Tuesday, June 20, 2006

Part 2 : Sambungan

23 Jun 92 (Selasa)

Awal pagi - emak, dan ahli keluarga yang lain telah pergi ke hospital Klang untuk menuntut jenazah ayah. Saya dan adik2 menunggu di rumah pak ngah.

Tengahari - pakngah balik dan tergesa2 dia menyuruh kami bersedia untuk balik ke kampung masa tu juga sebab jenazah ayah dalam perjalanan pulang ke kampung N9. Emak dan suami bibik naik kereta jenazah. Yang lain2 ikut dengan kereta masing2. Masa pakngah suruh berkemas tulah saya rasa badan saya jadi lembik tak bermaya. Lutut ni rasa lemah nak bergerak. Masa tu saya faham makna lutut lemah longlai tak bermaya. Saya rasa macam mengheret jer kaki ni masa nak masuk ke dalam van pakngah. Tak percaya rasanya selepas ayah dikebumikan nanti, kami takkan jumpa ayah lagi dah.

Saya duduk di belakang tempat duduk pemandu, tak semena2 saya terpandang muka pakngah melalui cermin hadapan, pak ngah menangis rupanya. Dia menutup mulutnya cuba menahan tangis. Makngah genggam erat tangan pakngah. Agaknya pakngah sedih sebab dalam van tu anak2 saudara dia dah bergelar anak yatim terutama adik2 saya yg kecil2 lagi tu. Saya yang awalnya tak menangis, terus menangis sama bila tengok pakngah.. Ikutkan saya ni masih dalam suasana terkejut. jadi, tak delah nak menangis sepanjang masa. Bila saya teringat ayah jer, baru menangis.

Kami semua tiba di kampung sebelum azan asar kalau tak salah. Kesian melihat adik beradik ayah(mak-mak sedara) dan mak ayah (dah arwah dah) menangis melihat jenazah ayah. Jenazah ayah disolatkan sekali lagi di masjid kampung ayah sebelum dibawa ke kubur. Masa di kubur, saya berdiri tidak jauh drp kereta jenazah, tapi terhalang untuk menghampiri sebab ramai yang nak tengok jenazah ayah daripada dekat. Tak lama kemudian masing2 memanggil saya, untuk melihat jenazah kali terakhir yang kerandanya telah diturunkan ke atas jalan. Tapi apakan daya, kami hanya melihat sekujur tubuh yang berkapan dan dibungkus dengan plastik putih. Anak2 ayah tak berpeluang untuk mencium ayah buat kali terakhir. Kami tidak dibenarkan membuka kain kapan lagi. Bahkan masa di masjid tu pun tak dibenarkan buka. Untuk membuka plastik bag tu pun tidak dibenarkan melainkan di dalam liang lahad nanti. Cuma saya perasan jenazah ayah nampak besar, yelah, dua hari terapung di lautan, faham2 ajelah. Saya hanya memandang sedih jenazah ayah. anehnya, tanpa air mata..kering rasanya masa tu.

Semasa jenazah dikebumikan, secara kebetulan saya, adik k 2 iaitu K.N dan adik k 3, K.L, berdiri bersama2 memandang ke arah kubur melihat kerja2 pengkebumian. Tiba2 seorang lelaki datang menghampiri kami, dia bertanyakan samaada kami ni anak2 ayah ke..bila kami mengiyakan, dia memperkenalkan diri dia sbg salah seorang majikan ayah. Sempat dia berpesan pada kami, meminta kami mengingati ayah macamana yang kami kenal ayah masa hidup, macam tulah jasad ayah semasa dia mati. Saya tahu kata2 dia hanya untuk menyedapkan hati saja. tak mengapalah.

Selesai bacaan talkin, kami semua bersurai. Masa nilah saya melihat mak buat kali pertama menangis teresak2 di tepi kubur ayah, memang sebelum ni dia tahan sangat diri dia tak mahu menangis macam tu. Dah tiba masanya perpisahan abadi. Sedih sangat masa tu.Kesian saya tengok mak. Hinggakan seorang dua adik beradik lelaki mak memaut badan mak suruh bangun.

