Saturday, June 03, 2006

Selera anak

Hmm...bila anak dah ramai ni, paling ketara selera mereka berbeza-beza, tapi ada juga yang sama. Cumanya, time datang selera berbeza tu nak kena sediakanlah. Macam Aiman, tengahari Jumaat semalam dia nak makan nasi berlaukkan telur goreng, tak mau makan kari ikan bawal yang telah saya masak, dan Husna pulak hanya nak makan dua biji telur setengah masak, nasi tak mahu. Kenyang katanya. Anak dara ni mmg kurang suka makan nasi. Pening kepala kekadang risaukan depa tak cukup makan, tapi bila dipaksa ada jer alasannya, perut dah kenyanglah, makan nanti rasa nak muntahlah. Aiman kurang suka telur separuh masak, tapi Huda dan Alia layan jer, kekadang tu macam tak cukup2 sorang sebiji. Kalau sotong tu, Aiman suka masak kicap, goreng dan sambal. Anak teruna ni mmg tahan pedas...walaupun hu ha hu ha kepedasan, dia layan jer. Husna pulak, kalau masakan sotong tu hanya digoreng jer, mcm goreng salut tepung tu. Yang jenis masakan lain dia tak suka. Sudahnya, time masak sotong tu, kena buat goreng tepung sotong dan masak kicap, atau masak sambal. Husna memang tak tahan pedas langsung. Sos cili pun dia tak tahan, sos tomato jer dia layan. Huda dan Alia jenis tahan pedas gak. Kalau cili sos tu, selamba jer Alia celup jari dan jilat2. Itu pun toddlers berdua ni memilih gak makanan. Kalau udang tu, semua laju makan udang goreng salut tepung, kalau sambal udang, Aiman sorang jer layan. Tapi, bab sayur memang saya lemah betul, depa tak berapa suka sayur. Alia cuma laju layan baby corn. Kentang pun suka juga. Tapi kalau ada baby corn dan kentang serentak, dia hanya layan baby corn. Husna dan Aiman cuma suka sayur bayam, Huda susah nak predict kesukaan dia, ikut mood. Kalau masak kari ayam dan ikan goreng, laju jer masing2 melayan. Agaknya sampai ke besarlah selera mereka macam ni.

Malam tadi, ada dialog lucu pulak secara tak sengaja antara saya dan suami,

abang nak makan suap tak? (saya maksudkan nak disuap ke) . Dia menggeleng2.

abang seumur hidup tak pernah makan suap tau (makan rasuahlah).


Tergelak saya tiba2. Dia faham maksud saya, saja jer dia cakap macam tu. Yang saya offer tu sebab tengok dia ralit mengadap kerja depan komputer. Kalau dah mood tu menggila2 datang, memang dia takkan ingat nak makan. Hehe..saja jer nak cari extra pahala. Dan sudahnya memang dia makan bersuap, bergilir2 ngan anak2. Saya pun senang, sebab satu biji pinggan makan jer kena basuh...hahaha.

Hari ni dah Sabtu, kiranya dah hampir seminggu cuti sekolah berlalu. Kejap jer kan. Tak kemana2 pun, cuma malam nanti nak balik rumah mil, esok ada kenduri kahwin di rumah jiran mil. Betul tekaan saya, mbahnya melalui telefon dah mengajak cucu2 yang besar duduk lama sikit kat sana, saya tak kisah, tapi by selasa rasanya suami akan ambil mereka balik sebab Rabu tu Husna ada jemputan birthday party kawannya. Anda semua kemana weekend ni? Selamat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

p.s. Saya tension tul sebab server mcm lembap semacam, pegi blog kawan2, ya Allah, lambatnya nak bukak...kadang2 terus jer tak leh bukak. Yang mana boleh bukak tu, nak tinggalkan komen tak boleh pulak. Blogspot problem tul rasanya semalam.

14 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

hehehe...penyakit emaknya yg tegar tu berjangkit kat anaknya pulak kot...

pss.... blogger ada mengong sikit 2-3 hari ni...

Kaklong Syikin said...

BP: heehe..saya terjangkit ketegaran tu drp suami saya.

aNIe said...

syikin....cuti sekolah dah pun seminggu berlalu...sikecik akak ni tak buat lagi homework dia...asyik berjalan je...hehehhe...sekejap saja masa berlalu ye...

Izhal said...

mbah? wong jowo ke MIL sekeluarga??

Aiman tu budak nogori tu makan podeh2... Alia tu budak jepun agaknya... makan goreng salut tepung ni makanan harian depa macam kita goreng pakai garam kunyit... goreng tempura depa panggil... pedas tak tahan pon sah sah pengaruh nihonjin ni... heheh...

makan suap bagus la Puan, senang kerja, selera pon naik, air pon jimat... makan 'suap' tak bagus... hancur negara...

kari ikan bawal... mmm mmmmmmmmmmmm... bawal bakar taroh pepper pon mmm mmmmmmmmm...

Literature Sushi said...

Anak saya pon tak suka sayur... camne nak buat tah?

KAMATO said...

budak2 ni kalau susah nak makan, memang kena suap, tak payah tanya pun nak makan ke tidak...

Bunga Rampai said...

Salam.
Membalas kunjung kiranya.
Lumrah tu, selera kanak-kanak...
Salam kenal:)

zino said...

hehe bes nya makan suap... oops makan di suap.. hehe

uDA said...

bestnyaa ada orang suapkan makan hehehehe. mau tak laki kita suapkan kita makan? thehehe

WRA said...

Wah....dah tukar rumah baru plak...
biasala Syikin, bila anak dah ramai tu, mcm2 ragam....kadang2 pening kita dibuatnya...heheheheh

Kaklong Syikin said...

k.lady: betul, kejap je rasanya. nasib baik husna dah siapkan awal2, kebetulan homework dia tk banyak :)


izhal: tepat sekali, suami mmg org jawa.

rasuah tu bkn setakat tak bagus, tapi haram..:)

camner ya resepi bawal bakar tu? tak pernah makanlah...

raeidzall: entah..mmg kena pandai psiko ngan budak2 ni..tp saya kantoi biasanya terutama bab makan :(

NBK466 said...

Sapa lah yg buat perumpaan rasuah = makan suap nie....buleh konpuis kanak2... Tapi sekali sekali makan wife suap pun best jugak..he.he..he....

Kaklong Syikin said...

Kamato: mmg kalau disuap laju je anak2 makan dan bertambah2 pulak tu, kalua makan sendiri payah betul nak habis.

bunga rampai: terima kasih atas kunjungan balas :)

zino: balik nanti suruhlah isteri suapkan :)

uda: sesekali dpt gak akak makan bersuap hehe..

Kaklong Syikin said...

kak wan, sbnrnya template ini adalah yg ketiga saya tukar dlm satu hari, masa hari tu. yg ni paling simple. ha'ah, camnerlah akak pulak handle 5 anak, nak masuk 6 pulak tu..mmg terrerlah akak ni


nbk: nanti suruh isteri suapkan time makan malam..jgn dia kata buang tebiat udah :)