, tukar pd beach pulak, lepas tu tukar pd quilt ni...ni yg paling jelas nampak tulisannya..sbb putih background :).
cuaca: wah..mmg kumpul duit sungguh. la ni main kompang lagi tak?
macam kenduri kat hotel boleh main jidur ni ke???
lagi satu yang dah kurang ada, rokok open table ddi kenduri... dulu2 zaman saya tak legal merokok, selalu ada dunhill depa sediakan satu meja... la ni dah legal isap rokok takde pulak...
izhal, boleh rasanya.
oh, rokok open table saya tak tau tu..ni baru tau
p.s. bercinta betul nak tunggu comment ni blh dibukak..)
syikin...sedapnya tapai pulut....kalau manis...memang tak sedar dah makan lebih dari satu...hehheh..
Bab telur tu kita memang sama...kadang terasa mcm bebudak...dpt telur orang kawin je...terus kupas...makan pelan2...takboleh makan banyak2...nanti tercekik...heheheh...tapi kalau ade kicap memang bertambah besnya
Kak Syikin,
Saya pun pengemar tapai, tapai pulut dan tapai ubi.Sedap tu.
p/s: biasa org jawa panggil berkat tu 'bontrot' kan. Seonoknya bila pegi kenduri kahwin di kampung, dapat 'bontrot' banyak2, pas tu makan ramai2. Kalau tak pegi pun masih dapat makan kan.
kak lady: hehe..sekapallah kita yek..
Yus: hehe..alamak, akak tak taulah panggil 'bontrot' tu pulak, sbb biasanya mil tu sebut berkat aje. nanti akak tanya suami.
Kak Syikin,
Memang sesetengah tempat panggil berkat jer. Tapi kalau di kampung mak n ayah yus sebut bontrotlah. Jawanya lagi pekat kot..hahahah.
Ni kat Kg Sg Balang Muar, n Sarang Buaya Semerah.
Post a Comment