Malam tu, selesai tahlil utk ayah, saya terpaksa balik ke KL untuk menguruskan kemasukan ke pusat matrikulasi. Saya hanya ada masa seminggu lebih sahaja untuk menguruskan semuanya sebelum tarikh kemasukan. Mak dan semua adik tinggal di kampung dalam 2 atau 3 hari. Menangis saya memeluk mak masa nak ikut pakngah dan paklang balik ke KL, tapi mak tabah orangnya, dia suruh saya kuat dan balik jer KL uruskan apa yang patut. Di KL, saya terpaksa kuatkan semangat menguruskan penerimaan tawaran kemasukan di kampus induk terlebih dahulu. Terhutang budi saya dengan pakngah dan paklang sekeluarga di atas bantuan mereka membantu saya. Tapi yang pasti, saya mengalami trauma agaknya. Saya takut sangat nak masuk KL dalam masa sibuk berulang alik menguruskan pendaftaran saya, sebab bimbang akan berlaku letupan besar lagi seperti mana yang berlaku di tempat kerja ayah tu (Shell Port Klang ). Lagi satu, saya tak boleh tengok berita tentang kebakaran tu yang diulang siar di siaran berita tv sebab tak semena2 saya akan merasa sesak dada yang amat. Paklang saya (arwah dah) sempat berpesan supaya kuat semangat, kalau tak macamana adik2 saya nak kuat juga.

Semasa hari pendaftaran di pusat matrikulasi, mak, pakngah suami isteri dan paklang suami isteri menghantar saya, termasuk seorang sahabat baik yg menumpang sama utk pendaftaran. Masa mereka nak pulang, selesai bersalaman dengan mak dan yang lain2, tiba giliran pakngah, dia memeluk saya erat dan berbisik perlahan, syikin belajar sungguh2. ayah dah tak de. Saya tersentak. Sedih. Terlupa yang ayah dah meninggal sebenarnya. Sungguh saya masih tak dapat menerima hakikat yang saya dah tiada ayah lagi.

Syukur sepanjang minggu orientasi tu saya dapat menjalaninya dengan baik, biarpun kesedihan tu tak dapat dielakkan. Tapi, ada sekali tu saya tak boleh lupa semasa sesi perkenalan anak2 PERMAS di musolla asrama kami selepas tamat minggu orientasi. Hanya siswi aje masa tu. Masing2 memperkenalkan latar belakang, termasuk parents dan adik beradik. Tiba giliran saya, masa menyebut pasal ayah, saya tak boleh kawal emosi sedih yang saya pendam selama seminggu tu, hampir separuh menjerit bercampur tangisan saya memberitahu ayah meninggal dalam kemalangan tu. Semua yang kat dalam tu pun menangis sama. Sebenarnya mereka dah tahu awal lagi akan hal saya cumanya mereka tak berani bertanya bimbang emosi saya terusik. Yang pasti, lepas menangis sekuat hati tu hati saya rasa lega sangat sebab dapat meluahkan perasaan yang ditahan2.

Kami sekeluarga mengambil masa bertahun untuk belajar menerima ketiadaan ayah. Awal2 kematian ayah, saya tak terasa sangat akan kehilangan ayah lagi sebab sejak tingkatan 4 saya duduk di asrama dan hanya pulang sebulan sekali. Mak dan adik2 di rumah pun begitu, sebab ayah keluar awal pagi dan pulang malam. Jadi, sebulan dua tu tak terasa sangat kehilangannya. Tapi, perasaan kehilangan tu beransur2 datang bila kami rasa lama sangat tak berjumpa ayah, hinggakan sebut jer perkataan ayah, air mata dah mengalir. Rindu sangat. Macam saya sendiri, saya mengambil masa 2 thn untuk menerima hakikat saya dah kematian ayah. Sekarang ni, kami dah melalui kehidupan 14 tahun tanpa ayah. Dan yang pasti emak adalah tunggak kekuatan kami adik beradik dan kami juga adalah tunggak kekuatan emak untuk meneruskan kehidupannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahdan dia tergolong di kalangan mereka yang gembira di alam barzakh. Al-Fatihah.

19 comments:

simah said...

Al fatihah.. *hugs*

it must have been really hard to open up the old pain..and to put them all in a written form..i salute ur courage

Anonymous said...

semoga arwahnya bersama-sama dengan orang beriman.
i lost my sister in accident in 1991.
walaupun dah 15 tahun, sampai sekarang saya masih ingat rupa dia, tingkah laku dia dan hari saya terima berita itu.

sedih saya baca nukilan ni...

Sherin de Souza said...

Syikin, daripada nukilan Syikin ni, Sherin dapat mengagak yg arwah merupakan seorang Ayah & juga suami yg baik. Sekarang apa yg kita boleh buat sekarang ialah untuk mendoakan kesejahteraan rohnya serta mengingatinya. Tanggung jawab kita juga ialah untuk mengajar anak-anak kita untuk mengenalinya melalui gambar-gambar dan kenangan.

