Terima kasih di atas semua ucapan birthday dan doa untuk Huda. Amin...moga semuanya dimakbulkan. Begitu juga dengan doa untuk tesis saya, terima kasih sekali lagi. Tentang Huda nangis atas slide tu sebabnya dia nak naik ikut slide tu, bukannya panjat tangga :).
...............................................................................
Pagi Jumaat semalam, lebih kurang 10.35 pagi meeting pertama saya ngan DR. X berjalan lancar. Saya terlewat 5 minit sebenarnya, sebab berlaku adegan pujuk memujuk Huda yang menangis2 nak ikut saya ke kampus, terpaksa saya keraskan hati ngan tangisan dia. Yelah, dia jarang sangat kena tinggalkan, tu yang sekali sekala kena tinggal dia takut sangat agaknya. Yang terbalik tu, Alia cool aje masa pak udanya (adik saya) dukung. Kesian kat maksu (adik bongsu saya) kena pujuk dia. Mak saya tak de, masih berada di Sabah.
Alhamdulillah, discussion kami berjalan lancar. Tempoh 1 jam memang betul2 terisi dengan perbincangan kami. InsyaAllah, kami akan meeting lagi minggu hadapan. Seronok discuss ngan dia :).
Selepas discussion, tergerak nak contact maksu utk tau perkembangan Huda n Alia. Syukur Huda tak menangis lama, cuma yang buat saya kecut sikit tu, tali buaian Alia terputus masa dia tengah tidur, apalagi...jatuh ke lantai, syukur tak de apa2. Yang penting Alia tak muntah lepas tu. Kata maksu, tali buai pengikat tu dah reput rupanya. Aduh..camnerlah saya boleh tak perasan, sebab buaian tu memang saya bawak siap2 drp rumah. Yang saya pulak terlupa nak pesan pada maksu supaya letakkan bawah buaian tu tilam or kusyen bantal. Maksu pun terlupa jugak nak buat camtu, biasa dia memang letakkan kusyen bawah buaian tu.
Saya nak pergi library lepas tu, tapi pergi makan dulu kat cafe kulliyyah. Laparlah. Saya pekena nasi ayam yang sedap tu. Selesai makan, jam dah 12 suku lebih, baru teringat masa ni library dah tutup dan buka selepas waktu jumaat. Saya pun yang sedia menahan ngantuk dan letih disebabkan tidur lewat malam kelmarinnya dek kerana Huda dan Alia tidur jam 3 pagi lebih, bercadang nak pergi ke masjid kampus, lepak kat situ. Tapi, sebelum tu saya p ronda2 kat area cafe, stall dan mini market di area bawah masjid.. Dah lama tak window shopping kat situ. Beli apa yang patut, saya bergerak ke masjid. Punyalah letih rasa badan sampai terlelap hingga selesai waktu solat jumaat.
Terjaga tu, saya bersiap pulak nak ke library. Tapi tak terus cari bahan bacaan yang nak dicari, sebaliknya saya p cari sorang rakan blogger yang low profile (link dia pun tak de kat sidebar ni :) kat ofis library tu. Hehe...berdebar gak rasanya, sebab ni main terjah jer. Lagi satu, takut dia tak de kat situ. Tapi rezeki nak jumpa rupanya, dapatlah jumpa cik Bie kita. Tak sangka dia pun salah seorang officer rupanya..betuikan cik Bie ??? Punyalah dia terkejut sebab tak sangka saya mencari dia. yang saya pulak siap suruh dia meneka siapa saya..bila bagi clue sikit baru dia boleh agak siapa saya hehe. Cik Bie kita ni ramah orangnya..tengok rupa cam bukan isteri orang pun :), macam student jer lagi hehe (jgn kembang sangat cik bie, nanti patah kerusi tau. ihiks). Berborak kejap dalam 10 minit, kami berpisah. Saya nak cari bahan sikit, tapi taklah urgent mana pun. Duk baru belek2 buku kat rak, suami called, dia dah nak sampai rupanya. Saya pun baru teringat, rupanya Husna keluar jam 3.10 petang, masa tu dah nak jam 3. Terpaksalah saya lupakan buku tu dulu. Terus keluar tunggu suami kat tempat yg dijanjikan.
Kami ambil Husna dan kemudian Aiman di tadikanya. Terus kami pergi ke rumah mak saya untuk mengambil Alia dan Huda. Lepak kat sana, siap masak bagai, lewat petang baru balik rumah. Ponek eiyy. nak wat entri baru tak larat, tp jengah blog kengkawan dan belajar buat slide show (tu yg ada gambar slide kat bawah tu..asalnya try n error dah jadi pulak..bantai ajelah). Nak tidur cepat tak boleh sebab Alia jer masih berjaga, Huda dah hanyut dah. Dan jam 2 pagi lebih baru buleh tiduq..adeii.
28 comments:
bila plak tukar layout ni? hehehhe...akak dah baca dah semua entri...siap nangis lagi baca tang ayah Syikin tu...alhamdulillah, skang semua dah ok kan? bila plak nak letak tag board? boleh borak2 kat situ sama....