That's what I'm doing wth my kids. Biar mereka mengenali arwah Mama Sherin yg dah tak ada. Kekadang tu kalau tgk gelagat anak-anak tu rasa sedih juga bila terkenang yg arwah emah dah takda nak tengok cucu-cucu dia. I'm sure Syikin pun ada rasa begitu,kan?

Anonymous said...

Kak Syikin..Saya masih mempunyai mak abah lagi....Bila baca entry kak syikin terus teringatkan mak abah dikampung dan masa yg sama airmata berlinangan...sob..sob..sob...tak dapat saya bayangkan kehidupan saya tanpa orang yg saya sayangi..
Takziah dari saya sekeluarga (walaupon dah lama) dan Al-Fatihah utk arwah...

Ayu Mohamad said...

alhamdulillah akak lalui semuanya dengan tabah.. saya tak dpt bygkan kalau sy berada di tempat akak..

Hot Mama said...

Al-Fatihah.
Tuhan lebih menyayangi arwah ayah Syikin.

ontahsapo said...

aku belum tahu perasaan ini, aku mungkin tak dapat menerima nanti...semoga dipanjangkan usia mereka...

Izhal said...

ni camna ngan tesis??? bahagian acknowldgement and ddication tu tulis cun-cun ye :)

Alfatihah 3X

Alinlai said...

jodoh, ajal, maut di tangan Allah ... sabar dan redha insyaAllah berkat hidup :) tersentuh hati dengan N3 ni ....

Ajzie said...

Al-Fatihah buat arwah bapa Syikin. Moga Syikin akan terus tabah dalam menghadapi hari2 yg mendatang.

Nik Ha said...

Sebak baca n3 ni..Alfatihah utk arwah.Semoga ditempatkan bersama pr solihin.

Saya blm pernah kehilangan org yg bnr2 rapat. Pernah kehilangan adik, nenek & mak mertua tp tak rapat sgt dgn diorang & sempat bermesra sekejap je. Mula2 tak nangis sbb mcm dlm keadaan terkejut tp lps tu bila kita teringat masa jumpa sekali sekala tu mula rasa sedih & nangis sorang2. Yg penting kita selalu hadiahkan al-fatihah, yasin & doa utk mereka yg tlh tiada...

Zareda Norman said...

Alfatihah buat arwah ayah syikin.

Syukur zar masih dapat rasakan kasih sayang abah. Paling sedih mase balik umrah, abah peluk zar erat, siap cium dahi zar.. ya Allah.. rasa sebak sangat sebab ingat mase muda muda dulu banyak kali bantah cakap abah...

Ella said...

syikin mmg sedih baca both entries nie... al fatihah buat arwah... mmg tabah mak syikin kan... semoga syikin dan family terus tabah dan dirahmati Nya...

Teringat arwah my mum walau dah hampir 21thn dia meninggalkan kami... yg pasti adik bongsu ella yg masa tu umur 6 bln mmg tak pernah merasa kasih seorg ibu sejati... harap2 my kids will be having me till they're big enough... insyaAllah.

Shami said...

Semoga tabah, dan menjadi tunggak anak yang soleh dan solehah kepada keluarga...Syikin, awak adalah tunggak keluarga awak selepas mak awak, semoga tabah menghadapi apa jua ...liku2 hidup ..di masa depan.

P/s awak ada bakat menulis, yang buleh menyebabkan orang lain merasai dan mendalami kesedihan awak. Semoga berjaya.

maklang said...

Alfatihah buat arwah Ayah...moga2 dicucuri rahmatNya sentiasa, Insyaallah...

blackpurple @ jowopinter said...

Semoga dia ditempatkan di sisi orang-orang yg beriman dan beramal soleh..... Amin

Anonymous said...

saya pun hiba baca kisah you syikin, teringat arwah my father jugak..

Sastri said...

Syikin.... salam kenal... baru sempat berjalan2 ke blog org ni, sibuk minggu ni..

sas ucapkan takziah di atas pemergiannya... bykkan bersabar k... Allah lebih menyayanginya...

Moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman... Al-Fatihah.

Unknown said...

Kak Syikin,
baru berkesempatan membaca kisah ini kedua2nya. Sedih sungguh. Tak henti2 rasanya air mata ini mengalir. Semoga roh arwah ayah kak Syikin ditempatkan bersama2 orang2 yg soleh...Al-Fatihah.