Hihi hijau....Kita serupa..tapi tak sama..
kak wan: hehe..suka nampak nama akak. nantilah saya masukkan tag, insyaAllah.
ajzie: kita serupa...(lagu headwind)heheh
wah..hijau ni memang menyegarkan pandangan. kita pun tukar layout gak kak. hehe.
sibuknya ibu yang seorang ini.. :-)
tukar layout lg kak....hiihi.
tapi yg ni nampak lebih simple dan kemas.
uda: heehe, tukau jangan tak tukau.
mmg sibuklah..tp tak sesibuk uda ..
yus: terpaksa, ada problem lak layout quilt tu bila appear kat pc akak.
dlm sibuk buat pembetulan thesis sempat lagi tukar template hehehehe caya la syikin..ni mesti kes tension kepal otak serabut ni :0)
syokla pengalaman Puan buat tesis... window shopping ada, tidoq sat ada, anak nangis ada... hahaha... time belajaq lagu ni memang dnia ni nampak pelik... ye dak??? heheh...
oh tmplate hijau nampak... makin pelik ni... heheh... slide show pun style pusing2 pening2 pelik2... heheh... lepaih ni terus sambung PhD kot, alang2 momentum belajaq dah terhayun tu :)
sibuknya ummi ini
tahniah syikin..atas perkembangan yang pertama atas thesis tu..
cantik hijau ini..sesuai dgn personaliti syikin rasanya
bincang benda yg berfaedah memang best..sama lah keadaanya bila sy bincang ngan lect pasal thesis ku..terungkap semua kemusykilan..hehe
aik, rajin sungguh kawan kita ni, dalam sibuk2 buleh lagik tukar2....wajah ni ...he..he..he, hijau.....yes saya suka, sejuk mata memandang...
simah & shami:
hehe..yg tolong tukau ni suami saya..sbb asalnya ada problem ngan template quilt tu kat pc saya..tak tau bila korang bukak camner rupanya..kebetulan dia ada free time, dia tolonglah, kalau tak tu susah gak. heheh..mmg kepala otak tgh berserabut nih..
izhal: hehe..betullah nampak pelik agaknya. mmg niat di hati tu nak wat phd sbb hati tgh bersemangat waja ni, tp kena kira bab kewangan gak nih , lagi satu, letih wat tesis ni tak abih lagi..:).
iv: mmg sibuk..tp tak sesibuk iv yg duk kalut sendiri layan anak2 n kerja sementelah duduk jauh ngan asben ni...eh, sesuai ke ngan personaliti saya? saya pun tak tau camner personaliti saya..heehe.
ais_putih..dah abih exam ya? mmg seronok wat discussion tesis sbb benda kusut dpt dileraikan, cumanya cabaran utk capai apa yg diharapkan oleh supervisorlah.
K.shikin...sonok jumpa akak hari tu...hope dpt jumpa lg lepas nie...sblm bc blog akak..hati tersungguhlaa sedih....bila lps baca..hilang sedih tue...siap boleh gelak2 lg nie...aduhai....tk tahu tang mane yg lucu tue...hikhikhik.
ok...1st step dah selesai, ada berapa banyak steps lagi? ke ke ke...relaxlah boleh siap tu :)
semoga akak dapat selesaikan thesis akak dengan jaya nya.. aminnnnn
Syikin,
Alhamdulillah semua berjalan lancar dgn Dr X. Moga demikian sehingga selesai segala-galanya!
Nice slide show!
Sukaanye blog akak yg br ni. Ijau gitu, warna kegemaran ku *wink wink* Hopefully dpt jumpa akak gak nanti ;)
bie: hehe..nape sedih? takut akak bagi bad perception ttg bie ke? apapun sonok jumpa awak..
alin: saya kira ada 2 steps lagi :)lbh kuranglah
ayu: tocey..tocey tq for the doa
ummuhajar: ha..betuikan..ha'ah, aiman dah tadika dah. eh, awak punblh buat slide tu ummu, klik kat slide anak saya tu..then dia akan ajar..
sherin: tq so much. eh, awak pun blh buat tau slide show tu, klik jer kat ayat make your own pd slide show anak saya tu
nznm: hehe..tq sbb suka. akak pilih warna tu time kepala otak tgh blur..hehe. insyaAllah blhlah, tp tgk hari nanti akak pergi kampus bila
moon: kena tukau, sbb ada problem ngna layout lama tu kat pc saya..apsal entah :(
mamadiana: ha ah, baru 4. entah bila nak tambah 5..nak relax dulu :)
Syikin, mmg dah ada buat slide dah haritu, cuma tak post je.:)
Thanks!
bukan sedih akak bg bad perception...itu di luar kwln bie...sebb lain...takde kena mengena dgn sesiapa...sonok sgt jumpa akak hr tue...hehehe...
bukan senang nak senang kan syikin. so good luck for everything!
Nasib baik discuss jerk..kalau ngumpat 5 jam lum tentu cukup..he..he..he...
sherin: oh..ok.
bie: alahai..oklah dah gumbira dah ya.
MB: betul tu MB. thanks.
nbk: hehe..satu hari pun tak cukup kalua ngumpat.
Tema layout ini adalah "hijau bumi tuhan"... ke hijau yang satu lagi tu? :)
banyaknya saya ketinggalan....teringin nak buat slide show ni!!
raiedzall: ohh..hijau politik tu? hehe..oh tidak..pilih colour ni masa kepala tgh blur ngan tesis. tak pikir apa dah..:)
MR: hehe..mmg lama dah MR tak masuk sini. tak pe. ha, buatlah MR slide tu..
akak, rasanya kelmarin kv dah tinggalkan komen.Mana pegi komen kv tu.Uwwwaaaaaaa.
kv: heeh..janganlah nangis.
Post a Comment